Anda di halaman 1dari 2

BAB 6

KESIMPULAN

Sepanjang menjalani latihan industri ini, terdapat pelbagai pengetahuan dan

pengalaman yang baru mengenai bidang kejuruteraan awam di S. L Nur Construction &

Enterprise telah dipelajari. Program ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk

merasai dan melihat suasana di alam pekerjaan. Daripada program latihan industri ini, ia

dapat diperlihatkan kepada pelajar cara kerja yang lebih praktikal sebagai contoh dapat

mempraktikkan segala ilmu-ilmu kejuruteraan awam khususnya yang dipelajari di bilik

kuliah untuk diaplikasikan di tempat kerja mahupun di tapak-tapak pembinaan. Secara

tidak langsung ia dapat memberikan kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu itu adalah

penting untuk melakukan tugas dan di alam pekerjaan kelak.

Selain itu, pelajar dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang

berkaitan dengan pembinaan iaitu bagaimana menguruskan sesuatu dokumen tender dan

sebut harga,mengikut mesyuarat ditapak projek dan mendengar masalah-masalah yang

berkaitan. Selain itu juga, pelajar dapat belajar menjadi seorang yang berani menghadapi

104
masalah-masalah yang terdapat semasa kerja dijalankan. Di samping itu juga,

pelajar dapat mengetahui cara berkomunikasi dengan para pekerja sama ada dari pihak

bawahan mahupun atasan yang terlibat di dalam jabatan ini. Memahami karenah

pelangan-pelangan yang mempunyai pelbagai permintaan untuk mendapat kepuasan

dalam mencapai hasil yang terbaik. Oleh itu, adalah sangat baik apabila latihan industri

ini dijalankan supaya pelajar dapat memahami segala aspek yang terkandung dalam

bidang yang diikuti iaitu kejuruteraan awam.

Tambahan pula, terdapat banyak kemahiran-kemahiran dan juga pengetahuan

atau ilmu yang baharu yang diperolehi sepanjang menjalani program latihan industri di

syarikat ini, kemahiran-kemahiran ini tidak dapat diperolehi semasa di bilik kuliah.

Program latihan industri ini juga dapat membantu pelajar dan meningkatkan kemahiran

interpersonal diri. Meningkatkan lagi keyakinan diri dalam melontar dan

mempertahankan idea. Sekali gus memberi nilai tambah yang positif kepada pelajar itu

sendiri.

105

Anda mungkin juga menyukai