Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN SUKAN KEPADA NEGARA

SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran
dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada
akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara sukan
serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat penting dan wajib di
adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak
daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan
rumahkan oleh Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata

untuk

memartabatkan sukan di mata masyarakat.


Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya berbibawa
dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar membanggakan
pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang,
permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak menempah
kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain menmanfaatkan peluang
yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Selain itu, bagi
menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet sekarang bersara kelak,
anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang
berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.
Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui
penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari
seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi
kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga
mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana
untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing
dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih
banyak memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.
Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam mempamilkan skilskil permainan dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform yang
boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikannya. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah
masyarakat dunia mengambil berat terhadap pembagunan sukan dan perkembangannya berbaloi
bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai pelaburan jangka
panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan
meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.

Anda mungkin juga menyukai