Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 3

MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE


Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti kurikulum Science sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkan pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SCIENCE


Kurikulum Science untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.

SCIENCE TINGKATAN 3

BAND 1 2 3 4

PERNYATAAN STANDARD Mengetahui konsep dan prinsip asas sains Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sains Mengaplikasi pengetahuan saintifik untuk mengembangkan pemahaman konsep dan prinsip sains Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip sains Mengamal dan menilai maklumat saintifik yang berkaitan konsep dan prinsip sains dan teknologi dalam menyelesaikan masalah Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi

5 6

SCIENCE TINGKATAN 3

TEMA/ TAJUK

BAND 1

DESKRIPTOR menyatakan pelbagai bahan dan penyakit yang memudaratkan sistem respirasi, organ-organ perkumuhan, hasil perkumuhan bagi setiap organ manusia, bahagian-bahagian sistem pembiakan lelaki dan wanita dengan betul. menerangkan struktur sistem respirasi, peparu, jantung serta sistem urinari manusia, dan memberi maksud perkumuhan, persenyawaan, haid, serta pertumbuhan dengan jelas. mengaplikasi pengetahuan saintifik tentang mekanisme pernafasan, kesan bahan cemar kepada sistem respirasi, sistem peredaran darah, kepentingan perkumuhan, pembiakan dalam manusia dan tumbuhan, jenis-jenis pembiakan, persenyawaan, pendebungaan, dan kadar pertumbuhan manusia secara meluas. menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji struktur dan fungsi jantung, ginjal, stomata, bahagian pembiakan seks tumbuhan, dan biji benih, darah beroksigen dengan darah terdeoksigen, transpirasi dengan kelayuan tumbuhan, sistem pengangkutan tumbuhan, pelbagai jenis bunga dan agen pendebungaan, perkembangan tiub debunga dalam larutan sukrosa dan pembiakan vegetatif tumbuhan berbunga saintifik mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan. mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi dan keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih dengan menggunakan prosedur yang betul dan bersistematik. mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai sistem respirasi manusia secara kreatif, inovatif dan lengkap.

TEMA D PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP TAJUK 18 RESPIRASI TAJUK 19 PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN TAJUK 20 PERKUMUHAN TAJUK 21 PEMBIAKAN TAJUK 22 PERTUMBUHAN

SCIENCE TINGKATAN 3

TEMA/ TAJUK

BAND 1

DESKRIPTOR menyatakan pelbagai bentuk sebatian silikon, kalsium karbonat dan sumber bahan api semula jadi dengan betul. menerangkan kewujudan mineral dalam kerak bumi dengan jelas. mengaplikasi pengetahuan saintifik tentang kewujudan mineral dalam bentuk unsur dan sebatian semula jadi, sifat-sifat dan kegunaan sebatian silikon serta pembentukan sumber bahan api semula jadi secara meluas. menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji sifatsifat mineral, kalsium karbonat, dan hasil-hasil penyulingan berperingkat petroleum mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan. mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat tindak balas antara logam dengan bukan logam mengikut prosedur yang betul dan bersistematik. mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai sifat dan kegunaan pelbagai pecahan petroleum, sumbangan petroleum dan gas asli kepada pembangunan ekonomi negara serta penggunaan yang cekap petroleum dan sumber bahan api semula jadi yang lain secara kreatif, inovatif dan lengkap.

TEMA C JIRIM DALAM ALAM 2 TAJUK 23 TANAH DAN SUMBERNYA 3

SCIENCE TINGKATAN 3

TEMA/ TAJUK

BAND 1

DESKRIPTOR menyatakan alat pengukur, unit bagi arus dan voltan, pelbagai jenis generator serta sumber tenaga alternatif dengan betul. menerangkan arus elektrik, voltan, rintangan, dan bahagian-bahagian transformer dengan jelas. mengaplikasi pengetahuan saintifik tentang penjanaan tenaga elektrik, jenis transfomer, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, pendawaian elektrik, serta kos penggunaan elektrik secara meluas. menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji sifatsifat cas elektrostatik, litar elektrik, medan magnet, medan elektromagnet, kejadian litar pintas, dan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik yang berbeza mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan. mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat kesan perubahan rintangan dan voltan ke atas arus mengikut prosedur yang betul dan bersistematik. mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai litar bersiri atau litar selari secara kreatif, inovatif dan lengkap.

TEMA F TENAGA DALAM KEHIDUPAN TAJUK 24 KEELEKTRIKAN

TAJUK 25 PENJANAAN ELEKTRIK

SCIENCE TINGKATAN 3

TEMA/ TAJUK

BAND 1

DESKRIPTOR menyatakan bentuk galaksi dengan betul. menerangkan struktur Matahari dan bintang dengan jelas. mengaplikasi pengetahuan saintifik tentang Matahari, bintang dan galaksi, serta perkembangan dalam bidang astronomi dan pembangunan dalam penerokaan angkasa lepas secara meluas. menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk menganalisa kegunaan satelit. mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk membuktikan hubungan antara tekanan dan jarak pelancaran roket mengikut prosedur yang betul dan bersistematik. mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai kapal angkasa atau satelit atau galaksi atau planet atau sistem suria atau teleskop menggunakan bahan kitar semula secara kreatif, inovatif dan lengkap.

TEMA I ASTRONOMI DAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS TAJUK 26 BINTANG DAN GALAKSI

2 3

4 TAJUK 27 PENEROKAAN ANGKASA LEPAS . 6

SCIENCE TINGKATAN 3

Anda mungkin juga menyukai