Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN JENIS FAKTA (KEBAIKAN AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG)

Amalan pemakanan seimbang sangat penting kepada kita. Melalui amalan ini,
kita dapat mengelakkan masalah kegemukan. Terdapat beberapa kebaikan
amalan pemakanan seimbang kepada kita.

Antara kebaikan amalan pemakanan seimbang ialah kita dapat


menyihatkan tubuh badan. Contohnya, kita boleh memakan makanan seperti
buah-buahan dan sayur- sayuran. Secara tidak langsung, kulit kita akan
menjadi lebih licin dan sihat.

Selain itu, kita akan dapat mengelakkan masalah kegemukan. Sebagai


contoh, kita boleh mengelakkan masalah seperti berat badan yang berlebihan.
Dengan demikian, kita akan mudah bergerak ke mana sahaja.

Di samping itu, kita juga akan mendapat tenaga untuk aktiviti harian.
Misalnya, kita boleh mendapat tenaga daripada sumber makanan seperti buah
pisang. Secara tidak langsung, kita akan memperoleh tenaga untuk melakukan
pelbagai aktiviti dalam kehidupan.

Seterusnya, kita juga dapat mengelakkan masalah sembelit.


Umpamanya, kita boleh mengambil banyak sayur-sayuran dalam hidangan
seharian. Dengan demikian, kita akan dapat menghindarkan diri daripada
masalah seperti ini.

Secara tuntasnya, amalan pemakanan seimbang sangat penting dan


mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Kita sewajarnya mengamalkan
amalan ini sejak dari kecil lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Anda mungkin juga menyukai