Anda di halaman 1dari 15

SKSJ3263 PEMIKIRAN ISLAM DAN ISU KONTEMPORARI GLOBAL

NAMA PELAJAR:

AISYAH SAKINAH ZULKEFLE (A164397)

NAMA PENSYARAH:

DR. MOHD IRWAN SYAZLI BIN SAIDIN

NOMBOR DAN TAJUK SOALAN:

(4) PASCA ARAB SPRING GAGAL MEMBAWA AGENDA PERUBAHAN


POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DI MESIR DAN LIBYA. BAHASKAN

1
1.0 PENGENALAN

Krisis Arab Spring yang berlaku pada tahun 2011 menunjukkan sebuah pergolakan
krisis politik dunia Arab di Timur Tengah. Keadaan di negara-negara yang terlibat
seperti Libya, Syria, Mesir, Tunisia, Yaman dan Bahrain, Iraq, Iran, Algeria, Morocco
dan beberapa buah negara lain menjadi kacau berikutan beberapa protes, demonstrasi
dan beberapa siri penggulingan pemimpin. Timur Tengah yang pada sebelum ini
merupakan sebuah negara jajahan beberapa buah kuasa besar Eropah seperti British,
Perancis dan Itali mula mendapat kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua hasil
sentimen nasionalisme anti penjajah. Kebangkitan negara Timur Tengah membawa
kepada kepimpinan domestik yang dipimpin oleh masyarakat tempatan. Corak
pemerintahan di Timur Tengah tidak diwarnai dengan sistem demokrasi yang
menjunjung nilai suara rakyat, namun pemimpin mereka menjadikan negara tersebut
sebagai kepimpinan autokratik. Begitu juga apa yang terjadi di Libya dan Mesir, dua
buah negara yang menjadi fokus perbincangan dalam tulisan ini.

Arab Spring yang bermula pada tahun 2010 di Tunisia apabila Mohamed
Bouazizi ditindas dan seterusnya membunuh diri. Kebangkitan rakyat kebannyakan di
jalanan untuk memprotes pimpinan autokratik Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang
memegang kuasa selama 23 tahun. Krisis ini kemudiannya merebak di beberapa buah
negara Arab yang lain dan pada masa yang sama, negara tersebut dipimpin oleh
pemerintahan autoritarian yang korup dan menindas rakyat bahawan (Al Jazeera, 2016).
Namun begitu, revolusi Libya dan Mesir yang ingin menumbangkan pemimpin mereka
secara protes, demonstrasi dan pembunuhan menjadi persoalan apakah perjuangan
mereka itu berjaya. Sebuah revolusi atau reformasi atas kepimpinan yang korup dan
keinginan menjatuhkan rejim itu dilihat tidak berjaya apabila dinamika politik Libya
dan Mesir tidak berjaya. Dalam penulisan ini, aspek politik di Libya menghadapi
perubahan apabila pemimpin diktator Muammar Gaddafi ditumbangkan oleh rakyat.
Kesannya terhadap ekonomi dan sosial pasca Arab Spring mempunyai dampaknya
tersendiri. Di Mesir, perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak selepas 18 hari

2
demonstrasi rakyat besar-besaran dilihat gagal apabila Ikhwanul Muslimin mengambil
alih setahun pasca Arab Spring.

2.0 KEBANGKITAN RAKYAT LIBYA DAN MESIR SEMASA ARAB SPRING

Fenomena Arab Spring yang berlaku di negara-negara Timur Tengah berfokuskan


untuk menumbangkan rejim autoritarian, monarki dan pemimpin korup. Peristiwa yang
bermula selepas seorang rakyat Tunisia, Mohamed Bouazizi dilaporkan bunuh diri
apabila berlaku penindasan terhadap beliau sebagai seorang pekerja. Insiden itu
membangkitkan emosi dan perjuangan rakyat untuk menumbangkan pemimpin yang
diktator seperti Muammar Gaddafi di Libya dan Hosni Mubarak di Mesir. Peristiwa
Arab Spring dilihat sebagai sebuah proses pendemokrasian di Timur Tengah yang ingin
membawa perubahan kepada sistem pemerintahan di benua tersebut. Perkataan ‘Spring’
tersebut merujuk kepada musim bunga, keindahan, warna-warni dan kesegaran dan
ianya dirujuk daripada musim dingin ke musim bunga. Arab Spring ini dirujuk sebagai
musim dingin yang penuh dengan kegelapan, kedinginan dan kegusaran ribut salji dan
bertukar kepada musim bunga yang penuh dengan keindahan. Namun, musim bunga ini
tidak dapat dilihat secara realiti berlaku di negara Timur Tengah pasca revolusi pada
tahun 2011. Pimpinan diktator yang dipimpin oleh kebanyakan negara tersebut dilihat
membangkitkan pemerintahan kuku besi, isu korupsi, kemiskinan, peluang pekerjaan
yang rendah, ketidakstabilan mata wang, pelanggaran hak asasi manusia dan jurang
pendapatan yang besar antara kaya dan miskin (Wan Kamal, Siti Nurulizah, 2015).

Teori Domino berkait rapat dengan revolusi di Tunisia dan seterusnya merebak
ke seluruh negara Timur Tengah, termasuk di Libya. Rejim pemerintahan diktator yang
menguasai kedua-dua buah negara Libya dan Mesir selama 42 dan 30 tahun itu
merupakan salah satu faktor kebangkitan rakyat untuk melakukan revolusi yang terlibat
dalam korupsi dan nepotisme. Selain masalah pengangguran yang tinggi dalam
kalangan anak muda, jurang pendapatan yang begitu besar dihadapi oleh masyarakat
bawahan. Mesir walaupun negara tersebut menjalankan pilihan raya berasaskan
pemilihan oleh rakyat, namun undang-undang dibentuk secara khusus bagi

3
memenangkan anak Presiden Hosni Mubarak iaitu Gamal Mubarak. Nilai demokrasi
yang seharusnya mempunyai penglibatan parti opsisi, persaingan bersih antara pihak
kerajaan dan pembangkang, peranan media, organisasi pilihan raya yang transparan
serta penglibatan rakyat dikatakan tidak memenuhi struktur pilihan raya di Mesir. Rejim
Hosni Mubarak yang bersifat represif dan kuku besi turut mengehadkan media,
memanipulasi sistem pilihan raya, penindasan dan tidak merasmikan parti oposisi
secara formal (Shinta, 2017). Namun begitu, faktor yang turut menyumbang kepada
revolusi ini adalah penglibatan golongan anak-anak muda yang kebanyakan
menggunakan media sosial sebagai alat untuk menyebarkan pemerintah represif Hosni
Mubarak di serata dunia. Golongan muda ini dinafikan peluang pekerjaan kepada
mereka serta kebanyakan di antara mahasiswa lepasan universiti mempunyai peluang
pekerjaan yang cukup terhad. Pengangguran ini menjurus kepada kemiskinan dan
jurang antara sistem kelas yang berbeza (inequality) antara nasib golongan miskin dan
keberuntungan golongan kaya. Pada tahun 2010, jumlah pengangguran di Mesir
dilaporkan sebanyak 9.7% dan jumlah mahasiswa yang lulus pengajian setiap tahun
adalah seramai 700,000 berbanding dengan peluang pekerjaan hanya sebanyak 200,000.
Golongan muda yang datang daripada umur 24-30 tahun ini walau bagaimanapun
mereka turut dinafikan hak untuk berpolitik. Kebebasan bersuara yang diamalkan di
dalam negara demokrasi ini tidak diperoleh golongan muda di Mesir, sebagaimana
pemimpin Hosni Mubarak mengehadkan kritikan dan pendapat yang berbeza daripada
beliau. Namun begitu, penggunaan media sosial begitu meluas pada tahun 2011
sebanyak 8357, 340 di Facebook dan 1131, 204 pengguna di Twitter. Kebebasan
penggunaan media sosial ini menjadikan revolusi berjaya menggulingkan Presiden
Hosni Mubarak pada tahun 2011 (Irwan Saidin, 2018).

Kajian kes di Libya pula menampilkan rejim kuku besir Muammar Gaddafi.
Sebelum rampasan kuasa oleh Gaddafi pada tahun 1969, negara kaya tersebut dipimpin
oleh sistem feudal pimpinan Raja Idris. Namun pada awal tahun 1960-an, populariti
sistem monarki Raja Idris kian memudar apabila nasionalisme Arab mulai bangkit pada
tahun tersebut. Sikap Raja Idris pro-Barat itu membuka peluang kepada Muammar
Gaddafi untuk membentuk Libya kepada sebuah negara republik pada tahun 1969.
Libya yang dipimpin oleh Gaddafi selama 42 tahun itu melalui detik-detik sukar

4
berhadapan dengan pelanggaran hak asasi manusia dan pemerintahan diktator oleh
beliau. Revolusi Libya melibatkan peperangan antara kumpulan pemberontak dikenali
sebagai Libyan Islamic Fighting Group (LIFG) dan regim Kolonel Muammar Gaddafi.
Kejatuhan Gaddafi dalam siri pemberontakan oleh rakyat pada 2011 bermula dengan
penentangan dan protes yang digerakkan oleh masyarakat seluruh tanah Arab iaitu di
Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Algeria, Morocco, Oman, Saudi Arabia dan Syria pada
sekitar bulan Februari. Faktor kejatuhan Gaddafi diselit dengan pelbagai faktor yang
melibatkan pemerintahan kuku besi, kemelesetan ekonomi, korupsi, pelanggaran hak
asasi dan jurang perbezaan antara kaya dan miskin (The Guardian, 2015). 15 Februari
2011 merupakan satu titik tolak dalam sejarah Libya kerana pada waktu itu seluruh
masyarakat bersolariti untuk menumbangkan pemerintahan Muammar Gaddafi. Siri
pemberontakan ini juga walau bagaimanapun didukung penuh oleh organisasi
antarabangsa seperti North Atlantic Treaty Organization (NATO), PBB, Kesatuan
Eropah, dan Kesatuan Afrika dilihat penting dalam mempercepatkan kejatuhan rejim.
Tuntutan kepada perubahan rejim ini ialah punca daripada keberkesanan organisasi
antarabangsa memberi sokongan militer, kewangan dan latihan pro-demokrasi di Libya.
Revolusi ini mencatatkan tentera Gaddafi dikatakan menggunakan pendekatan keras
terhadap masyarakat awam dan hal ini memaksa PBB untuk mempengaruhi rakyat
Libya menjalankan revolusi bagi menyekat kekerasan yang digunakan rejim Gaddafi
kepada rakyat. 42 tahun pimpinan kuku besi Muammar Gaddafi ditumbangkan oleh
rakyat semasa beliau menyembunyikan diri di satu lorong sempit dan dibunuh oleh
rakyatnya sendiri (New York Times, 2011). Namun begitu, proses transisi politik Libya
kepada demokrasi tidak berjalan dengan lancar berikutan situasi di negara itu pada masa
sekarang yang dilihat kacau.

3.0 PERUBAHAN MESIR SELEPAS ARAB SPRING

Arab Spring di Mesir yang berjaya menumbangkan Presiden Hosni Mubarak untuk
menjalani satu bentuk sistem pendemokrasian dilihat menemui kegagalan. Pilihan raya
yang dijalankan pada tahun 2012 dimenangi oleh Mohamed Morsi itu tidak bertahan
lama dan beliau hanya memegang tampuk pemerintahan selama setahun sehingga tahun

5
2013. Nilai-nilai politik yang ingin dibawa di Mesir bertunjangkan sistem demokrasi
yang dipelihara oleh suara rakyat, namun kegagalan Morsi sebagai pemimpin diakhiri
dengan rampasan kuasa oleh tentera iaitu Abdel Fattah El-Sisi. Keinginan Mesir menuju
kepada proses pendemokrasian pasca Arab Spring dilihat menonjolkan Mohamed
Morsi sebagai presiden menggantikan Hosni Mubarak. Morsi ialah pemimpin pertama
yang dilantik melalui proses demokratik dengan menjalankan pilihan raya berasaskan
suara rakyat. Perlantikan Morsi pada bulan Jun 2012 menjanjikan rakyat Mesir untuk
mengetuai pemerintahan untuk semua lapisan masyarakat tanpa diskriminasi agama
ataupun ‘for all Egyptians’ (BBC News, 2019). Walau bagaimanapun, rakyat
memandang satu sisi daripada beliau yang lebih cenderung ke arah ideologi islamisme
serta didukung penuh oleh organisasi asal pimpinan Hassan Al-Banna iaitu Ikhwanul
Muslimin (Muslim Brotherhood). Pertuduhan tersebut juga cenderung melibatkan
pengaruh Ikhwanul Muslimin dalam sistem politik dan memfokuskan pemusatan kuasa
kepada organisasi Islam tersebut. Presiden Morsi walaupun memenangi pilihan raya
mengalahkan calon pro-Mubarak iaitu Ahmed Shafik dengan undian 51.7%, tetapi
beliau tidak mempunyai asas yang kuat (strong base) dalam menstabilkan jalinan
politik di Mesir. Politik sebenar (realpolitik) memerlukan seorang pemimpin yang
boleh mengatasi lawan dengan bekerjasama mahupun mematahkan pihak lawan, namun
Morsi yang hanya didukung oleh gerakan Ikhwanul Muslimin tidak menyebelahi
golongan tentera, sekular, nasionalis dan islamis. Walaupun Morsi merupakan
pemimpin Islam, namun tidak semua golongan islamis cenderung kepada Ikhwanul
Muslimin (Aknur 2013).

Sejak dari awal transisi sistem pemerintahan Mesir dari monarki ke republik
pada tahun 1952, pemimpin yang menerajui kerajaan kebanyakannya datang daripada
golongan tentera seperti Mohamed Naguib (1952-1954), Gamal Abdel Nasser (1954-
1970), Anwar Sadat (1970-1981) dan Hosni Mobarak (1980-2011). Morsi yang
merupakan pemimpin sivil pertama dilihat terburu-buru mentransformasikan
pembaharuan undang-undang dan ianya bercanggah dengan kemahuan rakyat semasa
Arab Spring. Mubarak digulingkan oleh rakyat kerana masalah ekonomi, peluang
pekerjaan yang rendah dan masalah korupsi, namun tindakan Morsi yang dilihat lemah,
tambahan pula apabila beliau menyingkirkan Panglima Hussein Tantawi yang

6
memainkan peranan utama menjatuhkan Mubarak dan timbalannya, Sami Anan.
Lantikan terhadap Al-Sisi sebagai pengganti Tantawi seterusnya menjadi salah satu
faktor kejatuhan Morsi pada tahun 2013. Sikap tidak mesra Presiden Morsi dengan
golongan tentera menjadi kunci kepada ketidakstabilan politik Mesir (Al Jazeera, 2019).
Rakyat berdemonstrasi dan protes terhadap lantikan Morsi kepada Ikhwanul Muslimin
sebagai gabenor Mesir yang terlalu dominan dan ianya membuka sebuah lembaran baru
kepada politik di negara tersebut. Peranan dan pengaruh tentera tidak dinafikan sejak
permulaan pemerintahan Republik Mesir pada tahun 1952 dan secara tidak langsung
menunjukkan kegagalan pendemokrasian dan harapan rakyat Mesir semasa Arab
Spring tidak tercapai. Peranan masyarakat sivil menumbangkan Presiden Husni
Mubarak akibat faktor daripada kemelesetan ekonomi dan masalah korupsi tidak
diselesaikan sewaktu pemerintahan Mohamed Morsi. Dinamika politik Mesir yang
berawal pada kolonialisme penjajah Eropah, feudalisme dan seterusnya pimpinan
tentera mewarnai sejarah pemerintahan di negara itu (E Kanovsky, 2013).

Ekonomi Mesir sudah berkembang semenjak zaman penjajahan Eropah lagi


ketika Terusan Suez dan Laut Merah menjadi laluan strategik dan pusat perdagangan
antara Eropah dan Timur Tengah. Kenaikan Husni Mubarak seterusnya memberi
perubahan skala besar ekonomi Mesir yang pada ketika itu menghadapi ketidakstabilan
ekonomi dan jumlah pengangguran yang besar terhadap lepasan universiti. Kemiskinan
dan peluang pekerjaan yang terhad membuka jalan kepada ketidakpuashatian rakyat
Mesir terhadap kepimpinan Presiden Mubarak tersebut dan seterusnya menggulingkan
beliau pada tahun 2011. Terpilihnya Mohamed Morsi sebagai pemimpin demokratik
adalah untuk membawa harapan dan sinar baru kepada rakyat Mesir ketika itu. Pasca
Arab Spring tersasar jauh dari sudut realiti yang diharapkan oleh rakyat apabila
dominisasi Ikhawanul Muslimin dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi Morsi yang
terkait dengan ideologi islamisme yang kuat (Ashraf, 2014). Ekonomi Mesir berpusat
kepada gas dan minyak yang turut dimonopoli oleh negara Libya, Nigeria, Angola dan
Algeria itu merupakan punca kekayaan negara tersebut. Di Afrika Utara, Mesir
merupakan negara ke-3 populasi terbanyak selepas Nigeria dan Ethiopia dan ke-2
tertinggi dari aspek pendapatan negara selepas Nigeria. Namun, ekonomi Mesir
merudum ketika Arab Spring 2011 berlaku berikutan penurunan mendadak pelancong

7
asing dan penarikan semula pelaburan luar menurut IMF. KDNK Mesir pada tahun
2011 juga menurun pada 1.8% daripada 5.1% pada tahun 2010. Selepas revolusi
berlaku, ekonomi Mesir masih tidak pulih sepenuhnya. Kerajaan Mesir melakukan
program subsidi yang menelan belanja sebanyak US$ 26 billion pada tahun 2012 dan
ianya menyumbang kepada bajet defisit yang tinggi dan ketidakupayaan syarikat
minyak Egyptian General Petroleum Cooperation (EGPC) untuk membayar hutang
kepada pengendali syarikat asing (USIOP, 2019).

Ekonomi Mesir turut bergelut dengan jumlah peningkatan penduduk yang


ramai, sehinggakan kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan yang
banyak dalam sektor domestik. Pengangguran graduan pada era Presiden Mubarak
berterusan selepas Arab Spring kerana kegagalan kerajaan Mesir melakukan baik pulih
ekonomi selepas kejatuhan ekonomi pada paras mendadak. Rakyat mesir bergelut
dengan kemiskinan sehinggakan hanya menyara hidup seharian berjumlah US$ 2
dollar. Pengangguran dalam kalangan anak muda kebiasaannya terdampak pada
graduan yang bergantung pada sektor pekerjaan kerajaan dan swasta. Infrastruktur
Mesir juga terkena tempias apabila sektor perumahan dan servis sosial tidak digunakan
secara maksimum akibat peningkatan jumlah penduduk (CNN World, 2016). Faktor
luaran yang turut mempengaruhi ekonomi negara ini adalah kenaikan harga barang
makanan dunia dan kepulangan rakyat Mesir yang bekerja di Libya ekoran
kestidakstabilan ekonomi dan politik turut terjadi di negara itu. Rakyat Mesir turut
mengalami peluang pekerjaan yang tipis di Eropah akibat daripada pemasaran Eropah
yang menurun. Menteri Perlancongan Mesir ketika itu iaitu Hisham Zazou menyatakan
tahun 2013 adalah tahun terburuk kepada sejarah ekonomi Mesir kerana penurunan
kedatangan pelancong asing akibat pergolakan politik dan faktor keselamatan pasca
Arab Spring berlaku. Natijahnya, kesan Arab Spring pada ekonomi Mesir membawa
kegagalan apabila faktor politik berhubung kait dengan ekonomi akibat daripada
penurunan pelancong asing dan pelaburan luar (Al Jazeera, 2013).

Dari aspek sosial, struktur masyarakat Mesir berpecah kepada islamisme,


sekular dan golongan nasionalis. Namun, faktor yang menyumbang kepada perubahan

8
adalah pengasingan golongan islamis dan sekular. Kumpulan pro-Morsi adalah majoriti
yang datang daripada organisasi Ikhwanul Muslimin yang dilihat oleh rakyat Mesir
sebagai sebuah jalan nepotisme kepada jawatan-jawatan pentadbiran kerajaan. Rakyat
yang beragama Islam pula tidak semuanya berpihak kepada Ikhwanul Muslimin dan
penentangan rakyat terhadap kerajaan pula kerana organisasi Islam tersebut yang
kelihatan terlalu ‘ghairah’ dalam jawatan kerajaan. Kemiskinan, pengangguran dan
peluang pekerjaan yang terhad menaikkan kemarahan rakyat Mesir terhadap pimpinan
Mohamed Morsi. Menurut laporan A Human Rights Watch, sejumlah demonstran
ditahan dan dikasari kerana memprotes tindakan kerajaan Morsi. Kemunculan dua
kelompok iaitu golongan pro-Morsi dan golongan anti-Morsi dilihat bertentangan
antara satu sama lain di hadapan Universiti Cairo dan mendapati sebanyak 16 orang
meninggal dunia dan sementara itu 200 orang cedera akibat daripada protes tersebut.
Tindakan Presiden Morsi yang enggan berkerjasama dengan pihak tentera dan
keengganan beliau meletak jawatan menaikkan lagi kemarahan rakyat pada ketika itu
(Gawdat, 2015). Struktur sosial di Mesir selepas tragedi Arab Spring masih
menunjukkan kekerasan (violence) dan penyalahgunaan (abuse) di antara sesama
masyarakat ekoran pertembungan ideologi dan prinsip. Pendemokrasian yang ingin
dicapai oleh rakyat masih lagi terbantut kerana demonstrasi dan protes yang
mengakibatkan kematian dan kecederaan berlaku sewaktu pemerintahan Morsi.
Tambahan lagi, terrorisme daripada kumpulan pelampau ISIS membawa kepada
ketidakstabilan sosial di Mesir. Serangan ke atas kubu tentera dan para demonstran
menjadikan ISIS dikenali sebagai agen pengganas yang masih mengungguli terrorisme
di seluruh dunia (The Guardian, 2016).

4.0 PERUBAHAN LIBYA SELEPAS ARAB SPRING

Misi untuk membaik pulih Libya selepas revolusi adalah perkara utama dan penting
tetapi diketepikan oleh banyak pihak, terutamanya organisasi antarabangsa yang terlibat
dalam menjalankan pendemokrasian di negara itu. Matlamat menggulingkan rejim
Muammar Gaddafi mencapai kejayaan, namun strategi pemulihan dan proses ke arah
demokrasi dilihat gagal dicapai di Libya. Sikap lepas tangan ini secara tidak langsung

9
mengekalkan negara tersebut di bawah cengkaman autokratik dan terlepas untuk
menjadikan sebagai sebuah negara demokratik. Kematian Gaddafi dalam proses
revolusi yang dijalankan oleh rakyat seharusnya membawa kepada satu nafas baru
kepada sistem politik di negara tersebut, malah perebutan kuasa menjadikan sehingga
sekarang Libya tidak melaksanakan pilihan raya untuk tempoh beberapa tahun.
Keadaan pemerintahan pasca Gaddafi berbentuk anarki kerana pertembungan kuasa
antara pemimpin sekularis dan islamik. Seperti di Mesir, perbezaan matlamat antara
kedua-dua golongan tersebut telah menjadikan Libya sebagai sebuah negara yang tiada
pimpinan kuasa secara rasmi atau formal. Menurut BBC News, Libya dikhabarkan
mempunyai perebutan kuasa, campur tangan tentera, persaingan antara kerajaan dan
oleh disebabkan Libya merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber minyak,
maka kuasa asing ikut campur dalam urusan politik domestik di sana. Khalifa Haftar
yang mewakili golongan sekular pada 4 April 2019 yang lalu, beliau telah melancarkan
serangan ke ibu negara Libya iaitu Tripoli. Haftar yang merupakan ketua ‘Libyan
National Army’ (LNA) mempunyai sokongan tentera yang kuat sehinggakan dapat
memonopoli kuasa politik berbanding lawannya (BBC News, 2019).

Pasca kejatuhan Gaddafi, parti sekular mendominasi kemenangan pada 2014


dan parti-parti Islam seperti Parti Hizb Al-Adala Wa Al-Bina yang merupakan ‘jelmaan’
Ikhwanul Muslimin di Mesir. Islamis yang kehilangan banyak kerusi pada tahun 2014
enggan menerima keputusan pilihan raya dan mengiktiraf kemenangan parti sekular.
Hasilnya, kerajaan Libya berpecah, iaitu islamis menguasai Tripoli dan mendirikan
kerajaan Government of National Salvation (GNS) atau ‘Hukumat Al-Inqadh Al-
Watani’. Sementara itu, Haftar pula menakluk wilayah Tobruk iaitu di kawasan Timur
Libya dengan menamakan pusat pemerintahannya sebagai House of Representatives
(HOR) atau Majlis Al-Nuwaab. Kekuatan Haftar yang merupakan bekas jenderal
Gaddafi adalah terletak pada sokongan tentera yang berpihak kepada beliau. Namun
ianya berbeza dengan islamis Fayez Al-Sirraj yang tidak mempunyai kekuatan kuasa
yang begitu kuat sehingga tercetus perpecahan politik dalaman antara Haftar dan Sirraj
(AA, 2020). Situasi politik di Libya yang terjadi pada masa kini membuka jalan kepada
kuasa asing untuk ikut campur tangan. Oleh disebabkan Libya merupakan antara negara
yang memiliki sumber minyak yang banyak, persengketaan antara Haftar dan Sirraj

10
menggambarkan ‘perang dingin’ negara-negara Arab. Arab Saudi dan UAE mendukung
Haftar, sementara Sirraj pula disokong oleh Turki dan Qatar. Di samping kedua-dua
pemimpin ini, anak Muammar Gaddafi iaitu Saif Al-Islam Gaddafi turut mencalonkan
untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Namun kekuatan beliau untuk
menandingi Haftar dan Sirraj ini dilihat ketinggalan apabila beliau tidak mempunyai
pengaruh yang kuat dalam politik. Senario politik pasca Arab Spring di Libya dilihat
hanya membuka peluang kepada kuasa asing mendominasi sumber alam di negara
tersebut. Keadaan Libya yang tiada kerajaan pemerintah secara formal memudahkan
lagi campur tangan asing dan ianya berbeza dengan pemerintahan sewaktu Muammar
Gaddafi dahulu yang bersifat tegas dan dasar tutup pintu kepada negara luar (BBC
News, 2011).

Libya sewaktu pemerintahan Gaddafi bersumberkan minyak yang dapat


menampung rakyat dalam aspek ekonomi dan juga sosial. Sumber minyak ialah sumber
utama ekonomi Libya pada ketika itu dan mencetuskan paradigma pada tahun 1969
dengan menamakan negara itu sebagai Republik Libya. Sifat nasionalis Arab dan
sosialis yang dimiliki oleh Gaddafi, beliau menjadikan syarikat minyak asing iaitu
British Petroleum (BP) dan National Oil Cooperation (NOC) sebagai syarikat hak milik
demi menjaga kedaulatan ekonomi pada waktu tersebut. Penglibatan NATO untuk
menjatuhkan Gaddafi menjadikan Libya pada hari ini sebagai sebuah negara konflik
berterusan. Kekayaan yang dimiliki oleh Libya dahulu kini runtuh akibat persengketaan
pemimpin atasan antara islamis dan sekular, campur tangan tentera, wujudnya
kumpulan pengganas dan campur tangan tidak berkesudahan dari kuasa-kuasa asing.
Kekayaan yang dimiliki Libya dijadikan boneka oleh kuasa luar untuk mengaut
keuntungan bagi negara mereka (The Guardian, 2011). Ekonomi Libya jatuh merudum
ketika Arab Spring berlaku dan pada tahun 2012, sektor ekonomi kembali meningkat
namun hanya terhad kepada jangka waktu pendek sahaja. Menurut IMF, ekonomi di
negara tersebut kembali menurun pada tahun 2013 seperti semasa Arab Spring 2011.
Daya ekonomi Libya yang lemah oleh disebabkan pemfokusan pemimpin terhadap
politik dan pembentukan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemulihan semula ekonomi
Libya mengalami sedikit peningkatan, berbeza dengan ekonomi di Iraq yang tidak
mencapai penstrukturan semual ekonomi dalam masa yang cepat. Rakyat Libya

11
sewaktu revolusi menuntut kepada pembaikan ekonomi dan hal ini seharusnya diberi
tumpuan oleh kerajaan Libya untuk mempelbagaikan sumber ekonomi seperti
pembukaan pusat pelancongan, peluang pekerjaan dan membaik pulih sistem kewangan
(Mohsin, Karim, 2013).

Dari aspek sosial pula, keadaan di Libya berterusan menghadapi serangan


pengganas. Golongan muda yang seharusnya membangunkan negara didapati terbunuh
berjumlah 1,000 orang dan ianya termasuk penduduk setempat dan 120,000 orang
tercedera mengikut statistik The World Health Organization (WHO). Peperangan yang
meletus di Tripoli ekoran daripada serangan Haftar kepada kerajaan yang dipimpin oleh
golongan islamis tersebut menjadikan negara itu dalam keadaan kacau. Perpecahan
yang berlaku itu seterusnya membentuk Libya kepada dua kerajaan. Keganasan yang
berlaku di ibu negara tersebut diketuai oleh pasukan bersenjata Misrata dan pengikutnya
iaitu Libya Dawn Coalitian menentang Haftar’s Libyan National Army (LNA) di
lapangan kapal terbang. Beberapa siri peperangan ini walau bagaimanapun mencetus
kepada ketidakstabilan sosial yang menjurus kepada kematian dan kecederaan banyak
warga tempatan (BCC News, 2019). Perjanjian Perdamaian PBB mengambil langkah
membentuk satu perjanjian Skhirat yang ditandatangani pada Disember 2015 sebagai
usaha bagi penyatuan kerajaan dan mencapai satu kesepakatan bagi mencapai
keamanan. Kerajaan Libya yang berpecah belah itu secara tidak langsung mampu
membawa masuk serangan kumpulan pengganas seperti ISIS atas faktor tiada
kesepakatan antara pemerintah. Perjanjian tersebut mengandungi satu tempoh untuk
membentuk perlembagaan, perlucutan senjata dan mengawal kawasan lapangan terbang
yang pernah terjadi tragedi serangan antara dua bentuk kumpulan kerajaan. Di samping
itu, perpecahan politik dalaman juga membawa satu faktor kepada krisis migrasi rakyat
Libya ke negara-negara Eropah termasuk Turki. Pengawalan yang tida ketat di
sempadan perairan membolehkan jumlah migrasi rakyat secara mendadak, terutamanya
ke negara Itali. Pada tahun 2017, terdapat seramai 26,886 warga tempatan berhijrah ke
Itali dan pada tahun 2016 pula, sebanyak lebih 7,000 orang yang bermigrasi. Keadaan
politik yang tidak menentu di Libya, ditambah lagi dengan serangan pengganas
membawa kesan kepada keselamatan sosial masyarakat awam, oleh disebabkan itu
jumlah peningkatan migrasi ke negara lain kian meningkat (Al Jazeera, 2017).

12
5.0 KESIMPULAN

Secara rumusannya, pasca Arab Spring yang berlaku di Mesir dan Libya tidak
mendatangkan kesan kejayaan yang berpanjangan, selain daripada kejayaan
menumbangkan pemimpin diktator iaitu Presiden Husni Mubarak dan Jenderal
Muammar Gaddafi. Proses transisi ke arah demokrasi yang dilakukan atas nama
revolusi tersebut dilihat gagal kerana konflik politik yang masih berterusan. Krisis
politik dalaman antara pemimpin di Mesir dan Libya membawa kesan secara langsung
kepada sektor ekonomi dan sosial. Pembaharuan dalam bentuk jangka panjang tidak
diusahakan, apatah lagi organisasi antarabangsa yang lepas tangan selepas kejadian
Arab Spring tersebut. Kejayaan yang sebenar hanyalah tumbangnya pemimpin mereka.

RUJUKAN

Al Jazeera. Mohamed Bouazizi Arab Spring Worth Dying. 3 Januari 2016.


https://www.aljazeera.com/news/2015/12/mohamed-bouazizi-arab-spring-worth-
dying-151228093743375.html.
Mohd Irwan Syazli Saidin. 2018. Rethinking the Arab Spring: The Root Causes of
Tunisian Jasmine Revolution and Egyptian January 25 Revolution. Bangi: International
Journal of Islamic Thought.
Wan Kamal Mujani, Siti Nurulizah Musa. 2015. Arab Spring: Faktor dan Impak. Bangi:
Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Shinta Puspitasari. 2017. Arab Spring: A Case Study of Egyptian Revolution 2011.
Australia: Monash University.
The Guardian. Libya’s Arab Spring The Revolution That Ate Its Children. 16 Februari
2015. https://www.theguardian.com/world/2015/feb/16/libyas-arab-spring-the-
revolution-that-ate-its-children.
New York Times. NATO and The Arab Spring. 1 Jun 2011.
https://www.nytimes.com/2011/06/01/opinion/01iht-edrasmussen01.html.
Al Jazeera. Mohamed Morsi: Egyptian Tragedy. 20 Jun 2019.
https://www.aljazeera.com/indepth/opinion/mohamed-morsi-egyptian-tragedy-
190619141746802.html.
BBC News. Egypt’s Mohamed Morsi: A Turbulent Presidency Cut Short. 17 Jun 2019.
https://www.bbc.com/news/world-middle-east-18371427.
Aknur, M. 2013. The Muslim Brotherhood in Politics in Egypt: From Moderation to
Authoritarianism. Turkey: Dokuz Eylul University.

13
E. Kanovsky. 2013. The Economic Aftermath of the Six Day War. Washington: Middle
East Institute.
Ashraf El-Sharif. 2014. The Egyptian Muslim Brotherhood’s Failures. Washington:
Carnegie Endowment for International Peace.
United States Institutes of Peace. Egypt Timeline: Since the Arab Uprising. 2 Julai 2019.
https://www.usip.org/publications/2019/07/egypt-timeline-arab-uprising.
CNN World. Egypt’s Long, Bloody Road From Arab Spring Hope to Chaos. 27 April
2016. https://edition.cnn.com/2016/04/27/middleeast/egypt-how-we-got-
here/index.html.
Al Jazeera. Egypt: Revolution Revisited. 16 September 2013.
https://www.aljazeera.com/programmes/peopleandpower/2013/09/2013913144518879
459.html.
The Guardian. The Future of the Egyptian Revolution. 16 Januari 2016.
https://www.theguardian.com/books/2016/jan/16/future-egypt-revolution-tahrir-
square-jack-shenker.
Gawdat Bahgat. 2015. Egypt in the Aftermath of the Arab Spring.
BBC News. Libya in Chaos as Endless War Rumbles On. 27 Oktober 2019.
https://www.bbc.com/news/world-africa-49971678.
BBC News. The Muammar Gaddafi Story. 21 Oktober 2011.
https://www.bbc.com/news/world-africa-12688033.
AA, Giado Zampano. Libya’s Sarraj: Won’t Negotiate with Haftar Again. 15 April
2020. https://www.aa.com.tr/en/middle-east/libya-s-sarraj-won-t-negotiate-with-
haftar-again/1806092.
AL Jazeera. Libya Today: From Arab Spring to Failed State. 30 Mei 2017.
https://www.aljazeera.com/indepth/features/2017/04/happening-libya-today-
170418083223563.html.
The Guardian. Gaddafi’s Weakness-Oil. 24 Jun 2011.
https://www.theguardian.com/commentisfree/2011/jun/24/gaddafi-fuel-libyan-
conflict.
BBC News. Libya Crisis: Air Strike at Tripoli Airport as Thousands Flee Crashes. 8
April 2019. https://www.bbc.com/news/world-africa-47853478.
Mohsin Khan, Karim Mezran. 2013. The Libyan Economy After Revolution: Still No
Clear Version. Washington: Atlantic Council.

14
15

Anda mungkin juga menyukai