Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad ke-11

hingga ke-12.

A.PENDAHULUAN
Kegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan
perindustrian.
Antara faktor yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah
peranan pemerintahan yang mengambil berat tentang penyediaan sumber
ekonomi. Contohnya, dengan menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran
untuk mencapai hasil yang ekonomi yang tinggi.
Antara tanaman yang diusahakan ialah tanaman bijirin seperti gandum dan barli
serta buah-buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang dan tembikai.
B:Isi-isi penting
Bagi memajukan sektor pertanian, kerajaan Abbasiyah telah mengambil beberapa
langkah.Antaranya adalah dengan melebarkan sungai dan terusan bagi mengairi
kawasan pertanian,membina empangan dan menggalakkan penerokaan tanahtanah baharu untuk aktiviti pertanian.
Usaha-usaha penyelidikan juga telah dilakukan untuk meningkatkan jumlah
pengeluaran.Ini mendorong kepada kemunculan ramai cendekiawan Islam yang
telah berjaya mencetuskan idea-idea bagi memajukan aktiviti pertanian pada
zaman itu.
Antara wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam,
Iraq, Yaman, Maghiribi dan Khurasan.Ladang-ladang pertanian dan ternakan serta
pasar yang dikenali sebagai suq al-baqar juga telah diwujudkan.Selain
pertanian,perdagangan juga merupakan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah.
Pelbagai tindakan juga telah dilakukan oleh kerajaan Abbasiyah bagi memajukan
sektor perdagangan.Antaranya adalah dengan membina dan menyediakan
kemudahan yang mencukupi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan para
pedagang,di samping mengetatkan lagi kawalan keselamatan untuk mengelak
berlakunya aktiviti rompakan dan pelanunan.
Antara pelabuhan yang terkenal dan menjadi tumpuan para pedagang pada
zaman tersebut adalah seperti Baghdad, Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan
Iskandariah.
Sektor perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi pada zaman kekuasaan
kerajaan Abbasiyah.Kilang-kilang di Baghdad,Syiraz dan Isfahan di Parsi terkenal
dengan hasil produk tenunan,hamparan dan permaidani.

Barangan kulit dan senjata pula turut dikeluarkan oleh Mesir,Andalus dan
maghiribi, manakala oleh Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan.
C.PENUTUP
Kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak
langsung telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi.
Malah, melalui pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan
untuk menyediakan kemudahan prasanara seperti tali air,masjid dan sekolah

Anda mungkin juga menyukai