Anda di halaman 1dari 30

GMGA 2033

ETIKA PENTADBIR AWAM

BAB 2
TEORI-TEORI ETIKA
PENGENALAN
Etika merupakan satu isu nasional malah ia juga telah menjadi isu antarabangsa iaitu setiap
hari ada saja perbincangan kritis mengenainya.
Bahkan etika turut memperlihatkan tentang budaya dan budi bahasa sesebuah negara dan
bagaimana warganegaranya mempraktikkan elemen etika.
Terdpt byk isu etika yg boleh diketengahkan bagi menilai tahap etika yang ada pada rakyat kita
secara keseluruhan. Etika boleh ditinjau dari pelbagai aspek dan sudut.
Etika boleh dilihat dari perspektif politik, organisasi malah etika turut dilihat secara individu.
Etika merangkumi budi bahasa, tindakan, peradaban, perbuatan malah apa jua yang dibuat
oleh individu tersebut boleh diklasifikasikan sbg beretika ataupun tidak.
 CTH: Aspek pemanduan rakyat Malaysia, bagaimana budaya memandu rakyat kita? Kita boleh
lihat dan dengar byk masalah & kemalangan yg berlaku terutamanya ketika musim perayaan.
Berita ini akan menghiasi dada2 akhbar nasional, yg kebanyakannya berpunca drpd kecuaian
pemandu itu sendiri.
Adakah kecuaian itu datang dgn sendiri tanpa ada tindakan drpd manusia?
 Jika kita tidak beretika ketika menjalankan tugas maka akan berlaku banyak
penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa hasil daripada tindakan yg tidak beretika.
Etika turut berkait rapat dgn hati, tindakan, pendirian &
kekuatan pegangan agama individu.
Bkn sedikit isu yg melibatkan etika & moral tetapi banyak lagi
isu yg mempertikaikan etika dan moral seseorang individu.
Selain daripada isu kemalangan terdapat beberapa isu yg
patut kita rujuk bagi menilai tahap etika dan moral ini seperti
salah guna kuasa, penyelewangan, rasuah, politik wang dan
pelbagai perkara negatif yang lagi.
Justeru inilah PERANAN YG BOLEH DIMAINKAN OLEH TEORI
DAN KONSEP bagi menilai dan melihat kualiti etika dan
bagaimana etika dan moral ini boleh kita aplikasikan bagi
mendapatkan hasil yang maksimum.
ETIKA MENURUT SCORATES…
Etika atau falsafah moral merupakan suatu usaha
yang berterusan dan bersistematik utk memahami
dan melaksanakan konsep serta prinsip moral.
Ia merangkumi elemen sama ada
tindakan yang diambil betul, salah, dibenarkan, tidak
dibenarkan,
tindakan yang baik ataupun tindakan yang
merosakkan sama ada oleh individu, masyarakat dan
organisasi
ETIKA MENURUT ARISTOTLE
Etika dilihat sebagai satu tingkah laku & perbuatan yg mengamalkan
secara teori dan praktikal.
Ia juga merupakan suatu keunggulan (arèté - Yunani) yg
menunjukkan bahawa seseorang mampu melaksanakan fungsi
utama dgn baik. Apa itu fungsi utama manusia? Akal pekerti!
Bagi Aristotle, akal budi manusia menjadi dasar dlm kehidupan
manusia.
Aristotle membezakan keunggulan akal budi menjadi dua iaitu :
pemikiran atau teori akal budi (the excellence of pure thought)
pelaksanaan akal budi (the excellence of applied thought).
Etika Menurut Thomas Aquinas
Tidak banyak bezanya dgn Aristotle, Thomas Aquinas melihat
etika sebagai :
(i) Suatu kebiasaan atau keperluan untuk berbuat baik.
 (ii) Suatu tingkah laku untuk bertindak secara baik.
 (iii) Kualiti etika yg baik membantu untuk menjalani kehidupan
dengan harmoni dan telus.
TEORI-TEORI ETIKA DAN MORAL

Sehubungan itu, bagi membincangkan lebih lanjut


tentang etika dan moral ini para pelajar akan didedahkan
dgn dua teori penting dlm etika dan moral.
 Terdapat dua pandangan utama kewujudannya
berasaskan kpd sejarah etika.
Pertama : CONSEQUENTALIST THEORY yg menekankan
akibat drpd sesuatu tindakan
Kedua : NONCONSEQUENTALIST yg menekankan kpd
bukan akibat drpd sesuatu tindakan.
CONSEQUENTIALIST THEORY
Teori consequentalist turut dikenali sebagai teori teleological.
Teori ini menekankan sama ada tindakan & keputusan yang dibuat itu baik
atau buruk dan betul atau salah bergantung kpd akibat daripada tindakan
atau keputusan tersebut.
Dlm apa jua situasi yg berlaku kesan atau akibat yang baik daripada sesuatu
tindakan dilihat sebagai tindakan yang bermoral dan beretika.
Teori consequentalist ini tidak akan memberi panduan dan maklumat
melainkan ia digabungkan dgn teori serta melihat kpd akibat dan kesan drpd
sesuatu tindakan itu.
Dlm teori consequentalist terdapat dua teori yg berpendapat:
manusia sepatutnya bertingkah laku serta punyai perangai yg baik,
Manusia perlu utk hasilkan sesuatu yg baik.
2 ELEMEN CONSEQUENTIALIST
THEORY
Terdapat dua elemen utama dalam
teori ini:
1-Ethical Egoism
2-Utilitarianism
(1) ETHICAL EGOISM

Ia tidak semestinya bermaksud mementingkan diri sendiri (selfishness) atau mempunyai
kepentingan sendiri (self-interest).
Apakah akan berlaku jika kedua2 komponen ini ada di dalam diri seseorang individu?
Sikap mementingkan diri sendiri akn sbbkan seseorang individu itu menggunakan apa saja
ruang yang ada agar dirinya secara peribadi akan memperoleh pelbagai kemudahan & peluang.
Apakah yang dimaksudkan dengan selfish dan self-interest?
Selfish : diklasifikasikan sbg sikap mementingkan diri sendiri
Self-interest : tindakan ataupun keputusan yg dibuat berlandaskan kepentingan diri serta
membelakangkan org lain.
Bagaimana kita boleh membezakan kedua-dua istilah ini?
Jika individu mementingkan diri sendiri, tindakan yg kita buat hanyalah atas faedah dan
kepentingan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Contoh jelas yang boleh kita
gambarkan terhadap selfish ini antaranya ialah perokok dan mereka yang tidak merokok.
Bagi perokok mereka ini bertindak secara selfish jika merokok di kawasan terbuka dan dalam
komuniti masyarakat. Ini kerana mrk yg merokok tidak langsung memperdulikan masy yg tidak
merokok kerana terpaksa menghidu asap yg dihasilkan oleh perokok.
Manakala bagi self-interest : tindakan bagaimana tindakan dan
keputusan yg dibuat oleh ibu bapa kita semasa membesarkan kita.
Adakah tindakan & keputusan yg dibuat oleh mereka berasaskan
kepada selfish ataupun self-interest?
 Tindakan yg dibuat oleh ibu bapa kita bertujuan semata2 untuk
kebaikan & kepentingan anak mereka tanpa memperdulikan diri
mereka.
Ini semua ialah untuk kepentingan anak-anak mereka.
Sikap ini boleh dilihat apabila ibu bapa kita melarang daripada
bergaul dgn budak nakal, merokok, mencuri, menipu dan
sebagainya yang bertujuan supaya anaknya itu akan menjadi orang
berguna apabila dewasa kelak.
TIGA BENTUK ETHICAL EGOISME
1-Individual ethical egoism – Setiap orang patut bertindak
sebagaimana yang saya buat berasaskan kepentingan saya.

2-Personal ethical egoism – Saya sepatutnya bertindak berasaskan


kepentingan saya sendiri tetapi tidak boleh meminta dan
mempertikaikan apa orang lain ingin lakukan.

3-Universal ethical egoism – Setiap orang hendaklah bertindak


berasaskan kepentingan setiap diri masing-masing tanpa
mengambilkira kepentingan orang lain melainkan kepentingan orang
lain itu boleh membantunya.
2-UTILITARIANISM
Pelopor kepada teori ini adalah Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.
Asas kpd teori ini adalah sesuatu tindakan itu dianggap bermoral jika kesan
drpd tindakan tersebut menghasilkan sesuatu yg baik.
Teori ini menerangkan bahawa manusia secara keseluruhan patut & perlu
bertindak atau buat keputusan utk keuntungan semua pihak tanpa mengira
bangsa, kaum & agama.
Utilitarianism terbahagi kpd dua iaitu :
• Act utilitarianism
• Setiap individu perlu berusaha & memastikan agar tindakan yg dibuat boleh
memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat dan bukannya untuk
kebaikan individu semata-mata.
• Rule utilitarianism
• Menekankan kepada peraturan & undang2 yg perlu diikut oleh setiap
individu agar dapat memberi kebahagian kpd masyarakat.
NON-CONSEQUENTIALIST THEORY
• Dikenali sbg teori deontological.
• Tidak melihat kesan atau keputusan tindakan seseorang individu tetapi
perbuatan atau tindakan yg dilakukan dilihat sbg satu yg penting yg
menentukan sama ada bermoral atau sebaliknya.
• Teori ini terbahagi kepada dua iaitu act dan rule
A- Act non-consequentialist
Tiada satu peraturan & undang2 asas melainkan bergantung kpd sesuatu tindakan,
individu dan situasi sesuatu perkara itu berlaku yg sukar utk digeneralisasikan.
Tindakan dan keputusan yg dibuat dlm konsep ini adalah berlandaskan tindakan dan
perasaan pd ketika itu bergantung kpd situasi ia berlaku tanpa merujuk kpd sebarang
perundangan atau peraturan.
Ia berlandaskan kpd pegangan ataupun kepercayaan individu terbabit.Individu
merasakan bahawa perasaan yg timbul & tindakan yg dibuat adalah betul berasaskan
keadaan situasi tersebut.
B- Rule non-consequentialist
Hanya dgn berpandukan kpd peraturan & undang2 sahaja mampu utk memupuk etika dan
tindakan yg baik.
Terbahagi kepada 2 teori:
• DIVINE COMMAND THEORY – Etika tidak bergantung kpd undang2 tetapi bersifat lebih drpd
itu. Berpegang kepada ajaran tuhan dan agama dan patuh pada arahan dan meninggalkan
larangan.
• KANT’S DUTY ETHICS – Diasaskan oleh Immanuel Kant & mengandungi beberapa etika asas:
The good will
tidak ada yg baik melainkan good will. Kemahuan utk lakukan perkara yg baik merupakan
satu instrumen yg boleh diguna pakai dlm capai etika kerja yg baik.
Kemahuan itu datangnya drpd kehendak manusia utk mematuhi undang2, peraturan dgn
menolak kpd kepentingan dan mementingkan diri sendiri.

Establishing morality by reasoning alone


perkara kedua penting ialah utk bentuk dan menyuburkan aspek serta perkara perundangan
bagi etika.
 Ini penting kerana bukan hanya terletak kepada ketentuan, nasib dan apa yg telah
ditentukan oleh pencipta tetapi niat & perbuatan manusia itu penting dgn bersandarkan
kepada beberapa peraturan dan undang-undang.
The categorical imperative
suatu tindakan itu tidak dilihat sbg satu tindakan yg bermoral
jika peraturan yang diwujudkan itu tidak boleh diikuti oleh
sekalian manusia.
CTH :setiap kali sebarang keputusan yg bermoral ingin dibuat,
perlu bertanya apakah peraturan yg akan dibuat?
Adakah ia akan menjadi suatu undang-undang universal yg
akan dipatuhi oleh manusia?
Sehubungan itu juga ia menekankan bahawa jika manusia tidak
boleh mengikut undang2 maka tindakan tersebut adalah jelas
sebagai tidak bermoral.
Practical imperative
Manusia atau individu tidak boleh dipergunakan utk kepentingan
individu ataupun manusia lain.
Dalam hal ini aspek ketelusan & kesaksamaan perlu bagi memastikan
keadilan bkn seolah-olah dilaksanakan tetapi ia dilaksanakan.

Duty rather than inclination


Taat & patuh pada undang-undang semasa menjalankan tugas bagi
menghasilkan etika yg baik daripada mengikut gerak hati dan
kecenderungan diri terhadap sesuatu perkara.
Gerak hati dan kecenderungan diri lebih bersifat emosi dan kurang
rasional bergantung kepada kekuatan individu masing-masing.
Justeru dgn berlandaskan kpd peraturan maka kecenderungan dan
gerak hati itu boleh tersamping dengan peraturan mengambil tempat.
TEORI KESAMARATAAN
KOMPONEN KESAMARATAAN
A-FORMAL OR FOUNDATION EQUALITY
Asas kpd elemen equality itu sendiri. Malah ia turut jadi panduan dan tunjang dalam membentuk dan
merekayasakan pembangunan dari aspek politik moden.
Secara asasnya semua manusia inginkan keadilan, ketelusan dan yg paling penting mendapat hak yg sama rata
dlm komposisi yg sama.
Ini merupakan antara nilai2 kemanusiaan yg perlu dipenuhi bagi memastikan masy yg ada dapat hidup dgn
aman dan harmoni tanpa ada sebarang rasa syak wasangka antara satu sama lain.

B- EQUAL RIGHTS
Hak yg sama rata dan adil ini telah lama berkembang iaitu bila mula2 perkataan demokrasi itu diketengahkan.
Masy manapun malah dlm negara manapun keadilan ini dituntut oleh semua masyarakat.
Setiap manusia yang dilahirkan, akan terpakai kepada undang2 & peraturan. Ini merupakan asas yang mudah.
Tidak ada siapa pun boleh melangkaui kuasa undang-undang.
Setiap warganegara perlu akur & menikmati kehidupan yang bebas sebagai warganegara.
Dlm konteks Malaysia, terdapat kontrak sosial yang telah dipersetujui antara kaum perlu dipenuhi oleh
warganegara sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.
Sehubungan itu, individu boleh menikmati kehidupan berpandukan kepada undang-undang yang dibentuk oleh
negara.
C- WOMEN’S EQUALITY
Perjuangan kaum wanita bagi menuntut hak dan berjuang membela nasib kaum mereka ini bermula sejak dari
abad ke-19 lagi.
Keruntuhan ekonomi dan ketidakstabilan ekonomi dunia pada ketika itu memudahkan lagi pergerakan dan
percaturan kaum ini untuk mendapat pembelaan.
Abad ke-20 memperlihatkan kebanyakan negara Barat memberi ruang dan laluan kepada kaum ini. Mereka
turut dibenarkan untuk mengundi dalam proses pilihan raya.
Namun, negara yang terjerumus dalam kemiskinan seperti Afrika masih mengesampingkan wanita dan mereka
tidak mendapat equal rights yang selayaknya sebagaimana wanita negara lain.
Begitu juga dengan negara India. Status lelaki lebih tinggi berbanding wanita malah dalam perkahwinan
mereka, wanita yang akan meminang kaum lelaki.
D- EQUALITY OF OPPORTUNITY
Elemen ini menekankan kepada opportunity (peluang) yg sama perlu diberikan kpd setiap individu yg bergelar
manusia.
Plato dlm buku The Republic telah menekankan bahawa sistem pendidikan perlu beri peluang yg sama kepada
kanak2 untuk belajar.
Masalah mengasingkan kanak-kanak berdasarkan kepada status dan keluarga perlu dielakkan bagi
mewujudkan peluang yang sama.
Equality of opportunity bukan sekadar kesamarataan dlm aspek pendidikan semata-mata tetapi dalam ruang
lingkup yang lebih luas lagi merangkumi ketelusan dan kesamarataan dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
E- RACIAL EQUALITY
Isu racial equality wujud dlm masy moden pada hari ini terutama sebuah negara itu mempunyai
pelbagai kaum.
Isu yg paling tradisional berkaitan dasar aparteid di Afrika Selatan di mana rasisme telah dibenarkan
& ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dgn
bukan kulit putih, tempat larangan utk bangsa bukan kulit putih & pekerjaan yang dikhaskan untuk
orang berkulit putih sahaja.
Tindak-tanduk regim aparteid jelas sekali bertentangan dgn prinsip2 hak asasi manusia.

F- EQUALITY OF OUTCOME
Dlm sejarah berlaku menunjukkan Revolusi Perancis bawa kepada agihan ekonomi yang tidak adil
antara kumpulan borguise (bangsawan) dan proletariat (pekerja), iaitu kumpulan pekerja sering
ditindas oleh kumpulan bangsawan. Mereka bekerja keras dan hasil kekayaan diambil oleh
kumpulan borguise.
Equality of outcome telah dipelopori oleh sosialis terawal Perancis Gracchus Babeuf. Beliau
memperinci serta menekankan perlunya amalan kesamarataan dalam agihan kek ekonomi.
Idea ini yang diperkembangkan konsepnya melingkupi agihan kekayaan dan ekonomi dalam
sesebuah masyarakat bagi memastikan keadilan dan memuaskan hati rakyat keseluruhannya.
Dimensi Equality
• Konsep “Who gets what, when and how?
• 3 dimensi yang boleh dilihat dalam konsep equality:
• Penerima
• Barangan/Projek
• Kaedah proses
Kesamarataan dalam Konteks Perlembagaan
Persekutuan
• Perkara 8 (1) hingga (5) – Setiap individu warganegara
berhak mendapat perlindungan daripada undang-
undang.
• Di samping itu, raja-raja atau sultan tidak terlepas
daripada undang-undang selain daripada yang
dibenarkan oleh Perlembagaan.
• Selain itu, setiap warganegara tidak boleh
didiskriminasikan atas alas an agama, ras, bangsa,
keturunan atau pun tempat kelahiran.
Equal Protection (Kesamarataan
Perlindungan)

• Bangsa
• Jantina
TEORI PENGASINGAN KUASA
Konsep Pengasingan Kuasa
• Badan Eksekutif
• Badan Legislatif
• Badan Kehakiman
Badan Eksekutif
• Dikenali sebagai kabinet kerajaan dan diketuai oleh
Perdana Menteri yang dilantik YDPA (kuasa pemerintah)
berdasarkan undi majoriti parti politik dominan yang
memenangi pilihanraya.
• Antara peranan dan tugas:
• Mentadbir negara
• Menjalankan kuasa pemerintahan
• Perhubungan diplomatik
• Badan pengampunan
Badan Legislatif
• Antara tugas Badan Legislatif (Parlimen):
• Membuat dan menggubal undang-undang
• Kawalan terhadap kewangan negara
• Meminda perlembagaan
• Peranan kehakiman
• Menyiasat dan memberitahu maklumat
• Mengesahkan pegawai yang dicalonkan oleh eksekutif
• Mengesahkan perjanjian antarabangsa
Badan Kehakiman
• Mentafsir perlembagaan
• Mentafsir undang-undang
• Kesahan sesuatu undang-undang bertulis sama ada di
peringkat Pusat mahupun Negeri
• Pengisytiharan kesahan di sisi undang-undang tentang
sesuatu tindakan kerajaan
• Mengawal badan eksekutif dan perundangan
• Menjalankan kuatkuasa undang-undang mengikut
Perlembagaan Persekutuan.
TAMAT……………………………………

Anda mungkin juga menyukai