Anda di halaman 1dari 79

BAHAGIAN B: ASIA TENGGARA

TEMA 1 MASYARAKAT

TEMA 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT

TEMA 3 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

TEMA 4 PENGISIAN KEMERDEKAAN

TEMA 1: MASYARAKAT
1 BINCANGKAN KONSEP DAN PERANAN RAJA DI VIETNAM SEBELUM PERLUASAN
PENGARUH PERANCIS PADA ABAD KE 19

2 PERIHALKAN PERANAN RAJA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI


THAILAND PADA ABAD KE-19.

3 BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DI VIETNAM SEBELUM PERLUASAN


PENGARUH BARAT PADA ABAD KE 19

4 BINCANGKAN SISTEM DAN PERANAN PEMBESAR DI THAILAND SEBELUM


PERLUASAN PENGARUH BARAT PADA ABAD KE-19.
5 HURAIKAN STRUKTUR LAPISAN MASYARAKAT DI VIETNAM SEBELUM
KEDATANGAN BARAT PADA ABAD KE 19
6 BINCANGKAN CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL YANG DIJALANKAN OLEH
MASYARAKAT INDONESIA PADA ABAD KE 19 (SEBELUM BERLAKUNYA
PELUASAN KUASA BELANDA TIDAK PERLU )
7 HURAIKAN CIRI-CIRI EKONOMI KOMERSIAL DI VIETNAM SELEPAS
PERLUASAN KUASA PERANCIS
8 HURAIKAN CIRI-CIRI EKONOMI KOMERSIL DI INDONESIA PADA
ABAD KE-19.

2
TEMA : MASYARAKAT
NO SOALAN :1
SOALAN : BINCANGKAN KONSEP DAN PERANAN RAJA DI VIETNAM SEBELUM
PELUASAN PENGARUH PERANCIS PADA ABAD KE 19
Pendahuluan
1. Semua negara Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum perluasan pengaruh
Barat.
2. Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan oleh negara-negara Asia Tenggara adalah berdasarkan kepada
campuran adat tempatan dengan pengaruh agama Hindu-Buddha.
3. Antara negara Asia Tenggara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja ialah Vietnam.
Isi- isi utama
1. Konsep pemerintahan beraja di Vietnam
Konsep pemerintahan beraja di Vietnam adalah berasaskan kepada ajaran Confucius. Ini kerana sistem
pemerintahan beraja di Vietnam dipengaruhi oleh falsafah China memandangkan Vietnam pernah
berada dibawah pemerintahan China sejak tahun 111 Masihi.
Pemerintah Vietnam digelar maharaja yang berasaskan kepada konsep mandat dari syurga.
Berdasarkan konsep ini Maharaja Vietnam dianggap sebagai Thien-Tu iaitu anak tuhan yang mendapat
mandat pemerintahan dari syurga.
Mandat tersebut akan ditarik balik sekiranya maharaja bertindak tidak adil terhadap rakyat yang akan
mengakibatkan berlakunya bencana alam, peperangan dan perluasan kuasa asing.
Maharaja akan dipersalahkan dan rakyat bertanggungjawab menggulingkan maharaja tersebut dan
digantikan dengan maharaja yang baru.
Sistem pemerintahan beraja di Vietnam adalah berdasarkan sistem Dinasti iaitu jawatan maharaja akan
diwarisi secara warisan atau keturunan oleh keluarga tertentu seperti keluarga tertentu seperti keluarga
Nguyen, Tuc dan Minh.
Maharaja Vietnam akan ditabalkan oleh wakil Maharaja China sebelum disahkan menjadi Maharaja
Vietnam secara rasmi.
Ini menyebabkan Maharaja Vietnam menghantar ufti secara tetap ke China sebagai mengakui
kedaulatan China. Apabila berlaku pertukaran pemerintah atau raja, istana Vietnam akan menghantar
utusan ke istana Peking.
Maharaja Vietnam dari Dinasti Nguyen mestilah mempunyai pendidikan Confucius yang baik.
2. Peranan Maharaja dalam Politik
Maharaja merupakan ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan Vietnam.
Maharaja bertindak melantik pembesar bagi membantu baginda melaksanakan pentadbiran peringkat
pusat, daerah dan komun.

3
Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda tidak membenarkan golongan bangsawan melibatkan
diri dalam pentadbiran Vietnam dan peranan mereka sebagai pembesar Vietnam telah diambil-alih oleh
golongan Mandarin iaitu golongan intelektual Vietnam yang berpendidikan Confucius.
Maharaja Vietnam turut membentuk enam Quan atau kementerian yang diketuai oleh golongan Mandarin
untuk membantu baginda melaksanakan pentadbiran peringkat pusat.
Maharaja Vietnam juga bertindak menjadi pengerusi Majlis tertinggi atau Noi-Cac yang dianggotai oleh
enam orang menteri kanan dan berperanan menasihati maharaja dalam semua perkara yang berkaitan
dengan pentadbiran Vietnam.
Maharaja juga berperanan mengetuai badan kehakiman sebagai ketua hakim dan mempunyai kuasa untuk
menjatuhkan hukuman mati serta memberi pengampunan kepada pesalah.
Maharaja juga mengetuai badan perundangan dan dianggap sebagai Mein-Tu yang bermaksud maharaja
berada diatas undang-undang dan tidak boleh didakwa atas sebarang kesalahan.
Maharaja juga berperanan sebagai ketua tentera atau panglima tentera yang bertanggungjawab memelihara
kedaulatan dan mempertahankan negara dari ancaman musuh bagi tujuan untuk mengekalkan
kemerdekaan.
Tegasnya, Maharaja Vietnam mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan.
3. Peranan Maharaja dalam Ekonomi
Maharaja menguasai segala sumber ekonomi negara seperti tanah, buruh, modal, hasil pertanian, hasil
cukai dan kegiatan perdagangan.
Maharaja akan melantik beberapa orang wakil bagi menjalankan perdagangan,memungut cukai, duti
import dan menguruskan pengeksportan barangan tempatan bagi pihak maharaja.
Maharaja juga mempunyai kuasa untuk menentukan sistem sukatan, ukuran dan timbangan.
Maharaja turut menjalinkan hubungan baik dengan penduduk kawasan pedalaman bagi mendapatkan
bekalan bahan mentah dan sumber untuk dipasarkan di Ibukota.
Tegasnya, Maharaja Vietnam berperanan menentukan dasar ekonomi negara dan mengembangkan aktiviti
perdagangan.
4 Peranan Maharaja dalam Sosial
1. Maharaja menduduki hieraki teratas dalam susun lapis masyarakat Vietnam.
2. Maharaja berperanan sebagai pelindung rakyat daripada sebarang penindasan dan penganiayaan serta
menjadi simbol perpaduan rakyat.
3. Maharaja juga berperanan sebagai ketua agama Buddha dan rumah berhala atau pagoda. Maharaja
bertanggungjawab melibatkan diri dalam upacara keagamaan.
4. Maharaja juga berperanan melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat diraja untuk menjalankan
tugas rasmi dalam bidang keagamaan.
5. Maharaja juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan pendidikan Confucius dan bahasa Cina
yang dijadikan sebagai kayu ukur bagi membezakan status masyarakat di Vietnam.

4
6. Tegasnya, rakyat memberikan taat setia kepada Maharaja kerana Maharaja merupakan penaung kepada
agama Buddha.
Kesimpulan
1. Vietnam mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang dipengaruhi oleh ajaran agama Buddha dan
Confucius.
2. Kedudukan, peranan dan kuasa Maharaja Vietnam berkait rapat dengan kedua- dua agama ini.
3. Namun begitu, sistem pemerintahan beraja di Vietnam telah mengalami perubahan selepas perluasan
pengaruh Perancis.

TEMA : MASYARAKAT
NO SOALAN :2

SOALAN` :PERIHALKAN PERANAN RAJA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN


BERAJA DI THAILAND PADA ABAD KE-19.

Pendahuluan
1. Institusi pemerintahan Thailand pada abad ke-19 mengamalkan sistem beraja yang diperintah oleh raja-
raja Dinasti Chakri.
2. Raja Thai menggunakan gelaran Rama hasil daripada pengaruh agama Hindu-Buddha.
3. Sistem beraja meletakkan raja Thailand di puncak kuasa dalam institusi pemerintahan.
4. Peranan raja amat penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Isi-isi utama

1. Peranan raja Thai dalam politik


Mengetuai pemerintahan dan berkuasa mutlak dalam bidang perundangan, ketenteraan, ekonomi dan
khazanah negara.
Baginda berkuasa menjatuhkan hubungan bunuh dan menentukan hidup mati seseorang rakyat, yakni
baginda dianggap sebagai Chao Chiwit (Yamtuan nyawa).
Merupakan simbol kedaulatan negara dan perpaduan rakyat selaras dengan konsep dewa-raja dan dharma
raja.
Mempertahankan negara daripada ancaman luar
Menjadi ketua kehakiman, perundangan, dan ketenteraan serta menentukan dasar-dasar luar negara
Contohnya Rama III telah mengamalkan dasar buka pintu untuk mendapatkan hasil dagangan daripada
negara luar .
Jelaslah raja memainkan peranan penting dalam bidang politik.
2. Peranan raja dalam bidang ekonomi

Mempunyai kuasa mutlak terhadap semua tanah kerajaan, yakni dianggap Chao Phendin

5
Memberi tanah kepada kerabat raja dan golongan bangsawan .
Menguasai segala kegiatan ekonomi seperti hasil negara, pungutan cukai, kegiatan pertanian dan
perdagangan.
Mengekalkan monopoli dalam perdagangan hasil hutan seperti kayu cendana dan jati, sarang burung ,
perdagangan beras dan lada hitam.
Mewujudkan hubungan baik dengan kawasan pengeluaran di kawasan pedalaman untuk menjamin bekalan
ekonomi yang berterusan.
Penguasaan kepada tanah dan hasil mahsul negara menunjukkan peranan raja Thai dalam bidang ekonomi.

3. Peranan raja dalam bidang sosial


Memainkan peranan penting dalam agama Buddha dan menjadi penaung agama Buddha, dianggap sebagai
pelindung Buddhisme dan golongan sangha
Berperanan mengekalkan adat resam tempatan seperti adat sujud, adat menyimpan hamba dan larangan
melihat wajah raja.
Melindungi rakyat daripada segara penindasan dan penganiayaan.
Bersikap adil terhadap rakyat berdasarkan konsep dharma-raja
Memastikan perkembangan keagamaan dan kesusasteraan
Peranan raja dalam aspek sosial terserlah sebagai pelindung agama, kesusasteraan dan rakyat.
Penutup
Peranan raja Thai amat penting sehingga menjadi salah satu tonggak kepada penduduk Thai
Masyarakat Thai menganggap raja sebagai wakil tuhan yang suci dan mempunyai kuasa sakti
Mereka menumpukan sepenuh kesetian kepada raja dan negara.

TEMA : MASYARAKAT
NO SOALAN :3
SOALAN : BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DI VIETNAM SEBELUM
PERLUASAN PENGARUH BARAT PADA ABAD KE 19.
Pendahuluan
1. Di Vietnam, pembesar merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh maharaja untuk menjawat jawatan
tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya sebelum kedatangan
kuasa Barat.
2. Dari segi kedudukan, golongan pembesar berada di kedudukan kedua selepas maharaja dalam hierarki
pemerintahan dan bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pemerintahan kerana maharaja tidak
berupaya untuk menanggung segala urusan pentadbiran secara sendirian.
3. Pembesar di Vietnam juga mempunyai peranan tersendiri dan dapat dilihat pada peringkat pusat, daerah
atau wilayah dan kampung sebelum perluasan kuasa barat iaitu kedatangan Perancis.

6
Isi-isi utama
3. Peranan Pembesar Di Vietnam Pada Peringkat Pusat
Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long, golongan Mandarin merupakan pembesar di peringkat pusat
yang membentuk birokrasi dan membantu maharaja dalam sistem pentadbiran. Mereka adalah golongan
intelektual yang lulus dalam peperiksaan awam dan berkemahiran dalam bahasa, falsafah dan klasik
Confucius.
Mereka bertanggungjawab dan berperanan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi
memastikan jawatannya dikekalkan. Jika gagal melaksanakan tugas, maharaja mempunyai kuasa untuk
meluncutkan jawatannya dan digantikan dengan pembesar yang lain.
Sebagai contoh, golongan Mandarin akan mengetuai enam kementerian utama seperti Perkhidmatan
Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan Peperangan.
Quan yang penting ialah Quan Perkhidmatan Awam yang bertaraf tinggi. Quan juga menganggotai badan
tertinggi kerajaan yang dikenali sebagai Majlis Tertinggi atau Noi-Coc yang dipengerusikan oleh
Maharaja serta enam orang Menteri Kanan. Maljis ini berfungsi memberi pandangan kepada maharaja
dalam semua hal berkaitan pemerintahan dan pentadbiran.
Kebergantungan maharaja kepada pembesar atau golongan Mandarin dipantau dengan penubuhan Badan
Penapis atau Do Sat Vien. Badan ini menyediakan pegawai-pegawai yang tinggal di ibu negeri untuk
melawat wilayah, memerhati kelakuan pegawai tauliah tetap dan mengenalpasti pegawai yang melanggar
arahan maharaja dan bertindak mengeluarkan memorandum kepada istana akibat kelakuan pegawai
terbabit.
Ini menunjukkan hubungan yang rapat di antara pembesar dan raja dalam melaksanakan pentadbiran
negara.Tanggungjawab yang diberikan oleh raja menjadi amanah yang perlu dilaksanakan dengan
berkesan. Justeru itu, pemerintahan raja di Vietnam mampu memperlihatkan kejayaan apabila dilihat oleh
rakyat.
2. Peranan Pembesar Pada Peringkat Daerah atau Wilayah.
Pembesar pada peringkat kedua ialah pembesar daerah. Mereka mentadbir daerah tertentu dan
mempunyai kuasa di daerahnya. Bagaimanapun kuasa pembesar daerah adalah terhad mengikut peranan
dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada maharaja di pusat dan mempunyai kebergantungan yang
tinggi kepada sokongan maharaja. Hal ini kerana kedudukan mereka akan terjejas jika hilang sokongan
maharaja.
Pembesar peringkat ini juga mempunyai tanggungjawab besar kepada pengikutnya.
Sebagai contoh, keperluan pengikut sangat penting bagi membantu pembesar daerah melaksanakan tugas
yang diarahkan oleh maharaja. Bilangan pengikut yang ramai melambangkan kedudukan, status, kekayaan
serta kejayaan mengeksploitasi sumber ekonomi. Pelantikan mereka adalah bergantung kepada pemilihan
raja yang memerintah.

7
Antara peranan pembesar ialah mengutip cukai, mengurus soal kehakiman.,merekrut dan melatih anggota
tentera dan menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat serta bertanggungjawab dalam soal
keselamatan.
Hal ini memperlihatkan mandat tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh raja kepada pembesar perlu
dijalankan dengan baik.Tugas pembesar dalam mentadbir aspek ekonomi dan pendapatan negara
menentukan keberhasilan dan kemampuan raja memerintah dengan cemerlang.
3. Peranan Pembesar Pada Peringkat Kampung.
Pembesar yang paling bawah adalah pembesar peringkat kampung, komun atau xuan.
Pembesar peringkat ini terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan berpengalaman.
Mereka berperanan dalam mengendalikan urusan pentadbiran kampung dan dalam bidang kehakiman
sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.
Sebagai contoh, antara tugas lain pembesar komun ini adalah menjalankan perintah dan arahan istana,
mendamaikan perselisihan yang wujud secara rundingan atau tolak ansur dan mengutip cukai.
Pembesar peringkat kampung juga menjalankan tugas seperti menyelia projek awam, membahagikan tanah
dan air untuk pertanian, membahagikan tanah kepada petani dan menentukan individu yang akan terlibat
dalam memenuhi kerahan kerajaan.
Jelaslah, pembesar di peringkat bawahan juga turut menyumbang tenaga yang penting bagi menjayakan
pemerintahan raja. Mereka menjadi perantara yang menyampaikan maklumat dan arahan pentadbiran
kerajaan. Kesinambungan tugas pembesar dalam pelbagai peringkat ini menyokong kuat pemerintahan
beraja di Vietnam.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya sistem pembesar di Vietnam telah dipengaruhi oleh sistem sosial di China dari segi
kedudukan Maharaja dan pembesar. Golongan pembesar di Vietnam menjalankan tugas dan mentadbir
negara bagi pihak maharaja.
2. Bagaimanapun kehadiran kuasa Perancis telah mengubah kedudukan dan peranan pembesar di negara
Vietnam.
3. Ini memulakan era baru pentadbiran kuasa barat dalam mentadbir dan memerintah negara Vietnam.

8
TEMA : MASYARAKAT
NO SOALAN :4
SOALAN : BINCANGKAN SISTEM DAN PERANAN PEMBESAR DI THAILAND
SEBELUM PERLUASAN PENGARUH BARAT PADA ABAD KE-19.

Pendahuluan
1. Institusi pemerintahan di Asia Tenggara bukan sahaja didokongi oleh raja atau maharaja malah turut
disokong oleh institusi pembesar.
2. Pembesar merupakan sekumpulan pegawai yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk membantu baginda
melaksanakan pemerintahan atau pentadbiran sesebuah negeri atau kerajaan.
3. Di Thailand, golongan pembesar telah memainkan peranan yang sangat penting dalam urusan pentadbiran
dan keamanan negara.
Isi- isi utama
1. Sistem Pembesar Thailand
Pembesar menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat Thailand selepas Raja,
Pembesar di Thailand terdiri daripada golongan bangsawan (Nai) yang digelar Khunang dan kerabat diraja
yang dipanggil Chao.
Pembesar memainkan peranan penting dalam sistem politik Thailand.
Sistem pembesar Thailand terbahagi kepada pembesar peringkat pusat dan wilayah.
Raja mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, wilayah dan kampung.
Namun demikian tidak bermakna bahawa kuasa mutlak raja terjejas kerana raja masih memegang kuasa
mutlak dan segala keputusan dari aspek pentadbiran,sosial dan ekonomi dalam tangan raja.
Jawatan pembesar Thailand diwarisi secara turun temurun.
Tegasnya, Thailand mempunyai sistem pembesar yang teratur dan sistematik sebelum kedatangan kuasa-
kuasa Barat.
2. Peranan Pembesar Peringkat Pusat
Pada peringkat pusat, golongan Chao dan Khunnang memegang jawatan utama dalam kerajaan seperti
mengetuai jabatan-jabatan yang penting.
Mereka bertindak sebagai menteri-menteri kanan kepada raja dan berperanan membantu raja dalam urusan
pentadbiran negara.
Mereka mengetuai jabatan-jabatan ( Krom ) yang paling penting dan berpengaruh iaitu Krom Mahattai (
Jabatan Hal Ehwal Awam), Krom Kalahon ( Jabatan Pertahanan ) dan Krom Khlang ( Jabatan Kewangan
dan Hubungan Luar ).

9
Ketua Krom Mahattai memakai gelaran Samuha Nayok yang bertanggungjawab mengawal Wilayah Utara
Siam.
Ketua Krom Kalahon memakai gelaran Samura Phra Kalahon mentadbir bahagian Selatan Siam dan turut
menjaga aspek pertahanan.
Ketua Krom Khlang memakai gelaran Cha Phraya Pra Khlang bertanggungjawab mengawal kawasan
pesisir pantai Teluk Siam.
Pembesar yang mengetuai ketiga-tiga Krom ini adalah pembesar kanan yang berhubung terus dengan raja.
Setiap golongan pembesar ini amat berkuasa dan perlu menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada mereka seperti mendengar rayuan kes-kes daripada mahkamah bandar yang berada di bawah
pentadbiran mereka, memungut cukai, menjaga keamanan, mendaftar rakyat dan menyelesaikan kes-kes
jenayah.
Seterusnya, Golongan Tua atau Mantri Prasad juga merupakan pembesar kanan dalam kerajaan.
Golongan Tua mempunyai peranan dan kedudukan yang penting dalam pemerintahan yang diketuai oleh
seorang ketua iaitu Mantrin atau Maha Mantrin.
Purohita atau petugas istana juga berpengaruh dalam pemerintahan kerajaan kerana mereka paling rapat
dengan raja dan boleh mempengaruhi tindakan raja.
Raja Thailand juga dibantu oleh golongan pembesar seperti Pradvivaka (Hakim), Sannidhatar ( Pegawai
Perbendaharaan), Sandrivigrahika ( Ketua Peperangan), Masapatalika ( Pemegang Rekod ) dan Samahatar
(Ketua Pemungut Cukai).
Tegasnya, pembesar di Thailand mempunyai peranan yang penting dalam sistem pemerintahan kerana
mereka merupakan wakil kepada raja dalam menjalankan pemerintahan negara.
3. Peranan Pembesar Peringkat Rendah ( JATUSADOM )
Selain itu, terdapat empat Krom yang berpangkat lebih rendah dalam kabinet kerajaan Thailand yang
dikenali sebagai Jatu Sadom dan diletakkan di bawah kawalan Krom Mahattai dan Krom Kalahon.
Krom tersebut terdiri daripada Krom Muang ( Jabatan Ibukota) yang bertanggungjawab untuk mentadbir
ibukota dan persekitarannya,
Krom Na yang menguruskan pentadbiran tanah,
Krom Wang yang menguruskan hal ehwal istana dan Krom Khlang yang menguruskan soal kewangan
dan hubungan luar.
Tegasnya, jabatan-jabatan yang ditubuhkan telah membantu melicinkan pentadbiran kerajaan di peringkat
pusat.
4. Peranan Pembesar Peringkat Wilayah
Para pembesar di peringkat wilayah dilantik terus oleh raja dan biasanya terdiri daripada golongan
Khunnang (bangsawan).
Jawatan pembesar ini diwarisi dan biasanya diberikan kepada pembesar yang bergelar Phraya atau Chao
Phraya

10
Kedudukan pembesar ditentukan oleh wilayah yang ditadbir oleh mereka.
Wilayah kelas pertama ialah wilayah yang strategik dari segi keselamatan terutamanya bandar besar dan
bandar utama seperti Bangkok
Wilayah kelas kedua dan ketiga ialah wilayah yang besar tetapi tidak diletakkan di bawah penyeliaan ibu
kota.
Wilayah kelas keempat pula ialah bandar-bandar kecil yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat.
Pembesar wilayah melaksanakan pentadbiran tersendiri seperti mengutip cukai dan mengetuai adat istiadat
serta ketua agama Buddha di wilayah masing-masing.
Peranan yang dimainkan oleh pembesar wilayah membantu melicinkan pentadbiran kerajaan dan
menguasai sumber tenaga manusia.
Tegasnya, sistem pembesar mengikut wilayah telah mengukuhkan institusi pemerintahan beraja di
Thailand.
Kesimpulan
1. Sebelum kedatangan kuasa Barat, negara Thailand mempunyai satu sistem pembesar yang sistematik dan
tersusun
2. Sistem pembesar yang diamalkan di Thailand telah mengukuhkan institusi pemerintahan beraja di negara
tersebut.
3. Namun selepas kedatangan Barat berlaku perubahan dalam sistem pembesar.
4. Raja Mongkut telah memodenkan pentadbiran yang berasaskan pentadbiran Barat demi menyelanmatkan
negara Thailand daripada dijajah.

11
TEMA : MASYARAKAT
NO SOALAN :5
SOALAN : HURAIKAN STRUKTUR LAPISAN MASYARAKAT DI VIETNAM
SEBELUM KEDATANGAN BARAT PADA ABAD KE 19
Pendahuluan
Masyarakat Vietnam terbahagi kepada beberapa lapisan berdasarkan status.
Masyarakat Vietnam dipengaruhi oleh negara China dari segi kedudukan Maharaja dan pembesar.
Struktur lapisan masyarakat Vietnam boleh dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan
diperintah.
Isi- isi utama
1. Maharaja
Maharaja berada di tempat tertinggi dalam hieraki sosial masyarakat.
Nguyen Anh merupakan pemerintah yang pertama menggunakan gelaran Maharaja . Baginda
menggunakan gelaran Maharaja Gia Long. Jawatan Maharaja diwarisi secara turun temurun dan
memerintah mengikut dinasti Nguyen.
Menerima pengaruh dari China ,Maharaja Vietnam memerintah atas konsep mandat dari syurga . Baginda
dianggap sebagai anak Tuhan Syurga ( Thein-Tu) . Dengan itu baginda harus memiliki kaliber dan
kebijaksanaan untuk memastikan rakyat hidup dalam kesejahteraan dan harmoni. Oleh itu, seorang
Maharaja akan dipersalahkan kalau berlakunya bencana alam seperti banjir yang besar dan kemarau yang
berpanjangan.
Maharaja berkuasa mutlak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Di antara kuasa maharaja ialah
mengubal undang-undang, menjatuhkan hukuman dan mempertahankan kedaulatan negara.
2. Pembesar
Golongan pembesar berada pada lapisan kedua dalam masyarakat Vietnam.
Mereka terdiri daripada Quan ( Mandarin), pembesar daerah dan desa.
Mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Maharaja.
Golongan Mandarin merupakan cendekiawan berpendidikan Confucius dan lulus peperiksaan awam.
Mereka terlibat secara langsung dalam pentadbiran. Oleh itu, golongan pembesar merupakan perantara
bagi Maharaja dan rakyat.
Dalam masyarakat Vietnam, taraf pendidikan, ijazah dan jawatan dalam pentadbiran awam serta kuasa
merupakan pertimbangan penting dalam membezakan status serta seseorang individu dengan individu
yang lain.
Di antara tugas pembesar ialah melicinkan pentadbiran, melaksanakan undang-undang dan
mempertahankan kedudukan dan kekuasaan Maharaja.
Pembesar di peringkat daerah dan desa pula berperanan menjamin keamanan, mengiatkan aktiviti
ekonomi, mengutip cukai dan menjaga kebajikan rakyat.

12
3. Rakyat
Golongan rakyat merupakan golongan yang diperintah dan berada dalam lapisan selepas golongan
pembesar.
Dalam kalangan rakyat, petani merupakan golongan yang sangat dihormati kerana dianggap sebagai tulang
belakang yang membantu meningkatkan ekonomi Vietnam dan membekalkan makanan kepada rakyat.
Mereka juga menyumbang hasil cukai dan tenaga untuk kerja-kerja lain.
Seterusnya golongan petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi sawah,
menternak dan menangkap ikan.
Selain petani,terdapat juga rakyat Vietnam yang terlibat dalam aktiviti pertukangan seperti membuat
tembikar , menenun dan golongan pedagang.
Jelaslah bahawa lapisan rakyat mempunyai peranan mereka yang tersendiri.
4. Hamba
Golongan hamba adalah golongan yang paling bawah dalam susun lapis masyarakat di Vietnam.
Kebanyakan mereka merupakan penjenayah yang telah melakukan kesalahan.
Mereka dihantar ke kem-kem tentera di sempadan untuk membuka tanah baharu.
Setelah tamat tempoh menjadi hamba, mereka bebas mengusahakan kegiatan ekonomi seperti mana yang
dijalankan oleh golongan petani.
Kesimpulan
Masyarakat Vietnam tradisional mempunyai susun lapis yang jelas.
Setiap lapisan masyarakat Vietnam mempunyai tanggungjawab tersendiri. Masing-masing mendapat
pengiktirafan atas peranan masing-masing.
Selepas penjajahan Perancis ,susun lapis masyarakat Vietnam telah mula berubah.

TEMA : MASYARAKAT
NO SOALAN :6

13
SOALAN : BINCANGKAN CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL YANG DIJALANKAN
OLEH MASYARAKAT INDONESIA SEBELUM BERLAKUNYA PELUASAN
KUASA BELANDA.(SEBELUM BERLAKUNYA PELUASAN KUASA BELANDA
TIDAK PERLU )
Pendahuluan
1. Masyarakat Indonesia menjalankan kegiatan ekonomi tradisional atau kegiatan ekonomi sara diri sebelum
kedatangan Belanda. Tumpuan utama ekonomi ini adalah untuk memperolehi keperluan asas bagi kegunaan
ahli keluarga. Sekiranya wujud lebihan, barulah ia ditukarkan dengan keperluan lain atau diperdagangkan.
2. Aktiviti utama yang dijalankan ialah aktiviti pertanian tanaman padi selain wujudnya aktiviti penangkapan
ikan, penternakan , mengutip hasil hutan dan perdagangan secara kecil-kecilan.
Isi-isi utama
1. Ciri ekonomi tradisional masyarakat Indonesia terdiri daripada pelbagai jenis kegiatan.
Aktiviti ekonomi sara diri yang dijalankan oleh masyarakat Indonesia ialah kegiatan pertanian, perikanan,
mengutip hasil hutan, perlombongan dan perdagangan secara kecil-kecilan. Namun begitu, kegiatan
pertanian merupakan kegiatan utama ekonomi sara diri di Indonesia.
Tanaman utama yang diusahakan ialah penanaman padi sawah dan padi huma.Padi sawah ditanam di tanam
di kawasan tanah lanar yang subur khususnya di lembangan sungai dan di kaki gunung berapi. Petani
menggunakan sistem pengairan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan bekalan air yang mencukupi ke
sawah.
Air juga diperolehi melalui limpahan banjir dari sungai seperti di Palembang. Penanaman padi sawah
dijalankan sekali setahun dan kawasan tanaman padi sawah ini banyak dilakukan di Pulau Jawa dan
Madura.
Padi huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan kering dan berbukit kerana ia tidak memerlukan air
yang banyak. Ia hanya bergantung kepada air hujan semata. Tanaman padi huma banyak dijalankan di
pendalaman Timur Pulau Jawa dengan menggunakan kaedah pertanian pindah. Kawasan hutan akan
ditebang dan dibakar sebelum musim hujan supaya tanah menjadi subur.
Selain padi tanaman sampingan seperti penamanan jagung, ubi kayu , keledek dan jagung juga dijalankan
. Jagung adalah sumber makanan penting di Indonesia dan ditanam di Madura.
Tebu ditanam di kawasan Cheribon manakala kelapa ditanam di keseluruhan kawasan Indonesia. Tanaman
seperti cengkih , buah pala dan kayu cendana diusahakan di pulau Maluku, Pulau Bonda dan Pulau Timur.
Masyarakat Indonesia juga menjalankan kegiatan menangkap ikan yang dilakukan di kawasan persisiran
pantai, sungai, tasik dan sawah. Mereka juga menternak binatang untuk digunakan bagi membajak kawasan
pertanian dan sebagai sumber makanan yang diternak di sekitar rumah.
Kegiatan memburu juga turut dijalankan untuk dijadikan bahan makanan seperti kijang, rusa dan ayam
hutan. Manakala kegiatan memungut hasil hutan seperti rotan, mengkuang, daun palas, getah perca dan
akar kayu dijadikan barangan kraftangan dan ubat-ubatan.

14
Tegasnya, ciri ekonomi tradisional masyarakat Indonesia tidak tertumpu hanya kepada satu jenis kegiatan
ekonomi sahaja malah bersifat perlbagai.
2. Ciri ekonomi masyarakat Indonesia bersifat tradisional kerana hanya melibatkan penggunaan
alatan tradisi.
Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional petani Indonesia hanya menggunakan peralatan tradisi
untuk menjalankan kegiatan pertanian, perlombongan , penternakan dan juga perikanan.
Petani Indonesia hanya menggunakan alatan tradisi seperti cangkul, tajak dan tenggala yang ditarik oleh
lembu atau kerbau untuk membajak sawah. Tenaga kerbau digunakan di kawasan lanar berlumpur
manakala lembu di kawasan kering terutamanya tanah gambut. Bagi padi huma pula kaedah tebang dan
bakar digunakan.
Sebelum musim hujan petani akan membakar hutan sebanyak tiga kali untuk memastikan kesuburan tanah.
Petani akan berpindah setelah dua atau tiga tahun menjalankan penanaman padi. Kegiatan ekonomi lain
seperti perikanan juga dijalankan dengan menggunakan peralatan tradisi seperti bubu dan pancing.
Penggunaan peralatan tradisi dan kaedah primitif yang digunakan menyebabkan hasil yang diperoleh
adalah sedikit dan hanya mencukupi untuk keperluan sendiri.
3. Kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Indonesia juga dijalankan secara kecil-kecilan atau sara
diri dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.
Kegiatan ekonomi seperti pertanian dijalankan di kawasan pertanian yang sangat terhad menyebabkan hasil
yang diperoleh sedikit. Saiz tanah yang kecil ini juga tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai hanya
melibatkan ahli keluarga sahaja.
Aktiviti ini melibatkan kegiatan untuk mengeluarkan bekalan makanan bagi memenuhi keperluan diri dan
keluarga. Hanya lebihan hasil pertanian akan ditukar dengan penduduk dari kawasan lain bagi memperoleh
barangan keperluan asas yang lain melalui sistem barter.
Kegiatan lain seperti pertukangan, kraftangan dan perusahaan batik diusahakan oleh masyarakat pribumi
secara kecil-kecilan di Jawa Tengah. Masyarakat Jawa mahir menghasilkan corak batik yang mempunyai
unsur alam seperti kupu-kupu dan sebagainya. Seni melukis batik ini diturunkan dari satu generasi ke
generasi yang lain oleh ibu kepada anak perempuannya. Ia tidak perlukan modal dan tenaga kerja yang
banyak hanya pertolongan dari ahli keluarga sahaja.
Aktiviti ini dijalankan sementara menunggu musim menuai padi. Aktiviti pertukangan seperti membina
rumah dan kraftangan seperti membuat bakul dijalankan dengan menggunakan bahan hasil pertanian dan
hasil hutan.
Hal ini jelas membuktikan bahawa kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Indonesia adalah
bersifat sara diri untuk keperluan diri dan keluarga.
4. Ciri ekonomi tradisional masyarakat Indonesia juga melibatkan kegiatan perdagangan secara kecil-
kecilan.

15
Perdagangan ini berlaku antara kawasan pedalaman dengan kawasan pantai di pelabuhan. Pedagang-
pedagang Jawa dan pedagang kecil membawa barangan seperti garam, periuk, belanga, kain, dan rempah
ke kawasan pedalaman dan membawa hasil kampung seperti barangan makanan ke pelabuhan.
Garam merupakan bahan urus niaga yang agak penting bagi masyarakat peribumi Indonesia yang tinggal
di kampung. Pemprosesan garam dilakukan di Pulau Madura dan Pantai Jawa Timur. Garam dihasilkan
melalui sejatan daripada kuali-kuali garam besar yang dibina di sepanjang pantai.
Aktiviti perdagangan turut mempengaruhi aktiviti ekonomi lain iaitu pertanian dan perlombongan.
Kesimpulan
1. Masyarakat Indonesia menjalankan kegiatan ekonomi tradisional dan menjadikan tanaman padi sebagai
aktiviti pertanian yang utama di samping adanya kegiatan menangkap ikan, perlombongan dan juga
perdagangan secara kecil-kecilan.
2. Kedatangan Belanda sebagai penjajah barat telah membawa kepada perubahan dan perkembangan ekonomi
komersial dalam kalangan masyarakat Indonesia.

TEMA : MASYARAKAT
NO SOALAN :7
SOALAN : HURAIKAN CIRI-CIRI EKONOMI KOMERSIAL DI VIETNAM SELEPAS
PERLUASAN KUASA PERANCIS.
Pendahuluan
1. Ekonomi komersil merujuk kegiatan ekonomi yang menjurus kepada lebihan pengeluran.
2. Hasil yang dikeluarkan akan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan keuntungan.
3. Penjajahan Perancis di Vietnam telah membawa kepada pengkomersilan ekonomi dan telah mengubah sistem
ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh pemerintah tradisonal.
4. Terdapat pelbagai ciri ekonomi komersial yang dapat dikenal pasti selepas berlakunya perluasan kuasa
Perancis di Vietnam.
Isi- isi utama
1. Kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran
Antara ciri ekonomi komersial di Vietnam ialah kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran.
Padi dan juga getah ialah tanaman komersial yang ditanam secara besar-besaran di Vietnam. Contohnya
kawasan untuk penanaman padi sahaja meliputi lima perenam daripada kawasan pertanian yang
diusahakan.
Hasil daripada kegiatan pertanian yang dijalankan secara besar-besaran ini, Vietnam telah berjaya
menghasilkan satu perempat daripada pengeluaran beras dunia dengan Cholon menjadi pusat pengeluaran
beras Vietnam.
Antara tahun 1870 hingga tahun 1890 pengeluaran beras Vietnam telah bertambah sebanyak dua kali ganda
dan tiga perempat penduduk Vietnam terlibat dalam kegiatan penanaman padi.

16
Kawasan utama penanaman padi terletak di kawasan Delta Sungai Merah (Song-Koi) dan Delta Mekong
di bahagian Selatan.
Selain itu, getah menjadi bahan eksport kedua penting di Vietnam dan Vietnam telah menjadi pengeluar
ketiga terbesar getah dunia.
Penanaman getah tertumpu di bahagian selatan yang menganjur sepanjang Annam Selatan ke Cochin-
China. Kawasan ini dikenali sebagai teres merah yang menjadi pusat perusahaan ladang bagi getah di
Vietnam.
Menjelang tahun 1930-an, lebih satu pertiga daripada jumlah kawasan pertanian di Vietnam ditanam
dengan pokok-pokok getah yang baharu hasil daripada penyelidikan yang dijalankan terhadap jenis-jenis
getah cantuman.
Jelaslah, melalui kegiatan pertanian yang dijalankan secara besar-besaran ini telah menjadikan Vietnam
antara pengeksport utama dunia untuk pengeluaran padi dan juga getah.
2. Sistem pengairan yang baik
Selain itu, sistem pengairan yang baik telah membantu kegiatan penanaman padi secara komersial
dilaksanakan di Vietnam.
Petani turut menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh orang Cina ke Vietnam.
Teknologi pengairan yang digunakan dapat mengairi kawasan pertanian yang kering dan juga dapat
mengawal banjir. Keadaan ini membolehkan kegiatan penanaman padi dijalankan secara meluas seperti di
wilayah Annam.
Sistem tali air telah dibina sepanjang 1000 batu di Delta Sungai Merah bagi mengairi kawasan penanaman
padi yang kering dan membolehkan tanaman padi ditanam dua kali setahun seperti di wilayah Tonkin.
Selain itu, petani juga mempunyai sistem kawalan air yang baik melalui pembinaan benteng. Benteng
yang dibina dapat menghalang limpahan air dari sungai Song-Koi ke kawasan pertanian.
Sememangnya sistem pengairan yang baik membolehkan lebih luas kawasan pertanian dapat diusahakan
dan seterusnya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian untuk tujuan eksport.
3. Pelaburan modal yang banyak
Selain itu, pelaburan modal yang banyak juga merupakan antara ciri ekonomi komersil di Vietnam.
Kegiatan pertanian secara komersial dibantu oleh keupayaan modal yang banyak daripada syarikat asing
khususnya pemodal Eropah dan juga Cina.
Saudagar Eropah dan Cina menguasai kegiatan mengeksport beras kerana sebahagian besar tanah yang
diusahakan secara ladang dimiliki oleh mereka.
Pada tahun 1890, pemodal dari Perancis telah berjaya memiliki seluas 35000 ekar tanah di wilayah Tonkin.
Jelaslah bahawa penguasaan tanah dan modal yang banyak oleh pemodal asing telah membolehkan hasil
pengeluaran beras ditingkatkan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Vietnam.
4. Kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan
Kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan juga merupakan ciri ekonomi komersial di Vietnam,

17
Pada peringkat awal, perdagangan yang dilakukan hanya melibatkan kawasan daratan dengan kawasan
bukit di pedalaman.
Barangan seperti garam, kicap, ikan kering dan kapur dari kawasan daratan ditukarkan dengan barangan
dari kawasan pedalaman seperti kayu bukit dan buluh.
Perdagangan dengan negara luar hanya melibatkan negara China dan Siam yang melibatkan barangan
dagangan mewah dan juga bahan galian seperti perak.
Selepas kedatangan Perancis, hasil galian arang batu mula dikomersilkan.
Pada awal abad ke-20, pengeluaran arang batu telah menyumbangkan hasil eksport kepada Vietnam
sebanyak dua juta tan.
Kesannya, Vietnam telah menjadi negara pengeluar dan pengeksport arang batu kedua terbesar di dunia
selepas Manchuria.
Kesimpulan .
1. Penjajahan Perancis terhadap Vietnam pada tahun 1885 telah telah mengubah kegiatan ekonomi bercorak
tradisional kepada kegiatan ekonomi komersial yang dijalankan secara besar-besaran.
2. Banyak kawasan pertanian dibuka terutamanya untuk tanaman padi dan getah disebabkan oleh permintaan
yang tinggi di pasaran dunia.
3. Kegiatan ekonomi komersil yang berkembang ini hanya dimonopoli oleh orang Perancis dan Cina sahaja.
4. Namun tekanan daripada kuasa Barat akibat keperluan ekonomi komersial telah membawa kepada lahirnya
semangat nasionalisme di Vietnam kerana ekonomi dimonopoli oleh kuasa asing.

TEMA : MASYARAKAT
NO SOALAN :8
SOALAN : HURAIKAN CIRI-CIRI EKONOMI KOMERSIL DI INDONESIA
PADA ABAD KE-19.
Pendahuluan
Ekonomi komersial merujuk kepada kegiatan ekonomi yang dijalankan secara besar-besaran sehingga
menjadi asas kepada urusan jual beli dan juga bermotifkan keuntungan.

18
Menjelang pertengahan abad ke-19, kesan daripada kemasukan kuasa Barat telah menyebabkan bentuk
kegiatan ekonomi tradisional berubah secara beransur-ansur.
Di Indonesia, pelbagai jenis ekonomi komersial diperkenalkan tanpa megetepikan tanaman tradisional.
Terdapat beberapa ciri ekonomi komersial yang wujud di Indonesia selepas berlaku perluasan kuasa
Belanda.
Isi-isi Penting:
1. Menanam Tanaman Eksport.
Bermula apabila Belanda memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa pada tahun 1830, petani dipaksa
menaman sebahagian daripada tanahnya dengan tanaman eksport atas arahan kerajaan.
Pada peringkat awal tanaman jualan bertumpu kepada tebu dan nila, kemudian diperluaskan kepada
tanaman kopi, tembakau, teh, pencelup, kapas,rempah dan kulit kayu manis. Sistem Tanaman Paksa telah
memberi keuntungan yang lumayan kepada kerajaan Belanda.
Kegiatan ekonomi komersial di Indonesia semakin maju apabila Dasar Liberal yang menggantikan Sistem
Kultur memberi tumpuan kepada tanaman eksport untuk keperluan pasaran di Eropah seperti getah, kelapa
sawit dan koko.
Usaha Belanda menggalakkan tanaman eksport telah meningkatkan hasil pertanian di Indonesia. Pada
tahun 1860 -1885, nilai keluaran estet pertanian bertambah sebanyak 10 kali ganda.
Tegasnya, penanaman tanaman eksport menyebabkan Belanda memperoleh keuntungan berlipat kali
ganda.
2. Pengenalan Sistem Ekonomi Wang
Pengenalan sistem ekonomi komersial di Indonesia telah membawa kepada wujudnya sistem ekonomi
wang. Perkembangan industri gula di Pulau Jawa menyebabkan ramai tenaga buruh diambil bekerja dari
pulau-pulau lain di Indonesia. Mereka dibayar gaji menggunakan mata wang.
Peluasan ekonomi komersial telah menarik kemasukan pelabur asing dan pemodal swasta ke Indonesia
bagi membuka ladang-ladang untuk menanam tanaman eksport. Golongan petani dan buruh-buruh ladang
mula dibayar upah dalam bentuk wang oleh pengusaha ladang dan kilang milik swasta.
Kemunculan sektor perkilangan juga menggalakkan penggunaan mata wang.
Kewujudan orang tengah yang menjalankan kegiatan urus niaga antara pengusaha Barat dengan
masyarakat tempatan juga melibatkan penggunaan wang.
Golongan petani yang menyewakan tanah-tanah mereka untuk dijadikan ladang bagi tanaman eksport juga
dibayar secara tunai dalam bentuk wang.
Kemudahan kredit turut disediakan untuk petani di luar bandar.
Jelaslah bahawa penggunaan mata wang telah meluaskan lagi jurang perbezaan antara sistem ekonomi
komersial dengan ekonomi tradisional.
3. Penguasaan Ekonomi oleh Penguasa Cina dan Eropah.

19
Melalui Sistem Tanaman Paksa , kerajaan Belanda memberi hak kepada orang Cina yang bertindak sebagai
orang tengah bagi mengutip cukai dan membeli hasil tanaman eksport daripada petani dengan harga yang

memberi kemudahan pinjaman wang dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.
Pengusaha swasta dari Eropah pula turut menindas petani dengan bekerja di kilang-kilang milik syarikat
swasta dengan bayaran gaji yang sangat minimum. Belanda juga telah memonopoli tanaman kopi apabila
mewajibkan semua hasil kopi dijual pada Belanda dengan kadar yang telah ditetapkan.
Undang-undang Pertanian de Waal (1870) telah diperkenalkan bagi membolehkan pemodal dan pengusaha
swasta bebas menyewa tanah daripada penduduk tempatan mengikut perjanjian jangka pendek dengan
syarat-syarat tertentu.
Jelaslah bahawa sistem ekonomi komersial yang dilaksanakan hanya menguntungkan kapitalis asing dan
gagal melindungi masyarakat tempatan daripada kemiskinan dan kemunduran.
4. Pengenalan Ekonomi Pasaran Bebas atau Laissez-faire
Pengenalan ekonomi pasaran bebas atau laissez-faire telah meggalakkan kemasukan pelabur Barat ke
Indonesia.
Di bawah Dasar Liberal pemodal swasta membuka kilang dan ladang bagi tujuan komersial di luar Pulau
Jawa seperti Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan tanpa campur tangan daripada kerajaan Belanda.
Hampir semua penanaman tanaman kontan diusahakan oleh firma-firma Barat seperti Guthrie, Harrison &
Crossfiled, Sime Darby dan Socfin.
Belanda mendapatkan hasil daripada cukai dan duti eksport yang dikenakan melalui sistem laissez-faire.
Keadaan ini telah menyebabkan penguasaan syarikat-syarikat swasta dari Barat berleluasa di Indonesia.
Tegasnya, amalan dasar ekonomi pasaran bebas oleh pemodal swasta telah membawa kepada wujudnya
sistem dwi-ekonomi di Indonesia.
5. Pengenalan Teknologi Lebih Moden
Pengenalan sistem ekonomi komersial di Indonesia telah membawa kepada penggunaan teknologi yang
lebih moden.
Sistem pengairan yang lebih baik dibina untuk mendapatkan hasil padi yang banyak.
Penglibatan orang Cina dalam perlombongan bijih timah secara komersial membawa kepada pengenalan
kaedah melombong yang lebih baik melalui lombong dedah dan pam rantai.
Hasil penggunaan kaedah baharu ini menyebabkan pengusaha Cina menguasai perusahaan bijih timah di
Indonesia sehingga tahun 1890.
Pengusaha Eropah pula memperkenalkan teknologi jentera wap untuk melombong bijih timah di Bangka,
timur Sumatera pada tahun 1890.
Tegasnya, penggunaan teknologi yang lebih moden telah membantu dalam meningkatkan pengeluaran
bijih timah dan menjelang akhir abad ke-19, bijih timah telah mengatasi gula dan kopi dari segi nilai
eksport.

20
Kesimpulan
1. Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara sebelum abad ke-19 yang mengamalkan sistem
ekonomi sara diri dan menjadikan pertanian sebagai kegiatan utama mula berubah selepas kedatangan
Belanda.
2. Sistem ekonomi komersial yang diperkenalkan oleh orang Belanda di Indonesia memberi kesan besar
terhadap perkembangan ekonomi Indonesia sehingga akhirnya Indonesia terkenal sebagai pengeluar dan
pengeksport beberapa tanaman komersial utama di dunia.

TEMA 2: TRANSFORMASI MASYARAKAT


1 BINCANGKAN CARA-CARA PERLUASAN KUASA BELANDA DI INDONESIA PADA
ABAD KE-19

21
2 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR DAN IMPLIKASI PERANG INGGERIS-MYANMAR I
YANG MELETUS PADA TAHUN 1824-1826
3 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN PERANG JAWA DI
INDONESIA ANTARA TAHUN 1825 1830

4 NILAIKAN PERANAN DIPONEGORO DALAM PENENTANGAN MASYARAKAT


TEMPATAN TERHADAP KUASA ASING DI INDONESIA PADA ABAD KE -19
5 PENDUDUKAN BELANDA DI INDONESIA PADA ABAD KE-19 HINGGA AWAL ABAD KE-
20 TELAH MENGAKIBATKAN PERUBAHAN SISTEM PENTADBIRAN DI NEGARA
TERSEBUT. BINCANGKAN
6 BINCANGKAN PERKEMBANGAN EKONOMI DI MYANMAR DI BAWAH
PEMERINTAHAN BRITISH PADA ABAD KE-19
7 BINCANGKAN PENGUBAHSUAIAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
MYANMAR SEMASA PENTADBIRAN BRITISH SEHINGGA ABAD KE 20 (PADA ABAD
KE-19)

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT


NO SOALAN :1
SOALAN :BINCANGKAN CARA-CARA PERLUASAN KUASA BELANDA DI
INDONESIA PADA ABAD KE-19
Pendahuluan
1. Konsep perluasan kuasa merupakan aktiviti memperluas autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah
jajahan bagi menguasai politik dan ekonomi ke atas negara lain. Di Kepulauan Indonesia, pengaruh
Belanda mula diperkukuhkan melalui peranan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).
2. Pada abad ke-19, Belanda mula meluaskan kuasanya ke pulau-pulau Indonesia atas sebab-sebab tertentu
sehinggalah Belanda berjaya menguasai seluruh Indonesia pada awal abad ke-20.
3. Terdapat beberapa cara yang digunakan oleh Belanda untuk meluaskan kuasanya di Indonesia antaranya
ialah melalui dasar ketenteraan, perang yang diakhiri dengan perjanjian, penaklukan, campur tangan dalam
hal ehwal politik tempatan, dasar pengilhakan dan permuafakatan.
Isi-isi utama :
1. Dasar ketenteraan atau peperangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh Belanda untuk
meluaskan kuasanya di Indonesia pada abad ke-19.
Melalui kaedah ini, kemenangan yang diperoleh Belanda membolehkan mereka menguasai daerah-daerah
di Indonesia. Contohnya, Perang Jawa yang meletus pada tahun 1825 di bahagian Jawa Tengah antara
Belanda dengan rakyat tempatan yang dipimpin oleh Diponegoro iaitu seorang putera kerajaan Jogjakarta.

22
Perang ini berlaku disebabkan oleh perasaan tidak puas hati Diponegoro terhadap pentadbiran Baron Van
Der Capellan meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial.
Antaranya ialah isu pembatalan kontrak sewa tanah, isu cukai dan pembinaan jalan raya dan isu Ratu Adil.
Perang ini tamat pada tahun 1830 selepas Diponegoro ditangkap oleh Belanda dan dibuang ke Menado dan
seterusnya ke Sulawesi dan meninggal dunia pada tahun 1855.
Akibat daripada kekalahan dalam peperangan tersebut, Belanda berjaya menguasai Banyumas, Bangelan,
Madiun dan Kendiri yang sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta.
Jelaslah bahawa, kemenangan yang diperoleh Belanda dalam peperangan merupakan salah satu cara
perluasan kuasa Belanda di Indonesia pada abad ke-19.
2. Seterusnya cara perluasan melalui peperangan dengan penduduk tempatan yang diakhiri dengan
perjanjian bagi membolehkan penguasaan Belanda di Indonesia.
Antara perang yang ditamatkan dengan perjanjian ialah penentangan terhadap Belanda di Sulawesi yang
dipimpin oleh pemerintah Bugis bernama Lavi Bone.
Beliau telah melancarkan serangan terhadap Belanda pada tahun 1811. Tetapi berjaya dikalahkan oleh
pihak Belanda dan dipaksa menandatangani satu perjanjian pada tahun 1825 yang menyebabkan
penyerahan Sulawesi kepada Belanda.
Sumatera dan Padang pula diserahkan kepada Belanda setelah Tengku Imam Bonjol terpaksa
menandatangani perjanjian pada tahun 1825. Keadaan yang sama berlaku di daerah-daerah lain antaranya
pada tahun 1858 pemerintah Deli, Serdang, Langkat dan Assahan telah membuat perjanjian dengan
Belanda. Rangkaian perjanjian ini akhirnya membuka peluang Belanda menakluki Makasar pada tahun
1906.
Tegasnya, kemenangan Belanda dalam perang dan memaksa pemerintah tempatan menandatangani
perjanjian merupakan antara cara perluasan kuasa Belanda di Indonesia pada abad ke-19.
3. Penaklukan turut menjadi salah satu cara yang digunakan oleh Belanda dalam perluasan kuasanya
di Indonesia pada abad ke-19.
Bermula pada pertengahan abad ke 19, Belanda telah menghantar angkatan tenteranya bagi menakluki
jajahan-jajahan di Indonesia.
Pada tahun 1856 jajahan Lampung berjaya ditakluki diikuti jajahan Batak 1857 dan Bangkahulu 1868.
Seterusnya Belanda menguasai Acheh melalui serangan yang mula dilancarkan pada tahun 1873 kerana
ingin menguasai perdagangannya yang maju.
Setahun kemudian (1874) angkatan Belanda yang diketuai oleh Van Swieten telah berjaya menguasai
istana Acheh. Namun penentangan terhadap Belanda berterusan sehinggalah pada tahun 1899, Belanda
berjaya menamatkan penentangan pembesar tempatan dan menguasai Acheh sepenuhnya. Sebelum itu,
pada tahun 1894 Belanda berjaya menguasai Lombok.
Tegasnya, penaklukan yang dilancarkan oleh Belanda melalui angkatan tenteranya tanpa tentangan hebat
oleh penduduk tempatan membolehkan Belanda meluaskan kuasanya di Indonesia.

23
4. Dasar pengilhakan juga merupakan salah satu cara perluasan kuasa Belanda di Indonesia apabila
Belanda bertindak menghapuskan Kesultanan Banjarmasin pada tahun 1860.
Pada awalnya, penglibatan Belanda hanya tertumpu untuk mendapatkan kawasan perlombongan arang batu
di Banjarmasin dan timur Pulau Kutai sehingga menyebabkan berlakunya perang antara Belanda dengan
Sultan Banjarmasin.
Campur tangan Belanda dalam perebutan takhta kerajaan bermula selepas kemangkatan Sultan Adam pada
tahun 1857. Belanda telah melantik Tamjid Ulah yang merupakan cucu Sultan Adam sebagai pengganti.
Pelantikan Tamjid Ulah telah ditentang oleh saudaranya iaitu Pangeran Hidayat yang tidak disukai oleh
Belanda.
Lantaran itu, Tamjid Ulah telah bertindak turun takhta kerajaan dan peluang ini digunakan oleh Belanda
untuk menamatkan kesultanan Banjarmasin pada tahun 1860. Walaupun Pangeran Hidayat berusaha
mendapatkan semula takhta dan menyerang Belanda tetapi akhirnya menyerah kalah pada tahun 1862.
Ternyata, tindakan Belanda menghapuskan kesultanan Banjarmasin dan mengambil alih pentadbiran turut
merupakan cara peluasan kuasa Belanda di Indonesia
5. Campur tangan Belanda dalam hal ehwal politik tempatan secara langsung juga merupakan salah
cara peluasan kuasa Belanda di Indonesia pada abad ke-19.
Belanda telah campur tangan secara langsung dalam hal ehwal politik di Bantam selepas Sultan Bantam
enggan menghantar tenaga buruh ke Betawi seperti yang diminta oleh Belanda. Belanda telah menyerang
dan memusnahkan kota Bantam.
Sultannya telah dibuang ke Pulau Ambon manakala menterinya dibunuh.
Melalui cara ini, Belanda mengambil tindakan tegas kepada mana-mana sultan yang enggan mematuhi
arahan dan mengambil alih pentadbiran sebagaimana yang dilakukan terhadap pemerintah Bantam.
Jelaslah, campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan membolehkan Belanda meluaskan kuasanya
di Indonesia pada abad ke-19.
6. Permuafakatan antara kuasa-kuasa asing juga merupakan salah satu cara peluasan kuasa Belanda
di Indonesia.
Permuafakatan ini adalah antara dua kuasa imperialis yang amat berpengaruh iaitu melalui Perjanjian
Inggeris - Belanda 1824.
Pada awal abad ke-19, pengaruh Belanda hanya tertumpu di Pulau Jawa dan beberapa buah pelabuhan
seperti Maluku, Palembang dan Makassar.
Pengaruh Belanda di pulau-pulau lain tidak jelas. Tetapi mengikut Perjanjian Inggeris Belanda 1824,
semua pulau ke selatan Singapura terletak di bawah pengaruh Belanda dan utara Singapura dibawah
pengaruh British.
Perjanjian ini membolehkan golongan liberal dan kapitalis Belanda mendesak kerajaan Belanda
meluaskan kegiatan pertanian dan perdagangan ke pulau-pulau luar kerana kejayaan Sistem Tanaman
Paksa yang diperkenalkan di Pulau Jawa pada tahun 1830 oleh Van de Bosch.

24
Mereka mendesak supaya dasar perdagangan bebas diamalkan untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Peluasan kuasa Belanda ke pulau-pulau luar bermula melalui pelaksanaan Dasar Liberal pada tahun 1870.
Jelaslah bahawa kaedah permuafakatan atau perjanjian persefahaman antara Inggeris dan Belanda yang
termeterai pada tahun 1824 memberi laluan yang lebih mudah untuk perluasan kuasa Belanda di
Indonesia tanpa ada saingan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain pada abad ke-19.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya, perluasan kuasa melalui pelbagai cara dan penglibatan Belanda dalam pentadbiran telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat peribumi Indonesia yang seterusnya telah mencetuskan
banyak penentangan terhadap Belanda sepanjang abad ke-19.
2. Walau bagaimanapun, tindak balas masyarakat peribumi Indonesia telah gagal untuk mengulingkan
Belanda tetapi sebaliknya penentangan ini mengukuhkan lagi kedudukan Belanda di Indonesia. Menjelang
abad ke-20.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT


NO SOALAN :2
SOALAN : BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR DAN IMPLIKASI PERANG INGGERIS-
MYANMAR I YANG MELETUS PADA TAHUN 1824-1826
Pendahuluan
1. Perang Inggeris-Myanmar I yang meletus pada 5 Mac 1824 merupakan peristiwa penting dalam sejarah
negara Myanmar.
2. Peperangan ini merupakan peperangan pertama melibatkan negara Myanmar dengan kuasa asing serta
menjadi titik peralihan bagi negara itu.
3. Kekalahan Myanmar dalam peperangan ini memberi satu pengajaran bahawa negara-negara Barat
mempunyai banyak kelebihan.

25
4. Kesannya, Myanmar terpaksa menamatkan dasar atau dasar isolasi yang telah
dilaksanakan sekian lama.
5. Terdapat pelbagai faktor penting yang telah mencetuskan Perang Inggeris-Myanmar I.

Isi- isi utama:


A. FAKTOR POLITIK:
1. Masalah sempadan Arakan.Masalah sempadan Arakan menjadi faktor peluasan kuasa Inggeris
(British) di Myanmar pada tahun 1824-1826.
Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya menakluki Arakan. Hal ini menyebabkan Myanmar mempunyai
sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong. Raja Bodawpayaa telah bertindak kejam ke
atas penduduk Arakan. Penduduk Arakan telah ditindas, harta benda penduduk dirampas dan dibawa balik
ke Amarapura. Ramai penduduk telah dihukum bunuh.
Baginda turut melaksanakan kerahan tenaga tentera untuk berperang dengan Siam dan memaksa penduduk
menjadi buruh paksa dalam pembinaan sistem saliran dan pagoda. Akibatnya penduduk Arakan telah
bangun menentang kekuasaan Myanmar tetapi gagal. Bagi mengelakkan serang balas daripada tentera
Bodawpaya, pemberontak Arakan telah melarikan diri ke Chittagong yang merupakan wilayah Inggeris.
Pelarian-pelarian Arakan menggunakan wilayah Inggeris di India untuk menentang kerajaan Myanmar.
Masalah sempadan Arakan menjadi rumit pada tahun 1811 apabila Chin Byan iaitu pemimpin
pemberontakan Arakan menyerang Arakan dari pangkalannya di Chittagong dan menawan Mrohaung.
Myanmar mengesyaki pelarian Arakan akan meminta bantuan dari pihak Inggeris.
Myanmar menuntut supaya pemberontak diusir keluar dari Chittagong, tetapi tidak diendahkan oleh pihak
Inggeris.
-dua kuasa yang
mengakibatkan ketegangan hubungan antara Myanmar dan Inggeris di India
2. Dasar meluaskan wilayah .Faktor perluasan wilayah turut membawa kepada ketegangan pihak
Ingeris dan Myanmar.
Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan Dinasti Konbaung pada
tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula
Myanmar.
Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga ke sempadan
Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya berjaya menakluki Arakan iaitu sebuah kerajaan yang
bebas dan terletak bersempadan dengan wilayah Ingeris di India.
Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu
dibawa ke Myanmar.
Jelaslah bahawa, penaklukan Arakan telah membimbangkan pihak Inggeris kerana sempadan wilayah
Myanmar semakin meluas hingga mara ke wilayah Inggeris di Benggala.

26
3. Pemberontakan Chin Byan .Pemberontakan Chi Byan turut menjadikan hubungan Inggeris dan
Myanmar bertambah tegang.
Hal ini berlaku akibat pemberontakan Chin Byan pada tahun 1811. Chin Byan telah melancarkan beberapa
serangan ke atas wilayah Myanmar dan berjaya menawan Meo Haung.
Tentera Myanmar telah cuba menangkap Chin Byan tetapi gagal. Sebaliknya tentera-tentera Chin Byan
berjaya melarikan diri dan memasuki Chittagong dengan mudah.
Sehubungan itu, Raja Bodawpaya telah menuduh pihak Inggeris memberi perlindungan dan membantu
Chin Byan menyerang Myanmar walaupun Inggeris menafikannya.
Tegasnya, peristiwa ini telah menyebabkan hubungan kedua-dua pihak semakin rumit.
4. Keengganan Myanmar menjalinkan hubungan diplomatik .Tindakan Myanmar yang enggan
menjalinkan hubungan diplomatik dengan pihak Inggeris turut menjejaskan hubungan kedua-dua belah
pihak.
Pihak Inggeris ingin menjalinkan hubungan baik dengan Myanmar atas kepentingan perdagangan kerana
berminat untuk menguasai perdagangan di Myanmar terutama kayu jati.
Selain itu, Inggeris ingin menjadikan Myanmar sebagai pasaran barangan kilang mereka dan British juga
berhasrat untuk menggunakan Myanmar sebagai jalan darat ke China.
Pada masa yang sama, Perancis iaitu musuh Inggeris juga sedang berusaha untuk meluaskan pengaruh di
Myanmar. Pada masa yang sama, Perancis iaitu musuh Inggeris juga sedang berusaha untuk meluaskan
pengaruh di Myanmar. Pada tahun 1782, berlaku peperangan antara pihak Inggeris dan Perancis di India.
Sewaktu peperangan sedang berlangsung, Perancis mengambil kesempatan dengan menghantar wakilnya
Laksamana de Suffren dan Charles Castleneau de Bussy ke India Selatan bagi mendirikan semula kerajaan
di India. Dasar Perancis yang menggunakan Myanmar ini amat membimbangkan Inggeris memandangkan
kedudukan Myanmar yang berhampiran dengan India. Pada tahun 1783, Perancis telah menghantar
utusannya ke Istana Ava bagi membincangkan mengenai hak perdagangan dengan Raja Bodawpaya.
Perancis telah berjaya mendapatkan tapak di Pulau Mergui untuk dijadikan pangkalan membaiki kapal-
kapal mereka di Asia Tenggara. Pembinaan pangkalan oleh Perancis di Mergui, Myanmar jelas
membuktikan hasrat Perancis ingin menakluki India.
Bagi menyekat dasar peluasan kuasa Perancis, Gabenor Jeneral Inggeris di India iaitu Sir John Shore telah
menghantar Kapten Michael Symes ke Istana Ava pada tahun 1795 untuk berunding dengan Raja
Bodawpaya. Beliau telah berjaya memujuk Myanmar menerima seorang Residen Inggeris. British turut
meminta kebenaran menggunakan pelabuhan Myanmar tetapi ditolak oleh Myanmar. Namun pada masa
yang sama baginda keberatan untuk menutup pelabuhannya kepada perdagangan Perancis.
Penolakan ini amat membimbangkan Inggeris, apatah lagi dengan Perjanjian Tilsit yang ditandatangani
antara Napoleon dengan Rusia pada tahun 1807 yang membolehkan Perancis bergerak ke India melalui
Rusia.

27
Pada bulan Oktober 1796, Kapten Hiram Cox telah dihantar sebagai Residen Inggeris di Myanmar.
Kemudian Inggeris menghantar John Canning sebagai Residen Inggeris kedua. Kedua-duanya tidak dapat
bertugas lama di Myanmar kerana dilayan dengan buruk oleh pemerintah Myanmar.
Jelaslah bahawa, keadaan ini telah menyebabkan hubungan antara Inggeris dan Myanmar bertambah
merosot dan peperangan merupakan jalan terbaik kepada Inggeris bagi menyelesaikan kerumitan
berhubung dengan negara Myanmar.
5. Dasar campur tangan Myanmar .Dasar campur tangan Myanmar di Assam, Cachar dan Manipur
turut membawa kepada rasa tidak puas hati pihak British dan Myanmar.
Raja Bodawpaya menjalankan dasar peluasan kuasa yang agresif terhadap Assam, Manipur dan Cachar
dari tahun 1816 hingga 1819. Pada tahun 1817, Raja Bodawpaya telah campur tangan dalam hal ehwal di
Assam. Rancangan untuk meletakkan Assam di bawah kekuasaan Myanmar terbuka apabila berlaku huru-
hara di kawasan itu. Keadaan yang tidak aman di Assam mendorong Raja Bagyidaw melantik Jeneral Maha
Bandula menjadi gabenor Assam selepas berjaya menaklukinya. Selepas kejayaan ini, Myanmar
meneruskan peluasan wilayahnya ke Manipur. Baginda telah membantu Manjit Singh menjadi Raja di
Manipur setelah berjaya merampas kuasa daripada abang-abangnya. Saudaranya yang kalah dalam
menentang Bodawpaya telah meminta bantuan British.
Setelah kematian Raja Bodawpaya, cucunya Raja Bagyidaw meneruskan dasar imperialisme dengan
bantuan Jeneral Maha Bandula. Buktinya pada hari pertabalan Raja Bagyidaw, Raja Manipur tidak hadir
dalam upacara tersebut. Kegagalan menghadiri upacara pertabalan ini dijadikan alasan oleh panglima
tentera Myanmar, Maha Bandula untuk menyerang Manipur.

Raja Manipur melarikan diri ke Chachar bersama sebahagian besar rakyatnya. Tentera Myanmar
memburunya sehingga ke Chachar. Keadaan ini memaksa pemerintah Chachar mendapatkan bantuan
Inggeris. Pihak Inggeris seterusnya mengisytiharkan kekuasaannya ke atas ketiga-tiga kawasan tersebut,
iaitu Manipur, Chachar, dan Assam. Malahan, Pulau Shahpuri ialah kepunyaan Inggeris. Sebuah kubu
pertahanan telah didirikan di Pulau tersebut. Pada tahun 1823, Myanmar telah menyerang pulau itu. Pihak
Inggeris mendesak tentera Myanmar untuk meninggalkan pulau itu dan berjaya menyerang Chittagong.
Terbukti, peristiwa ini telah membangkitkan kemarahan Myanmar serta meningkatkan lagi ketegangan
hubungan antara Myanmar dengan pihak Inggeris di India.
Oleh yang demikian, Inggeris telah mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada bulan Mac 1824.

6. Penawanan Pulau Shahpuri. Penawanan Pulau Shahpuri mempercepatkan berlakunya Perang


Inggeris-Myanmar I.
Pada tahun 1823, tentera-tentera Bagyidaw telah menyerang Pulau Shahpuri dan Sungai Naaf. Tindakan
Myanmar ini mencetuskan kebimbangan Inggeris yang telah menggangap pulau tersebut kepunyaannya.
Meskipun Pulau Shahpuri dapat ditawan semula oleh Inggeris, namun kedegilan Maha Bandula yang
meneruskan usaha menyerang Chittagong telah menimbulkan kemarahan Inggeris.

28
Jelaslah bahawa, peristiwa penawanan Pulau Shahpuri telah menjadi sebab serta merta mencetuskan
Perang Inggeris-Myanmar I

B. FAKTOR EKONOMI
7. Faktor ekonomi turut menjadi alasan Inggeris ingin mengukuhkan kuasanya di Myanmar.

Inggeris telah menjalin hubungan perdagangan dengan Myanmar sejak abad ke-18 namun peluasan kuasa
Inggeris hanya berlaku pada tahun 1824 sahaja. Dalam masa yang sama, Inggeris ingin menguasai
kekayaan Myanmar, iaitu kayu jati.

Namun, hubungan perdagangan antara Perancis dengan Myanmar telah terjalin sejak abad ke-15 lagi.
Situasi ini membimbangkan pihak Inggeris kerana akan mengganggu tujuannya untuk menguasai kayu jati
Myanmar bagi bahan mentah industri perkapalannya.

Oleh itu, Inggeris harus menguasai Myanmar bagi menguasai ekonominya. Tindakan Myanmar yang tidak
memberi kerjasama yang baik dengan Inggeris akhirnya membawa kepada ketegangan kedua-dua belah
pihak.

C. FAKTOR SOSIAL

8. Dari aspek sosial, pertentangan kebudayaan yang wujud antara Myanmar dengan Inggeris turut
menjadi faktor ketegangan kedua-dua belah pihak.

Rakyat Myanmar menganggap kebudayaan mereka tinggi dan hanya akan menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Raja England. Apabila hanya pegawai Inggeris yang dihantar bagi menjalankan pelbagai
urusan seperti mendapatkan konsesi perdagangan, kebenaran membalak, menyiasat, membuka jalan
perdagangan dari Bhamo ke China, serta menjalinkan hubungan diplomatik untuk menyelesaikan masalah
sempadan tidak mendapat layanan yang setaraf bagi Inggeris.

Pegawai Inggeris perlu menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum menghadap raja.
Budaya ini menyebabkan pihak Inggeris berasa terhina dan menganggap mereka hanya sebagai pembawa
ufti kepada Raja Myanmar. Kesannya, utusan Inggeris seperti Utusan Symes dan Utusan Canning gagal
mendapatkan jalinan perdagangan dengan Myanmar. Malahan, John Canning terpaksa pulang ke India
kerana layanan buruk yang diterima daripada pegawai-pegawai istana Myanmar. Myanmar pula enggan
mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Gabenor Jeneral di India yang dianggap tidak
setaraf dengan Raja Myanmar.

Jelas bahawa, pertentangan kebudayaan inilah yang membawa kepada ketegangan dan putusnya hubungan
diplomatik antara pihak Inggeris dengan Myanmar.

D. KESAN

29
9. Perang Inggeris-Myanmar 1 telah meninggalkan pelbagai kesan.
Perang Inggeris-Myanmar I telah mengorbankan sejumlah besar tentera Myanmar. Dianggarkan lebih
15,000 orang tentera Myanmar telah terkorban dalam peperangan tersebut. Kekalahan mereka di tangan
Inggeris membuktikan kelemahan tentera Myanmar dan menyebabkan maruah negara tersebut tercemar.
Negara Myanmar tidak lagi digeruni oleh jirannya terutama selepas terbunuhnya panglima tentera Maha
Bandula.
Seterusnya, Perjanjian Yandabo ditandatangani bagi menamatkan perang dan ternyata perjanjian ini
memihak kepada Inggeris. Perjanjian Yandabo berlaku apabila angkatan tentera Inggeris berjaya menawan
Arakan, Syriam, Mergui, Tavoy dan beberapa wilayah lain. Pasukan tentera Myanmar menjadi lemah
apabila Jeneral Maha Bandula dibunuh pada 1 April 1825. Inggeris pula berjaya menduduki wilayah
strategik seperti Amarapura yang merupakan pusat kerajaan Raja Badyidaw tanpa tentangan kuat dari
Myanmar. Oleh yang demikian, Raja Bagyidaw meminta perdamaian yang membawa kepada Perjanjian
Yandabo pada 24 Februari 1826. Perjanjian ini dianggap menjatuhkan maruah orang Myanmar kerana
terpaksa menerima konsep persamaan taraf. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk mengenakan
beberapa tekanan ke atas negara Myanmar sehingga memaksa Myanmar akur dengan telunjuk Inggeris.
Melalui perjanjian ini juga, Inggeris telah berjaya mengambil alih wilayah yang subur dan strategik di
Myanmar Hilir yang kaya dengan hasil beras iaitu Tenasserim dan Arakan. Hal ini menandakan bahawa
Myanmar bukan sahaja kehilangan wilayah penting, malahan Myanmar juga telah kehilangan
perdagangannya yang turut dikuasai oleh Inggeris.
Oleh itu, penguasaan ini membolehkan Inggeris bergerak secara aktif untuk menguasai perdagangan kayu
jati dan wilayah ini juga dijadikan sebagai tapak untuk meluaskan kekuasaan mereka di seluruh Myanmar
tanpa gangguan daripada kuasa Perancis di Indochina.

Kesimpulan
1. Keengganan dan kedegilan pemerintah Myanmar untuk menjalinkan hubungan perdagangan dan
diplomatik dengan Inggeris telah membawa padah sehingga meletusnya Perang Inggeris-Myanmar I pada
tahun 1824.
2. Perjanjian Yandabo yang ditandatangani pada 24 Februari 1826 bagi menamatkan perang ternyata
merugikan Myanmar kerana ia lebih memihak kepada Inggeris. Perjanjian ini merupakan satu penghinaan
yang telah menjatuhkan maruah dan kemegahan orang Myanmar.
3. Jelaslah bahawa, kekalahan Myanmar di tangan Inggeris dalam Perang Inggeris-Myanmar I telah
membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat Myanmar terhadap Inggeris. Secara tidak langsung,
peristiwa ini telah mewujudkan sentimen anti-Inggeris dalam kalangan masyarakat Myanmar dan menjadi
bibit-bibit awal ke arah kesedaran nasionalisme di negara itu.

30
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT
NO SOALAN :3
SOALAN : BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN PERANG
JAWA DI INDONESIA ANTARA TAHUN-TAHUN 1825 1830

Pendahuluan
1. Perang yang berlaku di Jawa Tengah ini juga dikenali sebagai Perang Diponegoro kerana ia dilancarkan oleh
seorang putera diraja Jogjakarta bernama Diponegoro.

2. Sebelum berlakunya Perang Jawa, Pulau Jawa pernah satu ketika dahulu dijajah oleh Inggeris apabila
meletusnya Perang Napoleon (melalui Perjanjian Surat-surat Kew antara Inggeris dengan Belanda). Raffles
telah dilantik sebagai Laftenan Gabenor Inggeris di Pulau Jawa. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh
Raffles sama ada dari segi politik mahupun dari segi ekonomi dan sosial.

3. Apabila Perang Napoleon tamat, seperti yang terdapat dalam surat-surat Kew, semua tanah jajahan Belanda
di Timur termasuk Pulau Jawa dikembalikan kepada Belanda. Raja William iaitu raja Belanda ketika itu telah
melantik Baron Van der Capellan sebagai Gebenor Jeneral Belanda di Indonesia

4. Untuk memulihkan imej Belanda dan mengatasi masalah hutang Belanda, Capellan telah mengadakan
pelbagai pembaharuan tetapi malangnya usaha beliau mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya
mencetuskan peperangan yang dikenali sebagai Perang Jawa atau Perang Dipo Negoro.

5. Perang ini melibatkan golongan bangsawan dan petani yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Belanda
di Pulau Jawa. Perang Jawa meletus akibat daripada beberapa faktor ekonomi, politik, dan sosial / agama.

Isi-isi utama:

A. FAKTOR EKONOMI

1. Pembatalan kontrak sewa tanah merupakan faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Jawa.

Sistem kontrak sewa tanah telah lama dipraktikkan antara tuan tanah Indonesia dengan orang-orang Eropah
dan Cina. Menurut sistem ini, penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan mereka
ini diberikan hak bukan sahaja menggunakan tanah tetapi juga diberi hak menguasai petani-petani.
Keadaan ini menyebabkan petani diperas sementara tuan-tuan tanah mendapat banyak faedah daripada
sistem ini.
Apabila Van Der Capellan menjadi gabenor, beliau telah membatalkan kontrak sewa tanah ini yang
berkuatkuasa mulai 1.1.1820 kerana berpendapat sistem ini merupakan satu bentuk penindasan ke atas
masyarakat tempatan. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan bangsawan dan para petani terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakarta.

31
Pembatalan sistem ini sebenarnya telah menyebabkan kehilangan sumber pendapatan di kalangan
bangsawan sementara para penyewa pula telah menuntut balik bayaran pendahuluan yang diberikan kepada
tuan-tuan tanah, sedangkan tuan-tuan tanah membelanjakan kesemua wang tersebut dan menghadapi
masalah membayar balik.
Sebagai langkah terakhir, tuan tanah terpaksa mengerah para petani bekerja keras untuk mendapatkan hasil
yang lebih untuk menjelaskan hutang kepada penyewa tanah. Langkah ini menyebabkan para petani tidak
mempunyai masa untuk mengusahakan tanaman mereka sendiri.Keadaan ini menyebabkan petani tidak
puas hati dengan dasar baru Belanda ini.
Oleh yang demikian, timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembesar tempatan dan petani
lalu bangkit melancarkan Perang Jawa pada 1825.

2. Pengenaan pelbagai jenis cukai yang membebankan juga menjadi faktor yang membawa kepada
Perang Jawa di Indonesia.

Para petani juga tidak puas hati kerana dikenakan pelbagai jenis cukai yang tinggi.
Contohnya di Kediri terdapat 35 jenis cukai yang dikenakan ke atas penduduk tempatan. Antaranya; cukai
tanah, cukai sempadan, cukai garam serta cukai membawa bayi.
Orang Jawa yang melalui tanah kerajaan untuk ke ladang mereka dikenakan bayaran tol dan dikenakan
cukai sempadan apabila mereka membawa hasil dari kawasan mereka ke kawasan kerajaan. Kemarahan
meningkat apabila kuasa mengutip cukai diserahkan kepada orang Cina yang mengenakan cukai yang lebih
tinggi daripada kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Maka, pengenalan pelbagai jenis cukai yang membebankan penduduk tempatan telah mencetuskan
Perang Jawa pada 1825.

3. Seterusnya, kegiatan peminjam wang dan orang tengah Cina juga membawa kepada rasa tidak puas
hati dalam kalangan rakyat.

Perasaan anti Cina semakin memuncak apabila orang Cina yang menjadi peminjam wang dan orang tengah
dalam urusan perniagaan mengenakan kadar faedah yang tinggi ke atas pinjaman-pinjaman yang diberi
kepada para petani dan penduduk tempatan.
Hal ini telah menyebabkan penduduk tempatan menyalahkan kerajaan Belanda dan orang Cina atas beban
hidup kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk tempatan.

B. FAKTOR POLITIK

1. Selain itu , keengganan Belanda melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta juga menjadi
penyebab berlakunya Perang Jawa.

Diponegoro atau Pangeran Raden Mas Ontowiryo adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono III yg
memerintah Jogjakarta (1810-1814).Setelah kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai

32
sultan sebaliknya adiknya Djarot yang berketurunan gahara ditabalkan menjadi raja oleh Raffles yang
memerintah Jawa pada masa itu. Tindakan ini telah ditentang oleh Diponegoro tetapi Raffles berjaya
mententeramkan keadaan dengan memujuk dan menjanjikan takhta selepas kemangkatan Djarot kelak.
Apabila Djarot mangkat pada tahun 1822, Jawa pada masa itu diperintah oleh Belanda di bawah Gabenor
Baron Van der Cappelan. Baron Van der Cappelen tidak menunaikan janji yang dibuat oleh Raffles,
sebaliknya beliau telah melantik anak Djarot yang baru berusia dua tahun sebagai raja.
Diponegoro menjadi sangat marah kerana sudah dua kali beliau diketepikan daripada takhta, lalu
melancarkan Perang Jawa menentang Belanda.

C. FAKTOR SOSIAL

1. Keengganan Belanda mengiktiraf Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam juga menjadi faktor
tercetusnya Perang Jawa.

Diponegoro adalah seorang Islam yang alim. Ketokohannya sebagai pemimpin agama disanjung tinggi
oleh masyarakat tempatan. Menurut kepercayaan tradisional orang Jawa, Diponegoro dianggap sebagai
Ratu Adil yang akan membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan
cengkaman penjajah. Tetapi malangnya kedudukan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam tidak
diiktiraf oleh Belanda.
Keengganan Belanda ini telah sekali lagi menaikkan kemarahan Diponegoro, lalu melancarkan Perang
Jawa menentang Belanda.

2. Tindakan Belanda membina jalan raya melalui tanah perkuburan Islam turut menjadi punca
berlakunya Perang Jawa.

Kemarahan Diponegoro sampai ke kemuncak apabila Diponegoro berasa terhina apabila kerajaan Belanda
berkeras ingin membina jalan raya di Jogjakarta melalui perkuburan orang Islam yang di dalamnya terdapat
makam moyangnya.
Beliau bukan sahaja berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap
keluarga dan juga mencabul kesucian agama Islam.
Masyarakat tempatan di Jogjakarta telah memberi sokongan kepada Diponegoro. Beliau disertai Sentot
dan Mangku Bumi. Pada tahun 1825, apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebut,
Diponegoro lalu mengisytiharkan perang jihad terhadap Belanda.

Kesimpulan

1. Tindakan Belanda mengenepikan kepentingan pemerintah dan masyarakat tempatan di Indonesia telah
mengundang kemarahan dan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.

33
2. Ketidakpuasan hati ini bertambah ekoran sikap orang Cina yang menindas masyarakat setempat dari segi
kutipan cukai.

3. Kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap Belanda dan orang Cina bergabung sehingga mencetuskan
Perang Jawa selama 5 tahun (1825 1823). Walaupun mengalami kegagalan tetapi ia telah berjaya
melahirkan gerakan nasionalisme pada jangka masa panjang.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT


NO SOALAN :4
SOALAN :NILAIKAN PERANAN DIPONEGORO DALAM PENENTANGAN
MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA ASING DI INDONESIA
PADA ABAD KE -19
Pendahuluan
1. Nama sebenar beliau ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo. Beliau lahir pada 11 November 1785 di
Jogjakarta dan mendapat pendidikan agama daripada Kiyai Taftayani.
2. Bagi rakyat Pulau Jawa, Diponegoro dianggap sebagai seorang wira dan menggelarnya sebagai Ratu Adil
atau Ratu Pembebas yang membebaskan Pulau Jawa daripada ketidakadilan Belanda.
3. Hal ini kerana, tindakan Belanda yang menindas golongan petani Pulau Jawa menyebabkan Diponegoro
bangkit menentang Belanda. Oleh itu, Diponegoro telah mengetuai masyarakat tempatan menentang
kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa pada abad ke-19.

Isi- isi utama:

34
1. Pejuang penduduk Pulau Jawa
Apabila Van Der Capellan menjadi Gabenor, beliau membatalkan kontrak penyewaan tanah kerana
Belanda berpendapat ia satu bentuk penindasan terhadap golongan petani.
Ini menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka hilang punca
pendapatan. Pembatalan menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan tanah kepada tuan tanah
dan meminta supaya wang pendahuluan dipulangkan. Tuan tanah tidak mampu memuangkan kembali
wang tersebut.
Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada
penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas
hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali
tuntutan itu.
Tegasnya, pembatalan kontrak penyewaan telah menindas petani Pulau Jawa kerana mereka terpaksa
menjadi buruh paksa yang seterusnya membawa kepada penentangan Diponegoro.
2. Tuntutan takhta Kerajaan Mataram
Diponegoro tidak berpuashati dengan tindakan British yang mengenepikannya daripada menaiki takhta
Kerajaan Mataram selepas kemangkatan Amankubuwono III atas alasan ibunya bukan keturunan Diraja.
Sebaliknya British melantik adik tirinya Djarot sebagai sultan Mataram selepas kematian Djarot. Namun
British berjanji akan melantik Diponegoro sebagai Sultan Mataram apabila Djarot mangkat.
Selepas Van Der Capellan dilantik sebagai Gabenor Jeneral Belanda di Pulau Jawa, bertindak melantik
anak Djarot iaitu Raden Manol yang berusia 2 tahun sebagai Sultan Mataram (Jogjakarta ) dengan gelaran
Amangkubuwono V dan mengenepikan Diponegoro.
Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Manol berusia 21 tahun.
Tegasnya, tindakan Belanda telah dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Diponegoro sehingga
membawa kepada penentangan terhadap Belanda.
3. Mempertahankan kesucian agama Islam
Belanda telah membina jalan raya melalui tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro dianggap
melanggar nilai masyarakat tempatan. Diponegoro mengisytiharkan perang jihad untuk memulihkan
pemerintahan Islam di Jawa.
Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke Mangelang melalui
tanah Diponegoro dan juga makam Raja-Raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap
keramat.
Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan digantikan
dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut.
Oleh itu, tindakan mencabut papan tanda telah membawa kepada penentangannya terhadap Belanda.
4. Diponegoro sebagai Ratu Adil

35
Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar yang akan menyelamatkan umat Islam
daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda.
Penduduk tempatan mempercayai bahawa Diponegoro dapat membebaskan mereka daripada cengkapan
orang kafir. Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai ketua Islam. Tindakan ini menunjukkan
Belanda tidak menghormati agama Islam
Tidak dapat dinafikan kepimpinan Diponegoro sebagai seorang yang warak dan alim sangat mempengaruhi
masyarakat tempatan Pulau Jawa untuk mengiktiraf beliau sebagai sebagai putera pembebas dan mampu
memimpin mereka menentang kuasa Belanda.
Tegasnya, Diponegoro sebagai seorang yang warak dan alim mempengaruhi masyarakat tempatan Pulau
Jawa untuk memimpin mereka menentang kuasa Belanda.
5. Memimpin Perang Jawa
Pengikut beliau ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi. Mereka melancarkan
perang gerila terhadap orang Belanda. Mereka melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda
Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang penyakit. Sentot
dan Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda walaupun pada awalnya mereka menang.
Jelaslah, kepimpinan Diponegoro dalam memimpin masyarakat Pulau Jawa mencapai tahap kemuncak
apabila beliau telah bertindak memimpin masyarakat tempatan dalam peristiwa Perang Jawa. Walaupun
gagal menyaingi kuasa Belanda, namun peranan yang dimainkan oleh Diponegoro telah meletakkannya
sebagai tokoh yang sangat dihormati.
Kesimpulan
1. Diponegoro berjaya memimpin satu penentangan yang agak berkesan bertujuan untuk memulihkan
pemerintahan Islam di Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan penjajah Belanda.
2. Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda bahawa penduduk tempatan tidak boleh
dipermainkan.
3. Perjuangan Diponegoro dalam Perang Jawa memberi inspirasi kepada para nasionalis kemudiannya untuk
menggerakkan satu perjuangan yang lebih berorganisasi menentang Belanda.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT


NO SOALAN : 5
SOALAN : PENDUDUKAN BELANDA DI INDONESIA PADA ABAD KE-19 HINGGA
AWAL ABAD KE- 20 TELAH MENGAKIBATKAN PERUBAHAN SISTEM
PENTADBIRAN DI NEGARA TERSEBUT. BINCANGKAN.
Pendahuluan
1. Penguasaan Belanda ke atas Indonesia bermula sejak abad ke-17 dan beransur-ansur menguasai
keseluruhan Indonesia pada awal abad ke 20.

36
2. Belanda telah mengubah sistem pentadbiran di Indonesia yang pada asalnya bercorak kesultanan demi
untuk menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka.
3. Di antara abad ke-19 hingga awal abad ke-20, pihak Belanda telah melaksanakan beberapa dasar yang
telah mengubah sistem pentadbiran Indonesia.
4. Secara umumnya Belanda telah membahagikan pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran
tempatan.

Isi- isi utama:


1. Belanda telah mewujudkan sistem pentadbiran pusat dan menjadikan Betawi sebagai pusat
pentadbiran di bawah pengawasan Gabenor Jeneral.
Gabenor Jeneral yang dilantik memegang kuasa tertinggi dan menyusun semula pentadbiran di Pulau Jawa.
Gabenor Jeneral dibantu oleh empat orang Konsular, Sekretariat Jeneral di bawah Ketua Setiausaha yang
bertanggungjawab melaksanakan dasar pentadbiran Belanda di Indonesia. Pentadbiran baru ini dilakukan
setelah Belanda kembali ke Indonesia pada tahun 1816.
Sebuah Majlis Negara juga ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan perundangan kerajaan. Bagi
melicinkan pentadbiran, pihak Belanda juga menubuhkan lima jabatan iaitu Jabatan Pendidikan, Pejabat
Dalam Negeri, Pendidikan Agama dan Industri, Kerja Raya Awam dan Kewangan dan Kehakiman.
Tegasnya, Belanda telah mengubah sistem pentadbiran tradisional di Indonesia dengan memperkenalkan
pentadbiran Barat seperti di Belanda untuk mengukuhkan kuasanya bagi kepentingan ekonominya.
2. Selain daripada perubahan pentadbiran peringkat pusat, Belanda juga memperkenalkan pentadbiran
di peringkat tempatan atau daerah.
Pentadbiran daerah atau tempatan telah disusun semula setelah berlaku Perang Jawa.
Pihak Belanda telah cuba mengawal institusi pemerintahan tempatan dengan campur tangan dalam
pelantikan sultan di Jawa dan Mataram. Belanda telah menyebabkan Diponegoro diketepikan hak menjadi
sultan sebanyak dua kali. Belanda juga berusaha mengawal kuasa Bupati degan melakukan perlantikan dan
pemecatan hingga akhirnya mencetuskan Perang Jawa.
Gabenor Jeneral Van den Bosch telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan pembesar tempatan atau
Bupati setelah berlaku Perang Jawa. Pembesar tempatan masih memainkan peranan dalam pentadbiran
wilayah tetapi akan diawasi oleh penjajah Belanda.
Bupati juga akan membantu dalam mengawasi ekonomi masyarakat peribumi, menjadi perantara antara
Belanda dan rakyat dan mengawasi sekolah peribumi. Dua orang Residen akan dilantik untuk mengawasi
pemerintahan tempatan. Residen pertama akan mengawasi Susuhunan dan Dinasti Mangkunegara. Residen
kedua akan mengawasi Sultan dan Dinasti Pakualam.
Keempat-empat orang pemerintah tempatan harus mendapat persetujuan daripada Residen untuk
menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya. Sementara itu, pembesar-pembesar raja yang lain telah
kehilangan pengaruh kerana tidak dibenarkan memiliki tanah.

37
Di pulau pulau lain juga pemerintah kehilangan kuasa. Contohnya di Palembangan, kesultanan berakhir
apabila sultan dibuang negeri kerana menentang Belanda. Keadaan juga berlaku di Jambi, Siak, Sambas
dan Banjarmasin, Bali dan Makasar.
Jelas, tindakan Belanda membuat perubahan pentadbiran di peringkat tempatan ini telah dapat
mengukuhkan kuasa Belanda dan menyebabkan kuasa pembesar atau Bupati menjadi kurang penting.
3. Menjelang awal abad ke 20, pihak Belanda mengubah lanskap pentadbiran dengan
cuba melatih penduduk peribumi dalam bidang politik.
Di bawah Dasar Etika yang diperkenalkan pada tahun 1901, terdapat usaha untuk membahagikan kuasa
pentadbiran daripada Hague kepada Betawi dan daripada orang Belanda kepada orang Indonesia. Di antara
tahun 1900-1908 langkah pertama telah diambil ke arah pembentukan Majlis Mesyuarat Tempatan yang
terdiri daripada ahli-ahli Eropah, Indonesia dan Cina. Majlis-majlis mesyuarat juga ditubuhkan di
residensi, bandar dan daerah luar bandar.
Sementara itu, Peraturan Kampung tahun 1906 dibentuk untuk menyediakan sebuah kerajaan kampung
yang terdiri daripada seorang Penghulu, Pegawai Kampung dan satu Perhimpunan Kampung.
Majlis Dearah juga ditubuhkan di beberapa daerah di Indonesia seperti di Sumatera.
Selain daripada itu pihak Belanda juga menubuhkan Volksraad iaitu Majlis Rakyat yang dianggap sebagai
satu langkah ke arah kemerdekaan pada tahun 1916. Dewan ini mengandungi 39 orang ahli dengan
pengerusinya dilantik oleh Raja Belanda. Bilangan wakil pribumi hanya 10 orang. Dewan ini tiada kuasa
perundangan hanya membincangkan mengenai soal-soal penting dengan kerajaan. Tetapi ia menjadi
medan kepada pembesar tempatan untuk bertemu dan berbincang.
Tegasnya, perubahan pentadbiran melalui Dasar Etika yang cuba melibatkan pemimpin tempatan dalam
pentadbiran telah berjaya membina keyakinan di kalangan pembesar untuk mentadbir negara. Ini
membawa impak kepada tuntutan ke arah berkerajaan sendiri.

Kesimpulan
1. Kesimpulanya, penguasaan Belanda telah mengurangkan kuasa pemerintah tempatan dan telah mengubah
corak pentadbiran tradisional kepada pentadbiran bercorak Barat.
2. Perubahan telah membantu dalam memajukan Indonesia, namun ia juga membawa kepada gerakan
nasionalisme untuk membebaskan Indonesia daripada penguasaan Belanda.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT


NO SOALAN :6
SOALAN : BINCANGKAN PERKEMBANGAN EKONOMI DI MYANMAR DI BAWAH
PEMERINTAHAN BRITISH PADA ABAD KE-19.
Pendahuluan
1. Masyarakat peribumi di Myanmar menjalankan ekonomi tradisional berasaskan tanaman padi, sekoi,
minyak sayuran, garam, sutera dan sebagainya.

38
2. Pemerintahan beraja di Myanmar mengekalkan ekonomi sara diri dalam kalangan rakyatnya dan ekonomi
komersial dikuasai oleh golongan beraja dan pembesar.
3. Pada zaman penjajahan kuasa Inggeris, Myanmar dijadikan sebagai pusat bagi mengaut keuntungan. Oleh
itu, dalam memantapkan sistem ekonominya di Myanmar, kuasa Inggeris telah menekankan keuntungan
dan ekonomi komersial berdasarkan sistem ekonomi kapitalis Barat.
4. Pihak Inggeris telah memperkenalkan pengamalan ekonomi laissez-faire yang telah membawa
perkembangan ekonomi dalam bidang pertanian, perusahaan dan perlombongan.

Isi- isi utama:


1. Dalam bidang pertanian, padi telah muncul sebagai tanaman dagangan yang utama.
Pihak Inggeris telah menggalakkan petani Myanmar supaya membuka lebih banyak kawasan tanah
pertanian bagi menanam padi terutama sekali di kawasan yang subur iaitu di Myanmar Hilir bagi
menampung keperluan eksport.
Hasilnya, telah berlaku pertambahan kawasan penanaman padi untuk tujuan komersial semasa penjajahan
kuasa Inggeris di Myanmar.
Pada tahun 1885, pemerintah Inggeris telah membuka seluas satu juta ekar tanah sawah padi di Myanmar
Hilir.
Pada tahun 1893, keluasan tanah sawah padi di Myanmar telah meningkat kepada 2 juta ekar.
Hasilnya, Myanmar telah berjaya mengeksport lebih 3 juta tan beras ke India dan Negeri-negeri Selat pada
penghujung abad ke-19.
Pelabuhan Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan pengeksportan beras.
Jelaslah bahawa, pertambahan tanah pertanian disertai dengan peningkatan kemudahan sistem pengairan
yang lebih baik serta kepentingan Delta Irrawaddy dan dataran lanar yang lembab dan subur telah
meningkatkan hasil padi di Myanmar.

2. Perusahaan perkapalan juga menjadi tumpuan utama dalam ekonomi komersial di Myanmar.
Kekayaan sumber hutan seperti kayu jati telah mendorong perkembangan perusahaan perkapalan di
Myanmar.
Perkembangan sektor pembalakan menjadi sumber eksport kedua penting di Myanmar selepas minyak.
Perusahaan kayu jati merupakan kegiatan asal dan dominan di wilayah Pegu.
Pihak Jabatan Perhutanan pula telah mengisytiharkan hutan-hutan simpan untuk dipajakkan kepada
pemodal swasta yang dikuasai oleh syarikat-syarikat Eropah.
Di bawah firma-firma Eropah, perusahaan kayu jati Myanmar telah berkembang dengan pesat. Syarikat
terbesar yang mengusahakan kegiatan ini ialah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma.
Keadaan ini membolehkan Myanmar mengeluarkan kayu jati sebanyak 500 ribu tan setahun pada
penghujung abad ke-19.

39
Jelaslah bahawa, perkembangan pemodalan Eropah ini dalam perusahaan pembalakan telah membantu
membangunkan perusahaan mengilang papan dan perusahaan perkapalan dan seterusnya meningkatkan
perkembangan ekonomi di negara Myanmar.
3. Sektor perlombongan juga dimajukan dalam kegiatan ekonomi komersial.
Minyak telah dilombong sejak pemerintahan Dinasti Konbanung lagi terutamanya berpusat di
Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy Tengah. Kemudiannya, perusahaan perlombongan ini telah diambil
alih oleh Syarikat Minyak Myanmar yang ditubuhkan oleh Inggeris pada tahun 1886. Syarikat ini telah
mengeluarkan tiga perempat daripada pengeluaran minyak di Myanmar pada penghujung abad ke-19.
Selain minyak, bahan galian lain yang dilombong ialah seperti plumbum, zink, perak dan bijih timah turut
dilombong.
Plumbum dilombong di Bawdwin dan Namtu. Kawasan perlombongan ini diusahakan oleh pelombong-
pelombong Cina.
Bagi bijih timah pula, Myanmar menduduki tempat keempat di antara pengeluar-pengeluar bijih timah di
rantau Asia Tenggara. Bijih timah banyak di lombong di Mawchi, Tavoy dan di wilayah Tennasserim.
Di Mawchi juga, terdapat longgokan zink. Walau bagaimanapun, nilai eksport zink jauh lebih rendah
berbanding dengan jumlah eksport minyak Myanmar.
Selain itu, di Myanmar juga terdapat aktiviti perlombongan batu permata seperti batu delima dan batu
nilam yang banyak terdapat di sekitar daerah Mogok di Utara Mandalay.
Pada tahun 1891, Burmah Oil Company telah berjaya mengeksport minyak tempatan ke India dan pada
tahun 1896 pula, minyak Myanmar telah dieksport ke Pulau Pinang.
Terbukti bahawa, aktiviti perlombongan turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi di Myanmar
di bawah pemerintahan Inggeris.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya, pemerintah Inggeris telah membawa banyak perubahan dalam sektor ekonomi di
Myanmar. Meskipun demikian, perkembangan ekonomi ini telah dikuasai oleh orang asing seperi
Eropah, India dan Cina.
2. Perkembangan ekonomi ini telah membuka negara Myanmar kepada kemasukan orang luar. Hal ini telah
melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat tempatan di Myanmar sehingga akhirnya
membawa kepada tercetusnya rusuhan serta pemberontakan dalam kalangan petani pada abad ke-20
khususnya pada tahun 1930.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT


NO SOALAN :7

40
SOALAN :BINCANGKAN PENGUBAHSUAIAN DALAM PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MYANMAR PADA ABAD KE-19.
Pendahuluan
1. Sistem pendidikan Barat telah melemahkan sistem pendidikan tradisional yang berlandaskan agama
Buddha di Myanmar.
2. Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan pendidikan tahap rendah dan asas kepada
masyarakat peribumi

Isi- isi utama:


1. Kemerosotan kepentingan sekolah Biara Buddha
Apabila cadangan British untuk menambah Bahasa Inggeris dalam sekolah Biara ditolak, British telah
mendirikan sekolah lain.
Pendidikan Inggeris diperkenalkan untuk menyediakan pegawai perkhidmatan awam dan pengusaha
ekonomi moden.
Oleh itu, kebanyakan orang Myanmar mula hantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris berbanding
sekolah Biara Buddha.
2. Agama Kristian yang dimulakan oleh Mubaligh Roman Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab
Agama Baptis.
Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan penubuhan sekolah yang dikendalikan oleh
pengembang-pengembang agama Kristian.
Sekolah2 kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan diberikan kepada sekolah2
agama Kristian yang dimulakan oleh Mubaligh Roman Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab
Agama Baptis.
Kesannya menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan sebuah maktab Baptis yang kecil di
Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi orang Karen.
3. Maktab Rangoon
Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-an
Perubahan yang dilakukan seperti peperiksaan wilayah diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah
boleh melanjutkan pelajaran ke universiti Culcutta. Contohnya Universiti Rangoon ditubuhkan 1920.
Univesiti diberi bantuan wang yang cukup untuk meluaskan bidang pengajiannya termasuk
perubatan,perhutanan,kejuruteraan dan jabatan latihan guru.
4. Sekolah teknikal
Sekolah teknikal untuk kemahiran ukur-mengukur, penegtahuan asas ilmu dalam bidang jurutera,
perhutanan dan perbidanan.
Contohnya, 170 000 buah sekolah kebangsaan telah dibina dan 341 sekolah adalah dikhaskan untuk kanak-
kanak perempaun.

41
Kesannya, banyak perubahan telah dibuat oleh British di Myanmar.
Kesimpulan
1. Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris, lahir golongan intelektual Myanmar yang berpendidikan
Barat.
2. Kecewa dengan dasar pilih kasih pihak penjajah, akhirnya mendorong kemunculan gerakan nasionalisme
berunsur radikal untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


1 SEJAUH MANAKAH FAKTOR PENGARUH AGAMA MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA PADA ABAD KE-19
HINGGA AWAL ABAD KE-20
2 BINCANGKAN PERANAN PARTI NASIONAL INDONESIA DALAM
GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA PADA AWAL ABAD KE-20.
3 BINCANGKAN PERANAN SAREKAT ISLAM DI INDONESIA DALAM
GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA TAHUN 1920-AN
4 TERANGKAN SEBAB
GERAKAN NASIONALISME DI MYANMAR PADA ABAD KE-20
5 BINCANGKAN KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI MYANMAR DARI
TAHUN 1942 HINGGA TAHUN 1945
6 BINCANGKAN USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN INDONESIA SELEPAS
PERANG DUNIA KEDUA.

42
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
NO SOALAN : 1
SOALAN : SEJAUH MANAKAH FAKTOR PENGARUH AGAMA MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA PADA ABAD KE-19
HINGGA AWAL ABAD KE-20
Pendahuluan
1. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, nasionalisme bermaksud perasaan cintakan bangsa dan negara
sendiri serta bercita-cita membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan penindasan kuasa
asing/kuasa barat.
2. Di Indonesia, gerakan nasionalisme dipercayai bermula sejak awal abad ke-19 lagi dan gerakan
nasionalisme ini lebih kepada gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat peribumi ke arah perpaduan
untuk mencapai kemerdekaan mutlak dan membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat mengikut
acuan mereka sendiri.
3. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme dan pengaruh agama
merupakan antara faktor yang penting.
Isi- isi utama
1. Pengaruh Agama Islam
Pengaruh agama Islam terhadap kemunculan nasionalisme begitu jelas sejak awal abad ke-20. Agama
Islam telah berjaya menyatukan masyarakat tempatan untuk menghadapi pengaruh dan penindasan
Belanda serta agama Kristian.
Kemunculan gerakan Islah di Asia Tenggara secara langsung telah menggerakkan nasionalisme di
Indonesia. Gerakan Islah di Indonesia telah memperjuangkan pan-islamisme iaitu penyatuan dunia Islam
menentang penjajahan Belanda. Contohnya melalui pertubuhan seperti Syarikat Dagang Islam, Sarekat
Islam, Muhammadiyah, dan Nahdatul-Ulama.
Sarekat Dagang Islam ditubuhkan pada tahun 1909 oleh R.M Tirtoadisurjo dengan kerjasama Haji
Semanhoedi, seorang pedagang kain batik yang hampir muflis. Beliau ingin melindungi kepentingan
golongan pedagang batik Islam agar mereka dapat bersaing dengan pedagang batik dari China. Agama
Islam digunakan sebagai alat penyatuan pedagang batik Islam supaya bersatu-padu menentang penindasan
pedagang batik China.
Pada 1912, Sarekat Dagang Islam ditukar nama kepada Sarekat Islam yang bertujuan melindungi
perusahaan dan perniagaan bangsa Indonesia di samping menyebarkan agama Islam.
Pada tahun 1912, Pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan. Dalam
perjuangannya, mereka menekankan pentingnya penyebaran ajaran agama Islam yang sejati berlandaskan
Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup untuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan
agama Kristian di Indonesia.

43
Nahdatul-Ulama di bawah pimpinan Kiai Hashim Ashari merupakan sebuah pertubuhan Ortodoks namun,
pertubuhan ini juga menjadikan agama Islam sebagai wadah untuk menyatukan umat Islam menentang
penindasan Belanda dan menghadapi ancaman penyebaran Kristian.
Jelaslah agama Islam dijadikan alat penyatuan dalam kalangan masyarakat Islam Indonesia bagi
menggalakkan nasionalisme untuk menentang penjajahan dan penindasan Belanda.
2. Selain faktor agama, terdapat faktor lain yang mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme di
Indonesia iaitu peranan bahasa dan kesusasteraan.
Belanda tidak menggalakkan penggunaan bahasa Belanda dalam kalangan orang Indonesia. Kerajaan
Belanda tidak membenarkan orang Indonesia menggunakan bahasa Belanda, malah kerajaan Belanda
sendiri menggunakan bahasa Indonesia dalam pentadbiran. Dengan demikian, kedudukan bahasa
Indonesia diperkukuhkan dan menjadi faktor integrasi yang penting dalam kemunculan semangat
nasionalisme.
Karya kesusasteraan turut berperanan dalam mempengaruhi kemunculan semangat nasionalisme. Karya
kesusasteraan menyampaikan mesej tentang kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah.
Karya ini membangkitkan kesedaran terhadap bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.
Contohnya, Karya Radin Adjen Kartini bertajuk Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang
Puteri Jawa juga berjaya membangkitkan semangat nasionalisme. Melalui karya tersebut, Raden Adjeng
Kartini berjaya mendedahkan kemunduran bangsa Indonesia yang ditindas dan dicengkam oleh penjajah
Belanda.
Cerpen Kerikil-Kerikil Tajam karya Khairul Anuar dan Siti Norbayah karya Marah Rusli bukan sahaja
berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Indonesia tetapi juga menjadi inspirasi terhadap gerakan
nasionalisme di rantau Asia Tenggara.
Kesan daripada perkembangan bahasa dan kesusasteraan di Indonesia, faktor ini telah menjadi alat
penyebaran maklumat yang paling berkesan dalam menggerakkan nasionalisme masyarakat Indonesia.
3. Pengaruh Media Massa
Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme di
Indonesia dengan menanam perasaan benci dan anti penjajah kepada rakyat tempatan. Contohnya, akhbar
Medan Priyayi dan Utusan Hindia merupakan akhbar yang berpengaruh pada akhir abad ke-19.
Selepas Raden Adjeng meninggal dunia, usaha memperjuangkan pendidikan untuk kaum wanita
diteruskan oleh sebuah pertubuhan wanita yang bergelar Putri Merdeka (1912). Pertubuhan ini
menerbitkan Wanita (1913) dan Putri Merdeka (1916) untuk menyebarkan idea-idea baharu, menuntut hak-
hak wanita mendapat pendidikan moden, mengkritik amalan sosial dan ketidakadilan terhadap kaum
wanita. Putri Merdeka membangkitkan isu poligami dan sekolah campuran.
Dr. Wahidin Sudira Husodo pula, menyebarkan idea tentang keperluan pendidikan moden terutamanya
ilmu perubatan melalui terbitannya, iaitu Retno Dumilah. Parti Nasional Indonesia berjuang menyalurkan

44
idea nasionalisme dan kemerdekaannya melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan
Persatuan Indonesia di Jakarta.
Ini terbukti menerusi penerbitan ini, pengaruh akhbar turut memainkan peranan menggerakkan
nasionalisme dalam masyarakat Indonesia.
4. Peranan Pendidikan
Sistem pendidikan juga merupakan antara faktor yang mencetuskan nasionalisme. Ini kerana sikap
penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan dengan
mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Penjajah hanya
memberi pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk di bandar.
Perkembangan pendidikan Barat membolehkan kemunculan golongan elit yang berjuang dan memimpin
penduduk tempatan ke arah nasionalisme dan kemerdekaan. Golongan ini juga terdedah dan terpengaruh
dengan idea-idea liberal seperti demokrasi, sosialisme dan nasionalisme. Ini kerana golongan elit sedar,
dasar yang dilaksanakan oleh pihak penjajah banyak menekan dan menindas penduduk tempatan.
Di samping itu, nasionalis berpendidikan Islam turut memainkan peranan menubuhkan pertubuhan
berteraskan ajaran agama Islam sebagai asas perjuangan mereka untuk menentang orang kafir dan
perluasan penyebaran agama Kristian.
Contohnya, pentadbiran Belanda mengutamakan anak Priyayi. Golongan ini diberi pendidikan tersendiri
dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Antaranya, Sekolah Eerste Klasse, iaitu sebuah sekolah
elit tahap tinggi berasaskan model Barat dibina untuk anak-anak golongan Priyayi, golongan bangsawan
dan golongan berada. Antara tahun 1900 hingga 1921, Sekolah Doktor Jawa dimajukan menjadi sekolah
latihan doktor (STOVIA). STOVIA disediakan untuk rakyat biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat
seperti anak petani, polis, pegawai kerajaan, guru dan golongan bangsawan yang berasal dari pelosok
Indonesia. STOVIA menjadi pusat perbincangan dan perbahasan idea nasionalisme dalam kalangan
pelajar.
Ini ternyata sikap pilih kasih yang diamalkan oleh penjajahan Belanda telah memecah belahkan perpaduan
masyarakat Indonesia. Sehubungan itu adalah menjadi peranan pendidikan untuk memupuk kesedaran dan
perpaduan masyarakat bagi menggerakkan nasionalisme di Indonesia.
5. Peranan Golongan Intelektual
Kemunculan golongan intelektual merupakan pencetus gerakan nasionalisme. Golongan ini yang
berpeluang melanjutkan pelajaran di barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan idea falsafah barat
dan Islam. Pengalaman mereka di barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak
mentadbir Indonesia seperti negara mereka sendiri.
Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia yang lebih memainkan peranan pada tahap awal
gerakan nasionalisme ialah Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudira Husodo, Omar Said Tjokroaminoto,
Haji Ahmad Dahlan dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan

45
nasionalisme radikal selain golongan intelektual seperti R.M Sartono, Muhammad Tabrani, Dr.
Mohammad Hatta dan Sutan Syahrir.
Jelaslah, golongan inilah kemudiannya yang memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah
air.
6. Pengaruh Luar
Peristiwa yang berlaku di luar Indonesia juga mempengaruhi perkembangaan gerakan nasionalisme seperti
kejayaan Jepun yang menewaskan China 1895 dan Russia pada tahun 1905. Peristiwa ini telah membuka
mata para nasionalis di Indonesia.
Reformis Islam di Timur Tengah. Gerakan Reformis Islam di Mesir meningkatkan kesedaran dalam
kalangan umat Islam di Indonesia untuk membela nasib bangsanya. Pembaharuan dalam agama Islam
haruslah dibuatkan demi memajukan umat Islam sedunia. Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh
Barat. Apa yang penting bagi umat Islam ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama Islam
dalam bentuk yang suci dan mulia menjadi alat kemajuan.
Gerakan Reformis Islam mempengaruhi penubuhan Sarekat Islam dan Muhammadiyah dalam
perjuangannya untuk menegakkan kekuatan umat Islam daripada ancaman pengaruh asing dan agama
Kristian.
Dasar Perjuangan Mahatma Gandhi di India. Gerakan menentang kerajaan kolonial British di India
mempengaruhi perjuangan para nasionalis di Indonesia. Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh
golongan bangsawan Jawa diilhamkan oleh perjuangan Mahatma Gandhi.
Jelaslah pengaruh luar telah berjaya membuka mata para nasionalis di Indonesia untuk memperjuangkan
nasionalisme di negara mereka.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya, faktor agama telah berjaya menyatukan masyarakat Islam dan menggerakkan nasionalisme
di negara Indonesia.
2. Namun gerakan nasionalisme di Indonesia bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor agama tetapi disebabkan
pelbagai faktor seperti peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, peranan pendidikan,
peranan golongan intelektual dan pengaruh luar.

TEMA : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


NO SOALAN :2
SOALAN : BINCANGKAN PERANAN PARTI NASIONAL INDONESIA DALAM
GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA PADA AWAL ABAD KE-20.
Pendahuluan
1. Parti Nasional Indonesia (PNI) telah ditubuhkan pada 4 Julai 1927 oleh Sukarno dan rakan-rakannya iaitu
Dr. Tjipto Mangkunkusomo, Dr R.M Sartono dan lain-lain.

46
2. PNI merupakan sebuah parti politik yang popular kerana mengutamakan soal perpaduan dan persefahaman
serta bersifat anti penjajah dan bersifat radikal.
3. Matlamat penubuhan PNI adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan cara
penyatukan seluruh rakyat Indonesia dan mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.
4. Terdapat pelbagai peranan PNI dalam gerakan nasionalisme di Indonesia pada awal abad ke-20.

Isi- isi utama


1. Menyatukan rakyat Indonesia
PNI memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyatukan rakyat Indonesia bagi menuntut
kemerdekaan penuh daripada pihak Belanda.
Untuk menyatukan rakyat Indonesia tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama, antara usaha yang
dilakukan adalah dengan menggabungkan parti-parti politik kebangsaan Indonesia seperti Budi Otomo,
sarekat Islam dan lain-lain.
Selain itu, PNI juga menolak konsep Pan-Islamisme sebagai dasar perjuangannya kerana perjuangan
menuntut kemerdekaan bukan matlamat orang Islam sahaja tetapi juga merupakan matlamat rakyat
Indonesia yang beragama Kristian.
PNI melaungkan slogan perpaduan nasional dan berdikari dalam kalangan rakyat Indonesia.
PNI mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda dan memartabatkan penggunaan bahasa
Indonesia sebagai bahasa rasmi.
Konsep nasionalisme Indonesia yang diperjuangkan oleh PNI telah disebarkan dalam kalangan rakyat
Indonesia melalui penerbitan akhbar seperti Banteng, Priangan dan Persatoean Indonesia.
Jelaslah konsep perjuangan PNI telah berjaya menyatukan penduduk Indonesia yang berbilang bangsa dan
agama dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
2. Memulaukan Volksraad dan perkhidmatan Awam
PNI menyeru rakyat Indonesia yang dilantik menjadi anggota Volksraad dan pegawai kerajaan supaya
memulaukan Volksraad dan perkhidmatan awam di Indonesia.
Tindakan ini telah mengukuhkan sentimen anti Belanda dan melambangkan semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat Indonesia.
3. Peranan dalam kesatuan, syarikat dan pendidikan
PNI memainkan peranan aktif dalam memperkukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja dan memajukan
syarikat-syarikat kerjasama bagi memperkukuhkan ekonomi rakyat Indonesia.
PNI turut membantu pendidikan nasional Indonesia terutamanya sekolah-sekolah Taman Siswa bagi tujuan
menbangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar Indonesia.
Sememangnya tindakan ini membolehkan PNI meluaskan pengaruhnya dalam kalangan anggota kesatuan
sekerja, syarikat kerjasama dan mahasiswa sekolah-sekolah Taman Siswa.
4. Menghasilkan Sumpah Pemuda 28 Oktober 1928

47
Pada 28 Oktober 1928, bahagian Pemuda Parti Nasionalis Indonesia atas usaha dan inisiatif ketua
pemudanya iaitu Muhammad Yamin telah menganjurkan satu Kongres Pemuda dan kongres telah

Sumpah Pemud

Indonesia dapat menyalurkan idea nasionalisme dalam kalangan rakyat.


Tegasnya, hasil usaha PNI slogan ini berjaya dijiwai oleh rakyat Indonesia dan seterusnya meningkatkan
semangat kebangsaan rakyat.
5. Penubuhan PPPKL 17 Disember 1928
Pada 17 Disember 1928, PNI telah berjaya menyatukan semua parti politik Indonesia dalam satu
Persekutuan Parti-parti Politik Kebangsaan Indonesia yang yang longgar dan dikenali sebagai
Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKL).
PPPKL merupakan gabungan Parti Sarekat Islam, Budi Ottomo, Pasoendan, Ikatan Sumatera, Kelab
Pelajar Surabaya dan PNI.
Jelaslah, penubuhan PPPKL telah menyebabkan semua parti politik Indonesia bersatu dalam menentang
Belanda bagi tujuan memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

6. Kepimpinan Sukarno dan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda


Perkembangan pengaruh PNI ini disebabkan oleh rancangan PNI yang cekap, kepimpinan Sukarno yang
dinamis, berkaliber dan berkarisma serta kebolehan beliau berpidato secara berapi-api.
Di samping itu, dasar tidak bekerjasama dengan Belanda yang diperjuangkan oleh PNI turut menarik
sokongan rakyat Indonesia terhadap perjuangan PNI.
Perjuangan PNI yang semakin meluas dan berkesan serta sifat anti penjajahnya amat membimbangkan
Belanda.
Dalam usaha untuk menyekat pengaruh PNI, Belanda telah bertindak menarik balik lesen penerbitan
akhbar Persatuan Indonesia.
Pada Disember 1929, Belanda telah bertindak menangkap Sukarno dan tujuh orang pemimpin PNI yang
lain atas tuduhan menjalankakn kegiatan poltik yang mengancam pihak Belanda.

Kesimpulan
1. Dengan penangkapan Sukarno, pengaruh PNI semakin merosot.
2. Kepimpinan PNI telah diambil alih oelh RM Sartono
3. Akibat tekanan pihak Belanda, PNI telah dibubarkan pada tahun 1931
4. Anggota-anggota PNI telah bertindak menyertai Parti Indonesia, Parti Rakyat Indonesia dan Kelab
Pendidikan Nasional Indonesia.

48
TEMA : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
NO SOALAN :3
SOALAN : BINCANGKAN PERANAN SAREKAT ISLAM DI INDONESIA DALAM
GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA TAHUN 1920-AN
Pendahuluan
1. Sarekat Islam bermula dengan Sarekat Dagang Islam yang ditubuhkan oleh RM Tirjoadisurjo yang
merupakan seorang bangsawan Jawa dan seorang pengurus sebuah Sarekat Dagang.
2. Pada tahun 1911, kepimpinan Sarekat Islam diambil alih oleh Hj Samanhudi iaitu seorang saudagar batik
dari Surakarta dan seorang pemimpin Islam yang berpengaruh serta berkedudukan tinggi.
3. Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam dan Omar Said Tjokroaminoto
menjadi presidennya.
4. Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi
perkembangan agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia.
5. Sarekat Islam juga bermatlamat memajukan ekonomi dan kebajikan masyarakat tempatan khususnya
dalam bidang pendidikan, agama, pekerjaan, dan ekonomi.Terdapat pelbagai peranan yang dimainkan oleh
Sarekat Islam dalam gerakan nasionalisme di Indonesia sehingga tahun 1920-an.
Isi- isi utama
1. Peranan Sarekat Islam dalam aspek politik
Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan hak politik rakyat Indonesia iaitu dengan
menuntut hak berkerajaan sendiri daripada pihak Belanda melalui cara perlembagaan pada tahun 1916.
Menuntut supaya kerajaan Belanda menubuhkan Volksraad atau Majlis Rakyat sebagai langkah pertama
berkerajaan sendiri.
Pada tahun 1918, Volksraad telah ditubuhkan selepas beberapa kali didesak oleh Omar Said
Tjokroaminoto.
Jumlah anggota Volksraad dikuasai oleh pihak Belanda berbanding rakyat Indonesia dan keadaan ini
mendapat tentangan daripada pemimpin Sarekat Islam iaitu Haji Agus Salim dan Abdul Muis.
Memperjuangkan hak bersuara dan dan mengecam Belanda yang mengamalkan dasar diskriminasi dalam
bidang pentadbiran kerana Majlis Tempatan tidak diberikan kuasa autonomi dan menuntut hak mengundi
diberikan kepada lelaki yang berusia 18 tahun ke atas.
Jelaslah, tindakan Sarekat Islam memperjuangkan hak politik rakyat telah berjaya menarik minat rakyat
Indonesia kepada Sarekat Islam
2. Peranan Sarekat Islam dalam bidang ekonomi
Mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting seperti industri besi,,tekstil,
kertas, pengangkutan dan elektrik.
Menuntut supaya dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa yang terlibat dalam kegiatan ekonomi.

49
Pada tahun 1918 , mendesak Belanda menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja maksima bagi
pekerja.
Selain itu, Sarekat Islam juga mendesak Belanda memperbaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan
tali air di samping memberikan perhatian tentang isu tanah.
Tegasnya, rakyat Indonesia melihat Sarekat Islam sebagai jalan penyelesaian kepada masalah
sosioekonomi mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka bertindak menyokong perjuangan Sarekat
Islam.
3. Peranan Sarekat Islam dalam aspek sosial
Dalam aspek pendidikan, Sarekat Islam memperjuangkan hak mendapatkan pendidikan bagi rakyat
Indonesia.
Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi terhadap kemasukan pelajar-pelajar ke
sekolah.
Selain itu, Sarekat Islam turut menuntut pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur
15 tahun ke bawah.
Kerajaan Belanda juga didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk membolehkan lebih
banyak pelajar Indonesia menuntut di luar negara.
Sarekat Islam juga menuntut institusi pendidikan Islam diberikan subsidi dan Maktab Undang-undang dan
Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai universiti.
Dari aspek keagamaan pula, Sarekat Islam menuntut undang-undang yang menghalang perkembangan
agama Islam dibatalkan.
Mereka juga mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji tetap kepada
kiyai dan penghulu.
Selain itu, Sarekat Islam juga turut bertindak menjadikan agama Islam sebagai asas untuk menyatukan
umat Islam Indonesia dalam perjuangan nasionalismanya.
Dengan berteraskan Islam, Sarekat Islam telah berjaya menarik sokongan penduduk peribumi yang
sebahagian besarnya beragama Islam yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk
memperjuangkan nasib mereka yang ditindas oleh pihak Belanda.
Di samping itu, ketokohan Omar Said dalam pidatonya juga turut menarik sokongan rakyat terhadap
perjuangan Sarekat Islam.
Jelaslah tindakan Sarekat Islam yang memperjuangkan hak penduduk dalam hal yang berkaitan dengan
pendidikan dan agama serta menjadikan agama Islam sebagai asas perjuangannya telah berjaya menarik
sokongan rakyat Indonesia dan menyebabkannyan menjadi parti politik yang semakin popular.
4. Perkembangan Sarekat Islam
Perjuangan Sarekat Islam yang memberikan keutamaan kepada kepentingan Islam dan kedudukan
sosioekonomi rakyat Indonesia telah menyebabkan Sarekat Islam muncul sebagai pertubuhan Islam yang
paling popular di Indonesia pada awal abad ke-20.

50
Buktinya pada tahun 1912, keahlian Sarekat Islam ialah 360,000 orang dan jumlah ini telah meningkat
kepada 800,000 orang pada tahun 1916 dan menjadi dua juta setengah orang pada tahun 1919.
Kepopularan Sarekat Islam telah membimbangkan pihak Belanda dan keadaan ini menyebabkan setiap
perkembangan Sarekat Islam dipantau oleh pihak Belanda.
Kesimpulan
1. Pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot dan disebabkan oleh perselisihan antara golongan
Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti sendiri.
2. Selain itu, Sarekat Islam juga mendapat persaingan dengan Parti Komunis Indonesia dan penubuhan
Parti Nasionalis Indonesia yang dipimpin oleh Soekarno.
3. Mulai tahun 1927, gerakan nasionalisme Indonesia telah diambil alih oleh golongan sekular melalui
Parti Nasional Indonesia.

TEMA : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


NO SOALAN :4

DALAM GERAKAN NASIONALISME DI MYANMAR PADA ABAD KE-20

Pendahuluan
1. Sin Ye Tha Ah-pwe) telah ditubuhkan oleh Dr. Ba Maw pada tahun 1936 bertujuan
memperjuangkan kemerdekaan Myanmar.
2. Parti ini adalah pertubuhan politik yang terulung berorientasikan fahaman sosialis di Myanmar dan berjaya
mendapat sokongan daripada golongan buruh dan petani.
3. Hanya 16 calon Sinyetha dilantik ke Dewan Perundangan yang mengandungi 132 kerusi.
4. Hal ini menunjukkan kurangnya sokongan daripada golongan nasionalis.
5. Akan tetapi, pada tahun 1937, Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri bangsa Myanmar yang
pertama selepas Myanmar diasingkan daripada pentadbiran di India.
6.
Party.
Isi- isi utama
Sebab-
1. Penguatkuasaan Ekonomi oleh kuasa asing
Kegiatan ekonomi Myanmar dikuasai oleh syarikat asing seperti syarikat British, serta pengusaha India
dan Cina.
Pekerjaan seperti buruh dan perkeranian pula dikuasai oleh orang India. Perkembangan ini telah
menyebabkan ramai orang Myanmar yang terpinggir dalam bidang ekonomi

51
2. Pemberontakan Petani
Penggunaan cara kekerasan oleh kerajaan dalam usaha untuk mematahkan pemberontakan petani telah
menyebabkan timbul rasa tidak puas hati golongan tersebut terhadap kerajaan.
3. Kemelesetan ekonomi dunia (1930-an)
Kemelesetan ekonomi dunia sekitar awal tahun 1930-an menyebabkan ramai petani hidup melarat.
Perkembangan ini menyebabkan timbul masalah kemiskinan.
4. Kejatuhan harga beras
Kejatuhan harga beras menyebabkan kehidupan petani terjejas.
Perkembangan ini melahirkan perasaan tidak puas dalam kalangan petani terhadap British.
5. Pengangguran yang semakin meluas
Kemelesetan ekonomi menyebabkan masalah pengangguran.
Ramai golongan belia yang berpendidikan di kawasan bandar tidak mendapat pekerjaan.
6. Penguasaan tanah pertanian oleh orang asing
Sebahagian besar tanah pertanian di Hilir Myanmar dikuasai oleh golongan peminjam yang berbangsa
India (ceti)
Kerajaan tidak mengambil sebarang langkah untuk menghalang penguasaan tanah pertanian oleh bangsa
asing

1.

keazamannya hendak meraih undi pilihan raya daripada golongan bawahan seperti petani setelah dilantik
sebagai Perdana Menteri Myanmar.
Untuk mendapatkan sokongan golongan bawahan, Dr Ba Maw melaungkan manifesto iaitu pemotongan
cukai untuk melindungi petani daripada golongan peminjam wang yang menindas mereka.
Setelah Myanmar diasingkan daripada India pada tahun 1937, muncul Dobama Sinyetha Asiayone yang
merupakan gabungan Poor Man's Party di bawah pimpinan Dr. Ba Maw dan Dobama Asiayone di bawah
pimpinan golongan Thakin.
Pada tahun 1940-an, pertubuhan nasionalis yang memainkan peranan utama dalam perjuangan

Beliau mendapat sokongan buruh di pelabuhan, tuan tanah, tokoh yang berpengaruh, dan mereka yang
pernah mendapat bantuan.
Sebelum serangan Jepun ke atas Myanmar, golongan nasionalis Myanmar yang kaya berjuang
mempertahankan negara dan dipenjarakan oleh British kerana perjuangan radikal.
Mereka memerlukan satu pasukan pertahanan yang terdiri daripada golongan miskin kerana jumlah mereka
yang ramai dan golongan paling tertindas di bawah British.

52
Pada tahun 1940-
kemerdekaan.
Para nasionalis bertekad mencapai kemerdekaan dari British melalui peranan golongan bawahan yang
miskin untuk menentang secara terbuka
Pada zaman pemerintahan Jepun antara tahun 1942 1945, golongan nasionalisme Myanmar ditindas oleh
British lantaran memberi sokongan kepada pemerintahan Jepun
Namun, para nasionalis masih berusaha mendapat sokongan golongan bawahan seperti petani dan buruh.
Justeru, bagi memperoleh sokongan tersebut, Parti Taw-hlan-yay yang baru ditubuhkan telah
mengeluarkan kenyataan bahawa petani tidak bersalah jika tidak membayar cukai.
Kegagalan membayar cukai dijadikan isu perjuangan menentang penjajahan British di Myanmar.

2. Membentuk Burma Revolutionary Party


Kekalahan British dan sekutunya dalam Perang Dunia Kedua memberi peluang kepada para nasionalis
Myanmar mengambil kesempatan untuk membentuk Bama Htwet Yat Gaing Gyi yang dikenali sebagai
Burma Revolutionary Party.
Parti ini melaungkan slogan .
Di bawah naungan Burma Revolutionary Party ialah Dobama Sinyetha Asiayone yang terdiri daripada
Parti Aung San, iaitu
Kebanyakan anggotanya terdiri daripada golongan pelajar, petani dan buruh.
Pengerusi parti tersebut ialah Dr Ba Maw dan Aung San dilantik sebagai setiausaha.
Dr Ba Maw mendapatkan sokongan kelas bawahan bertujuan memperkukuhkan kedudukannya dalam
politik Myanmar.

menangkap dan menghukum pemimpin politik


Kesimpulan
1.
buruh, dan golongan miskin sebagai benteng pertahanan dan penyatuan jelas memaparkan dasar
perjuangan sosialis.
2. Walaupun parti ini dinamakan Poor
mempergunakan golongan yang miskin sebagai batu loncatan untuk memperkukuhkan kedudukannya di
dalam politik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1937.

TEMA : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


NO SOALAN :5
SOALAN : BINCANGKAN KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI MYANMAR DARI

53
TAHUN 1942 HINGGA TAHUN 1945
Pendahuluan
1. Myanmar merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang berjaya ditawan oleh Jepun pada tahun
1941.
2. Pada tahun 1941, Thakin Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun.
3. Melalui pakatan ini, Aung San berjanji akan membantu Jepun untuk menyerang dan menakluki Myanmar
yang dikuasai oleh pihak British.
4. Sebagai balasan daripada pertolongan tersebut, pihak Jepun akan memberikan kemerdekaan kepada
Myanmar.
5. Pada bulan Disember 1941 Jepun telah menyerang Myanmar dengan bantuan golongan Thakin melalui
pasukan tentera Kemerdekaan Myanmar yang diketuai oleh Aung San.
6. Pada bulan Mei 1942, seluruh Myanmar telah berjaya dikuasai oleh pihak Jepun.
7. Pendudukan Jepun bukan sahaja meninggalkan kesan terhadap perjuangan kemerdekaan Myanmar, malah
ekonomi dan sosial Myanmar turut terkesan.
Isi- isi utama
1. Memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa British ialah sebuah kuasa
yang kuat
Kejayaan Jepun menakluki Myanmar dengan bantuan golongan Thakin telah memberikan kesedaran
bahawa rakyat Myanmar juga mampu bangkit dan barjaya mentadbir tanah air sendiri.
Slogan yang diuar- an Kesemakmuran

membebaskan negara mereka daripada belenggu penjajah serta mengukuhkan usaha untuk menghapuskan
pengaruh dan kebudayaan Barat.
Namun begitu, para nasionalis mulai sedar bahawa Jepun bercita-cita mengeksploitasi ekonomi dan
menjajah negara-negara di Asia Tenggara melalui slogan yang diuar-uarkannya.
Oleh itu, kemenangan Jepun dan kekalahan British telah berjaya mengukuhkan keazaman rakyat Myanmar
terutamanya golongan Thakin untuk memperjuangkan kemerdekaan Myanmar..
2. Penglibatan rakyat tempatan dalam pentadbiran
Pentadbiran Jepun telah memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk terlibat dalam pentadbiran.
Pihak Jepun telah menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr. Ba Maw.
Namun begitu, kuasa Dr. Ba Maw amat terhad kerana pentadbiran tersebut dikongkong oleh pihak Jepun.
Kuasa pentadbiran sebenar masih dipegang oleh pemimpin Jepun iaitu Dr. Gotawa Ogawa yang merupakan
bekas ahli Jemaah Menteri di Tokyo yang menjadi Penasihat Tertinggi kerajaan Myanmar pada masa itu.
Pihak Jepun juga hanya menyerahkan jawatan seperti Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada
penduduk tempatan.

54
Pentadbiran Jepun telah membuka ruang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam pentadbiran yang
mempunyai bidang kuasa yang terhad di peringkat daerah dengan meliputi hal-hal umum yang tidak
penting.
Hal ini telah mengukuhkan keyakinan golongan Thakin bahawa mereka mampu mentadbir Myanmar
sendiri dan mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan Myanmar daripada pihak British.
3. Penglibatan penduduk tempatan dalam kegiatan dan latihan ketenteraan
Penduduk tempatan digalakkan oleh pihak Jepun untuk terlibat dalam kegiatan dan latihan ketenteraan.
Hal ini selaras dengan pemerintahan bercorak ketenteraan yang diperkenalkan oleh Jepun di Myanmar.
Latihan ketenteraan telah memberikan kesan yang mendalam terhadap semangat juang masyarakat
tempatan.
Buktinya Tentera Kebangsaan Myanmar yang telah dibentuk di bawah Aung San dan Ne Win.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan dan latihan ketenteraan telah berjaya
menyemarakkan lagi semangat dan keazaman penduduk tempatan untuk berjuang menuntut kemerdekaan
Myanmar.
4. Meningkatkan keazaman para nasionalis untuk mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada
British selepas Perang Dunia Kedua
Pendudukan Jepun turut menguatkan keazaman para nasionalis untuk mendapatkan kemerdekaan
Myanmar daripada pihak British.
Keazaman ini semakin meningkat apabila pada pihak Jepun telah mengisytiharkan kermerdekaan
Myanmar pada 1 Ogos 1943 dan membentuk sebuah kerajaan baharu.
Peluang dalam bidang pentadbiran dalam kerajaan baharu yang dibentuk ini telah memberikan latihan
pentadbiran dan keyakinan kepada nasionalis untuk mentadbir negara sendiri tanpa menerima bantuan
daripada pihak Jepun ataupun British.
Antara nasionalis yang dilantik memegang jawatan dalam kerajaan baharu ialah Dr. Ba Maw sebagai
Perdana Menteri dan Thakin Mya sebagai Menteri Pertahanan.
Oleh itu, jelaslah bahawa pengalaman yang diperoleh ini dapat mengukuhkan keyakinan mereka dalam
menentukan nasib negara selepas Jepun menyerah kalah dan selepas kedatangan semula British.
5. Pembebasan para nasionalis Myanmar oleh pihak Jepun
Selepas menakluki Myanmar, pihak Jepun telah menubuhkan kerajaannya di Myanmar yang dikenali
sebagai pentadbiran Baho.
Para nasionalis yang telah dipenjarakan seperti Dr. Ba Maw, U Nu, U Pa Be dan lain-lain telah dibebaskan.
Mereka bebas bergerak dan mengembangkan idea nasionalisme dalam kalangan rakyat Myanmar.
Hal ini telah merancakkan lagi perkembangan idea nasionalisme dalam kalangan rakyat Myanmar.
6. Pendudukan Jepun telah mencetuskan gerakan penentangan Jepun
Gerakan penentangan ini berlaku kerana kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun kepada Myanmar tidak
bermakna kerana tentera Jepun masih berkuasa dan memegang kuasa pentadbiran.

55
Keadaan ini telah menyebabkan golongan Thakin bangun menentang Jepun. Gerakan penentangan ini
dipimpin oleh Aung San.
Aung San telah mengambil kesempatan dengan menggunakan Tentera Pertahanan Burma yang ditubuhkan
oleh pihak Jepun sabagai saluran untuk menentang pihak Jepun.
Pada masa yang sama, Aung San telah menjalinkan hubungan dengan puak Karen yang anti Jepun di bawah
pimpinan Hanson Kya Doe.
Aung San juga mengadakan pakatan sulit dengan pihak British melalui Force 136 dan pihak komunis
Myanmar untuk menentang pemerintahan Jepun.
Jelaslah bahawa pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat nasionalisme sehingga mereka snggup
bergerak secara sulit untuk menentang pihak Jepun.
7. Semangat anti Jepun
Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun telah melahirkan semangat anti-Jepun.
Sehubungan itu, para nsionalis telah tempatan telah bersatu di bawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis
(LPRAF) yang dipimpin oleh Aung San pada tahun 1944.
LPRAF akhirnya menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan negara.
Aung San dan pemimpin Thakin yang lain menentang Jepun dengan berpura-pura bekerjasama dengan
Jepun.
LPRAF menentang Jepun dengan melakukan sabotaj serta gerakan bawah tanah.
Golongan penentang juga memusnahkan beberapa kawasan strategik secara gerila.
LPRAf telah bekerjasama dengan British menentang Jepun secara terbuka pada bulan Mac 1945.
LPRAF juga telah bergabung dengan Tentera Pertahanan Myanmar dan melancarkan pemberontakan

Jelaslah, kesengsaraan yang dialami oleh rakyat semasa pendudukan Jepun telah mencetuskan gerakan
anti-Jepun dan keadaan ini telah berjaya melemahkan pihak Jepun.
8. Ekonomi rakyat Myanmar terjejas
Pendudukan Jepun telah menyebabkan ekonomi rakyat Myanmar terjejas kerana Jepun telah
mengeksploitasi ekonomi Myanmar sehingga sumber semula jadi musnah dan Myanmar mengalami
kekurangan bahan keperluan.
Nilai mata wang Myanmar juga jatuh dengan mendadak seterusnya menyebabkan berlakunya inflasi yang
tinggi kerana kekurangan bahan keperluan.
Para nasionalis Myanmar menentang pihak Jepun kerana gagal menstabilkan nilai mata wang. Sebaliknya

Masalah inflasi dan pengangguran terus meningkat kerana kekurangan barangan keperluan dan makanan
serta wang kertas yang berlebihan di pasaran.
Kegagalan Jepun mengeksport beras Myanmar dan mengimport barangan pengguna semakin merumitkan
kehidupan rakyat Myanmar. Pada masa yang sama perdagangan antarabangsa Myanmar terputus

56
Hal ini menyebabkan rakyat Myanmar menganggap Jepun sebagai punca kesengsaraan mereka.
9. Kesan sosial
Pendudukan Jepun yang mengakibatkan penderitaan dari sudut ekonomi telah meninggalkan kesan sosial
kepada rakyat Myanmar.
Kesengsaraan ekonomi telah menyebabkan rakyat Myanmar hidup dalam kebuluran dan penderitaan
kerana wabak penyakit yang tidak terkawal.
Masalah perpaduan juga berlaku apabila dasar Jepun yang menggalakkan penggunaan bahasa kaum
majoriti gagal dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik antara kaum majoriti Myanmar dengan kaum
minoriti tempatan seperti Karen, Kachin dan Chin.
Jelaslah, konflik ini memberikan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kekejaman dan penindasan
oleh pihak Jepun.
Kesimpulan
1. Pendudukan Jepun di Myanmar yang pada awalnya dianggap sebagai kuasa penyelamat telah
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap politik, ekonomi dan sosial rakyat Myanmar.
2. Sikap kekejaman Jepun terserlah sehingga menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat sehingga
membangkitkan semangat untuk menentang Jepun.
3. Pada Ogos 1945, British telah berjaya menewaskan Jepun dengan bantuan LPRAF.
4. Selepas kekalahan Jepun, LPRAF telah muncul sebagai sebuah pertubuhan nasionalis Myanmar yang
paling popular.
5. Perjuangan kemerdekaan Myanmar telah diteruskan oleh LPRAF sehingga British terpaksa memberikan
kemerdekaan kepada Myanmar pada 4 Januari 1948.

TEMA 3 : SEJARAH ASIA TENGGARA


NO SOALAN :6
SOALAN : BINCANGKAN USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN INDONESIA
SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA.
Pendahuluan
1. Pada penghujung tahun 1944, gerakan nasionalisme Indonesia telah sampai ke kemuncaknya apabila
Perdana Menteri Jepun Koiso berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Indonesia.
2. Pada 11 Ogos 1945, Jeneral Terauchi telah mengadakan satu pertemuan dengan Sukarno, Hatta dan
Radjiman di Dalat, Saigon, Vietnam bagi membincangkan kemerdekaan Indonesia pada 24 Ogos 1945.
3. Namun begitu, Jepun telah kalah dalam Perang Dunia Kedua pada 15 Ogos 1945.
4. Kekalahan Jepun menyebabkan Sukarno atas desakan Sultan Syahrir yang mengetuai golongan pejuang
gerakan bawah tanah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
5. Sukarno telah dipilih sebagai Presiden dan Dr. Muhammad Hatta sebagai Naib Presiden.

57
6. Pelbagai usaha telah dilaksanakan demi membebaskan Indonesia daripada cengkaman penjajah selepas
Perang Dunia Kedua.
Isi- isi utama
1. Langkah pertama ialah menolak cadangan pembentukan Komanwel Indonesia oleh Belanda.
Golongan nasionalis Indonesia telah meneruskan penentangan terhadap Belanda yang kembali ke
Indonesia selepas Jepun menyerah kalah kerana Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan Indonesia yang
diisytiharkan oleh Sukarno.
Tindakan golongan nasionalis Indonesia ini telah memaksa pihak Belanda mengadakan rundingan dengan
golongan nasionalis Indonesia. Melalui rundingan ini, Belanda bersetuju melantik Sultan Syahrir sebagai
presiden bagi kerajaan Republik Indonesia.
Sultan Syahrir telah mengetuai satu rombongan ke The Hague untuk mengadakan rundingan dengan pihak
Belanda.
Hasil rundingan tersebut, kerajaan Belanda bersetuju mengiktiraf Republik Indonesia sebagai sebahagian
daripada Komanwel Indonesia.
Komanwel Indonesia terdiri daripada wilayah-wilayah dengan pemerintahan Indonesia sendiri.
Kerajaan Komanwel ini akan diketuai oleh wakil Belanda dan menjadi sebahagian daripada kerajaan
Belanda.
Sultan Syahrir telah menolak cadangan tersebut dan menuntut supaya Belanda mengiktiraf Republik
Indonesia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Namun Belanda enggan berbuat demikian dan tetap dengan pendirian untuk mengenakan kawalan terhadap
pulau-pulau di Indonesia.
Tegasnya, tindakan Belanda ini menyebabkan berlakunya penentangan dan pertumpahan darah sehingga
tercetusnya Revolusi Kemerdekaan Indonesia dari tahun 1945 sehingga 1949.
2. Usaha seterusnya ialah mengatasi tindakan pihak Komunis yang cuba menggulingkan Kerajaan Republik
Indonesia.
Pada bulan Jun 1946, satu krisis politik telah berlaku di Indonesia apabila pihak Komunis Indonesia di
bawah pimpinan Tan Malaka cuba menggulingkan Kerajaan Republik Indonesia dengan cara menculik
Sultan Syahrir dan beberapa orang kabinetnya.
Namun begitu, Sukarno telah berjaya mengalahkan pihak Komunis dengan cara mengisytiharkan darurat.
Jelaslah bahawa tindakan Sukarno telah berjaya menyelamatkan Kerajaan Republik Indonesia dari jatuh
ke tangan pihak Komunis.
2. Selain itu, usaha berikutnya ialah memeterai Perjanjian Linggajati.
Pada Oktober hingga November 1946, satu persidangan antara pihak Indonesia dengan Belanda telah
diadakan di Bukit Linggajati berhampiran Cheribon.
Persidangan ini telah membawa kepada termaktubnya Perjanjian Linggajati pada 15 November 1946 antara
Republik Indonesia dengan pihak Belanda.

58
Melalui perjanjian ini, Kerajaan Belanda telah bersetuju mengiktiraf Republik Indonesia sebagai satu kuasa
pemerintah di Jawa, Madura dan Sumatera.
Kedua-dua negara ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah Kesatuan Negara Belanda-Indonesia menjelang
Januari 1949.
Namun, pihak Belanda dan Kerajaan Republik Indonesia tidak menghormati syarat-syarat perjanjian
tersebut.
Pada bulan Julai 1947, Belanda telah bertindak menawan bandar-bandar dan pelabuhan-pelabuhan utama
di Jawa, Madura dan Sumatera.
Akibat tindakan Belanda, Sultan Syahrir telah meletak jawatan sebagai Presiden Republik Indonesia.
Beliau telah meneruskan penentangan terhadap Belanda dengan melakukan pemberontakan dan keganasan
dalam Republik Indonesia.
Tuntasnya, kegagalan perjanjian ini mendorong rakyat Indonesia melakukan penentangan secara
bersenjata ke atas pihak Belanda.
3. Seterusnya, penglibatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan mengadakan satu persidangan
yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Renville 1948.
Pemberontakan dan penentangan yang berlaku di Indonesia telah memaksa PBB untuk campur tangan.
Oleh itu, PBB telah menganjurkan satu persidangan pada 17 Januari 1948 untuk memaksa Kerajaan
Belanda menerima gencatan senjata di Indonesia.
Pada 17 Oktober 1948, Perjanjian Renville telah ditandatangani antara Kerajaan Republik Indonesia
dengan pihak Belanda atas usaha PBB.
Menurut perjanjian ini, Kerajaan Republik Indonesia bersetuju menerima kedudukan tentera Belanda di
Jawa dan Sumatera.
Namun, kedua-dua pihak tidak menghormati syarat perjanjian tersebut.
Belanda telah bertindak menduduki kawasan-kawasan yang berada di bawah kuasa Kerajaan Republik
Indonesia pada bulan Disember 1948.
Belanda turut mengambil tindakan polis dengan cara menangkap dan memenjarakan pemimpin-pemimpin
nasionalis Indonesia seperti Sukarno dan Dr Muhammad Hatta.
Tegasnya, kegagalan Perjanjian Renville pada tahun 1948 telah mendorong PBB untuk terus terlibat dalam
usaha memberi kemerdekaan kepada Indonesia.
4. Oleh itu, langkah seterusnya ialah PBB bertindak mengadakan Persidangan Meja Buat di The Hague
Belanda yang membawa kepada termerterainya Perjanjian Hague 1949.
Melalui persidangan yang diadakan pada bulan Disember 1949 ini, Belanda bersetuju mengiktiraf
kemerdekaan Indonesia.
Justeru, pada 27 Disember 1949, Belanda telah menyerahkan kuasa secara rasmi kepada Indonesia.
Sukarno telah dipilih sebagai Presiden Indonesia yang pertama selepas merdeka dan Dr Muhammad Hatta
sebagai Naib Presiden yang pertama.

59
Jelaslah bahawa perjuangan rakyat Indonesia untuk mencapai kemerdekaan bukan sahaja melalui
rundingan, malahan terpaksa mengangkat senjata untuk memaksa Belanda memberi kemerdekaan kepada
Indonesia.

Kesimpulan
1. Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dilakukan demi mencapai kemerdekaan Indonesia.
2. Namun, golongan nasionalis Indonesia akhirnya terpaksa bertindak mengangkat senjata bagi mendesak
Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.
3. Akhirnya, Indonesia berjaya mendapatkan kemerdekaan dengan penglibatan PBB pada 27 Disember
1949.

60
TEMA 4: PENGISIAN KEMERDEKAAN
1 BINCANGKAN CIRI-CIRI PEMERINTAHAN REPUBLIK DI FILIPINA DARI TAHUN 1949
HINGGA TAHUN 1960

2 HURAIKAN BENTUK PEMERINTAHAN RAJA BERPERLEMBAGAAN YANG


DIAMALKAN DI THAILAND SELEPAS REVOLUSI 1932.
3 BINCANGKAN USAHA PEMBANGUNAN EKONOMI YANG DILAKUKAN DI FILIPINA
PADA TAHUN 1950-AN HINGGA TAHUN 1990.
4 BINCANGKAN DASAR DAN TAHAP PERKEMBANGAN EKONOMI YANG DILAKUKAN
OLEH KERAJAAN THAILAND DARI TAHUN 1932 HINGGA 1970

5 BINCANGKAN SUMBANGAN-SUMBANGAN OLEH PHIBUL SONGKRAM DALAM


BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DI THAILAND.
6 NILAIKAN DASAR LUAR FILIPINA DARI TAHUN 1945 1963.

7 BINCANGKAN PENGLIBATAN FILIPINA DALAM ASEAN PADA ABAD KE-20 MASIHI

8 HURAIKAN PENGLIBATAN THAILAND DALAM PERTUBUHAN DAN ORGANISASI


ANTARABANGASA.

61
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN

NO SOALAN :1

SOALAN : BINCANGKAN CIRI-CIRI PEMERINTAHAN REPUBLIK DI FILIPINA DARI


TAHUN 1949 HINGGA TAHUN 1960

PENGENALAN :

1. Republik Filipina mengamalkan sistem pemerintahan berpresiden


2. Badan eksekutif di Filipina lebih stabil kedudukannya kerana tidak bergantung kepada Parlimen.

ISI-ISI UTAMA :

1. Ciri-ciri pemerintahan republik di Filipina merujuk kepada sistem pemerintahan republik yang
diamalkan. Presiden sebagai ketua negara dan ketua kerajaan yang berkuasa dalam pemerintahan dan
pentadbiran negara. Presiden dipilih dalam tempoh enam tahun melalui pilihan raya yang dipilih oleh
rakyat. Presiden sebagai kuasa eksekutif dibantu oleh kabinet. Ahli kabinet dipilih oleh Presiden. Semua
dasar negara yang digubal akan dilaksanakan oleh kementerian dan jabatan.
2. Ciri-ciri pemerintahan republik di Filipina seterusnya ialah sistem berparlimen Filipina. Sistem
pemerintahan republik di Filipina berasaskan kepada sistem berparlimen. Parlimen terdiri daripada House
of Representatives dan Senate House of Representatives. House of Representatives mempunyai 260
orang anggota. Antaranya seramai 208 orang anggota dipilih secara langsung dan seramai 52 orang anggota
lagi dipilih melalui Party List bagi tempoh tiga tahun. Senate House of Representatives pula terdiri
daripada 24 orang ahli yang dipilih secara langsung. Anggota Senat pula akan berkhidmat selama enam
tahun.
3. Ciri-ciri lain pemerintahan republik di Filipina ialah pentadbiran Badan Eksekutif. Badan
Eksekutif merupakan badan yang bebas dan tersendiri. Bidang kuasa pentadbiran negara terletak dibawah
bidang kuasa Presiden. Presiden tidak dipilih oleh Parlimen tetapi dipilih melalui pilihan raya. Ini
menyebabkan Presiden tidak bertanggungjawab kepada Parlimen. Kabinet pula dipilih oleh Presiden dan

62
bertanggungjawab kepada Presiden dalam membantu Presiden membuat keputusan berhubung dengan hal-
hal pentadbiran negara.
4. Ciri-ciri pemerintahan republik di Filipina seterusnya ialah pentadbiran Badan Kehakiman. Sama
seperti Badan Eksekutif, Badan Kehakiman Filipina juga merupakan satu badan yang bebas dan tersendiri.
Terdiri daripada Mahkamah Agung yang diketuai oleh Ketua Mahkamah Agung, selain itu terdapat 14
orang Hakim Agung yang diketuai oleh Presiden. Badan Kehakiman yang lain ialah Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Tingkat pertama dan mahkamah Bandar.
5. Ciri-ciri lain pemerintahan republik di Filipina ialah pentadbiran tempatan. Filipina dibahagikan
kepada beberapa buah wilayah, provinsi dan bandar dengan tujuan pentadbiran dan birokrasi. Unit terkecil
dalam pentadbiran tempatan ialah Barangay. Di daerah pedalaman, barangay merupakan sebuah
perkambungan desa manakala di bandar, barangay merujuk kepada lingkungan. Setiap barangay ditadbir
oleh seorang eksekutif dan dewan komuniti yang anggotanya dipilih oleh penduduk Barangay.

KESIMPULAN :

1. Bentuk pemerintahan republik di Filipina adalah berasaskan sIstem pemerintahan yang diamalkan oleh
Amerika Syarikat.
2. Perlembagaan Filipina memberi kuasa kepada Badan Eksekutif, adan Kehakiman serta pihak berkuasa
tempatan untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran pada semua peringkat.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN


NO SOALAN :2
SOALAN : HURAIKAN BENTUK PEMERINTAHAN RAJA BERPERLEMBAGAAN YANG
DIAMALKAN DI THAILAND SELEPAS REVOLUSI 1932.

PENGENALAN :
1. Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.
2. Sistem raja berperlembagaan diperkenalkan selepas berlakunya Revolusi Thai pada tahun 1932.
3. Revolusi Thai 1932 telah menghapuskan sistem raja berkuasa mutlak dan digantikan dengan pemerintahan
raja berperlembagaan.
4. Terdapat bentuk pemerintahan tertentu raja berperlembagaan yang diamalkan di Thailand selepas
Revolusi 1932.
ISI- ISI UTAMA
1. Kuasa Raja
Raja bertindak sebagai ketua negara dan tonggak utama di Thailand sama ada dari segi politik,ekonomi
dan sosial.

63
Sebagai raja berperlembagaan ,raja Thailand berkuasa dalam aspek-aspek tertentu tertakluk kepada
perlembagaan yang ditetapkan.
Raja berkuasa membubarkan Dewan Perundangan walaupun tanpa persetujuan Kabinet.
Namun pilihan raya hendaklah diadakan dalam masa tiga bulan bagi membolehkan dewan tersebut dapat
bersidang kembali.
Raja juga berhak melantik Perdana Menteri dan separuh daripada 156 ahli Dewan Perundangan.
Selain itu ,raja Thailand juga bertindak sebagai ketua agama Buddha dan lambang penyatuan bangsa.
Raja berkuasa mengisytiharkan darurat setelah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Raja juga berhak
memberi pengampunan.
Seterusnya raja boleh mengundi untuk membatalkan sebarang undang-undang tetapi Dewan Perundangan
boleh menolak undi yang dibatalkan tadi.Sekiranya ini berlaku undang-undang tersebut dianggap telah
diluluskan.
Raja yang memerintah sangat dihormati oleh semua golongan rakyat dan dianggap sebagai pemimpin dari
segi moral dalam menyelesaikan sebarang krisis politik.
2. Kuasa Raja dalam Dewan Perundangan
Dewan Perundangan mempunyai 156 orang anggota dan separuh daripadanya dilantik oleh raja.
Perdana Menteri akan melantik ahli kabinet untuk mentadbir negara.
Ahli kabinet terdiri daripada wakil parti yang memenangi undi majoriti dalam pilihan raya.
Semua menteri yang dilantik dalam kabinet mesti mendapat perkenan raja.
3. Raja ketua tiga badan utama pemerintahan di Thailand.
Kuasa raja tertakluk kepada perlembagaan negara.
Namun raja menjadi ketua bagi Badan Eksekutif,Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
Badan eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri dan bertugas menggubal dasar kerajaan.
Manakala Badan Perundangan atau parlimen Thailand terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Perwakilan
dan Senat.Badan ini bertanggungjawab menggubal undang-undang negara.
Seterusnya Badan Kehakiman pula mempunyai kuasa tersendiri dan bebas daripada pengaruh Badan
Eksekutif dan Badan Perundangan.

KESIMPULAN
1. Sebelum Revolusi Thai 1932,raja-raja Dinasti Chakri mempunyai kuasa mutlak.
2. Namun Revolusi Thai telah menggantikan pemerintahan raja mutlak kepada raja berperlembagaan.
3. Sistem raja berperlembagaan diamalkan di Thailand sehingga kini. Walaupun kuasa raja tidak lagi dominan
di Thailand namun sistem kerajaan di Thailand dikagumi dan dihormati oleh rakyatnya.

64
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN

NO SOALAN :3

SOALAN : BINCANGKAN USAHA PEMBANGUNAN EKONOMI YANG DILAKUKAN


DI FILIPINA PADA TAHUN 1950-AN HINGGA TAHUN 1990.

PENGENALAN
1. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, ekonomi Filipina mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang
seiring dengan dasar pemerintahan presidennya.
2. Dalam tahun 1950-an, dan pada awal tahun 1990-an , ekonomi Filipina disenaraikan sebagai kedua paling
progresif di Asia, selepas Jepun.
3. Namun, selepas tahun 1965, berlaku pergolakan ekonomi dan masalah sosial serta rasuah yang membawa
kepada kejatuhan eonomi sekaligus menyekat pembangunan ekonomi dan peningkatan kadar hutang luar
negara.
4. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha dan pembangunan telah dilaksanakan oleh presiden yang
memerintah bagi membangunkan ekonomi Filipina.
5. Semasa krisis kewangan melanda kebanyakan negara Asia pada tahun 1998, Filipina tidak terlalu terkesan
dengan krisis kewangan tersebut kerana ekonomi Filipina dibantu oleh pengaliran masuk mata wang asing
yang dilakukan oleh rakyatnya yang bekerja di luar negara.

ISI-ISI UTAMA :
1. Perkembangan ekonomi pada zaman pemerintahan Presiden Elpidio Quirino.
Semasa Presiden Elpidio Quirino memerintah Filipina , beliau telah meminta bantuan daripada Amerika
Syarikat pada tahun 1950 dengan menandatangani satu perjanjian baharu. Amerika Syarikat bersetuju
memberikan pinjaman sebanyak AS250 juta bagi membangunkan Filipina.
Amerika Syarikat juga turut memberikan bimbingan dalam urusan penetapan cukai dan pertanian.

65
Presiden Elpidio Quirino telah mengambil beberapa langkah- langkah dalam melakukan reformasi tanah.
Antaranya ialah menubuhkan Persatuan Pemasaran Koperasi dan Kredit Pertanian, mengarahkan pusat
mengawal kredit, dan meluluskan undang-undang gaji minimum.
Presiden juga telah mengadakan rancangan pembangunan lima tahun, namun tidak berjaya kerana berlaku
penyelewengan dalam pentadbiran seperti rasuah dan pembaziran.
Tegasnya, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membangunkan Filipina telah dilakukan oleh
Quirino namun perancangan beliau mengalami kegagalan kerana berlaku banyak penyelewengan seeperti
rasuah dan pembaziran.

2. Pembangunan ekonomi zaman Presiden Ramon Magsaysay


Presiden Ramon Magsaysay memerintah Filipina dari tahun 1953 hingga tahun 1957. Beliau telah
memberi perhatian khusus kepada masalah ekonomi dan kebajikan rakyat.
Presiden Magsaysay telah mengembangkan gerakan koperasi pertanian, mewujudkan skim kredit desa,
dan menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan yang menjadi penyumbang kepada ekonomi.
Bagi melindungi industri tempatan, beliau telah mengadakan hubungan perdagangan antara Filipina
dengan Amerika Syarikat. Hubungan ini memperlihatkan wujudnya peningkatan perdagangan antara
Filipina dengan Amerika Syarikat.
Filipina juga mewujudkan undang-undang larangan menjual barangan dari luar atau menjalankan aktiviti
perdagangan import dan eksport kecuali dengan Amerika Syarikat.
Tegasnya, walaupun hubungan perdagangan Filipina dengan Amerika Syarikat telah meningkat, hal ini
tetap tidak menguntungkan Filipina kerana terikat dengan kawalan aktiviti perdagangan oleh Amerika
Syarikat.

3. Ekonomi Filipina di zaman pemerintahan Presiden Carlos Garcia.


Presiden Carlos Garcia telah memerintah Filipina dari tahun 1957 hingga tahun 1961. Presiden Carlos
Garcia masih mengekalkan dasar-dasar yang telah dijalankan oleh Presiden terdahulu, iaitu Presiden
Magsaysay.Buktinya pada tahun 1961, Filipina telah berjaya menjadi pengeluar kelapa kering dan gula
utama dunia.
Walaupun tempoh pemerintahannya tidak lama tetapi penerusan dasar-dasar presiden terdahulu telah
membantu melonjak pengukuhan ekonomi di Filipina semasa pemerintahan Presiden Carlos Garcia.
Tegasnya, walaupun Carlos Garcia mengekalkan dasar ekonomi presiden terdahulu, beliau berjaya
melonjakkan ekonomi Filipina walaupun tempoh pemerintahannya agak singkat.

4. Perkembangan ekonomi zaman Presiden Macapagal


Pemerintahan dan pentadbiran Presiden Macapagal berlangsung dari tahun 1961 hingga 1965. Sepanjang
pemerintahannya beliau menghadapi banyak cabaran. Misalnya, Filipina menghadapi inflasi,
pembahagian tanah dan desakan tuntutan terhadap Sabah.

66
Meskipun begitu, beliau telah berjaya menjalankan usaha pembangunan ekonomi dengan meningkatkan
kawalan pertukaran asing, mengawal keuntungan yang keluar dan memperkenalkan kawalan harga.
Antara langkah-langkah yang diambil ialah, Presiden Macapagal menekankan komoditi pertanian seperti
kelapa kering, tebu, abaka, tembakau dan nanas sebagai hasil eksport. Sektor pertanian juga diberi
perhatian dan tumpuan dengan memajukan industri ringan, pembungkusan, dan kaedah pemasaran serta
memberi penekanan kepada memajukan industri berat seperti keluli.
Malahan, kerajaan juga telah mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan Lembaga Kelapa
Filipina kerana industri ini merupakan penyumbang yang penting dalam hasil eksport utama Filipina.
Beliau juga telah melakukan tranformasi dalam sistem pemilikan tanah. Pemansuhan penyewaan dan
program reformasi tanah yang disertakan dalam Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963 telah
menekankan usaha untuk memerangi kemiskinan secara besar-besaran
Beliau juga mengawal mata wang negara dengan menghapuskan kawalan pertukaran mata wang dan
membenarkan Peso Filipina diapungkan dalam pasaran pertukaran mata wang percuma.
Tegasnya, Macapagal berupaya mengawal pembangunan ekonomi Filipina walaupun Filipina bergelut
dengan pelbagai krisis seperti inflasi, pembahagian tanah dan tuntutan terhadap Sabah.

5. Perkembangan ekonomi semasa pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos


Presiden Ferdinand Marcos memerintah mulai tahun 1965 hingga 1986 dan beliau memberi tumpuan
dalam pembangunan infrastuktur seperti pembinaan Lebuh Raya Luzon Utara dan pembinaan Jambatan
Buntun . Pembinaan generator elektrik yang membekalkan kuasa elektrik dengan kapasiti satu juta
kilowatt seperti Empangan Tiwi (1980), Hidro Kalayaan (1982) dan bekalan air bersih kepada 38 buah
daerah. Pembangunan infrastruktur memberi banyak manfaat kepada masyarakat luar bandar
Presiden Marcos juga mengadakan program ekonomi sepanjang hayat bagi meningkatkan
pembangunan ekonomi masyarakat Filipina. Antaranya ialah Revolusi Hijau dengan mempromosikan
penanaman padi baka IR-8 hybrid yang berjaya meningkatkan pengeksportan beras bernilai $ 7 juta
Dolar Amerika.
Revolusi Biru pula, memfokuskan kepada penternakan udang, ikan air tawar dan tilapia emas dengan kos
yang minima tetapi memberi pulangan hasil yang lumayan kepada penternak.
Bagi menjayakan ekonomi luar bandar ini, Marcos menyediakan pinjaman kredit kepada bidang
pertanian, tenaga kerja dan bekalan pertanian dengan kadar faedah yang rendah.
Tranformasi sistem pemilikan tanah dilaksanakan dengan memperkenalkan Akta 1972 yang memberi
manfaat kepada 1.2 juta petani untuk memperoleh tanah atau pajakan bagi tanah-tanah pertanian padi
dan lading jagung yang seluas 1.3 hektar
Tranformasi buruh dilaksanakan dengan mengadakan Undang-undang Buruh bagi menjaga kebajikan
pekerja, meningkatkan peluang pekerjaan dan pembangunan sumber manusia.
Antara yang dilaksanakan ialah latihan kemahiran: sebanyak 896 000 remaja lepasan sekolah dan graduan
diserapkan ke pusat latihan kemahiran seluruh Filipina.

67
Tegasnya, tempoh pemerintahan Marcos yang agak lama telah memberi peluang kepada beliau untuk
mengembangkan ekonomi dan infrastruktur Filipina ke tahap yang boleh dibanggakan.

6. Perkembangan ekonomi semasa pemerintahan Presiden Corazon Aquino.


Pemerintahannya berlangsung selama enam tahun iaitu sehingga 30 Jun 1990.
Dalam perspektif ekonomi , Aquino berhadapan dengan bebanan hutang luar negara yang ditinggalkan
oleh Marcos sebanyak $ 28 juta Dollar Amerika dan kadar kemiskinan yang tinggi.
Aquino berjaya mengurangkan defisit fiskal melalui penswastaan asset kerajaan dan pengurangan akta
dalam industri berkepentingan. Oleh itu, beliau telah mewujudkan Akta Pelaburan Asing,
Perlindungan Pengguna dan Akta Kebajikan .
Perkembangan ekonomi semasa pentadbiran Aquino pada tahun pertama pentadbirannya mencatatkan
pertumbuhan positif sebanyak 3.4 peratus . Secara keseluruhannya sepanjang pentadbirannya , ekonomi
Filipina berkembang sebanyak 3.8 peratus dari tahun 1986 hingga tahun 1992.
Program Pembaharuan Tanah Pertanian secara komprehensif atau Akta Republik No. 6657 menjadi
undang-undang yang membuka jalan untuk pengagihan semula tanah pertanian kepada petani
Filipina juga mengadakan usaha sama dengan negara luar bagi meningkatkan ekonomi. Beberapa siri
rundingan antara Filipina dengan Jepun telah diadakan di antara tahun 1986 -1992 bagi meningkatkan
pelaburan dan kemasukan pelancong Jepun ke Filipina.
Hubungan Filipina dengan Soviet bermula pada tahun 1987 apabila Aquino dan Gorbachev mencapai
kata sepakat bahawa hubungan antara kedua-dua buah negara adalah berasaskan hubungan ekonomi
dengan meningkatkan hubungan persahabatan.
Aquino seterusnya mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom dan bertemu dengan Perdana Menteri
Margaret Thacther dan John Major dari tahun 1987 hingga tahun 1992 bagi membincangkan kepentingan
ekonomi dan sosial antara kedua-dua buah negara.
Tegasnya, semasa era pemerintahan Aquino, beliau telah membuka lembaran baru dalam hubungan
perdagangan antarabangsa apabila Filipina menjalinkan hubungan perdagangan dengan Soviet Union,
Jepun dan United Kingdom.

KESIMPULAN:
Kesimpulannya, jelas bahawa pelbagai usaha dilaksanakan oleh presiden yang memerintah bagi
membangunkan ekonomi Filipina.
Menjelang tahun 1996, KNK telah berkembang padar kadar 7.2 peratus , dan KDNK pada 5.2 peratus.
Kadar inflasi tahunan telah menurun kepada 5.9 peratus daripada paras tertinggi sebanyak 9.1 peratus pada
tahun 1995.
Menjelang tahun 1990-an, pertumbuhan ekonomi di Filipina mendapat perbandingan yang baik dengan
negara-negara Asia yang lain seperti Taiwan, Thailand , Korea Selatan dan Malaysia.

68
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN
NO SOALAN :4

SOALAN : BINCANGKAN DASAR DAN TAHAP PERKEMBANGAN EKONOMI


YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN THAILAND DARI TAHUN 1932
HINGGA 1970.
PENGENALAN :
1. Ekonomi Thailand bergantung kepada kegiatan pertanian terutamanya penanaman padi, getah, bijih timah
, kayu jati , jut dan sebaganya. Namun selepas Perang Dunia Kedua ekonomi Thailand merosot teruk.
2. Dasar ekonomi Thailand banyak dipelopori oleh Perdana Menterinya kerana Thailand tidak pernah
dijajah oleh mana-mana kuasa Barat.Pentadbiran Thailand diambil alih oleh rakyat jelata selepas
berlakunya Revolusi Thai pada tahun 1932. Perubahan bukan sahaja berlaku dalam pentadbiran tetapi juga
dalam bidang ekonomi, berasaskan ekonomi pasaran bebas.
3. Para nasionalis terutamanya Pridi Phanaomyong dan Phibun Songkhram yang dilantik sebagai Perdana
Menteri telah melaksanakan dasar ekonomi yang lebih radikal, terutamanya dalam bidang perniagaan dan
perindustrian.

ISI-ISI UTAMA :
1. Dasar ekonomi di bawah Pridi Phanomyong.
Rancangan ekonomi Pridi mencadangkan agar Kerajaan memiliknegarakan semua sumber hasil negara
termasuk tanah. Pemilik tanah akan dibayar gantirugi dalam bentuk bon kerajaan.Petani akan menjadi
pekerja bagi kerajaan dan petani akan dibayar gaji dalam bentuk cek
Pridi berpendapat rancangan yang berunsur sosialis akan memanfaatkan semua rakyat. Akan tetapi
Rancangan ekonomi Pridi ini tidak dapat dilaksanakan kerana dianggap sebagai Manifesto Komunis.
2. Dasar ekonomi di bawah Phibun Songkhram
Phibun memperkenalkan dasar ekonomi yang lebih radikal dan menentang penguasaan orang asing atas
ekonomi Thailand. Mengutamakan penglibatan masyarakat pribumi dalam perdagangan.

69
Phibun juga memiliknegarakan perkhidmatan kereta api dan kapal terbang ,membina sekolah Sains
Chulalongkorn untuk memberi latihan teknikal kepad rakyat tempatan,memperhebatkan bidang
perindustrian dengan pembinaan kilang kapas di Bangkok, kilang kertas di Kanburi, kilang gula yang
moden, kilang mengetin di Pak Chang. Disamping mengemaskini kadar tarif untuk melindungi perusahaan
desa.
Phibun juga mengamalkan dasar anti-Cina untuk mengawal penguasaan orang Cina dalam ekonomi
Thailand.Mewajibkan pendaftaran semua jenis perniagaan dan menetapkan semua buku akaun
perniagaan ditulis dalam bahasa Thai.Memperkenalkan cukai baharu yang lebih tinggi ke atas perusahaan
asing khasnya orang Cina.Menetapkan syarat-syarat hak milik, nisbah para pekerja, syarat-syarat
pengeluaran lesen.Menetapkan syarat pembayaran sebanyak 100 bhat bagi orang Cina yang ingin masuk
ke Thailand. Memansuhkan penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah.Melarang orang
Cina menyandang atau melibatkan diri dalam 26 jenis pekerjaan di Thailand. Pengisytiharan 1941, yang
menjadikan kawasan tertentu di timur dan timur darat Thailand sebagai kawasan larangan bagi orang asing
turut menjejaskan kedudukan orang Cina.
Menubuhkan perbadanan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat pribumi Thai dalam bidang
perniagaan dan perdagangan. Contohnya, perbadanan Monopoli Tembakau Thai pada tahun 1939 dan
Syarikat Beras Thai yang mengambil alih perusahaan asing yang bergiat dalam perusahaan tembakau dan
beras.
Undang-undang yang diluluskan telah menetapkan bahawa setiap pelaburan modal asing hendaklah
mengandungi sebanyak 70% modal Thai dan jumlah buruh juga mesti terdiri daripada 75% orang Thai.
Sesetengah kerja yang dahulunya dimonopolikan oleh orang Cina diberikan kepada orang-orang Thai. Ini
Berjaya mengurangkan penguasaan orang asing dalam bidang perdagangan, perusahaan dan perindustrian.
3. Hubungan diplomatik antara Thailand dan Amerika Syarikat ( 1950 )
Hubungan diplomatik yang baik antara Thailand dengan Amerika Syarikat memudahkan negara Thai
mendapat bantuan Amerika Syarikat dalam bidang ekonomi.
Suruhanjaya Khas Ekonomi dan Teknikal ditubuhkan di Bangkok untuk mengendalikan penyelidikan
kepakaran ekonomi negara Thai. Melalui penubuhan bantuan tersebut, pelbagai kemudahan infrastruktur
dapat disediakan. Bantuan disalurkan untuk pembinaan pelabuhan dan kuasa elaktrik. Bantuan khas juga
diberi untuk mengawal penyebaran wabak penyakit.
Tegasnya, hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara menggalakkan perkembangan dan
kemajuan ekonomi negara Thailand.
4. Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun Thailand
Rancangan ini dimulakan pada tahun 1958 ( Fasa 1 ). Melalui Rancangan Lima Tahun Thailand, kerajaan
memberikan tumpuan kepada pembangunan luar bandar, meningkatkan hasil pengeluaran pertanian,
membangunkan sektor pengangkutan dan komunikasi serta meningkatkan perdagangan antarabangsa.

70
Kerajaan Thai juga memberikan tumpuan dalam bidang perindustrrian dan membangunkan
pelabuhan.Antara langkah yang diambil ialah mengutamakan industri asas, sokongan dan pertanian.
Kerajaan Thai juga berusaha memodenkan beberapa pelabuhan utama, contohnya, Pelabuhan Bangkok
yang dimodenkan supaya kapal-kapal besar dapat berlabuh di situ.
Langkah ini bertujuan menggalakkan perkembangan perindustrian supaya selaras dengan pembangunan
sektor pertanian.
Tegasnya, langkah tersebut dapat menyokong pelaburan dalam bidang industri, memberi peluang
pekerjaan dan mengatasi masalah pengangguran.
5.
Sebelum tahun 1960, aktiviti ekonomi negara Thai banyak bergantung kepada kegiatan pertanian. Oleh
itu, kebanyakan hasil pendapatan negara Thai berasaskan eksport bahan-bahan hasil pertanian. Pada era
ini, penanaman padi sawah juga diutamakan .Selain itu, tanaman jualan lain seperti getah , jagung dan juga
kenaf juga turut ditanam. Negara Thai juga terkenal dengan penghasilan batu permata, garam, batu kapur
dan bijih timah. Kawasan utama perlombongan bijih timah juga banyak terdapat dibahagian tenggara
negara Thai.
Tetapi pada tahun 1960 , perancangan ekonomi negara telah beralih ke penubuhan industri bandar ini
kerana tumpuan kepada pertanian tidak mencukupi untuk pertumbuhan ekonomi yang diharapkan.Ini telah
menarik pelabur asing untuk melabur dalam bidang industri dan membantu ekonomi bandar berkembang
pesat serta berlakunya penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.
Menjelang tahun 1961, kerajaan Thai telah merancang pembangunan ekonomi untuk menambahkan
sumber pendapatan tahunan bagi bidang pertanian daripada 3% kepada 5% pendapatan negara kasar.
Tegasnya, perkembangan kegiatan ekonomi di Thai lebih menumpukan kepada hasil keluaran dalam
negara terutamanya kegiatan pertanian untuk menambahkan pendapatan.
6. Seterusnya, Dasar Ekonomi Fasa 2 ( 1963-1972)
Menjelang tahun 1960-an, negara Thai mula menyususn semula struktur ekonomi negaranya. Pada awal
1960-an, negara Thai bergiat dalam perusahaan berat dan perindustrian ringan seperti memproses tebu dan
padi.
Kerajaan Thai berusaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi demi meningkatkan pendapatan tahunan
negara. Pelbagai rancangan dilakukan untuk meningkatkan pendapatan negara dalam bidang pertanian.
Dalam bidang industri, pelbagai usaha diambil untuk memajukan perusahaan beras, getah, kayu kayan,
tembakau, gelas dan besi keluli. Pengeluaran petroleum turut meningkat terutamanya selepas pembinaan
kilang penapis minyak di negara Thai, dengan kemampuan pengeluaran minyak sebanyak 280,000 tong
sehari.
Dalam tahun 1970an, Lembaga pembangunan ekonomi dan Sosial Kebangsaan bertanggungjawab untuk
hala tuju dasar baharu luar bandar.Ia bertujuan untuk mengkormesialkan bidang pertanian Industri

71
pemprosesan makanan dan industry pertanian lain juga, boleh menjadi penting kepada ekonomi negara
Thai.
Tegasnya, dasar ekonomi negara Thai yang tersusun dan terancang menyebabkan keadaan sosioekonomi
negara Thai bertambah maju.

KESIMPULAN :
1. Dasar ekonomi Thailand berjaya memulihkan ekonomi dan menyelamatkan ekonomi daripada penguasaan
orang Eropah dan orang Cina.Dasar ekonomi Thailand yang dijalankan oleh Phibun Songkram
memperlihatkan suatu dasar yang bercorak nasionalis melampau. Boleh dikatakan sebagai muslihat untuk
melindungi rancangannya daripada penentangan rakyat .
2. Walau bagaimanapun, tahap-tahap ekonomi Thailand berkembang selaras dengan perubahan pucuk
pimpinan dan dasar-dasar baharu yang diperkenalkan. Namun begitu, Thailand masih mempunyai beberapa
halangan untuk bergerak ketahap ekonomi baharu terutama di Wilayah yang bergolak di Selatan Thailand
dan penguasaan ekonomi oleh kumpulan tertentu.

*Catatan: Calon seharusnya membincangkan dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh pemerintah di
Thailand sehingga 1970.

* Dasar-dasar ekonomi dalam fasa 3,4 dan 5 ( Isi ini tidak termasuk dalam soalan di atas, sebagai bahan
tambahan sahaja )
Dalam fasa 3 ( 1972-1979 )Thailand berpindah strategi berorientasikan eksport akibat kemerosotan dalam
imbangan pembayaran pada tahun 1960an. Melalui Akta penggalakkan Perindustrian 1972, lembaga
pelaburan telah diberi kuasa untuk menyediakan unit berorentasikan eksport dengan pengeculian penuh
dalam tarif, rebat perniagaan, cukai jualan dan potongan cukai pendapatan perbadanan. Usaha promosi
telah diperkukuhkan dengan penurunan nilai bath Thailand menyebabkan pertumbuhan yagn menakjubkan
dalam eksport dan keluaran negara kasar.
Dalam Fasa 4 ( 1989- 1997 ), pembangunan ekonomi Thaland bergerak kea rah dasar perindustrian berat
pada awal tahun 1980 apabila negara Thai menggubal Rancangan Pembangunan Persisir Timur ( ESB ).
Pelan ini adalah hasil daripada penemuan gas asli di teluk Thailand.Ia menekankan kepelbagaian aktiviti
industry dari sudut pandangan serantau.
Dalam fasa 5 ( selepas 1997 ) dasar ekonomi selepas 1997. Bertujuan untuk menghasilkan masyarakat
yang berdikari dan kukuh di peringkat tempatan dan nasional yang boleh bersaing dengan dunia luar sambil
mengekalkan identiti Thai.

72
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN
NO SOALAN :5
SOALAN :BINCANGKAN SUMBANGAN-SUMBANGAN OLEH PHIBUL SONGKRAM
DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DI THAILAND.

PENGENALAN :
1. Phibun Songkram atau Major Jeneral Plaek Phibun Songkram dilahirkan pada 14 Julai 1897 di sebuah
kampung pertanian di Daerah Nonthaburi.

2. Nama sebenar beliau ialah Plaek Khitasangkha.

3. Beliau mula mendapat pendidikan awal di sebuah kuil Buddha sebelum berjaya memasuki Akademi
Tentera Diraja di Bangkok pada tahun 1909 hingga 1914 dengan tempat pertama dalam kor meriam.
4. Pada tahun 1924, beliau dihantar ke Perancis untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ketenteraan.
5. Pada tahun 1927, Phibun telah berkhidmat di Jabatan Arah Operasi. Karier beliau bermula sebagai seorang
kakitangan tentera biasa sahaja sebelum berjaya menyandang jawatan pangkat utama.
6. Pada tahun 1934, Phibun menjadi Menteri Pertahanan. Pada tahun 1948, Phibun Songkram untuk dilantik
sebagai Perdana Menteri Thailand buat kali kedua.
7. Pada bulan September 1957, telah berlaku satu rampasan kuasa oleh golongan tentera yang dipimpin oleh
Sarit Thannarat dengan mendapat sokongan orang ramai. Ini Ini menyebabkan Phibun bersara dan hidup
dalam buangan di Jepun. Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1964 di Sagamihara, Kanagawa,Jepun,
semasa berumur 66 tahun.

ISI-ISI UTAMA :
1. Sumbangan dalam bidang politik
Phibun Songkhram telah berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand dengan mengamalkan dasar pro-
Jepun pada tahun 1930an. Beliau juga sanggup mewujudkan Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun 1940an.
Malahan,Jepun juga merupakan rakan perdagangan dan negara pelabur kedua terbesar di Thailand
sebelum Perang Dunia Kedua. Phibun juga telah memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah

73
Melayu semasa berlakunya Perang Dunia Kedua. Dasar pro-Jepun ini akhirnya menjadikan Thailand satu-
satunya negara yang tetap merdeka berbanding dengan negara-negara lain di Asia tenggara yang telah
dijajah.
Thailand telah menggunakan peluang bekerjasama dengan Jepun untuk mendapatkan sama hak kekuasaan
ke atas wilayah yang pernah dikuasainya seperti di Indo-China, Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Phibun Songkram juga pernah menjadi Perdana Menteri Thailand sebanyak dua kali pada tahun 1938 dan
1947.
Sumbangan beliau adalah beliau merupakan antara tokoh nasionalis yang terlibat dalam Revolusi Thai
1932 bagi mewujudkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di Thailand.
Sumbangan seterusnya adalah pada tahun 1947, apabila beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Thailand
buat kali kedua, Phibun telah menghidupkan kembali sistem demokrasi dengan membentuk
perlembagaan baharu pada tahun 1949. Perlembagaan ini membolehkan pilihan raya diadakan bagi Dewan
Rendah dan pelantikan oleh raja dalam Dewan Tinggi.
Pada bulan November 1951, Phibun juga telah memansuhkan Perlembagaan 1949
kerana perlembagaan tersebut tidak dapat mengekalkan kekuasaan beliau dan telah mengembalikan
Perlembagaan 1932.
Perlembagaan ini membenarkan penubuhan sebuah dewan yang mana separuh kerusi daripada dewan
tersebut boleh dilantik oleh pihak eksekutif. Dalam Parlimen baharu ini, pegawai tentera telah dilantik dan
ini membolehkan Phibun berkuasa.
Phibun juga bertanggungjawab mengambil langkah-langkah tertentu untuk menghapuskan pengaruh
komunis di Thailand.
Beliau tidak mengiktiraf Republik Rakyat China dan penghapusan aktiviti orang Cina di Thailand seperti
mengawasi orang Cina yang disyaki terlibat dengan anasir komunis di bawah akta Un-Thai-Activities,
menutup sekolah, dan surat khabar Cina dan usaha beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Amerika
Syarikat.
Melalui Dasar luar Thailand pula, Phibun Songkram dilihat terlalu pro-Amerika Syarikat dan Britain. Ini
bukan sahaja tidak disenangi oleh rakyat Thailand malah juga oleh pihak tentera yang menyebabkan telah
Phibun tewas dalam pilihan raya pada tahun 1957.
2. Sumbangan dalam bidang ekonomi
Phibun mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan.
Sumbangan beliau adalah dengan Pengenalan Akta Perkapalan dan Kanun Hasil Negara yang telah berjaya
mengurangkan penglibatan dan penguasaan orang asing terutama orang Cina dan British terhadap ekonomi
negara.
Pada Mac 1939, Kanun Hasil Negara diperkenalkan adalah untuk membebaskan kaum petani Thailand
daripada cengkaman pemimjam wang, mengurang cukai ke atas petani dan mengenakan cukai yang tinggi
ke atas pelabur dan syarikat asing.

74
Di bawah Akta Perkapalan pula, menetapakan syarikat perkapalan mengupah sekurang-kurangnya 75%
orang Thai dan setiap pelaburan modal mesti meliputi 70% modal Thai.
Semasa Phibun juga, kerajaan telah menggalakkan perkembangan industri moden dengan mengambil
bahagian aktif dalam bidang ini seperti membina kilang di bawah kawalan dan tajaan kerajaan.
Antara kilang yang telah dibina ialah kilang kapas di Bangkok, kilang gula di Lampang, kilang mengetin
di Pak Chang dan kilang kertas di Kanburi.
Phibun juga telah berjaya memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam aspek ekonomi, misalnya pada
tahun 1941 orang Thai telah berjaya mengambil alih industri tembakau melalui penubuhan Syarikat
Monopoli Tembakau Negara.
3. Sumbangan dalam bidang sosial.
Sumbangan Phibun dalam bidang sosial juga dapat dilihat apabila beliau telah melakukan pembaharuan
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat seperti peluang pendidikan.
Beliau juga telah menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi negara.
Phibun berusaha untuk memperkukuhkan semangat dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat.
Antaranya ialah dengan menjadikan agama Buddha sebagai syarat kenaikan pangkat kerana penganutan
agama Buddha disamakan dengan semngat patriotisme.
Beliau juga telah bertindak menukarkan perkataan Siam kepada Thai
untuk tujuan menaikkan semangat dan kebanggaan orang Thai terhadap negara mereka.

KESIMPULAN :
1. Sumbangan Phibun Songkhram sangat penting dalam pembinaan negara Thai pada tahun 1938 hingga
1957.
2. Sumbangan beliau jelas terutama dalam melindungi kesejahteraan rakyat dan negara Thai.Program-
program yang dilaksanakannya berjaya mengggalakkan orang Thai menceburi bidang perdagangan dan
perniagaan.
3. Masyarakat Thailand juga berjaya disemai dengan nilai-nilai bangga akan negara, namun demikian,sistem
demokrasi berparlimen semasa pemerintahan Phibun terbantut apabila Phibun menjadi diktator tentera
yang berkuasa mutlak.

75
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN
NO SOALAN :6
SOALAN : NILAIKAN DASAR LUAR FILIPINA DARI TAHUN 1945 1963.

PENGENALAN :
1. Dasar luar Filipina dalam pertubuhan antarabangsa dan serantau.
2. Seperti PBB, SEATO, ASA dan MAPHILINDO

ISI- ISI UTAMA:


1. Penglibatan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Filipina menjadi anggota PBB.
Menyertai agensi-agensi PBB serta bekerjasama demi kesejahteraan dunia.
Mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
Menghantar 6 000 orang tentera sebagai tentera pengaman PBB dalam krisis Perang Korea.
Filipina juga mendapat manfaat di bawah Program Bantuan Teknikal dalam bidang statistik, pembangunan
industri, koperasi, pembangunan tanah dan air, pengeluaran tanaman dan binatang, peralatan saintifik, dan
sebagainya.
Carlos P. Romulo pernah berkhidmat sebagai Presiden Sesi Keempat Perhimpunan PBB dari tahun 1949
hingga 1950.
Menganggotai Majlis Pemegang Amanah Bersatu PBB pada tahun 1949. Beliau telah memperjuangkan
tuntutan negara-negara kecil agar kuasa pembatal yang dipegang oleh kuasa-kuasa besar dihadkan.
2. Penglibatan dalam ASA
Filipina menyertai ASA pada tahun 1961 bersama-sama dengan Malaysia dan Thailand.
ASA bermatlamat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang pembentukan Persekutuan Malaysia telah
membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.
3. Penglibatan dalam MAPHILINDO
Menyertai Malaysia dan Indonesia dalam pertubuhan MAPHILINDO pada tahun 1963.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan
antara Malaysia dan Filipina.

76
Filipina menentang pembentukan Persekutuan Malaysia kerana mendakwa Sabah masih menjadi hak milik
negaranya.
MAPHILINDO gagal apabila gagasan Persekutuan Malaysia diisytiharkan.

4. Penglibatan dalam SEATO


Filipina menjadi anggota SEATO pada 8 September 1954.
Matlamat SEATO adalah untuk mewujudkan kerjasama secara kolektif dalam menentang sebarang usaha
untuk menjejaskan kestabilan politik negara-negara yang dibawah lindungan SEATO.
Filipina tidak menyenangi tindakan Amerika Syarikat yang memberikan bantuan ketenteraan kepada
Perancis.
Filipina menganggap SEATO tidak mempunyai kuasa yang kuat kerana segala keputusan dan tindakan
adalah di bawah kuasa Amerika Syarikat.
Bagi Filipina, SEATO seharusnya berkuasa seperti NATO.

KESIMPULAN :
1. Dasar luar Filipina yang memberi tumpuan kepada PBB, ASA, MAPHILINDO, DAN SEATO bertujuan
untuk melindungi kepentingan negaranya.
2. Dasar luar Filipina mampu memelihara kemerdekaan dan keamanan negaranya.
3. Di samping membantu negara-negara luar melalui penglibatannya dalam pertubuhan tersebut, Filipina juga
mendapat manfaat khasnya dari segi ekonomi.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR ]


NO SOALAN :7
SOALAN : BINCANGKAN PENGLIBATAN FILIPINA DALAM ASEAN PADA ABAD
KE-20 MASIHI

PENGENALAN :
1. ASEAN merupakan singkatan bagi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8
Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok. Tujuan penubuhan ASEAN ialah untuk menjalinkan hubungan
dan mengukuhkan kerjasama serantau.
2. Penglibatan Filipina dalam ASEAN selaras dengan tujuan hubungan luarnya iaitu mewujudkan kersama
serantau dan antarabangsa demi memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan
ISI- ISI UTAMA :
1. Filipina adalah sebahagian negara anggota ASEAN
Filipina adalah antara negara Asia Tenggara terawal yang meyertai ASEAN bersama-sama Malaysia,
Indonesia, Singapura dan Thailand.

77
Penglibatan Filipina dalam ASEAN bermatlamatkan kerjasama dalam semua bidang terutamanya
ekonomi, kebudayaan, teknikal dan saintifik.
Contohnya kerjasama dalam bidang ilmu melalui penubuhan Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan
Sains dan Matematik (RECSAM).
Jelaslah penyertaan Filipina dapat mengeratkan kerjasama ASEAN.

2. Pengisytiharan ZOPFAN
Dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971, Filipina bersama-sama negara ASEAN yang lain telah
mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
ZOPFAN bertujuan untuk mengelakkan negara-negara Asia Tenggara yang sedang membangun ketika
itu terlibat dalam pertikaian antara negara-negara besar Blok Barat (Kapitalis) dengan Blok Timur
(Komunis).
Ia juga untuk mengelakkan campurtangan kuasa asing dalam pentadbiran.

Oleh itu Filipina dan negara ASEAN yang lain tidak menyebelahi mana-mana Blok supaya dapat
mengekalkan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang aman dan stabil politiknya.

3. ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear


Filipina telah menyertai Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada tahun 1984 dan menetapkan rantau
Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear.

Ia bermaksud tidak membenarkan kapal-kapal yang melalui perairan Asia Tenggara atau
menggunakan pelabuhannya untuk mengangkut bahan dan senjata nuklear.
Jelaslah bahawa Filipina juga amat menititikberatkan keselamatan Asia Tenggara.
4. Kerjasama ekonomi mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
Filipina bersama negara anggota yang lain turut bekerjasama mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN atau AFTA (Asean Free Trade Area).
Tujuan AFTA ialah meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran
dunia dan menarik pelabur asing langsung ke ASEAN.
Jadi pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta
mewujudkan perdagangan intra-ASEAN.
Oleh itu kemajuan ekonomi ASEAN dapat ditingkatkan.
5. Menganjurkan projek-Menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN+3
Filipina juga telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN+3 yang ketiga pada tahun 1987.
ASEAN+3 merupakan kerjasama ekonomi ASEAN dengan China, Jepun dan Korea.
Menteri-menteri Luar negara-negara tersebut telah dijemput menghadiri perbincangan tentang kerjasama
yang ingin diwujudkan.
Filipina juga telah menjadi tuan rumah kepada sukan SEA yang diadakan untuk merapatkan hubungan
antara negara melalui semangat kesukanan.

78
Sehingga tahun 2000, Filipina telah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1981 dan 1991.

KESIMPULAN
1. Pada abad ke-20, Filipina telah terlibat dalam pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan
ASEAN.
2. Selepas merdeka, Filipina bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa seperti SEATO dan PBB.
Penglibatan dan hubungan tersebut memberi banyak faedah dalam memelihara kedudukan politik,
kemajuan ekonomi serta sosial

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR]


NO SOALAN :8
SOALAN : HURAIKAN PENGLIBATAN THAILAND DALAM PERTUBUHAN DAN
ORGANISASI ANTARABANGASA
PENGENALAN :
1. Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946
2. PBB memberi penghormatan pada Thailand - pejabat PBB di Asia Tenggara

ISI- ISI UTAMA :


1. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Thailand juga memberi bantuan kepada
PBB dalam Perang Korea.
Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi.
Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering
dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB.
Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan untuk
memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.
Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan
Agung ke-11 PBB.
Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB.
2. South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat. Nai Pote Sarasin menjadi Setiausaha
Agung SEATO yang pertama. Penglibatan bertujuan melindungi wilayah yang bersempadan dengan
kawasan bergolak di Indo- China serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.
Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan
ketenteraan. Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957. Thailand juga membenarkan
Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo-China.

79
SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui latihan
kerjasama ketenteraan.
Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama dan
sejarah di rantau Asia Tenggara.
3. Association of South East Asian Nation (ASEAN)
Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah membawa
kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan
Singapura. Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan
Laos (23 Julai 1997) dan Timur Leste.
Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan
mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Thailand bekerjasama
dengan negara-negara ASEAN dalam mewujudkan konsep ZOPFAN.
Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus konflik di
Kampuchea.
Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan keselamatan kawasan
ASEAN.
Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk
menjaga keselamatan negara ASEAN. Thailand juga menghulur bantuan kepada Kampuchea untuk
memajukan infrastrukturnya.
Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam konsep
ASEAN+3.

KESIMPULAN :

1. Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini.

2. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama
menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama

80

Anda mungkin juga menyukai