Anda di halaman 1dari 8

ada angin

berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika

ada hati

mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau


memiliki sesuatu

air muka

rupa atau wajah seseorang

ajak-ajak ayam

tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang

ada bakat

mempunyai tokoh atau perwatakan

alas perut

makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan


makanan yang mengenyangkan

anak angkat

anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri

anak bapa

anak yang disayangi oleh bapa

anak buah

orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara

anak emas

anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

angkat kaki

meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab

atas angin

negara-negara di sebelah barat

atas pagar

tidak menyebelahi mana-mana pihak

ayam tambatan

orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

bahasa pasar

bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya

banyak mulut

orang yang banyak bercakap

batu api

orang yang suka menghasut

batu loncatan

sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

bau-bau bacang

tali persaudaraan yang jauh

bawah angin

negara-negara di sebelah timur

bekas tangan

hasil kerja tangan seseorang

beralih akal

berubah fikiran atau pendapat

beralih angin

pergi ke sesuatu tempat untuk berehat

berat hati

enggan; malas

berat mulut

pendiam atau tidak suka bercakap banyak

berat tulang

orang yang malas bekerja

berat sebelah

tidak berlaku adil

berbelah bagi

sukar untuk membuat keputusan

berhati batu

degil dan sukar menerima nasihat

berhutang budi

patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga

bermuka dua

tidak jujur

bertikam lidah

bertengkar; berdebat

besar hati

bergembira atau berbangga akan sesuatu

besar kepala

degil; sukar menerima pandangan orang lain

buah hati

orang yang dikasihi atau dipuja

buah mulut

sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai

bush tangan

hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

bulat hati

bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad

buruk siku

mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

buta hati

tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam

cahaya mata

anak

cakar ayam

tulisan yang buruk

campur tangan

turut serta atau mencampuri urusan orang lain

cari jalan

berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu

cepat tangan

suka mencuri

dalam tangan

sudah pasti akan diperoleh

darah daging

anak kandung

durian runtuh

keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

gaji buta

mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguhsungguh

gelap mata

hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta

harga diri

maruah atau kehormatan seseorang

harga mati

harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi

hati batu

degil atau keras hati

hidung tinggi

sombong atau tinggi diri

hilang akal

tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri

ikat perut

menahan lapar kerana berjimat

iri hati

menyimpan perasaan dengki atau cemburu

isi hati

perasaan dalam hati

jalan buntu

tidak ada jalan penyelesaian

kacang hantu

orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain

kaki ayam

tidak berkasut atau berselipar

kaki bangku

tidak berkebolehan bermain bola

kaki botol

suka minum minuman keras

kecil hati

berasa tersinggung atau merajuk

kepala angin

perangai yang tidak menentu

kepala batu

degil dan tidak mendengar nasihat

kera sumbang

orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain

khabar angin

berita yang belum tentu benarnya

langkah kanan

bernasib baik

langkah seribu

cepat-cepat lari kerana ketakutan

lidah bercabang

kata-kata yang tidak dapat dipercayai

lipas kudung

cepat membuat kerja

lintah darat

mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan

makan angin

bersiar-siar untuk berehat

makan suap

menerima rasuah

malu-malu kucing

berpura-Aura malu di hadapan orang

mandi peluh

bekerja kuat

mati katak

mati dengan sia-sia

membabi buta

melakukan sesuatu tanpa berfikir

membawa diri

tahu menjaga diri

membuka jalan

memberi laluan kepada orang lain

membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain


memeras otak

terlalu kuat berfikir atau belajar

menarik diri

tidak turut serta; meletak jawatan

mencari jalan

berusaha untuk melakukan sesuatu

mencuci mata

gembira memperhatikan sesuatu yang indah

mencuit hati

lucu; menggelikan hati

mengabui mata

cuba memperdaya; menipu

mengadu domba

memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan


sebagainya

mengambil angin

bersiar-siar untuk berehat

mengambil berat

memberi sepenuh perhatian

mengambil hati

dapat memikat atau mempengaruhi

mengasah bakat

latihan untuk mengembangkan bakat

muka tembok

tidak berasa malu

mulut murai

kuat bercakap atau berbuat bising

mulut tempayan

tidak dapat menyimpan rahsia

murah hati

suka bederma; tidak kedekut

naik angin

terlalu marah

nyawa-nyawa ikan

hampir-hampir mati

orang atasan

orang yang berpangkat tinggi

otak cair

pintar atau bijak

otak kering

kurang siuman

otak udang

bebal atau bodoh

paku belanda

barangan yang tetap harganya

panas hati

meradang atau marah

panjang tangan

suka mencuri

pasang telinga

mendengar dengan teliti

pekak badak

kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat

pembasuh mulut

makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi

perang mulut

pertengkaran

pilih kasih

memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai

pisau cukur

perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki

puteri lilin

tidak tahan terkena panas matahari

putih hati

ikhlas; jujur

putih mata

mengalami kekecewaan

rabun ayam

penglihatan yang kurang jelas

rambang mata

sukar membuat pilihan

ringan tangan

suka membuat kerja: menolong orang

sampai hati

tergamak melakukan sesuatu kerja

serkap jarang

membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa

tangan terbuka

menyambut sesuatu dengan senang hati

tangkai jering

orang yang kedekut

tawar hati

tidak mempunyai minat lagi

tebal muka

tidak tahu malu

telinga kuali

tahan hati menerima kemarahan

telinga lintah

tajam pendengaran

telinga nipis

cepat marah atau meradang

terang hati

mudah memahami sesuatu

tidur-tidur ayam

tidur yang tidak nyenyak

tin kosong

bercakap besar tanpa ilmu

titik peluh

hasil usaha yang bersungguh-sungguh

JALAN KE SYURGA
Pada suatu masa dahulu ada seorang raja yang gemuk tetapi
bodoh. Baginda mempunyai seorang Menteri yang kurus tetapi
pintar. Bila ada peluang sahaja Datuk Menteri cuba menunjukkan
kepintarannya kepada raja. Oleh yang demikian, Raja pun
sentiasa bergantung kepadanya.
Raja seringkali berkata kepada Datuk Menteri, Berjanjilah
yang datuk tidak akan meninggalkan beta, dan Datuk Menteri
selalu menjawab, Tidak sekali-kali, tuanku. Di mana pun tuanku
berada, tidak kira dalam dunia ini, dalam syurga atau neraka
patik akan sentiasa bersama-sama tuanku. Patik akan sentiasa
memberi tuanku nasihat yang berguna dan menyelesaikan semua
masalah tuanku. Kata-kata Datuk Menteri itu amat
menggembirakan hati Raja.

Pada suatu petang baginda berjalan-jalan ditepi tebing


sungai diiringi oleh Datuk Menteri dan pengiringnya. Ketika Raja
mahu berangkat pulang ke istana, tiba-tiba mereka terdengar
bunyi musang menyalak-nyalak dalam hutan tidak jauh dari situ.
Raja berasa hairan. Baginda berpaling dan bertanya kepada
Datuk Menteri, Mengapakah terlalu banyak musang menyalaknyalak ketika telinga beta tidak suka mendengar bunyi salakannya
itu?
Datuk Menteri pun menjawab, Tuanku, seperti yang tuanku
tahu, musim dingin kali ini amat sejuk. Musang-musang yang
malang itu tidak mempunyai pakaian yang sempurna untuk
memanaskan badan. Mereka merayu kepada tuanku supaya
diberi selimut.
Oh,begitukah? Datuk sungguh bijak kerana memahami
bahasa musang. Tapi mengapa mereka tak ada selimut? tanya
Raja lagi.
Pegawai yang tugasnya memberikan selimut itulah yang
mesti disalahkan, jawab Datuk Menteri yang memang menaruh
dendam terhadap pegawai itu.
Pegawai itu tidak memberi musang-musang itu selimut?
Sungguh memalukan! Baiklah. Bungkus pegawai itu dengan
selimut dan campakkan dia ke dalam laut. Kemudian beli seratus
helai selimut dan bahagikan kepada musang-musang, sahabat
beta itu, perintah Raja.
Tanpa membuang masa Datuk Menteri terus menjalankan
titah raja. Tetapi dia hanya menjalankan perintah baginda yang
mula-mula sahaja. Dia mencampakkan pegawai itu ke dalam laut,
kemudian mengambil wang dari perbendaharaan Raja lalu
disimpan untuk kegunaannya sendiri.
Pada petang berikutnya, Raja mendengar musang-musang
itu menyalak lagi. Baginda agak hairan lalu bertanya, Apa pula

halnya musang itu sekarang? Mengapa mereka masih menyalaknyalak?


Mereka menyalak-nyalak tanda mengucapkan terima kasih
kepada tuanku, jawab Datuk Menteri sambil tersenyum.
Sungguh ajaib! Beta yakin tak ada Raja selain daripada beta
yang mempunyai Menteri sebijak Menteri beta ini! Wahai
sahabat, berjanjilah datuk tak akan meninggalkan beta.
Tidak, Datuk Menteri berjanji. Patik akan sentiasa bersamasama tuanku, tak kira tuanku berada di syurga atau neraka.
Raja amat sukacita mendengar kata Datuk Menteri tetapi
kegembiraan baginda hilang apabila tiba-tiba seekor babi hutan
berlari keluar dari dalam hutan. Baginda tidak pernah melihat
babi hutan sebelumnya. Alamak! baginda berteriak. Binatang
apa itu?
Tentu sekali Datuk Menteri tahu apa binatang itu. Tetapi
dengan tenang dia menjawab, Tuanku, ini adalah gajah
kepunyaan tuanku. Ia begitu sengsara kerana pegawai yang
bertugas menjaganya cuai, tidak memberinya makan dengan
cukup.
Raja amat murka. Baginda dengan segera memerintahkan
pegawai berkenaan dihukum bunuh. Kemudian baginda
memerintahkan Datuk Menteri mengambil seberapa banyak wang
yang diperlukan untuk memberi makan binatang yang malang itu.
Dan sudah tentu Datuk Menteri mengeluarkan wang yang banyak
dari perbendaharaan Raja, tetapi wang itu diambil untuk
kegunaannya sendiri.
Sebulan berlalu. Pada suatu petang, ketika pulang dari
berjalan-jalan dengan Datuk Menteri, baginda bertemu lagi
dengan babi hutan yang telah baginda temui dulu. Dengan rasa
terkejut, baginda bertanya kepada Datuk Menteri, Adakah ini
gajah yang kebuluran, yang kita lihat hari itu? Mengapa ia tak
betambah gemuk?

Datuk Menteri tersenyum begitu lebar hingga menunjukkan


geraham bongsunya. Tidak tuanku, gajah itu sekarang gemuk
seperti tuanku juga. Binatang ini sebenarnya seekor tikus yang
telah menjadi terlalu besar kerana ia selalu memakan makanan
dalam dapur tuanku. Ini menunjukkan kecuaian tukang masak.
Raja yang bodoh itu amat murka. Muka baginda yang bulat
menjadi merah seperti kulit cili masak. Baginda membeliakkan
mata lalu bertitah dengan murkanya, Sayang sekali! Tikus
memakan makanan beta yang baik-baik kerana kecuaian tukang
masak!
Dengan segera Raja memerintahkan supaya tukang masak,
setelah menyediakan santapan baginda, dihukum gantung.
Pada petang itu, tukang masak datang menemui Datuk
Menteri secara sulit. Dia memberi Datuk Menteri wang yang
banyak. Tukang masak juga berjanji, jika Datuk Menteri dapat
meyelamatkan nyawanya, dia akan menghantarkan sebahagian
daripada setiap hidangan istimewa yang disediakan untuk Raja.
Datuk Menteri berasa gembira. Jangan bimbang. Biar ku
uruskan segala-galanya, jawabnya. Pada tengah malam, sebelum
tukang masak itu digantung di hadapan Raja, Datuk Menteri
tampil ke hadapan sambil berteriak, Tunggu! Tunggu!
Datuk Menteri berpaling kepada Raja lalu menerangkan,
Tuanku, patik saja baru bertanyakan ahli nujum. Patik dapati
ketika ini iaitu tengah malam ini adalah masa yang amat bertuah.
Sesiapa yang digantung sekarang ini akan mendapat tempat yang
telah disediakan di syurga. Tuanku, jika tukang masak ini
digantung sekarang, hukuman ini tidak bermakna langsung.
Sebaliknya ia akan menjadi satu hadiah pula. Orang jahat tak
seharusnya diberi masuk ke syurga!
Datuk Menteri amat terperanjat apabila Raja melompat
dengan gembiranya lalu bertitah, Bagus, bagus sekali! Sekian
lama beta teringin sangat melihat syurga. Jadi, sebagai gantinya,

gantunglah beta. Kelak beta akan segera dapat melihat syurga


tapi tunggu! Baginda berpaling kepada Datuk Menteri. Sahabat
beta. Datuk seringkali berjanji untuk menemani beta ke mana
saja beta pergi. Sekarang beta akan pergi ke syurga. Datuk akan
berjalan di hadapan. Pertanda, gantung Datuk Menteri dulu!
Sebelum Datuk Menteri yang menggigil ketakutan itu dapat
berkata apa-apa, pengiring-pengiring Raja telah memasukkan
kepalanya ke tali gantung. Raja berasa gembira kerana perintah
baginda dijalankan dengan serta merta.
Setelah pertanda menggantung Datuk Menteri, dia berpaling
kepada Raja dan menggantung baginda pula. Memang itulah yang
baginda kehendaki!
Adakah mereka dapat melihat syurga? Entahlah.

Anda mungkin juga menyukai