Anda di halaman 1dari 50

PERIBAHASA

NOTA
UPSR 2016
• Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata
yang tetap susunannya dan mempunyai
maksud yang tertentu.
Kandungan di dalam
Peribahasa
o Simpulan Bahasa
o Perumpamaan
o Kiasan
o Pepatah
o Bidalan
o Kata-kata Hikmat
SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang


paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua
patah kata yang
membawa maksud yang tepat dan padat.
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki
ada hati
sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang
alas perut
mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa anak yang disayangi oleh bapa
anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angina negara-negara di sebelah barat
atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul
tatabahasanya
banyak mulut orang yang banyak bercakap
batu api orang yang suka menghasut
batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk
mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
bawah angin negara-negara di sebelah timur
bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
beralih akal berubah fikiran atau pendapat
beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk
berehat
berat hati enggan; malas
berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap
banyak
berat tulang orang yang malas bekerja
berat sebelah tidak berlaku adil
berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi patut membalas kebaikan
seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua tidak jujur
bertikam lidah bertengkar; berdebat
besar hati bergembira atau berbangga akan
sesuatu
besar kepala degil; sukar menerima pandangan
orang lain
buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan
orang ramai
bush tangan hadiah yang dibawa ketika
melawat seseorang
bulat hat! bersungguh-sungguh ketika
membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku mengambil balik sesuatu yang
telah diberikan kepada orang lain
buta hati tidak dapat menerima pengajaran;
zalim; kejam
cahaya mata anak
cakar ayam tulisan yang buruk
campur tangan turut serta atau mencampuri
urusan orang lain
cari jalan berusaha atau berikhtiar
melakukan sesuatu
epat tangan suka mencuri
dalam tangan sudah pasti akan diperoleh
darah daging anak kandung
durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan
tidak disangka-sangka
gaji buta mendapat gaji tanpa perlu
bersusah payah atau bekerja
bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana
terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri maruah atau kehormatan
seseorang
harga mati harga tetap yang tidak dapat
ditawar lagi
hati batu degil atau keras hati
hidung tinggi sombong atau tinggi diri
hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu
dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut menahan lapar kerana berjimat
iri hati menyimpan perasaan dengki atau
cemburu
isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu orang yang jahat dan suka
mengganggu orang lain
kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol suka minum minuman keras
kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin perangai yang tidak menentu
kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang orang yang tidak suka bergaul
dengan orang lain
khabar angin berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan bernasib baik
langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat
dipercayai
lipas kudung cepat membuat kerja
lintah darat mengambil keuntungan berlebihan
atas pinjaman yang diberikan
makan angin bersiar-siar untuk berehat
makan suap menerima rasuah
malu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan
orang
mandi peluh bekerja kuat
mati katak mati dengan sia-sia
membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri tahu menjaga diri
membuka jalan memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang
kepada orang lain
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu
yang indah
mencuit hati lucu; menggelikan hati
mengabui mata cuba memperdaya; menipu
mengadu domba memperlagakan seseorang untuk
memecahbelahkan persahabatan
dan sebagainya
mengambil angin bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat memberi sepenuh perhatian
mengambil hati dapat memikat atau
mempengaruhi
mengasah bakat latihan untuk mengembangkan
bakat
muka tembok tidak berasa malu
mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati suka bederma; tidak kedekut
naik angin terlalu marah
nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati
orang atasan orang yang berpangkat tinggi
otak cair pintar atau bijak
otak kering kurang siuman
otak udang bebal atau bodoh
paku belanda barangan yang tetap harganya
panas hati meradang atau marah
panjang tangan suka mencuri
pasang telinga mendengar dengan teliti
pekak badak kurang jelas pendengarannya;
tidak dapat mendengar bunyi yang
kuat
pembasuh mulut makanan atau minuman yang
dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut pertengkaran
pilih kasih memberi layanan yang lebih
kepada orang yang disukai
pisau cukur perempuan yang suka
menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin tidak tahan terkena panas
matahari
putih hati ikhlas; jujur
putih mata mengalami kekecewaan
rabun ayam penglihatan yang kurang jelas
rambang mata sukar membuat pilihan
ringan tangan suka membuat kerja: menolong
orang
sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang membuat tuduhan secara agak-
agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka menyambut sesuatu dengan
senang hati
tangkai jering orang yang kedekut
tawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malu
telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah tajam pendengaran
telinga nipis cepat marah atau meradang
terang hati mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh hasil usaha yang bersungguh-
sungguh
PERUMPAMAAN
• Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah,
ringkas dan kemas serta mempuyai maksud
tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai
dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan
umpama
• 1. Bagai abu di atas tunggul.
• Maknanya:
• Kedudukan atau jawatan yang tidak pasti atau tetap.
• Ayat :
• Pekerja-pekerja sambilan di syarikat itu bagai abu di atas tunggul kerana bila - bila masa
sahaja mereka boleh diberhentikan kerja.

• 2. seperti anai - anai berbaris

Maknanya :
• Jumlah manusia yang begitu ramai dalam sesuatu majlis atau perhimpunan.
• Ayat :
• Tetamu yang hadir pada hari perkahwinan penyanyi popular itu terlalu ramai seperti anai -
anai berbaris.
• 3. seperti anak ayam kehilangan ibu
• Maknanya :
• Orang yang kehilangan tempat bergantung.
• Ayat :
• Apabila ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, hidup lima beradik
itu seperti anak ayam kehilangan ibu.

• 4. seperti anjing bercawat ekor.


• Maknanya :
• Orang yang tidak mahu berubah mengikut keadaan atau perkembangan semasa.
• Ayat :
• Penduduk kampung itu sedia menerima pembaharuan dan sentiasa mengikut peredaran zaman
walaupun mereka tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak mahu dikatakan orang seperti
anjing bercawat ekor.
• 5.Seperti anjing berebut tulang.
• Maknanya :
• Orang yang tamak dalam perebutan harta.
• Ayat :
• Filem yang ditayangkan itu mengisahkan dua orang rakan kongsi yang tamak dan berebutkan
harta seperti anjing berebut tulang.


6. bagai anjing dengan kucing
• Maknanya :
• Dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu
• Ayat :
• Malek dan Azman sering bertengkar apabila bertemu bagai anjing dengan kucing.
• 7. seperti anjing buruk kepala
• Maknanya :
• Orang jahat yang dibenci oleh masyarakat.
• Ayat :
• Bekas penagih dadah itu dianggap seperti anjing buruk kepala oleh penduduk kampung.

• 8 Seperti anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya
• Maknanya:
• Jika kita berbuat baik bukan dengan orang yang sepatutnya, maka mengada ngadalah dia
• Ayat :
• Ayah menasihati adik supaya tidak berbuat baik dengan budak itu kerana dia seperti anjing
diketuk kepala, menjungkit ekornya.
• 9. seperti anjing menggonggong tulang
• Maknanya :
• Orang yang mendapat sesuatu yang disukai dia akan bersifat tamak dan kedekut.
• Ayat :
• Lokman diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mengutip duit sewa rumah. Tetapi dia tidak
mahu memberikan wang itu kepada bapanya. Sikap lokman tidak ubah seperti anjing
menggonggong tulang
• 10. seperti api dalam sekam
• Maknanya :
• kejahatan yang berlaku secara diam diam
• Ayat :
• Dalam diam - diam fuad mengkhianati rakan kongsinya. Dia cuba mengaut semua keuntungan.
Tindakannya itu sama seperti api dalam sekam

• 11. bagai aur di atas bukit:
• Maknanya :
• Menyerahkan diri kepada nasib
• Ayat :
• Selepas gagal mencari keretanya yang hilang, encik Siva bagai aur di atas bukit

• 12. seperti aur dengan tebing


• Maknanya :
• Hidup saling tolong-menolong atau bantu-membantu antara satu sama lain.
• Ayat :
• penduduk di kampung nelayan sentiasa bantu-membantu seperti aur dengan tebing
• 13. seperti ayam berak kapur
• Maknanya :
• Kelihatan letih, lesu, dan tidak bermaya
• Ayat :
• Sejak menghidap penyakit ganjil itu, Sumirah kelihatan tidak bermaya seperti ayam berak kapur.

• 14 bagai ayam dibawa ke kepok
• Maknanya :
• Mendapat rezeki
• Ayat :
• Kehadiran Faizah dan keluarganya di pasar raya itu bagai ayam dibawa ke kepok kerana keluarga mereka
telah dipilih sebagai pengunjung bertuah

• 15 bagai ayam dimakan tungau.
• Maknanya :
• Orang yang tidak boleh duduk diam, gelisah ke sana dan kemari
• Ayat :
• Semenjak mendengar berita bahawa syarikatnya mengalami masalah kewangan, sheikh Ahmad sentiasa
gelisah bagai ayam dimakan tungau
• 16 bagai ayam mengeram telur
• Maknanya :
• Muka menjadi merah padam
• Ayat :
• Apabila mendengar sindiran kawan kawannya, keadaan muka pemuda itu menjadi merah bagai ayam
mengeram telur

• 17 seperti ayam patuk anaknya
• Maknanya :
• Menghukum bukan bertujuan menyeksa, tetapi untuk mendidik
• Ayat :
• Apabila menjawat jawatan tinggi sekarang. Barulah Aminah sedar bahawa tindakan ayah dan ibunya
menghukum setiap kesalahannya dahulu, seperti ayam kena patuk

• 18. bagai ayam di sambar helang
• Maknanya :
• Orang yang hilang secara mengejut atau tiba tiba sahaja
• Ayat :
• Sharina tiba - tiba hilang bagai ayam disambar helang. Ibu dan ayahnya telah melaporkan kehilangannya
kepada polis
• 19. bagaimana acuan begitulah kuihnya
• Maknanya :
• Tingkah laku atau perangai seseorang anak itu dipengaruhi oleh tingkah laku atau perangai bapanya.
• Ayat :
• Ibu dan bapa mestilah menunjukkan perilaku yang baik kepada anak anak kerana perkara ini akan
mempengaruhi mereka. Seperti kata pepatah Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya

• 20 bagai balak berendam
• Ayat :
• Orang yang terlalu gemuk dan malas untuk bergerak
• Maknanya :
• Anak orang kaya yang berbadan gemuk itu bagai badak berendam kerana asyik duduk sahaja

• 21 bagai bajak wangkang makan berangkat
• Maknanya :
• Orang yang suka dirinya dipuji
• Ayat :
• Naily bagai bajak wangkang makan berangkat apabila dipuji sedikit, mulalah dia menunjuk rajin
bekerja.
• 22 seperti batu jatuh ke lubuk
• Maknanya :
• Menghilangkan diri secara senyap
• Ayat :
• Pemuda yang tidak siuman itu hilang tanpa khabar berita seperti batu jatuh ke lubuk

• 23 seperti belanda minta tanah
• Maknanya :
• Mengambil lebih banyak daripada apa yang diminta
• Ayat :
• Pada mulanya Ramli meminta sedikit buah jambu daripada Pak Mat. Selepas diberi sedikit, dia meminta
lagi. Sikap Ramli tidak ubah seperti belanda minta tanah

• 24 seperti belangkas
• Maknanya :
• Dua orang yang terlalu intim perhubungannya dan tidak dapat dipisahkan
• Ayat :
• Setelah berkenalan begitu lama. Azmah dan Salman sudah jadi seperti belangkas dan tidak dapat
dipisahkan lagi
• 25 seperti belut pulang ke lumpur
• Maknanya :
• orang yang pulang ke tempat asalnya setelah puas merantau
• Ayat :
• Kepulangan abang Atan pada hari raya yang lalu setelah merantau selama tujuh tahun seperti belut
pulang ke lumpur

• 26 bagai beliung dengan asahan


• Maknanya :
• Tidak pernah berpisah
• Ayat :
• Shamsul dan adiknya tidak pernah berpisah bagai beliung dengan asahan

• 27 bagai kain tiga hasta
• Maknanya : Orang miskin yang serba tidak mencukupi
• Ayat : Keluarga Salleh hidup dalam serba kekurangan
• 28 bagai bertepuk sebelah tangan :
• Maknanya :
• perasaan kasih dan sayang hanya di sebelah pihak sahaja
• Ayat :
• Jamilah berasa malu untuk mendekati Aznil apabila menyedari cintanya bagai bertepuk sebelah tangan

• 29 seperti bertih goreng


• Makananya :
• pertuturan yang sangat petah
• Ayat :
• Zakri Latif dipilih menjadi pengacara rancangan itu kerana pertuturannya yang sangat petah seperti bertih
goreng.

• 30 seperti budak sapu hingus


• Maknanya :
• Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis
• Ayat :
• Pertengkaran antara Sivaram dengan Goh dalam majlis hari jadi memalukannya seperti budak sapu
hingus
• 31 bagai bulan dipagari bintang
• Maknanya :
• Gadis cantik di kelilingi oleh gadis - gadis cantik yang lain
• Ayat :
• Puteri yang jelita itu bagai bulan dipagari bintang apabila dikelilingi oleh dayang - dayang yang cantik
di taman bunga

• 32 seperti bulan dengan matahari


• Maknanya :
• sudah secucuk dan sepadan benar
• Ayat :
• Pasangan pengantin yang bersanding itu sama cantik sama padan seperti bulan dengan matahari

• 33 bagai bulan jatuh ke riba


• Ayat :
• Mendapat untung yang banyak
• Maknanya :
• Makcik tersenyum riang apabila kuih muih hari raya di gerainya habis dijual dan dia mendapat keuntungan
yang banyak bagai bulan jatuh ke riba
KIASAN
• Dalam bahasa kiasan, kita membuat
perbandingan akan sesuatu perkara
dengan benda yang lain. Perbandingan ini
dibuat melalui bandingan yang nyata
dengan atau tanpa menggunakan kata
bandingan tertentu. Kita hanya
mengiaskan sesuatu yang dimaksudkan
itu dengan benda atau perkara yang lain.
Ungkapan Kata-kata Bagian
Tubuh.
• 1.- Kecil hati = Penakut
2.- Tebal muka = Tidak mempunyai rasa mali
3.- Hati kecil = Maksut yang sebenarnya
4.- Kecil hati = Agak marah/Penakut
5.- Besar hati = Sombong/Bangga
6.- Hati terbuka = Senang hati
7.- Berat hati = Kurang suka melakukan
8.- Lapang hati = Sabar
9.- Tinggi hati = Sombong
10.- Setengah hati = Segan-segan
11.- Berkeras hati = Kemauan nya sendiri dan tidak mau mundur
12.- Jatuh hati = menjadi cinta
13.- Mendua hati = bimbang
14.- Berhati jantung = Berparasaan halus
15.- Berhati batu = Tidak Mempunyai belas kasihan
Berikut Ungkapan dengan kata-kata
indra
1.- Perang dingin = Perang tampa senjata/Hanya saling menggertak

2.- wang panas = wang yang tidak halal

3.- Melihat dengan mata kepala = Secara lansung

4.- Memasang mata = Melihat baik-baik

5.- Membuang mata = Melihat-lihat

6.- Terbuka mata = Mulai tahu dan mengerti

7.- Mata telinga = Kaki tangan

8.- Mata hati = Perasaan dalam hati


Berikut Kata-kata Ungkapan dengan nama
binatang


1.- Kambing hitam = Orang yang di salahkan
2.- Kuda hitam = Pemenang yang tidak di Unggulkan
Berikut Ungkapan dengan Bagian-bagian
Pada tumbuhan

• 1.- Sebatang kara = Hidup seorang diri


2.- Naik daun = Bernasib baik
Berikut Ungkapan kata-kata Bilangan
• 1.- Berbadan dua = Sedang mengandung/Hamil

2.- Diam seribu bahasa = Tidak berkata sepatah kata pun

3.- Bersatu padu = Benar-benar bersatu

4.- Bersatu hati = Seiya dan sekata

5.- Tiada duanya = Tidak ada bandinganya

6.- Telah dua kepalanya = Mabuk

7.- Mendua hati = Ragu-ragu

8.- Setengah hati = Tidak dengan bersungguh-sungguh

9.- Bekerja setengah-setengah = Tanggung

10.- Jalan tengah = Keputusan yang di ambil dari dua pendapat secara adil

11.- Setengah tiang = Pengibaran bendera bertanda berduka cita

12.- Masuk tiga keluar empat = Lebih besar pengeluaran dari pada penghasilan

13.- Perteman empat mata = Pertemuan hanya dua orang

14.- Kaki lima = Lantai di muka pintu atau di tepi jalan

15.- Tujuh keliling = Nama penyakit kepala yang sangtat dasyat


PEPATAH
• 1. Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.

• 2. Peribahasa ini berisi nasihat, pengajaran, dan panduan hidup.

• 3. Lazimnya, pepatah berbentuk susunan berangkap dan terdapat perulangan kata

untuk penegasan atau unsure-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.

• 4. Pepatah juga dapat memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada si

pengucap atau orang lain yang mendengar ungkapan pepatah tersebut


ABJAD PEPATAH PENGERTIAN CONTOH AYAT

Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang


Air yang tenang jangan disangka Pendiam dan tidak melawan kata
A jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi
tiada buaya jangan disangka pengecut.
juara dalam pertandingan debat.

Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung


Hidup Bantu membantu antara contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya
B Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
satu sama lain. mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.

Setiap kesusahan yang dialami


Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita
oleh seseorang dalam
C Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun
kehidupannya akan turut dirasai
terasa juga.
oleh ahli keluarganya yang lain.

Walau di mana kita berada kita Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati
Di mana bumi dipijak, disitu
D mesti mematuhi adapt dan adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata
langit dijunjung
peraturan tempat yang kita diami. pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang


Enggang sama enggang, pipit sama pipit, Pergaulan hanya dengan orang
E disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama
baru boleh terbang sama yang sama taraf saja.
enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.
Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk
Daya berfikir seseorang mampu menjadi
F Fikir itu pelita hati berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan
penerang hidup.
mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.

Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-


Gajah mati meninggalkan tulang, Orang yang banyak jasa tetap akan
orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah
G harimau mati meninggalkan belang, dikenang meskipun sudah meninggal
gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan
manusia mati meninggalkan nama dunia.
belang, manusia mati meninggalkan nama.

Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada


Seseorang yang kita terlalu percaya dan
Harapkan pagar, kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya
H boleh diharapkan telah mengkhianati
pagar makan padi telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar,
kita.
pagar makan padi.

Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari
I Ikan pulang ke lubuk Kembali semula ke tempat asal. nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga
dengan anaknya.

Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh


Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai
J supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia
dapat sagunya tanpa usaha.
tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan
Kais pagi makan pagi, kais petang Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup
K pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka
makan petang untuk makan pada hari itu sahaja.
perlu bekerja keras setiap hari.

Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah


Seseorang yang mendapat nama hasil daripada
dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun
L Lembu punya susu, sapi dapat nama kerja orang lain atau orang lain yang membuat
hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu
kerja, orang lain yang mendapat nama.
punya susu, sapi dapat nama.

Orang yang tidak takut menghadapi sebarang Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah
M Membujur lalu melintang patah
rintangan yang bakal dihadapi. walaupun lawannya seribu.

Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti


Sikap atau perangai tidak sama antara adik
N Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-
beradik seibu sebapa.
masing mempunyai perangai yang berbeza.

Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap


Orang berbudi kita berbahasa, orang Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata
O
memberi kita merasa orang terhadap kita. pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita
merasa.
Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti
P Pucuk dicita ulam mendatang Memperoleh sesuatu yang dihajati. pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi
sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.

Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong


Orang yang melakukan kerja secara
R Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama
bergotong royong.
dijinjing, berat sama dipikul.

Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh


Sepandai-pandai tupai melompat, Bagaimana liciknya seseorang, ada keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke
S
akhirnya jatuh ke tanah juga kalanya dia tersilap juga. sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-
pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran


Tidak akan mengulangi kesilapan yang matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal
T Takkan pisang berbuah dua kali
telah dilakukan. beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan
pisang berbuah dua kali.

‘Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-


Orang yang rajin berusaha takkan mati
U Ulat dalam batu pun dapat hidup mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat
kelaparan.
rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup,’ kata ayah kepada abang.
Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk
W Waktu itu wang Waktu itu sangat bernilai.
memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.

Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan
Mengharapkan sesuatu yang belum
Yang dikejar tak dapat, yang melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan
Y tentu dapat, barang yang ada
dikendong berciciran dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak
dihabiskan atau dibuang.
dapat, yang dikendong berciciran.

Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai
Z Zaman beralih, musim bertukar Peredaran masa. bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung
dengan teknologi ini.
BIDALAN

• Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai maksud tersirat di sebalik susunan kata-kata yang

membentuknya.

Ia tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.


Sudah Dapat Gading Bertuah, Tanduk Tidak Berguna Lagi

• Bidalan : sudah dapat gading bertuah,

tanduk tidak berguna lagi

• Maksudnya : setelah dapat barang yang lebih

baik, barang yang lama

dibuang/diketepikan

• Contoh ayat : Abang bersikap seperti sudah

gading +tanduk dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

kerana dia kini tidak menjaga kereta lamanya

setelah membeli kereta baharu.


Jangan Bawa Resmi Ayam, Bertelur Sebiji Riuh Sekampung

• Bidalan : jangan bawa resmi ayam,


bertelur sebiji riuh sekampung
• Maksudnya : jangan membesar-besarkan
usaha/ kejayaan yang tak seberapa
• Contoh ayat : Kita jangan bawa resmi ayam,
bertelur sebiji riuh sekampung seperti Pak
Dollah yang mencanangkan sumbangannya
sebanyak RM 50 itu kepada orang kampung

ayam + telur
Malu Bertanya Sesat Jalan, Malu Berdayung Perahu Hanyut

• Bidalan : malu bertanya sesat jalan,


malu berkayuh perahu hanyut
• Maksudnya : jika tidak mahu berusaha ,
tentu kejayaan tidak dapat dicapai.
• Contoh ayat : “ Jika hendak maju dalam
pelajaran, kamu hendaklah bertanya jika tidak
faham akan sesuatu perkara kerana malu
bertanya + perahu hanyut bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu
hanyut kata Cikgu Ahmad kepada muridnya
Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam

• Bidalan : belakang parang diasah


lagikan tajam
• Maksudnya : jika berusaha dengan gigih
pasti akan berjaya
• Contoh ayat : Adi yang bebal itu akhirnya
lulus juga dalam peperiksaan setelah diajar
dengan gigih oleh Cikgu Ana. Begitulah
belakang parah diasah lagikan tajam, inikan
parang + batu asah pula manusia
Jika Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang

• Bidalan : jika tiada angin ,


masakan pokok bergoyang
• Maksudnya : jika sesuatu perkara itu
tidak berlaku, masakan
orang memperkatakannya.
• Contoh ayat : Penipuan yang dilakukan
oleh Ali hangat diperkatakan oleh
jirannya. “ Jika tiada angin, masakan
angin + pokok pokok bergoyang”, kata Encik Ramli
kepada Ali.
Jika Benih Yang Baik, Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau

• Bidalan : jika benih yang baik, jatuh


ke laut menjadi pulau
• Maksudnya : keturunan yang baik tetap
berkelakuan baik di mana-mana sahaja
• Contoh ayat : Semua anak Pak Osman
Berjaya dalam pelajaran. Begitulah jika
benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

benih + pulau
Embun di Hujung Rumput

• Bidalan : embun di hujung


rumput
• Maksudnya : sesuatu yang tidak
kekal
• Contoh ayat : Perkahwinan Lee
dan Nina bertahan Cuma sebulan

embun + rumput seperti embun di hujung rumput


Di Mana Semut Mati Kalau Tidak di Gula

• Bidalan : di mana semut mati


kalau tidak di gula
• Maksudnya : manusia sering
tertipu kerana pujuk rayu

• Contoh ayat : Zizah berasa amat


sedih kerana wang simpanannya
habis diberikan kepada teman lelaki

semut + gula yang kini menghilangkan diri seperti


bidalan di mana semut mati kalau

tidak di gula.
Diam-diam Ubi Berisi, Diam-diam Besi Berkarat

• Bidalan : diam-diam ubi


berisi, diam-diam besi berkarat
• Maksudnya : diam orang berilmu
berfikir, diam tetapi diam orang
bodoh sia-sia sahaja.
• Contoh ayat : Amir diam-diam ubi
berisi, diam-diam besi berkarat

ubi + besi karat kerana selama dia menyepikan diri,


dia sebenarnya melanjutkan
pelajaran di universiti.
Datang Seperti Ribut, Pergi Seperti Semut

• Bidalan : datang seperti ribut,


pergi seperti semut
• Maksudnya : sesuatu penyakit datang
dengan cepat, tetapi lambat
untuk sembuh.
• Contoh ayat : penyakit barah hati yang
yang dihidapi David itu umpama datang

ribut + semut seperti ribut, pergi seperti semut kerana


sudah dua bulan dia terlantar di hospital

Anda mungkin juga menyukai