Anda di halaman 1dari 1

PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITI Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna

kegemukan yang di sebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengal ami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya keran a badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Merek a juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratu san penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat se perti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. U ntuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah maka n lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kit a juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan mem asak dengan cara mengukus, membakar atau merebus. Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berl akunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan ki ta. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara se naman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergeraka n ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapa t mengelakkan kecederaan. Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera sep erti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutam a mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasa k makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan maka nan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi. Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak s ihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkar a mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Perhatian : terdapat beberapa lagi isi yang boleh dimuatkan dalam esei pendek ini. sebagai contoh, sekiranya isu melibatkan masyarakat, anda boleh mencadangkan suatu kempen kesedaran dijalankan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai