Anda di halaman 1dari 12

1.

1 Institusi Pemerintahan
1.1 Institusi Pemerintahan Beraja dan
Pembesar
Soalan 111: Huraikan konsep dan
peranan raja di Vietnam dan Thailand
pada abad ke-19
Pendahuluan
Raja Vietnam ditatabalkan oleh wakil
Maharaja China. Jawatan ini diwarisi secara
warisan oleh keluarga tertentu seperti
Nguyen, Tuc, dan Minh dan sistem beraja di
Vietnam dipengaruhi oleh konsep mandat dari
syurga
dan
Confucianisme
serta
raja
merupakan ketua negara dan ketua kerajaan
yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan.
Raja Thailand merupakan pemimpin kerajaan
dan dianggap devaraja, iaitu wakil dewa dan
jelmaan tuhan di bumi untuk memimpin
manusia. Kepercayaan ini wujud kesan
daripada pengaruh agama Hindu dan Buddha
di Thailand.
Isi-isi Penting

Peranan Raja di Vietnam


1.
Pemerintahan dan Keagamaan
Raja merupakan ketua kerajaan yang
berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan
urusan keagamaan.
Raja berperanan sebagai ketua negara dan
ketua pentadbir. Raja merupakan sumber
autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam
pentadbiran.
Raja
dipercayai
mendapat
mandat dari syurga atau tuhan untuk
memerintah sesebuah negara. Kuasa tertinggi
dalam undang-undang. Vietnam dibahagikan
kepada tiga wilayah.
2.

Dari Segi Ekonomi

Raja berkuasa penuh dalam bidang ekonomi


dari segi penguasaan terhadap sumber
ekonomi seperti tanah, buruh, hasil pertanian,
kegiatan perdagangan, perkhidmatan, dan
aktiviti mengutip cukai. Berkuasa untuk
melantik beberapa orang pegawai atau
pembesar untuk menjalankan pekara-pekara
yang berkaitan cukai.
3.

Kehakiman dan Ketenteraan

Raja sebagai ketua hakim dan penggubal


undang-undang. Raja berada di atas undangundang dan tidak boleh didakwa atas
kesalahannya. Maharaja mempunyai kuasa
tertinggi dan sumber segala undang-undang.
Maharaja berkuasa mutlak dalam segala hal.
Raja juga berperanan sebagai ketua tentera
atau ketua panglima tentera.

Peranan Raja di Thailand


4.
Dari Segi Politik
Raja Thailand merupakan seorang ketua
pentadbir
yang
berkuasa
mutlak
dan
menduduki
hierarki
tertinggi
dalam
pemerintahan
serta
berkuasa
melantik
pembesar.
Mengikut konsep order kosmos, raja dan
istana sebagai pusat kegiatan. Kuasanya tidak
terbatas meliputi keduniaan dan keagamaan
sahaja.
5.

Dari Segi Sosial

Raja Thailand bertindak sebagai pelindung


dan lambang perpaduan
- menjadi pelindung kepada rakyat daripada
sebarang penganiayaan.
Raja dikenali sebagai Tuhan Kehidupan
sesuai dengan konsep dhramaraja dengan
pelbagai gelaran seperti Chaoi Chiwit (Raja
Nyawa) dan Chao Phaendin(Tuan Tanah)
sehingga raja dianggap berkuasa memutus
hidup dan mati rakyat.
6.

Dari Segi Ekonomi

Raja berkuasa dalam bidang ekonomi dan


menguasai sumber ekonomi seperti pungutan
cukai,
hasil
pertanian,
dan
kegiatan
perdagangan. Contohnya, raja berkuasa ke
atas balak dan beras.
Raja melantik pembesar sebagai pegawai
untuk menguruskan semua kegiatan ekonomi
bagi pihaknya.
Penutup
Raja mengetuai kerajaan dan berada pada
kedudukan teratas dalam hierarki politik. Raja
merupakan pemimpin yang paling berkuasa

dan menjadi perantaraan rakyat dengan


tuhan.
Raja di Vietnam dianggap sebagai Thein-Tu
(anak tuhan) manakala raja di Thailand
dianggap sebagai devaraja, iaitu wakil dewa
untuk memimpin manusia. Raja di Vietnam
dan Thailand secara umumnya mempunyai
peranan dalam semua aspek seperti politik,
ekonomi, dan sosial.

Soalan 112: Huraikan konsep, hierarki


dan peranan pembesar di Vietnam pada
abad ke-19.
Pendahuluan
Sistem pemerintahan yang diamalkan dan
diguna pakai di sesebuah negara adalah
berasaskan
sistem
kerajaan.Kerajaan
berperanan untuk menggubal dasar-dasar
negara serta membuat keputusan untuk

rakyat yang diwakili.Kerajaan diketuai oleh


seorang raja dan dibantu oleh para pembesar.
Pembesar memainkan peranan yang penting
untuk
memastikan
segala
urusan
pentadbiran,ekonomi dan sosial sesebuah
negara berjalan lancar bersesuaian dengan
arahan daripada raja.Pembesar mempunyai
kuasa tertentu namun terbatas mengikut
keperluan dan kehendak raja.
Isi-isi penting:
Konsep Pembesar
Pembesar ialah pegawai kerajaan yang
dilantik oleh raja atau maharaja untuk
menjawat
jawatan
tertentu
dan
melaksanakantugas-tugas
dalam
bidang
kuasa yang diberikan kepadanya sebelum
kemasukan pengaruh Barat.Negara Asia
mengamalkan sistem pemerintahan beraja
dan disokong oleh sistem pembesar.
Kumpulan
pembesar
inilah
yang
melaksanakan tugas-tugas pemerintahan.
Kedudukan pembesar sangat penting dan
berada pada paras kedua selepas kedudukan
raja
atau
maharaja
dalam
hierarki
pemerintahan. Pengagihan tugas kepada
pembesar tidak menjejaskan kuasa mutlak

raja atau maharaja kerana mereka hanya


mempunyai
kuasa
yang
terhad
dan
melaksanakan tugas mengikut apa yang telah
diarahkan raja.
Hierarki Pembesar
Pembesar Mandarin
Mereka
mengetuai
setiap
peringkat
pentadbiran terutama semasa pemerintahan
Maharaja Gia Long.Golongan Mandarin di
Vietnam dipengaruhi oleh sistem yang
diamalkan di China.Golongan Mandarin yang
mendapat pendidikan Confucius yang baik
adalah yang paling layak untuk menjadi
pegawai pentadbiran,mereka akan mengetuai
Quan atau kementerian.Golongan ini juga
sangat
berpengaruh
kerana
mereka
melaksanakan
tugas-tugas
maharaja,mendapat sokongan,sanjungan dan
dihormati rakyat,penegak keadilan pentafsir
undang-undang
dan
bertindak
sebagai
pegawai kehakiman.
Majlis Tertinggi (Noi-cac)
Majils ini dibentuk dan dipengerusikan oleh
maharaja.Baginda akan diantu oleh enam
kementerian iaitu Hal Ehwal Awam, Kerja

Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan


Peperangan.Quan
Hal
Ehwal
Awam
mempunyai kedudukan yang paling tinggi
berbanding Quan ynag lain.
Mereka
bertangungjawab
dalam
memberikan pandangan kepada maharaja
dalam semua hal yang bekaitan dengan
pemerintahan
dan
pentadbiran
kerajaan.Majlis ini juga merupakan forum
unuk menyelesaikan perkara-perkara yang
tidak
dapat
diselesaikan
di
peringkat
kementerian.
Peringkat Daerah/Kampung
Pembesar peringkat daerah berperanan
untuk mengutip cukai,menjalankan upacara
keagamaan dan adat istiadat,mengambil dan
melatih
tentera
serta
dalam
bidang
kehakiman.Manakalan pembesar peringkat
kampung(komun) bertindak sebagai ketua
hakim
dan
pentafsir
undangundang.Pembesar peringkat komun terdiri
daripada Majlis Orang Tua.
Peranan Pembesar
Peranan pembesar adalah berdasarkan
kepada peringkat atau bahagian yang disusun
mengikut
tugasan
tertentu.Pengkhususan
tugas
secara
tersusun
telah
dibuat

berdasarkan
jabatan
yang
dipegangnya.Pembesar
bertanggungjawab
melaksanakan tugas yang diamanahkan
untuk memastikan jawatannya kekal.
Pembesar
kanan(Quan)-bertanggungjawab
menasihati dan membantu maharaja dalam
membuat keputusan.
Pembesar pusat bertanggungjawab di ibu
kota.
Kerajaan
dan
istana
mereka
bertanggngjawab
mengetuai
sesebuah
jabatan
seperti
jabatan
jabatan
peperangan,kehakiman dan percukaian.
Penutup
Keperluan pengikut memainkan peranan
penting
dalam
membantu
pembesar
melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh
raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar
bukan sahaja bertangunggjawab secara terus
kepada raja tetapi juga pengikutnya.Peranan
pembesar sememangnya amat penting untuk
memastikan sistem pentadbiran Vietnam
berjalan lancar dan teratur.
Soalan
113:
Bandingkan
sistem
pembesar di Vietnam dan Thailand pada
abad ke-19

Pendahuluan
Sistem pembesar di Vietnam dan Thailand
diwujudkan untuk membantu raja/maharaja
dalam melaksanakan tugas dan melicinkan
pentadbiran. Pembesar memainkan peranan
penting dalam sistem politik Thailand dan
Vietnam. Menduduki lapisan kedua dalam
struktur sosial masyarakat.
Raja/maharaja
mengagihkan
tugasnya
kepada golongsn pembesar di peringkat
pusat, daerah dan kampung.Raja/maharaja
masih memegang kuasa mutlak dan segala
keputusan dalam politik, ekonomi dan sosial
dalam
raja/maharaja.
Mempuyai
tugas
tertentu.
Isi-isi Penting:
Persamaan
Vietnam mempunyai hierarki pembesar.
Begitu juga di Thailand terdapat hierarki
pembesar, iaitu pembesar peringkat pusat
dan peringkat daerah.
Pembesar di vietnam membantu maharaja
dalam urusan di peringkat pusat, daerah dan
kampung dan melaksanakan tugas yang
diberikan oleh maharaja. Manakala di

Thailand, pembesar menjalankan tugas yang


diberikan oleh raja.
Pembesar
di
Vietnam
dan
Thailand
menduduki lapisan kedua selepas raja dalam
sistem pemerintahan.
Perbezaan
Vietnam menggunakan gelaran maharaja.
Manakala di Thailand, menggunakan gelaran
raja.
Vietnam tidak mempunyai pembesar yang
terdiri
daripada
golongan
bangsawan.
Manakala di Thailand pula, pembesar terdiri
daripada kerabat diraja dan golongan
bangsawan yang dikenali sebagai khunnang.
Jawatan khunnang adalah diwarisi.
Di Vietnam, kedudukan dan kuasa pembesar
terletak pada golongan bangsawan (Quan)
yang
merupakan
golongan
sarjana
berpendidikan Confucius dan mempunyai
kedudukan istimewa dalam pentadbiran
kerajaan.
Setiap
lapisan
masyarakat
berpeluang menjadi Mandrin(Quan) dengan
syarat mendapat pendidikan tinggi Confucius.
Berbeza dengan Thailand, pembesar ini tidak
terbuka kepada golongan rakyat. Rakyat biasa
tidak terlibat dalam sistem pemerintahan
walaupun mempunyai kelayakan. Hanya

putera-putera raja memegang jawatan seperti


Menteri.
Golongan
Mandrin
mengetuai
setiap
birokrasi dalam kerajaan Vietnam dan
dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah
Besar China.
Kesimpulan
Kedatangan Barat menyebabkan perubahan
dalam peranan pembesar di Vietnam dan
Thailand. Golongan Mandrin di Vietnam
kehilangan kedudukan dan kuasa, diambil alih
oleh golongan berpendidikan Barat.
Thailand tidak dijajah tetapi pemodenan
dalam sistem pentadbiran sedikit banyak
telah
mengubah
peranan
pembesar
tradisional.

Anda mungkin juga menyukai