Anda di halaman 1dari 1

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan
cara-cara kamu menggembirakan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka,
kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang
yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita.
Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati
mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak
mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati
orang lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang
berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga.
Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar
bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah
rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang
lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu
mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik,
mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban
mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran
dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan
mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu
bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa
kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Anda mungkin juga menyukai