Anda di halaman 1dari 9

Riwayat Tanjong Malim, Perak.

Garis Masa Tanjung Jambu 1790 Kg Kubu 1870 Tanjung Malim 1876 Awalan sekitar tahun 1700M, Malaya Archipelago merupakan pusat

Survanabumi dikalangan para pedagang dengan menjadikan Melaka sebagai pusat pertemuaan utama perniagaan dunia yang saling berhubung samada melalui laut mahupun sungai-sungai. Geografi Tanah Melayu dengan pesisir yang berjejal-jejal menjadi tapak persinggahan pedagang dan tidak kurang juga menjadi tempat persembunyian lanun di sepanjang perairan pantai Tanah Melayu. Secara amnya, kepesatan ini membawa migrasi penduduk berjujuk-jujuk ke Tanah Melayu. Di Perak, antara masyarakat yang menumpu di kawasan ini adalah kaum Roa (Rawa) dan kemudiannya Kampar dan sedikit campuran Minangkabau. Terdapat sebuah perkampungan terpencil di sekitar Sg. Bernam yang diduduki oleh masyarakat Bugis yang telah memugar kawasan tersebut dan menanam pohon Jambu disekitar tebing Sungai Bernam.

Lanun (Pirates), a sketch. [2001/0025945]

Penulis beranggapan bahawa penanaman pohon Jambu adalah sebagai penanda sempadan atau ia juga sebagai alat kubu pertahanan perkampungan ini. Perkampungan kecil ini mula dikenali dengan pelbagai nama seperti Kampung Kubu, Kampung Bugis, Kampung Jambu dan Tanjung Jambu. Sebuah kampung khas dipugar bagi masyarakat Rao yang bertumpu di sekitar hilir kanan Sungai Bernam yang dikenali sebagai Kampung Kerbau atau Kampung Masjid lama ketika ini. Kemudahan pusat ibadah seperti Masjid mula dibina bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam perkampungan tersebut. Kampung Kubu dikenali kerana ia pada awalnya merupakan kubu yang dibina di sepanjang Sungai Bernam bagi menangkis serangan daripada Kesultanan Perak Utara dan juga kubu hasil pelan rancangan pertahanan Raja Kecil (Johor) di era perebutan kuasa Kesultanan Johor ketika itu. Sekitar tahun 1766, Sultan Perak Sultan Mahmud Shah menobatkan Putera Lumu membawa gelaran Sultan Salahuddin Shah yang membawa kepada penubuhan Kesultanan Selangor dengan menjadikan Sungai Bernam sebagai sempadan semulajadi yang memisahkan Ulu Bernam di sebelah Selangor dan Tanjung Jambu di sebelah selatan Perak. Susur Pemerintahan Tanjung Jambu Ketua Tanjung Jambu dari tahun 1790 1870, bergelar menteri : Dato Menteri Jamilin Dato Menteri Katib bin Dato Menteri Jamilin Dato Menteri Doba bin Dato Menteri Katib Dato Menteri Amin bin Dato Menteri Doba Dato Menteri Mat Taya bin Dato Menteri Amin

Dato Hj. Mustapha bin Raja Kamala adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tg. Malim sekitar tahun 1870-1871. Ini adalah ekoran daripada perang saudara berlaku di Pahang semasa perebutan takhta Negeri Pahang antara dua anak Bendahara iaitu Wan Ahmad dan Wan Mutahir pada masa itu. Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Diriwayatkan, memandangkan Rao sama Rao saling berbalah, beliau memohon keampunan daripada Bendahara Wan Ahmad mewakili orang Rao yang berada di Gali, Raub. Dato Hj. Mustapha berasa malu terhadap Tok Gajah dan beliau serta suku sakatnya dengan beberapa panglima yang setia berhijrah ke Bernam atau Tg, Malim. Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar TUN yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Ini diriwayatkan oleh cicitnya Allahyarham Ahmad bin Yusof. Dato Hj. Mustapha juga digelar Penghulu Tua Tg. Malim kerana beliau yang tertua dalam kaum kerabatnya.

Malaysia In History Early Kuala Lumpur, April 1972 Volume 14 No. 2 [2007/0050120 ]

Diriwayatkan juga beliau menyuruh anak buahnya Panglima Kanan [Hj. Salam Bin Datuk Berkanun] mengambil adik sepupunya seorang sahaja yang masih ada di Negari Kota Raja, Rao iaitu Hjh. Rahmah Bt. Hj. Siun untuk dibawa ke Bernam atau Tanjung Malim. Panglima Kanan tersebut berkahwin dengan Hjh. Rahmah. OIeh kerana Panglima Kanan telah berkahwin dengan orang yang berasal dari Kg. Simpang Empat Tanjung Malim, Hjh. Rahmah membuat keputusan untuk tidak mahu dimadukan. Pergolakkan keluarga bermula. Panglima Kanan pun menceraikan isteri tuanya yang tiada mempunyai zuriat bersamanya.Hal ini bermakna, Dato Haji Mustapha sepupu dengan Hj. Abas bin Hj Siun dan Hjh. Rahmah bt. Hj. Siun, adalah isteri Hj. Siun yang merupakan adik beradik dengan isteri Raja Kamala. Beliau diberi gelaran Panglima Kanan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor (Sultan Muhamad) di zamannya kerana beliau telah dapat membunuh Panglima Pahang semasa perang Pahang-Selangor di suatu ketika dan juga telah dapat mengamankan perompak lanun di Sabak Bernam. Oleh yang demikian, Dato Hj. Mustapha memerintahkan supaya Panglima Kanan berhijrah ke seberang Sungai Bernam dimana Panglima Kanan membuka perkampungan Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya. Nama Kalumpang ini pula diambil sempena nama sebatang pokok yang bernama pokok Kelumpang yang hidup meliar dan di kawasan itulah Panglima Kanan mendirikan kediamannya, masjid dan lain-lain bersama dengan pengikut setianya. Sehingga kini, ia masih dikenal sebagai pekan Kalumpang. Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Dato Hj. Mustapha adalah

berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy Ar-Rawi di perkuburan Cabang, Tg. Malim. Adalah dimaklumkan juga ada suatu ketika dikhabarkan oleh penduduk Tg. Malim dan Kalumpang, Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang pernah menziarahi makam Dato Hj. Mustapha tanpa protokol di mana penduduk Tg. Malim dan Kalumpang kehairanan dengan kehadiran Baginda menziarahi makam tersebut. Jawapan kepada pertanyaan itu mula menyusul perlahan. Ini adalah kerana Tun Dato Hj. Mustapha pernah jadi ketua

orang Rao di Gali, Pahang dan pengikut setia Tok Gajah. Almarhum Sultan Abu Bakar datang ke Tg. Malim untuk menghormati kesetiaan beliau semasa era pemerintahan moyangnya Sultan Ahmad Shah. Penamaan dan Pembangunan Asas Tahun 1875, Perang Klang di Selangor mendorong masyarakat Melayu untuk tinggal di kampung ini. Gee Hin dan Hai San berkonflik di Ipoh juga telah menarik masyarakat Cina ke kampung ini. Pada awal 1900-an, Cina Hokkien membina dua deretan rumah kedai yang telah membentuk pusat perniagaan seperti di bandar. Sisa peninggalan rumah-rumah kedai lama masih wujud di sepanjang Jalan Besar di Tanjong Malim dan dapat dilihat sehingga ke hari ini. Kebelakangan ini, ia dirujuk sebagai "pekan lama" kerana perkembangan semasa menumpukan lebih di kawasan utara Perak. Di era penjajahan British, mereka telah membawa masuk komuniti India bagi merancakkan ekonomi perladangan getah.

Gambar menunjukkan seorang pekerja sedang menoreh pokok getah mengikut cara lama. [2001/0050193]

Dato Penghulu Haji Mustapha membangunkan sebuah madrasah tempat belajar ilmu agama serta mendirikan solat berjemaah dan belajar membaca Al-Quran. Dimaklumkan bahawa Ketua Sabak Bernam bernama Raja Itam bermudik bersama-sama Sir List, wakil Kerajaan Inggeris di Teluk Kuwali, Sepong, datang melawat ke Kg. Kubu, lalu singgah di hujung Pasir Tanjung. Dilihatnya orang ramai sedang bersembahyang. Setelah selesai orang bersembahyang itu, beliau pun datang mendekati mereka yang ramai itu sambil berbual-bual. Beliau tertanya-tanya adakah terdapat kata atau istilah bagi mereka yang rajin dan taat bersembahyang ini. Lalu beliau diberitahu oleh pengikutnya bahawa ia dikenal sebagai muallim atau alim. Pada ketika itulah dia berkata saya hairan melihat tuan-tuan disini sangat alim-alim serta taat mendirikan agama Islam, oleh itu saya suka, itu pun jika tuan-tuan bersetuju kita berikan nama tempat ini "TANJUNG MALIM". Kepelatan Sir List dalam sebutan arab menjadikan nama tersebut kekal sehingga kini. Penamaan semula kampung ini kepelbagaian nama yang telah wujud menimbulkan kekeliruan terutama kepada pendatang, juga berikutan pedagang dan serta slanga yang berlainan adakala

pengunjung yang memasuki ke perkampungan ini. Pembangunan ekonomi utama mula berlaku, sebagai imbalan infrastruktur telah dinaik taraf, seperti stesen keretapi, stesen bas, jalan berturap, pembinaan jalan utama persekutuan dan negeri, sekolah, hospital daerah, dan lain-lain. Yang Berusaha lagi Bijaksana Dato Penghulu Haji Mustapha bin Raja Kamala yang berasal dari Kota Raja, Rao Mapat Tunggul Kecamatan Rao, Kabupaten Pasaman Sumatra Barat, merupakan Penghulu yang pertama Kg. Kubu dan Panglima Kanan pula dilantik menjadi Penolong Penghulu Bernam. Kalumpang pada masa itu adalah di bawah jajahan Tanjung Malim. Apabila sempadan negeri Perak dan Selangor ditetapkan mengikut juraian sungai, Tanjung Malim dimasukkan ke dalam pemerintahan negeri Perak manakala Kalumpang pula berada di bawah pemerintahan negeri Selangor sehingglah kini.

Pada tahun 1922, pekan ini mula menjadi pusat tumpuan para ilmuan dan cendiakawan dari seluruh pelusuk jajahan Tanah Malayu. Hal ini membawa kepada usaha pemerintah untuk menubuhkan sebuah pusat khas bagi golongan tersebut dan hal ini membawa kepada penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) yang merupakan institusi latihan pendidikan pertama di Malaysia. SITC berkembang selama beberapa dekad (MPSI, IPSI, UPSI). Kini ia adalah sebuah universiti awam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ahmad Boestamam merupakan di antara tokoh anak kelahiran di Tanjung malim ini.

Pemandangan udara SITC, 1920-an. [2001/0027000]

Pasca Merdeka Selepas kemerdekaan 1957, Tanjong Malim adalah sebuah pekan yang agak mengantuk. Masyarakat Malaysia lebih gemar menjadikannya sebagai kawasan berlabuh singgah membuang lelah bagi perjalanan jarak jauh di antara Indera Kayangan ke Kuala Lumpur. Peristiwa banjir besar pada tahun 1970 turut menjejaskan status pembangunan bandar Tanjung Malim. Dalam tahun 1990-an,

terdapat usaha dan rancangan untuk menaik-taraf Tanjong Malim bagi menjadikannya sebuah bandar penampan dengan suapan projek-projek mega berimpak tinggi seperti Proton City dan Diamond Creeks. Walau bagaimanapun, krisis ekonomi 1997 yang menimpa di seluruh dunia meletakkan koma besar kepada daerah ini. Kini, Tanjong Malim mula dibangunkan semula. Projek Proton City telah dihidupkan, dan ditambah dengan Projek Bernam Jaya yang kian rancak berkembang. Namun status City boleh diramalkan dalam sedikit masa lagi. Tetapi entah kapan.

Projek Proton City dibangunkan semula


TENGKU Mahaleel (kiri) bertukar-tukar dokumen dengan Wazir Muaz sambil diperhatikan Abdul Halil di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Proton dan Kastam dan Eksais Diraja Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Utusan Malaysia, Artikel pada 19/09/2001. [2001/0063477]

Rujukan: 1957/0311233 - Regrouping Malay Kampongs. Tanjong Malim 2007/0034448 - Riwayat Tanjong Malim, [T.T] 2007/0019934 - Persatuan Sejarah Malaysia - Malaysia Dari Segi Sejarah, No. 10, 1981 2007/0050120 - Malaysia In History Early Kuala Lumpur, April 1972 Volume 14 No. 2 2001/0025945 - Lanun (Pirates), a sketch. 2007/0059029 - Sejarah Perak Oleh Haji Adil Buyong, 1972. 2007/0059061- Tempat-Tempat Bersejarah Perak Oleh N.A. Halim, 1981. 2011/0009176 - Koloquium Masyarakat Melayu Abad Ke-18, 17 Okt.1987 Bertajuk Masyarakat Melayu Perak Abad Ke 18 Interpretasi Historis Dari `Misa Melayu' Oleh Muhammad Yusoff Hashim 2011/0005576 - Perak And The Malays By J. F. A. Mc. Nair. 2001/0063477- Utusan Malaysia, September 2001. http://en.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Malim http://www.mdtm.gov.my

Anda mungkin juga menyukai