Anda di halaman 1dari 19

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
NOTA KULIAH 3 KERAJAAN
PUSAT PENTADBIRAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

SEMESTER SEMESTER 1 TAHUN 1 DIPLOMA


NOTA KULIAH
SESI
1 2019/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD / KURSUS DBF1133 BASICS OF MANAGEMENT

KOMPETENSI
K1 PENGENALAN PENGURUSAN
K2 PERANCANGAN
K3 PENGORGANISASIAN
K4 KEPIMPINAN
K5 PENGAWALAN
K6. KOMUNIKASI
K7 MEMBUAT KEPUTUSAN

KO1ETENSI UNIT
1.1 Definisi terma-terma
1.2 Peringkat pengurusan dan peranan setiap peringkat
1.3 Fungsi pengurus dan proses pengurusan.
1.4 Peranan pengurus.
1.5 Sejarah Teori Pengurusan

1 Mengaplikasi prinsip-prinsip pengurusan di dalam situasi organisasi. (C3,PLO1)


HASIL 2 Melaporkan alat-alat pengurusan yang digunakan oleh sesebuah organisasi dalam
PEMBELAJARAN operasinya (A2,PLO5)
3 Membincangkan penyelesaian masalah dalam isu-isu pengurusan. (A3,PLO8)

PLO 1 Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan matematik, sains dan asas serta prinsip bidang perniagaan
dalam Pengurusn Perniagaan

PLO 5 Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam
melaksanakan pelbagai bidang tugas

PLO 8 Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya

MAKLUMAT
PELAJAR
NAMA

TARIKH
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 11

PENGENALAN PENGURUSAN

1.1 DEFINISI TERMA-TERMA BERIKUT:


1.1.1 pengurusan dan pengurus

a. Pengurusan
i. Pengurusan merupakan satu set kegiatan yang direka bentuk bagi
mengarah tugas tertentu untuk mencapai suatu matlamat atau
objektif yang terpilih secara cekap dan berkesan melalui empat
fungsi asas pengurusan, iaitu merancang, mengorganisasikan,
memimpin serta mengawal dan memelihara persekitaran.

ii. Pengurusan sangat diperlukan sama ada dalam organisasi


perniagaan atau organisasi bukan perniagaan

iii. Sesebuah organisasi yang ditubuhkan mempunyai matlamat


tersendiri yang hendak dicapai.

iv. Pencapaian matlamat boleh dicapai apabila semua individu yang


terlibat di dalam sesebuah organisasi menjalankan proses
pengurusan secara efektif dan efisien dengan menggunakan
kaedah pengurusan yang sistematik.

v. Dalam pengurusan moden, istilah pengurusan boleh dirujuk


sebagai:

- Pengurusan sebagai suatu proses


Pengurusan boleh dirujuk sebagai suatu proses yang melibatkan
beberapa fungsi dan aktiviti kerja yang mesti diikuti dan
disempurnakan oleh pengurus bagi mencapai matlamat sesebuah
organisasi. Oleh kerana pengurusan dianggap sebagai suatu
proses, pengurus perlu menggunakan prinsip pengurusan sebagai
panduan dalam menjalankan proses ini.

- Pengurusan sebagai suatu disiplin


Boleh dirujuk sebagai suatu bidang ilmu pengetahuan yang
memberikan cara bagaimana untuk mengurus. Dalam hubungan
ini, pengurusan merupakan suatu subjek yang mengandungi
prinsip, konsep dan teori yang boleh dipelajari dan diaplikasikan
dalam proses pengurusan.

- Pengurusan sebagai manusia


Pengurusan boleh dianggap sebagai manusia, iaitu melibatkan
individu yang memimpin, mengarah, memberi tunjuk ajar dan
mengurus organisasi. Dengan kata lain, ia merujuk kepada
pengurus yang terlibat dalam proses pengurusan dan mempunyai
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 11

tanggungjawab utama bagi memastikan segala aktiviti dalam


organisasi berjalan seperti yang telah dirancang. Pengurusan
memberi penekanan kepada kepentingan kakitangan yang bekerja
di bawah pengurus dan mereka diurus bagi mencapai objektif
organisasi. Ini bermaksud, manusia adalah sumber penting bagi
menggerakkan kejayaan dan menjanakan kecekapan dan
keberkesanan organisasi agar matlamat dicapai sejajar dengan
misi organisasi.

- Pengurusan sebagai suatu kerjaya


Pengurusan sebagai suatu kerjaya dengan melihat kepada jawatan
atau kedudukan seseorang individu pengurus dalam pelbagai
peringkat hierarki pengurusan.

vi. Pengurusan didefinisikan sebagai usaha merancang,


mengorganisasi, memimpin dan mengawal segala sumber serta
aktiviti organisasi bagi memastikan kesemua matlamat organisasi
yang telah ditetapkan dapat dicapai.

vii. Pengurusan merupakan aktiviti menggembleng sumber-sumber


sesebuah organisasi dalam usaha mencapai matlamat-matlamat
yang telah ditetapkan..

viii. Secara rumusannya, pengurusan mempunyai beberapa ciri


tertentu, iaitu:
 adalah suatu proses atau aktiviti yang berterusan
 Pengurusan tertumpu kepada pencapaian matlamat organisasi
dan
 Pengurusan mencapai matlamat organisasi melalui kerjasama
dengan sumber organisasi secara cekap dan berkesan.

b. Pengurus
1. Pengurus ialah pihak yang menjalankan fungsi pengurusan, iaitu
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.

2. Pengurus merupakan individu yang berada pada kedudukan


berkuasa, mempunyai autoriti dan berupaya membuat keputusan
ke
atas sumber organisasi untuk tujuan mencapai objektif dan
matlamat yang ditentukan.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 11

3. Berdasarkan definisi di atas, dapat dirumuskan beberapa aktiviti


pengurus seperti berikut:

i. Pengurus membantu merancang, mengorganisasi,


mempengaruhi dan mengawal organisasi untuk mencapai
objektif dan matlamat yang ditentukan.

ii. Pengurus menjalankan tugas mempengaruhi dan meneliti hasil


kerja dan prestasi individu lain yang beradadi bawah
pengawasannya.

iii. Pengurus bertindak sebagai penghubung antara kakitangan di


pelbagai peringkat dalam organisasi dan di antara kakitangan
organisasi dengan mereka yang berada di luar organisasi.

iv. Pengurus sebagai penjana dan pemangkin yang


menggerakkan sesebuah organisasi bagi mencapai objektif dan
matlamatnya.

v. Pengurus adalah seorang yang mempunyai kuasa untuk


mengubah dan akan bertindak membuat perubahan ke atas
aktiviti dan organisasi selaras dengan perubahan persekitaran
kerja organisasi.

vi. Pengurus menyelaras semua aktiviti kakitangan dan sumber


organisasi dengan cekap dan berkesan untuk memperoleh
hasil yang berkualiti tinggi

1.1.2 Organisasi dan kriteria organisasi

a. Organisasi

1. Organisasi didefinisikan sebagai gabungan sumber manusia yang


terdiri
daripada dua atau lebih individu yang akan mengendalikan
sumber-sumber fizikal secara sistematik demi mencapai matlamat
organisasi yang telah dirancang.
2. Pencapaian matlamat sesebuah organisasi amat bergantung pada
kecekapan pasukan pengurusan yang menguruskan sumber fizikal
dan sumber kewangan.
3. Sumber yang terdapat di dalam organisasi perlu digunakan secara
cekap
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 11

dan berkesan.
4. Pengurusan yang cekap dan berkesan bermula dengan proses
pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan
pengawalan.

b. Kriteria Organisasi

Rajah 1: Kriteria organisasi yang efektif

i. Ciri-ciri organisasi
 Mempunyai identiti yang tersendiri
Setiap organisasi yang dibentuk akan melambangkan identity
mereka yang tersendiri. Sebagai contoh pusat pengajian tinggi,
hospital dan jabatan kerajaan. Di mana setiap organisasi ini
mempunyai peranan, kemudahan, fungsi dan objektif yang
tersendiri yang akan melambangkan organisasi tersebut.

 Mempunyai tingkat hirarki


Tidak kira organisasi tersebut kecil atau besar, swasta atau
kerajaan, ia mempunyai tingkat hirarki atau autoriti. Bagi
organisasi yang besar ia mungkin lebih banyak tingkat autoriti
berbanding dengan organisasi yang kecil.

 Mempunyai pembahagian kerja


Dalam sesebuah organisasi, pembahagian kerja dilakukan
berdasarkan jenis pekerjaan dan bahagian yang diwujudkan
seperti pengeluaran, pemasaran dan kewangan. Ini adalah
untuk melicinkan lagi perjalanan organisasi tersebut.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 11

 Sistem pengawasan dan kawalan


Bagi memastikan perjalanan organisasi adalah teratur seperti
yang dirancangkan, organisasi perlu mewujudkan satu sistem
pengawasan dan kawalan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan
dalam organisasi. Sistem kawalan ini adalah seperti peraturan,
prosedur, dasar dan polisi organisasi. Ini bagi memastikan
setiap pekerja dalam organisasi mengetahui sesuatu perkara
tersebut dengan jelas.

1.1.3 Kecekapan dan keberkesanan

Kecekapan dan keberkesanan penting dalam pencapaian matlamat


supaya dapat kesemua sumber yang ada digunakan dengan sebaik
mungkin tanpa ada pembaziran dan memastikan apakah matlamat yang
ingin dicapai sebelum memutuskan bagaimana mudah mencapai
matlamat tersebut dan ianya digunakan untuk menilai pengurus.

 Keberkesanan
- Bermaksud ‘doing the right thing’ iaitu melaksanakan kerja yang
betul
- Merujuk pada kemampuan pengurus atau para pekerja untuk
melakukan segala aktiviti atau kerja yang telah dirancang agar
matlamat perniagaan dapat dicapai

 Kecekapan
- Bermaksud ‘doing things right’ iaitu pengurus melaksanakan kerja
dengan betul
- Kecekapan merujuk pada kemampuan pengurus dan para pekerja
untuk melakukan segala aktiviti atau kerja dalam organisasi dengan
cara yang terbaik melebihi apa yang telah drancang atau
dipertanggungjawabkan kepadanya

1.2 PERINGKAT PENGURUSAN DAN PERANAN SETIAP PERINGKAT

Pada umumnya, pengurus menjalankan fungsi pengurusan yang sama tetapi


penekanan adalah berbeza bergantung kepada kedudukan mereka dalam
organisasi. Jenis pengurus dan cara pengurusan mereka dipengaruhi oleh dua
perkara berikut:

a. Peringkat atau tahap di dalam organisasi


NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 11

b. Kumpulan aktiviti atau fungsi yang dijalankan

a. Pengurusan mengikut tahap atau peringkat

i. Pengurus Bawahan atau Peringkat Pertama


Pengurus pada tahap ini berada pada tahap paling bawah dalam hirarki
organisasi. Mereka bertanggungjawab secara langsung ke atas tugas operasi
dan kakitangan sokongan organisasi. Kakitangan di bawah kawalan mereka
terdiri daripada semua kakitangan bukan pengurusan. Tanggungjawab utama
mereka adalah memastikan operasi harian adalah berjalan dengan lancar.
Contoh pengurus ini adalah seperti penyelia, ketua unit atau ketua kerani.

ii. Pengurus Pertengahan


Pengurus ini mengarah kegiatan pengurus lain, juga pekerja di tahap bawah.
Mereka
memastikan kegiatan organisasi dilakukan sebagaimana yang termaktub
dalam polisi dan matlamat organisasi. Pengurus pertengahan perlu
mengimbangi keperluan penyelia di peringkat bawahan dan keupayaan
pekerja bawahan. Pengurus pertengahan juga perlu mengikut segala arahan
yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Contoh bagi pengurus peringkat
pertengahan adalah seperti pegawai eksekutif, pengurus cawangan dan
pengurus-pengurus jabatan.

iii. Pengurus Atasan


Pengurus ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan
pentadbiran organisasi. Mereka merangka polisi dan mengawasi
perhubungan organisasi dengan persekitaran. Mereka juga yang merancang
segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi. Contoh bagi pengurus ini adalah
seperti Ketua pegawai eksekutif, Pengarah urusan serta presiden.

Bawahan

Rajah 2 : Tingkat pengurusan di organisasi

b. Pengurusan mengikut aktiviti atau fungsi


NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 11

i. Pengurus Fungsi – Pengurus ini bertanggungjawab kepada satu bidang


aktiviti atau satu fungsi dalam organisasi seperti pengurus pengeluaran,
pengurus kewangan dan pengurus pemasaran.

ii. Pengurus Am – Pengurus ini bertanggungjawab kepada semua bidang


dalam aktiviti dalam organisasi. Pengurus ini bertanggungjawab untuk
kesemua aktiviti yang berlaku. Contohnya pengurus am adalah seperti
pengarah urusan dan presiden dalam sesebuah organisasi.

1.3 FUNGSI PENGURUS DAN PROSES PENGURUSAN

FUNGSI PENGURUS

1. Setiap organisasi perlu melaksanakan empat fungsi utama dalam usaha


mencapai matlamat yang telah ditetapkan, iaitu perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.

2. Empat fungsi pengurusan tersebut adalah seperti berikut:

a) Perancangan

i) Perancangan merupakan proses membentuk visi, misi, strategi dan


taktik bagi sesebuah organisasi.
ii) Pengurusan perlu mengenalpasti matlamat pada peringkat bawahan
iaitu objektif, alternative dan tindakan.
iii) Seterusnya, pengurusan perlu membentuk langkah atau strategi
yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
iv) Tahap perancangan ini melibatkan tiga peringkat pengurusan iaitu
peringkat atasan, peringkat pertengahan dan peringkat bawahan.

b) Pengorganisasian

i) Pengorganisasian melibatkan proses menyusun tugas dan


pembahagian sumber yang mencukupi untuk melaksanakan pelan
tindakan yang telah dirancang.
ii) Pada tahap ini, pihak pengurusan akan membentuk struktur
organisasi yang lengkap dan mengagihkan tugas secara sistematik
kepada jabatan-jabatan dalam organisasi untuk dilaksanakan.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 11

iii) Penyelarasan turut dijalankan bagi mengelakkan daripada berlaku


masalah pertindihan dalam pembahagian tugas dan autoriti.

c) Kepimpinan

i) Fungsi kepimpinan memerlukn pengurus berusaha untuk


mempengaruhi gelagat pekerja atau subordinat bagi memastikan
segala tugas dapat dilaksanakan dengan baik dalam usaha
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
ii) Aktiviti yang terlibat pada tahap ini meliputi aspek memberi tunjuk
ajar, memberi motivasi dan memberi bantuan serta kemudahan-
kemudahan lain kepada para pekerja bagi meningkatkan produktiviti
para pekerja.
iii) Pengurus perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian
dengan sikap dan tahap pemikiran para pekerja agar tingkah laku
para pekerja dapat dikawal secara efektif dan efisien.

d) Pengawalan

i) Pengawalan merujuk kepada aktiviti pemantauan pencapaian


dengan memastikan segala tugas yang telah dirancang oleh pihak
pengurusan akan berjalan dengan lancar dalam mencapai matlamat
yang telah ditetapkan.
ii) Tindakan membandingkan standard dengan pencapaian sebenar
perlu dibuat.
iii) Sebagai contoh, jika keadaan yang kurang memuaskan berlaku
seperti pekerja tidak menunjukkan produktiviti yang efektif, pengurus
perlu mengambil tindakan yang proaktif atau langkah pembetulan
yang sewajarnya.

PROSES PENGURUSAN

1. Pengurus merupakan seseorang yang melaksanakan fungsi pengurusan


termasuk merancang, mengorganisasikan, melakukan tugas penstafan,
mempengaruhi, memberi arahan dan membuat kawalan dalam sesebuah
organisasi.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 11

2. Terdapat 4 proses pengurusan iaitu:

a) Merancang
 Menetapkan matlamat dan objektif organisasi
 Menentukan bagaimana mencapainya
 Mengumpul dan menganalisis maklumat
 Menentukan tugas yang perlu dijalankan bagi mencapai matlamat

b) Mengelola
 Bagaimana mendapatkan kemudahan, staf, sumber bahan dan lain-lain
 Menentukan rangka kerja yang cekap melalui proses penentuan kerja
atau pembahagian tugas Membahagikan kumpulan kerja dalam bentuk,
susunan atau struktur organisasi tertentu
 Menentukan struktur kewibawaan dan mekanisme organisasi
 Membina dan mendefinisikan kaedah dan prosedur
 Memilih dan memberitahu staf mengenai sumber yang ada / tersedia atau
yang boleh diperolehi

c) Memimpin
 Mengambil daya usaha dan inisiatif dalam menggerakkan sesuatu
 Memimpin dan menentukan hala tuju kepada kumpulan
 Menentukan jangka waktu dan kos
 Mengeluarkan arahan
 Memberi panduan, dorongan dan ransangan
 Memberi bimbingan, latihan, teguran dan tunjuk ajar dalam mencapai
sesuatu matlamat

d) Mengawal
 Menyelia proses pelaksanaan
 Membuat pemerhatian dan pencerapan
 Membuat penilaian prestasi
 Membuat laporan mengenai kemajuan
 Membetulkan kesalahan & penyelewengan
 Membuat penilaian di peringkat-peringkat peleksanaan perancangan
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 11

Rajah 3 : Proses Pengurusan

1.4 PERANAN PENGURUS


Terdapat beberapa peranan utama yang dimainkan oleh seseorang pengurus
dari pelbagai tahap. Di antara peranan utama pengurus adalah sebagai :

1.4.1 PERANAN INTERPERSONAL

Seseorang yang membantu dalam mewujudkan dan membina hubungan yang


baik antara pengurus dengan pengurus, dan antara pengurus dan pekerja. Ia
berupaya memimpin pekerja bawahan dalam aktiviti yang dianjurkan.

Memainkan peranan dalam memberi dorongan dan sokongan serta


menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih gigih dan rajin. Selain itu, ia juga
perlu menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk memastikan mendapat
maklumat mengenai perkembangan yang berlaku diluar organisasi.

o        Peranan Tunggak (Figurehead)

Pengurus mewakili jabatan atau organisasi dalam menyambut dan memberi


penerangan kepada pelawat, pelanggan atau pihak luar yang memerlukan
maklumat berhubung dengan organisasi. Biasanya pengurus yang terlibat
dengan upacara penting di luar organisasi diwakili oleh pihak pengurusan
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 11

atasan. Untuk mewakili organisasi bagi upacara yang kurang penting


biasanya diwakili oleh pengurus peringkat bawahan.

o        Peranan Pemimpin (Leader)

Pengurus juga adalah ketua dalam organisasi atau jabatan atau kumpulan
kerjanya. Dengan itu pengurus biasanya bertindak sebagai pendorong 
dengan memberi bantuan, motivasi, latihan dan tunjuk ajar kepada pekerja
lain dalam organisasi. Pengurus turut menjadi role model  kepada pekerja. 
Segala tindakan pengurus biasanya menjadi ikutan pekerja. Pada masa yang
sama, pengurus boleh bertindak sebagai fasilitator kepada pekerja lain untuk
mencapai matlamat organisasi. 

o        Peranan Penghubung (Liaison)

Pengurus sebagai penghubung antara organisasi dengan pihak luar atau


sesama pekerja. Ia akan menyampaikan, memberi dan mendapatkan
maklumat daripada pihak luar yang akan memberikan kepentingan kepada
organisasi. Hubungan yang berlaku sama ada secara rasmi atau tidak tetapi
yang mustahak ia mestilah berkesan. Hubungan yang berlaku biasanya
dengan pembekal, pelanggan, pelabur atau pihak bank.

1.4.2 PERANAN SEBAGAI PENYAMPAI MAKLUMAT

Pengurus bertanggungjawab dalam menerima dan menghantar maklumat


kepada pekerja. Harus mencari maklumat sama ada dari segi persekitaran
dalaman mahupun di persekitaran luaran.

Pengurus perlu menyampaikan semua maklumat yang diperolehi kepada semua


pekerja yang memerlukannya, juga perlu memberi keterangan yang lebih jelas
agar matlamat yang ingin dicapai tidak kabur.

o     Peranan Pemantau

Pengurus biasanya bertindak memantau kegiatan dan mengumpul


maklumat, sama ada di dalam atau di luar organisasi. Sebahagian maklumat
didapati daripada laporan, mesyuarat, seminar atau perbincangan dengan
pihak-pihak tertentu. Mereka juga boleh melakukan pemantauan ke atas
pekerja atau menyoal pekerja-pekerja lain untuk mendapatkan maklumat.
Pengurus yang mempunyai maklumat akan lebih bersedia untuk membuat
keputusan dan memastikan subordinat melakukan tugas bagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. 
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 11

o     Peranan Penyebar

Maklumat penting yang di perolehi daripada pemantauan semasa mesyuarat


atau persidangan biasanya akan disebarkan kepada subordinat sama
melalui memo ataupun perjumpaan bersama subordinat. Maklumat yang
disebarkan termasuklah objektif dan perancangan kerja kepada subordinat,
dan laporan prestasi subordinat daripada pengurus atasan. Penyebaran
maklumat secara mendatar juga boleh berlaku sesama rakan sekerja.
Kebiasaannya maklumat ini perlu disaring untuk memastikan maklumat tepat
diperolehi.  Dengan demikian,  pengurus harus menyebarkan maklumat yang
tepat dan betul kepada subordinat bagi mengelakkan wujud sebarang
kekeliruan.

o     Peranan Jurucakap

Pengurus akan bertindak sebagai jurucakap semasa bertindak


memindahkan maklumat kepada pihak-pihak di luar unit kerja mereka.
Pengurus akan menjadi jurucakap dalam kerja atau mungkin mewakili
organisasi dalam perundingan dengan pihak luar organisasi seperti
pelanggan, pembekal, kerajaan dan pelabur.

1.4.3 PERANAN SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN

Merupakan peranan yang amat dalam membuat keputusan secara bijak


mengenai setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam organisasi.

Pengurus perlu kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru dan lebih
berinovatifkan, merancang, mengatur, dan mewujudkan pasaran serta sanggup
mengambil risiko yang bermunasabah dan realistik. Selain itu juga, pengurus
perlu ada sifat-sifat yang positif, agar keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi
oleh mana-mana pihak.

o     Peranan Usahawan

Pengurus seharusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam


segala aktiviti perniagaan yang dijalankan. Oleh itu pengurus perlu
mempunyai ciri-ciri seorang usahawan seperti sentiasa berusaha untuk
membangunkan perniagaan dan mengenalpasti peluang baru untuk
meningkatkan keuntungan syarikat di samping memenuhi citarasa pelanggan
. Pengurus perlu menggunakan daya kreativiti dan inovasi mereka untuk
meningkatkan kelebihan untuk bersaing dengan pesaing lain dalam pasaran.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 11

o     Peranan Menangani Gangguan

Di antara peranan pengurus adalah untuk menjadi orang tengah untuk


menyelesaikan masalah berkaitan kerja, perhubungan sesama pekerja,
masalah berkaitan produk atau pun masalah berkaitan pelanggan. Pengurus
seharusnya meneliti, memahami dan cuba mengenalpasti tindakan boleh
diambil untuk menyelesaikan masalah berkenaan supaya masalah tersebut
tidak mengganggu pencapaian matlamat sesuatu organisasi.

o     Peranan Pengagih Sumber

Pengurus merancang dan mengelola sumber-sumber organisasi mengikut


kepentingan dan kesesuaian tugas kepada unit-unit kerja atau jabatan
tertentu. Sumber organisasi meliputi sumber manusia dan sumber fizikal.
Penentuan kombinasi sumber yang cekap antara kedua-dua jenis sumber ini
akan menghasilkan output yang terbaik.

o    Peranan Perunding

Pengurus adalah perunding di dalam organisasi dan juga dengan kumpulan-


kumpulan di luar organisasi. Umpamanya, seorang pengurus pemasaran
membuat rundingan dengan pelanggan untuk mendapat kontrak membekal
barangan syarikat. Rundingan juga akan berlaku dengan pembekal, pihak-
pihak kerajaan, pasaing dan sebagainya. Pengurus juga terlibat dalam
rundingan dengan pekerja, rakan sekerja dan pihak atasan bagi
meningkatkan prestasi organisasi.

KEMAHIRAN PENGURUSAN

Untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan, penguasaan beberapa jenis


kemahiran amat diperlukan oleh pihak pengurusan. Antara kemahiran yang perlu
dimiliki oleh pengurus ialah

1.4.4 KEMAHIRAN KONSEPTUAL

Kemahiran yang berkaitan dengan keupayaan melihat organisasi secara


menyeluruh, iaitu memahami hubungkait dan saling bergantung antara bahagian
atau unit dalam organisasi serta memahami bagaimana organisasi menyesuaikan
diri dalam persekitaran perniagaan. Kemahiran konseptual membolehkan pengurus
memahami kesan sesuatu tindakan ke atas organisasi, melihat bagaimana pelbagai
fungsi organisasi yang saling melengkapi antara satu sama lain, memahami bagaimana
organisasi berhubung dengan persekitarannya, dan menyedari bagaimana perubahan
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 11

yang berlaku di suatu bahagian organisasi memberi kesan terhadap keseluruhan


organisasi. Kefahaman yang jelas terhadap aspek di atas membolehkan pengurus
membuat perancangan jangka panjang bagi organisasi. Kemahiran ini penting kepada
pengurus atasan.

1.4.5 KEMAHIRAN TEKNIKAL

Merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan dan keupayaan pengurus untuk


memahami dan menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu
dalam pekerjaan. Kemahiran ini boleh dipelajari di institusi pengajian seperti di Institut
Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian dan Institusi Pengajian Tinggi. Meskipun
kemahiran ini sangat diperlukan oleh pengurus bawahan kerana terlibat secara
langsung dalam proses penyeliaan pekerja bawahan mereka.  Namun, kemahiran
teknikal di kalangan pengurus pertengahan dan pengurus atasan akan membantu
mereka dalam urusan pentadbiran syarikat.

1.4.6 KEMAHIRAN POLITIK/KEMANUSIAAN

Kemahiran kemanusiaan merujuk kepada kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai


pihak untuk tujuan tertentu. Kemahiran ini melibatkan keupayaan untuk membentuk
kerjasama dengan individu atau kumpulan yang dipimpin. Keupayaan membentuk
kerjasama ini boleh dilihat melalui interaksi dan komunikasi dengan baik sesama ahli,
boleh bekerja dengan orang lain, dan memahami gelagat dan kepentingan individu atau
kumpulan dalam setiap aktiviti yang melibatkan peyertaan bersama. Pengurus yang
mempunyai kemahiran kemanusiaan yang unggul akan berupaya melaksana
tanggungjawab kepimpinan yang baik, cekap dan berkesan. Pengurus juga boleh
menggunakan kemahiran kemanusiaan yang dimilikinya bagi memotivasikan individu
atau kumpulan yang dipimpin dan mewujudkan persekitaran komunikasi yang
memberangsangkan bagi faedah organisasi dan aktiviti yang dilaksanakan.

1.5 SEJARAH TEORI PENGURUSAN

TEORI-TEORI PENGURUSAN

1. Pengetahuan mengenai sejarah pengurusan boleh membantu kita membina


pandangan mengenai pembentukan teori, konsep dan amalan pengurusan yang
menjadi dasar kepada kupasan, idea serta perumusan teori dan pemikiran
pengurusan pada hari ini.

2. Pengurusan sebagai satu bidang kajian mulai muncul bersama-sama teori


pengurusan di sekitar awal abad ke-20.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 11

3. Pemahaman mengenai sejarah perkembangan pengurusan akan membantu kita


menolak penemuan idea yang telah dikemukakan sebelumnya.

4. Setiap pendekatan atau teori mempunyai cara tersendiri dan berbeza dalam
meneliti organisasi, aktiviti dan bagaimana manusia berfungsi dalam organisasi.
5. Setiap pendekatan atau teori mempunyai nilai tersendiri.

6. Idea-idea atau pendekatan pengurusan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh ini


telah digunakan sehingga masa kini sebagai asas atau prinsip dalam usaha
menguruskan sesebuah organisasi secara efektif dan efisien.

1.5.1TEORI PENGURUSAN HENRI FAYOL

1. Henry Fayol merupakan seorang jurutera Perancis yang telah


meningkatkan kerjayanya melalui latihan.

2. Fayol dianggap sebagai pelopor teori pentadbiran dan penyumbang


pendekatan teori organisasi klasikal paling terkemuka.

3. Henry Fayol (1841-1925) dikenali sebagai “Bapa Teori Pengurusan Moden”


merupakanseorang jurutera perlombongan tetapi kemudian dilantik untuk
menjadi pengurus besar di sebuah syarikat.

4. Fayol telah mengenalpasti 14 prinsip pengurusan terbaik yang boleh


diamalkan oleh pihak pengurusan dalam setiap organisasi.

5. Prinsip pengurusan tersebut adalah seperti yang berikut:

a) Pembahagian kerja
Setiap organisasi digalakkan untuk mengamalkan system
pengkhususan
kerja.

b) Autoriti
Tanggungjawab yang diagihkan kepada setiap pekerja mesti disertakan
hak dan kuasa untuk mengarah dan membuat keputusan. Autoriti dilihat
sebagai gabungan factor-faktor rasmi, yang dihasilkan daripada
kedudukan pengurus dan ciri-ciri peribadi seperti pengalaman, nilai
moral, perkhidmatan yang telah diberikan dan sebagainya.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 11

c) Disiplin
Setiap organisasi perlu menguatkuasakan peraturan untuk mengawal
tingkah laku pekerja.

d) Kesatuan dalam arahan /arahan uniti


Setiap pekerja mesti menerima arahan daripada seorang ketua sahaja.

e) Kesatuan dalam hala tuju/arah tujuan uniti


Setiap ahli organisasi perlu mengetahui rancangan dan matlamat yang
ingin dicapai oleh pihak pengurusan serta menunjukkan komitmen yang
tinggi untuk mencapai matlamat tersebut.

f) Kepentingan bersama
Setiap ahli organisasi mesti mementingkan pencapaian matlamat
organisasi dan tidak hanya mementingkan diri sendiri.

g) Faedah dan ganjaran


Faedah dan ganjaran yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi mesti
setanding dengan faedah dan ganjaran yang ditawarkan oleh organisasi
lain dalam industri yang sama.

h) Rantaian arahan
Setiap organisasi mesti mempunyai struktur organisasi yang jelas bagi
menunjukkan hubungan antara ketua dengan pekerja serta sistem
pelaporan yang diamalkan oleh organisasi berkenaan.

i) Tersusun
Setiap organisasi mesti mempunyai struktur organisasi yang jelas bagi
menunjukkan hubungan antara ketua dengan pekerja serta sistem
pelaporan yang diamalkan oleh organisasi berkenaan.

j) Sama rata
Setiap ahli organisasi harus dijaga dengan baik dan diberi layanan yang
adil.

k) Pusing ganti pekerja


Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi merupakan kesan dan petanda
bahawa pihak pengurusan dalam organisasi tidak menjalankan
tanggungjawabnya dengan berkesan.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 11

l) Pemusatan
Setengah-setengah tugas dalam organisasi tidak harus diagihkan kepada
pekerja, terutama tugas-tugas yang melibatkan pengendalian maklumat
perniagaan sulit.
m) Inisiatif
Pengagihan tugas dan kuasa dalam organisasi dapat meningkatkan daya
inovasi dan kepuasan pekerja.

n) Esprit de corps
Setiap ahli organisasi harus bersatu dan bekerjasama untuk
menyempurnakan kerja yang diberikan.

1.5.2 TEORI PENGURUSAN GULLICK & URWICK

1. Luther Gullick dan Lyndall Urwick dalam kertas kajian mereka pada tahun
1937 telah memperkenalkan akronim P.O.S.D.C.O.R.B.

2. Menurut Gullick, P.O.S.D.C.O.R.B diterjemahkan seperti berikut:

a) Planning – Proses penetapan matlamat dan penyusunan pelan tindakan


untuk mencapainya dalam jangka waktu yang ditetapkan.

b) Organizing – Proses penyusunan hierarki organisasi bagi memudahkan


proses agihan dan penyelarasan tugas selaras dengan visi dan misi
organisasi.

c) Staffing - Proses yang melibatkan seluruh aspek pengurusan sumber


manusia.

d) Directing – Proses pembuatan keputusan, penyediaan dan pengedaran


arahan kepada pihak yang akan melaksanakannya.

e) Co-ordinating – Proses penyelarasan tugasan, tindakan dan semua perkara


yang berkaitan dengan aktiviti yang disusun bagi mencapai visi dan misi.

f) Reporting – Proses yang berkaitan dengan penyediaan laporan, data,


statistic dan pembinaan pengkalan data serta mekanisme aliran laporan
dalam organisasi.
NO. KOD NOSS Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 11

g) Budgeting – Proses yang berkaitan dengan pengurusan apa jua jenis


sumber yang mempunyai implikasi kewangan.

3. Berdasarkan Gullick, kita boleh menyifatkan bahawa pengurusan itu satu seni
kerana keputusan yang diambil oleh pengurus itu berdasarkan pandangan,
pertimbangan, dan gerak hati pengurus itu sendiri dengan berpandukan
maklumat yang terhad.

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Norlida Kamaludin, Za’afaran Hassan, Rabiah Abdul Wahab & Rohaya Mohd
Hussein. (2018). Principles of Management. Oxford University Press. ISBN
9789834726225

2. Mokhtar Pet. (2017). Pengajian Perniagaan. Oxford Fajar. ISBN 978-983-47-2024-7

SOALAN/QUESTION :
1. Nyatakan tiga (3) fungsi pengurus. (3 Markah)
2. Bagaimanakah pengurusan dapat meningkatkan kecekapan? (8 Markah)
- Penggunaan sumber secara berkesan
- Mengurangkan pembaziran
- Memotivasikan pekerja
- Penyelarasan sumber
3. Senaraikan empat (4) fungsi pengurusan
- Perancangan
- Pengorganisasian
- Kepimpinan
- Pengawalan
4. Terangkan dua (2) peranan pengurus secara ringkas. (4 Markah)
5. Terangkan dua (2) kemahiran pengurusan secara ringkas. (4 Markah)

Anda mungkin juga menyukai