Anda di halaman 1dari 11

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

SEMESTER JULAI SESI 2022/2023


PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

NAMA : MUHAMMAD AZHAR BIN ROSLAN


NO. MATRIK : 269142
KUMPULAN :C
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN
KOD/NAMA KURSUS :
AWAM
PENSYARAH :
TARIKH : 24 SEP 2022 (SABTU) - 25 SEP 2022 (AHAD)
MASA PEPERIKSAAN : 10.30 PAGI (24 SEP 2022) – 10.30 PAGI (27 SEP 2021)

LAMPIRAN JAWAPAN

Untuk kegunaan pensyarah ARAHAN:


NO.
MARKAH
SOALAN i. Kertas soalan ini mengandungi
SEPULUH (10) soalan di dalam
1 SEMBILAN (9) halaman bercetak tidak
termasuk kulit hadapan.
2 ii. Anda dikehendaki menjawab SEMUA
soalan.
3 iii. Jawapan hendaklah ditaip (font Arial atau
Times New Roman).
4
iv. Calon DILARANG berbincang atau
5 bertukar jawapan dengan calon lain.
Sebarang unsur PLAGIAT adalah
dilarang.
6
v. Simpan LAMPIRAN JAWAPAN dalam
7 format PDF. Muat naik jawapan di UUM
Online Learning sebelum jam 10.30 PAGI
8 25 SEPT 2022.
vi. Isi maklumat penting dengan TEPAT.
9
PERATURAN BERKENAAN
10 KECURANGAN AKADEMIK ADALAH
TERPAKAI DALAM PEPERIKSAAN IN
JUMLAH
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

ARAHAN: Jawab semua soalan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan autoritarian leader?

Gaya kepimpinan jenis ini banyak diamalkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu


khasnya dalam bidang ketenteraan. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak dan pihak
bawahan tidak boleh mempertikaikan sebarang keputusan yang telah diambil. Pada
masa lampau, seseorang pemimpin yang telah dipilih biasanya akan menggunakan
sepenuhnya kuasa dan autoriti yang dimiliki bagi memperlihatkan kredibilitinya.
Untuk tujuan itu, ketua memiliki kuasa untuk mengerah anak-anak buah mereka
tanpa mempertimbangkan kepentingan subordinat. Suara, idea 70 dan pandangan
pihak bawahan tidak akan diambil kira dalam sebarang proses pembuatan keputusan.
Pemimpin autokratik juga lebih berpegang kepada sejauh mana dia berkuasa dan
memiliki autoriti. Ringkasnya, pemimpin yang mengamalkan gaya ini lebih kepada
banyak memberi arahan dan semua keputusan terletak di atas tangannya semata-mata.
Semua aktiviti kumpulan serta bagaimana aktiviti itu dijalankan juga ditentukan oleh
pemimpin tersebut.

(2 markah)
2. Huraikan secara ringkas TIGA (3) peranan pemimpin.

1. Melaksanakan Misi dan Visi Organisasi

 Pemimpin bertanggungjawab untuk menggubal dan memastikan

dasar yang telah digubal dilaksanakan dengan baik. Ini bermakna

tugas utama pemimpin ialah memastikan misi dan visi organisasi

tercapai. Pemimpin bertanggungjawab dalam membangunkan

sumber manusia bagi tujuan pencapaian misi dan visi organisasi.

Pembangunan kerjaya melalui latihan dan kursus akan diadakan


GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi kepakaran dan

kemahiran pekerja.

2. Mengeratkan hubungan antara subordinat

 Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada kerjasama dan

bantuan yang diberikan oleh subordinatnya. Tugas utama pemimpin

ialah memastikan dan mendorong pihak bawahannya agar

melaksanakan tugas yang diarahkan dengan rela hati dan gembira

dengan setiap keputusan yang telah dibuat.

3. Membuat keputusan

 Impak negatif atau positif bergantung kepada cara pembuatan

keputusan tersebut dibuat serta cara penerimaan daripada pihak

pekerja. Setiap keputusan yang dilakukan berhadapan dengan risiko

dari segi kos, kredibiliti dan juga masa depan organisasi yang

diwakili. Oleh itu, setiap keputusan yang hendak dilakukan haruslah

berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang relevan.

3
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

(8 markah)

3. Jelaskan secara ringkas mengenai kepentingan pelaksanaan kontingen pengukuhan di dalam

satu-satu organisasi.

Kepentingan perlaksanaan kontigen pengukuhan bagi mempertingkatkan kecekapan


pemprosesan. Kaedah ini digunakan dengan pengurus akan mengunakan kuasa bagi
memberi ganjaran dan hukuman kepada subordinat. Pengurus perlu menilai sebab
subordinat gagal mencapai sasaran dengan meminta penjelasan daripada subordinat
dan tidak hanya menumpukan kepada hukuman semata-mata. Sekiranya kegagalan
berpunca daripada kurangnya pengetahuan, pihak pengurusan hendalah memberi
maklumat, latihan atau menukarkan subordinat tersebut. Sekiranya kegagalan
berpunca dari kurangnya cabaran, maka skop tugasan perlu diperluaskan,
ditukar,ditambah insentif luaran atau hakikat tersebut diterima oleh subordinat.

(10 markah)

4. Bincangkan LIMA (5) asas yang perlu ada pada seorang pemimpin jika pemimpin tersebut

hendak dijadikan model kepada subordinat.

a. Kekuatan fizikal dan tahap kematangan terhadap tekanan dimana kekuatan fizikal,

stamina dan tahap kesabaran terhadap tekanan sangat berkait rapat dengan

kecekapan dalam pengurusan organisasi. Ciri-ciri tersebut banyak membantu

dalam menguruskan segala keperluan dalam melahirkan pengurusan yang cekap

walaupun berkerja dibawah tekanan.

4
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

b. Pemimpin yang baik akan mempunyai tahap integriti yang tinggi, integriti disini

merujuk kepada tingkahlaku positif yang mana sifat-sifat seperti jujur, dipercayai,

bereitika dan juga amanah. Subordinat akan lebih mempercayai pihak atsannya

jika pemimpin mempunyai tahap integriti yang diingini dan berkaliber.

c. Kematangan dan kestabilan emosi yang baik memainkan peranan yang penting

dalam membentuk tidakan seseorang jika berhadapan dengan sebarang masalah.

Pemimpin yang matang akan bertidak dengan lebih bijak dalam melaksanakan

tugas yang diberikan khasnya dalam membuat keputusan. Dia akan lebih

mengenali kekuatan dan kelemahan diri dan sentiasa akan bertidak untuk lebih

maju dalam kerjaya dan pembangunan organisasi.

d. Peminpin perlu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Keyakinan dan

tingkahlaku yang baik dan tinggi memberikan kekuatan kepadaseseorang untuk

maju dan berjaya.

e. Pemimpin yang bersikap berorientasikan mencapai, sifat ini lebih kepada nilai

keperluan untuk prestasi terbaik, keinginan yang kuat kearah kejayaan,

kemampuan untuk bersaing, tanggungjawab terhadap segala keputusan yang

dibuat serta mengambil berat terhadap tugasan yang telah diamanahkan.

(10 markah)

5
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

5. Jelaskan LIMA (5) jenis-jenis kuasa yang terdapat di dalam sistem pengurusan.

1. Kuasa ganjaran
 Pemimpin yang memberikan ganjaran kepada sesiapa yang menurut
perintah dengan insentif yang positif.

2. Kuasa sah
 Kuasa rasmi yang diproleh daripada autoriti pihak atasan melalui
penyerahan kuasa yang memberikan ai sesuatu kedudukan dalam
organisasi.

3. Kuasa rujukan
 Pemimpin memiliki daya penarik yang memaparkan keyakinan terhadap
apa yang hendak dicapai. Beliau mempunyai karisma, popular dan
mendapat sanjungan ramai.

4. Kuasa paksaan
 Berasaskan kepada ugutan atau ancaman yang boleh menimbulkan
ketakutan dihati pengikut. Ia merupakan paksaan terhadap keakuran
pengikut dalam menurut perintah.

5. Kuasa kepakaran
 Pemimpin yang mengetahui dengan mendalam tentang sesuatu perkara
dimana kebolehanya tidak dapat ditangini oleh orang lain. Berasakan
kepada kepakaran yang dimiliki, pendapatnya didengari dan diiktiraf.

(10 markah)

6. Bincangkan secara ringkas DUA (2) kesan interaktif antara pemimpin dan pengikut.

Pemimpin-pemimpin yang berjaya boleh mempengaruhi pengiktnya menerusi

pengukuhan-pengukuhan positif atau negatif. Di dalam interaktif pemimpin boleh

memberi kesan pengikutnya seperti:-

1) Pemimpin sebagai sumber maklum balas Kontingensi pengukuhan yang kerap

digunakan oleh seseorang pemimpin mampu memberi maklum balas tentang

6
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

pencapaian pengikutnya dan maklum balas daripada seliaan pengurus perlu

bagi menambah baik prestasi kerja pengikut dan mampu memberi kesan

terhadap keupayaan pengikut dalam menjalankan tugas yang diarahkan oleh

pemimpinnya.

2) Impak Pengikut Terhadap Pemimpin Kesan interaktif antara pemimpin dengan

pengikut juga mampu mewujudkan satu hubungan antara pemimpin dan

pengikut yang bersifat timbal balik. Pemimpin yang berjaya dapat

mempengaruhi dalam menyiapkan sesuatu tugasan dan hubungan sosioemosi.

Manakala kepatuhan pengikut dilihat sebagai alat yang menyempurnakan

sesuatu tugasan dan penerimaan baik dari segi sosioemosi awam atau

persendirian terhadap usaha-usaha kepemimpinan. Pemimpin boleh

mempengaruhi orang di bawah atau ahli-ahlinya menerusi inisiatif dan

maklumat manakala subordinat boleh melengkapkan proses ini dan

mempengaruhi pemimpin-pemimpin mereka dengan memberi maklum balas

kepada mereka. Maklum balas telah menjadi amalan biasa dalam kebanyakan

organisasi sebagai satu usaha untuk menambah baik keberkesanan pemimpin

dan operasi mereka.

(10 markah)

7. Huraikan secara ringkas DUA (2) perbezaan antara kajian yang dilakukan oleh Ohio State

University dan University Michigan.

7
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Ohio State University

Mengukur dua demensi tingkah laku iaitu struktur pemuladan timbang rasa.

Struktur pemula merujuk kepada pemimpin yang memainkan peranan dalam

pembahagian tugasan antara dirinya dan subordinat bagi mencapai matlamat

yang telah ditetapkan. Ini melibatkan pengaturan cara kerja, hubungan kerja dan

matlmat pemimpin yang mengamalkan stuktur pemula mengagihkan tugas kepada

ahli. Subordinat diharap dapat mencapai ketetapan, prestasi dan menekankan

tarikh untuk menyiapkan tugasan.

Ciri OhiO State University mengenalpasti 4 ciri kepimpinan asas iaitu :-

1) Struktur rendah, timbang rasa yang tinggi

2) Struktur tinggi, timbang rasa yang rendah

3) Struktur tinggi, timbang rasa yang tinggi

4) Struktur rendah, timbang rasa yang rendah

University Michigan.

Mempunyai dua abjektif yang sama iaitu mengenal ciri-ciri tingkahlaku pemimpin

yang berkaitan dengan prestasi atau keberkesanan. Hasil kajian memberi dua

dimensi tingkahlaku iaitu orintasi pekerja dimana pemimpin yang menekankana

hubungan dan orentasi pengeluaran yang menekankan hasil kepada pengeluaran

atau aspek tenikal

(10 markah)

8
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

8. Huraikan secara kritis perbezaan antara pandangan Behavioralis dan Strukturalis terhadap

kuasa.

Terdapat dua hujah yang bertentangan tentang cara kuasa diagihkan dalam
organisasi. Menurut pendapat struktulis memang tabii semulajadi organisasi kuasa
tidak diagihkan secara rata. Dalam perkembangan organisasi agihan kuasa antara
unit dan antara penyelia berbeza-beza. Bagi unit dan penyelia yang lebih kuasanya
mereka mempunyai kawalan terhadap kontigensi strategik dan aktiviti jabatan lain
yang kritikal kepada fungsi perjalanan unit mereka. Mereka juga menyampaikan
maklumat kepada unit yang kurang berkuasa supaya ketidaktentuan unit itu dapat
dikurangkan.

Sebaliknya pandangan behavioris bertentangan dengan pandangan struktulis. Mereka


berpendapat bahawa pengagihan kuasa yang saksama dalam organisasi penting
kepada kesejahteraan organisasi. Bagi mereka menyamakan kuasa dikatakan satu
sendi asas dalam pengembangan organisasi moden dan potensi pergerakan manusia.
Dua pandangan yang bertentangan ini juga memberi implikasi kepada reka bentuk
organisasi dengan kuasa yang saksama.

Dari aspek tanggungjawab aliran struktulisme menyeru supaya seseorang hendaklah


bertanggungjawab menyelia semua aktiviti yang penting. Dengan itu hierarki piramid
hubungan pengurusan dan subordinat telah dimandatkan. Di atas konsep perkongsian
kuasa, ahli-ahli kumpulan boleh memikul tanggungjawab kepemimpinan apabila
seseorang itu melihat keperluan untuk berbuat demikian. Aliran strukturalis juga
cuba mengelak pertindihan atau duplikasi tanggungjawab. Sebaliknya aliran
behavioralis melihat pertindihan, pergiliran dan lain-lain bentuk perkongsian
tanggungjawab adalah untuk meningkatkan reliabiliti sistem dan digalakkan apabila
hubungan tidak formal berkembang dalam kalangan pekerja yang komited untuk
melihat kemajuan kumpulan mereka.

9
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

(15 markah)

9. Bincangkan perbezaan antara Transactional Leader dan juga Participative Leader.

Transactional Leader
Pendekatan punishment dan reward akan digunakan dalam gaya kepimpinan ini.
Pemimpin akan memberikan semua maklumat lengkap mengenai tugas dan kerja
yang sepatutnya dilakukan. Sebagai tambahan, terdapat juga pemimpin yang suka
turut serta dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kepada pihak bawahan.
Ini dilakukan bagi memastikan subordinat menjalankan kerja yang betul dan
efisien.

Participative Leader
Gaya pemimpin ini lebih kepada pendekatan hendak mendidik dan mengajar
pihak pekerjanya. Pemimpin akan sentiasa memberi peluang dan ruang kepada
subordinat untuk memberikan pendapat dan idea dalam pembangunan kerjaya
mereka. Malah pihak pengurusan juga akan sentiasa memberi keutamaan kepada
pihak pekerja menghadiri bengkel, kursus dan sebarang bentuk latihan dengan
tujuan untuk meningkatkan kemahiran mereka.

(10 markah)

10. Jelaskan secara ringkas mengenai pandangan Pihak Elitisme dan Pihak Populisme terhadap

kuasa.

Pihak elitisme

1) Kuasa - Bagi pihak elitisme kuasa diwakilinya lebih kepada komited peraturan-
peraturan dalam pembuatan keputusan dan sangat mendalam pengetahuannya dan
mahir dalam analisis, perundingan, daya pujuk dan manipulasi. kuasa banyak
terletak di tangan ketua atau pemimpin

10
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

2) Pelantikan - Pihak elitisme dalam lingkungan organisasi diterjemahkan kepada


pelantikan pegawaipegawai kesatuan berdasarkan kepada yang berpengalaman dan
berpengetahuan serta wakilwakil majlis atau yang sangat bergantung kepada
pemimpin informal dalam lingkungan tenaga kerja.

3) Sifat Pihak elistisme - Bersifat pasif di mana rakyat tidak melibatkan diri dan dari
masa ke masa mengutamakan pilihan sendiri iaitu melantik pagawai-pegawai yang
akan bertanggungjawab bagi kestabilan, kecekapan dan autoriti negara.

Pihak populisme

1) Pelantikan - Berdasarkan lingkungan organisasi diterjemahkan kepada demokrasi


shop floor yakni kebanyakan pekerja berkongsi perundingan dan membuat keputusan
dengan pegawai atasan yang terdekat dengan mereka.

2) Kuasa - Pihak populisme kuasa dikongsi secara meluas dan saksama antara ahli-
ahli dan pemimpin. Dengan kuasa yang saksama itu, ahli-ahli sama-sama berpengaruh
dengan pemimpin. Kesan sesama mereka menjadi penting kepada proses pengaruh
interpersonal dan kuasa pembuatan keputusan dikongsi bersama kemungkinan
pekerja-pekerja bersetuju dengan matlamat yang dikehendaki oleh majikan akan
meningkat. Akibatnya kepuasan akan bertambah dan usaha akan meningkat menuju
ke arah matlamat yang telah ditetapkan itu.

(15 markah)

11

Anda mungkin juga menyukai