Anda di halaman 1dari 12

0

Panduan STEP BY STEP menulis ESSAY BI


untuk murid yang SEDERHANA Ver 3.0

Apakah TEMA essay ini?

→ ________________________

(Soalan daripada Modul Cg Marina Fadzil)

Pertama sekali dapat sahaja soalan, tengok gambar. Jangan tengok words dahulu. Fokus pada gambar.
Tak kira budak lemah atau sederhana atau cemerlang. Sama sahaja.

Step 1 : Bulatkan VERBS daripada gambar dan tentukan JALAN CERITA & TEMA
 INGAT!!! → FOKUS pada gambar. Jangan tengok words. Bulatkan VERBS (= IDEA) dalam gambar
dan SEBUT JALAN CERITA dan TEMA dalam masa 30 saat!

G1 = Ada 1 keluarga dalam kereta. (1) AGD = A Good Deed


(2) AL = A Lesson
G2 = Mereka sampai tempat dituju.
(3) AA/AI = An Accicent / An Incident
G3 = Mereka nampak orang main kompang. (4) AT/AO = A Trip / An Outing
(5) AE = An Event
G4 = Mereka makan sambil ada pengantin bersanding.

* TEMA = An Event (dianjurkan oleh orang lain → watak PERGI = WENT TO (P1) & WENT HOME (P3)
* Buat semua di atas dalam hati sahaja. Buat semua di atas dalam masa 30 saat sahaja

1
Step 2: Bulatkan VERBS daripada words yang diberi sambil PERBAIKI jalan cerita
1) Hah! Masa ni barulah tengok words. Masa ni barulah perbaiki jalan cerita. Masih dalam hati!
Sebut perlahan2 supaya telinga sendiri dengar adalah lebih bagus. Jangan ganggu rakan
sebelah dalam exam hall!

2) Di sini ada MASALAH. Iaitu soalan dalam present tense. Verbs dalam present tense. Apa nak
buat?

3) Apa nak buat adalah bergantung kepada tahap murid:


a) MURID LEMAH - abaikan words diberi. Sebab murid lemah akan PENING apabila tengok
semua words tu. Mereka akan lebih confused. Jadi tengok gambar sahaja dan buat Jadual
SVO menggunakan verbs sendiri. Kalau murid lemah tetapi mampu menukar verbs present
tense kepada past tense, maka bolehlah ambil words daripada soalan yang diberi. Ingat ya!
Bergantung kepada tahap anak! Anak yang sangat lemah, saya ulang, ABAIKAN words yang
diberi KECUALI yang dia tahu makna, maka words itu boleh digunakan.
b) MURID SEDERHANA dan CEMERLANG - ada 2 pilihan
i) Terus tukar ayat tanya penjadi Ayat Penyata - tulis dalam Present Tense
ii) Tukar jadi Past Tense. Buat Jadual SVO. Tulis cerita sendiri.

4) Panduan Menulis Essay (PME) ini adalah untuk murid sederhana yang ingin menjadi murid
cemerlang, jadi saya akan beri panduan menggunakan kedua-dua teknik di atas.

TEKNIK NO.1 Murid Sederhana – Teknik Menukar ATAP


1) Teknik Pertama yang saya akan gunakan adalah Teknik Menukar A.T.A.P iaitu Teknik Menukar
Ayat Tanya (menjadi) Ayat Penyata. Saya akan buktikan bahawa dengan teknik ini murid tak
perlu menulis Jadual SVO. Ini kerana dengan teknik ini, penukaran A.T kepada A.P adalah
PERANCANGAN yang menjadi ganti kepada perancangan dalam bentuk Jadual SVO. Anak hanya
perlu menambah linkers untuk menyambungkan ayat-ayat peryata yang terhasil setelah ditukar
daripada ayat tanya. Nota Penting: Salah satu daripada ciri-ciri essay cemerlang adalah

2
“properly planned” iaitu essay itu “telah dirancang dengan teliti”. Pemeriksa boleh nampak
BUKTI PERANCANGAN teliti tersebut dalam hasil penulisan apabila essay murid itu lancar dan
teratur serta logik susunan ideanya.

2) Saya beri satu contoh dahulu berkenaan Teknik A.T.A.P ini menggunakan contoh soalan UPSR
2016 Question No.1

Teknik Menukar A.T.A.P


A.T

A.P

Rahsia Cemerlang Penulisan BI


menggunakan Teknik Menukar A.T.A.P
✌ Teknik Menukar ATAP?
.
Teknik apa pulak ni?
.
Teknik Menukar A.T (menjadi) A.P
-----------------------------------------------
A.T = Ayat Tanya
A.P = Ayat Penyata

3
.
Contoh:
 A.T= What did Imran's father give him?
What = Qu = Question word = jawapannya bakal jadi E iaitu Extra
did = A = Auxiliary Verb = Verb Bantuan
Imran's father = S = Subject
give = I = Infinitive Verb = Verb Utama dalam bentuk asas
him = O = Object
.
 Tukar jadi A.P = Ayat S+V+O+E
(1) Letak S di depan = Imran's father
(2) Letak V Bantuan (VB) iaitu A, selepas S = did
(3) Letak V Utama (VU) iaitu I, selepas VB = give
(4) Letak O selepas V = him
(5) Letak E selepas O = a pair of pet rabbits.
.
 Imran's father + did give + him + a pair of pet rabbits.
.
Tapi.....kita tak gunakan Verb Bantuan 'did' untuk membuat Ayat Penyata dalam bentuk
Simple Past Tense. Sebaliknya kita gunakan formula "selepas Subjek terus letak V2" (S+V2+O)
untuk membina Ayat Simple Past Tense. Maka bolehlah kita "Buang DID" dan "TUKAR V1 give
menjadi V2 gave"
.
 Imran's father + gave + him + a pair of pet rabbits.
.
Maka lengkaplah JAWAPAN kepada Ayat Tanya tadi dalam bentuk Ayat Penyata.
.
Anda tahu tak? Ayat Penyata SVO+E di atas boleh terus digunakan sebagai AYAT dalam essay
anak anda?. Maksudnya dia TAK PERLU menulis Jadual SVO.
.
Kemudian dia hanya perlu tambah beberapa linkers dan phrases lain untuk menjadikan ayat
itu ayat cemerlang dan dapat markah tinggi!!!

Saya akan tunjukkan step by step teknik tersebut untuk contoh soalan yang diberikan pada awal
panduan ini tadi.

NOTA PENTING tentang Teknik Menukar ATAP

1) Sentence Structure (Struktur Ayat)


a) Pertama sekali murid perlu tahu bahawa struktur ayat tanya adalah berbeza dengan
struktur ayat penyata
b) Seterusnya, dalam struktur ayat tanya dan struktur ayat penyata juga mempunyai
beberapa sub-struktur. Sebagai contoh, struktur ayat tanya dalam contoh di atas adalah
QUASI+O manakala struktur ayat penyata adalah SVO+E

4
2) Word Order (Aturan Perkataan)
Anak juga perlu tahu bahawa asas kepada struktur ayat adalah aturan perkataan. Kita
menggunakan simbol tambah (+) untuk menunjukkan turutan atau aturan perkataan secara
umum. Contohnya S + V + O + E adalah struktur ayat. S itu apa? S itu boleh jadi nouns atau
pronouns. Contohnya ‘father’ adalah sejenis noun, ‘gave’ adalah sejenis ‘verb’ dan ‘rabbits’
adalah noun juga. Mengikut formula word order, turutan perkataan yang boleh dibuat adalah…
a) Father + gave + rabbits
b) Rabbits + gave + father

Yang mana yang betul? Tentulah pilihan pertama. Inilah pentingnya ilmu word order untuk
membina ayat yang betul.

3) Colour coding (Kod Warna)


Ini anak tidak perlu tahu. Tidak diajar di sekolah atau mana-mana kelas di luar sana. Ini kerana
ini adalah ciptaan saya berdasarkan kajian saya sendiri dan amalan terbaik yang dilakukan oleh
penutur asal BI. Maksudnya ini bukan idea yang original. Sudah ada orang yang
menggunakannya di negara Barat. Tetapi yang original ciptaan saya adalah warna tertentu
untuk komponen tertentu dalam struktur ayat.

Seperti saya katakan, anak anda tak perlu tahu. Tetapi jika berminat untuk tahu kerana kod
warnan ini, silakanlah baca nota di bawah ini. Untuk pengetahuan anda, teknik ini telah
terbukti memudahkan murid-murid saya belajar dan faham struktur ayat dengan pantas

E-xtra S-ubject V-erb O-bject E-xtra


BIRU PEKAT HIJAU OREN UNGU BIRU CAIR
Extra Details Pembuat Perbuatan/Keadaan Kena Buat Extra Details
Last month, Amir built a hutch for his rabbits.

Perasan tak saya menggunakan perkataan berwarna hitam dan di highlight warna kuning? Ini
satu lagi kod warna ciptaan saya iaitu untuk extra details yang menggunakan ‘prepositional
phrase’ iaitu frasa yang mengandungi formula ‘preposition + noun’. Semua ini akan lebih jelas
setelah melihat contoh sebenar penggunaannya dalam ayat.

Sekarang barulah anda dan anak sudah ready untuk saya perkenalkan dengan Teknik Menukar ATAP
dengan menggunakan contoh soalan tentang kenduri perkahwinan yang dihadiri oleh Aiman dan ibu
bapanya.

5
1) Where are Aiman and his parents going?
2) What are they wearing?
3) How are they going there?
4) What is outside the house in the village?
5) What can Aiman see when the groom arrives?
6) Does Aiman look excited?
7) How does the bride and groom look?
8) Is it a festive occasion?

Q1) Where are Aiman and his parents going?

1) Pertama sekali cari SUBJECT


→ Aiman and his parents

2) Then cari VERBS


a) Ada VERB BANTUAN = Verb yang ‘membantu’ verb utama = are
b) Ada VERB UTAMA = Verb yang memberi MAKNA kepada ayat = going
o Verb Bantuan boleh ‘membantu’ Verb Utama dalam beberapa cara. Dalam ayat ini,
Verb Bantuan ‘are’ membantu Verb Utama ‘going’ dengan memberitahu kita ‘masa’
berlakunya perbuatan itu iaitu ‘pada masa sekarang’ iaitu ‘present tense’

3) Kemudian cari OBJECT


Tiada object dalam ayat ini kerana *are going* tidak memberi kesan kepada apa-apa atau
sesiapa.

6
4) Kemudian cari EXTRA = JAWAPAN KEPADA KATA TANYA (Where) → wedding
→ Aiman and his parents + are going + wedding.

5) Tetapi ada sesuatu yang tak kena atau hilang iaitu selepas ‘go’ mesti ada ‘to’. Jadi kita tambah
‘to’ selepas ‘going’. Oleh kerana kita tambah ‘to’, maka Extra ini berubah dari biru cair menjadi
kuning.
→ Aiman and his parents + are going + to wedding.

6) Tetapi ada sesuatu yang tak kena lagi iaitu ‘wedding’ adalah noun yang boleh dikira dan ada
satu sahaja, jadi kita perlu tambah ‘a’ sebelumnya
→ Aiman and his parents + are going + to a wedding.

7) Ayat itu sudah lengkap. Tetapi lebih baik jika kita beritahu nama tempat supaya lebih spesifik.
Katalah saya ingin tambah nama tempat berlangsungnya wedding itu adalah ‘di Gombak’.
Dalam BI secara umumnya kita gunakan ‘at’ untuk mengatakan ‘di’ tetapi apabila kita bercerita
tentang ‘kawasan tempat tinggal’, kita perlu gunakan ‘in’, maka jadilah ‘in Gombak’. Dan sekali
lagi saya gunakan warna kuning kerana ada preposition ‘in’. Maka dalam ayat ini kita ada 2
bahagian EXTRA yang berwarna kuning.
→ Aiman and his parents + are going + to a wedding + in Gombak.

8) Pada tahap ini, murid boleh terus menggunakan ayat di atas sebagai ayat pertama dalam essay.
Tapi saya mencadangkan agar ditambahkan elemen MASA sebagai ayat pertama. ‘It’ ialah
subject, maka warna hijau. ‘is’ ialah State Verb (Verb Keadaan) dan bukannya Action Verb (Verb
Aksi), maka selepas ‘is’ tiada Object (warna Ungu) dan yang ada adalah EXTRA (warna biru cair).
→ It + is + 11 o’clock in the morning.

 Now dah boleh gabungkan 2 ayat pertama menjadi permulaan dalam perenggan pertama essay.

It is 11 o’clock in the morning. Aiman and his parents are going to a wedding in
Gombak.

7
Q2) What are they wearing?

1) Pertama sekali cari SUBJECT


→ They

2) Then cari VERBS


→ Ada VERB BANTUAN = Verb yang ‘membantu’ verb utama = are
→ Ada VERB UTAMA = Verb yang memberi MAKNA kepada ayat = wearing

3) Kemudian cari OBJECT = jawapan kepada WHAT


→ traditional Malay clothes

4) Maka jadilah ayat lengkap.


→ They are wearing traditional Malay clothes.

 Now dah boleh gabungkan 2 ayat pertama menjadi permulaan dalam perenggan pertama essay.

It is 11 o’clock in the morning. Aiman and his parents are going to a wedding in
Gombak. They are wearing traditional Malay clothes.

Q3) How are they going there?

1) Pertama sekali cari SUBJECT


→ They

2) Then cari VERBS


→ Ada VERB BANTUAN = Verb yang ‘membantu’ verb utama = are
→ Ada VERB UTAMA = Verb yang memberi MAKNA kepada ayat = going

3) Kemudian cari OBJECT


→ tiada kerana verb going tidak memberi kesan kepada apa-apa atau sesiapa

8
4) Kemudian cari EXTRA yang menjawab persoalan verb ‘going’ (pergi) iaitu going WHERE? (pergi
ke mana?)
→ there

5) Ayat masih belum lengkap kerana belum menjawab persoalan ‘HOW’ (bagaimana) mereka ke
sana. Jadi perlu menjawab menggunakan preposition ‘by’ (dengan) car (kereta) seperti di dalam
gambar.
→ by car.
o Di sini suka saya nak menarik perhatian anda untuk memastikan murid memahami
konsep EXCEPTIONS (pengecualian) dalam BI di mana biasanya kita akan mengikut
Grammar Rules (Hukum Grammar) tetapi kadangkala kita tak perlu ikut kerana ada
pengecualian. Contohnya ada grammar rule yang mengatakan kita perlu menambah
‘a’ di depan setiap noun yang singular (satu) dan countable (boleh dikira) seperti ‘car’.
Sepatutnya ‘by a car’, kan? Tetapi tidak ya. Ada pengecualian di sini apabila kita
menggunakan ‘by’ yang bermaksud ‘dengan’. Kita terus tulis ‘car’ selepas ‘by’ ya.

6) Maka jadilah ayat lengkap.


→ They are going there by car.
o Perhatikan dalam ayat ini kita ada kod warna kuning selepas biru cair. Ingat ya, kuning
itu adalah sebahagian daripada biru cair tetapi saya highlight warna kuning supaya
murid nampak bahawa itu adalah prepositional phrase yang memberi maklumat ekstra
tentang ayat itu.

 Now dah boleh gabungkan. Maka lengkaplah perenggan pertama essay ini. PENTING!!!! Jangan
lupa ingatkan anak agar Kawal N.O.W (Number Of Words) jika ingin mendapat markah cemerlang
dalam Essay Section C. Kawal NOW bermaksud 3 perkara ya:

i) Pastikan Perenggan INTRODUCTION (pengenalan) tidak melebihi 30 words. Paling bagus


sekitar 25 words sahaja. Murid yang cemerlang akan mengira setiap ayat dalam INTRO
untuk memastikan pendahuluan tidak melebih N.O.W tersebut. Untuk memastikan ini,
INTRO mestilah hanya mempunyai 3 atau 4 perkara berikut:
a) MASA
b) WATAK
c) LOKASI
d) PERASAAN
o Untuk memastikan N.O.W ini dapat dicapai, murid perlu sentiasa mengira dan setelah
siap menulis INTRO, murid perlu mencatatkan N.O.W tersebut di sebelah kiri essay

9
sebagai peringatan jumla N.O.W terkini. Contohnya INTRO di atas mempunyai 30
words.
ii) Pastikan Perenggan BODY (badan) tidak melebihi 50 words. Jika Intro = 30, Body = 50,
Closure = 20. Maka dapatlah 100 words. Jika Intro = 25, Body = 55, Closure = 20. Maka
dapatlah 100 words. Untuk memastikan perkara ini, murid perlu mengira N.O.W setiap kali
dia selesai menulis 2 Ayat. Tulis di ruang kosong sebelah kiri dan sentiasa sedar untuk
menulis total N.O.W sebanyak 50 words sahaja.

It is 11 o’clock in the morning. Aiman and his parents are going to a wedding in
Gombak. They are wearing traditional Malay clothes. They are going there by
car. (30)

PANDUAN ini adalah HAKMILIK HT AMIR


DILARANG MENJUAL SEMULA.
ANDA DIBENARKAN untuk fotostat untuk students anda sahaja
jika anda adalah cikgu sekolah atau tuisyen.

10
IKLAN BUKU BI TERBAIK : Sudah terlewat untuk anda membeli apa-apa buku
untuk anak anda. Tetapi sekiranya anda ada anak-anak lain yang lebih muda,
saya ingin cadangkan buku-buku grammar dan BI penulisan yang sangat bagus.
Saya sendiri banyak belajar daripada buku-buku ini.

Buku Grammar "TERBAIK"


adalah buku yang "SESUAI"
dengan TAHAP anak anda sekarang.
==========================
Persoalannya APA TAHAP penguasaan GRAMMAR anak anda sekarang?
-------------------------------------------------------------------------------------------
(1st = GAGAL = Bawah 40%) Elok beli *MBBI* - elok untuk ASAS Grammar.
Ada nota dan latihan tapi sangat ringkas notanya. Ditulis oleh orang Melayu.
Nota sebahagian besarnya dalam BM. RM39 tidak termasuk poslaju.
p/s: Jika anak tersangat lemah, FAILED tahap hancur lebur, elok beli buku
TADIKA....saya cadangkan buku *TIMES SE 1234*. RM28 sahaja. Dapat 4
buah buku.
.
(2nd = CUKUP MAKAN = 41% ke 50%) Elok beli *EIM* - Ditulis oleh
orang Melayu. Bagus untuk perkukuhkan lagi pemahaman grammar sebab
penerangan semuanya dalam BM dan sangat TERPERINCI. Tapi ada nota
sahaja. Latihan tiada. RM23.
.
(3rd = SEDERHANA ke atas = 51% ke atas ) Elok beli buku2
*PERMAS* - Ada 4 buku grammar & vocab. Ditulis oleh Guru BI
terkemuka, Mommy Deeba. Semua nota dan latihan dalam BI. Banyak
latihan. Padat., Sangat berkualiti.
.
(4th = SEDERHANA ke atas = 51% ke atas) *PEU* - Bagus untuk nota
ringkas berkualiti dan latihtubi yang banyak ikut umur anak. PEU bagus
tapi tapi tajuk2 grammar dah dipecah-pecahkan ikut umur anak. Ditulis
oleh Mat Saleh dan dalam BI 100%. PEU ada 7 buku semuanya, dari
RM7 ke RM17.
.
(5th = CEMERLANG = 80% ke atas) Elok beli *EGH* - Semua tajuk
grammar ada dalam satu buku. Ditulis oleh native English speaker (Mat
Saleh lah tu) dan dalam BI 100%. Latihan pun banyak. Parents yang nak
bimbing anak elok beli EGH. EGH RM20.

Saya tanya sekali lagi, ANAK ANDA berada di TAHAP


MANA dalam exam GRAMMAR BI dia sekarang? Sila buat
pilihan dan PM saya.

11

Anda mungkin juga menyukai