Anda di halaman 1dari 9

2.

1 Ciri – ciri guru dalam pembelajaran abad ke-21

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek
penting yang amat dititikberatkan adalah penekanan terhadap perlaksanaan sistem
pendidikan negara. Selaras dengan kemunculan bilik darjah abab ke-21, seseorang
pendidik memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan bilik darjah
abab ke-21 agar dapat memotivasikan murid secara berkesan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Pelbagai bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah
banyak diperkatakan dan banyak bahan- bahan penulisan yang mengulas mengenai
pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan
masa depan. Sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan
transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025, Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi
sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan
negara. Dalam aspek ini, para guru perlu beralih kepada beberapa aspek
memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke-21 ini amat
mencabar. Guru-guru untuk abad ke-21 perlu mempunyai beberapa cirri-ciri penting
seperti berikut:

2.1.1 Menguasai Subjek (kandungan kurikulum)

Selaras dengan perubahan keperluan pendidikan negara, wujudlah


pelbagai jenis kurikulum dari semasa ke semasa. Kurikulum boleh
didefinisikan kepada dua iaitu definisi spesifik dan definisi umum. Definisi
spesifik menyatakan bahawa kurikulum membawa maksud pelbagai aktiviti
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Berdasarkan definisi umum
pula, kurikulum ialah proses aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari
peringkat kematangan mentah kanak-kanak sehingga ke peringkat kematangan
orang dewasa. Menurut Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua
pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang
diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab
yang penting dalam mendidik anak-anak murid kita dengan menguasai subjek
yang hendak diajar maka membuat persediaan yang lengkap sebelum mula
proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai seorang guru yang berkualiti, kita seharus selalu menguasai


kandungan kurikulum.Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
merangkumi persediaan seseorang guru dalam menyediakan rancangan
pengajarannya. Terdapat pelbagai pandangan mengenai pengajaran yang
berkesan. Menurut Dunne, R. & Wragg, T. (1994), pengajaran yang berkesan
bermaksud seseorang pendidik atau guru harus memiliki pengetahuan yang
luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai
kemahiran atau teknik profesional yang tinggi. Justeru itu, guru haruslah
menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak
canggung jadinya jika guru sendiri masih mengajar dengan sesuka hati untuk
menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya tanpa membuat
persediaan. Oleh itu, guru yang berkualiti dalam pembelajaran abad ke-21
perlu sentiasa memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki
ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu
menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek menyoal soalan,
pengurusan kelas, penerangan yang jelas dan menilai terhadap objektif dan
matlamat pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2 Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi


(pengajaran dan pembelajaran)
Kemahiran pedagogi yang pelbagai amat penting dalam konteks
pendidikan abad ke-21. Sebagai seorang guru yang berciri-ciri abad ke-21, kita
haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan proses PdP di dalam bilik
darjah. Guru yang mahir dalam menggunakan pedagogi yang berbeza dalam
pengajaran tentu akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif
dan mesra murid maka sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 di mana
menekankan pembelajaran yang aktif dalm bilik darjah.

Strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar murid-
murid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta
minat yang berbeza-beza. Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa
murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian dan kognitif yang
berbeza-beza. Para pendidik yang berkualiti perlu rancangkan pendekatan dan
kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-
beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian,
guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai
kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua murid. Di samping itu,
setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang
tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta
latar belakang sekolah dan murid.

Selain itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai pelbagai


kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk
strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam
pengajarannya. Dalam proses pembelajaran abad ke-21, guru perlu
menggunakan pedagogi yang dapat merangsang minda murid secara aktif
maka melibatkan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan
murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini melibatkan murid
secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan
oleh (Orlich et al.,2007) dalam Noriati (2009). Dalam proses pengajaran,
guru perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar,
atau daripada konkrit kepada abstrak. Hal ini kerana otak manusia
berkembang secara berperingkat-peringkat.

Dalam merancang pedagogi pengajaran yang berdasarkan


pembelajaran abad ke-21 ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar
sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang
dilakukan. Esah (2003) menyatakan bahawa guru hendaklah mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan aktiviti
untuk mereka. Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan berkesan dan berkualiti maka guru perlulah memilih
pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai untuk menyelenggara sesebuah
bilik darjah dan menyampaikan sesuatu pelajaran. Tidak dapat dinafikan
bahawa pemilihan pendekatan dan strategi yang sesuai dan berkesan, objektif
pelajaran akan tercapai secara langsung matlamat Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) yang ingin menjadikan pendidikan di Negara kita bertaraf
dunia akan tercapai. Oleh itu, pedagogi yang berkesan secara langsung akan
melahirkan anak-anak murid yang berkualiti.

2.1.3 Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi
ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di
kalangan individu. Dalam dunia ini, setiap insan adalah berbeza tidak kira
dari segi fizikal ataupun mental. Oleh itu, kami perlu menerima hakikat
bahawa setiap murid di dalam bilik darjah adalah unik dari segi perkembangan
kognitif dan juga tingkah laku mereka. Menurut pandangan Tang (1993),
perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara
ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang pendidik bersifat abad ke-21,
kita perlu sedar bahawa betapa pentingnya untuk mengetahui dan mengambil
perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap
murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap
sosioekonomi dan lain-lain lagi. Setiap perkembangan murid adalah berbeza
maka prihatin dan perhatian yang diberikan oleh seseorang guru adalah
penting dalam memahami perkembangan mereka. Perbezaan individu ini akan
membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka tetapi juga guru
perlu menggunakan pedagogi yang berbeza demi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, guru abad 21 seharusnya mampu
untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

Di samping itu, guru juga perlu mempunyai sifat kasih sayang terhadap
anak-anak murid mereka. Murid-murid di sekolah merupakan golongan yang
masih muda dan perlukan perhatian oleh pendidik mereka. Dalam aspek ini,
Psikologi pendidikan telah pun menerapkan kepentingan bagi seseorang guru
untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka
seadanya. Pada era ini, hukuman tidak lagi digalakkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran maka setiap guru haruslah mempunyai perasaan
mencintai profesion penguruan yang disandang olehnya dimana mereka
sepatutnya memiliki sifat keikhlasan, kesetiaan dan pengorbanan yang
mendalam terhadap profesion keguruan. Guru yang bersifat penyayang akan
berkemampuan menjana proses pembelajaran dan pengajaran agar menarik
minat murid demi mencapai objektif PdP di samping membentuk tingkah laku
positif murid. Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku
individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Oleh
itu, kasih sayang yang diberikan oleh seseorang guru kepada murid adalah
sangat penting di mana murid-murid akan lebih mudah mendekati pendidik
dan dapat meluahkan masalah mereka. Sifat ini juga akan dapat menerbitkan
suasana mesra di antara murid dan pendidik dan seterusnya akan memudahkan
lagi proses PdP maka mecetuskan pembelajaran abad ke-21.

2.1.4 Memahami psikologi pembelajaran (cognitive phychology)

Dalam pembelajaran abad ke-21, ilmu psikologi pendidikan adalah


ilmu yang sangat penting dikuasai oleh seorang guru sebagai pendidik dan
pengajar. Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi
pembelajaran bagi para muridnya. Psikologi pendidikan merupakan salah satu
cabang dari ilmu psikologi yang mempelajari bagaimana manusia belajar
dalam pendidikan pengaturan, efektivitas intervensi pendidikan, psikologi
pengajaran, dan psikologi sosial dari sekolah sebagai organisasi. Menurut
Muhibbin Syah (2002), beliau menyatakan bahwa psikologi pendidikan adalah
sebuah disiplin ilmu psikologi yang menyelidiki masalah psikologis yang
terjadi dalam dunia pendidikan. Kluckholn, Murray dan Schneider (1953),
setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain dalam sesuatu
perkara, mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu
perkara. Oleh itu, setiap individu dilahirkan dengan membawa minat dan
potensi yang berbeza-beza maka tidak ada yang sama dari segi mental dan
fizikal. Oleh itu, seseorang guru haruslah menguasai psikologi pendidikan
kerana hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon murid ketika
belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik
sebagai seorang pendidik.

Dalam aspek ini, jika seseorang guru itu mempelajari ilmu psikologi,
maka secara langsung dapat membantunya untuk mengetahui apa yang
diharapkan dari anak-anak murid maka ia dapat memberikan respon yang tepat
terhadap tingkah laku ataupun masalah-masalah yang ada pada murid
berkaitan. Bruno (1987) membagi pengertian psikologi dalam tiga bahagian
yang pada prinsipnya saling berhubungan. Pertama, psikologi adalah studi
(pendidikan) mengenai “ruh”.Kedua, psikologi adalah ilmu pengetahuan
mengenai “kehidupan mental”. ketiga, psikologi adalah ilmu pengetahuan
mengenai “tingkah laku” organisme. Oleh itu, jika seseorang guru itu
mempunyai ilmu dalam psikologi maka bukan sahaja dapat membantu dalam
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran secara berkesan tetapi juga
dapat membentuk kognitif dan tingkah laku murid yang lebih berkualiti.

2.1.5 Memiliki kemahiran kaunseling

Dalam pembelajaran abad ke-21, guru perlu mempunyai kemahiran


kaunseling ketika berurusan dengan murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai
seorang guru, Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk
menyelesaikan masalah murid, tetapi juga untuk membimbing dan membantu
murid dalam membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi
masalahnya. Tidak dapat dinafikan bahawa guru yang memiliki kemahiran
kaunseling akan dapat menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan di luar
bilik darjah dengan lancar khususnya untuk membantu murid menangani
emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada
golongan anak-anak murid pada masa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa
murid-murid pada masa ini adalah berbeza dengan zaman-zaman dahulu. Hal
ini kerana murid-murid sekarang mempunyai banyak masalah-masalah
khususnya masalah sosial yang perlukan bimbingan dan nasihat daripada
guru-guru mereka.

Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi,


hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan
kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang
membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan
pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri ( Kamaruzaman
Jamal dalam Abdul Halim Othman, 1999). Selain berperan sebagai pengajar di
dalam kelas, seorang guru juga diharapkan dapat menjadi seorang
pembimbing ataupun agen perubahan yang mampu memberikan bimbingan
yang berterusan kepada anak-anak murid yang perlukan bantuan khasnya
masalah yang dihadapi dari segi akademik. Jika guru dapat membimbing
murid-muridnya mengatasi segala masalah yang dihadapi maka proses PdP
secara langsung dapat dijalankan denga lebih lancar dan berkualiti.

Dalam aspek ini, Kemahiran mendengar merupakan salah satu


kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Bagi
menyelesaikan masalah, seseorang guru perlu cuba untuk mendengar segala
yang disampaikan oleh murid berkaitan sebelum mengambil sebarang
tindakan. Hal ini kerana guru bukan sekadar sebagai pemberi maklumat tetapi
juga penting sebagai penerima maklumat daripada murid. Sebelum seseorang
guru memberikan bimbingan dan kaunseling kepada murid yang bermasalah,
ia seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat
yang dianggap berguna agar dapat membantu untuk menilai prestasi dan
proses membina matlamat kemudian nanti.

2.1.6 Menggunakan teknologi terkini

Selaras dengan perkembangan dunia sains dan teknologi, memang


tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri
penting bagi guru abad ke- 21. Kemahiran sains dan teknologi merupakan
salah satu kemahiran pembelajaran abad ke-21 yang diperlukan oleh anak-
anak murid kita pada masa ini untuk berdaya saing pada era baru ini. Bagi
mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad ke-21, seseorang guru yang berkualiti perlulah lengkapkan
diri dengan kemahiran sains dan teknologi yang terkini. Para pendidik perlulah
sedar bahawa negara kita menghadapi masa depan yang penuh dengan saingan
dan cabaran, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita
untuk menghadapi cabaran-cabaran yang diwujudkan. Dalam hal ini, pendidik
perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skol yang global dan teknologi yang terkini.

Kebangkitan era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi


setiap bidang kehidupan. Tidak dapat menafikan bahawa teknologi telah pun
memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang kurikulum di sekolah
dimana menggabungkan aspek-aspek teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dianggap sebagai satu usaha yang komited ke arah
menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Menurut Pisapa (1994), dalam Rusmini, integrasi
ICT dalam PdP bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk
memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi
mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Dalam proses ini, guru juga
perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar
untuk belajar. Penggunaan ICT di sekolah bermaksud guru menggunakan alat
bantu mengajar semasa proses pengajaran seperti pembelajaran yang
menggunakan lcd, game, aplikasi mobile yang secara langsung dapat
meningkatkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Murid-murid di
sekolah tentu akan rasa seronok dan melibatkan diri secara aktif dalam proses
PdP sekiranya guru menggunakan unsur-unsur teknologi dalam pengajaran.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan merupakan salah satu langkah


awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat
Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu
mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain
ke arah mencapai matlamat tersebut. Hasrat ini akan tercapai tidak lama lagi
sekiranya semua guru bergiat aktif dalam menggunakan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di samping kecanggihan teknologi
komputer perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Matlamat utama mengintegrasi
teknologi terkini dalam bidang pendidikan adalah untuk membantu murid
memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus
dan memahami ICT. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi terkini
agar murid mempunyai peluang yang lebih untuk mengeksloitasi dunia sains
dan teknologi yang semakin berkembang pada era baru ini. Penggabungan
teknologi dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secaratekal
dan berfokus. Justeru itu, kegagalan guru dalam menguasai kemahiran
teknologi terkini secara langsung akan merugikan murid-muridnya di samping
menjadikan proses P&P kurang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai