Anda di halaman 1dari 8

Bina sebuah karangan berdasarkan gambar dan rangkai kata di bawah.

*Menjaga kebersihan -elakkan penyakit


*Mencuci tangan -sabun
*Mencuci sayur-sayuran -tiada kuman -kotoran
*Memastikan kebersihan -belas -air bersih
*Menutup makanan -lalat

Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan
terdedah dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan
sebagainya.
Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang
sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya
tangan kita menjadi benar-benar bersih.
Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah
dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil
makanan yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan
kita.
Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh
itu, basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.

Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk
menghalang serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari
makanan kita.
Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga
kebersihan agar kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.

Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai
ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan
diri.
*** *** *** *** ***
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga
Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti
memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai
penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang
lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta
mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan
menjadi kita sihat dan selesa.
Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat
penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih
berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.
Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan
kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman
yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan
kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk
membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur,
kutu dan penyakit kulit kepala.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu,
kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan
kebahagiaan hidup kita.
Sekian, terima kasih.

Ucapan: Ucapan Hari Guru

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Cahaya Pintas, Encik Nor Razif bin Mohd. Adib. Guru-guru dan rakanrakan sekalian.
Hadirin sekalian,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kesempatan
kepada saya untuk berucap dalam majlis yang berbahagia ini. Hari guru disambut
seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun untuk menghargai jasa guru kita yang
membimbing, mengajar dan mendidik kita menjadi seorang insan dan sanggup
menjadi pelita untuk menerangi hidup kita gelap-gelita.
Jasa guru tidak dapat kita gambarkan. Seperti saya katakan tadi, membimbing,
mengajar dan mendidik adalah antara jasa-jasa seorang insan yang bergelar guru.
Guru juga perlu memikul tanggungjawab yang tinggi contohnya menjadi ibubapa kita
di sekolah.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan sekalian,
hormati, sayang dan anggaplah guru itu umpama ibu bapa kita. Kita juga mempunyai
tanggungjawab untuk menjadi seorang anak dan murid yang sempurna.
Guru-guru sekalian,
Saya mewakili rakan-rakan saya, berjanji agar menghormati dan menyayangi guruguru sekalian dan kami juga ingin menyusun sepuluh jari supaya guru-guru dapat
memaafi kesemua kesalahan kami dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Saya berharap dan berdoa agar guru-guru sekalian sihat dan terus membimbing dan
mendidik lebih lagi anak muda bagi membentuk insan yang berguna untuk negara
dan bangsa serta agama.
Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf sekali lagi andai kata kami
terkasar kata atau tidak beradap kepada guru sekalian. Sesungguhnya, yang baik itu
datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kami. Sebelum saya
mengakhiri ucapan saya, terimalah serangkap pantun yang berbunyi
Hati masih terburu-buru,
Setiap adrenalin seperti matu,
Terima kasih guru-guru,
Menjadi lilin penerang hati.
Sekian, terima kasih.

Syarahan: Menghormati Guru Amalan Mulia


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Menghormati guru amalan mulia.
Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa
kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca,
menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan
lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan
kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan
sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana
hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga,
memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di
sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup
mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela
demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah
dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru
pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan
seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.
Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus
mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita
terus mendapat keberkatan daripada Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan
seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.
Sekian ,terima kasih.

Syarahan: Faedah-faedah Kitar Semula.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".
Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh
dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita
seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu
sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca
atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk
diproses menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung
akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan
dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini
yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara
segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.
Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat
khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan
membantu menampung perbelanjaan kita seharian.
Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang
luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat
menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh
dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan
sebagainya.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barangbarang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama
mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan mengumpul
barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih
berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Sekian, terima kasih.

Catatan: Sambutan Hari Guru


Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan tentang
sambutan Hari Guru tersebut.
__________________________________________________________

RABU, 16 MEI 2012


7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan
Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan
sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas.
Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.
7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau
membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru
Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya
membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.
8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru
dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat,
sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan
dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan
gembira dan mengambil bahagian.
10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai
jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.
10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru
mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan
mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.
12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi
johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua
PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat.
12.40 tengah hari
Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada
guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para
guru secara bergilir-gilir.
01.10 tengah hari

Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan
tengah hari sempena Hari Guru

Anda mungkin juga menyukai