Anda di halaman 1dari 56

Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

Simpulan
bahasa

1
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

Simpulan Bahasa Maksudnya

ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika

ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau
memiliki sesuatu

air muka rupa atau wajah seseorang

ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang

ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan

alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan
makanan yang mengenyangkan

anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri

anak bapa anak yang disayangi oleh bapa

2
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara

anak emas anak yang disayangi oleh ibubapa atau ketuanya

angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab

atas angin negara-negara di sebelah barat

atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak

ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya

banyak mulut orang yang banyak cakap

batu api orang yang suka menghasut

batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh

bawah angin negara-negara di sebelah timur

bekas tangan hasil kerja tangan seseorang

beralih akal berubah fikiran atau pendapat

beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat

berat hati enggan; malas

berat mulut pendiam dan tidak suka bercakap banyak

berat tulang orang yang malas bekerja

berat sebelah tidak berlaku adil

berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan

berhati batu degil dan sukar menerima nasihat

berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga

bermuka dua tidak jujur

bertikam lidah bertengkar ; berdebat

besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu

besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain

buah hati orang yang dikasihi atau dipuja

buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai

buah tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

3
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

bulat hati bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad

buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim ; kejam

cahaya mata anak

cakar ayam tulisan yang buruk

campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain

cari jalan berusaha atau ikhtiar melakukan sesuatu

cepat tangan suka mencuri

dalam tangan sudah pasti diperoleh

darah daging anak kandung

durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja
bersungguh-sungguh

gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta

harga diri maruah atau kehormatan seseorang

harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi

hati batu degil atau keras hati

hidung tinggi sombong atau tinggi diri

hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri

ikat perut menahan lapar kerana berjimat

iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu

isi hati perasaan dalam hati

jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian

kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain

kaki ayam tidak berkasut atau berselipar

kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola

kaki botol suka minum minuman keras

kecil hati berasa tersinggung atau merajuk

kepala angin perangai yang tidak menentu

kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat

4
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain

khabar angin berita yang belum tentu benarnya

langkah kanan bernasib baik

langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan

lidah bercabang kata-kata yang tidak boleh dipercayai

lipas kudung cepat membuat kerja

lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan

makan angin bersiar-siar untuk berehat

makan suap menerima rasuah

malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang

mandi peluh bekerja kuat

mati katak mati dengan sia-sia

membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir

membawa diri tahu menjaga diri

membuka jalan memberi laluan kepada orang lain

membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain

memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar

menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan

mencari jalan berusaha melakukan sesuatu

mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah

mencuit hati lucu; menggelikan hati

mengabui mata cuba memperdaya; menipu

mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecah belahkan persahabatan dan


sebagainya

mengambil angin bersiar-siar untuk berehat

mengambil berat memberi sepenuh perhatian

mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi

mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat

muka tembok tidak berasa malu

mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising

5
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia

murah hati suka menderma, tidak kedekut

naik angin terlalu marah

nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati

orang atasan orang yang berpangkat tinggi

otak cair pintar atau bijak

otak kering kurang siuman

otak udang bebal atau bodoh

paku belanda barangan yang tetap harga

panas hati meradang atau marah

panjang tangan suka mencuri

pasang telinga mendengar dengan teliti

pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat

pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi

perang mulut pertengkaran

pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai

pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki

puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari

putih hati ikhlas; jujur

putih mata mengalami kekecewaan

rabun ayam penglihatan kurang jelas

rambang mata sukar membuat pilihan

ringan tangan suka membuat kerja; menolong orang

sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja

serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa

tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati

tangkai jering orang yang kedekut

tawar hati tidak mempunyai minat lagi

tebal muka tidak tahu malu

6
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

telinga kuali tahan hati menerima kemarahan

telinga lintah tajam pendengaran

telinga nipis cepat marah atau meradang

terang hati mudah memahami sesuatu

tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak

tin kosong bercakap besar tanpa ilmu

titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh

............................................................................................................

SIMPULAN BAHASA

1. Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.

A bongkok sabut B manis mulut C kering hati D hati muda

2. Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.

A tikam lidah B gelap hati C putih mata D alih angin

3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______ .

A atas pagar B paku belanda C naik angin D kera sumbang

4. Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai.

A angkat mata B angkat kaki C angkat diri D angkat sumpah

5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.

7
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A hutang darah B naik darah C hisap darah D mabuk darah

6. Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.

A titik peluh B makan suap C jalan buntu D kacang hantu

7. Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.

A besar hati B ada hati C cekal hati D sampai hati

8. Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.

A buah hati B buah mulut C buah tangan D buah fikiran

9. Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.

A atas pagar B pilih kasih C hentam kromo D berpeluk tubuh

10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______ .

A pekak badak B pisau cukur C pening lalat D buta huruf

11. Aida suka membaca, maka dia digelar _______.

A ulat buku B intan terpilih C puteri lilin D kaki bangku

12. Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun.

A bunga dedap B embun jantan C buaya tembaga D buah hati

13. Mira _______. Dia suka membocorkan rahsia orang.

8
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A mulut tempayan B telinga kuali C tangan panjang D kepala angin

14. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.

A bertegang urat B berputih tulang C bermandi peluh D berjimat cermat

15. Berita penangkapan pegawai kerajaan yang _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.

A makan suap B makan angin C makan tuan D makan hati

16. Ramlah mendapat _______apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu .

A mata duitan B buah tangan C gaji buta D durian runtuh

17. Datuk Zakaria telah dilantik menjadi _______ negara ke Sweeden .

A Guru Besar B Hakim Besar C Menteri Besar D duta besar

18. Pandangan golongan _______ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah di

kemudian hari.

A cerdik pandai B gagah perkasa C kurus kering D tinggi lampai

19. Mak Munah menggunakan bekas plastik untuk menakung _______ .

A air hujan B air mata C air terjun D air laut

20. Saya bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka _______dalam mengendalikan kerja-kerjanya .

A panjang tangan B lepas tangan C ringan tangan D dalam tangan

9
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
21. Kami terpaksa _______kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami .

A berpatah balik B berpusing ligat C berubah hati D bertegang urat

22. Kerja-kerja _______ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan .

A membaik pulih B mencari gali C mengawal selia D menaik taraf

23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat _______hendak mencuba lagi .

A sakit hati B baik hati C tawar hati D iri hati

24. Sudah hampir sepuluh tahun beliau _______ dengan syarikat di luar negara itu .

A bercampur aduk B berumah tangga C berurus niaga D beramah mesra

25. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul _______ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam pergaduhan itu.

A tarik diri B tangkap mata C tangkap muat D tangkap buta

26. Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.

A ringan mulut B ringan tangan C ringan lidah D ringan kepala

27. Pemuda itu sanggup _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu.

A sakit hati B samar muka C sakit mata D sabung nyawa

28. _______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.

A Pilih kasih B Perang mulut C Pilih bulu D Pening lalat

10
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
29. Siti Aisyah _______ apabila Cikgu Norhayati memujinya.

A senyum simpul B senyum tawar C senyum kambing D senyum sumbing

30. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat _______ untuk mengatasi

masalah yang rumit itu.

A jalan keluar B jalan belakang C jalan pintas D jalan tengah

31. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh orang kenamaan itu.

A berjimat cermat B bermandi peluh C berputih tulang D bertegang urat

32. Persembahan Zaki yang _______ itu memikat hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang

pertandingan mendeklamasikan sajak itu.

A ada akal B ambil berat C atas pagar D ada gaya

33. Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit.

A bodoh sepat B bongkok udang C buaya tembaga D bintang terang

34. Setelah isterinya meninggal dunia, Karim _______ dan berkahwin pula dengan adik isterinya.

A patah kandar B hilang akal C ganti tikar D retak seribu

35. Seman dan kawan-kawannya masih bermain dam di pondok menunggu bas di simpang jalan itu walaupun

_______ sudah turun.

11
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A bunga dedap B embun jantan C emas urai D bintang terang

36. Pemuda-pemuda di desa itu _______ di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak di sawah.

A makan garam B mandi kerbau C mandi bunga D mandi peluh

37. Nenek Limah tinggal _______ di pondok buruknya itu.

A sekapur sirih B isi perit C sebatang kara D orang harapan

38. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai.

A tali barut B tebal telinga C teluk rantau D tulang belakang

39. Ayah membayar _______ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-2.

A buah pena B hutang darah C wang hantaran D wang muka

40. Malik menanam sayur di tanah yang lausnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara hidupnya.

A dapat terpijak B retak seribu C sekangkang kera D sehelai sepinggang

41. Semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut mempunyai _______ yang luas.

A tahi minyak B teluk rantau C isi perit D pasar gelap

42. Fuad _______ apabila Siva menuduhnya mengambil duit Persatuan Badminton untuk membeli raket baru.

A buruk siku B hilang akal C makan diri D hangat hati

43. Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ________ itu.

12
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A muka tembok B lintah darat C pisau cukur D alim kucing

44. Sekiranya kamu tidak pasti, jangan cuba _______ kerana buruk padahnya.

A sakit mata B serkap jarang C ringan mulut D potong leher

45. Masalah itu masih belum selesai kerana setiap rundingan sentiasa menemui _______ .

A jauh hati B jalan buntu C kera sumbang D makan angin

46. Untuk mengelakkan _______ daripada berlaku, Aziz merahsiakan perkara itu daripada Ainol.

A patah hati B pasang kaki C perang mulut D naik darah

47. Sekiranya Sharul ada, tentu kita _______ kerana ada saja kelakar yang dibuatnya.

A tak kering gusi B makan hati C telinga lintah D tin kosong

48. Keberanian Alim dan kawan-kawannya menangkap pencuri itu telah menjadi _______ penduduk kampung.

A buah mulut B buah hati C buah fikiran D buah tangan

49. Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik sahaja _______ .

A bintang terang B makan garam C fajar menyinsing D pasar gelap

50. Kerani bank itu menjadi _______ apabila melihat wang yang banyak di hadapannya.

A jejak barat B gelap mata C cupak hanyut D bodoh sepat

51. Pembahas itu berhujah dengan memberikan contoh yang _______ kepada hadirin.

13
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A panjang akal B cari akal C masuk akal D ada akal

52. Alim telah dipulaukan penduduk kampung kerana disyaki menjadi _______ pengganas.

A patah kandar B mata petai C tali barut D hilang lenyap

53. Tidak usahlah kamu percaya akan _______ Pak Busu yang sepanjang hari hanya berbual di kedai kopi itu.

A khabar angin B omong kosong C hangat hati D jinak merpati

54. Bakul-bakul ini adalah _______ orang-orang yang cacat penglihatan.

A ringan tangan B bekas tangan C buah tangan D dalam tangan

55. Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung.

A gelap hati B rambang mata C mata durian D gelap fikiran

56. Mereka mendapat _______ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan besar.

A tulang belakang B mata durian C durian runtuh D langkah kanan

57. Rahsia kita telah dobocorkan oleh si _______ itu.

A mulut murai B mulut tempayan C mulut manis D mulut biawak

58. Sesiapa sahaja yang _______ akan didakwa di mahkamah.

A makan suap B makan hati C makan darah D buruk makan

59. Kami _______ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak.

14
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A putih hati B ada hati C putih mata D mata hati

60. Liyana merupakan _______ pasukan bola jarring sekolahnya.

A tulang belakang B batu loncatan C senapang bambu D kucing bertanduk

61. Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah.

A batu lesung B batu loncatan C kepala batu D batu api

62. Kakak menjadi _______ apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli belah itu.

A rambang mata B mata keranjang C mata hati D bidan terjun

63. “Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _______,” kata Malek.

A pasang telinga B mulut murai C ada angina D senapang bambu

64. Kadar _______ di kalangan penduduk luar Bandar sudah jauh berkurangan.

A buta ayam B buta huruf C buta perut D buta tuli

65. Banyak syarikat bumiputera terpaksa _______ akibat kelembapan ekonomi negara.

A cabut nyawa B balik gagang C hutang darah D gulung tikar

66. Encik Idrus gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa senggang.

A halwa telinga B buah pena C bidan terjun D daki dunia

67. Daud terkenal sebagai _______ di kampong itu kerana suka duduk di simpang jalan hingga larut malam.

15
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A kepala batu B kepala angina C kutu embun D kera sumbang

68. Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap _______.

A baik sangka B buruk siku C putih mata D pilih kasih

69. Pemuda yang kurang siuman itu tersengih-sengih seperti _______ apabila lalu di hadapan gadis itu.

A cacing kepanasan B kerang busuk C sampah masyarakat D saudara pungut

70. “Usahlah memandang saya seperti _______. Saya juga berhak bersuara di Negara yang mengamalkan system

demokrasi ini,” kata Juah kepada penduduk kampung.

A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D penyapu baharu

71. Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu merupakan _______ Encik Abu

dan Puan Zaini.

A buah pena B bidan terjun C nyiur gading D mata petai

72. Usahlah kamu berharap Encik Hasan yang terkenal dengan gelaran _______ itu akan menghulurkan derma

kepada anak-anak yatim.

A lintah darat B ketam batu C buaya tembaga D bodoh sepat

73. Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti _______ semasa memperagakan fesyen pakaian ini.

A bongkok sabut B patah kandar C tali barut D cupak hanyut

16
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
74. Tuk Penghulu menasihati _______ nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama lain.

A anak emas B anak buah C angak angkat D anak tiri

75. Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang _______ .

A hidung tinggi B buah mulut C bulat hati D harga diri

76. Pak long dan mak ngah sanggup ber _______ hanya kerana berebut harta pusaka.

A hisap darah B patah arang C paling tadah D retak seribu

77. Dia _______ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

A makan diri B makan gaji C makan hati D makan suap

78. Cikgu Dayani terpaksa _______ dalam hal murid-muridnya itu.

A baik sangka B buruk siku C campur tangan D pilih kasih

79. Karim terpaksa _______ kerana belum mendapat gaji lagi.

A ikat perut B mulut tempayan C pekak badak D lipas kudung

80. Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana dia _______.

A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D telinga nipis

81. Sikap Ana yang _______ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya.

A buah pena B berat tulang C nyiur gading D mata petai

17
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
82. Amir telah _______ setelah gagal beberapa kali dalam temu duga.

A patah hati B rambang mata C buaya tembaga D bodoh sepat

83. Segala permintaannya dituruti kerana ia _______ keluarganya.

A bongkok sabut B patah kandar C tali barut D anak emas

84. Walaupun telah bersara Ustaz Asharin tetap berasa bangga kerana ramai _______ nya telah berjaya.

A anak angkat B anak buah C anak tut D anak didik

85. Amin dapat mengendalikan rancangan jenaka itu dengan baik walaupun tugasnya hanya _______.

A lepas tangan B bidan terjun C baik hati D hentam kromo

86. Jangan bersikap _______ketika mengadili sesuatu permainan.

A buruk sangka B berat sebelah C baik hati D cangkul angin

87. Adila geram dengan sikap pemuda yang sengaja _______ ketika terpandang akan dirinya.

A senyum kambing B kacang hantu C batuk kambing D hati batu

88. Jangan dilayan sangat pemuda yang duduk di pondok bas itu kerana dia ______.

A gila bahasa B alim kucing C buruk siku D rambang mata

89. Ana yang _______ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran Sains yang diajar oleh

Cik Zul.

18
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A ada hati B cekal hati C terang hati D sampai hati

90. Kerajaan Melaka mempunyai _______ yang luas sehingga ke Sumatera.

A nyiur gading B anak gahara C wang hangus D teluk rantau

91. Banci penduduk 2004 telah dijalankan untuk mengetahui jumlah _______ di seluruh negara.

A isi rumah B isi perut C isi hati D jatuh hati

92. Banyak peniaga menjual ubat-ubatan tradisional di ________ Jalan Masjid India.

A kaki bangku B kaki lima C kaki ayam D kaki bola

93. Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti hasil daripada _______ nya di sawah.

A panjang akal B jejak langkah C ringan tulang D titik peluh

94. Peragawati itu berjalan melenggang-lenggok seperti _______ ketika memperagakan fesyen pakaian terbaru.

A patah kandar B bongkok sabut C cupak hanyut D nyiur gading

95. Sejak Anuar berpisah dengan _______ nya dia asyik termenung sahaja.

A puteri lilin B anak buah C ibu pertiwi D mata air

96. Orang tua itu seorang yang kaya raya di kampong, tetapi dia seorang _______ .

A kaki bangku B tangkai jering C bulat hati D harga diri

97. Salmi tidak sombong orangnya, tetapi dia hanya _______.

19
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan
A hisap darah B patah arang C paling tadah D berat mulut

98. Rencana yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan itu telah _______ banyak pihak tentang masalah yang

dihadapi oleh penduduk kampung itu.

A membuka mata B membuka peluang C membuka tembelang D membuka hati

99. Datuk Murad telah memberi _______ kepada Ramasamy sama ada mahu meneruskan kerja atau

diberhentikan kerja .

A kata putus B kata dua C kata sepakat D kata hati

100. Seorang pelatih skuad bola sepak negara terpaksa _______ daripada latihan pusat kerana ibunya meninggal

dunia.

A menarik diri B membawa diri C menyerah diri D menahan diri

SIMPULAN BAHASA

Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong yang bernombor.

“Hashim, tolong bacakan surat datuk.”

“Kenapa datuk tidak baca sendiri?”

“Datuk ………(1)…………..”

“Eh, datuk tak bersekolahkah?”


20
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

“Dulu keluarga datuk hidup susah, jadi bapa datuk tidak ………(2)…….. tentang persekolahan datuk.
Itulah sebabnya datuk ………(3)………. untuk belajar.”

1. A buta perut

B buta ayam

C buta hati

D buta huruf

2. A ambil hati

B ambil berat

C berat hati

D berat tangan

3. A sakit hati

B panas hati

C makan hati

D tawar hati

Pilih simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

4. Sahabat yang baik tidak patut ……… kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

21
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

A membuka tembelang

B membuka langkah

C membuka mulut

D membuka mata

5. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut …….. , nanti kita juga yang akan menyesal.

A darah gemuruh

B darah daging

C darah muda

D darah dingin

6. Amran berkata, “Inilah ……… saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ.”

A kata sepakat

B kata hikmat

C kata dua

D kata putus

7. Mat Deris begitu ……… menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.

A ada hati
22
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

B cekal hati

C kecil hati

D rendah hati

8.kami sedang ....................untuk mendapatkan penaja bagi majlis amal itu.

A. cari jalan

B. jalan buntu

C minta jalan

D. jalan tengah

9. Pak cik Chong bejaya menangkap budak yang ..........di kedai runcitnya.

A. tangan terbuka.

B. tangan kosong

C. tangan kanan

D. cepat tangan

10. Rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh Jeya hanya.......................

A. gulung tikar
23
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

B. durian runtuh

C. omong kosong

D. tangan kosong

24
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

Penjodoh
Bilangan

25
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

Sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.


Kadangkala kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti
beberapa, dua, tiga, dan sebagainya. Senarai penjodoh bilangan,
penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh
Kegunaan Contoh
Bilangan
untuk sekumpulan kapal, tentera, pelukis,
angkatan
manusia atau benda penulis
untuk kedudukan
orang, kedai, rumah, pokok,
baris benda/manusia yang
tulisan, ayat, meja, kerusi
berbaris
untuk menunjukkan sungai, lilin, galah, tiang,
batang benda-benda yang pen, pokok, gigi, tongkat,
panjang atau tinggi kapur, jambatan, jarum
untuk benda-benda kecil
bentuk yang berkeluk atau mata kail, subang, cincin
melengkung
untuk benda-benda yang
berkas kunci, lidi, kayu
dlikat bersama-sama
untuk benda-benda atau tanah, kain, sawah,
bidang tempat yang terbentang permaidani, layar, kebun,
luas tikar
untuk buah-buahan,
labu, lobak, kubis, terung,
benda-benda yang bulat,
biji bola, cawan, guli, belon,
dan benda-benda yang
ketupat, batu, telur, gelas
kecil
untuk benda-benda yang parang, pisau, golok,
bilah
tajam gunting, sabit, keris

26
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

untuk bangunan yang


pejabat, pangsapuri,
blok besar dan
bangunan
bertingkat-tingkat
untuk benda-benda yang
bongkah ais, kayu
berbongkah
untuk benda-benda yang
botol susu, kicap, air minuman
dlisi ke dalam botol
bandar, negeri, kampung,
pulau, banglo, rumah,
untuk benda-benda besar jambatan, sekolah, beg,
dan padu, yang tidak komputer, papan kekunci,
buah radio, mesin basuh, kereta,
mempunyai bentuk yang
tertentu motosikal, basikal, songkok,
perigi, kotak, kamus,
dompet, …..

untuk benda-benda yang


buku sabun, roti, benang
keadaannya berketul
untuk benda-benda yang
bungkus diletakkan dalam sebungkus nasi
bungkusan
untuk benda-benda yang telur, batu, manik, beras,
butir
bulat atau kecil peluru
untuk kain atau kertas
carik kain, kertas
yang dicarik
untuk air yang diletakkan
cawan air, teh, kopi ....
di dalam cawan
untuk benda-benda yang
cebis kain, kertas, kaca
dikoyakkan atau serpihan

27
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

untuk benda bersaiz


cekak / gemal secekak sirih, padi
secekak jari
untuk benda-benda yang
colek sambal, sos
dicolek
untuk benda yang diambil
cubit garam, gula, kunyit
sedikit dengan jari
untuk benda-benda yang
cucuk sate
dicucuk dengan lidi

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Pak Karim menebang pokok itu dengan se__________ kapak yang


tajam.
A bilah
B buah
C batang
D butir

28
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

2 Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.
A biji
B buah
C bentuk
D butir

3 Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua


puluh hektar di kampung itu.
A baris
B buah
C bidang
D carik
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Di bandar itu, terdapat banyak _______ bangunan pencakar langit.


A blok
B bongkah
C angkatan
D bidang

29
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Kak Salmah memberikan beberapa __________ gula-gula kepada


adiknya.
A biji
B cebis
C bungkus
D buah

6 Saya membeli enam __________ telur dari kedai runcit.


A biji
B baris
C buah
D bentuk

7 Karim sedang memanggang lima belas __________ sate untuk


pelanggannya.
A gugus
B biji
C cucuk

30
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

D batang

8 Di kedai itu, hanya tinggal beberapa __________ tikar sahaja.


A buku
B baris
C bidang
D batang

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Di tepi perhentian bas itu terdapat se__________ tiang lampu.


A bilah
B buah
C baris
D batang

10 Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas se__________ jarum.


A buku
B cebis
C bilah
31
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

D butir

11 Dua __________ kerusi di bahagian hadapan tempat duduk itu


dikhaskan untuk tetamu jemputan.
A bilah
B batang
C bentuk
D baris

12 Pak Leman pulang dari ladang dengan menjunjung se__________


kayu api.
A bilah
B buah
C berkas
D buku

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Mak Tijah memasukkan se__________ garam ke dalam masakannya.


A cubit
B biji

32
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

C cucuk
D cekak
14 Puan Maisarah membeli beberapa __________ benang emas untuk
membuat tekat pada cadar baldu itu.
A biji
B buku
C butir
D cekak

15 Dua __________ keris tersilang pada dinding rumah Encik Hamid.


A bilah
B biji
C baris
D batang

16 "Berapakah harga se_____ buah kelapa ini?" tanya Pak Budin sambil
menunjuk ke arah longgokan kelapa di tepi jalan itu.
A butir
B biji
C colek
D buah

17 Puan Barhah membeli beberapa __________ coklat untuk membuat


gubahan yang ditempah oleh pelanggannya.

33
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

A biji
B cubit
C bungkus
D bongkah

18 Maznah mengambil se_______ perca kain untuk menampal kainnya


yang koyak.
A bungkus
B colek
C carik
D bidang

19 Pak Andak mengasah dua _________ pisau sehingga tajam.


A batang
B bilah
C cucuk
D cubit

20 Dia begitu kenyang setelah menghabiskan se_______ durian.


A biji
B baris
C buah
D bongkah

34
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

21 Masih terdapat beberapa __________ tanah sawah di kampung saya


yang tidak diusahakan.
A buah
B baris
C bentuk
D bidang
22 Tukang masak itu memasukkan se________ serbuk perasa ke dalam
kari ayam itu untuk menyedapkan rasanya.
A cucuk
B cubit
C bungkus
D carik

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.

23 Aidil membaling beberapa __________ guli ke dalam sungai.


A biji
B buah
C butir
D batang

35
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

24 Pak Haron mempunyai se__________ tanah yang luasnya tiga hektar.


A blok
B baris
C bidang
D batang

25 Se________ cincin berlian itu berharga RM2,000.


A cebis
B bongkah
C colek
D bentuk

Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah.

26 Gajah sedang mengangkat se__________ kayu balak menggunakan


belalainya.
A buah
B batang
C bongkah

36
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

D butir

27 Banjir kilat telah menyebabkan beberapa __________ jalan raya


terpaksa ditutup.
A buah
B blok
C batang
D baris

Soalan 28 berdasarkan gambar di bawah.

28 Se__________ tentera udara itu sedang menjalani latihan payung


terjun.
A baris
B angkatan
C berkas
D buku

29 Dua __________ tayar keretanya terpaksa ditukar kerana sudah


haus.

37
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

A biji
B butir
C buah
D bentuk

30 Hasliza membeli se______ sabun di kedai Pak Mail.


A buah
B buku
C biji
D berkas

Penjodoh
Kegunaan Contoh
Bilangan
untuk bunyi letupan atau
das tembakan
tembakan.
untuk benda-benda yang bangunan, rumah, kedai,
deret
tersusun kereta
nyamuk, semut, kuda, buaya,
ekor untuk semua jenis binatang musang, gajah, arnab,
rama-rama
gelas untuk air yang diisi di dalam
air, susu
gelas

gelung / lingkar benda yang berlingkar ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
untuk benda-benda yang
genggam pasir, beras, padi
digenggam

38
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

gerombolan untuk kumpulan penjahat penjahat, samseng, pengganas,


perusuh
untuk buah-buah ataupun
benda sama jenis yang anggur, langsat, kelapa sawit,
gugus
dikumpulkan dalam satu sawit, kunci
ikatan
untuk benda-benda yang filem, permaidani, tikar, dawai,
gulung
bergulung kertas
untuk benda yang berkepul
gumpal tanah, darah, asap
atau berketul
kain, baju, seluar, sapu tangan,
singlet, selendang, selimut,
untuk benda-benda yang nipis
helai tuala, sarung, kertas, kertas
dan lebar
tisu, daun, bendera, bulu
burung
untuk kumpulan makanan
hidang kuih-muih, lauk-pauk
dan minuman yang disajikan
untuk benda-benda yang bawang, timun, daging,
hiris/ iris
dipotong nipis buah-buahan
untuk benda-benda yang
ikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
diikat
untuk benda-benda yang
jambak bertangkai atau bunga, kunci
berangkai-rangkai
untuk bunga di dalam pasu
jambangan bunga
atau belanga.
untuk benda-benda yang nasi, garam, gula, ikan bilis,
jemput
diambil dengan hujung jari udang kering
kajang untuk benda-benda yang
atap, kertas
lebar

39
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

untuk benda-benda yang


kaki payung, cendawan, bunga
bertangkai
kalung untuk benda yang disusun
bunga, mutiara
kalung (rantai)
untuk haiwan di dalam
kandang kerbau, kambing, lembu, kuda
kandang
untuk sirih yang dibubuh
kapur sirih
kapur.

Latihan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan D deret
yang paling sesuai.

3 Ibu membeli tiga _______ sayur


1 Ibu memasukkan beberapa di pasar tani.
__________ halia ke dalam
A naskhah
masakannya.
B keping
A hiris
C tandan
B gugus
D ikat
C jambak
D kapur
4 Mak cik menyuruh saya mencabut
beberapa __________ uban di
2 Perompak bank itu melepaskan kepalanya.
beberapa __________ tembakan
A ekor
sebelum melarikan diri.
B gulung
A gulung
C gelung
B jemput
D helai
C das
40
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

5 Puan Liew membawa B helai


se__________ payung kerana hari
C kaki
hendak hujan.
D hidang
A deret
B kaki
9 Pemuda itu mengambil
C jambak
se__________ kertas tisu lalu
D kandang mengelap tangannya.
A helai
6 Adik mengambil dua __________ B gumpal
beras lalu diberi kepada burung
C gugus
itu.
D ikat
A gugus
B genggam
10 Di langit kelihatan se__________
C gumpal
awan hitam berarak
D gerombolan perlahan-lahan.
A gumpal
7 Mak Timah kehilangan B genggam
se__________ kunci semasa
C gugus
pulang dari pasar.
D deret
A gelung
B jambangan
11 Encik Lim meminta se__________
C jambak
tali untuk mengikat kayu.
D gumpal
A gelung
B ikat
8 Puan Hayati memotong beberapa
C gulung
__________ bawang lalu
dimasukkan ke dalam D gerombolan
masakannya.
A hiris 12 Beberapa __________ daun telah
41
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

gugur di halaman rumah. D gugus


A gumpal
B gugus 16 Anuar membeli se______ bunga
ros untuk ibunya sempena
C kalung
menyambut Hari Ibu.
D helai
A kapur
B jambak
13 Pak Mat menjual se__________
C gugus
rambutan gading itu dengan
harga RM5. D kaki
A ikat
B jemput Soalan 17 berdasarkan gambar di
bawah.
C bentuk
D kajang

14 Datuk membeli se_______ dawai


mata punai untuk membuat
reban ayam serama.
17 Se__________ rumah kedai
A gumpal musnah dijilat api dalam
kebakaran semalam.
B gugus
A gerombolan
C gelung
B kajang
D keping
C deret
D kandang
15 Fuad memetik empat __________
langsat yang telah masak di
belakang rumah neneknya.
18 Pemburu itu berjaya menembak
A kajang se__________ harimau yang
ganas.
B gumpal
A kalung
C kaki

42
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

B das 22 Ibu membeli se_________ anggur


dan sebiji tembikai di pasar
C gugus
malam.
D ekor
A jambak
B jambangan
19 Emak membeli beberapa
C gugus
__________ kain baru di kedai
kain itu. D genggam
A kajang
B helai 23 Di bawah katil itu ada tiga
__________ tikar yang dibuat
C deret
daripada daun mengkuang.
D ikat
A gulung
B deret
20 Muhamad melemparkan
C lingkar
se__________ padi ke arah
ayam-ayam peliharaannya. D gelung
A gelas
B genggam 24 Beberapa __________ bulu ayam
berterbangan ditiup angin.
C gumpal
A kapur
D gugus
B helai
C kaki
21 Beberapa titik darah ayam katik di
atas meja itu dilapnya dengan D hidang
se__________ kain basah.
A gumpal
25 Kakak membeli se_______ bunga
B kalung kekwa untuk emak.
C helai A ketul
D gelung B jambak
C kajang

43
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

D kaki C helai
D gelas
26 Sebaik-baik sahaja sultan tiba,
kedengaran tembakan meriam
29 Ruang tamu di rumah Mak Long
sebanyak dua puluh satu
dihiasi dengan beberapa
__________.
__________ bunga orkid.
A gerombolan
A helai
B ikat
B genggam
C das
C jambangan
D gugus
D kaki

27 Nur Syawal minum se__________


30 Untuk memagari kebunnya, Pak
susu sebelum tidur.
Cik Rashid telah membeli
A hiris beratus-ratus __________ kawat
berduri.
C hidang
A gumpal
B gelas
B gulung
D deret
C gelung
D genggam
28 Tiga __________ sayur sawi itu
berharga seringgit.
A kalung
B ikat

Penjodoh
Kegunaan Contoh
Bilangan
lembu, kambing, lebah, gajah,
kawan untuk kumpulan haiwan
merpati

44
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

untuk sekumpulan manusia,


kelompok burung, awan, pulau, bintang
haiwan, dan benda
untuk benda-benda yang
kepal nasi, pulut, tanah
dikepal dengan tangan
roti, biskut, kuih, kad, gambar,
untuk benda-benda yang nipis setem, lencana, foto, papan,
keping disket, cakera padat, atap,
atau pipih
tanah …….

gumpalan asap atau awan yang


kepul asap, awan
tebal.
untuk bahagian benda-benda
kerat tebu, kayu, buluh, rotan
yang dipotong
batu, ais, tanah liat, ikan, daging,
untuk benda-benda yang tulang, kuih, arang, roti,
ketul
berketul dan padu
sabun ….

untuk benda-benda yang


kotak mancis, rokok, pensel warna
diisikan di dalam kotak
untuk manusia atau haiwan pelajar, pemuda, pengakap,
kumpulan yang berada dalam kumpulan pekerja, perompak, burung, itik,
gajah, harimau ……

kuntum untuk semua jenis bunga mawar, melati, anggerik

laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam


untuk benda-benda yang lurus
lembar kertas, dawai, benang
dan panjang
untuk benda-benda yang sampah, durian, pakaian, tanah,
longgok
berada dalam longgokan cili
untuk makanan yang diisi ke
mangkuk sup, bubur, pengat
dalam mangkuk

45
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

untuk bahan bacaan yang surat khabar, risalah, majalah,


naskhah
berjilid makalah, buku
guru, jururawat, doktor,
orang untuk manusia
pekedai, runcit, posmen
untuk bahagian dalam buah
pangsa durian
durian.
untuk benda-benda yang
papan coklat, petai, mercun
berbentuk kepingan
merpati, kasut, sepatu, sarung
untuk benda dan manusia yang kaki, selipar, cermin mata,
pasang anting-anting, kekasih, suami
berpasangan
isteri ……

untuk sekumpulan orang yang pemain bola sepak, polis,


pasukan
berpakaian seragam tentera pengakap

patah untuk perkataan perkataan, kata

petak untuk sawah, bendang, tanah sawah, bendang, tanah

Latihan 3
Isi tempat kosong dengan jawapan 2 Beberapa __________ burung
yang paling sesuai. sedang terbang di udara.
A kepal
1 Adik memetik tiga _______ bunga B laras
di taman itu.
C pasang
A kuntum
D kawan
B longgok
C keping
3 Se______ anggota bomba sedang
D pangsa bertungkus-lumus untuk
memadamkan kebakaran.
A pasukan
46
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

B kawan ditanya kerana ketakutan.


C longgok A petak
D kumpulan B pangsa
C papan
4 Ibu menghadiahi abang D patah
se__________ kasut berjenama
Adidas sempena hari jadi abang.
7 Semasa berada di puncak Gunung
A kotak
Kinabalu, Suffian telah memakai
B pasang empat __________ baju supaya
tidak kesejukan.
C petak
A lapis
D longgok
B lembar
C laras
Soalan 5 berdasarkan gambar di
bawah. D keping

8 Dalam serbuan ke gudang lama


itu, pihak polis merampas lima
_________ senapang patah yang
digunakan pemburu haram itu.
5 Se__________ lembu ternakan A kawan
sedang meragut rumput di
B kuntum
padang yang terbiar itu.
C pangsa
A orang
D laras
B kawan
C pasukan
D pasang
Soalan 9 berdasarkan gambar di
bawah.
6 Dia tidak dapat bercakap walau
se__________ pun apabila

47
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

12 Ayah memakai se_______ baju


Melayu yang lengkap pada majlis
hari raya itu.
A pangsa
9 Terdapat se__________ pasir di
B pasang
hadapan pintu masuk sekolah.
C papan
A longgok
D patah
B pasang
C petak
13 Sehari se_______ benang,
D kerat
lama-lama menjadi kain.
A longgok
10 Ibu menghidangkan tiga
B laras
__________ sup di atas meja
makan. C kelompok
A naskhah D lembar
B mangkuk
C pasang Soalan 14 berdasarkan gambar di
bawah.
D kotak

11 Siew Eng mengambil beberapa


_______ gambar semasa
lawatannya ke Pulau Langkawi.
A petak
B keping
14 Ayah menghadiahkan
C laras se__________ baju kurung
kepada Aliya bersempena dengan
D lembar
hari jadinya yang ke-12.
A pasang
B pangsa

48
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

C papan dimakan pada waktu rehat.


D lembar A papan
B keping
15 Emak membeli empat C kerat
__________ petai dengan harga
D kuntum
dua ringgit.
A keping
Soalan 19 berdasarkan gambar di
B lembar
bawah.
C petak
D papan

16 Se__________ lebah membuat


sarang di pohon kekabu di tepi
jalan itu.
A kawan 19 Emak menghadiahi kakak
se__________ anting-anting emas
B kumpulan
pada hari perkahwinan kakak.
C pasukan
A pangsa
D pasang
B kotak
C pasang
17 Dia mengambil se_______ mancis
D keping
dari dapur rumahnya.
A kotak
Soalan 20 berdasarkan gambar di
B petak
bawah.
C patah
D kerat

18 Kassim membawa dua


__________ roti ke sekolah untuk

49
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

B petak
20 Aizat membantu se______ nenek C ketul
melintas jalan.
D papan
A pasukan
B ketul
24 Sekumpulan budak nakal
C orang melemparkan beberapa
__________ tanah liat ke dinding
D pasang
rumah Pak Malek.
A ketul
21 Di dalam kotak itu masih ada tiga
B keping
_________ cakera padat yang
belum digunakan lagi. C kepul
A kerat D kepal
B keping
C kotak 25 Se__________ lelaki telah
ditangkap kerana mengemis di
D naskhah
tepi jalan.
A pasukan
22 Panjang rencana ini mestilah tidak
B pasang
kurang daripada 80 __________
kata. C orang
A kerat D ketul
B papan
C petak 26 Se__________ anggota polis telah
berkejar ke tempat kejadian itu.
D patah
A pasang
B kelompok
23 Se_______ papan dinding
rumahnya telah reput dimakan C kumpulan
anai-anai.
D pasukan
A keping

50
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

27 Anjing itu sedang menggonggong 29 Pak Sudin membeli enam


se_______ tulang. __________ roti canai untuk
sarapan.
A keping
A keping
B ketul
B ketul
C patah
C papan
D laras
D kerat

28 Aminah membeli beberapa


__________ bunga ros untuk 30 Kakak melanggan beberapa
dibuat gubahan. __________ majalah setiap bulan.
A pasang A kerat
B ketul B keping
C kuntum C kepal
D mangkuk D naskhah

Penjodoh
Kegunaan Contoh
Bilangan
untuk bangunan yang
pintu rumah, kedai
mempunyai beberapa pintu
untuk benda-benda yang kek, kuih, roti, nanas, tembikai,
potong
sudah dipotong betik, oren, daging
i. untuk surat atau
benda-benda yang tajam surat, jarum, rebung, pistol,
pucuk hujungnya meriam, senapang
ii. untuk senjata api
untuk sebahagian benda yang
puntung rokok, bara, kayu api
masih menyala

51
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

rangkai untuk ayat yang


doa, lagu, madah
berangkai-rangkai

rangkap untuk perenggan puisi pantun, sajak, syair

untuk benda-benda yang halus,


rawan jala, jaring, pukat
labuh, dan bersirat
ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh, jari, rotan

rumpun / untuk tumbuhan yang tumbuh serai, tebu, buluh, padi, lalang,
perdu rapat-rapat rumput, daun pandan

sikat/sisir untuk buah pisang pisang

untuk makanan yang dijemput


suap roti, nasi
dan dimasukkan ke mulut
untuk buah-buahan yang pisang, kelapa, pinang, kelapa
tandan
bertandan sawit
untuk buah-buahan,
rambutan, duku, kenanga, padi,
tangkai bunga-bungaan, dan daun
daun
yang bertangkai

teguk untuk air yang sedang diminum air, teh, kopi


untuk himpunan benda yang pasir, tanah, batu, manggis,
timbun
bertindih-tindih sampah
untuk bangunan yang
tingkat kedai, bangunan, rumah
bertingkat
air, darah, dakwat, embun, air
titik / titis untuk cecair yang menitis
mata

tongkol untuk buah yang bertongkol jagung

limau, durian, cempedak,


untuk isi buah-buahan yang
ulas nangka, langsat, manggis,
berulas-ulas
bawang putih
untuk benda yang rantai manik, kalung mutiara,
untai
berangkai-rangkai tasbih, pantun, sajak, syair

52
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

untuk benda-benda yang halus rotan, benang, dawai, tali,


urat
dan panjang gelang
untuk benda-benda yang
utas benang, tali, dawai, rantai
panjang dan berurai

Latihan 4
Isi tempat kosong dengan jawapan C tangkai
yang paling sesuai.
D urat

Soalan 1 berdasarkan gambar di


Soalan 3 berdasarkan gambar di
bawah.
bawah.

1 Pak Nayan sedang menebar


3 Posmen itu menyerahkan
se__________ jala.
se_________ surat kepada saya.
A urat
A pucuk
B rangkap
B untai
C rawan
C tongkol
D ruas
D teguk

2 Di hadapan rumah datuk ada dua


4 Guru meminta setiap murid
__________ mempelam.
menulis se__________ pantun.
A pohon
A bilah
B rangkai
B rangkap
53
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

C pasang
D biji

5 Roti itu tidak boleh dimakan lagi


kerana terkena beberapa
__________ dakwat.
8 Encik Tham membeli beberapa
A teguk
__________ jagung di pasar tani
B titik itu.
C ulas A tangkai
D timbun B timbun
C tongkol
6 Datuk saya sakit tenat, dia tidak D ulas
berselera untuk makan walaupun
se__________ nasi.
9 Polis menjumpai beberapa
A suap
__________ pistol di pondok
B pintu usang itu.
C rumpun A pucuk
D teguk B timbun
C tingkat
7 Ayah mengambil se__________ D rangkai
kuih lapis lalu memakannya.
A pucuk
10 Di tepi jalan terdapat lima
B potong __________ batu halus untuk
dibuat jalan.
C timbun
A tongkol
D suap
B tangkai
C timbun
Soalan 8 berdasarkan gambar di
bawah. D rumpun

54
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan penjodoh bilangan

A tangkai
11 Pekebun itu menjual sepuluh
se__________ pisang kepada
Encik Chan.
A untai
B tandan
C tangkai
D timbun

Soalan 12 berdasarkan gambar di


bawah.

12 Bapa saya membeli


se__________ pisang untuk
keluarga kami sebagai pencuci
mulut selepas makan malam.
A utas
B ulas
C sikat
D tandan

13 Para penonton terpegun apabila


mendengar Salina mengalunkan
se________ syair.

55
Modul Genius Bahasa Melayu Simpulan bahasa dan
penjodoh bilangan

56

Anda mungkin juga menyukai