Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENGENALAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar Politeknik semester 4 untuk melayakkan mereka meneruskan pengajian bagi semesta berikutnya sebelum dianugerahkan Sijil dan Diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang kejuruteraan awam dan untuk mengadaptasikan teori-teori yang telah dipelajari sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar. Latihan ini berjalan selama 6 bulan iaitu bermula pada 19 disember 2011 sehingga 18 mei 2012.

Setiap pelajar yang akan menjalani Latihan Industri ini dibenarkan untuk mencari tempat latihan sendiri sama ada syarikat yang dipilih adalah jabatanjabatan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta. Kritiria utama yang perlu diambil kira oleh setiap pelajar sebelum memohon tempat latihan ialah tempat yang sesuai dengan bidang atau kursus yang diambil oleh pelajar tersebut. Sekiranya ada diantara pelajar yang tidak mendapat tempat latihan maka pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri akan memainkan peranan dengan membantu pelajar mencari tempat latihan berdasarkan kekosongan atau kesediaan syarikat tertentu untuk mengambil pelajar tersebut.

Setelah tamat menjalani Latihan Industri selama lebih kurang 6 bulan, setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap yang khusus tentang tempat latihan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang menjalani Latihan Industri. Laporan ini hanya perlu dibuat dalam satu salinan dan perlu diserahkan kepada Unit Perhubungan dan Latihan Industri untuk dijilitkan. Laporan yang dibuat mestilah merangkumi pengenalan latihan Industri, latar belakang syarikat, laporan kerja dan aktiviti yang telah dijalankan, kesimpulan serta saranan dan cadangan.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar dan menambah pengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Pelajar akan dapat mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang bidang pekerjaan sebenar seorang jurutera, juruteknik hinggalah ke jawatan kerani. Pelajar akan dapat mempelajari bagaimana cara mereka menjalankan tugas mereka dan mengetahui tentang bidang tugas tersebut dengan lebih mendalam. Ini akan memudahkan pelajar menyesuaikan diri dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.

Mempraktikkan teori dan amali yang dipelajari di politeknik. Di dalam kelas, pelajar lebih banyak didedahkan dengan teori tentang sesuatu pekerjaan. Pelajar lebih berpandukan kepada buku-buku rujukan dan nota. Dengan adanya latihan industri ini pelajar dapat melihat perkaitan sebenar antara teori dan praktikal. Pendedahan tentang alam pekerjaan sebenar kadang kala memerlukan pelajar mencari penyelasaian dengan mengadaptasikan segala ilmu yang telah dipelajari semaksima mungkin. Dengan ini, pelajar dapat mempraktikkan teori dan amali yang telah dipelajari

Menanam sifat amanah dan tanggungjawab yang diberikan dan mampu bekerjasama dengan kakitangan yang lain. Segala tugas yang diberikan oleh penyelia tapak perlulah dilaksanakan dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab. Sikap ini amat penting untuk memastikan segala urusan yang diamanahkan kepada pelajar dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Malah alam pekerjaan sebenarnya melatih pelajar lebih bersifat amanah tidak kira sama ada amanah dalam tugas yang diberikan atau amanah terhadap masa.

Mengukuh keyakinan pelajar apabila tamat latihan. Ketika menjalani latihan industri pelajar terdedah dengan pelbagai masalah dan terpaksa menghadapinya. Berbekalkan pengalaman tersebut akan mengukuhkan lagi keyakinan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan mahupun alan pengajian. Semangat yang kental dan kemahiran menghadapi maslah yang diperolehi pasti mewujudkan keyakinan yang jitu dalam diri pelajar.

Belajar cara bergaul dengan pegawai-pegawai atasan seperti Jurutera, Kontraktor serta pekerja-pekerja di tempat latihan. Di dalam latihan ini juga pelajar berkesempatan untuk berinteraksi dengan pihak atasan seperi jurutera , pengarah dan perunding dan lain-lain lagi. Dengan adanya kesempatan ini pelajar akan dapat bergaul dengan mereka dan berbincang dengan lebih rapat. Peluang ini tidak akan datang tanpa adanya latihan industri. Kesempatan ini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh pelajar.

Dapat membiasakan diri dengan pekerja-pekerja di tempat latihan. Perhubungan yang baik sesama pekerja adalah penting bagi memastikan aktivitiaktiviti kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa berlaku sebarang perselisihan. Komunikasi yang berkesan dan sesuai amat penting untuk dikuasai oleh pelajar. Latar belakang yang berbeza antara setiap lapisan pekerja memerlukan pelajar bijak menyesuaikan diri dan menjalankan komunikasi yang berkesan lantas mewujudkan perhubungan yang baik sesama pekerja.

Dapat menanam sikap ingin tahu dan minat semasa latihan. Dalam menjalani latihan industri, terdapat berbagai perkara baru yang akan ditemui oleh pelajar. Ini akan menimbulkan sikap untuk mengambil tahu di dalam diri pelajar. Selain itu, desakan keaadaan juga adakalanya akan membuatkan pelajar sentiasa bertanya agar tidak ketinggalan salam bidang tersebut. Pendedahan sebenar ke bidang yang dipelajari oleh pelajar juga akan menimbulkan minat pelajar terhadap bidang tersebut.

1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang tempoh Latihan Industri ini, pelajar-pelajar akan memperolehi faedah-faedah tertentu. Antaranya ialah pendedahan awal mengenai alam pekerjaan dan gambaran sebenar terhadap suasana tempat kerja yang bakal mereka ceburi kelak. Manfaat yang akan diperolehi ialah pelajar-pelajar tidak akan merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Latihan Industri juga dapat memupuk keyakinan diri khususnya ketika berinteraksi dengan kumpulan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Keyakinan diri ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar mula berani untuk berkomunikasi dengan pihak atasan.

Selain itu, setiap pelajar juga berkesempatan untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari dengan kerja-kerja praktikal. Selain teori, mereka juga dapat meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dengan tunjuk ajar yang akan diberikan oleh penyelia. Pengalaman baru yang diperolehi oleh setiap pelajar sedikit sebanyak dapat membantu mereka menghadapi cabaran atau suasana alam pekerjaan yang sebenar kelak.

Sahsiah dan akhlak yang perpuji dibentuk dalam diri setiap pelajar sekaligus melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek sama ada emosi, jasmani dan intelek. Melalui akhlah yang terpuji, maka lahirlah pemimpin yang bertanggungjawab, jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas.

1.4 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Tindakan Jabatan Pendidikan teknikal dengan usahasama kementerian Pendidikan Malaysia yang mewajibkan setiap pelajar Politeknik menjalani Latihan Industri tanpa mengira kursus adalah wajar diikuti oleh semua Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia kerana melalui aktiviti begini setiap pelajardapat membuka minda dan melihat sendiri bidang kerja yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Pendedahan ini penting dalam usaha negara melahirkan para pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang.

Skop kursus Sijil kejuruteraan Awam contohnya memberi peluang kepada setiap pelajarnya mendalami kerja-kerja dalam industri kejuruteraan awam seperti binaan bangunan, jalan dan lain-lain. Selain itu, ia turut memberi penekanan terhadap pengurusan dokumen tender untuk sesuatu projek, kerjakerja pengiraan kuantiti bahan binaan, cara-cara membaca pelan untuk sesuatu projek serta lawatan ke tapak projek bagi mengikuti kemajuan dari masa ke semasa.

Melalui pendekatan ini, pelajar dengan sendirinya dapat memahami dengan lebih jelas segala teori yang dipelajari semasa sesi pengajian di Politeknik seterusnya akan lebih berminat untuk mendalami pelbagai ilmu yang baru semasa menjalani latihan industri.

Berdasarkan skop kerja yang meluas semasa menjalani Latihan Industri, potensi seseorang pelajar itu untuk menjadi seorang pekerja yang berkaliber dan
5

berkualiti dapat diserlahkan. Namun semua yang telah dilakukan oleh pihak Politeknik untuk melahirkan pekerja mahir yang berwibawa ini turut bergantung kepada individu pelajar itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai