Anda di halaman 1dari 2

AMIR HAMZAH BIN ABD RASHID

DN150243

SEKSYEN 1

DR. SHAHIDAH BINTI HAMZAH

Semangat patriotisme perlu dijiwai. Ia bukan sekadar simbolik. Bincangkan

Usaha membentuk masa depan Malaysia menjelang 2050 menjadi negara teratas di
dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi mestilah berasaskan kepada
penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini
berlaku, kemerdekaan akan terus didaulatkan.

Pada masa sama, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa kritikal seperti
globalisasi, liberalisasi, keganasan, sekularisme, demokrasi, pembinaan negara bangsa
dan sebagainya. Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih
hebat dari negara lain. Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan dua istilah
ini sering ditukar ganti penggunaannya seolah-olah sinonim dengan satu sama lain.
Semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau kumpulan orang yang
mempunyai pendapat sama dalam melindungi negara tercinta.

Patriotisme juga membayangkan seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara


berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa
diri perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air adalah contoh tipikal
patriotisme ekstrem.

Nasionalisme wujud selepas patriotisme dibina dalam jiwa setiap individu


masyarakat. Melusuri zaman, penggunaan laungan Negaraku adalah lebih tepat untuk
menghuraikan definisi patriotisme dan nasionalisme. Matlamat Negaraku adalah
untuk semua rakyat bersatu hati atas semangat cintakan Malaysia.

Namun, isu sering dibincangkan ialah semangat Negaraku yang kian luntur dari
kalangan generasi muda yang cenderung dengan ideologi Barat. Sejauh mana semua
ini benar? Adalah tidak adil untuk kita menghukum generasi ini jika hanya segelintir
daripada mereka yang lalai dan protes terhadap isu kenegaraan ini.
Ada sahaja dari kalangan mereka kekal meneruskan perjuangan dan memartabatkan
semangat cintakan Malaysia mengikut cara dan peredaran zaman sekarang. Bagi
generasi zaman penjajahan, fokusnya ialah memperjuang kemerdekaan dan selepas
itu, semangat nasionalis yang mengisi kemerdekaan.

Bagi yang melalui zaman konfrontasi, fokusnya mempertahankan kedaulatan


Malaysia yang baru dibentuk. Bagi yang mengalami 13 Mei, fokusnya untuk
mengangkat perpaduan rakyat manakala pada masa kegawatan ekonomi, fokusnya
mempertahankan kedaulatan ekonomi negara.

Penerapan semangat rasa cinta akan negara seperti ini dilakukan untuk membina
negara bangsa. Memupuk semangat cintakan negara tidak seharusnya bergantung
pada bahan sejarah dan kibaran jalur gemilang semata-mata. Ini boleh dilakukan
melalui pelbagai cabang transformasi media.

Anda mungkin juga menyukai