Anda di halaman 1dari 5

1.1.

1 Raja di Vietnam dan Thailand


BAHAGIAN B SEJARAH ASIA TENGGARA
1.MASYARAKAT
1.1 Institusi pemerintahan
1.1.1 Raja di Vietnam dan Thailand
Konsep dan peranan raja di Vietnam
l.l.l Raja
Sistem beraja merujuk kepada bentuk kerajaan yang wujud di
sesebuah negara. Pemerintah di sesetengah negara
menggunakan gelaran yang berbeza. Pemerintah Vietnam
menggunakan gelaran Maharaja manakala pemerintah Thailand
menggunakan gelaran Raja. Melalui sistem tersebut, raja atau
maharaja bertindak sebagai ketua pemerintah tertinggi dalam
negara, menguasai ekonomi negara,menggubal undang-undang,
mengetuai angkatan tentera, dan menjadi ketua agama.Raja atau
maharaja menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas
dalam susun lapis masyarakat.
Sistem raja dan maharaja diamalkan bertujuan untuk
memelihara keamanan, mengekalkan kemerdekaan, dan
menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
Institusi Raja di Vietnam
Konsep raja
Berbanding dengan pemerintah di Thailand, pemerintah
Vietnam menggunakan gelaran Maharaja. Sistem maharaja di
Vietnam agak sama dengan sistem maharaja yang diamalkan di
Tanah Besar China. Ini disebabkan kedudukan Vietnam yang
berdekatan dengan China. Antara tahun III S.M. sehingga 939
Masihi, Vietnam berada di bawah pemerintahan langsung China.
Maka secara tidak langsung, Vietnam menerima dan
mengamalkan kebudayaan, falsafah, dan ciri-ciri sosiopolitik
China.

Hubungan dan pengaruh China amat jelas dalam institusi


pemerintahan Vietnam. Vietnam akan menghantar utusan ke
Peking apabila berlaku pertukaran pemerintahan. Sebagai
contoh, pemerintah dari keluarga Nguyen diiktiraf oleh peking
sebagai maharaja. Maharaja-maharaja Nguyen daripada
Maharaja Gia Long sehingga Maharaja Thien-Tri menerima
mohor pelantikan daripada wakil Peking yang berada di Hanoi.
Hubungan Vietnam-China berterusan sehingga kepada
permohonan bantuan dan perlindungan. Pada tahun 1882,
Maharaja Tu Duc menghantar utusan diraja ke Peking memohon
bantuan apabila menghadapi masalah pencerobohan
Perancis.Vietnam menggunakan model pemerintahan China.
Contohnya, konsep politik China seperti mandat dari syurga dan
amalan dasar tutup pintu yang diterapkan dalam institusi
kemaharajaan Vietnam.

Peranan Maharaja
Politik
Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam
pemerintahan dan urusan keagamaan. Raja berperanan sebagai
ketua negara dan ketua pentadbir. Raja mempunyai sumber
autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja
dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk
memerintah sesebuah negara.

Raja akan melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat


diraja dan memberi mandat kepada untuk menjalankan
tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayani aduan
rakyat, meraikan duta-duta asing dan lain-lain hal
berkaitan pentadbiran. Politik dan pentadbiran raja
memperlihatkan ciri pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
yang kukuh.
Maharaja berada di puncak pentadbiran dan menjadi
tanggungiawab setiap maharaja dari Dinasti Nguyen untuk
mengekalkan sistem politik model China dan menentang
perubahan. Mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek
pentadbiran dan pemerintahan. Hanya maharaja sahaja yang
boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
Mentadbir dengan bantuan pembesar di peringkat pusat,
daerah, dan kampung.Selaras dengan model China, maharaja
dianggap sebagai thein-tu (anak tuhan/syurga), iaitu wakil tuhan
yang diberi mandat untuk memerintah. Berdasarkan konsep
model China, rakyat memberi kesetiaan yang tidak berbelah
bahagi kepada maharaja dan maharaja harus memerintah
masyarakat dengan adil dan saksama.

Bertindak sebagai ketua kerajaan dalam sistem birokrasi


dan dibantu oleh enam kementerian yang diketuai oleh golongan
Mandarin.Menjadi pengerusi Majlis Tertinggi yang dianggotai
oleh enam orang menteri kanan. Tugas majlis ini adalah untuk
memberi pandangan kepada maharaja berkaitan dengan hal
ehwal pentadbiran.Memelihara kedaulatan negara dan
mempertahankan negara daripada ancaman dalam atau luar
negara. Ini akan menjamin kedudukan maharaja kekal di puncak
kekuasaan.
EKONOMI
Menguasai semua bidang ekonomi, iaitu kegiatan pertanian,
tanah, hasil cukai negara, kegiatan perdagangan, dan
perlombongan. Berhak menentukan sistem sukatan, ukuran, dan
timbangan. Menduduki hierarki teratas dalam susun lapis
masyarakat. Mengetuai adat resam dan adat istiadat dalam
masyarakat. Menjadi pemimpin agama Buddha dan penaung
kepada golongan sangha Buddha.
SOSIAL
Menentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan
tenteram dan aman selaras dengan konsep mandat dari
syurga.Memainkan peranan selaras dengan kepercayaan umum
dalam kalangan masyarakat bahawa maharaja merupakan punca
ilmu dan kemakmuran ekonomi serta menjadi bapa kepada
rakyat. Maharaja bercita-cita untuk membawa imej ibu kota
negara China ke Asia Tenggara. Dengan ini, tumpuan utama
maharaja ialah terhadap bandar Hue. Bangunan utama di bandar
Hue berbentuk seperti istana di China. Hue dibentuk
seakan-akan bandar Peking dengan wujudnya Bandar Larangan,
Bandar Diraja, dan Bandar Ibu Kota. Semua bangunan dari segi
lokasi dan narna ditiru daripada bandar Peking. Misalnya, pintu
gerbang di sebelah selatan menuju ke Bandar Larangan diberi
nama Pintu Gerbang Puncak atau Ngd Mon.Pemberian nama
tersebut bertujuan untuk menghormati raja sebagai manusia
yang memiliki martabat yang tinggi di dunia.

KONSEP RAJA DI THAILAND


Raja-raja Thailand berasal dari Dinasti Chakri y.ang
menggunakan gelaran Rama. Raja-raja Chakri memegang
konsep raja berasaskan ajaran agama Buddha Theravada.
Mengikut ajaran ini, hak seseorang berasaskan akhlak dan
kebolehan peribadinya. Seorang calon yang ingin menaiki takhta
kerajaan Thailand tidak semestinya berasal dari dinasti yang
pernah memerintah.
Seorang calon yang memaparkan kuasa akhlak dan
kebolehan peribadi yang luar biasa boleh menaiki takhta. |ika
terdapat pemimpin lain yang memiliki kuasa akhlak yang lebih
tinggi, maka pemimpin tersebut berhak menaiki takhta secara
sah menggantikan raja yang sedang memerintah. Di Thailand,
raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh. Raja-raja Thailand
menggunakan gelaran Chao Phaendin (Yan Tuan Tanah) dan
Chao Chiwit (Yam Tuan Nyawa).
Raja dianggap suci dan memerintah berdasarkan konsep
dharma-raja dan perlu menghayati serta melakukan perlakuan
yang baik supaya dicontohi rakyat. Konsep dharma-raja menjadi
asas ikatan antara raja dengan ralryat. Raja yang memegang
kepada konsep tersebut dapat memerintah dengan berkesan serta
berjaya mengekalkan keamanan di istana. Terdapat kepercayaan
rakyat bahawa raja merupakan jelmaan dewa (dewaraja).
Konsep ini meningkatkan martabat dan kedudukan raja ke status
yang tinggi dan istimewa. Rakyat tidakboleh melihat wajah raja.
Adat menyembah. secara bersujud atau meniarap mesti
dilakukan semasa mengadap raja. Rakyat mesti merangkak
masuk dan meniarap. Apabila rombongan raja sampai di sesuatu
kawasan, rakyat mesti melarikan diri atau berada dalam keadaan
meniarap.

Simbol kebesaran raja Thailand dapat dilihat dari segi


pemilikan binatang suci, iaitu gajah putih. Gajah putih dianggap
sebagai tunggangan raja. Gajah putih merupakan simbol
kedaulatan sejagat dan pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib
yang dipercayai ada pada gajah putih. Rakyat dilarang
mengganggu atau menggunakan gajah putih. Sesiapa yang
ingkar akan ditangkap dan dihukum. Sesiapa yang dapat
menangkap dan menyerah gajah putih akan menerima hadiah
daripada raja.
Demi memperkukuhkan kedaulatan raja, Brahmin dilantik
sebagai penasihat agama. Abad ke-19 merupakan tempoh
kuasa-kuasa Barat meluaskan pengaruh mereka di fhailand.
Thailand telah terdedah kepada unsur Barat sejak termeterainya
Perjanjian Bowring pada tahun 1855. Perjanjian ini
membuktikan bahawa raja Thailand, iaitu Raja Mongkut telah
membuat perubahan terhadap konsep raja.

Raja Mongkut masih mempunyai kuasa mutlak tetapi


bersikap agak liberal terhadap kuasa Barat demi memelihara
kemerdekaan negara. Begitu juga dengan Raja Chulalongkorn
yang masih terikat kepada tradisi sistem beraja mutlak tetapi
demi kemerdekaan negara, beliau telah memperkenalkan
pemodenan.

Anda mungkin juga menyukai