Anda di halaman 1dari 70

Kumpulan 13

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Adnan Ibrahim Noorhasliza Azhari Md. Suhaimi Misran Kamarol Abu Yamin Idarmurni Shaharum Ayubi Rohana Ibrahim Nasaruddin Ibrahim

05193 05217 05330 05206 05201 06166 04490

BERAT BADAN DAN KOMPOSISI UNTUK KESIHATAN DAN SUKAN

Berat Badan Dan Komposisi

Apakah Jenis Bentuk Badan Anda?


Ektomorph orang yang tinggi, kurus dan kurang lemak badan

Mesomorph orang yang mempunyai pinggang yang lebih kuncup daripada bahu Endomorph orang yang mempunyai pinggang yang lebih lebar daripada bahu

Apakah yang dikatakan berat badan yang unggul?


keupayaan untuk mengekalkan atau mendapat berat badan dalam lingkungan yang boleh memberikan kesihatan yang optima serta mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit. mengetahui bagaimana untuk menentukan berat badan yang sihat atau apa yang dipanggil sebagai berat ideal bagi diri sendiri.

BMI (Body Mass Index)

Bagi mengetahui samada anda mempunyai berat badan yang unggul atau sebaliknya, apa yang anda perlu lakukan adalah; Timbang berat badan anda dalam kilogram. Ukur ketinggian anda dalam sentimeter. Kira Indeks Jisim badan ( BMI ) dengan menggunakan berikut: BMI = Berat Badan (kg) _____ Ketinggian (m) x Ketinggian (m)

1.

2. 3.

Adakah berat badan anda unggul atau sebaliknya?


Berat badan anda dianggap kurang, unggul atau obes sekiranya nilai BMI yang dikira adalah seperti berikut;

Jika BMI anda ialah: Kurang dari 18.5 18.5 - kurang 25 25 - kurang 30 30 dan lebih

Anda adalah : Kurang berat badan Berat badan unggul Berat badan berlebihan Obes / Gemuk

* PANDUAN INI HANYALAH UNTUK ORANG DEWASA BERUMUR 18 TAHUN DI ATAS

Nilai dan Limitasi BMI

BMI hanyalah alat untuk menguji masalah kesihatan BMI yang rendah akan menyebabkan penyakit yang serius manakala BMI yang tinggi akan menyebabkan obesiti atau kegemukkan.

Sambungan

BMI tidaklah mengambarkan keadaan peratusan lemak badan seseorang secara tepat. Contoh BMI tinggi mungkin disebabkan oleh jisim otot yang terbentuk hasil latihan. Mungkin lemak yang terkumpul akibat dari gaya hidup yang sedentari ( banyak duduk)

Komposisi Tubuh Badan

96 % badan manusia mengandungi empat elemen penting iaitu karbon , hydrogen, oksigen dan nitrogen struktur asas kepada protein badan, karbohidrat, lemak dan air. 4% kandungan badan adalah terdiri daripada mineral, terutamanya kalsium dan phosphorus di dalam tulang .

Empat Komponen Utama Yang Penting Dalam Komposisi Badan Iaitu :


Jumlah lemak badan (TBF) Jisim tanpa lemak Mineral tulang dan, Cecair badan

Sambungan

Setiap komponen mempunyai kepadatan yang berlainan . Kepadatan jisim dibahagikan dengan isipadu. Dikira dalam:gram per milliliter (g/ml) atau gram per kiub sentimeter (g/cc)

Lemak Badan(Total Body Fat)

Mengandungi kedua-dua unsur lemak iaitu lemak perlu dan lemak yang disimpan atau lemak tidak perlu. Lelaki dewasa lemak perlu adalah mewakili 3% dari keseluruhan berat badan, manakala bagi wanita dewasa pula terdapat sedikit tambahan bertujuan untuk proses pembiakan. 12 15% jumlah lemak pada keseluruhan badan manusia.

Sambungan

Tenaga lebihan yang disimpan dalam bentuk lemak dalam tisu adipos. Satu paun lemak simpanan mengandungi 3500 kilokalori tenaga simpanan. 50% tisu ini terletak dibawah kulit (subcutaneous fat). Lebihan lemak yang disimpan ini akan menyebabkan kegemukkan. Lebihan yang lain sebagai pelindung atau penebat kepada organ utama seperti jantung dan buah pinggang.

Sambungan

Ia juga terletak di dalam badan terutamanya dibahagian abdomen yang juga dikenali sebagai lemak viseral. Subcutaneous fat dipisahkan kepada bahagian kecil yang menjadi selulit dan ini menyebabkan garis-garis pada kulit akan terbentuk . Selulit akan dihidapi oleh kebanyakan wanita berbanding dengan lelaki

Jisim Tanpa Lemak (Fat Free Mass)

Mengandungi protein, air dan sedikit mineral serta glikogen. Komponen utama adalah tisu otot skeletal. Terdapat sedikit pada bahagian organ seperti hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain. Terdapat sekitar 20% lemak badan dan 80% adalah jisim tanpa lemak.

Mineral Tulang (Bone Mineral)

Terdiri daripada 50% air dan 50% adalah jisim pejal atau keras yang terdiri daripada protein dan mineral. Berat keseluruhan tulang ( air dan protein ) adalah mewakili 12 15 % dari berat keseluruhan tubuh Kandungan mineral pula adalah mewakili 3 4 % dari berat keseluruhan badan.

Cecair Badan (Body Water)


Purata keseluruhan badan orang dewasa kira-kira 60% air. Tisu seperti darah mempunyai kandungan air yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yang lain seperti tisu tulang . Air tubuh merupakan peratusan berat badan yang lebih tinggi pada ahli sukan berbanding dengan bukan ahli sukan. Pengdehidratan (kehilangan air) akan menyebabkan kematian jauh lebih cepat jika dibandingan dengan kebuluran.

Sambungan

Manusia boleh kehilangan lemak dan glikogen dan separuh protein (40% kehilangan berat badan) dan terus hidup, tetapi kehilangan air sebanyak 20% boleh menyebabkan kematian. Air dikelaskan kepada dua iaitu air intrasel dan air ekstrasel. Air intrasel adalah air yang terdapat dalam tubuh. Air ekstrasel termasuklah air dalam plasma, limfa, bendalir spina dan rembesan.

PENGAMBILAN AIR Bendalir Air dalam makanan Air daripada pengoksidaan makanan dalam tubuh JUMLAH 500 1700 ml 800 1000 ml 200 300 ml

500 3000 ml

PENGELUARAN AIR Urine Air dalam najis Perkumuhan (peluh), pernafasan (paru-paru) JUMLAH 600 1600 ml 50 200 ml 850 1200 ml

1500 3000 ml

Teknik Yang Digunakan Untuk Mengukur Komposisi Lemak Badan Dan Bagaimana Mengukur Dengan Tepat

Prosedur yang dijalankan untuk mengukur lemak badan ialah jisim lemak badan, kandungan mineral tulang,dan kandungan air dalam badan, ini menjelaskan gambaran tentang komposisi lemak badan. Teknik yg digunakan ini dapat meramalkan kepadatan badan atau peratus dari lemak badan kerana ia adalah satu-satunya anggaran yang dapat melihat kesilapan terutamanya untuk menentukan lemak badan individu.

Sambungan

Kesihatan dan kecergasan perlu diambil kira dalam melakukan komposisi lemak badan. Tetapi ada sesetengah individu yang telah melakukan analisis komposisi berat badan tetapi tidak sedar akan perihal terhadap hasil ujian yang telah dijalankan.

Body Plethysmography

Body plethsmography ialah alat untuk mengukur keseluruhan badan apabila berlaku perubahan udara dengan pengiraan kepadatan/density badan. Setanding untuk protokol perubahan air yang digunakan dalam underwater weighing. Ia mudah dibawa, senang digunakan, perlu jumlahkan masa, menghapuskan keperluan air dalam badan, dan menjelaskan kedudukan yang lebih baik dibandingkan dengan underwater weighing.

Body Plethysmography

Skinfold (Lipatan Kulit)


Alat untuk mengukur lebihan lemak badan. Teknik ini sesuai digunakan untuk mengetahui ketebalan lipatan kulit berdasarkan jantina, umur dan etnik supaya penilaian yang terperinci dapat dilakukan berdasarkan formula yang telah ditetapkan. Kaedah ini mempamerkan kemajuan dikalangan atlit untuk memperolehi berat badan yang sesuai dengan sukan yang diceburi. Namun begitu, kaedah ini digunakan bersama Ultrasound bagi membuat penilaian terhadap ketebalan lipatan kulit, tetapi kaedah ini lebih mahal daripada teknik calipers.

Skinfold (Lipatan Kulit)

Underwater Weighing

Masalah Mengendalikan Peratus Lemak Badan

Dalam mengendalikan peratus lemak badan bagi sukan yang mengawal berat badan seperti gimnastik dan gusti, dimana ia sebagai panduan dalam mengawal kehilangan berat badan yang berlebihan. Contohnya sebagai ahli gusti, jurulatih telah meminta anda untuk mencapai tahap lemak badan sebanyak 5 peratus. Sekarang anda mempunyai 8 peratus lemak badan dan perlu mengurangkan sebanyak 3 peratus.

Sambungan

Menghilangkan lebihan berat badan adalah amat sukar kerana berada berdekatan dengan tahap lemak badan, jadi lebihan kehilangan berat termasuk tisu otot dan juga menyebabkan prestasi dalam sukan akan turut menurun.

Mengawal Kegemukan Badan

Jika seseorang itu kekurangan atau kelebihan 10 paun atau 10% daripada berat badan yang dicadangkan untuk sesuai dengan ketinggiannya, adalah bijak jika ia merancang satu program yg bermakna untuk mengawal berat badannya. Untuk mengetahui berat badan yang optimum dan peratus lemak badan yang diperlukan oleh seseorang individu, dua panduan yang telah dibina oleh organisasi kesihatan dan badan professional iaitu: BMI - Body Mass Indeks Body Fat Percentage

BMI - Body Mass Indek

Kaedah kesihatan dengan melakukan pengiraan BMI untuk menilai berat badan seseorang individu. Terdapat beberapa panduan am yang disediakan oleh Institut Kesihatan Negara berhubung dengan BMI dan risiko kesihatan. Hendaklah di ingat bahawa ini merupakan nilai BMI dan bukannya peratus lemak badan.

Contoh BMI Dan Kesannya


NILAI BMI Bawah 18.5 18.5 - 25 25 - 30
Merupakan Had

KESAN isyarat penyakit yang serius iaitu malnutrion berat yang serius Pembawa sedikit risiko kesakitan
Overweight

- masalah risiko penyakit kesihatan adalah tinggi Terutama bg mrk yg mempunyai masalah dgn kesihatan
Obesiti-

Lebih 30

badan Kegemukan dan risiko utk mendpt penyakit

lebih pd 20 % kesihatan berat

Body Fat Percentage

Minimum pengambilan lemak adalah penting lebih kurang 3% untuk lelaki dan 12 15% untuk perempuan. Beberapa kuasa termasuk tahap lebihan penyimpanan lemak dengan mencadangkan bahawa tahap minimum keseluruhan lemak badan yang diperlukan oleh badan adalah dalam anggaran dari 5 10% untuk lelaki dan 15 18% untuk perempuan.

Sambungan

American Dietetic Association Dan National Research Council telah menyatakan nilai 25% untuk lelaki dan 30% untuk perempuan dimana perbezaan tahap peratusan lemak badan telah disebut sebagai kriteria untuk obesiti yang klinikal. Cadangan telah dijalankan untuk perempuan yang bertanding dalam acara larian jarak jauh memerlukan tidak lebih dari 10% lemak badan. Tetapi ada juga atlit yang memberikan prestasi yang baik walaupaun tahap lemak badan adalah tinggi daripada cadangan yang ditetapkan.

Tahap Peratusan Tahap Lemak Badan Untuk Lelaki Dan Perempuan Yang Berumur 18 30 Tahun Tahap Atlit Baik Agak Baik Overweight Obesiti Lelaki 16 10 11 14 15 18 19 24 25 ke atas Perempuan 10 15 16 19 20 25 26 26 30 ke atas

Komposisi Tubuh dan Kesihatan

Bagaimana Manusia Mengawal Berat Badan

Kita mungkin makan banyak makanan dan sesetengah orang mengambilnya menghampiri billion kalori. Dengan ini, dari tahun ke tahun berat badan makin bertambah. Diet normal yang teratur , merupakan cara perawatan paling berkesan. Untuk mempraktis diet kita terpaksa mengubah cara hidup dan tabiat pemakanan. Badan manusia memiliki sistem penyesuaian untuk mengimbangi tenaga yang masuk dan yang keluar (digunakan). Penyesuaian ini agak kompleks kerana ianya dapat mengimbangi tenaga.

Sambungan

Terdapat banyak ubat anti nafsu makan seperti Diethypropion, Phenmetrzine dan Phenfluoramine disyorkan untuk membantu kepada diet normal tetapi ubat tersebut tidak boleh dijadikan alternatif kepada diet. Suatu penemuan terbaru yang didapati berupaya mengurangkan berat badan adalah dengan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air merupakan mangkin yang penting dalam mengurangkan berat badan. Air menekan selera makan dan membantu tubuh membakar lemak yang tersimpan.

Sambungan

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan air yang kurang akan menyebabkan peningkatan simpanan lemak. Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa air yang cukup. Apabila keadaan ini berlaku, sebahagian fungsinya akan dibebankan terhadap hati. Salah satu fungsi utama hati ialah menukar simpanan lemak menjadi tenaga. Tetapi sekiranya hati terpaksa menanggung kerja buah pinggang, kadar penukaran lemak kepada tenaga akan terjejas dan akhirnya lemak tubuh akan bertambah.

Sambungan

Menurut Dr. Howard Flaks, pakar keobesan dari Beverly Hills, California, orang yang gemuk air dapat menghilangkan kegemukan tersebut dengan meminum banyak air. Bagi mereka ini, mereka perlu mengambil tambahan satu gelas bagi setiap 25 paun berat badannya yang melebihi berat badan idealnya. Jumlah perlu ditambah sekiranya cuaca pans dan kering atau jika banyak riadah yang dilakukan. Air yang lebih sejuk lebih baik kerana ia lebih cepat diserap ke dalam tubuh.

Penyebab Obesiti

Obesiti terjadi apabila berat badan atau Indeks Tubuh Keseluruhan ( BMI ) seseorang melebihi 30. Bagaimanapun, masih ada individu yang mempunyai BMI yang normal di bawah 30 tetapi memiliki longgokan lemak yang banyak pada bahagian tetentu tubuh. Penyebab utama berlakunya kegemukan ialah adanya ketidakseimbangan antara jumlah kalori yang diambil melalui pemakanan dengan penggunaan atau penghasilan tenaga daripada makanan tersebut melalui aktiviti harian yang melibatkan penggunaan anggota fizikal.

Sambungan

Antara punca kegemukan: 1. Keturunan. Bukti faktor baka yang menyebabkan kegemukan boleh dirujuk kepada satu kajian yang melibatkan bayi kembar yang dipisahkan dan dibesarkan oleh keluarga berlainan tetapi taraf sosial yang sama. Apabila dewasa mereka memiliki bentuk tubuh yang sama. Hasil daripada kajian menunjukkan kegemukan berpunca daripada keturunan.

Sambungan

Satu penelitian di Boston, Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa lebih kurang 40% kanakkanak mengalami kegemukan apabila salah seorang ibu bapanya mengalami kegemukan. Peratus tersebut meningkat sehingga 80% apabila ibu bapa mereka gemuk. Cuma 9% kanak-kanak menjadi gemuk apabila ibu bapanya tidak gemuk.

Sambungan

2. Persekitaran

Masalah kegemukan akibat persekitaran berlaku apabila longgokan lemak terjadi kerana tabiat makan berlebihan, pengambilan makanan tidak seimbang dan kurang melakukan senaman. Kegemukan berkait rapat dengan jumlah kalori yang diambil dan banyaknya tenaga yang digunakan. Misalnya orang yang bekerja keras banyak menggunakan tenaga menyebabkan mereka kurang lemak sedangkan orang yang bekerja di pejabat atau kurang bersukan lebih cenderung menjadi gemuk.

Sambungan

Teori yang mengaitkan persekitaran sebagai faktor yang memainkan peranan secetus kegemukan boleh dijelaskan melalui suatu penyelidikan yang dilakukan ke atas tikus. Bukti dari kajian menunjukkan bahawa manusia makan bukan hanya kerana isyarat lapar yang dicetuskan dari sistem saraf tetapi juga oleh stimuli luaran yang kadang kala tidak bersesuaian iaitu makan ketika tidak lapar. Setiap lebihan kalori yang dihasilkan daripada makanan akan menghasilkan proses penyimpanan dalam tubuh dalam bentuk lemak.

Sambungan

3. Psikologi

Sesetengah orang makan dengan banyaknya ketika sedang mengalami gangguan emosi, seperti ketegangan fikiran, kekecewaan, tekanan mental atau kesepian. Ada yang ketagihan makanan berkalori tinggi sehingga akhirnya menyebabkan mereka menjadi gemuk. Kegemukan ini menjadi beban fikiran dan mengakibatkan kemurungan. Kemurungan pula boleh mendorong mereka makan lebih banyak lagi.

Sambungan

4. Fisiologi

Dalam keadaan normal, Pengawalan nafsu makan (apostat) kita akan berfungi dengan baik. Apostat ini akan menurunkan atau mematikan nafsu makan pada waktu tertentu dan biasanya berfungsi dengan tepat pada waktunya. Jika apostat tidak berfungsi dengan baik, dua kemungkinan boleh berlaku, sama ada ingin makan sepanjang masa atau terus tidak ada selera makan.

Sambungan

5. Trauma

Kegemukan berlaku mungkin disebabkan kerosakan hipotalamus dan semua sarafnya akibat kecederaan kepala, atau disebabkan kelainan setempat yang boleh menjejaskan fungsi hipotalamus tersebut.

6. Kehamilan

Kegemukan lebih cenderung di kalangan wanita terutama selepas melahirkan atau menapouse. Biasanya selepas melahirkan, brerat wanita meningkat dari 4 hingga 5 kilogram.

Sambungan

Perubahan ini berlaku simpanan makanan atau tenaga berlebihan diperlukan sebagai sumber pembentukan makanan yang berupa susu. Pertambahan berat cenderung berkekalan atau terus meningkat terutama jika wanita tersebut terus hamil untuk yang seterusnya.

7. Status ekonomi

Di kebanyakan negara membangun, kegemukan lebih ketara pada olongan menengah dan kaya.

Sambungan

Ini berpunca dari keupayaan memperolehi makanan berdasarkan kemampuan serta kuasa membeli ditambah dengan aktiviti harian yang tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Berbeza dengan penduduk negara barat dimana mereka yang berbadan gemuk adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Ini terjadi kerana golongan miskin mengambil lebih banyak karbohidrat dan lemak tetapi kurang protein disebabkan harga harga makanan yang berkarbohidrat dan berlemak boleh didapati dengan harga yang rendah seperti roti dan lemak haiwan. Makanan yang tinggi dengan protein seperti daging lembu agak mahal diluar kemampuan penduduk miskin.

Bagaimana Lemak Dimendapkan Di Dalam Badan


Pemendapan lemak di dalam badan terjadi melalui 2 cara: 1. Hyperplasia (penambahan dalam sel lemak) 2. Hypertrophy (penambahan di dalam satu-satu sel) Kajian awal menyokong teori bahawa hyperplasia adalah penyebab utama di dalam perkembangan obesiti zaman kanak-kanak sedangkan hypertrophy adalah penyebab utama dizaman dewasa.

Sambungan

Pi~ Sunyer mengatakan bahawa pd manusia, sel lemak boleh bersambung utk bertambah sepanjang yg boleh. Sel lemak yg hidup mengandungi maximal size potential (lebih kurang 1 mikrogram lemak per sel) yg mana bila menjadi besar mendorong pembentukan sel lemak yg baru. Walaupun genetik mudah terpengaruh utk mewarisi sebilangan besar drpd sel lemak, ianya memudahkan perkembangan obesiti. Sel lemak tak pernah tersusun, bilangannya tetap ada jika berat berkurangan. Untuk menghilangkan lemak badan, kita mesti mengurangkan sebahagian besar lemak di dalam sel adipose kepada normal atau bawah daripada normal.

APAKAH MASALAH KESIHATAN YANG BERKAITAN DENGAN BERAT BADAN BERLEBIHAN DAN OBESITI?

Implikasi kesihatan: Foreyt dan Poston menyatakan bahawa isu obesiti atau berat badan berlebihan telah menjadi isu hangat di United States. Berat badan berlebihan dan obesiti ialah Indeks Tubuh Keseluruhan (BMI) di antara 25 hingga 30 manakala obesiti apabila tahap BMI melebihi 30.

Implikasi obesiti ialah :berisiko tinggi mendapat hipertensi, diabetes, serangan sakit jantung, strok dan dikaitkan dengan kanser-kanser tertentu.

Tahap keobesitian yang serius boleh memendekkan usia.

National Center of Health melaporkan bahawa perbezaan jadual tahap peningkatan penyakit jantung koronari di kalangan individu yang BMInya 27.8 bagi lelaki dan 27.3 bagi wanita. Penyakit ini juga biasanya menyerang lelaki dan wanita di sekitar usia 30 - 75 tahun. Penambahan lemak badan akan menyebabkan permulaan peningkatan tekanan darah tinggi, hypercholesterolemia dan kencing manis yang memungkinkan wujudnya penyakit jantung koronari secara berperingkat.

Keobesan mungkin meningkatkan kematian sekunder kepada penyakit yang berkaitan dengan keobesan. Individu obes juga menghadapi risiko kemalangan, gangguan emosi dan diskriminasi sosial yang rendah. Implikasi dari segi kesihatan keobesan sering dikaitkan dengan:-penyakit seperti hipertensi, - diabetes, -penyakit koronari, -romboflebitis, -hiperlipidemia, - penyakit pernafasan, penyakit pundi hempedu dan gangguan usus.

Rawatan dan pencegahan masalah kesihatan berkaitan obes: -Beberapa kategori iaitu kaedah-kaedah konvensional :- seperti berpuasa, diet, psikoterapi, - pengubahsuaian perlakuan, farmakologi, senaman dan pembedahan.

Masalah Kesihatan Berkaitan Dengan Kehilangan Dan Penurunan Berat Secara Mendadak

Dehydration Weight Loss Drugs Very-Low Calories Diet Weight Cycling Kesan terhadap Atlet Muda

Kaedah terkini untuk mengurangkan lemak dan berat badan:Liposuction

Apakah Kaitan Masalah Pengambilan Makanan Yang Tidak Seimbang Dalam Sukan?

Acara Sukan Yang Mementingkan Berat Badan Yang Ideal Sebagai Kategori Iaitu:Gusti Gimnastik Balet Bina Badan Renang Kayak Pelari Jarak Jauh

Apakah Masalah Dalam Amalan Dan Pengambilan Pemakanan Yang Tidak Seimbang?
Penyakit anorexia nervosa- seseorang makan dalam jumlah yang sangat sedikit sehingga membahayakan dirinya sendiri kerana dia akan kehilangan berat badan dengan cepat dan akhirnya dapat mati kelaparan.
-

Penyakit bulimia nervosa - pesakit yang kerap makan makanan yang kurang berkhasiat secara berlebihan dan memuntahkan semula makanan selepas dua jam.

Atlit amenorrhea
Di kalangan atlet wanita :Mengalami masalah osteoporosis (kekurangkan kalsium) dan amenorrhea. Menurut kajian Benson atlet wanita yang mengalami amenorrhea juga dikenali sebagai atlet amenorrhea, di mana atlet mengalami gangguan kedatangan haid selama 3-6 bulan. Secara tidak langsung atlet akan mengalami beberapa gangguan dalam seperti tekanan psikologi, pembiakan hormon dan perjalanan haid.

Atlit anorexiaTerlampau takut terhadap kegemukan Terlalu mengambil berat terhadap pengambilan kalori Penurunan berat badan secara mendadak Tidak ada pengetahuan dalam pengambilan perubatan yang jelas Mengalami masalah gastrointestinal

Kandungan Badan Dan Perlaksanaan Fizikal


Kesan lebihan berat badan terhadap perlaksanaan fizikal (positif ) Juga membuktikan ianya membawa kebaikan : Contoh dalam sukan : - Bola sepak - Hoki ais - Sumo - Wrestling Ini kerana keseimbangan (stabiliti badan) adalah penting yang mana ianya boleh dineutralkan.

Kesan lebihan berat badan membawa banyak masalah serta keburukan :

Lebihan berat badan memberi masalah dalam perlaksanaan fizikal atlit-atlit seperti :-

Atlit lompat tinggi Atlit lompat jauh Atlit gimnastik, dll. Ini kerana, lemak badan yang berlebihan akan melemahkan perlaksanaan fizikal dan ia tidak menyumbang secara langsung kepada pembinaan tenaga.

Sambungan

Secara umumnya, penjagaan seharusnya perlu diambil untuk menasihati atlit supaya memperolehi berat badan yang stabil dan menepati garis panduan umum yang disarankan.

Walaupun sukar diramal kepastian yang tepat peratusan lemak dalam badan untuk diberikan kepada atlit dalam perlaksanaan fizikal yang optimum. Namun, garis panduan umum mempengaruhi akan perlaksanaan fizikal atlit dan menunjukkan aksi yang baik walaupun lemak badannya adalah lebih tinggi levelnya.

Adakah berat yang melampau @ berlebihan boleh merosakkan perlaksanaan fizikal ?

Persoalan yang timbul telah menyebabkan program potongan berat badan digunakan oleh peninju-peninju dan kebanyakan atlit dalam sukan tertentu. Hasilnya,menampakkan kesan.

Namun demikian proram potongan berat badan telah dikutuk oleh kumpulan perubatan sukan atas sebab bukan saja untuk sebab kesihatan tatapi juga kerana latihan yang merosakkan perlaksanaan fizikal.

Sambungan

Ini kerana program latihan potongan berat badan menyebabkan :


Sekatan makanan Pelucutan / halangan cecair Penyahhidratan berlaku kepada kesihatan fizikal,perkembangan dan juga merosakkan perlaksanaan untuk bersaing.

Kerosakkan perlaksanaan menyebabkan:


Penurunan volume darah Penurunan level testosterone Kerosakkan fungsi kardiovaskular Penurunan keupayaan untuk menyalur suhu badan

Sambungan

Oleh itu, kepada sesiapa atlit yang mengikuti program kehilangan berat badan, supaya berwaspada kepada pertunjukkan monitor melalui ujian yang di selaraskan untuk bidang sukan. Jesteru itu, pertunjukkan yang menurun disebabkan oleh kehilangan berat badan yang melampau, dan kesannya mendatangkan perubahan personaliti, keletihan yang melampau, lemah, dan tiada bersemangat. Dengan itu, yang penting ialah kehilangan berat biarlah melalui proses dengan cara yang betul.

Ingin secantik supermodel atau setegap seorang atlit bertaraf antarabangsa? Bukan anda sahaja yang bermimpi sebegini. Tapi anda harus menerima hakikatnya. Anda harus menerima, menyayangi dan menghormati diri anda. Anda istimewa dan patut memberi yang terbaik untuk badan anda.

Anda mungkin juga menyukai