Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UUM

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


SEMESTER OKTOBER, SESI 2018/2019

BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

TUGASAN INDIVIDU (25%)

ARAHAN

1. Jawab semua soalan yang diberikan.


2. Tugasan ini hendaklah dibuat secara individu.
3. Jawapan kepada tugasan ini hendaklah disediakan dengan tulisan tangan.
4. Jawapan kepada tugasan ini perlu dihantar kepada pensyarah sebelum peperiksaan akhir
(Pertemuan ke-5).

SOALAN

Ahmad Albab memulakan perniagaan perkhidmatan pada 1 Januari 2018. Perniagaan ini, yang
diberi nama Perniagaan Warisan Harta, menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat
nasihat tentang cara pengurusan kewangan peribadi dan harta pusaka. Berikut adalah transaksi
yang berlaku sepanjang Januari 2018.

Tarikh Transaksi
1 Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM50,000.
2 Membeli perabot secara tunai RM10,000.
3 Memindahkan tunai RM30,000 ke akaun bank perniagaan.
5 Memberikan perkhidmatan perundingan kepada pelanggan secara tunai RM500.
10 Memberikan perkhidmatan perundingan kepada pelanggan Muharram secara
kredit RM800.
15 Memohon pinjaman dari pihak bank sebanyak RM100,000 tapi masih belum
diluluskan.
20 Memberikan perkhidmatan perundingan kepada pelanggan Syawal bernilai
RM1,000. Terima tunai RM700, manakala bakinya akan diterima bulan
hadapan.
23 Menerima tunai untuk tempahan perkhidmatan perundingan oleh pelanggan
Mastura bernilai RM500. Perkhidmatan dijangka akan dilaksanakan pada 12
Februari 2018.
25 Terima tunai dari pelanggan Muharram RM800.
28 Mengambil tunai dari perniagaan untuk membayar perbelanjaan peribadi
RM300.
30 Membayar sewa kedai RM600, gaji pekerja RM1,000 dan bil elektrik, air dan
telefon berjumlah RM250. Pembayaran dibuat menggunakan cek.
31 Permohonan pinjaman dari pihak bank telah diluluskan. Akaun bank dikreditkan
sebanyak RM100,000. Pembayaran balik sebanyak RM2,000 sebulan akan
dibuat melalui potongan automatik dari akaun bank pada setiap 28 hb setiap
bulan.

Pada bulan Februari, Ahmad Albab telah mengembangkan perniagaannya kepada perniagaan
barangan dengan membeli dan menjual produk-produk berkaitan pengurusan kewangan. Berikut
adalah transaksi yang berlaku pada bulan Februari 2018.

Tarikh Transaksi
2 Membeli van bernilai RM50,000. Bayar deposit dengan cek RM30,000. Baki akan
dibayar secara ansuran sebanyak RM800 sebulan selama 30 bulan.
3 Terima tunai dari pelanggan Syawal RM300.
6 Membeli barang niaga secara tunai RM4,500.
12 Memberikan perkhidmatan perundingan kepada pelanggan Mastura seperti yang
dijanjikan.
15 Menjual barang niaga secara kredit kepada pelanggan Safar RM500. Kos barang
tersebut adalah RM300.
20 Membeli barang niaga daripada Syarikat Usahasama secara kredit RM4,500, terma
5/10, n/30, FOB titik perkapalan. Kos pengangkutan adalah RM150.
22 Membayar kos pengiklanan RM300 secara tunai.
24 Menjual barang niaga secara tunai kepada pelanggan RM800. Kos barangan tersebut
adalah RM500.
25 Pelanggan Safar memulangkan barangan rosak bernilai RM120. Kos barangan
tersebut adalah RM80.
26 Membayar ansuran pinjaman van dengan cek.
28 Melangsaikan hutang kepada Syarikat Usahasama dengan cek.
29 Pembayaran untuk sewa kedai RM600, gaji pekerja RM1,000 dan bil elektrik, air dan
telefon berjumlah RM400 belum dibuat dan akan diselesaikan pada bulan hadapan.

Maklumat tambahan:

Kadar susutnilai bagi perabot dan kenderaan adalah 10% dan 20% setahun masing-masing.
DIKEHENDAKI:

(a) Sediakan catatan jurnal untuk merekod transaksi di atas. Penerangan adalah
diperlukan. Sekiranya tiada catatan untuk transaksi tertentu, nyatakan ‘Tiada catatan’.
Bundarkan jawapan ke ringgit terdekat (jika perlu). Sila gunakan template jurnal yang
disediakan.

(b) Pindahkan semua catatan jurnal kepada lejer yang berkenaan. Sila gunakan template
lejer yang disediakan.

(c) Sediakan imbangan duga tak terlaras bagi bulan berakhir 31 Januari 2018 dan 28
Februari 2018.

(d) Sediakan catatan jurnal untuk merekod sebarang pelarasan yang perlu pada hujung
bulan Januari dan Februari 2018. Pindahkan catatan pelarasan tersebut ke lejer yang
berkenaan. Sila gunakan template jurnal yang disediakan dan lejer sedia ada.

(e) Sediakan imbangan duga terlaras bagi bulan berakhir 31 Januari 2018 dan 28 Februari
2018.

(f) Sediakan catatan penutup dan pindahkan ke lejer yang berkaitan pada 31 Januari 2018
dan 28 Februari 2018.

(g) Sediakan penyata kewangan berikut:

i- Penyata Keuntungan atau Kerugian dan Pendapatan Komprehensif Lain bagi


bulan berakhir 31 Januari 2018 dan 28 Februari 2018.

ii- Penyata Ekuiti Pemilik bagi bulan berakhir 31 Januari 2018 dan 28 Februari
2018.

iii- Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2018 dan 28 Februari 2018.

(h) Kira DUA (2) nisbah kecairan dan DUA (2) nisbah keberuntungan bagi perniagaan
ini berdasarkan maklumat yang boleh diperolehi dari penyata kewangan perniagaan pada
28 Februari 2018.

(i) Buat analisa ringkas tentang tahap kecairan dan keberuntungan perniagaan ini.
Berikan DUA (2) cadangan untuk meningkatkan tahap kecairan dan keberuntungan
perniagaan ini pada masa hadapan.

SOALAN TAMAT
Template Jurnal

Tarikh Butiran Debit Kredit


(RM) (RM)
Template lejar

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)
Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Anda mungkin juga menyukai