Anda di halaman 1dari 54

1.

1 Institusi Pemerintahan
1.1 Institusi Pemerintahan Beraja dan Pembesar

Soalan 111: Huraikan konsep dan peranan raja di Vietnam dan Thailand pada abad ke-19

Pendahuluan

Raja Vietnam ditatabalkan oleh wakil Maharaja China. Jawatan ini diwarisi secara warisan oleh keluarga tertentu
seperti Nguyen, Tuc, dan Minh dan sistem beraja di Vietnam dipengaruhi oleh konsep mandate dari syurga dan
Confucianisme serta raja merupakan ketua negara dan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam
pemerintahan.
Raja Thailand merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja, iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di bumi
untuk memimpin manusia. Kepercayaan ini wujud kesan daripada pengaruh agama Hindu dan Buddha di
Thailand.

Isi-isi Penting

Peranan Raja di Vietnam


1. Pemerintahan dan Keagamaan

Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan keagamaan.
Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja merupakan sumber autoriti dan mempunyai
kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandate dari syurga atau tuhan untuk memerintah
sesebuah negara.

2. Dari Segi Ekonomi

Raja berkuasa penuh dalam bidang ekonomi dari segi penguasaan terhadap sumber ekonomi seperti tanah,
buruh, hasil pertanian, kegiatan perdagangan, perkhidmatan, dan aktiviti mengutip cukai.

3. Kehakiman dan Ketenteraan

Raja sebagai ketua hakim dan penggubal undang-undang. Raja berada di atas undang-undang dan tidak boleh
didakwa atas kesalahannya. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undang-undang. Maharaja
berkuasa mutlak dalam segala hal.
Raja juga berperanan sebagai ketua tentera atau ketua panglima tentera.
Peranan Raja di Thailand
4. Dari Segi Politik
Raja Thailand merupakan seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak dan menduduki hierarki tertinggi
dalam pemerintahan serta berkuasa melantik pembesar.
Mengikut konsep order kosmos, raja dan istana sebagai pusat kegiatan. Kuasanya tidak terbatas meliputi
keduniaan dan keagamaan sahaja.

5. Dari Segi Sosial

Raja Thailand bertindak sebagai pelindung dan lambing perpaduan yang menjadi pelindung kepada rakyat
daripada sebarang penganiayaan.
Raja dikenali sebagai Tuhan Kehidupan sesuai dengan konsep dhramaraja dengan pelbagai gelaran seperti Chaoi
Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin(Tuan Tanah) sehingga raja dianggap berkuasa memutus hidup dan
mati rakyat.

6. Dari Segi Ekonomi

Raja berkuasa dalam bidang ekonomi dan menguasai sumber ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian,
dan kegiatan perdagangan. Contohnya, raja berkuasa ke atas balak dan beras.
Raja melantik pembesar sebagai pegawai untuk menguruskan semua kegiatan ekonomi bagi pihaknya.
Penutup
Raja mengetuai kerajaan dan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki politik. Raja merupakan pemimpin
yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dengan tuhan.
Raja di Vietnam dianggap sebagai Thein-Tu (anak tuhan) manakala raja di Thailand dianggap sebagai devaraja,
iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia. Raja di Vietnam dan Thailand secara umumnya mempunyai
peranan dalam semua aspek seperti politik, ekonomi, dan sosial.

Soalan 112: Huraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam pada abad ke-19.

Pendahuluan
Sistem pemerintahan yang diamalkan dan diguna pakai di sesebuah negara adalah berasaskan sistem
kerajaan.Kerajaan berperanan untuk menggubal dasar-dasar negara serta membuat keputusan untuk rakyat yang
diwakili.Kerajaan diketuai oleh seorang raja dan dibantu oleh para pembesar.
Pembesar memainkan peranan yang penting untuk memastikan segala urusan pentadbiran,ekonomi dan sosial
sesebuah negara berjalan lancar bersesuaian dengan arahan daripada raja.Pembesar mempunyai kuasa tertentu
namun terbatas mengikut keperluan dan kehendak raja.
Isi-isi penting:

Konsep Pembesar
Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan
melaksanakantugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya sebelum kemasukan pengaruh
Barat.Negara Asia mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan disokong oleh sistem pembesar.
Kumpulan pembesar inilah yang melaksanakan tugas-tugas pemerintahan. Kedudukan pembesar sangat penting
dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja dalam hierarki pemerintahan. Pengagihan
tugas kepada pembesar tidak menjejaskan kuasa mutlak raja atau maharaja kerana mereka hanya mempunyai
kuasa yang terhad dan melaksanakan tugas mengikut apa yang telah diarahkan raja.
Hierarki Pembesar

Pembesar Mandarin
Mereka mengetuai setiap peringkat pentadbiran terutama semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.Golongan
Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem yang diamalkan di China.Golongan Mandarin yang mendapat
pendidikan Confucius yang baik adalah yang paling layak untuk menjadi pegawai pentadbiran,mereka akan
mengetuai Quan atau kementerian.Golongan ini juga sangat berpengaruh kerana mereka melaksanakan tugas-
tugas maharaja,mendapat sokongan,sanjungan dan dihormati rakyat,penegak keadilan pentafsir undang-undang
dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.
Majlis Tertinggi (Noi-cac)
Majils ini dibentuk dan dipengerusikan oleh maharaja.Baginda akan diantu oleh enam kementerian iaitu Hal
Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan Peperangan.Quan Hal Ehwal Awam
mempunyai kedudukan yang paling tinggi berbanding Quan ynag lain.
Mereka bertangungjawab dalam memberikan pandangan kepada maharaja dalam semua hal yang bekaitan dengan
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.Majlis ini juga merupakan forum unuk menyelesaikan perkara-perkara
yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.
Peringkat Daerah/Kampung
Pembesar peringkat daerah berperanan untuk mengutip cukai,menjalankan upacara keagamaan dan adat
istiadat,mengambil dan melatih tentera serta dalam bidang kehakiman.Manakalan pembesar peringkat
kampung(komun) bertindak sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.Pembesar peringkat komun
terdiri daripada Majlis Orang Tua.
Peranan Pembesar
Peranan pembesar adalah berdasarkan kepada peringkat atau bahagian yang disusun mengikut tugasan
tertentu.Pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan jabatan yang dipegangnya.Pembesar
bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memastikan jawatannya kekal.
Pembesar kanan(Quan)-bertanggungjawab menasihati dan membantu maharaja dalam membuat keputusan.
Pembesar pusat bertanggungjawab di ibu kota.
Kerajaan dan istana mereka bertanggngjawab mengetuai sesebuah jabatan seperti jabatan jabatan
peperangan,kehakiman dan percukaian.
Penutup
Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan tugasan yang
diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar bukan sahaja bertangunggjawab secara terus kepada
raja tetapi juga pengikutnya.Peranan pembesar sememangnya amat penting untuk memastikan sistem
pentadbiran Vietnam berjalan lancar dan teratur.

Soalan 113: Bandingkan sistem pembesar di Vietnam dan Thailand pada abad ke-19
Pendahuluan
Sistem pembesar di Vietnam dan Thailand diwujudkan untuk membantu raja/maharaja dalam melaksanakan
tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting dalam sistem politik Thailand dan
Vietnam. Menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat.
Raja/maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongsn pembesar di peringkat pusat, daerah dan
kampung.Raja/maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dalam politik, ekonomi dan sosial
dalam raja/maharaja. Mempuyai tugas tertentu.

Isi-isi Penting:

Persamaan
Vietnam mempunyai hierarki pembesar. Begitu juga di Thailand terdapat hierarki pembesar, iaitu pembesar
peringkat pusat dan peringkat daerah.
Pembesar di vietnam membantu maharaja dalam urusan di peringkat pusat, daerah dan kampung dan
melaksanakan tugas yang diberikan oleh maharaja. Manakala di Thailand, pembesar menjalankan tugas yang
diberikan oleh raja.
Pembesar di Vietnam dan Thailand menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem pemerintahan.
Perbezaan
Vietnam menggunakan gelaran maharaja. Manakala di Thailand, menggunakan gelaran raja.
Vietnam tidak mempunyai pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan. Manakala di Thailand pula,
pembesar terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan yang dikenali sebagai khunnang. Jawatan
khunnang adalah diwarisi.
Di Vietnam, kedudukan dan kuasa pembesar terletak pada golongan bangsawan (Quan) yang merupakan
golongan sarjana berpendidikan Confucius dan mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan.
Setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandrin(Quan) dengan syarat mendapat pendidikan tinggi
Confucius. Berbeza dengan Thailand, pembesar ini tidak terbuka kepada golongan rakyat. Rakyat biasa tidak
terlibat dalam sistem pemerintahan walaupun mempunyai kelayakan. Hanya putera-putera raja memegang
jawatan seperti Menteri.
Golongan Mandrin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan Vietnam dan dipengaruhi oleh sistem pentadbiran
Tanah Besar China.
Kesimpulan
Kedatangan Barat menyebabkan perubahan dalam peranan pembesar di Vietnam dan Thailand. Golongan
Mandrin di Vietnam kehilangan kedudukan dan kuasa, diambil alih oleh golongan berpendidikan Barat.
Thailand tidak dijajah tetapi pemodenan dalam sistem pentadbiran sedikit banyak telah mengubah peranan
pembesar tradisional.

1.2 Sistem Sosial


1.2 Sistem Sosial

Soalan 114: Jelaskan konsep dan susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19M.

Pendahuluan

Susun lapis masyarakat Vietnam dibentuk melalui sistem feudal yang diambil dari China dan pengaruh ajaran
agama Confucius.
Susun lapis masyarakat Indonesia pula semakin jelas dan tersusun selepas kemunculan kerajaan islam di
Sumatera dan Pulau Jawa.
Isi-isi penting

Konsep Masyarakat

Masyarakat Asia Tenggara mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal.
Sistem sosial masyarakat Asia Tenggara terdiri daripada golongan pemerrintah dan golongan diperintah.
Golongan pemerintah merangkumi raja dan bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat
biasa.
Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara terutama di Vietnam dan Indonesia menunjukkan
pembahagian lapissan masyarakat yang jelas antara golongan yang memerintah dan diperintah. Masyarrakat
Vietnam dan Indonesia mengalami perubahan yang besar apabila kedudukan golongan yang memerintah
semakin lemah dan hilang kuasa akibat pengenalan sistem pentadbiran Barat setelah berlakunya imperalisme
pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Susun lapis masyarakat Vietnam

1. Maharaja

Maharaja berada pada kedudukan yang paling atas dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan berkuasa mutlak.
Maharaja mewarisi takhta secara warisan mengikut keluarga atau dinasti seperti Nguyen dan Tuc. Maharaja
diwajibkan mendapat pendidikan confucius yang baik. Maharaja dianggap suci dan sering dikaitkan dengan
ajaran Buddha serta perlu ditaati. Baginda dianggap Anak Syurga yang mendapat mandat untuk memerintah
daripada Tuhan.
Kebijaksanaan maharaja akan menentukan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, sekiranya seseorang maharaja
mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka tindakan itu akan memberi kesan kepada negara.

2. Golongan Cendekiawan (Mandarin/Quan)

Golongan Mandarin mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam kerana
merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas maharaja. Golongan Quan
atau Mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran Confucius.
Golongan Mandarin merupakan perantara maharaja dengan rakyat seperti menyampaikan maklumat atau perintah
maharaja kepada golongan bawahan. Mereka juga bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan rakyat
dan keamanan negara serta mengetuai upacara keagamaan Buddha di Pagoda. Quan ditugaskan mengetuai
kementerian seperti kementerian kewangan dan kementerian kehakiman.

3. Rakyat

Dalam struktur susun lapis masyarakat Vietnam, golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa dan petani.
Meskipun golongan ini mewakili kumpulan terbesar ddalam susun lapis masyarakat Vietnam namun mereka
tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan. Rakyat biasa yang pandai dan berpengetahuan dalam ajaran
Confucius dengan mendalam berpeluang menjadi pegawai tinggi awam atau kerajaan. Ini membuktikan mobiliti
sosial wujud dalam sistem sosial di Vietnam. Rakyat biasa juga melakukan aktiviti seperti menenun kain atau
menghasilkan tembikar.
Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling bawah tetapi dipandang tinggi dalam masyarakat kerana
peranannya membekalkan makanan kepada penduduk. Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu
mananam padi sawah.

Susun Lapis Masyarakat Indonesia

Struktur masyarakat di Acheh

1. Sultan

Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosila masyarakt Acheh.Sultan Acheh merupakan ketua
agama Islam dan menjadi pelindung kepada masyarakat Acheh.
Sultan mengetuai kerajaan dan bertanggungjawab menyatukan rakyat, memakmurkan negara dan menjamin
keselamatan negara. Sultan Acheh berkuasa mutlak dengan memerintah seluruh negara dan keseluruhan jajahan
takluknya.

2. Kerabat Diraja
Menduduki kedudukan kedua selepas sultan dalam hierarki sosila masyarrakat Acheh.
Kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.

3. Pembesar/Uleebalang/Golongan Bangsawan/Ulama

Pembesar atau Uleebalang mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting dalam hierarki sosial di Acheh kerana
mereka merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan. Mereka menggunakan gelaran Teuku.
Golongan bangsawan pula terbahagi kepadda dua, iaitu yang terdiri daripada kerabat diraja atau bukan kerabat
diraja.
Ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Ulama mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat dan dihormati kerana ketinggian ilmunya dan sering menjadi rujukan kepada masyarakat setempat.
Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.

4. Rakyat

Rakyat menduduki kedudukan paling bawah dalam hisrarki sosila masyarakat Acheh. Rakyat terdiri daripada
pelbagai lapisan masyarakat kelas rendah.
Rakyat menjadikan aktiviti pertanian dan kelautan sebagai pekerjaan utama seperti petani, nelayan, pelayar dan
pedagang.

Struktur masyarakat di Pulau Jawa

1. Sultan

Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau Jawa seperti Sultan
Aagong. Sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah dan jajahan takluknya.
Sultan merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan agama Islam melalui penaklukan dan peluasan
kuasa. Baginda dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, berdaulat serta tidak boleh diderhaka. Sultan
juga dianggap Khalifah Allah di muka bumi dan pemimpin bagi umat Islam

2. Priyayi atau Bangsawan

Priyayi menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata.Hubungan antara golongan bangsawan dan petani
adalah rapat dan bersepadu. Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat jawa.
Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Priyayi sangat dihormati dan
dipercayai oleh rakyat. Golongan Priyayi berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua adat tempatan
(Bupati).

3. Golongan Rakyat

golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan. Mereka bercucuk
tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi.
Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan
menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan.

Penutup

Raja masih merupakan tonggak dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia kerana terikat dengan
sistem feudal yang diamalkan.
Kemaraan kuasa Belanda di Indonesia dan Perancis di Vietnam telah mengubah susun lapis masyarakat di
kedua-dua negara.

1.3 Sistem Ekonomi


1.3 Sistem Ekonomi

Soalan 115: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19
M.

Pendahuluan

Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan sistem ekonomi sara diri
yang menjadikan pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di Vietnam dan
Indonesia menunjukkan kebergantungan yang kuat antara pemerintah dan yang diperintah.
Bersifat kecil-kecilan dan hanya untuk menampung keperluan sekeluarga sahaja.

Isi-isi penting

Ciri-ciri ekonomi
Vietnam

1. Menjalankan pertanian sara diri

Sara diri, hanya untuk menampung keperluan bekalan makanan keluarga mereka sahaja. Tanaman utama adalah
sawah padi juga tanaman yang lain seperti ubi keledek, jagung, kekacang, dan buah-buahan.
Hasil yang lebih ditukar kepada barang keperluan yang lain.

2. Teknologi pertanian yang lama digunakan

Petani bergantung kepada sistem parit dan tali air untuk mengawal banjir dari Sungai Song Koi dan lebihan air
dari delta digunakan untuk mengairi kawasan kering. Sistem tali air membolehkan petani untuk menanam padi
dua kali setahun di kawasan Delta Sungai Song Koi manakala keadaan berbeza di Delta Mekong akibat taburan
hujan yang kurang menyebabkan petani hanya menanam padi setahun sekali.
Teknik kawalan air dan penggunaan sistem roda yang dikendalikan oleh binatang yang diambil dari China.

3. Tanah dikuasai oleh Tuan Tanah yang kaya


Petani kekal miskin kerana Tuan Tanah MENGUASAI kegiatan pertanian dan hasil pertanian dikuasai oleh
Tuan Tanah. Petani yang menyewa tanah ditindas oleh Tuan Tanah mereka.
Hasil pengeluaran setiap kampung terhad untuk keperluan sendiri. Selain aktiviti pertanian, penduduk
mengusahakan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang.

Indonesia

1. Bersifat sara diri

Kegiatan sara diri seperti pertanian, merupakan kegiatan utama di Indonesia. Selain itu, perikanan, memungut
hasil hutan, berburu, perlombongan, dan perdagangan secara kecil-kecilan turut dijalankan. Terhad dan untuk
keperluan keluarga sahaja.
Lebihan hasil akan ditukarkan untuk mendapatkan keperluan asas yang lain.

2. Menggunakan peralatan yang mudah dan tradisional

Aktiviti sara diri hanya menggunakan peralatan tradisi seperti cangkul, bajak dan tenggala yang ditarik oleh
kerbau atau lembu untuk membajak tanah. Hasil yang diperoleh amat sedikit dan hanya mampu menampung
keperluan keluarga.
Penanaman padi secara tradisional yang dijalankan Pulau Jawa (Karawang dan Cianjur), Bali, Madura, dan
Sulawesi.

3. Hasil hanya mencukupi untuk keperluan sendiri

Padi Bukit dan Padi Sawah ditanam secara kecil-kecilan. Tidak mendapat pulangan yang banyak kerana tidak
menggalakkan kegiatan secara besar-besaran.
Penggunaan alat yang mudah dan ringkas seperti tajak, cangkul dan sebagainya.Buruh terdiri daripada ahli
keluarga sahaja.

Penutup

Negara Vietnam dan Indonesia mempunyai sedikit persamaan.


Ekonomi sara diri hanya bersifat kecil-kecilan dan tidak menggalakkan aktiviti secara besar-besaran. Bersifat
terbatas dan mempunyai terhad.

Soalan 116: Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19

Pendahuluan
Ekonomi komersial mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan dan
pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Penglibatan
masyarakat tempatan dalan kegiatan ekonomi bercorak komersial dikatakan telah pun bermula sejal abad ke-15,
namun kegiatan ekonomi komersial sejak kemunculan Melaka sebagai pusat perdangan dan beberapa buah
bandar pelabuhan yang lain.
Pelbagai jenis ekonomi komersial diperkenalkan seperti peneneman padi, kopi, dan buah pala, perlombongaan
bijih timah dan arang batu serta aktiviti pembalakan dengan megetepikan tanaman tradisional seperti penanaman
padi.
Isi-isi Penting:

Konsep Ekonomi Komersial

Isi-isi Penting:

Kegiatan Pertanian Dijalankan secara Besar-besaran.


Vietnam menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran terutama tanaman komersial seperrti padi dan
getah. Dalam penanaman padi, Vietnam menghasilkan daripada pengeluaran beras dunia.
Kawasan penanaman padi yang utama di kawasan Delta Sungai Merah (song-koi) dan Delta Mekong di selatan.
Dalam pengeluaran getah pula, Vietnam merupakan pengeluran ketiga terbesar getah dunia.
Sistem Pengairan yang Baik
Kegiatan penanaman padi secara komersial dapat dilaksanakan kerana wujudnya sistem pengairan yang baik.
Petani menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh orang cina ke vietnam. Selain itu, sistem kawalan
air yang baik melalui pembinaan benteng. Sistem ini telah berjaya menghalang limpahan air hujan dari sungai
song-koi ke kawasan pertanian.
Oleh itu, kegiatan penanaman dapat dijalankan secara meluas seperti di wilayah Tonkin dan Annam. Penanaman
padi dua kali setahun juga dapat dijalankan dengan adanya pengaiaran yang baik. Contahnya seperti di wilayah
Tonkin.
Pelabuhan Modal yang Banyak.
Kegiatan pertanian secara komersial dibantu oleh keupayaan modal yang banyak. Saudagar Cina dan Eropah
menguasai kegiatan mengeksoprt beras kerana golongan ini menguasai sebahagian besar tanah untuk
diusahakan secara ladang.
Petani Vietnam yang berkerja untuk golongan ini di sawah akan menanam jagung dan ubi kayu sebagai tanaman
makanan secara bergilir.

Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia

Menanam Tanaman Eksport.


Bermula apabila Belanda memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa pada tahun 1830. Petani dipaksa
menamansebahagian daripada tanahnya dengan tanaman eksport atas arahan kerajaan dan memperolehi
pendapatan daripada cukai tanah.
Hasil tanaman eksport dikumpul dan diuruskan oleh pedagang-pedagang Belanda menggunakan kapal milik
Belanda dan dijual di pelabuhan-pelabuhan Belanda.
Pengenalan Sisten Ekonomi Wang
Pengenalan sisten ekonomi wang berlaku terutama kesan daripada perkembangan industri gula di indonesia. Ini
menggalakkan pelabur asing untuk membuka ladang bagi manaman tanaman eksport
Penggunaan wang sebagai upah kepada petani dan buruh yang bekerja oleh penguasa ladang atau kilang telah
menggalakkan perkembangan ekonomi kemersial di indonesia.
Penguasaan Ekonomi oleh Penguasa Cina dan Eropah.
Belanda membuat perjanjian kepada penguasa Cina dan Eropah untuk memungut hasil tanaman bagi pihak
Belanga dengan harga yang telah ditetapkan. Belanda telah memonopoli tanaman kopi apabila mewajibkan
semua hasil kopi dijual pada Belanda dengan kadar yang telah ditetapkan.
Undang-undang Pertanian De waal telah diperkenalkan bagi membolehkan pemodal dan pengusaha swasta bebas
menyewa tanah daripada penduduk tempatan mengikut perjanjian jangka pendek dengan syarat-syarat tertentu.
Pengenalan Ekonomi Pasaran Bebas atau Laissez-faire
Pengenalan ekonomi pasaran bebas atau laissez-faire telah meggalakkan kemasukan pelabur Barat ke Indonesia
dengan membuka kilang dan ladang bagi tujuan komersial tanpa campur tangan daripada kerajaan Belanda.
Belanda mendapatkan hasil daripada cukai dan duti eksport yang dikenakan laissez-faire telah menyebabkan
penguasaan syarikat-syarikat Belanda di indonesia.
Penutup;
Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan sistem ekonomi sara diri
yang menjadi pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi komersial di vietnam dan Indonesia
menentukan kejayaan rakyat dalam aspek ekonomi.
2.1 Perluasan Kuasa Asing
2.1 Perluasan Kuasa Asing

Soalan 117: Huraikan faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di negara-negara Asia
Tenggara?

Pendahuluan
Abad ke 19 merupakan zaman imperialisme Barat. Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain
telah memengaruhi kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan di Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah
dan pasaran.

Faktor ekonomi memang penting dalam mempengaruhi kuasa-kuasa barat campur tangan di Asia Tenggara tetapi
faktor-faktor lain juga penting.

Isi-isi Penting:

Faktor Ekonomi

Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke 19 telah menyebabkan kepesatan sektor perkilangan. Ini
menyebabkan peningkatan permintaan kepada bahan mentah. Produk dan hasil perkilangan telah menyebabkan
pasaran yang lebih besar diperlukan bagi memasarkan barangan tersebut.

Asia Tenggara dijadikan sebagai pembekal sumber bahan mentah kepada keperluan ekonomi Eropah dan tempat
pasaran kepada hasil-hasil perkilangan mereka. Asia Tenggara mampu memberikan kekayaan kepada mereka
kerena kawasan ini kaya dengan bahan-bahan mentah seperti bijih timah, getah asli, kayu jati, rempah ratus, teh,
gula dan sebagainya. Sebagai contoh: British berminat dengan Myanmar kerana perdagangan kayu jatinya.

Vietnam dijadikan sebagai pasaran barangan Perancis serta mendapatkan bahan-bahan mentah dari Timur untuk
kegunaan industrinya di Perancis. Di Filipina, kemajuan dalam perusahaan mengilang tebu serta terciptanya
mesin memproses tebu telah membawa kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini telah secara
tidak langsung membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina untuk mendapatkan tebu.

Faktor Politik

Masyarakat Barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan
bangsa lain. Keunggulan martabat ini dibuktikan dengan jumlah tanah jajahan yang dimiliki oleh mereka.
Semakin banyak tanah-tanah jajahan, semakin tinggi martabat mereka di kalangan kuasa-kuasa lain. Keadaan ini
telah menyebabkan Barat ingin membentuk empayar yang besar dan muncul sebagai kuasa dunia.

Kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap musuh mereka dalam persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan
antara kuasa-kuasa Barat besar seperti Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.
Dasar British yang bercampur tangan di Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa asing lain terlebih
dahulu menguasai Tanah melayu tersebut. Kebimbangan kuasa Perancis di Myanmar telah juga mendorong
British menjalankan dasar imperialisme secara agresif ke atas Myanmar.

Faktor Kebudayaan dan Peradaban


Kuasa-kuasa Barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang Barat lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa
lain. Inilah yang disebut oleh orang British sebagai white mans burden.

Campur tangan Barat juga bertujuan menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk pribumi di Asia
Tenggara.

Perkembangan Sistem pengangkutan dan perhubungan

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan menambahkan lagi minat kuasa-kuasa Barat terhadap
dasar imperialisme di Asia Tenggara. Perkembangan sistem perhubungan laut seperti terciptanya kapal berkuasa
wap perjalanan laut menjadi lebih cepat, selamat, dapat membawa muatan lebih dan kos pengangkutan jadi
lebih rendah. Pembukaan Terusan Suez 1869 telah meningkatkan lagi dasar imperialisme terhadap
Asia Tenggara. Terusan ini memendekkan masa perjalanan, urusan perdagangan dan kos dapat dijimatkan.

Ciptaan telegraf mempercepat urusan perniagaan pedagang Eropah dan ejen-ejennya di kawasan Asia Tenggara.

Kesimpulan

Kesan perkembangan pesat Revolusi Perindustrian dan kepentingan ekonomi telah mendorong campur tangan
Barat di Asia Tenggara.

Namun, kepentingan politik, kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga penting.

Soalan 118: Bincangkan faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19

Pendahuluan

Perluasan kuasa merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan
bagi menguasai politik dan ekonomi ke atas negara lain.

Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan
secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke
atas bangsa dan masyarakat yang lain.

Isi-isi Penting:

Faktor ekonomi

Keperluan untuk memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus dan teh telah mendorong Belanda
menjalankan dasar peluasan tanah jajahan di Timur. Perkembangan Revolusi Industri di Eropah pada tahun
1800 terutama di Belanda menyebabkan keperluan terhadap bahan mentah yang banyak, murah, dan berterusan
bagi keperluan kilang mereka di Eropah.
Perkembangan industri juga mewujudkan persaingan antara negara-negara Eropah yang lain.

Faktor perkembangan teknologi perindustrian

Bijih Timah. Merupakan eksport utama Indonesia terutama di Pulau Bangka, Pulau Belitung, dan Palembang.
Permintaan tinggi terhadap bijih timah di Eropah didorong oleh perkembangan industri mengetin.Disebabkan
pengeluaran bijih timah di Eropah yang tidak dapat memenuhi permintaan, keadaan ini telah memaksa mereka
beralih ke Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah.

Petroleum. Penciptaan kereta bermotor, mesin berjentera, dan kapal terbang yang memerlukan petroleum
sebagai bahan api telah menyebabkan permintaan terhadap petroleum melambung tinggi. Indonesia menjadi
pilihan Belanda kerana, Kaya dengan pelbagai jenis galian seperti bijih timah, bijih besi, emas, dan petroleum,
Iklim yang sesuai dan tanah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit,
padi, dan tebu danKaya dengan pelbagai hasil hutan seperti rotan, kayu jati, dan damar.

Faktor Politik

Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menjamin keselamatan nasional dan kekuatan
ketenteraan bagi melindungi kepentingan tanah jajahan mereka.

Belanda memperluaskan kuasanya di Indonesia kerana bimbang pengaruh British di Tanah Melayu akan
mengancam kepentingannya.

Kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan

Telah meningkatkan minat kuasa Barat untuk menjalankan dasar peluasan kuasa ke atas negeri lain.

Kemajuan dalm perhubungan laut berlaku setelah terciptanya kapal berkuasa wap. Penciptaan sistem
pengangkutan ini telah mendorong dan mempercepatkan dasar peluasan kuasa Barat di Asia Tenggara.

Cara Peluasan Kuasa Belanda di Indonesia

Peluasan kuasa semasa Marshal Daendals di Pulau Jawa (1808-1811)

Marshal Daendals ditugaskan untuk menyusun semula pentadbiran Belanda di Pulau Jawa, mengadakan
pembaharuan serta mengukuhkan. Dasar pentadbiran: Pentadbiran Belanda berpusat di Betawi, Pulau Jawa
dibahagikan kepada 5 bahagian dan 38 buah daerah dan Pembesar tempatan dilantik sebagai wakil raja yang
dibayar gaji sebagai pegawai Belanda dan berpangkat tentera.

Dasar ketenteraan. Pertahanan di Pulau Jawa diperkukuhkan melalui penubuhan angkatan tentera laut di Selat
Sunda, Timur Surabaya, dan Pulau Madura. Jalanraya diperbaik dan dibina bagi memudahkan operasi
ketenteraan. Kilang senjata dan peluru juga dibina di Surabaya dan Semarang.

Campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan: Belanda menyerang dan memusnahkan kota Bantam kerana
keenggganan sultan Bantam menghantar buruh ke Betawi, Sultan Bantam dibuang ke Pulau Ambon manakala
menterinya dibunuh dan Tindakan Sultan Amangkubuwono II, iaitu Sultan Jogjakarta yang bersekutu dengan
British bagi memperkukuhkan tenteranya turtu menimbulkan kebimbangan Belanda.

Peluasan Kuasa Belanda semasa De Bus de Gisignes (1825-1830)


Perang Jawa (1825-1830) berlaku akibat perasaan tidak puas hati Diponegoro. Putera kerajaan jogjakarta
terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capellan di Pulau Jawa.

Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya menguasai Banjumas, Bangelan, Madiun dan Kendiri yang
sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta.

Melalui Campur Tangan dalam Hal Ehwal Tempatan dan Perjanjian

Perkembangan kegiatan perlombongan arang batu di Banjarmasin dan timur Pulau Kutai menyebabkan
berlakunya perang antara Belanda dan Sultan Banjarmasin antara tahun 1859-1863. Pemerintahan Bugis di
Sulawesi juga sering berlaku huru-hara akibat perang menentang Boni pada tahun 1858 dan 1859 yang
membawa kepada campur tangan Belanda.

Pada tahun 1858, pemerintah Deli, Serdang, Langkat dan Assahan telah membuat perjanjian dengan Belanda.

Melalui Penaklukan

Pada tahun 1856, Belanda menakluk jajahan Lampung, jajahan Batak (1857), dan Bangkahulu (1868). Belanda
menguasai Acheh melalui serangan yang dilancarkan pada tahun 1873-1899. Belanda berjaya menamatkan
tentangan daripada pembesar tempatan dan menguasai Acheh sepenuhnya.

Pada tahun 1894, Belanda menguasai Lombok.

Penutup

Faktor perluasan kuasa asing di Belanda terdiri daripada faktor ekonomi, faktor perkembangan teknologi
perindustrian, faktor politik dan kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengankutan.

Cara yang digunakan untuk memperluaskan kuasa ialah semasa Marshal Daendals ditugaskan unutk menyusun
pentadbiran di Pulau Jawa dan juga melalui campur tangan dalam hal ehwal tempatan dan perjanjian.

Soalan 119: Bincangkan faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19

Pendahuluan

British meluaskan kuasanya terhadap myanmar peringkat demi peringkat bermula dengan perang inggeris-
myanmar I (1824-1826), perang-inggeris-myanmar II (1852-1853) dan perang inggeris-myanmar III (1885).

Isi-isi penting

Faktor-faktor Peluasan kuasa asing

Masalah sempadan arakan


Raja bodawpaya menakluki arakan pada tahun 1784, menyebabkan myanmar mempunyai sempadan yang sama
dengan british di wilayah chittagong

Pada 1811, masalah sempadan arakan menjadi rumit apabila seorang pemimpin pemberontakan arakan iaitu chin
byan menyerang arakan dari pangkalannya di chittagong dan menawan mrohaung

Ancaman perancis

Sewaktu british berperang dengan perancis di india pada tahun 1782, perancis telah mengambil kesempatan
menghantar wakilnya, laksamana de suffren dan charles castleneau de bussy ke india selatan bertujuan untuk
menegakkan semula kekuasaannya di india

Usaha british ini sangat membimbangkan british. Perancis merancang mempergunakan myanmar sebagai tapak
untuk menyerang british di india memandangkan kedudukan myanmar berhampiran denga india

Penentangan kebudayaan

Hubungan antara british dengan myanmar menjadi renggang kerana perbezaan kebudayaan

Rakyat myanmar menganggap kebudayaan mereka tinggi dan hanya menjalin hubungan diplomatik dengan raja
england

Cara perluasan

Perang inggeris-myanmar I

Dasar perluasan kuasa myanmar di bawah raja bodawpaya

Masalah pelarian arakan di chittagong

Kepentingan perdagangan british di myanmar

Dasar perluasan kuasa raja bagyidaw dan jeneral maha bandula

Perang inggeris-myanmar meletus pada tahun 1824 dan tamatkan dengan perjamjian yandabo. Myanmar
kehilangan arakan dan tanasserim

Perang inggeris burma II

Putusnya hubungan diplomatik antara myanmar dengan british

Raja tharrawaddy enggan mengiktiraf syarat-syarat perjanjian yandabo

Tuduhan keatas kapten sheppard dan lewis melakukan pembunuhan dan penipuan

Pergolakan politik mengancam kepentingan perdagangan british di myanmar

Gabenor pego, maung menganiayai rakyat di rangoon

Perang inggeris-burma III

Dasar luar raja mindon min yang berhubung dengan perancis dan itali. British bimbang perdagangan mereka
tergugat

Masalah hubungan diplomatik. Raja mandon min berasa terhina kerana tidak boleh berhubung terus dengan
london. Beliau hanya boleh mengadakan hubungan diplomatik dengan wizurai india sahaja

Kerajaan british menggalakkan imperialisme ke atas myanmar.


Penutup

Keinginan untuk mendapat konsesi perdagangan dan sumber Kayu jati selain mencari jalan ke bhamo untuk
perdangangan china mendorong perluasan kuasa british. Istana mynmar bersikap konservatif dan sangat
berpengang kepada adat tradisi menanggalkan kasut apabila menghadap raja. British tidak senang dengan adat
tersebut

Mynmar mengalami perubahan politik, sosial, dan ekonomi akibat perluasan kuasa british.

Soalan 120: Bincangkan Peristiwa-Peristiwa (faktor-faktor) Yang Telah Mencetuskan Perang Ing-
Myanmar I Pada 1824-1826

Pengenalan

Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting dalam sejarah moden Myanmar. Ia tidak
sahaja merupakan peperangan yang pertama dengan kuasa asing (Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik
peralihan bagi negeri Myanmar. Kekalahan Myanmar dalam peperangan itu memberi satu pengajaran bahawa
negeri itu tidak boleh merasa bongkak dan mereka merasa dirinya lebih kuat dari negeri lain.

Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa negara-negara Barat mempunyai kelebihan dalam peperangan moden.
Selain itu, negeri Myanmar terpaksa menamatkan dasar tutup pintu (isolasi) yang telah dijalankan begitu
lama. Terdapat pelbagai peristiwa penting yang telah mencetuskan peperangan antara dua negara ini.

Isi-isi Penting:

1. Dasar meluaskan wilayah

Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti Konbaung pada tahun
1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula
Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga
membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak
Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas. Raja Arakan
bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke
Myanmar. Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas Siam tetapi gagal.
Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai dan itu pun dapat diusir oleh Siam.

Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala.
Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur
dan Assam.

2. Masalah orang pelarian Arakan

Pada tahun 1874, Raja Bodawpaya bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa dengan cara menyerang dan
menakluki Arakan yang bersempadan dengan wilayah Chittagong yang berada di bawah penguasaan British di
India. Ini menyebabkan sempadan Arakan-Chittagong menjadi tidak stabil kerana orang-orang pelarian Arakan
telah bertindak memasuki wilayah Chittagong dan menjadikannyapusat pergerakan tentera mereka untuk
menentang pemerintahan Raja Bodawpaya

Pelarian Arakan bertindak melancarkan pemberontakan tetapi Berjaya dihapuskan oleh Bodawpaya. Akibatnya
pelarian Arakan melarikan diri ke Chittagong

3. Pemberontakan oleh Chin Byan


Pelarian Arakan di bawah pimpinan Ngo Than Deed an Chin Byan telah melakukan pemberontakan di Arakan
dan Tanesserim pada tahun 1794 dan 1811 bagi menentang pemerintahan Bodawpaya yang zalim.

Tindakan Chin Byan mendirikan sebuah pangkalan tebtera di Chittagong telah dibantah oleh Raja Bodawpaya
dan menuduh British member bantuan kepada Vhin Byan untuk menyerang Myanmar. Usaha British untuk
meyakinkan Myanmar bahawa British tidak member bantuan telah gagal

4. Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik

Antara tahun 1795-1811 pihak British telah menghantar beberapa utusan ke Myanmar seperti Michael Symes dan
John Canning untuk menyelesaikan masalah sempadan Arakan, Chittagong, perluasan kuasa Perancis dan
perdagangan. Kesemua utusan ini gagal disebabkan oleh keangkuhan tentera Myanmar dan syak wasangka
kedua-dua pihak

Residen-Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Sir Hiram Cox dan John Canning terpaksa pulang ke
India akibat layanan buruk yang diberikan istana Myanmar. Myanmar juga enggan menjalinkan hubungan
langsung dengan Gabenor Jeneral British di India yang dianggap tidak setaraf dengan Raja Myanmar. Akibatnya
hubungan diplomatic antara Myanmar dan British terputus

5. Campur tangan Myanmar di Assam

Pada tahun 1819 Raja Bagyidaw iaitu cucu Bodawpaya telah menaiki takhta. Baginda bertindak menjalankan
dasar perluasan kuasa ke atas negara India akibat pengaruh Jeneralnya iaitu Jeneral Maha Bandula. Pada tahun
1820, beliau menyerang wilayah Assam manakala pada 1821 telah menyerang Chachar. Raja Manipur telah
melarikan diri dan mendapat perlindungan di wiayah Chachar. Raja Chacahr meminta bantuan daripada British.
British telah bertindk mengisytiharkan Cahchar sebagai wilayah naungannya. Ini menimbulkan kemarahan Raja
Bagyidaw dan beliau telah menyerang dan menakluki Pulau Shapuri pada tahun 1823. Pada tahun 1824 Raja
Bagyidaw telah menyerang dan menakluki Chachar dan bersedia menyerang Chittagong

Gabenaor Jeneral British di India iaitu Lord Amherst bertindak mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada 5
Mac 1824. Perang tamat pada 27 Feb 1826 dengan termetrainya Perjanjian Yandabo antara kedua pihak

Kesimpulan

Keenganan Myanmar untuk menjalinkan hubungan dengan Inggeris telah membawa kepada meletusnya Perang
Inggeris Myanmar pada tahun 1824. Perjanjian Yandabo yang ditandatangani pada 24 Feb 1826 bagi
menamatkan perang ternyata memihak kepada Inggeris. Perjanjian ini dianggap menjatuhkan maruah orang
Myanmar kerana terpaksa menerima konsep persamaan taraf.

Melalui perjanjian ini juga, Inggeris telah berjaya mengambil alih wilayah Myanmar Hilir yang kaya dengan
hasil beras iaitu Tenassenim dan Arakan. Perjanjian ini telah mencetuskan sentimen anti-Inggeris dalam
kalangan masyarakat Myanmar malah telah melahirkan kesedaran nasionalisme di negara itu.

2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing

2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing

Soalan 121: Analisiskan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Indonesia pada
abad ke-19.
Pendahuluan:
Kedatangan Belanda sebagai kuasa asing yang menjajah negara Indonesia mendapat tentangan daripada
masyarakat di negara tersebut am nya masyarakat Jawa.
Penentangan ini didorong oleh beberapa sebab seterusnya menanamkan semangat nasionalisme dalam kalangan
rakyat.

Isi-isi penting:
1) Ekonomi

Penindasan ekonomi oleh penjajah menyebabkan masyarakat Jawa di Indonesia tidak berpuas hati
terhadap Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda. Belanda juga mengenakan pelbagai jenis
cukai yang mesti dibayar oleh masyarakat terutama yang menjalankan kegiatan ekonomi; seperti cukai
tanah pertanian. Belanda telah menyerahkankuasa mengutip cukai kepada orang Cina tempatan. Penduduk
tempatan marah disebabkan tindakan orang cina yang mengenakan cukai yang lebih tinggi berbanding cukai
yang dikenakan oleh Belanda. Cukai sempadan pula akan dikenakan ke atas penduduk apabila ingin membawa
hasil pertanian mereka ke ladang melalui kawasan pedalaman.
Kadar faedah yang tinggi juga dikenakan ke atas peminjam wang. Penindasan ekonomi yang dilakukan oleh
Belanda ini menyebabkan penduduk Indonesia mengalami kesusahan dan kesempitan hidup.
Pembatalan kontrak sewa tanah yang diperkenalkan oleh Gabenor Van der Capellan telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan pembesar dan petani Jawa terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakata.
Pembatalan kontrak juga telahmembebankan penduduk sehingga membawa kepada Perang Jawa.

2) Politik

Campur tangan kuasa Barat dalam hal ehwal politik tempatan khususnya pemerintahan dan pentadbiran telah
membawa kepada berlakunya penentangan terhadap mereka. Penjajahan Belanda di kepulauan Indonesia telah
mengubah sistem pentadbiran tradisional masyarakat di sana.
Gabenor Jeneral Belanda merupakan pemegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran. Beliau dibantu oleh empat
orang konsul yang ditugaskan untuk menasihati dan menjadi bahan perundangan kerajaan.

3) Sosial dan Budaya

Penentangan penduduk tempatan terhadap Belanda berlaku akibat pencabulan agama dan budaya setempat.
Perjuangan menjadi semakin hebat ekoran keinginan untuk menegakkan agama Islam terutama setelah
kedatangan agama Kristian dan Budha di Indonesia.
Beberapa buah persatuan ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Islam seperti Sarekat Islam. Perjuangan
mereka berdasarkan prinsip reformasi Islam. Tindakan Belanda membina jalan raya merentasi tanah
perkuburan diraja. Tanah perkuburan tersebut menempatkan kubur ibu bapa Diponegoro. Tindakan Belanda
deianggap melampaui batas.
Penutup:
Tindakan kuasa Belanda yang mengubah sistem pentadbiran kepada sistem yang tidak adil bagi masyarakat
Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat sehingga penentangan tersebut berlaku.

Soalan 122: Analisiskan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Myanmar pada
abad ke-19.

Pendahuluan
Penentangan terhadap British di Myanmar didorong oleh kekecewaan penduduk tempatan terhadap penguasaan
ekonomi oleh orang asing.
Hubungan yang buruk antara Raja Myanmar dengan british telah memperluaskan penentangan dalam kalangan
penduduk tempatan.

Isi-isi penting

Faktor-faktor penentangan:
a) Dari segi ekonomi

Penduduk tidak bersetuju dengan kuasa barat barat yang lebih membantu pihak pemberi pinjaman wang dan
tuan tanah tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk menyelesaikan hutang mereka.Ini menyebabkan
golongna ceti menguasai tanah milik orang Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti untuk
mengusahakan tanah.
Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan merek menjadi penyewa atau buruh.
Mereka juga dibebani dengan pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan terpaksa meminjam wang.Ini
menyebabkan petani menetnag british untuk mendapatkan semula hak mereka.

b) Dari segi politik

Penjajahan british menyebabkan perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan terutama institusi beraja kerana
telah diubah dan kemudiannya telah dihapuskan. Pembaharuan oleh british bermula dengan sistem kerajaan
tempatan melaui Akta Perkampungan Burma 1889.
British juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan dasar kolonialisme berkembang di
Myanmar.

c) Dari segi sosial dan budaya

Keengganan pegawai british menghormati agama buddha dan budaya masyarakat tempatan seperti enggan
membuka kasut semasa memasuki rumah pagoda dan berhala telah membangkitkan kemarahan rakyat
myanmar. Keangkuhan british yang tidak menghormati budaya tempatan telah memburukkan hubungan antara
kedua-dua kerajaan.
Sistem pendidikan barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan buru tradisional yang tidak lagi
mendapat tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah english telah melahirkan intelek yang berpendidikan
english menyebabkan jumlah dan bilangan murid sekolah buddha semakin merosot.
Penutup
Pengenalan sitem pentadbiran barat oleh british nmendapat tentangan daripada penduduk peribumi kerana budaya
dan amalan buddha mereka tergugat.
Keadaan bertambah buruk apabila institusi beraja yang sekian lama diamalkan juga terhakis akibat dasar
penjajahan british di Myanmar.

Soalan 123: Nilaikan peranan Diponegoro terhadap penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di
Indonesia pada abad ke-19

Pendahuluan :
Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir pada 11
November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo diketepikan daripada
takhta kerajaan Jogjakarta apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814. Raffles melantik Djarot
sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran Hemengkubuwono IV.
Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Raffles
tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun 1822. Belanda melantik putera Djarot yang baru
berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro hanya dilantik sebagai
penasihat. Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan
Belanda di Pulau Jawa.

Isi-isi penting :
a) Pembela nasib penduduk tempatan.

Diponegoro berjuang untuk membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan Belanda. Masyarakat
peribumi Jawa tidak berpuas hati dengan tindakan Van der Capellan yang membatalkan kontrak penyewaan
tanah pada tahun 1823. Pembesar tempatan dan golongan bangsawan berasa tertekan kerana terpaksa
memulangkan balik wang sewaan dan wang pendahuluan kepada pengusaha asing yang terlibat dalam kontrak
tersebut.
Demi menyelesaikan wang pendahuluan tersebut, pembesar tempatan dan tuan tanah memaksa petani bekerja
lebih kuat. Semasa kontrak penyewaan tanah masih berlansung, petani telah ditindas oleh golongan pengusaha
dan penyewa tanah. Penduduk tempatan hidup sengsara apabila pemungut cukai mengenakan kadar tol sesuka
hati. Orang cina memberi pinjaman wang kepada orang jawa dengan kadar faedah yang tinggi. Mereka menjadi
orang tengah dalam perdagangan garam. Mereka memaksa penduduk tempatan menjual garam dengan harga
murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan harga yang tinggi di kawasan Bandar.

b) Mempertahankan kesucian agama islam.

Tindakan Belanda membina jalan raya melalui tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro dianggap
melanggar nilai masyarakat tempatan. Diponegoro mengisytiharkan perang jihad untuk memulihkan
pemerintahan islam di Jawa.
Penduduk tempatan mempercayai bahawa Diponegoro ialah Ratu Adil atau Wali Allah yang dapat
membebaskan mereka daripada cengkapan orang kafir. Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai ketua
islam. Tindakan ini menunjukkan Belanda tidak menghormati agama islam. Diponegoro dan masyarakat jawa
menganggap usaha Belanda ini mencabuli adat resam tempatan serta tatasusila dan nilai-nilai islam.

c) Pembela maruah negara dan bangsa.

Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau
Jawa. Diponegoro berjuang menegakkan maruah negara dan bangsa. Beliau dan pengikutnya menentang
Belanda yang meluaskan kuasanya ke Pulau Jawa.
d) Pembatalan Kontrak Sewa Tanah.

Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 1816. Kontrak
ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk
menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.
Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang
Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu
membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan
pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan
mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis
dibelanjakan.
Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa
tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau
terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini
juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

e) Putera Pembebas.

Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan. Beliau juga
menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir
dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah
tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian.
Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar Ratu Adil yang bermaksud Putera Pembebas yang akan
menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah
memimpin kumpulan penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke
atas Belanda

f) Pembinaan jalan merentasi makam diraja.

Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke Mangelang melalui
tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap
keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya
dan juga mencabuli kesucian Islam.
Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan
mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan
sebab semerta yang membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.
g) Pemimpin Perang Jawa.
Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan bangsawan dan para bupati. Pengikut beliau ialah Kyai
Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi. Mereka melancarkan perang gerila terhadap orang
Belanda. Pada mulanya, Diponrgoro berjaya dalam pertumpuran berhampiran Lengkong dan Delanggu. Beliau
diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo
Khalifatullah Tanah Jowo.
Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang penyakit. Sentot dan
Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda. Keadaan tersebut melemahkan perjuangan
Diponegoro dan akhirnya beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Namun, Belanda enggan mengiktiraf
Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu adil.
Penutup :
Peranan penting Diponegoro dalam perang Jawa tidak boleh dinafikan. Beliau Berjaya memimpin satu
penentangan yang agak berkesan bertujuan untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa dan membebaskan
penduduk tempatan daripada penindasan orang kafir. Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda
bahawa penduduk tempatan tidak boleh dipermainkan.
Perjuangan Diponegoro dalam perang Jawa memberi inspirasi kepada para nasionalis kemudiannya untuk
menggerakkan satu perjuangan yang lebih berorganisasi menentang Belanda.

Soalan 124: Nilaikan peranan Raja Thibaw terhadap penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di
Myanmar pada abad ke-19

Pengenalan
Raja Thibaw lahir pd 1858 di Mandalay, Myanmar. Meninggal pd 19 Disember 1916 di India dan merupakan
pemerintah terakhir Myanmar. Pemerintahan berakhir dgn pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Baginda
menaiki takhta pada 1878. British campur tangan apabila terdapat kekacauan yang berlaku di Myanmar.
Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Beliau dipilih sebagai raja oleh Permaisuri Utama dengan
persetujuan Kinwun Mingyi Ditabalkan pada tahun 1878. Beliau merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung
dalam sejarah Burma (Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir apabila Burma dikalahkan oleh tentera British
dalam Perang British-Burma 3 pada 29 November 1885.
Isi-isi Penting:

a) Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan dan menindas berbanding pemerintahan
ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat dan kuasa asing.Keadaan ini menyebabkan
kekacauan dalam negara yang British campur tangan di Myanmar. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-
saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Burma Hulu.
Selain itu, perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan semasa zaman
beliau. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, beliau meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.

b) Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani
ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam
dan Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya,
Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 januari 1885. Sebenarnya beliau ingin
membeli senjata dari Perancis.

c) Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis.Oleh itu, beliau
banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan
pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis. Beliau berniat sungguh
untuk menyekat British dan keadaan ini menyebabkan hubungan antara British dan Myanmar semakin
renggang.

d) Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih tindakan terhadap Syarikat Perdagangan
Bombay-Burma yang mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu. Raja Thibaw
mengemukakan beberapa perkara berikut terhadap syarikat tersebut: iaitu Mengeluarkan kayu jati melebihi dua
kali ganda daripada yang dibenarkan, Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan, Tidak memberi upah yang
sewajarnya kepada pekerja-pekerja Burma seperti yang dijanjikan. Keadaan ini menyebabkan Raja Thibaw
bangkit menentang British di Myanmar.

e) Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee da menyebabkan British tidak puas hati walaupun
penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw. British segera
meminta rundingan namun ditolak kerana Raja Thibaw kerana yakin Perancis akan menyokong dan membantu
Burma. Namun pada bulan september, Freycinet (menggantikan Jules Ferry )telah mengubah dasar Ferry
dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.
f) British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap untuk bertindak
secara kekerasan terhadap Burma. Duta Burma di Perancis dan Duta China di London cuba menawarkan diri
untuk berunding tetapi British enggan. British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Burma dan
memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah dan pada masa
hadapan dasar luar Burma akan ditentukan oleh kerajaan British. Beliau diberi tempoh sehingga 10 november
1885 untuk memberi jawapan. British tidak puas hati lalu mengisytiharkan perang ke atas Burma Hulu pada 11
November 1885 dan British berjaya menakluki Burma Hulu pada 1 januari 1886. Keadaan seperti inilah yang
menyebabkan Raja Thibaw menentang British.

Kesimpulan

Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan Burma Hulu yang agak aman dan menjalin hubungan baik dengan kuasa
Barat daripada ayahandanya. Tetapi disebabkan keazamannya merampas semula Burma Hilir dan keyakinan
terhadap bantuan Perancis untuk menentang British, tetapi baginda gagal.

Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan meninggal dunia di sana. Berakhir Dinasti Konbaung
yang memerintah Burma selama 130 tahun. Myanmar manjadi tanah jajahan Britih sehingga tahun 1948 .
British menyatukan Burma Hilir dan Hulu dan meletakkannya di bawah pentadbiran British di India.

2.3 Pengubahsuaian
2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Sosial

Soalan 125: Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Indonesia pada
abad ke-19

Pendahuluan:
Belanda bertapak dgn kukuh di pulau jawa sejak abad ke-17 manakala kwsn lain yg masih ditadbir oleh raja2
tempatan jatuh ke tangan belanda menjelang pertengahan abad ke-19.
Isi-isi Penting:

1.Institusi pemerintahan beraja di Pulau Jawa.


Sehingga awal abad ke-19 terdapat 2 bentuk sistem pemerintahan dipulau jawa. Bentuk pertama ialah kerajaan yg
diperintah oleh belanda di kenali sbgai kerajaan betawi. Bentuk kedua ialah kerajaan tempatan yg terdiri drpd
beberapa kerajaan kcil di bawah sultan an susunan spt kerjaan Surakarta, Jogjakarta,bantam dan cheribon.
Raffles bertidak terhadap bantam, iaitu sultan muhamad yg tlah dinaikan takhta oleh belanda sbelum kdatangan
raffles. Raffles memaksa sultan turun takhta dgn memberikan pencen sbnyk 10 000 wang sepanyol.
Pemerintahan sulatan dibantam tamat. Bagi pemerintahan kesultanan bantam dan cheribon sultan tidak lagi
mempunyai kuasa mutlak. Mereka dibenarkan memakai gelaran sultan tetapi kuasa sama spt seorang bupati.
Di mataram, kdatangan belanda menyebabkan keruntuhan kuasa pentadbiran pusat tempatan. Awal abad ke-19
sebelum peluasan kuasa belanda, kekuasaan pemerintah mataram merangkumi empat bulatan. Selepas perang
jawa, kerajaan betawi bertindak thdp Jogjakarta. Sempadan antara Surakarta dan Jogjakarta ditentukan scra
jelas. Penjajahan belanda jga menjejaskan institusi kesultanan di daerah2 spt sambas, bali dan Banjarmasin.
2. Sistem pentadbiran tradisional tempatan.
(a) Zaman pemeritahan daendels.

Daendels membahagikan bhgian timur laut jawa kpd 5 bhgian dan setipa bhgian kpd 28buah daerah. Daerah
jawa diluar kerajaan Surakarta dan Jogjakarta dibhagikan mjadi 9daerah pentadbiran yg dikenali sbgai perfectur
dibwh pengawasan prefect. Perfectur dibwh pentadbiran pusat di betawi.
Peranan bupati amat penting dlm pentadbiran daendels sbg perantara antra pemerintah dgn rakyat. Bupati
mendapat kedudukan militer di bwh kekuasaan perfect. Hak jawatan scra tradisional para bupati, iaitu scra turun
temurun tetap dipertahankan. Pentadbiran daendels tdk mbawa faedah kpd kerajaan belanda. Hubungan
daendels dgn glongan bupati adalah renggang. Semua msalah ini membebankan krajaan belanda dan akhirnya
daendels dipanggil pulang pd tahun 1811.

(b) Zaman pemerintahan raffles.

Asas2 pemeritahan smentara british dipulau jawa ditentukan oleh raffles selaku leftenan gabenor yg sgt
dipengaruhi oleh pentadbiran british di india, iaitu pemerintahan scara langsung. Pulau jawa dibahagikan kpd 16
residensi dan setiap residensi dan setiap residensi ini diperintah scra langsung oleh seorang residens. Namun
begitu. Pentadbiran raffles tdk mengakui kedudukan tradisi para bupati scra turun temurun, malah beliau cuba
menghapuskan kekuasaan dan pengaruh bupati thadap rakyat sgt kuat. Untuk mengurangkan kuasa bupati,
raffles btindak menolak sistem penggantianbupati scra turun temurun dan mengambil mreka sbgai pegawai
umum pemerintahan british di bwh pemerintahan langsung oleh resinden dan penolong residen.
Dari segi kehakiman, raffles mperkenalkan undang2 yg sma bgi smua pduduk dipulau jawa. Mahkamah
keadilan, mahkamah polis, mahkamah ulang bicara, mamahkamah awam, mahkamah ulang bicara, dan
mahkamah jenayah ditubuhkan.

(c) Pemerintahan belanda selepas tamatnya perang napoleon.

Pemerintahan scara tdk langsung diwujudkan smula untuk menggantikan pemerintahan lngsung raffles.
Dipulau2 luar, pentadbiran brada dibwh pembesar2 yg dikwal oleh gabenor belanda. Belanda meneruskan usaha
utk mengurangkan kuasa dan kedudukan para bupati usha belanda ini tlah menimbulkan penentangan yg
memuncak shgga mletusnya perang jawa. (1825-1830)
Peristiwa ini tlah mnyedarkan belanda btapa pentingnya hbungan baik dgn pihak pembesar tmpatan. Akan tetapi,
usaha mengawal glongan bupati msih diteruskan. Rombokan struktur birokrasi di Indonesia bermula pd tahun
1848. Sistem pmerintahan yg diterapkan ialah sistem pemerintahan colonial belanda yg memegang kuasa
tertinggi.
Struktur ptadbiran belanda dikenali sbg binenland bestuur yg tdiri drpd gabenor jeneral, residen, penolong
residen, dan controleur. Bupati dilantik oleh gabenor jeneral atas cadangan residen dan pnolong residens. Pada
awalnya, para bupati dipilih dan dilantik bdasarkan keturunan, trutama anak lelaki sulung dlm keluarga,
kemudiannya, pelantikan bupati mengikut beberapa syarat spt pencapaian pendidikan
Penutup:
Dengan kehadiran penjajah belanda, sistem pemerintahan tradisional digantikan dgn sistem pemerintahan
colonial yg mana penjajah sbg pihak yg menguasai manakala msyarakat peribumi mrupakan pihak yg harus
tunduk kpd sgala peraturan pihak kolonial.

Soalan 126: Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Myanmar pada
abad ke-19.

Pendahuluan
Dalam kehadiran kuasa Barat di Asia Tenggara telah membawa pelbagai perubahan dalam sistem pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan. Perubahan yang dibawa oleh British di Myanmar telah menyebabkan berlakunya
penentangan rakyat tempatan. Mereka berasa tidak puas hati kerana kepentingan mereka terjejas dan terpaksa
menerima pendidikan Barat yang bersifat tegas, memonopoli serta membebankan mereka dengan pelbagai jenis
cukai.
Tujuan perubahan ini adalah untuk membolehkan kuasa barat mengukuhkan kedudukan mereka di tanah jajahan.
Isi-isi Penting
1) Penghapusan Sistem Pentadbiran Tradisional

Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan setelah British berjaya menawan Myanmar Utara. British
menjadikan ketiadaan putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai waris takhta kerajaan sebagai alasan
untuk menghapuskan sistem beraja di Myanmar. Sistem pentadbiran tradisional seperti Myothugyi dan
Thaithugyi, Hutdaw, dan Thatnabaing dihapuskan. British melantik sebahagian daripada ahli Hutdaw sebagai
pegawai kerajaan yang bergaji tetap. Namun, mereka tidak mendapat kerjasama dan penghormatan daripada
penduduk tempatan kerana bekerja dengan pihak British. Desakan daripada penduduk tempatan agar sistem
Thatnabaing dikekalkan telah ditolak oleh pihak British.
Sir Charles Crosthwaite telah merancang untuk menjadikan kampung-kampung sebagai unit pentadbiran
supaya kesalahan jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada lingkungan kawasan tersebut. Pada tahun
1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung
dikuatkuasakan. Berdasarkan undang-undang tersebut, ketua kampung akan dilantik sebagai pegawai kerajaan
dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan mengutip cukai di kawasan kampung mereka.

2) Pelaksanaan Sistem Pentadbiran India di Myanmar

British telah menggunakan corak pentadbiran berdasarkan Dasar Liberal yang disesuaikan dengan pentadbiran
tempatan di wilayah Pegu. Wilayah Pegu dibahagikan kepada 5 buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh
seorang Pesuruhjaya Daerah berbangsa Inggeris. Daerah-daerah pula dibahagikan kepada bandar-bandar kecil
di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok. Setiap bandar dipecahkan kepada sistem bulatan dengan
seorang ketua sebagai penasihat. Sistem ini mirip dengan sistem di India kerana pegawai-pegawai Inggeris yang
dilantik pernah berkhidmat di Benggala dan Madras, India.
Myanmar Utara pula dibahagikan kepada 14 buah daerah. Pesuruhjaya British yang pertama, Sir Charles
Bernard mengusulkan supaya pentadbiran awan dan pungutan cukai dijalankan melalui wakil-wakil tempatan
dan mengikut peraturan tempatan. Namun, pengganti beliau, Sir Charles Crosthwaite menjalankan
pentadbiran mengikut sistem di India.

3) Penubuhan Dewan Perundangan

Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap sistem pentadbiran di
peringkat pusat. Jawatan Ketua Pesuruhjaya, iaitu ketua eksekutif pada peringkat pusat telah dinaikkan
menjadi Leftenan Gabenor. Leftenan Gabenor Myanmar yang pertama ialah Arthur Phayte. Bagi membantu
Leftenan Gabenor dalam pentadbiran, Majlis Perundangan ditubuhkan. Terdapat 9 orang ahli yang terdapat
dalam majlis ini yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan ahli-ahli terpilih.
Selepas tahun 1897, British melakukan beberapa perubahan dalam dasar penjajahannya di Myanmar, seperti;
Mewujudkan jawantan-jawatan tinggi untuk menambahkan kecekapan pentadbiran. Terlibat secara aktif dalam
hal ehwal kerajaan untuk memajukan kegiatan ekonomi dan Meningkatkan kebajikan rakyat Myanmar.
Pada tahun 1909, jumlah anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 15 orang. Pada tahun 1920,
anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 30 orang. Golongan pedagang mempunyai wakil terbesar
dan diikuti beberapa orang Myanmar sebagai anggota dewan tersebut.
Penutup
Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam sistem pentadbiran di Myanmar ini telah
membangkitkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan rakyat tempatan serta keinginan untuk
membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British.
Keadaan ini berlaku apabila rakyat tempatan mula menyedari tentang kepentingan sebuah negara yang merdeka.
Soalan 127: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Indonesia

Pendahuluan
Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang hanya dilaksanakan untuk menampung keperluan harian. Hasil
yang dikeluarkan tidak bertujuaan untuk dijual atau di perdagangkan. Lebihan yang ada akan diperdagangkan
atau di tukarkan kepada keperluan asas yang lain. Kegiatan yang dilakukan tertumpu kepada pertaniaan padi,
perikanan secara kecil-kecilan, penternakan, dan pemungutan hasil hutan. Kegiatan tersebut tidak memerlukan
modal yang besar dan peralatan yang di gunakan ialah peralatan primitif yang digunakan oleh keturunan yang
terdahulu.
Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan kelebihan untuk
diperdagangkan serta tidak wujud satu pengkhususan kerja yang jelas. Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan
utama yang dijalankan oleh rakyat Vietnam dan Indonesia sebelum kedatangan barat. Namun, masyarakat
peribumi di Indonesia juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial. Ekonomi komersial merujuk kepada
kegiatan ekonomi yang bertujuan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian sekeluarga tetapi juga di
perlukan sebagai asas dalam pertukaran atau penjualan barangan.
Isi-isi Penting:
A. Pertanian

Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman padi. Padi di tanam di sepanjang dataran pantai
lanar, lembah, lembangan, dan lereng gunung berapi yang di teres. Penanaman padi sawah di usahakan secara
giat di pulau jawa dan Madura kerana kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi sawah di tuai pada
bulan april setiap tahun dengan menggunakan kaedah primitive.
Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga di tanam oleh masyarakat peribumi Indonesia.
Padi ini di tanam di kawasan timur jawa yang lebih kering dan dilereng bukit yang tinggi. Kaedah penanaman
padi bukit ialah sesuatu yang primitive, iaitu tebang dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar
kawasan hutan. Pembakaran hutan akan dilakukan sebanyak 3 kali untuk memastikan kesuburan tanah.
penanaman padi bukit hanya akan berlaku selama 2 hingga 3 tahun diatas kawasan yang sama. Selepas itu,
petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.
Selain penanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi juga di tanam untuk
menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai bahan makanan dalam ekonomi sara diri.
Jagung di tanam di Madura, jawa timur, dan sumatera. Tanaman ini di perkenalkan oleh portugis pada abad ke-
16.
Masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu di tanam di wilayah Cheribon, dataran pantai utara,
bahagian tengah jawa, Jogjakarta, dan Surakarta. Kelapa terdapat di seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup
subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.
Masyarakat peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala, dan kayu cendana.
Bunga cengkih banyak di tanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di pulau Bonda, dan kayu cendana di pulau
timur.

B. Perusahaan

Perusahaan batik di usahakan oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik di jalankan secara kecil-
kecilan di jawa tengah. Aktiviti ini di lakukan sebelum musim menuai padi pada musim memungut hasil
tanaman.
Masyarakat jawa meghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu, buah-
buahan, dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan pada satu generasi kepada generasi yang lain.
Biasanya, kemahiran membuat batik akan di ajar oleh ibu kepada anak perempuan mereka.
Kesimpulan
Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati keuntungan daripada
perkembangan ekonomi. Ekonomi telah menjadi pesat dalam bidang pertanian, perladangan, perlombongan,
perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas.
Masyarakat peribumi yang menjadi buruh diladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah, dan diperhambakan.
Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20.

Soalan 128: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Myanmar.

Pendahuluan
Masyarakat peribumi menjalankan kegiatan ekonomi tradisional berasaskan tanaman seperti beras, sekoi, minyak
sayuran, ikan, garam, sutera, kapas, barang tembikar dan senjata. Dasar pemerintahan kerajaan Myanmar
memang tidak berminat menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar kerana mampu menyediakan
keperluan sendiri.
Namun, penjajahan British di Myanmar telah mengubah kegiatan ekonomi tradisional kepada ekonomi komersial
yang mendorong perkembangan ekonomi yang pesat bukan sahaja dalam bidang pertanian bahkan dalam bidang
perdagangan, perlombongan dan kemajuan kemudahan asas.
Isi-isi penting
1) Kemajuan kegiatan pertanian

Beras. Perkembangan ekonomi yang paling menonjol di Myanmar kesan daripada penjajahan British ialah
perusahaan beras. Arakan dan Tenasserim berkembang pesat sebagai kawasan penanaman padi semasa
penjajahan British. Beras menjadi eksport utama di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti tanah
yang sesuai dan bekalan air yang banyak. Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport
beras di Myanmar.Hasil daripada perkembangan industri beras, Myanmar menjadi jelapang padi utama di dunia.
Kemajuan industri beras turut menggalakkan kemasukan orang india untuk membantu pembangunan Myanmar
yang kekurangan penduduk.

Kayu balak. Kayu jati ialah bahan eksport utama dalam kegiatan pembalakan di Myanmar. Perkembangan
kegiatan pembalakan di Tenssarim pada tahun 1830an telah mewujudkan semula kepentingan perusahaan
membina kapal pada tahun 1847. British telah mewujudkan Jabatan Perhutanan pada tahun 1856. Jabatan ini di
bawah seorang Ketua Pemelihara Hutan dan tugas beliau adalah untuk memastikan kegiatan mendapatkan
sumber dari hutan dijalankan dengan sempurna dan betul.Syarat pembalakan dan pengawalan ditetapkan dan
hutan-hutan yang berharga di jadikan hutan simpan untuk dipajakkan kepada pengusaha swasta.Perusahaan
pembalakan di kuasai oleh beberapa buah syarikat asing seperti Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.

2) Kemajuan kegiatan perlombongan

Minyak. Telaga minyak dilombong semasa pemerintahan Raja-raja Burma dan kebanyakkannya berpusat di
Yenangyaung. Minyak digunakan dirumah untuk menyalakan pelita dan mengawet kayu, tikar, dan kertas yang
dibuat daripada daun palma. Keadaan berubah setelah Syarikat Minyak Myanmar ditubuhkan oleh sebuah firma
Britsh di Rangoon pada tahun 1886 yang menjalankan kegiatan menggali minyak dan membeli pajakan kerajaan
serta persendirian.Setelah lima tahun beroperasi, hasil minyak berjaya menandingi minyak tanah yang diimport
dari AS di pasaran tempatan. Malah, syarikat ini mampu mengeksport minyak ke India dan Pulau Pinang.

Bijih timah. Perusahaan bijih timah tidak sepenting industri minyak. Lombong- lombong di Bawdwin
menghasilkan timah hitam dan dimiliki oleh syarikat Myanmar. Perlombongan bijih timah diusahakan oleh
orang Cina.

Galian lain. Perlombongan emas dan batu permata dijalankan di kawasan Mogok. Syarikat eropah memajakkan
lombong emas dengan cukai sebanyak 315 ribu paun. Lombong perak dibuka berhampiran Namtu pada
penghujung abad ke-19. Lombong besi diusahakan di Mawchi dan Karen.

3) Kemajuan kemudahan asas

Pengangkutan air. Sungai Irrawaddy antara sistem perhubungan air yang penting ke Bhamo di Myanmar Hulu.
Menjelang tahun 1900, pengangkutan air sangat penting di Myanmar. Syarikat Flotilla Irrawaddy memonopoli
sistem pengangkutan jarak jauh manakala Syarikat Flotilla Arracan mengendalikan kegiatan perdagangan di
sepanjang pantai Arakan.

Landasan kereta api. Landasan kereta api pertama antara Rangoon dengan Prome siap dibina pada tahun 1877.
Landasan Rangoon-Tounggoo dibuka pada tahun 1885. Pada tahun 1889, landasan ini disambung dengan
Mandalay dan merentang hingga ke Myitkina pada tahun 1898.
Penutup
Ekonomi Myanmar telah menjadi pesat setelah perluasan kuasa British dalam bidang pertanian, perladangan,
perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas. Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan
pemodal swasta yang berjaya menikmati keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Masyarakat peribumi
yang menjadi buruh di ladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah dan diperhambakan.
Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad ke-20.

Soalan 129: Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Indonesia

Pendahuluan
Belanda hanya memberi keutamaan terhadap pendidikan di Indonesia ketika pelaksanaan di bawah Dasar Liberal,
iaitu sekitar tahun 1870-1900.
Mengikut Dasar Etika, pendidikan penting supaya penduduk tempatan dapat menerima dan menguasai tamadun
Barat.
Isi-isi penting
1. Pada tahun 1867, Jabatan Pelajaran ditubuhkan manakala system persekolahan peringkat rendah dijalankan
selama tiga tahun. Menjelang tahun 1892, terdapat kira-kira 516 buah sekolah di Indonesia. Pada tahun 1893,
Belanda telah memperkenalkan dua jenis sistem pendidikan, iaitu Sekolah Kelas Pertama dan Sekolah Kelas
Kedua.
2. Sistem pendidikan di Indonesia di Indonesia mengalami perubahan apabila Dasar Etika diperkenalkan oleh
Belanda. Pada tahun 1900 J. H Abendonan, Pengarah Pelajaran Indonesia yang pertama telah menggalakkan
penubuhan sekolah yang menngunakan bahasa Belanda sebagai bahasa penghantar untuk anak-anak golongan
pyiyayi.
3. Sejak tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk anak-anak golongan bangsawan atau priyayi dan
golongan yang berpengaruh. Pada tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk golongan menengah
kelas bawahan didirikan.
4. Pada tahun 1907, sekolah desa disediakan untuk anak-anak petani. Sekolah desa atau sekolah rakyat hanya
setakat kelas III. Dengan kelulusan ini mereka layak untuk menjadi rendah sahaja.
5. Belanda juga telah mengadakan beberapa kursus dalam bahasa Belanda sebagai persediaan kepada pelajar
untuk menyambung pelajaran ke pelajaran ke peringkat universiti. Bahasa Belanda diwajibkan dipelajari di
sekolah menengah.
Penutup
Anak-anak peribumi Indonesia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah dan institute
pengajian tinggi kerana syarat kemasukan yang ketat.
Bilangan pelajar bumiputera Indonesia yang masuk ke institusi pengajian tinggi amatlah sedikit kerana
kebanyakan mereka tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi.

Soalan 130: Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Myanmar.


Pendahuluan:
Pendidikan secular diperkenalkan di Myanmar berikutan penjajahan British di Negara tersebut. Sistem
pendidikan Barat telah melemahkan sistem pendidikan tradisional yang berlandaskan agama Buddha di
Myanmar.
Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan pendidikan tahap rendah dan asas kepada
masyarakat pribumi.
Isi-isi penting:
1. Penjajah British telah mengubah sistem pendidikan di Myanmar. pendidikan secular dan mubaligh yang
diperkenalkan menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. penggunaan bahasa Myanmar tidak begitu penting
dengan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris.
2. Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan diberikan kepada sekolah-
sekolah agama kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab
Agama Baptist.
3. Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-an.perubahan yang dilakukan seperti peperiksaan
wilayah diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta.
Maktab Ragoon ditubuhkan pada tahun 1884 bertujuan menyediakan penuntut mengambil ijazah luar Universiti
Calcutta.
4. British membina lebih banyak sekolah menengah Inggeris selain mengekalkan sekolah-sekolah kebangsaan
Myanmar yang menggunakan bahasa Myanmar sebagai bahasa pengantar.
5. Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan sekolah sukarela menubuhkan
kerajaan.kesannya,menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan sebuah maktab Baptist yang kecil di
Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi orang Karen.
6. Penubuhan sekolah teknikal untuk kemahiran ukur-mengukur, pengetahuan asas ilmu kejuruteraan ,bidang
kehutanan dan perbidanan. Menjelang abad ke-20,wujud 170,000 buah sekolah kebangsaan, 341 daripadanya
dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan.
Penutup:
Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris,lahir golongan intelektual Myanmar yang berpendidikan Barat.
Kecewa dengan dasar pilih kasih pihak penjajah akhirnya mendorong kemunculan gerakan nasionalisme berunsur
radikal untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

3.1.1 Gerakan Nasionalisme

3.1 Gerakan Nasionalisme

3.1.1. Faktor kemunculan

Soalan 131: Bincangkan faktor-faktor luar yang mempengaruhi kesedaran politik di Asia Tenggara dari
tahun 1900 - 1941.

Pendahuluan:
Peristiwa yang berlaku di negara luar berhubung dengan perkembangan nasionalisme telah menjadi inspirasi
kepada pejuang nasionalis tempatan di negara-negara Asia Tenggara untuk berjuang menentang penjajah barat.
Pada keseluruhannya, gerakan nasionalisme di Asia Tenggara kecuali negara Thai berciri anti penjajahan.
Gerakan nasionalisme disebabkan oleh dasar penjajahan barat. Seterusnya pengaruh luar iaitu dari Eropah, Asia
Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara sendiri memainkan peranan penting bagi mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Asia Tenggara.

Isi-isi Penting:

1. Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah

dipelopori oleh Syeikh Muhammed Abduh dan golongan Al- Manar di Kaherah yang mempengaruhi semangat
kebangsaan di India dan Indonesia. idea-ideanya memperjuangkan penyatuan umat Islam seluruh dunia,
membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot atau ortodok, menyeru umat Islam merujuk kepada al-
Quran dan Hadis serta menggalakkan umat Islam mencapai kemajuan ekonomi dan sosial
kesannya Sarekat Dagang Islam melancarkan Perang Jihad terhadap Belanda dan pemulihan ekonomi orang
Jawa yang ditindas oleh orang China
2. Perang Rusia Jepun (1904 1905)

melemahkan anggapan masyarakat Asia bahawa kuasa barat tidak boleh dikalahkan akibat daripada kekalahan
Rusia. kesannya mempengaruhi raktyat China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat sen untuk menggulingkan
Kerajaan Manchu
Chang Chin, seorang intelek China mengatakan kekalahan tersebut dapat mencerminkan kemenangan
perlembagaan dan kegagalan pemerintahan beraja. Kebangkitan Boxer 1900 memberi impak kepada Vietnam
contohnya, Phan Boi Chau telah menubuhkan Viet Nam Quang Phuc Hoi yang bercita-cita untuk membebaskan
negaranya daripada Peranchis

3. Kebangkitan di India
Gerakan kongres India menjadi perangsang kepada Myanmar yang dijajah oleh British
Pembaharuan Montagu Chelmsford dapat melatih orang India berkerajaan sendiri tetapi tidak diperkenalkan di
Myanmar. Myanmar menuntut agar perlembagaan yang sama dibuat di Burma seperti di India.

4. Revolusi 1917

Revolusi ini telah melahirkan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang menyebarkan ideologi
komunisnya di seluruh dunia
Comintern telah menghantar ejen-ejen ke Asia Tenggara untuk menubuhkan parti-parti komunis tempatan,
contohnya Ho Chi Minh yang ditugaskan di selatan China telah menubuhkan Parti Komunis Indo-China

5. Revolusi Eropah

Revolusi Amerika telah menentang parlimen British dan Revolusi Peranchis menentang pemerintahan raja
monarki dan mewujudkan raja berperlembagaan
Kesannya mempengaruhi Gerakan Katipunan di Filipina serta Pelajar-pelajar Thailand melancarkan Revolusi
1932 untuk menentang kuasa mutlak raja

Kesimpulan:
Pengaruh luar ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan penduduk untuk menentang
penjajahan barat.Namun begitu pengaruh faktor dalaman juga menjadi penggerak kepada pejuang-pejuang
nasionalis Asia Tenggara menentang penjajah.Pada peringkat awal penentangan mereka tidak berjaya tetapi
menjelang abad ke-20 semua negara yang dijajah berjaya mencapai kemerdekaan.

Soalan 132. Analisiskan faktor-faktor kemunculan Gerakan Nasionalisme di Indonesia.

Pendahuluan
Nasionalisme boleh ditaktrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk membentuk sebuah
negara bangsa . Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan menegakkan kebebasan individu atau negara
daripada kongkongan dan penindasan Barat.
Di Indonesia dan Myanmar, gerakan nasionalisme lebih kepada gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat
peribumi ke arah perpaduan untuk mencapai kemerdekaan mutlak dan membentuk sebuah negara merdeka dan
berdaulat mengikut acuan mereka sendiri.

Perenggan Isi

1. Pengaruh Agama

Pengaruh agama terhadap kemunculan nasionalisme begitu jelas sejak awal abad ke-20 melalui peranan yang
dimainkan oleh pertubuhan berunsur Islam sebagai teras perjuangan bangsa. Pertubuhan tersebut seperti Sarekat
Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Sarekat Dagang Islam ditubuhkan pada
tahun 1909 oleh R.M Tirtoadisurjo dengan kerjasama persatuan Pedangang Arab Indonesia. Sebuah
cawangannya ditubuhkan di Bogor oleh Haji Semanhoedi, seorang pedangang kain batik yang hampir muflis.
Beliau ingin melindungi kepentingan golongan pedangang batik Islam agar mereka dapat bersaing dengan
pedangang batik Cina. Agama islam digunakan sebagai alat penyatuan pedagang batik Islam supaya bersatu
padu menentang penindasan pedangang batik Cina.
Pada tahun 1912, pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan oleh Kiyai Haji Ahmad Dahlan. Dalam
perjuangannya, menekankan pentingnya penyebaran ajaran agama Islam yang sejati berlandaskan Al-Quran dan
hadis sebagai pegangan hidup untuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama Kristian dia
Indonesia. Nahdatul Ulama di bawah pimpinan Kiyai Hashim Ashari merupakan sebuah pertubuhan ortodoks.
Namun, pertubuhan ini juga menggunakan agama Islam untuk menyatukan umat Islam menentang penindasan
Belanda dan menghadapi ancaman penyebaran Kristian.

2. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

Belanda tidak menggalakkan penggunaan bahasa Belanda dalam kalangan orang Indonesia. Kerajaan Belanda
tidak membenarkan orang Indonesia menggunakan bahasa Belanda, malah kerajaan Belanda sendiri
menggunakan bahasa Indonesia dalam urusan penradbirannya di Indonesia. Dengan demikian, kedudukan
bahasa Indonesia diperkukuhkan lagi. Bahasa Indoneia menjadi alat penyebaran maklumat yang paling berkesan
dalam kalangan masyarakat Indonesia.
Karya Raden Adjeng Kartini bertajuk Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa berjaya
membangkitkan semangat nasionalisme. Melalui karya tersebut, Raden Ajeng Kartini berjaya mendedahkan
kemunduran bangsa Indonesia yang ditindas dan dicengkam oleh penjajah Belanda.
Penggunaan bahasa Indonesia pada zaman pendudukan Jepun telah memperkukuhkan kesedaran kebangsaan
dalam kalangan masyarakat tempatan. Ini dapat menghapuskan sifat kedaerahan orang Indonesia. Bahasa
Indonesia telah menjadi satu lambing perpaduan yang mengikut kaum-kaum yang ada di Indonesia.

3. Pengaruh Kewartawanan

Selepas Raden Ajeng meninggal dunia, usaha memperjuangkan pendidikan untuk kaum wanita diteruskan oleh
sebuah pertubuhan wanita yang bergelar Putri Merdeka (1912). Pertubuhan ini menerbitkan Wanita (1913) dan
Putri Merdeka (1916) untuk menyebarkan idea-idea baharu, menuntut hak-hak wanita mendapat pendidikan
moden, mengritik amalan sosial, dan ketidakadilan terhadap kaum wanita. Putri Merdeka membangkitkan isu
poligami dan sekolah campuran.
Dr.Wahidin Sudira Husodo menyebarkan idea tentang keperluan pendidikan moden terutamanya ilmu perubatan
melalui terbitannya, iaitu Retno Dumilah. Parti Nasional Indonesia berjuang menyalurkan idea nasionalisme dan
kemerdekaanya melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan Persatoean Indonesia di
Jakarta.

4. Peranan Pendidikan

Pentadbiran Belanda mengutamakan anak Priyayi. Golongan ini diberi pendidikan tersendiri dan diasingkan
daripada anak orang kebanyakan. Sekoalah Eerste Klasse, iaitu sebuah sekolah elit tahap tinggi berasaskan
model Barat dibina untuk anak-anak golongan Priyayi, golongan bangsawan dan golongan berada. Antara tahun
1900 hingga 1921, Sekolah Doktor Jawa dimajukan menjadi sekolah latihan doktor (STOVIA). STOVIA
disediakan untuk rakyat biasa daripada pelbagai lapisan masyrakat seperti anak petani, polis, pegawai kerajaan,
guru, dan golongan bangasawan yang berasal dari pelosok Indonesia. STOVIA menjadi pusat perbincangan dan
perbahasan idea nasionalisme dalam kalangan pelajar.
Perkembangan pendidikan Barat membolehkan kemunculan golongan elit berjuang dan memimpin penduduk
tempatan ke arah nasinonalisme dan kemerdekaan. Golongan ini terdedah dan terpengaruh dengan idea-idea
liberal seperti demokrasi, sosialisme, dan nasiaonalisme. Golongan elit sedar dasar pihak penjajah yang
menekan dan menindas penduduk tempatan. Nasiaonalisme perpendidikan Islam memainkan peranan
menubuhkan pertubuhan berteraskan ajaran agama Islam sebagai asas perjuangan mereka untuk menentang
orang kafir dan perluasan penyebaran agama Kristian.

5. Peranan Golongan Intelektual

Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang untuk memajukan
masyarakat peribumi dalam aspek sosial, kebudayaan, agama, dan ekonomi. Perjuangan mereka bersifat
sederhana. Apa yang penting bagi golongan intelektual ini ialah kesedaran dalam kalangan masyarakat peribumi
untuk menggunakan pendidikan dan agama sebagai alat kemajuan dan perpaduan.
Antara golongan intelektual yang memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme Indonesia ialah
Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudira Husodo, Omar Said Tjokroaminoto, Haji Ahmad Dahlan, dan Kiyai
Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan nasionalisme radikal selain golongan
intelektual seperti R.M. Sartono, Muhammad Tabrani, Dr. Mohammad Hatta dan Sutan Syahrir.
6. Pengaruh Luar

Reformis Islam di Timur Tengah. Gerakan Reformis Islam di Mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan
umat islam di Indonesia untuk membela nasib bangsanya. Pembaharuan dalam agama Islam haruslah dibuat
demi memajukan umat Islam sedunia. Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh Barat. Apa yang penting
bagi umat Islam ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama Islam dalam bentuk yang suci dan mulia
menjadi alar kemajuan. Gerakan Reformis islam mempengaruhi pebuhan Sarekat Islam dan Muhammadiyah
dalam perjuangannya untuk menegakkan kekuatan umat islam daripada ancaman pengaruh asing dan agama
Kristian.
Dasar Perjuangan Mahatma Gandhi di India. Gerakan menentang kerajaan colonial British di India
mempengaruhi perjuangan para nasionalis di Indonesia. Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh golongan
bangasawan Jawa diilhamkan oleh perjuangan Mahatma Gandhi.
Penutup
Kemunculan gerakan nasionalisme di Indoensia dan Myanmar disebabkan pelbagai factor sepeti pengaruh agama,
peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, peranan pendidikan, peranan golongan intelektual
dan pengaruh luar.

Soalan 133: Jelaskan Faktor-faktor kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Myanmar

Pendahuluan

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan
tanah air. Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Myanmar. Gerakan Nasionalisme
merupakan tindak balas masyarakat menentang susunan politik, sosial, dan ekonomi yang dibina di negara
mereka kesan daripada penjajahan Barat.
Terdapat beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Myanmar seperti pengaruh agama islam, peranan bahasa
dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan pendidikan.

Isi-isi penting

1. Pengaruh agama

Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan . Agama buddha menjadi
mekanisme penting untuk meraih sokongan rakyat. Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat
awalnya diketuai oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan pengaruhnya terancam ekoran penjajahan
British di Myanmar. Pertubuhan terawal ialah sasanadara (1897) dan diikuti Persatuan Agama Maktab Rangoon
(1904).

2. Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan

Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa
dan kesusteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon , Arakan, dan Shan. Bahasa Myanmar menjadi alat penting
dalam menyatukan ideology politik dan nasionalisme. Penggunaan bahasa Myanmar memudahkan ide
nasionalisme disampaikan ke seluruh Negara melalui propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang
nasionalis. Mereka banyak menulis karya kesusasteraan seperti sajak,cerpen, dan novel yang mengkritik
penjajah British dan menyampaikan idea-idea Demokrasi dan kemerdekaan.

3. Peranan Golongan Intelektual


Di Myanmar, golongan intelektual menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Mreka terdiri daripada
golongan berpendidikan Barat seperti Dr.Ba Maw, U Pu, U Thein Maung, dan U Ba Pe. Golongan ini telah
menubuhkan Persatuan Belia Buddha dan telah bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon
untuk melancarkan mogok dan bantahan menentang dasar British. Peranan golongan intelek telah menyebabkan
penyebaran idea nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Myanmar serta mendapat sokongan rakyat.

4. Pengaruh Kewartawanan

Surat khabar dan majalah juga menjadi pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar.
Akhbar dan majalah yang dicetak dalam bahasa inggeris dan bahasa Myanmar serta suku minoriti lain
membolehkan idea-idea nasionalime disebarkan dengan cepat dan meluas dalam kalangan penduduk peribumi.
Kebanyakkan wartawan dan penulis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Myanmar, dan
kedudukan agama Buddha serta masyarakat peribumi yang ditindas semasa pemerintahan British.
Penutup
Kesimpulannya, kemunculan nasionalisme di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh agama
islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan pendidikan.
Soalan 134: Jelaskan peranan agama dalam mempengaruhi gerakan nasionalisme di Myanmar sebelum
Perang Dunia Kedua.
Pengenalan

Nasionalisme ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajah kerana wujudnya semangat cinta
dan taat setia kepada tanah air. Perjuangan nasionalisme dikatakan bermula di Myanmar sejak campur tangan
British pada tahun 1942. Nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal adalah bersifat keagamaan dan
kebudayaan yang diterajui oleh golongan agama.
Hal ini kerana agama Buddha telah ditindas semasa British memerintah. Tidak ada pengiktirafan diberikan
kepada golongan agama tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa buah persatuan agama muncul bagi
menghidupkan kembali agama Buddha yang telah merosot.

Isi-isi Penting:

a) Perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan agama dan diterajui
oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan pentadbiran British dan
penyebaran agama Kristian di Myanmar. Pertubuhan agama terawal ialah Persatuan Sasanadara yang
ditubuhkan pada tahun 1897 di Mandalay oleh U Shway Thwin. Persatuan ini bertujuan memajukan kehidupan
sosial orang Myanmar dengan menganjurkan sekolah-sekolah agama Buddha. Pada tahun 1904 pelajar dari
Maktab Rangoon menubuhkan Persatuan Agama Maktab Rangoon bagi membincangkan hal-hal berkaitan
dengan agama.
b) Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama,
Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini menyebabkan golongan agama
terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para
pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, Oleh itu, golongan
pongyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat
Myanmar. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur
merosakan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang
berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis
Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik
ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran
Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha serta keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama
mengulami pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah
menukarkan pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai.

c) Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Myanmar amat dibimbangi oleh golongan
agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama
melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara
usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan
persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam
penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma
Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun
1906.

d) YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti
U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama,
selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama
jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, Buddha Penyelamat Kita dan Raja,
untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA mula aktif pada tahun 1917,
apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal
seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat
sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu
kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar menghormati agama
masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar
peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu
penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Myanmar. Masalah kasut menjadi satu agenda utama
dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British
memandang ringan hal tersebut.

e) YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan
bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di
luar bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang
memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat
sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan masalah kasut. Perkembangan pesat
YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan
beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah masalah kasut. Kerajaan
telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan
telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.

f) Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana iadipimpin
oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San dilahirkan di
Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya
San dikaitkan dengan pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme.
Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. kira-kira 1500 orang
datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Walau bagaimanapun, pemberontakan
ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931.
Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat
Myanmar. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San melancarkan
kebangkitan di Yamethin, Myanmar Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau.

Kesimpulan

Jelaslah kebangkitan-kebangkitan agama ini telah menjadi perangsang kepada perkembangan semangat
kebangsaan kemudiannya. Selepas tahun 1935, golongan Pongyi diganti oleh golongan Thakin yang telah
mengambilalih pimpinan gerakan kebangsaan Myanmar.

Soalan 135: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia

Pendahuluan
Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang untuk memajukan
masyarakat peribumi dalam aspek social, kebudayaan, agama, dan ekonomi.Perjuangan mereka bersifat
sederhana. Antara golongan intelektual yang memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme
Indonesia ialah Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudiro Husodo, Omar Said Tjokroaminoto, Haji Ahmad
Dahlan, dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan nasionalisme radikal
selain golongan intelekual seperti R.M Sartono, Muhammad Tabrani, Drs. Mohammad Hatta,dan Sutan Syahrir.
Isi-isi penting
Raden Adjeng Kartini
Mendapat pendidikan Barat. Menubuhkan sebuah sekolah di japara untuk anak perempuan pegawai Indonesia.
Menyedari pentingnya pendidikan moden demi kemajuan Negara.Berpendapat bahawa Indonesia mestu
standing dengan orang Eropah dalam pendidikan.
Meningal dunia ketika berumur 25 tahun. Kematiannya tidak membantutkan gerakan ke arah memerjuangkan
hak-hak wanitauntuk mendapatkan pendidikan.
Dr. Wahidin Sudiro Husodo
Menubuhkan Budi Utomo pada tahun 1908.Tujuannya adalah untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan
pendidikan orang jawa.
Beliau dibantu oleh dua orang penuntut sekolah perubatan di Betawi, iaitu Raden Soetomo dan Raden
Goenawan Mangoenkoesoemo.pertubuhan ini lebih bersifat Jawa-centric.
Omar Said Tjokroaminoto
Menubuhkan Sarekat islam pada tahun 1912. Sarekat islam berasal dari Sarekat Dagang islam yang bertujuan
melindungi pedagang Batik Jawa daripada persaingan pedagang cina yang menguasai ekonomi Indonesia dan
memajukan kepentingan islam serta kedudukan sosioekonomi penduduk Indonesia.
Sarekat islam menggunakan islam sebagai lambang penyatuan dan persaudaraan dalam usaha menentang kaum
asing dan pengaruh mereka di Indonesia.
Kiyai Haji Ahmad Dahlan
Menubuhkan Muhammadiyah yang dipengaruhi oleh gerakan reformis islam. Muhammadiyah
menekankanpentingnya menyebarkanajaran islam yang sejati berdasarka al- quran sebagai pengangan
hidupuntuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama kristian.
Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah , klinik, masjid dan perpustakaan. Muhammadiyah tidak
berunsurkan politik.
Soekarno
Memimpin Parti Nasional Indonesia ( PNI ) Pada tahun 1927. Berpendapat bahawa penyatuan dan perpaduan
rakyat Indonesia adalah perlu untuk mencapai kemerdekaan mutlak. Mengamalkan dasar tidak bekerjasama
dengan belanda dalam perjuangannya.Melibatkan diri dan mempopularkan Partindo.
Mengemukakan lima prinsip rakyat, iaitu, Pancasila yang digunakan sebagai garis panduan kea rah penubuhan
sebuah republic Indonesia yang berdaulat . Mengumumkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 17 Ogos 1945.
Akhirnya , PBB Bersatu memaksa kerajaan belanda memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada tahun
1949.
Penutup
Indonesia Berjaya mencapai kemerdekaannya selepas setu siri pemberontakan dan peperangan belanda yang
enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Peran dunia kedua.
Selain itu, Kerajaan belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah
pihak belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia.
Soalan 136: Bincangkan peranan golongan Thakin (intelektual) dalam gerakan nasionalime di
Myanmar sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua
Pengenalan
Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Burma sebelum perang dunia kedua dapat
dikesan melalui penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama pada tahun 1930, dan
Liga Pemuda Burma pada tahun 1931.
Pada tahun 1935, Persatuan Dobama dan Liga Pemuda Burma telah bergabung membentuk pertubuhan
Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya menggelar diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud
Tuan.
Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Burma daripada pihak British.
Isi-isi penting
a. Melancarkan Pemogokan

Pada tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Thein Pei, Rashid, Thi Ham, Kyaw
Nyien dan Ko-Ohn telah menguasai jawatan kuasa kerja Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon. Pada bulan
Februari 1936, pelajar-pelajar Universiti Ranggoon yang dipengaruhi oleh golongan Thakin telah melancarkan
satu pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin UNU(Presiden Persatuan
Pelajar Universiti Ranggoon) dan Aung San, Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon. Tindakan
disiplin ke atas UNU dikenakan kerana beliau telah membuat ucapan yang mengkritik pentadbiran Universiti
dan ke atas Aung San kerana beliau membuat tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah.
Pemogokan ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Ranggoon. Pemimpin-pemimpin Thakin
dan pelajar-pelajar mengambil peluang ini untuk menuntut pindaan kepada Akta Universiti 1920. Pemogokan
ini membolehkan pemimpin-pemimpin Thakin muncul sebagai pembela nasionalisme Burma. Kepopularan
mereka semakin bertambah dalam kalangan rakyat Burma apabila beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta
Universiti pada tahun 1939 seperti yang diminta oleh golongan Thakin.

b. Penglibatan dalam Pilihanraya

Golongan Thakin telah melibatkan diri dalam politik untuk memperjuangkan ekonomi dan melakukan usaha-
usaha gerakan Kebangsaan utuk mencapai kemerdekaan.
Justeru, pada tahun 1936 golongan Thakin telah mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di
Burma melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin. Parti Komin-Kochin memenangi 3 kerusi
sahaja.

c. Menubuhkan Persatuan-Persatuan

Di bawah pengaruh idea Marxist, golongan Thakin telah menubuhkan perstuan-persatuan untuk
mendapatkan sokongan golongan petani dan pekerja. 1938, Thakin Mya telah menubuhkan Persatuan Kaum
Petani Se Burma dan Liga Penanaman Padi Se Burma. Golongan Thakin telah mencadangkan beberapa
pembaharuan cukai bagi membantu petani.
1940, Thakin Ba Swe telah menubuhkan Kongres Buruh Seluruh Burma bagi menyelaraskan kegiatan
pertubuhan Buruh di seluruh Burma bagi menentang British. 1938-1940, golongan Thakin telah menganjurkan
pemogokan dalam kalangan pekerja-pekerja Syarikat Minyak Burma. Golongan Thakin menjadi semakin
popular dalam kalangan golongan pekerja dan petani.

d. Menubuhkan Blok Kebebasan

1939, ketika meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, golongan Thakin telah bertindak menubuhkan Blok
Kebebasan bersama-sama Dr. Ba Maw. Tujuannya untuk menuntut beberapa konsesi daripada pihak kerajaan
bagi penyertaan Burma dalam Perang Dunia Kedua. Tuntutan mereka mendapat sokongan golongan rakyat
melalui golongan Pongyi (sami-sami Buddha).
Sementara U Pu, Perdana Menteri Burma memberi jaminan kepada British bahawa Burma akan bantu British
dalam Perang Dunia Kedua tanpa syarat. Golongan Thakin telah bertindak melancarkan kempen anti-perang
dengan menyeru rakyat Burma memulau rancangan perang kerajaan Burma. Kerajaan Burma telah bertindak
menangkap pemimpin Thakin dan Dr. Ba Maw. Sementara Thakin Aung San bersama Thakin lain telah
melarikan diri ke China. Sementara Blok Kebebasan diharamkan.

e. Mengadakan Pakatan Dengan Jepun

1941, Thakin Aung San telah membuat pakatan dengan Jepun dan bersetuju membantu Jepun menawan
Burma dari British. Jepun pula berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Burma.
Ramai Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di Jepun dan menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma
pada tahun 1941.

f. Membantu Serangan Jepun ke atas Burma dan Kemerdekaan Burma 1943.

Jepun telah melancarkan serangan ke atas Burma pada bulan Disember 1941 dengan bantuan golongan
Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma. Jepun telah Berjaya menawan seluruh Burma menjelang bulan
Mei 1942.
Pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan mereka menganggap sebagai pembela nasionalisme
Burma. Atas usaha-usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos
1943. Sebuah kerajaan baharu ditubuhkan dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baharu ini
dipengaruhi oleh golongan Thakin yang memegang banyak jawatan dalam kabinet.

g. Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist (LPRAF)

Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya kepada Burma. Kuasa sebenar masih
dipegang oleh pihak Jepun. Justeru, pada tahun 1944 golongan Thakin dengan pertubuhan nasionalis yang lain
di Burma telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Ani-Fasist bagi menentang Jepun.
LPRAF seterusnya menyebelahi British British pada bulan Mac 1945 dengan mengisytiharkan penentangan
terhadap Jepun secara terbuka. Pada bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah secara rasmi. LPRAF yang
dikuasai oleh golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis Burma yang utama.

h. Kemerdekaan Burma 1948

Januari 1947, Thakin Aung San mengetuai delegasi Burma ke London bagi membincangkan kemerdekaan
Burma. April 1947, Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya Dewan Perhimpunan. British
bersetuju untuk memberi kemerdekaan dalam masa setahun.
Dalam pilihan raya Dewan Perhimpunan, LPRAF telah memenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi yang
dipertandingkan. Dewan Perhimpunan telah menggubal satu perlembagaan baru bagi Burma selepas mereka.
Pada 4 Januari 1948, Burma telah diisytiharkan kemerdekaan dengan Thakin U Nu sebagai Perdana Menteri.

Kesimpulan
Penglibatan golongan Thakin dalam gerakan nasionalisme Burma adalah sangat penting. Atas usaha merekalah
masyarakat Burma telah berjaya disatukan.

Soalan 137: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Indonesia.

Pendahuluan
Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Indonesia. Gerakan nasionalisme merupakan tindak
balas masyarakat menentang susunan politik , social dan ekonomi yang dibina di Negara mereka kesan daripada
penjajahan barat.
Nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk membentuk sesebuah
Negara bangsa. Kemunculan nasionalisme di Indonesia pada abad ke -20 di sebabkan oleh factor-faktor seperti
pengaruh agama , peranan pendidikan , golongan intelektual dan sebagainya.
Isi-isi Penting:
1. Reformis islam di Timur Tengah

Gerakan Reformis islam di mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat islam di Indonesia untuk
membela nasib bangsanya. Tokoh - tokoh yang berpengaruh ialah Syed Jamaludin Al - Afghani dan Syeikh
Muhamad Aduh. Gerakan ini memperjuangkan konsep pan islamisme ( penyatuan dunia islam bagi
menentang peluasan kuasa barat) dan membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan
dengan ajaran islam.
Pembaharuan dalam agama islam haruslah dibuat demi memajukan umat islam sedunia. Gerakan ini tidak
menolak sepenuhnya pengaruh barat. Apa yang penting bagi umat islam ialah kebebasan berfikir dan kesedaran
bahawa agama islam dalam bentuk yang suci dan mulia menjadi alat kemajuan. Tulisan Syeikh muhamad
Abduh disebarkan dalam majalah al-manar. Gerakan Reformis islam mempengaruhi penubuhan Sarekat islam
dan Muhammadiyah dalam perjuanganya untuk menengakkan kekuatan umat islam daripada ancaman pengaruh
asing dan agama Kristian.

2. Dasar perjuangan Mahatma Gandhi di India.

Gerakan menentang kerajaan colonial british di india mempengaruhi perjuangan para nasionalis di Indonesia.
Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh golongan bangsawan jawa diilhamkan oleh perjuangan Mahatma
Gandhi.
Kesimpulan
Pengaruh luar banyak membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat Indonesia untuk bangkit
menentang penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa barat.
Pengaruh luar seperti Reformis Islam di Timur Tengah dan dasar perjuangan Mahatma Gandhi sedikit sebanyak
membuka mata dan minda rakya Indonesia untuk bersatu menentang dan menangkis segala bentuk penjajahan
yang dilakukan oleh kuasa-kuasa asing.
Soalan 138: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Myanmar.

Pendahuluan.
Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Myanmar.Gerakan nasionalisme ini merupakan
tindak balas masyarakat menentang penjajahan barat. Nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta
akan tanah air dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa.
Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan menegakkan kebebasan individu atau Negara daripada
kongkongan dan penindasan barat. Golongan nasionalis di Myanmar memerhatikan golongan nasionalis di
india untuk di jadikan inspirasi mereka.
Isi-isi penting

1. Gerakan kongres india


Gerakan kongres india menentang pemerintahan british yang di pimpin oleh Mahatma Gandhi memberikan
inspirasi kepada gerakan nasinalisme di Myanmar. Gerakan rakyat yang bersifat penentangan awam (satyragha)
dan penentangan pasif tanpa kekerasaan menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan kaum nasionalis
Myanmar.
Sehingga tahun1937 ,Myanmar pernah disatukan dengan india .segala aktiviti nasionalis di india di perhatikan
oleh Myanmar. Pembaharuan Montagu-Chelmsford diluluskan untuk memberi taraf berkerajaan sendiri kepada
india .Akan tetapi ,pembaharuan ini tidak di lakukan oleh Myanmar dengan alasan Myanmar belum bersedia kea
rah berkerajaan sendiri.
Rasa tidak puas hati dan penentangan dimulakan oleh YMBA, para pelajar,dan persatuan politik sangha
sametggi.British tiada pilihan selain memperkenalkan sisitem diarkidi myanmar .akta kerajaan Myanmar
diluluskan oleh parlimen british pada tahun 1921.
2. Perang dunia pertama (1914-1918)
Perang dunia pertama telah menyedarkan orang Myanmar bahawa ekonomi Myanmar banyak bergantung kepada
ekonomi dunia. Mereka tertarik dengan kata-kata presiden amerika ,Woodrow Wilson tentang hak-hak semua
Negara di dunia untuk menentukan nasib Negara sendiri.
Rakyat Myanmar mendapati bahawa penjajah british tidak mematuhi Empat belas perkara yang dilaungkan oleh
Presiden Woodrow Wilson . Apa yang berlaku di Myanmar ialah pemerasan,penindasan dan kesengsaraan
Negara bukannya idea demokrasi,liberalisme,atau hak-hak memerintah Negara sendiri.
3. Revolusi Rusia 1917
Revolusi rusia atau revolusi Bolshevik 1917 berjaya menggulingkan pemerintahan raja berkuasa mutlak di rusia.
Revolusi ini menyebar idea komunisme yang mendukung prinsip persamaan dan menentang kapitalisme dan
imperialisme.
Nasionalis-nasionalis Myanmar tertarik dengan idea-idea menentang penjajah british dan menuntut prinsip
persamaan dalam peluang pentadbiraan ,pendidikan ,dan pekerjaan.
Penutup.
Apa-apa yang berkaitan

3.1.2 Parti Politik dan Persatuan


3.1.2 Parti Politik dan Persatuan

Soalan 139: Bincangkan peranan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme sehingga tahun
1920

Pengenalan
Pada tahun1909, R.M. Tirjoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam. Tujuan asal Sarekat Dagang Islam
adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagang
batik Cina. Agama Islam menjadi alat penyatuan, persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan pedagang
batik di Jawa. Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said
Tjokroaminoto menjadi Presiden
Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan
agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia. Sarekat Islam juga bermatlamat memajukan
ekonomi dan kebajikan masyarakat tempatan khususnya bidang pendidikan
Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada 800,000 orang pada tahun
1916. Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan nasionalisme di Indonesia. Mulai tahun 1916, Sarekat
Islam menunjukkan perjuangan politik secara terbuka, Pada tahun 1917, Sarekat Islam menuntut kemerdekaan
mutlak. Sarekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial dan ekonomi kepada
kerajaan Belanda

Isi-isi penting:

Dalam aspek politik

Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan berkerajaan sendiri daripada Belanda.
Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah dan memberikan kuasa yang lebih luas kepada
Volksraad supaya menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai kuasa Legislatif
Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang
berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur
21 tahun ke atas

Dalam aspek ekonomi

Sarekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting seperti besi, tekstil, kertas,
pengangkutan dan elektrik. Sarekat Islam menuntut supaya dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa
Mereka menuntut Belanda mengadakan lebih banyak klinik yang memberikan rawatan percuma kepada rakyat
Indonesia. Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja
maksima bagi pekerja
Mereka mendesak Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air

Dalam aspek sosial


Sarekat Islam menuntut undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam dibatalkan
Mereka mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji tetap kepada kiyai serta
penghulu
Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi terhadap kemasukan
pelajar-pelajar ke sekolah
Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah. Kerajaan
Belanda didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk membolehkan pelajar Indonesia menuntut di
luar negara . Mereka menuntut institusi pendidikan Islam diberi subsidi
Mereka juga menuntut Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai universiti

Kesimpulan
Berlandaskan kecenderungan terhadap keagamaan, Sarekat Islam mampu berjuang atas isu-isu politik yang
membolehkannya muncul sebagai organisasi massa pertama yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di
Indonesia
Walau bagaimanapun pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot. Ini disebabkan oleh perselisihan antara
golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti itu sendiri. Pemimpin Sarekat Islam seperti
Semaun dan Darsono telah dipengaruhi oleh komunis dan mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam
Pada tahun 1926, Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam kerana dituduh terlibat dalam beberapa
pemberontakan yang berlaku Pemimpin Sarekat Islam iaitu Omar Said Tjokroaminoto ditangkap dan
dipenjarakan

Soalan 140: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat parti politik bagi Partai Nasional
Indonesia.

Pendahuluan
Pada tahun 1922, sekumpulan pelajar Indonesia di Holland telah menubuhkan perhimpunan Indonesia. Setahun
kemudian, perhimpunan Indonesia telah menegaskan rancangan mereka untuk berjuang kea rah kemerdekaan
Negara. Untuk mencapai hasrat tersebut, Perhimpunan Indonesia menggabungkan usaha semua golangan
masyarakat Indonesia dan menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan kerajaan Belanda. Perhimpunan
Indonesia bersifat agresif dan radikal sejak penubuhannya di Holland.
Perhimpunan Indonesia berjaya mendapat sokongan ramai kerana memperjuangan kemerdekaan. Antara tahun
1923 dan 1927,ahli-ahli Perhimpunan Indonesia yang pulang ke Indonesia yang pulang ke Indonesia telah
menubuhkan kelab-kelab pelajar di beberapa buah Bandar. Kelab tersebut menjadi pusat perbincangan dan
saluran idea perjuangan Perhimpunan Indonesia.

Isi-isi penting:

Sebab-sebab dan matlamat penubuhan

1. Mulai tahun 1927, peranan PNI dalam pergerakan nasional Indonesia amat besar. Antara sebab dan
matlamat penubuhan PNI adalah untuk menuntut kemerdekaan mutlak, menyatukan rakyat Indonesia
melalui gabungan parti-parti politik kebangsaan Indonesia, membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang
bertanggungjawab kepada semua rakyat dan Memartabatkan penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa
rasmi.
2. PNI berjuang secara aktif dan radikal demi mencapai matlamat untuk membebaskan Indonesia daripada
penjajahan Belanda. Antara usaha PNI ialah: Mengamalkan dasar penentangan pasif, Mengamalkan dasar
tidak bekerjasama dengan Belanda, Menyeru pegawai Indonesia memulaukan Volksraad dan perkhidmatan
awam kerajaan, Menubuhkan kesatuan buruh, Memajukan syarikat kerjasama, Menyokong pendidikan
kebangsaan, Menganjurkan kursus dan mendirikan sekolah, Mengadakan rapat-rapat umum, Menyebarkan idea
nasionalis melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan Persatoean Indonesia di Jakarta.
3. Perjuangan PNI dijelaskan semasa Kongres Pemuda yang telah mengeluarkan Sumpah Pemuda yang
menekankan tiga perkara,iaitu: Semua rakyat Indonesia adalah sebangsa,sebahasa, dan senegara. Berdasarkan
prinsip tersebut, PNI menegaskan tidak akan menggunakan agama Islam sebagai dasar perjuangannya kerana
soal kemerdekaan turut melibatkan rakyat Indonesia beragama Kristian yang berbeza bahasa dan
budaya. Pertubuhan belia seperti Pemuda Jawa, Pemuda Sulawesi, Pemuda Sumatera dan Pemuda Ambon
digabungakan menjadi Persatuan Pemuda Indonesia. Lagu kebangsaan akan dicipta dan digunakan secara rasmi.
Idea nasionalisme dapat disalurkan melalui ciptaan lagu kebangsaan.
4. Kebijaksanaan Soekarno mengutamakan soal perpaduan dan persefahaman membolehkan PNI mendapat
sokongan ramai dan menjadi parti politik yang paling popular. Dalam masa dua tahun sahaja, PNI berjaya
meraih sokongan seramai 10000 orang.
5. Selaras dengan hasrat menyatukan rakyat Indonesia tanpa mengira perbezaan keturunan, bangsa, dan
agama, PNI berusaha menggabungkan parti-parti politik yang sedia ada seperti Budi Utomo, Pasundan,
Ikatan Sumatera, Kaum Betawi, Kelab Pelajar Surabaya, dan Sarekat Islam dalam satu gabungan yang besar,
iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Melalui PPPKI, PNI telah berusaha
membentuk perpaduan kebangsaan.

Penutup

Dalam kalangan kelab yang ditubuhkan, Kelab Pelajar Bandung yang paling aktif. Dari kelab tersebut, Soekarno
mengambil inisiatif menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pada 4 Jun 1927.
Perserikatan Nasional Indonesia kemudian menukar namanya kepada Partai Nasional Indonesia (PNI).

Soalan 141: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat persatuan Young Men Buddhist
Association (YMBA) di Myanmar

Pendahuluan
Young Men Buddhist Association (YMBA) atau Persatuan Belia Buddha merupakan pertubuhan bukan
kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1906 oleh golongan berpendidikan Barat.
Golongan ini terdiri daripada peguam dan mahasiswa Universiti Rangoon seperti U Ba Pe, Sir Maung Gyi, dan U
Kin.
Isi-isi penting

Sebab-sebab Persatuan Young Men Buddhist Association (YMBA)


1. Memupuk semangat kebangsaan.

Pemimpin bersefahaman radikal telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui isu kasut. Mereka
melancarkan protes terhadap sekumpulan orang Eropah yang memakai kasut memasuki Pagoda Endawya di
Rangoon. YMBA mengambil berat tentang isu kasut dan perbuatan British dianggap sebagai satu penghinaan
terhadap kesuciaan rumah ibadat masyarakat peribumi Myanmar. Pada mulanya, British tidak melayan tuntutan
YMBA kerana memandang ringan isu tersebut. Oleh itu, YMBA berusaha mendapat sokongan penduduk di
Bandar dan luar Bandar. British bimbang dengan sokongan kuat itu lalu mengeluarkan undang-undang melarang
pemakaian kasut di pagoda.
YMBA seterusnya membantah kerajaan British berkaitan dengan Laporan Montagu-Chelmsford pada tahun
1917. Melalui laporan tersebut, kerajaan british telah meluluskan perlembagaan baharu di India sebagai
persediaan ke arah status pemerintahan sendiri. Akan tetapi,kelulusan ini tidak diberikan kepada Myanmar
dengan alasan Myanmar masih belum mencapai taraf kepandaian membaca dan menulis. British berpendapat
Myanmar masih belum bersedia untuk mentadbir institusi demokrasi di Myanmar.

2. Mengembangkan pendidikan.

YMBA juga terlibat dalam isu Akta Universiti 1920. Tujuan akta ini adalah menaik tarafkan pendidikan di
Universiti Rangoon. Pada bulan Disember 1920, pelajar di universiti tersebut mengadakan mogok kerana
menganggap akta ini adalah muslihat British untuk melengah-lengahkan usaha Myanmar mencapai taraf
berkerajaan sendiri.
YMBA berjaya menggerakkan hampir seluruh masyarakat Myanmar untuk menentang tindakan British tersebut.
Mereka menuntut supaya sistem pendidikan dan universiti di Myanmar bebas daripada pengawasan British.
Bagi mengatasi mogok tersebut, British menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada tahun 1924. Melalui
pindaan tersebut, banyak kuasa pentadbiran universiti dipindahkan kepada orang Myanmar.

3. Mengekalkan tradisi agama Buddha.

Menegaskan agama Buddha sebagai penyelamat masyarakat. Mengekalkan semangat masyarakat peribumi
Myanmar dengan cogan kata, Buddha Save The King. Pada peringkat awal, YMBA memperjuangkan isu
sosial dan budaya menimbulkan minat dan kesedaran orang Myanmar terhadap kesenian, kesusasteraan,
kebudayaan, dan agama Buddha di Myanmar.
YMBA menerbitkan akhbar Thuriya untuk menyedarkan masyarakat Myanmar tentang kepentingan agama
Buddha dalam kehidupan mereka. Bukti YMBA memberi tumpuan kepada isu agama Buddha, kebudayaan, dan
pendidikan orang Myanmar:
Matlamat persatuan Young Men Buddhist Association (YMBA)
a) Memperjuangkan pendidikan percuma bagi anak-anak rakyat Myanmar.
b) Menuntut hak pelajaran yang sama diberikan kepada semua rakyat.
c) Menuntut ajaran dan nilai agama Buddha diserapkan dalam pendidikan.
d) Menubuhkan sekolah-sekolah yang menekankan agama Buddha.
e) Menggalakkan pelajar Myanmar dihantar ke luar Negara.
Kesimpulan
YMBA bertindak membentuk Majlis Am Persatuan-persatuan Myanmar GCBA pada tahun 1920. GCBA
melancarkan pemulauan terhadap kerajaan British. YMBA menghantar delegasi ke London sebagai tanda
protes. Perjuangan YMBA berjaya apabila kerajaan British memperkenalkan Sistem Diarki di Myanmar pada
tahun 1921.
Kebangkitan orang Thakin, menyebabkan pengaruh YMBA semakin senyap. Namun begitu, YMBA memainkan
peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme melalui agama Buddha. YMBA dapat
menyatupadukan masyarakat peribumi Myanmar ke arah satu matlamat yang sama, iaitu memelihara tradisi
agama Buddha dan menimbulkan kesedaran tentang ketidakadilan dasar penjajah British.

Soalan 142: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat parti politik Poor Mans Party di
Myanmar.

Pendahuluan :
Dr. Ba Maw sangat popular dalam kalangan rakyat jelata dan dianggap wira yang dapat mempertahankan hak
mereka kerana beliau Berjaya membela Saya San yang melancarkan pemberontakkan menentang British pada
tahun 1931-1932. Berdasarkan situasi tersebut, Dr Ba Maw menubuhkan Sin Ye Tha Ah-pwa pada tahun 1936.
Merupakan parti politik pertama di Myanmar yang Berjaya menarik sokongan rakyat yang kebanyakannya
merupakan kaun tani dan buruh yang miskin. Pada tahun 1937, Dr Ba Maw dilantik menjadi perdana Menteri
bangsa Myanmar pertama selepas Myanmar diasingkan daripada pentadbiran di India.
Isi-isi penting:

Sebab-sebab penubuhan
1. Penguatkuasaan ekonomi oleh kuasa-kuasa asing
Kegiatan ekonomi Myanmar dikuasai oleh syarikat asing seperti syarikat british serta pengusaha India dan Cina.
Pekerja seperti buruh dan perkeranian pula dikuasai orang India. Perkembangan ini telah menyebabkan ramai
orang Myanmar terpinggir dlm bidang ekonomi.
2. Kemelesetan ekonomi dunia

Kemelesetan ekonomi dunia sekitar awal 1930-an menyebabkan ramai petani hidup melarat
Perkembangan ini menyebabkan timbul masaalah kemiskinan.

3. Kejatuhan Harga beras

Kejatuhan harga beras menyebabkan kehidupan petani terjejas.


Perkembangan ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan petani terhadap british.
Matlamat Penubuhan
Matlamat utama penubuhan parti ini adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan Myanmar.
Parti nini turut memperjuangkan hak dan kebajikan golongan petani
Penutup :
Prinsip perjuangan Poor Mans Party yang menggunakan kelas bawahan yang terdiri daripada kaun tani, buruh,
dan golongan miskin sebagai benteng pertahanan dan penyatuan jelas memaparkan dasar perjuangan sosialis.
Walaupun parti ini dinamakan Poor Mans Party, namun pada hakikatnya, Dr. Ba Maw hanya mempergunakan
golongan yang miskin sebagai batu loncatan untuk memperkukuhkan kedudukannya di dalam politik menjadi
Perdana Menteri pada tahun 1937.

3.2.1 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan


3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan

Soalan 143: Bagaimanakah pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme


Myanmar pada abad ke-20

Pendahuluan
Jepun telah menyerang Myanmar pada Disember 1941. Menjelang Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh
Myanmar. Pendudukan Jepun di Myanmar berakhir pada Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah member kesan
penting terhadap perkembangan nasionalisme Myanmar dan telah mempercepat pencapaian kemerdekaan
Myanmar.

Isi-isi Penting:

1. Pakatan dengan Jepun

a. Pada tahun 1941, Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui pakakatan ini, golongan
Thakin berjanji akan membantu Jepun menakluki Myanmar daripada Inggeris dan Jepun berjanji untuk memberi
kemerdekaan kepada Myanmar.
b. Pakatan ini membolehkan golongan Thakin menjalani latihan ketenteraan di Jepun. Golongan Thakin
menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar dengan bantuan Jepun. Menjelang tahun 1941, Tentera
Kemerdekaan Myanmar mempunyai 30,000 orang anggota.

2. Membantu Jepun Menyerang Myanmar

a. Pada Disember 1941, Jepun menyerang Myanmar dengan bantuan Tentera Kemerdekaan Myanmar. Pada Mei
1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Kejayaan ini menyebabkan pengaruh golongan Thakin
semakin meningkat dan dianggap sebagai pembela bangsa dan negara Myanmar dalam kalangan rakyat
tempatan.
b. Kemenangan Jepun dan kekalahan British telah melenyapkan tanggapan rakyat Myanmar bahawa rakyat
British adalah satu bangsa agung yang tidak dapat dikalahkan. Kekalahan British ini telah menambahkan
keazaman golongan Thakin untuk mencapai kemerdekaan.

3. Pengalaman dalam bidang pentadbiran


a. Atas usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943. Sebuah
kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan Ba Maw telah dipengaruhi
golonan Thakin yang memegang banyak jawatan menteri kabinet.
b. Pengalaman berkerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun telah mengukuhkan keyakinan diri golongan
Thakin untuk menuntut kemerdekaan Myanmar dari British selepas pengunduran Jepun.

4. Pembentukan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF)

a. Jepun telah member kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Myanmar. Kuasa sebenar pentadbiran
Myanmar masih terletak di tangan Jepun. Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat
Myanmar semasa pendudukan Jepun telah mewujudkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar.
b. Pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Myanmar yang lain telah
menubuhkan LPRAF bagi menentang Jepun. LPRAF dipimpin oleh Aung San dan Than Tun. Pada Mac 1945,
LPRAF telah menyebelahi British apabila ia secara terbuka menentang Jepun.
c. Pada Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, LPRAF di bawah pimpinan
golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis yang utama di Myanmar.

5. Kemerdekaan Myanmar 1948

a. Pada Januari 1947, Thakin Aung San telah mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan
kemerdekaan Myanmar. Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya pada April 1947 dan
memberi kemerdekaan kepada Myanmar.
b. Dalam pilihan raya tersebut, LPRAF telah menenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi yang dipertandingkan.
Pada 19 Julai 1947, Aung San dan 6 rakannya dalam kabinet telah dibunuh oleh orang-orang upahan U Saw.
c. Namun, satu perlembagaan telah digubal bagi Myanmar. Lantaran itu, Myanmar mencapai kemerdekaan
sepenuhnya pada 4 Januari 1948. Perdana Menteri pertamanya ialah Thakin U Nu.
Kesimpulan
Pendudukan Jepun telah memperkukuhkan gerakan nasionalisme Myanmar dan mempercepat proses
kemerdekaan Myanmar selepas Perang Dunia Kedua.
Myanmar mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 dengan U Nu sebagai Perdana Menteri yang pertama.

Soalan 144: Huraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan di
Myanmar.

Pendahuluan:
Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua
negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara tahun 1941 - 1945. Belanda di Indonesia
menyerah kalah kepada Jepun manakala di Myanmar, British mnyerah kalah.
Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.Pendudukan Jepun memberi kesan ke
atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.

Isi-Isi Penting:
a) Dasar Politik

Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan untuk mnyatukan para nasionalis
dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka. Jepun menubuhkan Jawatankuasa
Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr.Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada
nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir negara sendiri. Pada 1 Ogos 1943, Jepun
memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr.Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaaan bersama
kabinetnya. Perlembagaan baharu diisytiharkan.
Jepun menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang tempatan.Jepun mngamalkan
pemerintahan bercorak ketenteraan dan menggalakkan pendudduk tempatan terlibat dalam ketenteraan. Jepun
bertindak mnyatukan kesemua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Dobama
Sinyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya di panggil Maha Bama Asiayone.

b) Dasar Ekonomi

Jepun menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan laut tetapi sector pengedaran dan perdagangan runcit
diberikan kepada rakyat tempatan. Dalam usaha untuk mngeksplotasi ekonomi tanah jajahan, Jepun
melaksanakan rancangan Kawasan KesemakmuranBersama Asia Timur Raya.
Disebabkan kekurangan bahan makanan, Jepun manggalakkan petani menanam hasil tanaman yang lebih
menguntungkan seperti kapas, kacang, dan jut.

c) Dasar Sosial
Jepun membenarkan penggunaan bahasa masyarakat majoriti Myanmar di sekolah dan pusat pentadbiran.

d) Kesan Politik

Kemenangan Jepun memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa British ialah sebuah kuasa
yang kuat. Kemenangan tersebut telah memberi kesedaran bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya
mengambil alih tanah air sendiri.
Slogan Asia untuk Orang Asia dan rancangan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya telah
membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah
dan mengukuhkan usaha untuk menghapuskan pengaruh dan budaya Barat. Nasionalis mula sedar bahawa
Jepun bercita-cita mengekploitasi ekonomi dan menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui slgan mereka
itu.
e) Kesan Ekonomi
Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semula jadi musnah dan Myanmar mengalami kekurangan
bahan keperluan. Sistem ekonomi sara diri yang diperkenalkan oleh Jepun membebankan rakyat tempatan
sehingga berlaku kebuluran di beberapa kawasan di Myanmar.
Perubahan sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi sara diri, kadar inflasi yang tinggi, dan
pengeksploitasi ekonomi oleh syarikat-syarikat Jepun mangakibatkan masyarakat tempatan sanggup menyertai
para nasionalis dalam gerakan bawah tanahuntuk menentang Jepun.
f) Kesan Sosial
Rakyat hidup dalam kebuluran dan penderitaan kerana wabak penyakit yang tidak terkawal. Jepun menggalakkan
penggunaan bahasa kaum majoirit. Akan tetapi, dasar ini gagal dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik
antara kaum majoriti Myanmar dengan kaum minotiti tempatan seperti Karen, Kachin, dan Chin.
Konflik ini akhirnya menyedarkan penduduk tempatan kekejaman dan penindasan Jepun. Mereka sedar bahawa
mereka sepatutnya bersatu menentang sebarang bentuk penjajahan.
Penutup:
Apa-apa yang berkaitan

Soalan 145: Huraikan dasar dan kesan pendudukan jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan di
Indonesia.
Pendahuluan
Jepun menyerang negara-negara asia tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua
Negara asia tenggara kecuali Thailand ditawan oleh jepun antara tahun 1941-1945.
Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan social. Pendudukan jepun memberi kesan
ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.
Isi-isi Penting:
1. Dasar-dasar
Dasar Politk
a. Penglibatan orang Indonesia dalam pentadbiran

Jepun memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam sistem politik. Ini disebabkan jepun
menghadapi kekurangan tenaga pentadbir perkhidmatan awam. Pada ogos 1942 setelah belanda ditawan, jepun
telah melantik penduduk Indonesia untuk mengisi jawatan dalam pentadbiran yang dahulunya dipegang oleh
belanda. Contohnya Soekarno dilantik sebagai pemimpin PUTERA dan dibantu oleh Hatta.
Bilangan orang Indonesia yang dilantik menjadi penasihat semakin meningkat dalam pemerintahan. Jepun telah
membentuk Dewan Penasihat di Jakarta dan diletakkan di bawah pemimpin Soekarno.

b. Gerakan Tiga A

Jepun telah membentuk gerakan rakyat iaitu Gerakan Tiga A pada april 1942. Gerakan ini berasal dari slogan
jepun iaitu Jepun Ketua Asia atau Jepun Cahaya.
Gerakan Tiga A bertujuan untuk mendapat bantuan orang Indonesia bagi memenuhi keperluan perang dan
menjayakan pelaksanaan rancangan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Jepun
menggunakan slogan kata tersebut untuk menyeru orang asia supaya bersatu di bawah kekuasaan tertinggi jepun
untuk menentang kuasa barat.

c. Pemerintahan jepun di Indonesia

pemerintahan jepun di Indonesia bercorak ketenteraan. Jabatan Gabenor dan Jabatan Pembantu Residen
dihapuskan. Kedudukan Residen sebagai Ketua Wilayah Keresidenan masih dikekalkan. Begitu juga dengan
jawatan Bupati sebagai Ketua Wilayah kabupaten.
Pemerintahan tertinggi dan kuasa Gabenor Jeneral yang dahulunya di bawah pemerintahan Indonesia dijalankan
oleh Perwira Tinggi Tentera Jepun yang dikenali sebagai Saikoo Sikikan.
Dasar Ekonomi
a. Bidang pekebunan

Kegiatan pekebunan berkembang dengan kewujudan sebuah badan pengawasan yang dibentuk oleh Gunseikan.
Badan pengawasan ini dinamakan Saibai Kigyo Kanrikodan (SKK).
SKK mengawasi kegiatan pekebunan, mengendalikan urusan jual-beli, dan menentukan harga hasil penjual
pekebunan. Melalui SKK, bidang pekebunan terutamanya pekebunan kina iaitu ubat-ubatan dan karet iaitu getah
berkembang maju.

b. Kegiatan pertanian

Jepun menjalankan kegiatan membuka tanah baharu dan bekas tanah pekebunan untuk penanaman padi.
Contohnya, bekas pekebunan tembakau di sumatera timur telah ditanam dengan tanaman padi yang luasnya
lebih kurang 10.000 hektar.
Tanah pertanian baharu di daerah Karo telah dibuka. Di Kalimantan dan Sulawesi pula, penanaman padi
diwajibkan untuk mengatasi masalah kekurangan beras terutamanya di jawa. Usaha ini juga dapat
mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap pengimportan beras.

c. Kegiatan perdagangan
Jepun mengeksploitasi bahan mentah Indonesia untuk kegunaannya sendiri. Masalah pengeksportan berlaku
kerana jepun telah mengharamkan eksport ke negara lain.
Bidang perdagangan dimonopoli oleh syarikat swasta Jepun.
2. Kesan-kesan dasar yang dilaksanakan

Kesan politik dan pentadbiran


Penduduk tempatan terutama golongan pertengahan diberikan tempat oleh pentadbiran tentera jepun dalam sistem
pemerintahan dengan memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Ini memberikan pengalaman kepada
mereka dalam urusan pentadbiran Negara.
Pendidikan ketenteraan diajar kepada pemuda Indonesia baik dalam PETA dan HEIHO. Ini merupakan
pengalaman paling berharga untuk perjuangan kemerdekaan Indonesia. Pejuang-pejuang yang dilatih oleh
tentera jepun ramai yang menjawat-jawatan penting dalam Jabatan Tentera selepas Indonesia mencapai
kemerdekaan pada 17 ogos 1945.
Kesan ekonomi
Pentadbiran tentera Jepun telah mengeksploitasi sumber kekayaan dengan cara semua ladang milik belanda,
peralatan, dan kemudahan perusahaan seperti elektrik, telekomunikasi dan pengangkutan diambil alih atau disita
oleh tentera jepun. Penduduk Indonesia dipaksa untuk bekerja di ladang untuk membiayai perbelanjaan perang.
Penduduk diwajibkan menyimpan padi, jagung, dan hasil ternakan dalam jumlah yang besar untuk memenuhi
keperluan logistik jepun di medan perang. Menanam pokok jarak untuk diambil minyaknya dan diproses sebagai
minyak pelincir untuk jentera-jentera dan kelengkapan perang tentera jepun.
Kesan sosial
Kejayaan jepun mengalahkan Belanda dan Tentera Bersekutu telah meniupkan semangat nasionalisme.
Masyarakat tempatan menyedari bahawa orang asia yang dianggap lemah juga mampu mengalahkan kuasa
barat. Penggunaan bahasa Indonesia semasa pendudukan jepun dapat menyatupadukan masyarakat Indonesia.
Bahasa Indonesia menjadi lambang perpaduan kebangsaan untuk menentang jepun dan belanda serta seterusnya
mencapai kemerdekaan. Begitu juga, jepun membenarkan penggunaan lagu kebangsaan Indonesia, iaitu
Indonesia Raya. Lagu kebangsaan ini menyemarakkan perasaan cinta akan Negara dan menolak sebarang
penguasaan asing.
Sistem Romusha turut diperkenalkan bagi menjamin sumber tenaga dalam bidang ketenteraan. Lelaki dan
perempuan berumur antara 16 hingga 25 tahun dikerah untuk menyertai Sistem Romusha. Usaha jepun ini
menyemarakkan perasaan benci orang Indonesia terhadap pentadbiran jepun.
Kesimpulan
Pendudukan jepun telah memberi kesan terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. Segala pengalaman yang
ditempuh oleh masyarakat tempatan telah diambil sebagai pedoman hidup untuk lebih bersemangat mengusir
penjajah jepun dan barat. Kesan yang bermakna ialah perubahan pendirian para nasionalis di Indonesia seperti
Soekarno yang pada mulanya bersikap pro-jepun bertukar kepada anti-jepun. Para nasionalis memainkan
peranan penting dalam membawa Negara ke arah perjuangan menentang jepun secara gerakan bawah tanah dan
seterusnya memperjuangkan kemerdekaan pada era selepas pendudukan jepun.
Pendudukan jepun merupakan era penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
jelata yang menjadi benteng pertahanan yang kukuh.

Soalan 146: Bagaimanakah pendudukan Jepun 1942 1945 mempengaruhi gerakan kebangsaan di
Myanmar dan Indonesia?

Pendahuluan
Jepun telah menduduki Myanmar dan Indonesia pada 1942 . Para nasionalis di kedua-dua negara ini telah
menyokong dan membantu Jepun dalam penaklukan mereka demi mencapai kemerdekaan. Pendudukan Jepun
di Indonesia dan Burma tamat pada 1945. Pendudukan Jepun telah mengukuhkan gerakan nasionalis Indonesia
dan Burma dan ini mempercepatkan proses kemerdekaan kedua-dua buah negara.
Isi-isi Penting:

A. Indonesia

1. Kekalahan Belanda

kekalahan ini telah mengakibatkan kemerosotan maruah Belanda


menambah semangat anti penjajah

2. Peluang pentadbiran

peluang ini diberi kepada para pelajar dan nasionalis


mereka diberi latihan dalam jawatan teknikal dan pentadbiran
dapat keyakinan untuk memerintah Negara

3. Penubuhan PUTERA

sikap Jepun yang lembut telah memberi peluang kepada golongan nasionalis bebas berpolitik. Sukarno , Hatta
dan Shahrir dibebaskan dari penjara
Penubuhan PUTERA mengukuhkan keazaman mereka untuk mencapai kemerdekaan

4. Penubuhan PETA ( Tentera Sukarela Pembela Tanahair )

dipimpin oleh pegawai-pegawai Indonesia dan mendapat latihan tentera daripada pihak Jepun
mempertahankan Indonesia daripada kuasa Berikat

5. Pertubuhan-pertubuhan Jepun

Semendan, Gakototoi dan Barisan Pelopor mendapat latihan tentera. Pihak Jepun telah membantu penubuhan
Majlis Syura Muslimin Indonesia ( Masjumi )
Menentang Belanda

B. Myanmar

1. Kejayaan Jepun
menjatuhkan maruah British
menyemarakkan keazaman golongan Thakin untuk merdeka

2. Bantuan Thakin kepada Jepun


Jepun menubuhkan kerajaan baru di bawah Dr Ba Maw
mereka diberi latihan mentadbir sendiri yang memberi keyakinan kepada Thakin untuk menuntut kemerdekaan

3. Penindasan Jepun

Jepun memperalatkan Burma dan kerajaan baru itu dalam program mereka untuk mengeksploitasi sumber alam
Burma demi kepentingan ekonomi mereka Golongan Thakin menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti
Fasis bagi menentang Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat

Kesimpulan
Pendudukan Jepun telah secara langsung telah mempercepatkan lagi proses pencapaian kemerdekaan.
Pendudukan ini telah membuka mata para nasioanalis terhadap muslihat Jepun dan pihak penjajah. Ini memberi
kesedaran bahawa mereka tidak boleh mengharap kepada Jepun atau penjajah barat untuk menjaga kepentingan
negara.
Oleh itu, para nasionalis sedar bahawa bagi mendapat kemerdekaan, mereka perlu bekerjasama bagi menentang
penjajah.

3.2.3 Kemerdekaan
3.2.3 Kemerdekaan

Soalan 149: Huraikan langkah-langkah ke arah mencapai kemerdekaan di Myanmar pada abad ke-20.

Pendahuluan
Perjuangan kemerdekaan Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Jepun di tangan
Tentera Bersekutu. Sebenarnya, sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan nasionalisme Myanmar telah muncul ke
arah mencapai kemerdekaan.
Pada 4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British. Pencapaian
kemerdekaan Myanmar merupakan satu proses perjuangan para nasionalis bersama-sama rakyat jelata.
Isi-isi Penting:

1. Sebelum Pendudukan Jepun


Young Men Buddhist Association (YMBA) terlibat dalam pertikaian pemakaian kasut di pagoda, iaitu Isu Kasut
pada tahun 1916. Pada tahun 1917, perjuangan YMBA menjadi lebih agresif apabila Myanmar tidak
dimasukkan dalam pembahruan Montagu-Chelmsford kerana dianggap masih belum mantap untuk mencapai
taraf pemerintahan sendiri. British telah meluluskan akta Universal pada 28 Ogos 1920. Sekali lagi, YMBA
membantah tindakan British tersebut kerana akta ini bertujuan untuk mengangkat taraf pendidikan di Universiti
Rangoon. Pada para nasionalis, akta ini merupakan satu teknik British melengah-lengahkan langkah berkerajaan
sendiri bagi Myanmar. YMBA mengatur satu mogok pelajar menentang akta ini. Bantahan ini berjaya apabila
British menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada tahun 1924 yang bermakna kuasa pentadbiran universiti
akan dipindahkan ke tangan orang Myanmar. YMBA disokong oleh golongan pongyi dalam perjuangan mereka
menentang dasar British.
Pada tahun 1922, Sangha Sametggi telah bergabung dengan Majlis Umum Persatuan-persatuan Myanmar
(GCBA) untuk menentang Sistem Diarki yang dilancarkan pada tahun 1921. Mereka memulaukan pilihan raya
pertama untuk memilih ahli-ahli Dewan Perundangan. Seterusnya, mereka memulaukan pilihan raya tahun 1925
dan 1928. Dalam isu pemisahan Myanmar dari India, kumpulan anti-pemisah yang terdiri daripada Dr. Ba Maw
dan U Khaw Myint membentuk Liga Anti Pemisah kerana bimbang akan melambatkan dan membantutkan
usaha Myanmar mencapai taraf berkerajaan sendiri.
Pada tahun 1930-1931, berlaku Pemberontakan Saya San bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan
memulihkan agama Buddha. Walaupun pemberontakan ini gagal, namun pemberontakan ini telah menyedarkan
bangsa Myanmar akan kepentingan tradisi lamanya. Dobama Asiayone yang dipimpin oleh golongan Thakin
mengamalkan taktik perjuangan Mahatma Ghandi di India, iaitu dasar tidak bekerjasama dengan pihak penjajah.
Pada tahun 1936, pelajar-pelajar Universiti Rangoon di bawah pimpinan golongan Thakin mengadakan satu
mogok untuk membantah Akta Universiti 1920. Mereka berjaya apabila permintaan untuk beberapa pindaan
dibuat. Untuk mendapatkan sokongan petani dan pekerja, golongan Thakin menubuhkan Pertubuhan Petani-
petani Myanmar dan menegaskan beberapa pembaharuan cukai bagi meringankan beban petani.
Pada tahun 1939, golongan Thakin membentuk Blok Kemerdekaan bertujuan mencapai pemerintahan sendiri.
Blok ini menyarankan kerjasama dengan kerajaan British sekiranya British memberi kemerdekaan kepada
Myanmar. British tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana mencurigai hubungan Blok Kebebasan dengan
Jepun.
2. Pakatan Thakin-Jepun Sebelum Perang Dunia Kedua
Golongan Thakin pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan Jepun sejak awal tahun 1930-an. Mereka
menyokong Jepun dan meminta supaya Jepun memberikan kemerdekaan kepada Myanmar. Apabila Aung San
melarikan diri ke Jepun, beliau telah menubuhkan pertubuhan tentera bernama Minami Kikan. Pertubuhan ini
dilatih oleh tentera Jepun.
Jepun memasuki Myanmar melalui Tenasserim dan pada bulan Mei 1942, angkatan perang Jepun berjaya
menawan seluruh Myanmar.
3. Perjuangan Kemerdekaan Myanmar pada Zaman Jepun
Kemerdekaan Myanmar 1943. Kejayaan Jepun menawan Myanmar telah menamatkan pemerintahan British.
Golongan Thakin berusaha untuk mencapai kemerdekaan negara. Bagi membalas jasa Thakin, Jepun telah
memberikan kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943. Jepun membentuk satu kerajaan boneka dengan
Dr. Ba Maw sebagai perdana menteri. Myanmar diisytiharkan merdeka di bawah kerajaan boneka dan
mempunyai kabinet sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada para nasionalis Thakin. Penentangan terhadap
Myanmar melalui Liga Pembebasan Rakyat Anti- Fasis. Golongan Thakin menyedari muslihat Jepun dalam
memberikan mereka kemerdekaan.
Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun telah melahirkan semangat anti-Jepun. Nasionalis
tempatan telah bersatu di bawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) yang dipimpin oleh Aung San.
LPRAF akhirnya menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan negara. Aung
San dan pemimpin Thakin yang lain berpura-pura bekerjasama dengan Jepun. Sebagai Menteri Pertahanan
dalam kabinet Jepun, Aung San dapat bantuan Than Thon membentuk Tentera kemerdekaan Myanmar yang
bbulan April erunsur anti-Jepun.
Tentera Kemerdekaan Myanmar kemudiannya menjadi asas penubuhan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis pada
tahun 1944. LPRAF menentang Jepun melalui sabotaj serta gerakan bawah tanah dengan harapan dapat
menubuhkan kerajaan negara Myanmar yang berdaulat. Mulai bulan Mac 1945, LPRAF memihak kepada
British dan menentang jepun secara terbuka. LPRAF memihak kepada British dengan penuh keazaman bahawa
British akan mengisytiharkan kemerdekaan secepat mungkin selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
4. Perjuangan Kemerdekaan Myanmar Selepas Perang Dunia Kedua
Pembentukan kerajaan baharu. Bagi Myanmar, Thakin masih memainkan peranan utama dalam perjuangn
tersebut. Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. British kembali ke Myanmar tanpa ada tentangan
daripada rakyat Myanmar. Gabenor British, Rance telah mengadakan rundingan dengan pihak nasionalis
Myanmar dan mencadangkan bahawa Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis diperikan perwakilan minoriti dalam
Dewan eksekutif. Cadangan ini ditolak oleh Aung San dan LPRAF melancarkan satu mogok kebangsaan.
Kerajaan baharu dibentuk dan Aung San dilantik sebagai Perdana Menteri, British mula mngakui peranan
LPRAF.
Perjanjian Atlee-Aung-San 1946. Pada 20 Disember, 1946, Perdana Menteri British, Atlee telah mengemukakan
dasar baharu bagi Myanmar di Dewan Rakyat (House of Commons). Nasionalis Myanmar dijemputn ke London
untuk membincangkan perlembagaan yang akan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat Myanmar.
Rundingan ini membawa kepada Perjanjian Atlee-Aung San.
Pilihan Raya 1947. Satu pilihan raya telah diadakan pada bulan April 1947. LPRAF berjaya mendapat
kemenangan cemerlang dalam pilihan raya 1947. Ini bermakna LPRAF akan membentuk kerajaan baharu
dengan kabinet dan perlembagaannya sendiri. Persediaan perlembagaan baharu. Sebelum Perhimpunan
Perlembagaan dibuka, LPRAF telah bersiap sedia menggubal perlembagaan baharu bagi Myanmar yang akan
merdeka. Dalam perhimpunan tersebut, diadakan perbincangan tentang soal perlembagaan dan pembentukan
negara merdeka yang akan dikenali sebagai Kesatuan Myanmar.
Pembunuhan Aung San. Ketika kabinet sedang mengadakan mesyuarat, empat orang pemuda berpakaian tentera
telah menyerang Dewan Majlis lalu melepaskan tembakan kepada semua ahli kabinet. Peristiwa tembakan ini
mengakibatkan beberapa orang pemimpin terkorban. Selepas siasatan, didapati bahawa U Saw yang merancang
peristiwa hitam tersebut. Beliau dibicarakan dan dihukum mati. Pencapaian kemerdekaan. Perjuangan
kemerdekaan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin LPRAF yang lain di bawah pimpinan U Nu.
Penutup
Apa-apa yang berkaitan

Soalan 150. Huraikan peranan pertubuhan dan parti-parti utama yang berjuang ke arah
membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20
Pendahuluan

Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha melindungi kepentingan masyarakat
peribumi dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui penubuhan pertubuhan di parti politik. Semasa
Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang
mengusir Jepun dan Belanda dari Bumi Indonesia.
Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan Republik Indonesia sebelum Belanda
Bertapak semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua. Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut,
lalu terdapat penentangan dan bantahan di kedua-dua pihak sehinnga membawa kepada campur tangan kuasa
luar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai kemerdekaan selepas mengangkat
senjata atau selepas melancarkan revolusi.

Isi-isi penting
Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia pada awal abad ke-20 bagi membangkitkan
semangat nasionalisme dan kesedaran politik.
1. Sekolah Kartini

Pada tahun 1902, Raden Adjeng Kartini menubuhkan sebuah sekolah bagi anak perempuan pegawai-pegawai
anak Indonesia.
Mengikut J.S. Furnivall, kemunculan Kartini menunjukkan permulaan gerakan kesedaran Indonesia.

2. Budi Utomo

Budi Utomo yang ditubuhkan pada tahun 1908 oleh Dr. Mas wahidin Soediro Hoesoedo bertujuan untuk
mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.
Budi Utomo merupakan persatuan golongan pertengahan Jawa yang memperjuangkan pendidikan Barat untuk
penduduk Jawa.

3. Sarekat Islam

Sarekat islam ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Omar Said Tjokroaminoto. Sarekat Islam berasal dari Sarekat
Dangang Islam yang bertujuan melindungi saudagar-saudagar batik Jawa dari persaingan orang Cina yang telah
menguasai ekonomi Indonesia serta memajukan kepentingan islam dan kedudukan Sosioekonomi penduduk
Indonesia. Sarekat Islam mengunakan Islam sebagai satu lambang penyatuan dan persaudaraan dalam usaha
menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia.
Kebanyakan pemimpin Sarekat Islam merupakan golongan reformis yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis
di Timur Tengah. Pada tahun 1976, Sarekat Islam memperjuangkan kerajaan sendiri. Pada tahun 1917, Sarekat
Islam di bawah pemimpinan Haji Agus Salim memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan
yang berasaskan undang-undang Islam. Kemunculan Sarekat Islam menandakan titik peralihan gerakan
kesedaran Indonesia. Sarekat Islam adalah parti politik massa Indonesia yang pertama.Keanggotaannya
dibuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak terhad kepada golongan tertentu. Oleh sebab
ancaman komunis dan masalah dalaman, Sarekat Islam mulai merosot pada tahun 1920-an.

4. Muhammadiyah

Muhammadiyah ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Haji Ahmad Dahlan yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis
Islam. Muhammadiyah menekankan pentingnya menyebarkan ajaran Islam yang sejati berdasarkan al-
Quran sebagai pegangan hidup untuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama Kristian.
Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah, klinik, msjid, dan perpustakaan. Muhammadiyah tidak
berunsur politik.

5. Nahdatul Ulama

Nahdatul ulama merupakan sebuah parti konservatif di bawah pimpinan Kiyai Hashim Ashari. Nahdatul Ulama
yang ditubuhkan pada tahun 1926 ingin menyebarkan ajaran ortodoks Islam.
Keanggotaannya terdiri daripada ulama-ulama ortodoks (kyais), golongan santri, dan pedagang. Nahdatul
Ulama juga bergiat cergas dalam mengendalikan sekolah agama ortodoks, masjid, dan kerja-kerja kebajikan.

6. Parti Komunis Indonesia

Pada tahun 1920, Parti Komunis Indonesia (PKI) ditubuhkan oleh Semaun dan Darsono. Parti ini merupakan
sebuah parti radikal yang ingin menubuhkan sebuah republik komunis di Indonesia melalui revolusi bersenjata.
PKI menentang Belanda secara kekerasan. PKI berjaya menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan
telah menganjurkan beberapa pemogokan antara tahun 1923-1926.
Revolusi bersenjata yang dilancarkan oleh PKI pada tahun 1926-1927 gagal mencapai matlamat untuk
menumpaskan pemerintahan Belanda. Belanda mengamalkan dasar yang lebih agresif terhadap PKI.

7. Parti Nasional Indonesia

Parti Nasional Indonesia (PNI) sebuah parti massa sekular ditubuhkan pada 4 Jun 1927 oleh ahli-ahli Kelab
Pendidikan Bandung. Pemimpin utamanya ialah Soerkarno. Beliau berpendapat bahawa penyatuan dan
perpaduan rakyat Indonesia adalah penting untuk mencapai kemerdekaan mutlak. Beliau mengamalkan dasar
tidak berkerjasama dengan Belanda dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Beliau berusaha menyatukan
pertubuhan-pertubuhan nasional yang ada melalui penubuhan satu persekutuan yang longgar,
iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPKI).
Pihak Belanda berasa cemas dengan sokongan kuat terhadap PNI dan dasar anti-Belandanya yang terlalu radikal.
Memandangkan kedudukan Belanda agak terjejas, Belanda bertindak menangkap Soerkarno dan tukuh orang
pemimpin yang lain. Ini melemahkan PNI dan akhirnya PNI berpecah. Ahli-ahli PNI menubuhkan tiga buah
parti yang lebih kecil, iaitu Partindo, Parti Rakyat Indonesia, dan Kelab Pendidikan Nasional.

8. Rayuan Soetardjo dan Rayuan Wiwoho

Rayuan Soetardjo (1936) meminta supaya Volksraad mengadakan satu persidangan bagi membincangkan
autonomi Indonesia dalam satu kesatuan Belanda-Indonesia. Rayuan ini diluluskan oleh Volksraad tetapi ditolak
oleh kerajaan Belanda.
Permintaan yang sama juga dibuat melalui Rayuan Wiwoho. Seperti Rayuan Soertardjo, Rayuan Wiwoho juga
ditolak oleh kerajaan Belanda dengan alasan Pembaharuan politik akan dibincangkan selepas Perang Dunia
Kedua.

9. Majlis Rakyat Indonesia

Kegagalan Rayuan Wiwoho menigkatkan semangat perpaduan para nasionalis untuk menubuhkan sebuah
pertubuhan yang tetap, iaitu Majlis Rakayat Indonesia.
Majlis ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah parliman yang dapat mewakili rakyat Indonesia. Rancangan
Majlis terbantut apabila Jepun menyerang Indonesia.
Kesimpulan
Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri pemberontakan dan peperangan dengan Belanda
yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949setelah pihak
Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia. Bagi Myanmar, perjuangannya ke
arah kemerdekaan lebih aman daripada apa yang berlaku di Indonesia. Myanmar mencapai kemerdekaannya
secara perlembagaannya.

Soalan 151: Huraikan langkah-langkah ke arah mencapai kemerdekaan di Indonesia pada abad ke-20

Pendahuluan

Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha melindungi kepentingan masyarakat
peribumi dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui penubuhan pertubuhan di parti politik. Semasa
Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang
mengusir Jepun dan Belanda dari Bumi Indonesia.
Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan Republik Indonesia sebelum Belanda
Bertapak semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua. Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut,
lalu terdapat penentangan dan bantahan di kedua-dua pihak sehinnga membawa kepada campur tangan kuasa
luar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai kemerdekaan selepas mengangkat
senjata atau selepas melancarkan revolusi.

Isi-isi penting

Perjuangan kemerdekaan sebelum Perang Dunia Kedua

Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia pada awal abad ke-20 bagi membangkitkan
semangat nasionalisme dan kesedaran politik seperti Muhammadiyah dll.
Perjuangan Kemerdekaan Semasa Perang Dunia Kedua
Para nasionalis Indonesia menyokong kedatangan Jepun demi mencapai kemerdekaan. Jepun telah mengusir
Belanda memerintah Indonesia pada tahun 1942-1945. Terdapat tiga unit pentadbiran, iaitu Sumatra, Jawa, dan
Indonesia Timur. Jepun mengekalkan sistem pentadbiran asas Belanda dan memerintah Indonesia melalui
golongan Priyayi (elit). Pentadbiran Jepun memperlihatkan berlakunya inflasi, penindasan, kebuluran, dan
penderitaan rakyat. Penduduk Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui kejayaanya
mengalahkan Belanda. Jepun telah membebaskan nasionalis Indonesia yang telah dipenjarakan oleh Belanda.
Jawatan pentadbiran diberikan kepada rakyat tempatan.
Penubuhan PUTERA pada Mac 1943 di mana Soerkarno menjadi pengerusi. Melalui PUTERA, Soerkarno cuba
mendapatkan sokongan rakyat tempatan. Soerkarno mengunakan PUTERA untuk meningkatkan kesedaran
politik dalam kalangan penduduk Indonesia dan mengukuhkan keazaman untuk mencapai kemerdekaan.
Penubuhan PETA dipimpin oleh pegawai Indonesia dan menerima latihan tentera dari pihak Jepun. PETA
bertujuan mempertahankan Indonesia dari serangan kuasa Barat. PETA membangkitkan semangat antipenjajah
melalui: Penubuhan MASJUMI untuk menyebarkan perasaan anti-Belanda melalui agama dan menjanjikan
kemerdekaan.Jawatan Kuasa Persedian Kemerdekaan dibentuk. Pengerusinya ialah Soerkarno.
Soerkarno membentuk Pancasila dengan lima prinsip, iaitu nasionalisme, internasionalisme, kerajaan yang
mewakili rakyat, kemakmuran sosial dan kepercayaan kepada Tuhan. Apabila nasionalis Indonesia
mendapati bahawa Jepun tidak berniat ingin memberi kemerdekaan, mereka menentangnya melalui gerakan
bawah tanah. Terdapat empat kumpulan gerakan bawah tanah iaitu, Gerakan bawah tanah pimpinan Amir
Syarifudin, Gerakan bawah tanah pimpinan Sutan Syahrir, Gerakan bawah tanah anjuran Persatuan
Mahasiswa Universiti Jakarta dan Gerakan bawah tanah pimpinan Soerkarno.
Perjuangan Kemerdekaan Selepas kembalinya Kuasa Belanda
Dua hari selepas Jepun menyerah kalah kepada kuasa-kuasa Berikat, Soerkarno dan Hatta telah
mengumumkan Kemerdekaan Republik Indonesia, iaitu pada 17 Ogos 1945. Belanda enggan mengiktiraf
kerajaan baharu Soerkarno yang merdeka itu. Belanda ingin berkuasa semula. Belanda melantik Syahrir,
seorang ahli sederhana sebagai ketua kerajaan republik itu. Rundingan bermula antara kabinet Syahrir dengan
kerajaan Belanda.
Walau bagaimanapun Syahrir mengumumkan bahawa tuntutan dasar kerajaan republik ialah pengiktirafan
Belanda. Belanda enggan berbuat demikian dan tetap dengan pendirian mengenakan kawalan terhadap pulau-
pulau Indonesia. Percubaan Belanda ini menyebabkan penentangan dan pertumpahan darah sehingga
berlaku Revolusi Kemerdekaan Indonesia (1945-1949).
Pada tahun 1946, kerajaan Belanda mengesyorkan pembentukan sebuah Komenwel Indonesia. Komenwel ini
terdiri daripada wilayah-wilayah dengan kerajaannya sendiri. Sebuah parlimen yang dipilih akan mengawal hal-
ehwal kerajaan. Kerajaan komenwel ini akan diketuai oleh wakil Belanda. Komonwel Indonesia akan menjadi
sebahagian daripada kerajaan Belanda.
Pada bulan Jun 1946, Syahrir dan beberapa ahli kabinetnyadiculik oleh komunis di bawah Tan Melaka.
Rancangan tersebut merupakan percubaan komunis untuk merampas kuasa. Soerkarno dengan segaranya
mengisytiharkan darurat. Syahrir dan rakan-rakanya dibebaskan dua hari kemudian.
Perjanjian Linggajati 1946
Sementara itu, kuasa Barat yang lain seperti British mengkrtik tindakan Belanda di Indonesia. Tentera British
sedia berundur dari Jawa. Belanda kurang senang dan terpaksa menyelesaikan krisis Indonesia di meja
perundangan.
Akhirnya, perundingan antara kedua-dua pihak berlansung di Langgati antara bulan Oktober dan November
1946. Menurut perjanjian tersebut: Pihak Belanda mengiktiraf republik itu sebagai kuasa pemerintahan di Pulau
Jawa, Madura, dan Sumatra, Persekutuan yang dinamakan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia akan dibentuk dan
Kesatuan Negeri-negeri Indonesia merupakan sebahagian daripada Kesatuan Belanda-Indonesia dan Ratu
belanda menjadi ketua kesatuan ini.
Perjanjian Linggajati bukan sahaja gagal tetapi juga ditentang oleh pihak tertentu seperti PNI, MASJUMI, dan
ahli-ahli komunis. Kerajaan republik tidak dapat menerimanya memandangkan Belanda telah mengumumkan
bahawa sehingga Kesatuan Negeri-negeri Indonesia dibentuk, maka kerajaan Belanda menjadi kuasa agung di
seluruh Indonesia.
Perjanjian Renville 1948
Melihat keadaan huru-hara di Indonesia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atas desakan India dan Australia
mengeluarkan satu perintah gencatan sejata. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Australia,
Belgium, dan Amerika Syarikat dibentuk untuk menyelesaikan masalah itu. Hasilnya Perjanjian Renville
ditandatangani pada bulan Januari 1948. Antara syarat-syaratnya ialah Belanda dan Indonesia bersutuju
mengundurkan tenteranya. Perjanjian Renville gagal menyelesaikan perselisihan antara Belanda dengan
Indonesia. Para nasionalis Indonesia menuduh Belanda cuba menyekat perkembangan bandar dan pelabuhan
Republik Indonesia manakala Belanda mendakwa bahawa Republik Indonesia dikuasai oleh golongan komunis.
Belanda sekali lagi mengenakan tindakan militan, iaitu tindakan polis dan pemimpin nasionalis seperti
Soerkarno, Hatta, dan Syahrir ditangkap. Walaupun tanpa pemimpin utama, perjuangan kemerdekaan masih
diteruskan. Menteri kewangan, Syafruddin Prawiranegara telah menubuhkan pemerintahan Darurat Republik
Indonesia dan Sumatra. Beliau berjaya menyeru rakyat melancarkan dasar tidak kerjasama dengan Belanda.
Perjanjian Hague 1949
Belanda dikecam hebat oleh dunia luar. Akhirnya Soekarno, Hatta, dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan.
Oleh sebab tidak ingin peperangan berterusan maka Perjanjian Hague ditandatangani pada 2 November 1949.
Belanda terpaksa mematuhi desakan kuasa luar untuk mengadakan Rundinagn Meja Bandar di Hague atas sebab
Belanda tidak ingin perang kerana kerajaannya tidak mempuyai tenaga perang untuk menakluki Indonesia
secara kekerasan.
Belanda ingin melindungi kepentingan ekonominya di Indonesia. Jika berlakunya perang, semua kegiatan
ekonomi akan musnah. Belanda tidak ingin negaranya tersingkir daripada hubungan diplomatik antara bangsa
kerana soal kemerdekaan Indonesia memperlihatkan penglibatan kuasa luar terutama Amerika Syarikat. Belanda
masih bergantung kepada Amerika Syarikat untuk kegiatan perdagangannya.
Antara syarat-syarat Perjanjian Hague 2 November 1949 ialah: Belanda bersetuju melepaskan penguasaannya ke
atas Hindia Timur Belanda tanpa syarat kepada Republik Indonesia Syarikat sebelum 30 Disember 1949 dan
Republik Indonesia Syarikat akan merangkumi 16 buah negeri.
Perjuangan Ke Arah Kemerdekaan Mutlak
Belanda menyerahkan kuasa kepada Republik Indonesia Syarikat pada 27 Disember 1949. Ini bermakna
Indonesia mencapai status negara merdeka dan berdaulat yang bebas daripada penjajahan Belanda.
Pada 27 Disember 1949, Ratu Juliana menyerahkan kedaulatan kepada Kesatuan Negeri-negeri Indonesia.
Soerkarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai Perdana Menteri bagi Republik Indonesia yang merdeka.
Kesimpulan
Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri pemberontakan dan peperangan dengan Belanda
yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak
Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia.

4.1 Sistem Pemerintahan


4.1 Sistem Pemerintahan

Soalan 152: Huraikan sistem pemerintahan Republik di Filipina


Pendahuluan
Semasa Frank Murphy dilantik sebagai Gabenor Jeneral Amerika Syarikat di Filipina, beliau menyokong
kemerdekaan Filipina. Setelah Manuel Quezon mengetuai rombongan kemerdekaan ke Amerika Syarikat,
Presiden Amerika Franklin Roosevelt bersetuju menerimanya pada Mac 1934. Akta Tydings-McDuffie
diluluskan dan Kerajaan Sementara Filipina ditubuhkan pada 4 Julai 1936.
Filipina mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Isi-isi Penting:
Selepas kedatangan Jepun, pilihan raya umum diadakan pada 23 April 1946. Parti Nasional mencadangkan
Sergio Osmena sebagai Presiden, Parti Liberal pula cadang Manual A. Roxas dan Parti Modenis cadang Hilario
C. Moncado.
Manual Roxas mendapat mandat dan sokongan dari Amerika Syarikat. Seterusnya mengisytiharkan Republik
Filipina sebagai sebuah negara merdeka pada 4 Julai 1946. Beliau menjadi Presiden Republik Filipina yang
pertama.
Filipina mengamalkan pemerintahan Republik Demokrasi berpresiden. Pentadbirannya terbahagi kepada tiga
badan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Presiden mempunyai kuasa eksekutif
dan sebagai ketua kabinet.
Beliau dipilih melalui pilihan raya bagi tempoh enam tahun sekali dan mempunyai kuasa veto.
Demokrasi berparlimen di Filipina adalah mencontohi sistem yang diamalkan di Amerika Syarikat, iaitu Presiden
dipilih melalui pilihan raya di seluruh negara.
Kesimpulan

Kesinambungan waris pemerintahan Filipina tetap diteruskan sehingga sekarang. Presiden Filipina menjadi
institusi penting bagi penyatuan negara. Presiden juga adalah tonggak kestabilan negara dalam memelihara
sistem demokrasi di Filipina.

Soalan 153: Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand
selepas tahun 1932

Pengenalan

Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki berperlembagaan. Ia
merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah
berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa
telah menubuhkan bentuk pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara. Thailand
mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan. Raja merupakan ketua negara dan mengetuai tiga badan
utama kerajaan iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
Ssitem demokrasi berparlimen di Thailand pula berdasarkan kedudukan raja sebagai penaung dan pelindung.
Walaupun perlembagaan berada di atas raja, namun raja mempunyai keistimewaan tertentu dan dihormati dari
segi perundangan. Selepas Revolusi Thai 1932, Thailand mengamalkan sistem demokrasi Raja
Berperlembagaan. Raja Thailand merupakan ketua negara dan Perdana Menteri merupakan Ketua Kerajaan
Isi-isi Penting:

a) Raja Thailand tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak berkuasa mutlak dalam pemerintahan. Raja
Thailand menjadi simbol kedaulatan kerajaan yang memerintah tanpa sebarang kuasa pemerintahan. Semua
urusan pemerintahan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
b) Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan eksekutif, badan perundangan
dan badan kehakiman. Badan Eksekutif adalah badan yang berkuasa membuat dan melaksanakan dasar-dasar
negara. Perdana Menteri mengetuai badan eksekutif, iaitu kabinet yang akan membantunya dalam membuat
keputusan dan menentukan dasar-dasar negara. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri daripada
parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.
c) Badan perundangan mengandungi dua dewan yang iaitu Dewan Negara (Senat) dan Dewan Undangan Negeri.
Dua dewan ini berkuasa menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat
menerusi pilihan raya. Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan empat tahun sekali.
d) Sebuah lagi badan ialah badan kehakiman yang bebas daripada badan perundangan dan badan eksekutif. Badan
kehakiman berkuasa dalam melaksanakan hukuman berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan negara.
Badan ini terdiri daripada golongan hakim yang dilantik oleh Raja Thailand. Terdapat empat jenis mahkamah
yang membantu bandan kehakiman iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Jenayah dan
Mahkamah Sivil.

Kesimpulan

Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan
monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik Thailand hanya dikejutkan dengan
peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi
Thailand.
Kesinambungan waris pemerintahan raja Thailand tetap diteruskan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah
dihormati. Raja menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Raja juga adalah tonggak kestabilan negara
apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand.

4.2 Pembangunan Ekonomi


4.2 : Pembangunan

Soalan 154: Huraikan Pembangunan dan Dasar Ekonomi di Filipina.

Pendahuluan
Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan mewujudkan satu bangsa
dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua
individu yang menjadi warganegara.
Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi
berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas menjadi Presiden yang pertama.

Isi-isi Penting:

Dalam krisis kewangan Asia 1998 Filipina tidak menerima kesan yang nyata kerana dibantu oleh pengiriman
wang oleh rakyatnya yang bekerja di luar negara. Di samping itu juga insentif-insentif kerajaan kepada firma-
firma tempatan dan asing untuk melabur dengan menyediakan Akta Galakan Pelaburan 1967. Namun Filipina
terpaksa membangunkan ekonominya untuk mengatasi masalah kemiskinan yang tinggi dan kadar hutang yang
meningkat di samping untuk membiayai kemudahan infrastuktur dan perbelanjaan sosial.
Filipina menggunakan ekonomi laissez-faire dalam pembangunan ekonominya dan banyak berurusan dengan
Amerika Syarikat. Manuel Roxas dan beberapa presiden seperti Quirino, Magsaysay dan Macapagal telah
mengambil beberapa dasar dan langkah untuk memulihkan ekonomi Filipina.
Antara dasar ekonomi Filipina ialah menekankan kepada perusahaan gula, perusahaaan kelapa, perusahaan abaka,
perusahaan getah dan perusahaan perlombongan dan perindustrian. Dalam perusahaan-perusahaan itu
diperkenalkan beberapa tarif untuk meningkatkan pengeluarannya.
Undang-undang juga diperkenalkan untuk melindungi kepentingan penduduk tempatan seperti memperkenalkan
Akta Organik 1902 dan Akta Nombor 2874 Filipina tahun 1919.

Soalan 155: Pembangunan dan Dasar Ekonomi Thailand

Isi-isi Penting:

Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melakukan banyak dasar dan program pemodenan
ekonomi. Ekonomi Thailand bergantung kepada pertanian padi, getah, bijih timah, kayu jati, jut dan
sebagainya.
Pada tahun 1936 kerajaan Thailand mula mengusahakan perusahaan minuman keras.
Kerajaan Thailand juga melaksanakan ekonomi agresif termasuk memiliknegarakan jalan keretapi dan kapal
terbang, membina Sekolah Sains Chulalongkorn untuk memberi latihan teknikal, memperhebatkan bidang
perindustrian, dengan membina kilang kapas, kilang kertas, kilang gula, kilang mengetin dan
sebagainya. Kerajaan juga mengubah suai kadar tarif untuk melindungi perusahaan desa.
Semasa pemerintahan Phibun sebagai Perdana Menteri, dasar ekonomi anti Cina dilaksanakan. Beliau
menubuhkan beberapa perbadanan untuk menggalakkan masyarakat peribumi Thailand terlibat dalam bidang
perniagaan dan perdagangan dan berusaha mengambil alih dari kuasa lain.
Kerajaan Thailand juga berjaya memajukan industri penghasilan beras, getah, kayu-kayan, tembakau, besi dan
keluli serta gelas. Industri terbaru Thailand tahun 1959 ialah pembinaan kilang penapis minyak dengan
kemampuan pengeluaran minyak sebanyak 280,000 tong sehari.
Kesimpulan
Apa-apa yang berkaitan

4.3.1 Bentuk Pemerintahan


4.3.1 Bentuk Pemerintahan

Soalan 156: Huraikan Bentuk Pemerintahan di Filipina

Pendahuluan
Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan mewujudkan satu bangsa
dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua
individu yang menjadi warganegara.
Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi
berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas menjadi Presiden yang pertama.
Isi-isi Penting:
a) Presiden sebagai ketua negara dan ketua kerajaan. Presiden dipilih untuk selama enam tahun bagi mengetuai
kabinet dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Presiden tidak dipilih oleh parlimen tetapi dipilih secara
langsung oleh rakyat.
b) Parlimen Filipina memiliki dua buah dewan perwakilan iaitu House of Representatives dan Senate House of
Representatives (HoR). HoR mempunyai 260 orang anggota (Seramai 208 dipilih secara langsung, 52 orang
dipilih melalui sistem Parti List untuk selama 3 tahun) dan Senat pula terdiri daripada 24 orang anggota dipilih
oleh rakyat. Parlimen Filipina memiliki kuasa menggubal undang-undang.
c) Sistem pemerintahan bercorak presiden. Badan Eksekutif dan Legislatif memiliki kedudukan yang bebas dan
tersendiri.
d) Berdasarkan Perlembagaan 1973, terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan dalam struktur
pemerintahan negara iaitu Presiden, Kabinet dan Dewan Menteri, Majlis Nasional (National Assembly) dan
Mahkamah Agung (Supreme Court).
e) Antara 1972 1983 Undang-Undang Darurat Perang diperakui iaitu berlaku sekatan terhadap anggota parlimen
dan ketidakbebasan dalam memberi pendapat serta penyelesaian rombakan perlembagaan oleh Majlis
Perlembagaan.
f) Semasa rejim Marcos berlaku peningkatan dan penglibatan tentera dalam bidang pemerintahan serta
memperkenalkan undang-undang Darurat Perang.
Kesimpulan
Apa-apa yang berkaitan
Soalan 157 : Huraikan Bentuk Pemerintahan di Thailand
Pengenalan
Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.
Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan
golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku coup detat atau rampasan kuasa yang
menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi
berparlimen.
Isi-isi Penting:
a) Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara. Di Thailand sering
berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera
dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku coup detat atau rampasan kuasa yang menyebabkan
penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
b) Kerajaan yang muncul merupakan kebangkitan golongan tentera dengan agenda politik yang tersendiri.
Kebangkitan golongan tentera berlaku semasa pemerintahan Pya Manopakorn. Pembaharuan ekonomi Pridi
yang membela nasib rakyat Thailand dengan cadangan kerajaan memiliknegarakan semua punca penghasilan
negara termasuk tanah tidak menyenangkan Pya Manopakorn. Pya mengecam rancangan ekonomi Pridi sebagai
manifesto Komunis dan Pridi letak jawatan dan lari ke luar negara. Pya Manopakorn menangguhkan
persidangan Dewan Perundangan dan mewujudkan pemerintahan bersifat diktator. Tindakannya menggagalkan
sistem demokrasi berparlimen.
c) Pimpinan tentera di bawah Pya Bahol telah rampas kuasa pada Jun 1933. Semasa Pya Bahol, pilihan raya
diadakan dan kerajaan Pya Bahol menang dalam pilihan raya dengan dibantu oleh Pridi Phanomyong sebagai
Menteri Dalam negeri dan Phibun Songkhram sebagai Menteri Pertahanan. Namun erti prinsip demokrasi
sebenar masih tidak dilaksanakan.
d) Tahun 1938 Phibun Songkhram dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang
uzur. Perlantikan Phibun mula meletakkan asas penguasaan golongan tentera dalam kerajaan Thailand. Phibun
seorang nasionalis Siam yang melampau dengan sikap anti orang Cina dan barat. Beliau menjadi seorang
diktator tentera dan bekerjasama dengan Jepun.
e) Pridi berusaha memulihkan pemerintahan demokrasi di Tahiland dan memenangi pilihan raya pada 6 Januari
1946 tapi gagal kerana perselisihannya dengan Khuang Aphaiwong yang dilantik sebagai Perdana Menteri.
Bulan November 1947 golongan tentera rampas kuasa dan kemudiannya Siam sering berlaku rampasan kuasa
dan kerajaaannya sering bertukar kuasa.
Kesimpulan
Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.
Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan
golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku coup detat atau rampasan kuasa yang
menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi
berparlimen.

4.3.2 Sumbangan Tokoh

Soalan 158: Huraikan sumbangan Macapagal dalam konteks pembangunan Negara Filipina

Pengenalan

Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao Pampanga pada 28 Sept. 1910. Presiden Filipina ke-9 (1961-1965)
sebagai Orang Terjujur dan bertindak menghapuskan rasuah. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi
dan sosial untuk kepentingan rakyat.

Isi-isi Penting:

a) Dari segi politik beliau mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4 Julai (Hari
Amerika Syarikat menyerahkan Kemerdekaan tahun 1946) kepada 12 Jun iaitu Hari semasa Aquinaldo
mengumumkan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol 1898.

b) Beliau juga membuat tuntutan ke atas Sabah tahun 1962 kerana dianggap sebahagian daripada milik
Kesultanan Sulu sedangkan Sabah pada masa itu telah dijual kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

c) Dari segi ekonomi pula Macapagal merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membiarkan wang peso
Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melaluinya berjuta-juta peso dapat dipungut setiap
tahun. Beliau juga meningkatkan pengeluaran makanan, peluang pekerjaan, reformasi tanah melalui Kod
Reformasi Tanah Pertanian 1963.

d) Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah, dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan di
Filipina.

Kesimpulan

Keseluruhannya, Macapagal telah berjaya melaksanakan program dan pembangunan politik, ekonomi dan sosial
untuk kepentingan rakyat.

Soalan 159: Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram dalam pembinaan negara Thailand pada tahun
1938 hingga 1957.

Pengenalan

Phibun Songkhram atau Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram dilahirkan pada 14 Julai 1897 di sebuah
kampung pertanian di Daerah Nonthaburi.Nama sebenar beliau ialah Plaek Khitasangkha.Phibun Songkhram
merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938 hingga 1944.Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1964
di Sagamihara,Kanagawa,Jepun semasa berumur 66 tahun.Pada tahun 1948 hingga 1957 beliau menjadi diktator
ketenteraan pula.Sepanjang tempoh tersebut ,Phibun Songkhram telah memberi sumbangan yang penting dalam
pembinaan negara Thailand dari aspek politik,ekonomi dan sosial.

Isi-isi Penting:

Aspek politik
a) Dari aspek politik, Phibun Songkhram memberi sumbangan penting dengan membawa Thailand menyertai
SEATO.Beliau juga turut memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam Perang Korea untuk menentang
kegiatan komunis dunia.Hasilnya ,Thailand telah mendapat bantuan yang banyak daripada Amerika Syarikat.
b) Phibun Songkhram juga berjaya menghidupkan semula politik dalam negeri setelah beliau melawat Amerika
Syarikat dan Britain pada tahun 1957.Kesannya pelbagai parti politik mulai muncul dengan ketara.Beliau
jugalah tokoh yang berperanan penting dalam membawa gerakan nasionalisme Thailand ke peringkat yang lebih
radikal.
c) Selain itu ,Phibun Songkhram berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand dengan mengamalkan dasar pro-
Jepun pada tahun 1930an.Beliau juga sanggup mewujudkan Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun
1940an.Malahan,Jepun juga merupakan rakan perdagangan dan negara pelabur kedua terbesar di Thailand
sebelum Perang Dunia Kedua.Phibun juga telah memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu
semasa berlakunya Perang Dunia Kedua.Dasar pro-Jepun ini akhirnya menjadikan Thailand satu-satunya negara
yang tetap merdeka berbanding dengan negara-negara lain di Asia tenggara yang telah dijajah.

Aspek Ekonomi
d) Sumbangan Phibun Songkhram dari aspek ekonomi juga tidak kurang hebatnya.Demi membangunkan
ekonomi Thailand,Phibun telah melancarkan satu rancangan ekonomi yang nasionalistik.Tujuan rancangan ini
diadalah adalah untuk menghapuskan penguasaan orang Eropah dan Cina dalam kegiatan ekonomi.
e) Beliau juga turut memberi sumbangan kepada kaum tani dengan memperkenalkan Kanun Hasil Negara pada
bulan Mac 1939.Kanun ini bertujuan membebaskan kaum tani daripada cengkaman golongan peminjam
wang.Kadar cukai atas petani juga dikurangkan .Manakala cukai tinggi dikenakan kepada syarikat dan pelabur-
pelabur asing.Subsidi diberikan pula kepada syarikat swasta Thai.
f) Kebajikan rakyat Thailand terus terpelihara apabila Phibun menyediakan kawasan pembalakan yang lebih
baik kepada orang Siam sahaja.Selain itu,undang-undang syarikat perkapalan menetapkan 75% pekerjanya
mestilah terdiri daripada orang Thai.Setiap pelaburan modal mesti meliputi 70% modal Thai.Kilang-kilang
seperti kilang kapas di Bangkok dan kilang gula di Lampang telah dibina dan diletakkan di bawah kawalan dan
tajaan kerajaan.
g) Phibun Songkhram ternyata telah berjaya memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam aspek ekonomi.
Misalnya, pada tahun 1941,orang Thai telah mengambil alih industri tembakau rokok melalui penubuhan
Syarikat Monopoli Tembakau Negara.

Aspek Sosial
h) Dari aspek sosial, Phibun turut menyumbang jasa yang besar dalam memperkukuhkan semangat dan cinta akan
negara dalam kalangan penduduk Thai.Beliau menetapkan agama Buddha dijadikan syarat kenaikan pangkat
.Agama Buddha juga disamakan dengan semangat patriotik.Kesannya sebahagian besar masyarakat Thai
sehingga ke hari ini adalah penganut agama Buddha.
i) Sumbangan lain yang ketara dan penting ialah apabila beliau berjaya menukar nama Siam kepada Thai yang
bermakna Tanah Bebas.Beliau juga berjaya menaikkan semangat dan kebanggaan orang Thai terhadap negara
mereka yang bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.
j) Demi menjaga kesejahteraan rakyat Thai,dasar anti-Cina telah dilakukan oleh Phibun. Antara langkah yang
dijalankan ialah akhbar,sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina ditutup.Orang Cina yang ingin masuk ke
Thailand dikenakan bayaran sebanyak 100 baht.Penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dibatalkan.

Kesimpulan
sumbangan Phibun Songkhram sangat penting dalam pembinaan negara Thai pada tahun 1938 hingga 1957.
Sumbangan beliau jelas terutama dalam melindungi kesejahteraan rakyat dan negara Thai.Program-program
yang dilaksanakannya berjaya mengggalakkan orang Thai menceburi bidang perdagangan dan perniagaan.
Masyarakat Thailand juga berjaya disemai dengan nilai-nilai bangga akan negara .Namun demikian,sistem
demokrasi berparlimen semasa pemerintahan Phibun terbantut apabila Phibun menjadi diktator tentera yang
berkuasa mutlak.

4.4 Perhubungan Luar


4.4.1 : Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa
Soalan 160: Huraikan Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa Filipina

Pendahuluan

Filipina telah menganggotai PBB sejak tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti
Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam
Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
PBB memberi penghormatan pada Filipina sebagai sebuah negara yang aktif di Asia Tenggara

Isi-isiPenting:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

a) Filipina menyertai PBB tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program
Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula
Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
b) Filipina berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di dunia dan hantar tentera
pengaman PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea.
c) Filipina berjaya mempengerusikan Kajian 2010 Non-Proliferation Treaty (NPT) bertujuan mencegah
penularan senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan kerjasama dalam penggunaan tenaga nuklear
secara aman.
d) Terlibat dalam forum serantau dan antarabangsa seperti Asia Pacific Ekonomic Cooperation (APEC),
World Trade Nations Conference on Trade dan Development (UNCTAD) dan lain-lain

South East Asia Treaty Organisation (SEATO).

a) Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan Sep. 1954. Filipina merupakan salah sebuah
negara penaja utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan oleh hubungan yang rapat dengan Amerika
Syarikat dan perasaan bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di Filipina.
b) Pembentukan SEATO merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara akan
dilindungi daripada pengaruh komunis.
c) Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi dan pembangunan sosial.
Contohnya projek latihan pekerja mahir. Namun penglibatan Filipina dalam SEATO agak terhad kerana
SEATO tidak memainkan peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi.

Association of South East Asian Nation (ASEAN)

a) Filipina menyertai Pertubuhan Asia Tenggara bersama-sama Thailand dan Tanah Melayu pada tahun 1962.
Gabungan ketiga-tiga buah negara ini di namakan sebagai MAPHILINDO.
b) ASEAN merupakan jalinan hubungan dan kerjasama serantau melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos
1967. Dalam Deklarasi Kuala Lumpur, ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman Bebas dan
Berkecuali. Tujuannya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau ini dengan tidak
bersekongkol dengan mana-mana blok.
c) Filipina mencadangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 1984 bahawa ASEAN sebagai kawasan Zon
Bebas Senjata Nuklear dan bekerjasama dengan negara-negara lain mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA).
d) Filipina melibatkan diri dalam pelbagai projek ASEAN seperti projek Fabrikasi Tembaga dan sebagainya.

Kesimpulan
Filipina telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini.
Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis
sempadan dan kepentingan bersama

Soalan 161: Huraikan Penglibatan Thailand Dalam pertubuhan dan Organisasi Antarabangsa

Pendahuluan
Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946
PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara
Isi-isiPenting:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Thailand juga memberi bantuan kepada PBB
dalam Perang Korea.
Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi.
Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering dijadikan
tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB.
Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan untuk
memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.

Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan
Agung ke-11 PBB.
Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB.

South East Asia Treaty Organisation (SEATO).

Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat. Nai Pote Sarasin menjadi Setiausaha Agung
SEATO yang pertama. Penglibatan bertujuan melindungi wilayah yang bersempadan dengan kawasan bergolak
di Indo- China serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.
Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan
ketenteraan. Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957. Thailand juga membenarkan
Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo-China.
SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui latihan kerjasama
ketenteraan.
Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama dan
sejarah di rantau Asia Tenggara.

Association of South East Asian Nation (ASEAN)


Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah membawa
kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan
Singapura. Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan Laos (23
Julai 1997) dan Timur Leste.
Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan mewujudkan
kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Thailand bekerjasama dengan negara-negara
ASEAN dalam mewujudkan konsep ZOPFAN.
Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus konflik di Kampuchea.
Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan keselamatan kawasan
ASEAN.
Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk menjaga
keselamatan negara ASEAN. Thailand juga menghulur bantuan kepada Kampuchea untuk memajukan
infrastrukturnya.
Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam konsep
ASEAN+3.

Kesimpulan
Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu
penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis
sempadan dan kepentingan bersama

Soalan 162: Jelaskan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa pada abad ke-20.

Pendahuluan
Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946
PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara

Isi-isi Penting:

1. Sering terlibat sebagai tentera pengamanan PBB

menamatkan konflik di Korea. Thailand menjadi peserta aktif dalam pelbagai bidang kerjasama antarabangsa
seperti pertubuhan antarabangsa dan agensi khusus PBB serta terkenal dengan sumbangan positif kepada
kemajuan dan pembangunan PBB.
Thailand Juga menganggotai pertubuhan lain seperti Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik, Majlis Perikanan
Indo-Pasifik dan Suruhanjaya Beras Antarabangsa

2. Tuan rumah kepada pejabat serantau agensi khusus PBB.

Bangkok telah lama menjadi ibu pejabat bagi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Pasifik (ESCAP).
Sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif Thailand dalam PBB, bekas menteri luar Thailand, iaitu
Waithayakorn telah dipilih untuk berkhidmat sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1956.
Pada 22 Oktober 1984, Thailand telah dipilih untuk berkhidmat sebagai anggota bukan tetap Majlis Keselamatan
PBB dari tahun 1985 1986 buat kali pertama. Pada tahun yang sama juga , Thailand mencadangkan penciptaan
sebuah sistem amaran awaluntuk PBB dalam Perhimpunan Agung

3. Sumbangan kewangan ke arah operasi pengaman PBB di seluruh dunia

Thailand sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada PBB. Thailand mengambil bahagian dalam
Kumpulan Amerika Bangsa-bangsa Bantuan.
Contohnya, bantuan pengamanan Peralihan (UNTAC) di Namibia, menyediakan pegawai tentera Thailand untuk
berkhidmat di Iraq-Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM) dan berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di
Iraq.

4. Sumbangan penyelesaian politik melalui resolusi Perhimpunan Agung

Isu Kemboja melalui resolusi Perhimpunan Agung dengan cadangan agar permusuhan dihentikan, menyekat
kemasukan tentera asing dan member hak kebebasan kepada rakyat Kemboja untuk menentukan nasibmereka
sendiri. Resolusi ini menerima sokongan pada daripada ahli Perhimpunan Agung selama lebih 112 tahun
berturut-turut.
Sokongan ini menjadi satu faktor penting dalam mewujudkan insentif yang kuat bagi pengunduran tentera asing
dari Kemboja yang bermula pada tahun 1989.

5. Menjadi Tuan rumah dalam dua mesyuarat di Pattaya

Wakil pihak Kemboja yang hadir dan bersetuju dengan beberapa elemen asas bagi penyelesaian politik
menyeluruh yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 Oktober 1991.
Pada bulan Mei 1993, 27 orang pegawai Thailand telah dipilih unuk bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya
Antarabangsa bagi membantu PPP mengendali dan mentadbir pilihan raya di Kemboja

Kesimpulan
Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini.
Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis
sempadan dan kepentingan bersama

Anda mungkin juga menyukai