Anda di halaman 1dari 19

BAB 6

PROSES-PROSES DALAM
PUSINGAN BELANJAWAN
OBJEKTIF BAB
• Mengenal pasti peringkat-peringkat utama yang dilalui oleh sesuatu
belanjawan negara.
• Mengetahui institusi dan aktor yang terlibat di dalam setiap proses
dalam pusingan belanjawan.
• Meninjau strategi-strategi yang dijalankan oleh aktor-aktor yang
terlibat dalam pemeriksaan belanjawan.
• Memahami cara pusingan belanjawan menjadi alat pengurusan
kepada eksekutif kerajaan dan alat akauntabiliti kepada legislatif.
PENGENALAN
• Pusingan Belanjawan mengandungi 5 peringkat utama:

1) Penyediaan
2) Pemeriksaan
3) Kelulusan
4) Pelaksanaan
5) Pengauditan
PENYEDIAAN BELANJAWAN
• Bermula apabila Perbendaharaan menghantar surat pekeliling kpd semua
agensi dan jabatan kerajaan.
• Pekeliling mengandungi objektif, dasar-dasar , proses dan prosedur
penyediaan belanjawan yang mesti dipatuhi.
• Meliputi format dan borang yang perlu diisi dalam melengkapi keperluan
yang diminta oleh Perbendaharaan.
• Peringkat ini dipanggil “call for estimates”.
• Dimulai oleh pihak esksekutif. Pihak legislatif TIDAK terlibat.
• Agensi dan jabatan akan menghantar anggaran kepada jabatan
bendahari atau bahagian kewangan yang bertindak sebagai penyelaras.
• Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS), agensi pelaksana akan diberi satu
batas perbelanjaan bersama-sama surat pekeliling yang dihantar kpd
Perbendaharaan.
PENYEDIAAN BELANJAWAN
• Perbelanjaan mengurus
Jabatan
Agensi dan bendahari
Perbendaharaan Bahagian Perbendaharaan
Jabatan
Kewangan

• Perbelanjaan pembangunan

Agensi dan Unit Perancang


Unit Perancang
Jabatan Kerajaan Ekonomi Negeri Perbendaharaan
Ekonomi (UPE)
Negeri (UPEN)
PEMERIKSAAN BELANJAWAN
• Skop pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan di bawah MBS:
- Kepatuhan batas perbelanjaan
- Permohonan dasar baru
- Dasar one-off
- Jumlah peruntukan perbelanjaan keseluruhan
• Bahagian Belanjawan akan meneliti, memeriksa dan menyediakan cadangan
anggaran perbelanjaan
• Di bawah Sistem Belanjawan Program dan Prestasi, skop pemeriksaan adalah:
- Perancangan strategik agensi
- Perancangan pengurusan
- Perancangan operasi dan kawalan
- Prestasi agensi-agensi
PEMERIKSAAN BELANJAWAN

• Di peringkat ‘high profile’, Perbendaharaan membentuk satu panel


pemeriksaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari agensi pusat
yang lain spt JPA, JPM, Bank Negara dan Jabatan Statistik.
• Pegawai ini dipanggil “ budget review officer”.
• JPA:- memastikan agensi mematuhi polisi kakitangan dan perjawatan.
• Bank Negara:- bertindak sebagai penasihat kewangan.
• JPM:- memastikan cadangan anggaran TIDAK bercanggah dengan dasar
perbelanjaan pembangunan.
• Jabatan Perangkaan:- menyemak penggunaan data perangkaan yang
betul dan terkini.
PEMERIKSAAN BELANJAWAN

Bahagian Pengarah Menteri


Perbendaharaan
Belanjawan Belanjawan Kewangan

Kabinet
Parlimen
Menteri
KELULUSAN
• Memulakan peranan legislatif, anggota Parlimen (ahli Dewan Rakyat dan
Dewan Negara).
• Di peringkat negeri, legislatif ialah ahli Dewan Undangan Negeri masing-
masing.
• Setiap anggaran belanjawan MESTI melalui legislatif kerana mereka adalah
wakil kepada rakyat.
• Mereka akan meluluskan apa-apa cadangan berkenaan cukai yang ingin
dikutip oleh kerajaan.
• Peringkat ini di panggil peringkat kelulusan (authorization).
• Dewan Rakyat ialah satu-satu badan legislatif yang berhak memulakan
sesuatu Rang Undang-undang Kewangan Perkara 67(1) Perlembagaan
Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahawa Dewan Rakyat
berkuasa dalam hal ehwal kewangan.
PROSEDUR KELULUSAN

PROSEDUR BACAAN BACAAN BACAAN


KELULUSAN PERTAMA KEDUA KETIGA
PROSEDUR KELULUSAN
• Bacaan Pertama:
- Bacaan atas tajuk rang undang-undang itu sahaja oleh Setiausaha Dewan
Rakyat.
- Peringkat kelulusan ini bermula secara rasminya apabila bacaan pertama
bagi Rang Undang-undang Kewangan akan dibaca buat pertama kalinya
oleh Menteri Kewangan dan diluluskan pada dasarnya.
• Bacaan Kedua:
- Bagi Rang Undang-undang Perbekalan, usul untuk bacaan kali kedua
dibuat pada hari pertama yang Menteri Kewangan telah memberi satu
notis kepada Setiausaha Dewan lebih awal lagi.
- Pada bacaan kedua, Menteri Kewangan akan membuat ucapan
belanjawan dan membuat laporan berkenaan hasil yang dianggar dan
perbelanjaan sebenar pada tahun fiskal.
PROSEDUR KELULUSAN
• Bacaan Ketiga:
- Dalam bacaan ketiga ini, satu undian akan dibuat dan jika didapati
terdapat majority 2/3 undian, maka rang undang-undang kewangan akan
DILULLUSKAN oleh Dewan Rakyat.
- Cadangan belanjawan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat akan dibawa
ke Dewan Negara.
- Setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa
pindaan dlm tempoh sebulan, ia hendaklah diserahkan kepada Yang
Dipertuan Agong utk persetujuan baginda mengikut Perkara 68 (1)
Perlembagaan Persekutuan.
PELAKSANAAN
• Bermula secara rasmi pada 1 Januari tahun fiskal.
• Di peringkat ini, belanjawan dikembalikan kepada pihak eksekutif agar
penguatkuasaan dapat dilaksanakan.
• Peringkat pelaksaaan akan berlangsung selama 12 bulan pada kalendar
tahun fiskal.
• Pihak Perbendaharaan akan mempastikan bahawa agensi-agensi TIDAK
menggunakan semua wang yang diberi dalam tempoh kurang drpd 12
bulan tahun fiskal itu.
• Peringkat pelaksanaan adalah AMAT PENTING dalam mempastikan
perancangan belanjawan kerana perbelanjaan yang dibuat mesti TIDAK
melampaui wang yang diperuntukkan.
PENGAUDITAN
• Peringkat yang terakhir dalam pusingan belanjawan.
• Tujuan:-
i) Untuk memeriksa sama ada eksekutif kerajaan telah melaksanakan
belanjawan mengikut peruntukan yang telah diluluskan,
ii) Memeriksa akauntibiliti awam dan kejujuran dalam membelanjakan wang
awam
iii) Mengelakkan pembaziran.
• Skop pengauditan meliputi:
i) Audit kewangan: mempastikan kesahihan penyata kewangan.
ii) Audit prestasi: memeriksa sama ada program-program kerajaan telah
berkesan dalam mencapai objektif dan operasi yang berkesan.
PRINSIP-PRINSIP ASAS YANG
MENGUASAI PENGAUDITAN
• Prinsip-prinsip tugas pengauditan:
i) Tulus, objektif dan bebas;
ii) Merahsiakan semua maklumat yang diperolehinya;
iii) Menyediakan laporan dengan cermat dan berhati-hati;
iv) Mengemaskini pengetahuan dengan pengauditan antarabangsa.
• Perancangan juruaudit:
i) Memahami sistem perakaunan, polisis dan tatacara kawalan dalaman
yang diamalkan sebelumnya;
ii) Menentukan dan membentuk program, pemasaran dan liputan tatacara
audit yang akan dilaksanakan;
iii) Penyelarasan kerja yang dilaksanakan
STRATEGI-STRATEGI AGENSI YANG
TERLIBAT

PERMAINAN
(BUDGET GAME)

AGENSI PUSAT
AGENSI PELAKSANA
PERBENDAHARAAN
(SPENDERS)
(CUTTERS)
AGENSI PELAKSANA (SPENDERS)
• Strategi:
i) Membuat penokokan kepada jumlah yang terdapat
lebihan.
ii) Membelanjakan semua peruntukan yang diberi.
iii) Mengalih tumpuan dan fokus pemeriksaan belanjawan.
iv) Mengemukakan hujah ekonomi.
AGENSI PUSAT (CUTTERS)
• Strategi:
i) Mempersoalkan aspek-aspek hasil yang dikutip.
ii) Membuat pemotongan kepada objek-objek
perbelanjaan.
iii) Mencari penjimatan daripada program yang sudah lama
berlangsung.
iv) Melewatkan pemberian keputusan.
v) Menggunakan hujah balas
vi) Meminta spenders menyenaraikan apakah keutamaan
item-item perbelanjaan
RUMUSAN
• Pusingan belanjawan ialah satu proses atau kitaran aktiviti-aktiviti
yang berhubung dengan perbelanjaan.
• Mengandungi 5 aktiviti utama:
i) Penyediaan
ii) Pemeriksaan
iii) Kelulusan
iv) Pelaksanaan
v) Pengauditan

Anda mungkin juga menyukai