Anda di halaman 1dari 14

3.

LATAR

BELAKANG

PROGRAM

GERAKAN

BUDAYA

KERJA

CEMERLANG
Kualiti adalah sesuatu keadaan yang cemerlang atau amat baik tetapi kebaikan
itu tidak terhad atau tetap pada sesuatu tahap. Ianya tidak statik. Ia bergerak
sepanjang masa. Justeru itu, apabila sahaja kita mencapai kualiti yang kita
mendapati ada lagi kualiti yang lebih yang mesti kita kejar. Setelah kita mengejar
dan mencapai kualiti yang baru menjadi matlamat kita, sekali lagi kita
maendapati ada lagi kualiti yang lebih baik daripada itu yang perlu kita kejar.
Dengan itu, usaha kita tidak berhabis-habisan dan tidak ada hadnya serta kita
perlu mengejar kualiti sepanjang masa.
Berikut merupakan petikan kata-kata YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin
Mohammad, Perdana Menteri ketika itu semasa beliau melancarkan gerakan
budaya kerja cemerlang. Dengan memahami tujuan gerakan budaya kerja
cemerlang adalah untuk membina masyarakat yang sentiasa mengutamakan
dan mementingkan kualiti dalam segala usaha. Kakitangan sektor awam juga
hendaklah menerap nilai-nilai utama yang terkandung dalam peraturan-peraturan
perkhidmatan.
Program gerakan budaya kerja cemerlang telah dilancarkan penghujung
tahun 1989, iaitu pada 27 November 1989. Umumnya pembentukan Gerakan
Budaya Kerja Cemerlang adalah merupakan salah satu tujuan panduan tentang
strategi-strategi peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam. Selain itu
menerusi gerakan ini, kerajaan berharap bahawa satu budaya kerja cemerlang di
kalangan pihak berkuasa dan para pekerja dapat dibentuk dan dijadikan sebagai
amalan hidup. Bersamaan tujuan itu, tujuh lagi program tambahan turut
diperkenalkan. Hal ini adalah bagi meningkatkan mutu kualiti para pekerja dalam
agensi tertentu jesturu dapat memantapkan etika dalam diri setiap kakitangan
sektor awam. Antara nilai-nilai yang ditekan dalam Gerakan Budaya Kerja
Cemerlang ialah seperti amanah, integriti, kualiti dan berdisplin. Manakala tujuh
program berkenaan lebih menumpukan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan
atau keluaran agensi-agensi dan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

4.0 TUJUAN GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG


Gerakan budaya kerja cemerlang adalah bertujuan untuk menbina
semangat kakitangan sektor awam supaya mempertingkatkan lagi kualiti
perkhidmatan tiap-tiap mereka. Secara Umumnya,

program gerakan budaya

kerja cemerlang mempunyai tujuan dua serampang. Yang pertamanya ialah


meningkatkan kualiti kerja dan seterusnya ia bertindak sebagai alat untuk
mengukur atau menyukat produktiviti juga hasil kerja seseorang anggota
perkhidmatan awam.
Namun begitu Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji (1992), dalam memberi
jaminannya kepada kakitangan sektor awam bahawa untuk mencapai tujuan
berkenaan, lima strategi yang telah dikenalpasti perlu dilaksanakan, iaitu ketuaketua jabatan adalah dipertanggungjawabkan untuk menggebleng keazaman
atau tekad serta komitmen pegawai-pegawainya supaya mencari penyelesaian
bersama ke atas masalah-masalah yang dihadapi. Pengurusan penyertaan
sebagai teknik yang berkesan telah dikenalpasti, misalnya melaksanakan
program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di Jabatan.
Kedua ialah ketua-ketua jabatan hendaklah berusaha memupuk di
kalangan stafnya tentang berkongsi visi bagaimana menyusun dan mengurus
sesuatu masalah. Perundingan di antara ketua-ketua jabatan dengan staf
bawahannya adalah digalakkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Seterusnya,

ketua-ketua

jabatan

hendaklah

mencari

penyelesaian

bersama ke atas masalah-masalah yang dihadapi. Selain daripada itu, jabatanjabatan perlu menerapkan perubahan-perubahan yang hendak dilaksanakan
dengan memasukkannya sebagai dasar atau sistem jabatan supaya kefahaman
dapat dipertingkatkan dan rasa kesamarataan di kalangan staf dapat ditanamkan.
Dan akhir sekali ia adalah bertujuan untuk menjamin kejayaan dan
mengekalkan kejayaan yang dicapai serta diteruskan, jabatan-jabatan perlu
mewujudkan sistem maklum balas ke atas semua aktiviti peningkatan mutu kerja
seterusnya menyesuaikan aktiviti-aktiviti berkenaan mengikut kehendak masa.

5.0 MASALAH-MASALAH DALAM PENERAPAN PROGRAM GERAKAN


BUDAYA KERJA CEMERLANG
Dalam usaha menerapkan gerakan budaya kerja cemerlang dengan berkesan
terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi oleh kakitangan sektor awam.
Masalah-masalah berkenaan termasuklah :

5.1 Kakitangan Sektor Awam Yang Bermasalah


Hasil kerja yang baik dan berkualiti lahirnya daripada tenaga kerja yang
bermotivasi tinggi dan begitu juga sebaliknya. Pengeluaran perkhidmatan yang
tidak berkualiti boleh berpunca daripada kakitangan sektor awam yang
bermasalah itu sendiri. Kelembapan pekerja, ponteng kerja, konflik di antara
rakan sejawat, tidak mengikut arahan, tingkahlaku yang bertentangan dengan
norma-norma pengurusan, tidak amanah, tidak berdisplin dan pekerja-pekerja
yang mengalami konflik dan tekanan jiwa dan lain-lain lagi antaranya merupakan
masalah yang sering timbul dalam diri kakitangan sektor awam. Pekerja yang
bermasalah terutamanya yang mengalami tekanan jiwa akan menampakkan
perubahan-perubahan dalam tingkahlakunya. Tingkahlaku yang negatif ini jika
tidak dapat dikawal akan menimbulkan kesan yang buruk terhadap organisasi
secara tidak langsung.

5.2 Pengurusan Masa


Lagi banyak masa dibazirkan lebih banyak produktiviti dan kualiti organisasi
terjejas. Organisasi akan menanggung kerugian apabila kakitangan sektor awam
tidak dapat menguruskan masanya dengan sempurna dan bijak. Dengan hal
yang berikut terdapat beberapa risiko yang perlu ditanggung oleh organisasi,
iaitu ,enanggung kos tambahan kerana kelewatan menjalankan tugas-tugas
tertentu. Kedua ialah pembaziran sumber kerana output tidak lagi diperlukan

oleh pelanggan. Seterusnya ia akan menjejaskan imej agensi kerana


perkhidmatannya akan dianggap tidak boleh dipercayai oleh orang ramai.

Setiap kakitangan sektor awam dinasihatkan agar menganalisis bagaimana


mereka menggunakan masa di tempat kerja, cara mereka bekerja dan sistemsistem yang digunakan. Dengan analisis ini, kakitangan-kakitangan sektor awam
akan lebih memahami bagaimana masa digunakan dan dapat menimbulkan
kesedaran dan kesinsafan bahawa masa yang produktiviti perlu dihargai serta
digunakan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai.

5.3 Pengurusan Mesyuarat


Sehingga hari ini masih terdapat banyak mensyuarat yang tidak produktiviti dan
tidak berkesan. Dan antara punca-puncanya ialah mesyuarat jarang diadakan
menyebabkan perkara-perkara yang telah dibincangkan dahulu menjadi
ketinggalan

apabila

dibincangkan

semula.

Seterusnya

ialah

kelewatan

menghantar minit mesyuarat akibat sikap sambil lewa setiausaha. Orang yang
tidak dapat memberi sumbangan atau tidak berpengalaman menghadiri
mesyuarat ataupun mereka yang tidak dapat membuat persediaan yang rapi
oleh sebab tidak ada perancangan mesyuarat. Disamping itu, sikap tidak komited
dan bersungguh-sungguh dalam mesyuarat. Akhir sekali ialah tindakan susulan
tidak dijalankan selepas perbincangan.

Untuk memastikan mesyuarat itu berkesan adalah amat penting dengan


keterlibatan peranan-peranan seperti pengerusi, setiausaha, ahli-ahli dan
urusetia. Selain itu perancangan yang strategik juga baik untuk memastikan
mesyuarat itu berjaya.

5.4 Membuat Keputusan


Kecemerlangan kualiti yang diharapkan di dalam perkhidmatan awam adalah
juga meliputi aspek yang dihasilkan seperti kecepatan, ketepatan dan kualiti
dalam pembuatan sesuatu keputusan. Kelewatan boleh dikatakan berlaku
apabila sesuatu tugas itu mengambil masa yang lebih daripada minimum yang
ditetapkan. Kelewatan dalam membuat keputusan boleh berpunca daripada
kelemahan dalam sistem dan prosedur kerja, dasar yang tidak jelas, rujuk
merujuk diantara agensi, penggunaan budi bicara dan kekaburan kuasa yang
diperuntukan. Oleh itu ketua-ketua Jabatan hendaklah sentiasa mengkaji semula
sistem dan prosuder masa kini.

5.5 Akauntabiliti Dalam Kakitangan Sektor Awam Yang Tidak Tegar


Kekurangan sifat akauntabili dalam kakitangan sektor awam juga menjadi salah
satu faktor masalah penerapan gerakan budaya kerja cemerlang dalam
sesebuah organisasi. Apabila anggota-anggota perkhidmatan awam tidak
bersikap akautabiliti harta-harta awam tidak dapat diuruskan dengan jujur dan
amanah. Oleh itu secara tidak langsung sektor awam akan tercemar dengan
amalan rasuah dan macam-macam lain perlakuan yang tidak beretika.
Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek terpenting di dalam
pentadbiran kerajaan, apabila ia diurus dengan penuh rasa tanggungjawab,
maka dapat mengelakkan kakitangan sektor awam dari terlibat dalam aktivitiaktiviti yang tidak beretika.
Walaupun Malaysia mengamalkan demokrasi, kakitangan sektor awam
yang bertanggungjawab dalam sesuatu hal adalah tetap tidak dibenar melibatkan
diri dalam politik mengikut peruntukan-peruntukan tertentu. Hal ini adalah kerana
penglibatan dalam politik akan hanya menyebabkan perkhidmatan mereka
terjejas.

Natijahnya masalah-masalah dalam penyerapan program gerakan


budaya kerja cemerlang yang dinyatakan perlu di atasi dengan langkah-langkah
yang sewajarnya agar dapat meningkatkan kualiti kakitangan sektor awam
seterusnya mengukuhkan nilai etika dalam diri mereka.

6.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KUALITI KAKITANGAN


SEKTOR AWAM BAGI MENJAMIN ETIKA KERJA
Proses peningkatan kualiti hendaklah dianggapkan sebagai satu proses yang
berterusan dan tiada titik penghabisan. Kualiti bukan sahaja di nilai berdasarkan
daya pengeluaran atau penghasilan serta perkhidmatan yang diberi, tetapi juga
diukur dalam semua kegiatan, tingkah laku dan pekerjaan yang dibuat oleh
seseorang itu. Sehubungan itu beberapa langkah atau aktiviti telah disusun bagi
mewujudkan budaya kerja yang berteraskan kualiti dalam kalangan kakitangan
sektor awam. Aktiviti berikut adalah seperti ;

6.1 Anugerah Kualiti Perdana Menteri


Kerajaan telah memberi Anugerah Kualiti Perdana Menteri sebagai satu tanda
penghargaan kepada semua agensi yang telah menunjukkan prestasi cemerlang
dalam tahun yang berkenaan. Anugerah ini akan disampaikan setiap tahun pada
sembilan November sempena Hari Kualiti Sedunia. Satu lagi keistimewaan
anugerah ini ialah pemenangnya akan dijadikan model dalam pengurusan kualiti.
Kejayaan ini akan diberikan publisiti yang meluas di dalam perkhidmatan awam.
Jelas melalui langkah ini, adalah diharapkan bahawa agensi-agensi perkhimatan
awam dapat mengambil iktibar dan teladan seterusnya mempertingkatkan
pengurusan kualiti di Jabatan dan Agensi masing-masing.

6.2 Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Dalam Sektor Awam

Panduan ini menjadi rujukan asas kepada agensi-agensi kerajaan dalam usaha
mereka untuk menghasilkan perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti.
Berpandukan kepada Panduan tersebut, kementerian-kementerian dan jabatanjabatan

adalah

dikehendaki

menyediakan

Panduan

Pengurusan

dan

Peningkatan Kualiti masing-masing.

6.3 Bengkel-bengkel Latihan


Beberapa Bengkel Pengurusan dan Peningkatan Kualiti telah diadakan bagi
Penyelaras-penyelaras Kualiti dan Produktiviti dan Pasukan-pasukan Petugas
mereka. Selepas menghadiri latihan ini, Penyelaras-penyelaras Kualiti dan
Produktiviti serta Pasukan-pasukan Petugas mereka adalah dikehendaki
melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti di agensi masing-masing. Selain
itu mereka juga perlu melatih dan mendidik pegawai-pegawai dan staf di bawah
jagaan mereka tentang pengurusan yang berkualiti.

6.4 Ceramah dan Perbincangan


Ceramah-ceramah dan perbincangan-perbincangan mengenai pengurusan dan
peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam hendaklah diberikan iaitu
bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kesedaran agensi-agensi ini
tentang pengurusan kualiti.

6.5 Penngunaan Nota Serah Kerja


Salah

satu

daripada

peraturan

yang

wajar

diberi

perhatian

untuk

mencapaicontinuity dalam perkhidmatan awam adalah penggunaan nota serah


tugas bagi pegawai-pegawai yang terlibat dengan pertukaran, khasnya Ketuaketua Jabatan yang mempunyai kuasa tertentu.

6.6 Sistem Pengiktirafan


Satu lagi dari kriteria yang penting untuk menuju ke arah peningkatan kualiti di
dalam sesebuah jabatan atau agensi adalah sistem pengiktirafan bagi
kakitangan

yang

telah

menunjukkan

prestasi

yang

cemerlang.

Sistem

pengukuran merit adalah penting dalam pengurusan sumber tenaga manusia.


Bagi tujuan kenaikan pangkat, sistem pengukuran merit adalah berasaskan
kepada kecekapan, sifat peribadi termasuk keutuhan, kelulusan dan pengalaman
yang sesuai dengan jawatan serta kekananan hanya akan diambil kira sekiranya
terdapat dua atau lebih pegawai yang mempunyai kebolehan yang sama. Selain
itu fakor kesesuaian dan penerimaan juga adalah penting bagi sesetengah
jawatan yang tertentu.

6.7 Pita Video Kualiti


Ia adalah penyediaan sebanyak dua video klip berkenaan pengurusan berkualiti
dan digunakan sebagai bahan latihan bagi Bengkel Pengurusan Kualiti. Pita-pita
video ini adalah berjudul Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Produktif dan
Pengurusan Produktiviti Dan Kualiti Yang Berkesan.

6.8 Pengumuman Melalui Televisyen


Bagi meningkatkan lagi kesedaran serta menerapkan quality cosciousnessdalam
kalangan orang ramai, tiga pengumuman telah disiarkan melalui televisyen.
Pengumuman-pengumuman tersebut bertajuk :
Kualiti Memenuhi Kehendak Pelanggan
Kualiti Melalui Pencegahan
Kos Tidak Memenuhi Kehendak Pelanggan

6.9 Siri Panduan Pengurusan Kualiti


Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan tentang kualiti serta menunjukkan cara-cara yang praktikal untuk
mengurus kualiti dan produktiviti secara berkesan, satu siri Panduan Pengurusan
Produktiviti telah disediakan. Panduan-panduan ini telah diedarkan kepada
semua Ketua Setiusaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.

Rumusannya menerusi langkah-langkah serta beberapa aktiviti yang


disenaraikan adalah diharapkan dapat meningkatkan tahap kualiti kakitangan
sektor awam umumnya dan membimbing mereka melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh beretika khususnya.

7.0 NILAI-NILAI UTAMA DALAM SEKTOR AWAM


Sebelum kita teruskan ke perbincangan berkaitan tujuh program tambahan
peningkatan kualiti akan kita lihat dahulu nilai-nilai dalam perkhidmatan awam
kini. Ia dapat menambah pengetahuan kita dalam perbincangan berkaitan kualiti
juga etika. Nilai-nilai utama perkhidmatan awam yang terkandung dalam
peraturan-peraturan perkhidmatan dapat dikenalpasti seperti yang berikut ;
a)

Taat Setia

Taat setiap kepada Raja, negara dan kerajaan merupakan salah satu daripada
nilai-nilai terpenting yang perlu diamal dan dihayati oleh setiap kakitangan sektor
awam. Dalam pengurusan bilik darjah, kita mestilah sentiasa mengingati nilainilai ini dan menyemaikan ke dalam kalangan murid-murid. Semangat
patriotisme dalam kalangan murid pada masa kini lemah kerana mereka tidak
pernah menghadapi penjajahan. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita mestilah
menyemai dan mendidik semanagat cinta akan negara dan taat setia kepada

raja dan negara supaya mereka dapat belajar untuk bersyukur dan seterusnya
berbakti kepada negara.

b)

Amanah, Bersih dan Jujur

Seseorang kakitangan sektor awam dikehendaki melaksanakan tugas dan


bertanggungjawab secara amanah, bersih dan jujur. Amanah adalah satu nilai
yang perlu ada pada setiap kakitangan sektor awam oleh kerana keadaan
tugasnya mengurus dan menjaga harta benda kerajaan dan rakyat. Bersih yang
dimaksudkan pula ialah merangkumi bersih secara moral dan bersih dari segi
fizikal.
Dalam pengurusan bilik darjah, unsur nilai ini amatlah penting kerana seorang
guru adalah modal insan kepada murid-murid. Oleh itu, kita mestilah sentiasa
beramanah dan jujur semasa menjalankan tugas kita sebagai seorang guru.

c)

Bertanggungjawab

Manakala bertanggungjawab, seseorang kakitangan sektor awam tidak boleh


membelakangkan kewajipan awamnya atau berkelakuan yang boleh diertikan
sebagai tidak bertanggungjawab. Bertanggungjawab juga membawa erti bahawa
seseorang itu tidak terlepas dari dipersoal jika gagal melaksanakan tugasnya
dengan sempurna.
Tanggungjawab sebagai seorang guru ialah mengajar dan mendidik murid-murid.
Oleh itu, kita mestilah sentiasa bersedia untuk mengajar dengan sepenuh daya
upaya kita. Bersedia dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran yang baik,
mempunyai idea-idea yang baru dalam mengajar dan yang paling pentingnya
ialah mengajar dengan sebaik mungkin.
Murid-murid pada hari ini juga menilai keupayaan seseorang guru dan memberi
reaksi dan serta kerjasama yang berbeza mengikut guru. Oleh itu, terdapat guru

yang berjaya dalam kawalan kelas ataupun sebaliknya. Ini adalah mengikut
tahap persediaan dalam menjalankan tanggungjawab seseorang guru.

d)

Berkecuali

Ia bermaksud kakitangan sektor awam dikehendaki melaksanakan tugas mereka


tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar berhubung dengan
sesuatu tuntutan yang berkaitan dengan tugas awamnya. Mereka juga tidak
dibenarkan menyertai secara aktif mana-mana parti politik untuk mengelakkan
keadaan serba salah.

e)

Adil dan Saksama

Arahan Perkhidmatan (1974) mengkehendaki seseorang pegawai awam


sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi mereka
layanan-layanan yang teratur dan memuaskan.
Menjadi seorang guru yang adil dan saksama semasa mengajar dalam kelas
amatlah penting kerana murid-murid tidak akan berpuas hati sekiranya mereka
berasa seseorang guru pilih kasih. Sekiranya terdapat murid yang dipinggirkan
oleh guru, maka mereka akan melakukan sesuatu yang negatif untuk
mendapatkan

perhatian

daripada

guru

seperti

mengganggu

perjalanan

pengajaran dan pembelajaran.


Oleh itu, untuk memastikan setiap murid menumpukan perhatian dalam kelas
dan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar, guru mestilah bertindak sebagai
seorang pemimpin yang adil dan saksama kepada setiap orang tanpa mengira
kaum dan agama.

f)

Prestasi Yang Cemerlang dan Berkualiti

Setiap kakitangan sektor awam tidak boleh cuai dan kurang berusaha sepanjang
perkhidmatannya. Ia perlu menunjukkan hasil kerja yang baik dan berkualiti.
Oleh itu setiap kakitangan perlu sentiasa meningkatkan keupayaan mereka
menerusi peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengenai kerja.

g)

Ketepatan Masa

Salah satu nilai yang ditekankan dalam sektor awam. Perenggan 1, Perintah Bab
G (1974) telah menetapkan waktu bekerja perlu dipatuhi oleh semua anggota
kerajaan. Arahan menggunakan Kad Perakam Waktu telah dilaksanakan
melalui Surat Pekeliling Am Bil. 11/1981. Ia bertujuan untuk memastikan
kakitangan kerajaan tiba di pejabat pada masa yang ditetapkan.
Ketepatan masa adalah salah satu elemen yang amat penting sebagai seorang
guru yang cemerlang. Kita harus masuk ke dalam kelas dengan tepat masanya
malah kita juga boleh masuk ke kelas lebih awal sekiranya kita perlu
menyediakan

peralatan-peralatan

bahan

bantu

mengajar.

Kita

mestilah

menghadiri ke kelas tepat masa supaya setiap aktiviti/langkah yang telah


dirancang dapat dijalankan dengan lancar serta tidak mengganggu masa subjek
yang seterusnya.
Guru yang masuk ke dalam kelas dengan tepat masa juga dapat memberi
teladan yang baik kepada murid-murid. Mereka akan dilatih untuk masuk ke
dalam kelas dengan tepat masa, menghantar kerja-kerja sekolah mengikut
arahan guru dan sikap tepat masa ini dapat memberi pengaruhi yang besar
kepada masa depan murid-murid.

h)

Perkhidmatan Ramah dan Mesra

Selain itu beberapa peraturan juga diperkenalkan untuk menentukan kakitangan


sektor awam sentiasa memberi perkhidmatan yang ramah dan mesra.

Guru yang mengajar di dalam kelas tidak semestinya perlu menjadi garang
supaya murid-murid mendengar arahan. Sebaliknya, kita boleh bertindak
sebagai seorang guru yang ramah dan mesra dengan murid-murid. Guru yang
ramah dan mesra tidak semestinya akan gagal dalam kawalan kelas, kerana
guru juga perlu tegas dengan pendiran ataupun arahan sendiri kerana sikap
peramah dan mesra juga mempunyai limitasinya sendiri.
Dengan ini, murid-murid tidak takut kepada guru dan mereka menghormati dan
mengikut arahan guru dengan keinginan mereka sendiri. Mereka dapat belajar
dalam suasana yang lebih seronok dan tidak membebankan pemikiran mereka
ataupun menjadi terlalu stress. yang perlu sentiasa berwaspada kepada guru
yang garang.

i)

Sikap Berjimat Cermat

Sektor awam juga menganjurkan nilai sentiasa berjimat cermat semasa


menguruskan harta dan kepentingan kerajaan dan negara.
Pada masa kini, sering dapat kita mendengar ataupun melihat slogan yang
mengenai berjimat-cermat seperti 5R, jimat penggunaan air dan elektrik serta
menghargai bumi kita. Sikap ini adalah amat penting kerana kita perlu
menggunakan sumber yang ada pada bumi ini dengan sebaik mungkinnya.
Oleh itu, guru boleh menggantikan kertas mahjung ataupun kad manila dengan
menggunakan ICT seperti persembahan powerpoint dan video. Ini bukan sahaja
dapat menjimatkan penggunaan kertas malah juga dapat menerapkan unsurunsur baru dalam teknik pengajaran. Ini akan memberi manfaat yang baik
kepada murid-murid. Yang paling penting ialah, guru perlu sentiasa menjadi
modal ataupun panduan kepada murid-murid dengan menjalankan perlakuan
berjimat-cermat ini di mana-mana sahaja.

Anda mungkin juga menyukai