Anda di halaman 1dari 3

Luther Gullick POSDCORB

P-Planning / Perancangan Merupakan proses membuat program bagi pembangunan jangka panjang social dan ekonomi negara . Ia merupakan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat negara dengan menggunakan sumber yang ada. Perancangan adalah proses menentukan maklumat ekonomi dan social bagi memperbaiki keadaan hidu[p dan aktiviti manusia. Ia merangkumi beberapa asperk penting seperti social, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Bagi sebuah negara yang sedangn membangun perancangan yang berkesan amatlah penting kerana pentadbir awam bertanggungjawab untuk menggunkan sumber2 yang terhad seperti wang, bahan mentah dan tenaga mahir dengan sebaik mungkin. O-Organization Berfungsi untuk menyediakan rangka sektor bagi penyelarasan, komunikasi dan arahan. Untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, sektor awam amat bergantung kepada satu sektor organisasi yang menyediakan pembahagian fungsi yang jelas dan bertanggungjawab kepada berbagai kementerian dan jabatan. Sektor organisasi yang kurang baik dan tidak jelas akan menyebabkan ketidakcekapan dan perlaksanaan tugas yang bertindih atau overlapping of duties.

S-Staffing / Pengambilan kakitangan Pengambilan kakitangan bagi sektor awam biasanya dikendalikan oleh satu agensi kerajaan yang dilantik oleh kerajaan. Dalam konteks negara Malaysian t/jawab ini di serahkan kpd suruhanjaya perkhidmatan awam. Pengambilan k/tangan bagi sesuatu jwtan tertentu d dlm sektor awam biasanya dijlnkan melalui 2 kaedah iaitu pengambilan k/tangan luaran atau pengambilan k/tangan dalaman ( menerusi proses kenaikan pangkat ). Setiap k/tangan awam mestilah melalui pelbagai latihan yang mendedahkan mereka kpd maklumat dan tujuan organisasi sektor awam. Disamping itu latihan adalah bertujuan untuk memahirkan kerja mrka disamping meningkatkan daya produktiviti mrka. D-Directing / Pengarah Di dalam setiap organisasi mesti mempunyai pegawai iaitu pemimpin organisasi untuk memberi arahan. Pengarahan adalah penting krn ia memberi arahan, kepimpinan dan dorongan kpd pekerja yg terlibat dalam perlaksanaan tugas kearah mencapat matlamat organisasi. C-Coordinating / Penyelarasan Koordinasi adalah satu kaedah menyelaraskan kerja2 yang dibuat oleh berbagai2 bahagian yang terdapat didalam organisasi sektor awam. Mengkoordinasi penting memandangkan organisasi sektor awam adalah besar. Ia meliputi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang lain. Untuk mengelak daripada pembaziran kos dan masa

serta tugas yang dilakukan dengan bertindih maka adalah penting bagi organisasi sektor awam untuk mengkoordinasi kerja dengan berkesan. Ini dapat dilaksanakan dengan sering berhubung dan memberi laporan dari semasa ke semasa mengenai segala kerja yang dibuat leh sebuah jabatan kepada agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan dengan satu program yang dilaksanakan. R-Reporting / Laporan Terdapat 2 tujuan utama dalam membuat laporan. 1. Sebagai alat untuk menentukan aliran, komunikasi dan maklumat secara teratur dalam pentadbiran bagi membantu pembentukan, perlaksanaan dan penyelarasan dasar awam yang berkesan. 2. Sebagai satu alat demokrasi di mana laporan dapat menentukan t/jawab pentadbiran awam untuk rakyat telah dilaksanakan dengan baik dan menepati permintaan rakyat negara ini. B-Budgeting / Belanjawan Merupakan satu dokumen yang mencatatkan anggaran belanjawan dan hasil sebuah negara dalam satu tempoh tertentu. Kepentingan belanjawan negara dapat dilihat dalam penulisan Aristoter ( karpur 1981 ) yang telah menekankan bahawa kerajaan tempatan haruslah mempamirkan segala perbelanjaan dan hasil Bandar tersebut kepada umum sebagai satu cara memastikan akauntabiliti.

Anda mungkin juga menyukai