Anda di halaman 1dari 4

Sejarah pasir besar

PENGENALAN Pasir Besar terletak di tengah-tengah persimpangan antara Gemas dan Bahau, di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Tampin. Kawasan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan perkampungan tradisi dan kawasan rancangan FELDA. Majoriti penduduk disini adalah, petani, penoreh getah, peneroka dan sebilangan kecil menjadi peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta. Pasir Besar telah wujud sebelum kurun ke-16. Pada ketika itu, Pasir Besar berada di bawah naungan dan pentadbiran Segamat, Johor. Ketika itu kawasan ini telah pun didiami oleh orang asli yang dipanggil sebagai k i end d k di k n ini mulai bertambah apabila orang dari Minangkabau telah datang dan meneroka di kawasan ini. Orang Minangkabau lebih bertamadun daripada penduduk asli, hal ini menyebabkan mereka mudah mempengaruhi orang asli dalam melakukan sesuatu perk r B y ng Adil d l m b k ej r h Negeri embil n d menc t tk n "Seorang orang besar dari Minangkabau bernama Dato Melingkar Alam dan isterinya bernama Tok Koyan telah datang ke Negeri Sembilan dan menetap di Pasir Besar" Ketua kampung Pasir Besar, (Allahyarham) En. Ismail bin Mohamad menerangkan bahawa Pasir Besar diterokai oleh sembilan orang adik-beradik dari Minangkabau iaitu Siawa, Kesah, Susah, Duit, Donggok, Dato Genta di Langit, Dato Panglima Genta di Bumi, Panglima Dimpah dan Sombong. Setelah membuka Pasir Besar, lapan daripada adik-beradik itu telah pergi dan meneroka di kawasan lain dan Siawa tinggal dan memerintah Pasir Besar. ASAL USUL PASIR BESAR d m nd h l ir Be r diken li eb g i ir en nti eperti y ng terc t t d l m m n krip: ng i r bel m bern m r r bern m Air Keroh, Palong belum bernama Palong, Palong bernama Air Hitam, Pasir Besar belum bernama Pasir Besar, Pasir Besar bernama Pasir Perhentian". Sungai Muar merupakan jalan perhubungan utama yang menghubungkan kawasan dari barat dan timur. Para pedagang yang hendak ke Pahang akan melaui Sungai Muar. Kebiasaannya, para pedagang akan berhenti di tepi Sungai Muar untuk berehat dan bermalam, sebelum meneruskan perjalan pada keesokan harinya. Selain itu, terdapat para pedagang yang berhenti di situ untuk menunggu rakan-rak n y ng l in erek k n ingg h di t temp t y ng dip nggil pen rik nt k mem ng h

barang-barang dagangan untuk diniagakan di Pahang. Berdasarkan situasi dan peranan Sungai Muar, maka tempat itu dikenali sebagai Pasir Menanti. Menurut cerita orang tua-tua, Pasir Menanti telah di buka beberapa kali tetapi tidak kekal lama sebagai tempat persinggahan. Walau bagaimanapun, hanya tiga penerokaan sahaja yang dapat dikesan iaitu penerokaan pertama, kedua dan ketiga. Hanya penerokaan kali ketiga yang kekal sehingga hari ini. PENEROKAAN PERTAMA Ahli-ahli sejarah tidak dapat menyatakan tarikh yang tepat tentang pembukaan Pasir Menanti kali yang pertama. Hanya dipercayai kawasan ini telah dibuka sejak 320 tahun yang silam. Kawasan ini diasaskan oleh seseorang pawang yang bernama Tok Pawang Ismail. Beliau mengetuai beberapa keluarga membersihkan hutan untuk dijadikan petempatan baru. Asal-usul Tok Pawang juga tidak diketahui dengan jelas. Ada pendapat yang menyatakan kemungkinan beliau dan pengikutnya berasal dari tanah seberang, Sumatera. Mereka menyusuri Sungai Muar dan berhenti di Pasir Menanti untuk berehat. Tok Pawang Imail begitu tertarik dengan keindahan dan kedaimaian disini. Keindahan tanah pasir yang meluas dan kejernihan air singai yang mengalir dengan tenang, telah menarik dan memikat hati beliau untuk menetap di situ. Pada firasatnya, kawasan ini sungguh bertuah dan akan menjadi terkenal pada suatu hari kelak. Tambahan pula, tanahnya yang subur sangat sesuai untuk bercucuk tanam, sungai yang kaya dengan ikan terdapat banyak binatang buruan sebagai sumber makana. Hal ini, membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menetap di kawasan tersebut. Hasrat beliau itu telah dipersetujui oleh pengikut-pengikutnya. Tok Pawang Imail telah memajukan kawasan itu sehingga menjadi tumpuan pedangan-pedagang. Para pedagang membawa pelbagai barangan termasuklah barangangan keperluan seperti garam, gula, pakaian dan sebagainya. Hal ini memberikan kemudahan kepada penduduk tempatan bagi mendapatkan barangan keperluan dengan cara menukarkan hasil tanaman mereka dengan barang dagangan. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak kekal lama kerana Pasir Menanti telah diserang penyakit berjangkit iaitu penyakit hawar yang menyebabkan ramai penduduknya meninggal dunia. Tok Pawang berusaha pelbagai cara untuk menghapuskan penyakit ini tetapi gagal. Malah beliau sendiri turut menghidap penyakit itu sehingga membawa maut. Oleh kerana ramai yang meninggal dunia dalam sesuatu masa, penduduk yang masih hidup mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk menggali sebuah kubur untuk mengembumikan mayat secara serentak. Orang ramai menamakan kubur itu sebagai kubur panjang kerana saiznya yang panjang. Pada

masa sekarang kubur ini dikenali sebagai Makam Tok Bidan sempena mengambil nama seorang bidan yang telah banyak berusaha menyelamatkan penduduk daripada penyakit berkenaan. Penduduk kampung telah mengumpul segala peralatan milik si mati, lalu membuangnya ke dalam perigi sebagai usaha untuk mengawal penyakit itu daripada merebak. Akhirnya, mereka yang masih hidup mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Pasir Menanti tiada berpenghuni dan pedagang pula tidak lagi berhenti di sini. Lama-kelamaan Pasir Menanti terbiar semula dan bertukar menjadi hutan. PENEROKAAN KEDUA Penduduk Pasir Menanti yang berpindah telah membawa haluan masingmasing. Ada yang mudik ke hulu sungai dan menetap di Batu Menyahut. Ketua Kampung Batu Menyahut iaitu Batin Samah telah menyambut baik kedatangan penduduk Pasir Menanti. Batin Samah dan anak-anak buahnya telah pergi ke Sungai Muar dan singah di Rompin. Di sana mereka telah membuka kawasan penempatan baru. Mereka juga telah melawat Kg. Lubuk Jong dan Kampung Pasir Menanti. Namun, Batin Samah masih belum berani bermalam di Pasir Menanti kerana bimbang dijangkiti penyakit. Akhirnya penyakit hawar telah hapus dan pedagang-pedagang telah mula berulang-alik melalui sungai Sungai Muar. Tok Batin Samah akhirnya mengambil keputusan memulihkan semula Kampung Pasir Menanti. Melalui penerokaan kedua inilah Pasir Menanti bertukar nama kepada Pasir Besar. Pedagang-pedagang yang berhenti di sini mendapati perhentian ter eb t mer p k n k n p ir l d n ber i be r berb nding deng n k n l in nt merek p n men m k n k n ini eb g i ir Be r erd p t er i l in y ng dik itk n deng n n m ir Be r Seperti yang dinyatakan oleh penduduk di sini. Menurut mereka, Panji Seri Alam dari Minangkabau telah lari kr Tanah Melayu kerana diserang oleh sekumpulan orang jahat. Baginda telah membuka penempatan sementara di Air Hitam. Kemudian, baginda dan rombongannya meneruskan perjalanan dan sampai di Pasir Menanti, lalu tertarik dengan keindahan kawasan ini dan mengambil keputusan menetap di sini. Pada keesokan harinya, baginda pergi ke tebing Sungai Muar dan mencacakkan lembingnya. Apabila baginda mencabut lembingny em l did p ti l b ng y ng terh il begit be r ehingg boleh mem tk n emp t g nt ng ber l ini di eb bk n tr kt r p ir y ng be r i ny Berd rk n peri ti it b gind men m k n k n ini ir Be r sejak daripada nama itu Pasir Menanti tidak digunakan lagi.

PENEROKAAN KETIGA Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, Muhammad Din bin Bangkok dan pengikutnya dari Nyalas telah membuka kawasan ini. Beliau dan pengikutnya yang menetap di Rompin telah berhijrah ke Kg. Lubuk Jong. Di sana mereka sering berburu dan menangkap ikan di Pasir Besar. Apabila mendapati kawasan ini sesuai unutuk bersawah padi, mereka mengambil keputusan untuk tinggal dan membuat penempatan di sini. Muhammad Din Bangkok mempunyai ketokohan sebagai pemimpin dan suka bergaul dengan orang ramai. Hal ini menyebabkan penduduk kampung telah memilih beliau sebagai ketua kampung. Keadaan ini membawa perubahan corak pentadbiran di sini kerana inilah kali pertama jawaan ketua kampung diwujudkan. Namun begitu, jawatan Tok Batin masih dikekalkan. Semasa beliau menyandang jawatan ketua kampung, sebuah masjid telah didirikan di Kg. Lubuk Jong. Imam masjid yang pertama ialah Imam Muhammad yang menetap di Rompin dan bilal masjid yang pertama ialah Bilal Suboh dari Rantau. Penbinaan masjid ini memudahkan penduduk Kampung Pasir Besar beribadah. Ketua Kampung yang kedua ialah menggantikan Datok Muhammad Din ialah Datuk Jaafar bin Subuh anak kepada Bilal Subuh. Beliau telah banyak membuka kawasan baru dan pada masa itulah tanah mula diukur untuk menentukan keluasannya. Sehingga sekarang Kampung Pasir Besar telah ditadbir oleh enam orang ketua kampung iaitu:

Anda mungkin juga menyukai