Anda di halaman 1dari 62

1

BAB 1:
PENGENALAN
2

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menjalani Latihan Industri adalah wajib bagi setiap pelajar Diploma Forensic Building
And Maintenance sebagai syarat penganugerahan di akhir pengajian. Latihan ini juga
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar mengenai keadaan
sebenar dalam bidang pembinaan dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum
melangkah ke alam pekerjaan.

Latihan industri mendedahkan pelajar kepada suasana bekerja yang sebenar dan
pelajar mampu untuk melihat perbezaan antara suasana di alam pekerjaan dengan situasi
sewaktu sesi pembelajaran. Latihan industri ini berguna kepada pelajar bagi memperoleh
pengalaman baru dan ianya juga dapat membentuk sahsiah diri yang baik serta dapat
mendisiplinkan diri seseorang pelajar mengikut waktu dan keadaan.

Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di
Jabatan Kerja Raya Batu Pahat, Johor. Di dalam jabatan kerajaan ini, saya telah
ditempatkan di bahagian penyelenggaraan jalan bermula daripada proses awal hingga
akhir sesebuah projek itu dijalankan. Perisian yang saya perolehi membantu saya
meningkatkan pemahaman akademik dalam bidang kejuruteraan awam dan pengurusan
pembinaan.

1.2 Objektif Latihan Industri


3

Latihan industri ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengenalan kepada
pelajar mengenai pelbagai aspek teknikal dalam pengurusan pembinaan dan peranannya
terhadap masyarakat.

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajar
mengenai pelbagai aspek teknikal dalam pengurusan pembinaan dan peranannya
terhadap masyarakat.

Antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk :

1. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.


2. Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam
bidang yang berkaitan.
3. Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para profesional
dari pelbagai bidang.
4. Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi profesional.
5. Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
6. Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kampus.
7. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama
pekerja.
8. Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari dengan kerja-
kerja praktikal.
9. Mengamalkan dan mematuhi peraturan- peraturan keselamatan semasa latihan
industri.
10. Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan.

Bukan itu sahaja, malahan latihan industri ini juga penting kepada pelajar untuk
meningkatkan keyakinan diri, meluaskan pergaulan, menanam semangat bekerja dalam
pasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam
pekerjaan dan menonjolkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, komitmen dan
4

disiplin kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan rasmi selepas tamat
latihan industri.

1.3 Skop Latihan Industri

Skop Latihan Industri bagi Diploma Forensic Building And Maintenance adalah:

(a) Mengetahui proses dan aliran kerja bagi penyediaan sesebuah projek pembinaan
dari peringkat awal sehingga akhir.

(b) Memahami tentang organisasi jabatan/ firma dan pengagihan tugas dalam
pengendalian kerja-kerja harian, perancangan dan penjadualan kerja khususnya
bidang tugas dan tanggungjawab seorang pengurus projek pembinaan.

(c) Berupaya untuk berurusan dan berkomunikasi dengan majikan, pelanggan,


perunding mahupun dengan pihak berkuasa untuk menjayakan sesebuah projek
pembinaan.

(d) Memahami dan mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang
pengurusan dan bidang teknikal bagi sesebuah projek pembinaan.

(e) Mampu mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk dipraktikkan
dalam skop bidang pembinaan mahupun dalam skop bidang pengurusan umum.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu latihan dalam membentuk jati diri
pelajar agar lebih terdedah dengan sifat-sifat seperti bertanggungjawab dalam
melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap setiap arahan yang telah diberikan.
Dengan berbekalkan pengalaman tersebut, ia menjadi salah satu aset yang amat berharga
ketika ingin mencari pekerjaan pada masa akan datang. Melalui Latihan Industri ini,
pelajar dapat menghindarkan perasaan kekok apabila menjalankan tugasan seharian
5

sewaktu memasuki alam pekerjaan yang sebenar kerana telah dilatih dan diajar untuk
menunaikan tanggungjawab apabila menjalani Latihan Industri di syarikat masing-
masing.

Dengan wujudnya Latihan Industri ini, pelajar dapat meluaskan minda dan
bersikap lebih terbuka serta matang berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang
sebenar melalui penggunaan secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran
yang pernah dilalui dan ditimba oleh mahasiswa.

Selain itu, pelajar juga dapat mencari inisiatif sendiri bagi menyelesaikan sesuatu
masalah yang wujud semasa di alam pekerjaan yang sebenar. Seterusnya, pelajar dapat
menyesuaikan keadaan sekeliling hanya dengan menggunakan pengalaman sewaktu
menjalani latihan industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Selain
daripada memikul tanggungjawab yang diberikan oleh majikan semasa menjalani
Latihan Industri, pelajar juga memikul satu lagi tanggungjawab iaitu menjaga maruah
dan nama baik Universiti dengan menonjolkan diri sebagai seorang yang berdedikasi
dan berkualiti dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sempurna, komited dan
efisien.

Pelajar juga dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi atau berkomunikasi


dengan setiap kakitangan syarikat dan klien dalam usaha untuk memajukan syarikat dan
untuk mempertingkatkan kemajuan diri sendiri. Di samping itu, pelajar juga dapat
melihat budaya dan cara kerja setiap kakitangan samada positif mahupun negatif dalam
melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu tugasan yang diamanahkan kepada mereka.

Justeru itu, Latihan Industri secara tidak langsung dapat membina dan mengubah
personaliti serta imej seseorang pelajar menjadi seseorang yang amat berkaliber,
berkeyakinan tinggi serta dapat membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan
kesedaran, keupayaan dan taraf hidup masyarakat sekeliling.
6

1.5 Objektif Laporan Akhir

Laporan latihan industri wajib disediakan oleh setiap pelajar yang telah tamat
menjalankan latihan industri. Setiap aktiviti yang dilakukan semasa latihan ini
dijalankan hendaklah direkodkan di dalam buku log. Antara objektif bagi setiap laporan
yang dibuat ialah :

1. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan


Setiap aktiviti yang dilakukan dapat direkodkan ke dalam laporan yang
dibuat. Laporan yang dibuat dapat dijadikan rujukan apabila perlu.

2. Menjadi bukti latihan yang dilakukan oleh pelajar


Ia dapat mengelakkan pelajar membuat sesuatu dengan sambil lewa dan
tidak mempraktikkan latihan yang telah dilakukan selama 1 semester. Ia
juga dapat menunjukkan kesungguhan pelajar itu dalam melaksanakan
laporan yang dibuat.

3. Menjadi bukti latihan yang dilakukan oleh pelajar


Ia dapat mengelakkan pelajar membuat sesuatu dengan sambil lewa dan
tidak mempraktikkan latihan yang telah dilakukan selama 1 semester. Ia
juga dapat menunjukkan kesungguhan pelajar itu dalam melaksanakan
laporan yang dibuat.

4. Membantu pelajar di masa hadapan


Dengan adanya laporan ini akan membantu pelajar dalam mendapatkan
pekerjaan setelah selesai belajar. Ia akan menjadi bahan rujukan untuk
mengetahui pengalaman yang ada pada pelajar tersebut.
7

BAB 2:
8

LATAR
BELAKANG
ORGANISASI

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

Kementerian Kerja Raya Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan


Malaysia. Kementerian ini ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian
Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian ini telah disusun semula
dan dinamakan sebagai Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan
9

pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan
fungsi dan peranan kementerian ini bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut,
pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ini ditukar kepada
Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan
tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan
kementerian ini dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga
sekarang. Kementerian ini diterajui oleh YB Datuk Fadillah Yusof sebagai menteri.

2.2 MISI & VISI JABATAN KERJA RAYA

1. Misi JKR
Menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang sejajar dengan keperluan
negara.
Membangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan negara supaya
boleh bersaing di pasaran global.
Memantapkan golongan profesional dan guna tenaga mahir bagi merebut peluang
kerja di dalam dan luar negara.

2. Visi JKR
Menjadi organisasi terbilang di dalam pembangunan infrastruktur, industri
pembinaan dan perkhidmatan profesional bertaraf dunia.

2.3 OBJEKTIF JABATAN KERJA RAYA

1. Memastikan dasar kerajaan dilaksanakan oleh Kementerian dan semua agensinya.


2. Merancang dan menyelaras projek infrastruktur dan kemudahan awam negara.
3. Melaksana dan memantau projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam
negara.
4. Memberi khidmat teknikal kepada agensi kerajaan.
5. Mengawal selia kerja penyenggaraan jalanraya Persekutuan dan bangunan
gunasama Persekutuan.
6. Mengendali dan mengawal selia operasi dan penyenggaraan lebuhraya.
7. Membangun dan mengembangkan industri pembinaan.
10

8. Membangun usahawan Bumiputera sektor pembinaan.


9. Melaksanakan program pembangunan profesional berterusan bagi meningkatkan
tahap kepakaran.

2.4 DASAR KORPORAT JABATAN KERJA RAYA

1. Mengutamakan negara setiap masa.


2. Memberikan perkhidmatan berkualiti, cepat dan ekonomik.
3. Meningkatkan kepakaran sumber manusia dan teknologi.
4. Bekerjasama dengan semua pihak.
5. Mengimbangi kepentingan alam sejagat.
6. Menghayati nilai murni.
11

2.5 BAHAGIAN- BAHAGIAN DI JKR BATU PAHAT

1. Bahagian Bangunan:
Diketuai oleh Puan Norlela Binti Abu Bakar yang merangkap sebagai jurutera
bangunan 1.
Dibantu oleh Puan Nurul Nadia Binti Johari iaitu Jurutera Bangunan 2.
Mempunyai 6 orang penolong jurutera dan juruteknik.
Berperanan untuk memantau projek- projek pembinaan bangunan kerajaan di
dalam Daerah Batu Pahat.
Terdapat 7 projek yang sedang masih di dalam pembinaan.
Antara projek yang sedang berjalan adalah:
Projek Pembinaan Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat Johor.
Projek Pembinaan Masjid Sri Medan, Batu Pahat Johor.
Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Yong Peng, Batu Pahat Johor.
Projek Pembinaan Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat Johor.
Projek Pembinaan Pejabat Penerangan Batu Pahat Johor.
Projek Pembinaan Dewan Terbuka Pejabat Pertanian Ayer Hitam, Batu Pahat
Johor.
Mengubahsuai Rumah Tempat Datang- Datang Batu Pahat Johor.

2. Bahagian Jalan:
Diketuai oleh Encik Ir. Azlan Bin Tumijan yang merangkap sebagai Jurutera
Jalan 1.
Dibantu oleh Encik Ir. Muhammad Azhar Bin Azizan iaitu Jurutera Jalan 2.
Mempunyai seramai 5 orang jurutera dan juruteknik.
Terdapat 3 projek utama yang masih di dalam pembinaan.
Antaranya projek yang sedang berjalan adalah:
Projek Pembinaan Jalan Kampung Linau Batu Pahat Johor.
Projek Pembinaan Jambatan Pekeliling Batu Pahat Johor.
Projek Menyelenggara Jalan Berhadapan Kolej Jururawat Masyarakat Parit
Raja, Batu Pahat Johor.
12

BAB 3:
KANDUNGAN
LATIHAN

BAB 3
13

KANDUNGAN LATIHAN

3.1 SKOP LATIHAN


Sepanjang saya menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Batu Pahat, banyak
pendedahan dan perisian yang berguna kepada diri saya sendiri. Penyelia industri saya
telah memberikan latihan yang meliputi beberapa skop, antaranya ialah:

1. Latihan di pejabat
Mencari dokumen- dokumen serta borang- borang tertentu bagi sesuatu projek.
Mencetak pelan- pelan sama ada dalam saiz A4 & A3
Menulis dan mengisi borang faks bagi mengirimkan faks ke pejabat- pejabat
tertentu.
Membuat senarai kod bagi pelan- pelan yang diberikan.
Menyertai kursus critical path method (CPM) yang dianjurkan oleh JKR Batu
Pahat.
Menyertai kursus aplikasi media sosial anjuran JKR Batu Pahat.

2. Latihan di tapak pembinaan


Melihat kerja- kerja pembinaan di tapak pembinaan.
Menyertai mesyuarat- mesyuarat tapak dan teknikal di tapak projek.
Menyertai lawatan tapak bersama- sama jurutera bangunan.
Menyertai lawatan audit fizikal bagi projek Pembinaan Kolej Jururawat
Masyarakat Parit Raja.
Menyertai pemeriksaan terakhir (final inspection) di bengkel Industrialised
Building System (IBS) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading.

3. Melihat jenis- jenis ujian


Melihat ujian sampel air (BOD & COD) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM).
Melihat ujian ayakan (Sieve Analysis test) terhadap sampel crusher run di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Melihat ujian slump bagi kerja- kerja konkrit dan trial mix.
14

Melihat ujian tensile terhadap sampel besi di UniLab Universiti Teknologi


Malaysia (UTM) Johor.
Melihat ujian mampatan (Compression Test) di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM).

4. Kesukarelaan
Membantu membuat persediaan bagi program sukan sempena Hari Sukan
Negara peringkat JKR Batu Pahat.
Menyertai program gotong- royong perdana peringkat JKR Batu Pahat.
Membantu dalam persiapan bagi majlis perasmian JKR Ronda Batu Pahat.
Turut serta sebagai urusetia dan pengadil bagi acara sukan sempena program
Hari Sukan Negara.

5. Kerohanian
Menyertai program bacaan Al- Quran secara beramai- ramai yang diadakan pada
setiap hari Khamis.
Mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Johor.
Mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh pegawai di Pejabat Kadi Batu
Pahat yang diadakan pada setiap hari Khamis bagi minggu terakhir setiap bulan.

3.2 PROJEK UTAMA LATIHAN INDUSTRI

3.2.1 Pengenalan Projek

Sejurus selepas melaporkan diri di Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat bagi menjalani
latihan industri, Tn. Hj. Ir. Alias Bin Mohd Zain yang merangkap sebagai Jurutera
Daerah telah menetapkan projek Pembinaan Masjid Taman Banang Jaya Batu Pahat
sebagai projek utama bagi latihan industri saya.
15

Projek Pembinaan Masjid Taman Banang Jaya ialah sebuah masjid yang terletak di atas
tanah wakaf di tengah- tengah Taman Banang Jaya Batu Pahat Johor. Masjid ini direka
bagi menampung muatan seramai 700 orang jemaah pada satu- satu masa.

Syarikat Achieve Think Sdn. Bhd telah diamanahkan untuk membina dan menyiapkan
masjid ini dengan keseluruhan kos yang dianggarkan mencecah RM 2,326,769.96.
Tempoh kontrak bagi kerja- kerja pembinaan adalah selama 80 minggu iaitu bermula 27
Julai 2016 dan dijangka siap pada 4 Februari 2018.

Sehingga kini, kerja- kerja pembinaan di tapak projek adalah sebanyak 5.2% dan telah
mengalami kelewatan sebanyak 19.8% iaitu kira- kira 111 hari. Oleh yang demikian,
pihak JKR Batu Pahat telah mengeluarkan sebanyak 2 kali notis amaran kepada pihak
kontraktor bagi mempercepatkan kerja- kerja pembinaan tersebut.
16

3.2.2 Maklumat Kontrak

1.0 Latar Belakang Projek


1.1 Nama Projek :
MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH
MASJID TAMAN BANANG JAYA, BATU
PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM
1.2 No. Kontrak : JKR/PERS/J/BP/01/2016

2.0 Maklumat Kontraktor


2.1 Nama Syarikat : ACHIEVE THINK SDN. BHD.

2.2 Alamat : No. 46 Jalan Timah Sari,


83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

2.3 CIDB : 0120070730-SL114566

2.4 PKK : 0120070730-SL114566

3.0 Harga Dan Tempoh Kontrak


3.1 Harga Kontrak : RM 2,326,769.96

3.2 Tempoh Kontrak : 80 Minggu

3.3 Tarikh Mula : 27 Julai 2016

3.4 Tarikh Siap (Asal) : 4 Februari 2018

4.0 Maklumat Kerja


4.1 Kemajuan Terjadual : 25%

4.2 Kemajuan Sebenar : 5.2%

4.3 Cepat/ Lewat (%) : -19.8% (111 Hari)

4.5 Masa Terpakai : 21 Minggu / 80 Minggu


17

3.2.3 CARTA ORGANISASI SYARIKAT

PENGARAH PROJEK
En. Hesham Bin Hassan

KOORDINATOR
En. Mohd Faizal Bin Ahmad

PENGURUS PROJEK JURUTERA AWAM PENGURUS PENTADBIRAN


En. Faisal Bin Jamhari En. Muhamad Hafizi Bin Murki Pn. Nazrah Binti Imbi

PERUNDING AWAM & AGEN TAPAK PROJEK KEWANGAN/ SUMBER


STRUKTUR En. Zakaria Bin Abu Bakar MANUSIA

SIVIL M&E
En. David Tan En. Rahmat Bin Mohammad

PEKERJA MAHIR & SEPARA PEKERJA MAHIR & SEPARA


MAHIR MAHIR
18

3.2.4 MESYUARAT- MESYUARAT YANG PERNAH DIHADIRI

1. Mesyuarat Teknikal

Mesyuarat dipengerusikan oleh Jurutera Daerah JKR Batu Pahat (Tn. Hj. Ir.
Alias Bin Mohd Zain).

Mesyuarat turut disertai oleh Pn. Norlela Binti Abu Bakar (Jurutera Bangunan
1), Pn. Nurul Nadia Binti Johari (Jurutera Bangunan 2), En. Hady Purnama Bin
Said (Penolong Jurutera Bangunan 1), Pn. Nurul Hidayah (Penolong Jurutera
Bangunan), Arkitek Ibu Pejabat JKR, wakil kontraktor, wakil Pejabat Agama
Daerah Batu Pahat dan konsultan.

Antara agenda mesyuarat ialah:


i. Membincangkan tentang status pasukan teknikal kontraktor.
ii. Status penetapan arah kiblat yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan
oleh JKR Batu Pahat.
iii. Kerja- kerja ukur tanah yang masih tidak mendapat pengesahan.
iv. Dokumentasi yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor kepada JKR.
v. Kedudukan hoarding yang tidak berada di sempadan projek.
vi. Amaran lisan diberikan oleh Jurutera Daerah kepada pihak kontraktor.

Perbincangan:
Pihak kontraktor mengalami masalah dalam pengurusan teknikal di tapak
projek. Oleh itu, Jurutera Daerah telah meminta pihak kontraktor untuk
melantik seorang Jurutera Awam tapak yang mempunyai pengalaman
sekurang- kurangnya 5 tahun dan ke atas bagi menyelesaikan dan
menguruskan hal- hal teknikal di tapak bina.

Pihak kontraktor telah memanggil wakil dari Pejabat Agama Batu Pahat
bagi penetapan arah kiblat di tapak projek. Namun Jurutera Daerah tidak
berpuas hati kerana kontraktor perlu mendapatkan pengesahan setting out
bangunan daripada JKR sebelum membuat penetapan arah kiblat.
19

Kontraktor telah mengemukakan dokumen ukur tanah ke JKR Batu


Pahat. Namun semua dokumen tersebut tidak mempunyai tandatangan
daripada Juru Ukur. Oleh itu, kesemua dokumen tersebut ditolak oleh
JKR.

Kontraktor pembinaan telah memasang dan mendirikan hoarding bagi


menutup sempadan kawasan tapak projek. Namun begitu, setelah
diperiksa oleh JKR, mendapati bahawa kedudukan hoarding tersebut
masih belum berada di sempadan projek. Oleh itu, Jurutera Daerah telah
mengarahkan kontraktor untuk memperbetulkan kedudukan hoarding
tersebut.

Pihak JKR mendapati kontraktor mempunyai masalah pengurusan yang


teruk. Oleh itu, Jurutera Daerah telah memberikan amaran lisan kepada
kontraktor agar menyelesaikan masalah- masalah dengan kadar yang
segera. Surat amaran rasmi daripada JKR akan dikeluarkan jika masalah
ini masih tidak dapat diselesaikan.

2. Mesyuarat Tapak

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Norlela Binti Abu Bakar (Jurutera


Bangunan 1) JKR Batu pahat.
20

Mesyuarat dihadiri oleh wakil JKR Batu Pahat, pelajar yang sedang menjalani
latihan industri, Jurutera Tapak, konsultan dan wakil kontraktor.

Antara agenda mesyuarat ialah:


i. Membincangkan status pasukan teknikal di tapak projek.
ii. Perkenalan dengan Jurutera tapak yang baru.
iii. Perkenalan dengan koordinator projek yang baru.
iv. Peratusan kemajuan kerja di tapak projek.
v. Penerangan tentang surat amaran pertama dan kedua yang telah
dikeluarkan kepada pihak kontraktor.
vi. Makluman tentang surat amaran ketiga yang telah dikeluarkan.
vii. Kesilapan dalam persempadanan projek.
viii. Carta CPM yang harus dibaiki dan diubah.

Perbincangan
Pn. Norlela telah menyemak carta organisasi syarikat Achieve Think Sdn.
Bhd. bagi memastikan pengurusan projek dapat berjalan dengan lancar.
Namun terdapat beberapa perubahan personel yang perlu dibuat hasil
perbincangan dengan Jurutera Daerah.

Pihak kontraktor telah melantik Jurutera Awam tapak yang baru iaitu En.
Muhamad Hafizi Bin Murki. Pn. Norlela mencadangkan agar En. Hafizi
dapat berada di tapak pembinaan pada setiap masa agar memudahkan
wakil dari JKR terutamanya Jurutera Daerah untuk berurusan dengan
beliau.
Pihak kontraktor juga telah melantik En. Mohd Faizal Bin Ahmad sebagai
koordinator tapak bagi memenuhi keperluan yang dikemukakan oleh
JKR.

Pn. Norlela telah menerangkan tentang surat amaran pertama dan kedua
yang telah dikeluarkan oleh JKR Batu Pahat kepada pihak kontraktor.
Surat amaran kedua dikeluarkan setelah mendapati bahawa tiada
sebarang jawapan balas daripada kontraktor bagi surat amaran pertama
yang dikeluarkan.
21

Pn. Norlela telah memberikan surat amaran ketiga kepada kontraktor.


Surat amaran ketiga dikeluarkan kerana JKR tidak mendapat sebarang
surat jawapan balas daripada kontraktor mengenai surat amaran kedua
yang diterima. Namun pihak kontraktor mendakwa telah menghantar
surat jawapan balas tersebut. Hasil pemeriksaan, JKR mendapati bahawa
pihak kontraktor telah terlewat menghantar surat jawapan balas tersebut.
Oleh itu, surat amaran ketiga yang telah dikeluarkan oleh JKR adalah sah
dan meminta agar pihak kontraktor dapat memberikan surat jawapan
balas dengan kadar yang segera.

Pn. Norlela telah menegur hoarding yang telah dipasang oleh kontraktor.
JKR mendapati bahawa kedudukan hoarding masih belum berada di
sempadan projek. Oleh itu, JKR telah mengarahkan pihak kontraktor
untuk memperbetulkan semula kedudukan hoarding agar ianya berada di
dalam sempadan projek seperti di dalam pelan.

Pn. Norlela meminta En. Muhamad Hafizi untuk menyemak dan


memperbetulkan semula critical path method (CPM) yang telah dibuat.
Ini berikutan terdapat beberapa kesilapan terutamanya pada peratusan
kemajuan kerja sebenar.

3.2.5 UJIAN- UJIAN YANG DILAKUKAN

1. Trial Mix
Pengenalan:
Bagi projek Pembinaan Masjid Taman Banang Jaya, JKR telah meminta
pihak kontraktor untuk mengemukakan 2 syarikat pengeluar ready mix
concrete bagi kerja- kerja konkrit terutamanya di bahagian struktur bangunan
seperti beam, column, slab dan lain- lain.
Konkrit yang akan dibuat trial mix adalah konkrit gred 35. Dalam spesifikasi
JKR seperti yang telah tertulis di dalam dokumen tender, memerlukan trial
mix dibuat sebanyak 3 lori/ batch.
22

Pihak kontraktor telah mengesyorkan 2 syarikat pengeluar iaitu syarikat


Hanson Quarry International Sdn. Bhd. yang terletak di Minyak Beku dan
syarikat Beton Mix Sdn. Bhd yang terletak di Tongkang Pechah.
Beberapa faktor pemilihan syarikat pengeluar ini oleh kontraktor. Antaranya
ialah faktor kos, jarak syarikat pengeluar dengan tapak projek, jadual
penghantaran konkrit oleh syarikat pengeluar dan kualiti konkrit yang
dihantar.
Trial mix tersebut kemudiannya akan melalui beberapa ujian antaranya ujian
slump dan ujian mampatan.

Prosedur
Kontraktor perlu mengambil dan membawa wakil JKR ke syarikat pengeluar
yang telah dipilih.
Kemudian pihak JKR akan diberikan senarai bahan yang akan digunakan di
dalam bancuhan konkrit gred 35 itu oleh syarikat pengeluar.
Setelah wakil JKR berpuas hati dengan senarai bahan yang diberikan,
syarikat pengeluar akan memulakan proses bancuhan konkrit di dalam lori
yang ditetapkan.
Selepas bancuhan tersebut siap digaulkan di dalam lori, slump test akan
dilakukan on site dan disaksikan oleh wakil JKR.
Kemudian pekerja memasukkan bancuhan konkrit tersebut di dalam acuan
besi segi empat sama bersaiz 150mm x 150mm x 150mm bagi tujuan ujian
mampatan.
Konkrit tersebut akan direndamkan di dalam air selama 7 dan 28 hari
sebelum ujian mampatan dapat dilakukan.
23

2. Slump Test

Pengenalan
Slump test adalah ujian bagi menentukan kelikatan (consistency) sesuatu
bancuhan konkrit.
Kebiasaannya slump test akan dilakukan sejurus selepas konkrit siap
dibancuh dengan lori pembancuh konkrit.
Slump test ini penting kerana ianya adalah salah satu ujian bagi memastikan
kualiti konkrit yang dihantar ke tapak projek berada pada tahap yang
memuaskan.
Jika konkrit yang dihantar terlalu keras, ini akan menyukarkan buruh binaan
untuk meratakannya kerana ia akan cepat mengeras.
Sebaliknya jika konkrit tersebut terlalu cair, ini akan menyebabkan bahan-
bahan campuran seperti batu agregat dan pasir mendap ke dasar acuan/
formwork.

Prosedur
24

Konkrit yang telah siap dibancuh di dalam lori pembancuh konkrit akan
dikeluarkan sedikit dan dituangkan ke dalam kereta sorong.
Kemudian acuan slump yang berbentuk kon akan dipijak di bahagian tepinya
agar konkrit yang dimasukkan ke dalamnya tidak tumpah keluar.
Pekerja akan memasukkan sampel konkrit tersebut sehingga 1/3 isi padu kon
tersebut.
Konkrit yang dimasukkan akan dipadatkan menggunakan batang besi khas
dan sebanyak 25 kali tusukan sahaja yang dibenarkan.
Setelah 25 kali tusukan tersebut, pekerja akan memasukkan lagi konkrit
sehingga 2/3 isi padu kon, dan proses yang sama juga dilakukan sehinggalah
kon tersebut penuh.
Pekerja kemudiannya menarik acuan kon tersebut ke atas dan bacaan jatuhan
konkrit tersebut akan diukur.
25

3. Ujian Mampatan (Compression Test)

Pengenalan
Ujian mampatan adalah suatu ujian bagi menentukan kekuatan sesuatu
konkrit tersebut.
Ianya juga bagi menentukan sama ada konkrit yang dihantar ke tapak projek
mencapai kekuatan minimum gred konkrit tersebut.
Terdapat 2 kali ujian mampatan yang dilakukan terhadap trial mix yang
dibuat, iaitu selepas 7 hari dan 28 hari.
Keputusan ujian mampatan selepas 28 hari mestilah mencapai kekuatan
minimum konkrit tersebut.
Ujian mampatan telah dilakukan di makmal FKAAS Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM).

Prosedur
Konkrit yang telah siap dibancuh di dalam lori pembancuh konkrit akan
dituangkan sedikit ke dalam kereta sorong.
Kemudian pekerja akan menyediakan acuan besi berukuran 150mm x
150mm x 150mm sebanyak 3 biji.
Pekerja akan memasukkan sampel konkrit ke dalam acuan sehingga 1/3 isi
padu acuan.
26

Proses mampatan akan dilakukan dengan menggunakan batang besi khas


sebanyak 35 kali tusukan.
Kemudian proses yang sama diulangi bagi 2/3 dan 3/3 isi padu acuan.
Setelah acuan tersebut penuh dan dimampatkan, bahagian atas konkrit akan
diratakan dengan menggunakan brick trowel.
Konkrit kemudiannya akan direndamkan di dalam air bagi 7 dan 28 hari.
Setelah 7 hari konkrit direndam, kiub tersebut dihantar ke makmal bagi
mendapatkan keputusan ujian mampatan.
Proses yang sama dilakukan bagi kiub yang direndam selama 28 hari.
27

4. Tensile Test
Pengenalan
Tensile test adalah suatu test bagi menentukan kekuatan tarikan bagi sesuatu
besi.
Ujian ini adalah penting bagi memastikan besi- besi tetulang yang dihantar ke
tapak projek menepati kekuatan minimum yang ditetapkan.
Tensile test ini dibuat di UniLab Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai Johor.
Bagi projek Pembinaan Masjid Taman Banang Jaya, terdapat 5 saiz besi yang
berlainan yang diuji iaitu saiz 10mm, 12mm, 16mm, 20mm dan 25mm.
Setiap saiz besi akan diuji sebanyak 2 kali oleh Universal Testing Machine.

Prosedur
Batang besi keluli akan dipotong mengikut kepada ukuran yang telah
ditetapkan oleh mesin.
Kemudian besi keluli tersebut akan diukur dan ditandakan agar ukuran
tarikannya adalah seragam.
Pekerja memastikan Universal Testing Machine agar berada dalam keadaan
yang baik dan selamat.
Seterusnya pekerja memasukkan besi keluli saiz 10mm pada mesin penarik.
28

Juruteknik memeriksa mesin dan komputer dan memulakan proses tarikan.


Jumlah bebanan dan kekuatan besi keluli tersebut akan dipantau secara
automatik oleh komputer.
Besi akan ditarik sehingga ianya putus dan data tersebut akan direkodkan di
dalam komputer.
Besi yang putus akan dikeluarkan dan dimasukkan dengan saiz besi yang
lain.
Proses yang sama dilakukan bagi besi keluli bersaiz 12mm, 16mm, 20mm
dan 25mm.
Setelah kesemua besi keluli tersebut diuji, keputusan ujian akan dicetak dan
disahkan oleh juruteknik dan wakil JKR.
29

3.2.6 ISU- ISU DI TAPAK PROJEK

Terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh pihak kontraktor bagi projek pembinaan
Masjid Taman Banang Jaya Batu Pahat. Antaranya ialah seperti:

1. Pengurusan:
Pihak kontraktor mengalami masalah dari segi pengurusan pasukan teknikal
di tapak projek.
Pasukan teknikal projek telah mengalami beberapa perubahan yang
seterusnya menyebabkan kerja- kerja di tapak projek tidak dapat dilakukan
dengan baik dan sistematik.
Terdapat beberapa masalah dari segi dokumentasi dengan JKR kerana kurang
kecekapan daripada pasukan dari pihak kontraktor.

2. Kewangan:
Pihak kontraktor telah mengalami masalah dari segi kewangan untuk
memulakan kerja- kerja fizikal di tapak projek seperti kerja- kerja cerucuk
(Piling).
30

Hal ini terjadi kerana pihak JKR hanya akan meluluskan tuntutan bayaran
interim oleh pihak kontraktor berpandukan kepada kemajuan kerja sebenar di
tapak projek.
Setakat kemajuan sebenar di tapak projek, pihak JKR telah meluluskan
tuntutan bayaran interim sebanyak lebih kurang RM100,000 sahaja.
Tuntutan bayaran interim yang diluluskan oleh JKR adalah tidak mencukupi
bagi pihak kontraktor untuk memulakan kerja- kerja cerucuk kerana kerja-
kerja tersebut memerlukan kos lebih kurang RM500,000.

3. Pembinaan:
Pihak kontraktor telah mengalami masalah dari segi kerja- kerja pembinaan
di tapak projek.
Hal ini kerana terdapat beberapa kerja yang dilakukan adalah tidak mengikut
prosedur yang telah ditetapkan oleh JKR.
Terdapat pelbagai kesilapan kerja di tapak bina yang dilakukan oleh
kontraktor, antaranya adalah seperti:
Kerja- kerja pemotongan cerun bukit adalah tidak mengikut kaedah
yang betul.
Kerja- kerja penambakan tanah yang gagal setelah menjalani ujian
Field Density Test (FDT) di makmal.
Kerja- kerja penetapan arah kiblat adalah tidak mengikut kepada
susunan kerja yang betul. Pihak kontraktor harus menyerahkan
dokumen setting out bangunan kepada pihak JKR untuk diluluskan
sebelum melakukan kerja- kerja penetapan arah kiblat tersebut.
Kerja- kerja pemasangan hoarding di sekeliling tapak projek adalah
tidak berada di dalam sempadan projek.
Kerja- kerja penambakan tanah telah melepasi sempadan projek dan
telah memasuki kawasan researve TNB.
Kemajuan sebenar kerja- kerja di tapak projek telah mengalami kelewatan
sebanyak 19.8% iaitu bersamaan dengan 111 hari.
31

BAB 4:
RINGKASAN
AKTIVITI
MINGGUAN
32

BAB 4

RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN

MINGGU 1 (4 SEPTEMBER 2016 9 SEPTEMBER 2016)

Pengenalan kepada Jurutera Daerah JKR Batu Pahat (Ir. Hj. Alias Bin Mohd
Zain), Jurutera Bangunan 1 (Pn. Norlela Binti Abu Bakar), Jurutera Bangunan 2
(Pn. Nurul Nadia Binti Johari), Penolong Jurutera 1 (En. Hady Purnama Bin
Said), Penolong Jurutera 2 (Pn. Aida Binti Md Salleh).
Pengenalan kepada staf- staf di dalam pejabat JKR Batu Pahat termasuklah di
bahagian bangunan, bahagian jalan dan bahagian pentadbiran.
Penerangan ringkas tentang projek- projek yang sedang berjalan di Batu Pahat
oleh Jurutera Daerah.
Penerangan tentang skop kerja dan tugasan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat.
Penerangan secara terperinci tentang Projek Pembinaan Masjid Sri Medan Batu
Pahat oleh Pn Norlela Binti Abu Bakar.
Membaca pelan- pelan bagi Projek Pembinaan Masjid Sri Medan.
Menyertai program gotong royong perdana peringkat pejabat Jabatan Kerja Raya
(JKR) Batu Pahat.
Menyertai kursus 2 hari Critical Path Method (CPM) di Hotel Landmark Batu
Pahat yang disampaikan oleh Jurutera Daerah JKR Batu Pahat (Ir. Hj. Alias Bin
Mohd Zain).
33

MINGGU 2 (8 SEPTEMBER 2016 15 SEPTEMBER 2016)

En. Hady Purnama memberikan tugasan untuk membuat senarai lukisan


bersama- sama kod lukisan bagi projek Penggantian Kubah Masjid Tunku
Laksamana Abdul Jalil Yong Peng, Batu Pahat.
Mengemaskini fail- fail dan dokumen bagi projek- projek lama di dalam bilik
kebal JKR Batu Pahat.
Mencetak lukisan- lukisan yang berkaitan dengan projek Penggantian Kubah
Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil.
Membantu Hj. Md. Noor Bin Jumaat untuk mencetak dan meletakkan tagging
pada dokumen- dokumen dan memerlukan pengesahan daripada Jurutera
Bangunan 1.
34

MINGGU 3 (19 SEPTEMBER 2016 22 SEPTEMBER 2016)

Mengemaskinikan fail- fail dan dokumen yang berkaitan dengan projek


Pembinaan Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat.
Menyertai En. Nazim (Penolong Jurutera Jalan) ke Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia bagi mewakili pihak JKR menyaksikan proses ujian terhadap air
sampel yang telah diambil di tapak pembinaan.
Antara ujian yang dijalankan terhadap sampel air tersebut adalah ujian
turbility, Biochemical Oxygen Demand (BOD), Chemical Oxygen
Demand (COD) dan beberapa lagi ujian yang lain.
Menyertai lawatan tapak bagi projek Pembinaan Masjid Sri Medan Batu Pahat
yang diketuai oleh Pn. Aida Binti Md. Salleh (Penolong Jurutera Bangunan).
Berkenalan dengan En. Azim (Jurutera) di tapak pembinaan.
Menyaksikan kerja- kerja konkrit ground beam.
Menyaksikan slump test yang dilakukan di tapak pembinaan.
Menyaksikan cube test yang dilakukan di tapak pembinaan.
Menyertai perbincangan tentang permasalahan di tapak pembinaan.
35

MINGGU 4 (25 SEPTEMBER 2016 29 SEPTEMBER 2016)

Mengemaskinikan fail- fail dan dokumen bagi projek Pembinaan Kolej


Jururawat Masyarakat Parit Raja yang diperlukan bagi tujuan audit yang akan
dilakukan oleh pasukan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat.
Melakukan lawatan tapak bersama- sama Aniq (pelajar latihan industri) di projek
Pembinaan Masjid Taman Banang Jaya Batu Pahat.
Menyertai mesyuarat teknikal pertama bagi projek Pembinaan Masjid Taman
Banang Jaya Batu Pahat.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Jurutera Daerah JKR Batu Pahat (Tn. Hj.
Ir. Alias Bin Mohd Zain).
Mesyuarat turut disertai oleh Pn. Norlela Binti Abu Bakar (Jurutera
Bangunan 1), Pn. Nurul Nadia Binti Johari (Jurutera Bangunan 2), En.
Hady Purnama Bin Said (Penolong Jurutera Bangunan 1), Pn. Nurul
Hidayah (Penolong Jurutera Bangunan), Arkitek Ibu Pejabat JKR, wakil
kontraktor, wakil Pejabat Agama Daerah Batu Pahat dan konsultan.
Antara agenda mesyuarat ialah:
Membincangkan tentang status pasukan teknikal kontraktor.
Status penetapan arah kiblat yang tidak mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh JKR Batu Pahat.
Kerja- kerja ukur tanah yang masih tidak mendapat pengesahan.
Dokumentasi yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor kepada
JKR.
Kedudukan hoarding yang tidak berada di sempadan projek.
Amaran lisan diberikan oleh Jurutera Daerah kepada pihak
kontraktor.
Menyertai bacaan Al- Quran secara beramai- ramai oleh semua staf dan
pelajar yang menjalani latihan industri di JKR Batu Pahat.

MINGGU 5 (3 OKTOBER 2016 6 OKTOBER 2016)


36

Menghadiri mesyuarat bagi program sukan sempena Hari Sukan Negara


Peringkat Jabatan Kerja Raya Batu Pahat. Antara agenda mesyuarat adalah:
Membincangkan tentang jenis- jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Pembahagian staf JKR Batu Pahat secara rawak kepada 4 jenis kumpulan
iaitu kumpulan kuning, kumpulan hijau, kumpulan hitam dan kumpulan
merah.
Status rekaan poster dan banner yang direka oleh En. Nazim.
Senarai peralatan yang diperlukan untuk aktiviti yang dirangka.
Membuat persiapan bagi program hari sukan. Antara persiapan tersebut
termasuklah:
Mengangkat kon- kon dari pondok pengawal ke pejabat JKR Batu Pahat.
Menyusun kerusi dan meja di bawah khemah yang telah dipasang di
kawasan parking kenderaan JKR Batu Pahat.
Mengangkat hadiah- hadiah berbentuk hamper dan dimasukkan ke dalam
pejabat Pn. Rahmatunisa.
Menghadiri taklimat akhir bagi program hari sukan yang disampaikan oleh Pn.
Rahmatunisa. Antara kandungan taklimat ialah:
Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan industri adalah wajib untuk
menjadi urusetia dan pengadil bagi program tersebut.
Menerangkan skop- skop tugasan bagi setiap urusetia dan pengadil
permainan.
Menerangkan tentang peraturan- peraturan setiap permainan yang akan
berlangsung.
Menerangkan tentang persiapan yang perlu dilakukan oleh urusetia bagi
setiap permainan.
Menghadiri program sukan sempena Hari Sukan Negara peringkat Jabatan Kerja
Raya Batu Pahat yang berlangsung di Stadium Batu Pahat.

MINGGU 6 (9 OKTOBER 2016 13 OKTOBER 2016)

Membantu Pn. Asyikin mencari surat- surat serta dokumen yang berkaitan bagi
projek pembinaan Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Antara surat- surat dan dokumen tersebut adalah:
Surat penyerahan kenderaan dan pemandu.
Surat penyerahan blok Tenaga Nasional Berhad (TNB) siri kedua
37

Borang senarai kenderaan projek yang diserahkan kepada Jabatan Kerja


Raya (JKR) batu pahat.
Melawat projek pembinaan tapak semaian, dewan terbuka dan stor bagi Pejabat
Pertanian Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Mengikut En. Azrin (Penolong Jurutera) ke Pejabat Pertanian Ayer Hitam bagi
menyaksikan kerja- kerja konkrit ground slab. Antara ujian yang dilakukan di
tapak bina ialah:
Slump test
Cube test (7 hari dan 28 hari)
Mengemaskini buku log latihan industri. Menyusun gambar- gambar projek di
microsoft word bagi dicetak dan ditampal di dalam buku log latihan industri.
38

MINGGU 7 (16 OKTOBER 2016 20 OKTOBER 2016)

Melawat tapak pembinaan stor, tapak semaian dan dewan terbuka di Pejabat
Pertanian Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Membuat bab 1 bagi laporan akhir latihan industri UTHM.
Mengemaskini buku log latihan industri. Menyusun gambar- gambar projek di
microsoft word bagi dicetak dan ditampal di dalam buku log latihan industri.
Menghadiri mesyuarat teknikal bagi projek pembinaan Masjid Taman Banang
Jaya, Batu Pahat Johor.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Norlela Binti Abu Bakar (jurutera
bangunan 1 JKR Batu Pahat).
Mesyuarat dihadiri oleh wakil JKR Batu Pahat, pelajar yang sedang
menjalani latihan industri, jurutera tapak, konsultan dan wakil kontraktor.
Antara agenda mesyuarat ialah:
Membincangkan status pasukan teknikal di tapak projek.
Perkenalan dengan jurutera tapak yang baru.
Perkenalan dengan koordinator projek yang baru.
Peratusan kemajuan kerja di tapak projek.
Penerangan tentang surat amaran pertama dan kedua yang telah
dikeluarkan kepada pihak kontraktor.
Peringatan tentang surat amaran ketiga yang akan dikeluarkan.
Kesilapan dalam persempadanan projek.
Carta CPM yang harus dibaiki dan diubah.

MINGGU 8 (23 OKTOBER 2016 27 OKTOBER 2016)

Mengikut En. Azrin (Penolong Jurutera) ke tapak projek pembinaan stor, tapak
semaian dan dewan terbuka di Pejabat Pertanian Ayer Hitam Batu Pahat Johor.
39

Membantu mencari beberapa borang Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi


projek pembinaan Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja Batu Pahat Johor.
Mengemaskini buku log latihan industri. Menyusun gambar- gambar projek di
microsoft word bagi dicetak dan ditampal di dalam buku log latihan industri.
Membantu Pn. Asyikin untuk mencari borang- borang SPK.
Menghadiri mesyuarat bersama Pejabat Perdana Menteri bagi projek pembinaan
Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Mesyuarat dipengerusikan oleh wakil dari Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat dihadiri oleh Jurutera Daerah (Tn. Hj Ir. Alias Mohd Zain), Pn.
Norlela Binti Abu Bakar, Pn. Rahmahtunisa, Pengarah Kolej Jururawat
Parit Raja, pelajar praktikal, wakil daripada kontraktor utama dan wakil
daripada sub- kontraktor.
Antara agenda mesyuarat ialah:
Memantau kemajuan terkini projek pembinaan Kolej Jururawat
Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat Johor.
Menilai, memantau CPM dan S- Curve bagi projek tersebut.
Membincangkan tentang permasalahan- permasalahan yang
dihadapi di tapak projek.
Memeriksa tuntutan wang interim keseluruhan projek.
Melawat keseluruhan tapak projek pembinaan ditemani oleh jurutera
daerah, jurutera bangunan dan wakil kontraktor.
Beberapa cadangan dan pembaikan yang diberikan kepada pihak
kontraktor.
40

MINGGU 9 (10 OKTOBER 2016 3 NOVEMBER 2016)

Melakukan lawatan tapak di projek pembinaan Masjid Taman Banang Jaya Batu
Pahat Johor.
Mengemaskini buku log latihan industri. Menyusun gambar- gambar projek di
microsoft word bagi dicetak dan ditampal di dalam buku log latihan industri.
Membuat dan menyiapkan bab 1 dalam laporan akhir latihan industri.
Mengikut Pn. Hidayah (penolong jurutera) ke Hanson Quarry Sdn. Bhd. dan
Beton Mix Sdn. Bhd. bagi melihat proses trial mix konkrit gred 35 bagi projek
pembinaan Masjid Taman Banang Jaya Batu Pahat Johor.
Sebanyak 3 batch concrete mixture yang diadunkan bagi setiap syarikat
pengeluar.
Setiap batch concrete mixture akan menjalani satu kali slump test dan 3
biji cube 150mm dibuat.
Cube- cube tersebut kemudiannya akan di rendamkan di dalam tangki
yang berisi air di tapak projek.
Kemudian selepas 7 hari rendaman, kiub- kiub tersebut akan dilakukan
ujian mampatan (Compression Test).
Ujian mampatan tersebut turut dilakukan pada kiub- kiub yang telah
direndamkan selama 28 hari.
Menyertai kursus aplikasi media sosial yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya
Batu Pahat.
Kursus melibatkan staf- staf JKR Batu Pahat dan pelajar- pelajar yang
sedang menjalani latihan industri.
Kursus tersebut menerangkan, mengajar serta menunjukkan cara- cara
menggunakan aplikasi google drive, facebook, twitter dan email.

MINGGU 10 (7 NOVEMBER 2016 10 NOVEMBER 2016)


41

Mencari borang- borang yang telah disenaraikan oleh Pn. Asyikin bagi projek
pembinaan Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat Johor.
Membuat persediaan bagi majlis JKR Ronda yang akan dilaksanakan pada 10
November 2016 (Khamis).
Antara persediaan yang dibuat adalah seperti menyusun kerusi dan meja
di bawah khemah yang terletak di parking lot kenderaan staf.
Membuat bab 2 bagi laporan akhir latihan industri.
Menyertai bacaan Al- Quran secara beramai- ramai di dalam bilik mesyuarat
JKR Batu Pahat.
Mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah
Syariah Negeri Johor.
Antara tajuk ceramah tersebut adalah Undang- Undang Islam Dalam
Perkahwinan.
Ceramah tersebut dihadiri oleh semua staf JKR Batu Pahat termasuk staf
pentadbiran, staf lapangan dan pelajar praktikal.
Penceramah juga turut menyentuh topik penceraian dan poligami
mengikut undang- undang negara yang telah ditetapkan.
Menyertai majlis perasmian JKR Ronda Batu Pahat.
Majlis telah dirasmikan oleh Jurutera Daerah JKR Batu Pahat (Tn. Hj. Ir.
Alias Bin Mohd Zain).
Sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux turut diserahkan
kepada JKR Batu Pahat untuk majlis tersebut.
Kenderaan tersebut akan digunakan untuk tujuan meronda di kawasan-
kawasan yang mempunyai aduan samada aduan mengenai kerosakan
jalan raya, lampu isyarat dan lain- lain.

MINGGU 11 (13 NOVEMBER 2016 17 NOVEMBER 2016)

Menyertai lawatan tapak di projek pembinaan Masjid Sri Medan Batu Pahat
Johor.
42

Lawatan tersebut diketuai oleh jurutera bangunan 1 (Pn. Norlela Binti


Abu Bakar) dan dihadiri oleh Pn. Aida Binti Md. Salleh dan pelajar
praktikal serta jurutera tapak yang mewakili pihak kontraktor.
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk melihat kualiti kerja- kerja
konkrit yang telah dilakukan.
Beberapa teguran telah diberikan, antaranya ialah:
Kualiti permukaan tiang utama masjid yang berbentuk bulat
yang terletak di dalam masjid.
Keadaan tapak projek yang bersepah dan merbahaya.
Kerja- kerja konkrit lantai yang berlaku kesilapan.
Pembinaan tangga kayu yang tidak mencukupi bagi memanjat
rasuk bumbung.
Menyertai lawatan tapak bagi projek pembinaan Klinik Kesihatan 3 Yong
Peng.
Lawatan diketuai oleh Pn. Norlela Bin Abu Bakar, dan dihadiri oleh
En. Ruzaimi dan pelajar praktikal.
Antara perkara yang ditekankan adalah dari segi masa
pembinaan yang diambil.
Kerja- kerja pendawaian elektrik yang harus dibaiki dan
dikemaskan.
Mengikut En. Ruzaimi ke UTHM bagi menghantar sampel crusher run yang
diambil di Hanson Quarry International Sdn. Bhd. bagi dibuat ujian ayakan
(Sieve Analysis Test) bagi projek pembinaan Klinik Kesihatan 3 Yong Peng.

MINGGU 12 (20 NOVEMBER 2016 24 NOVEMBER 2016)

Mengemaskini buku log latihan industri UTHM.


Menyusun gambar- gambar aktiviti harian di dalam microsoft word untuk dicetak
dan ditampalkan di dalam buku log latihan industri.
Membuat laporan akhir latihan industri.
43

Mengikut Encik Mansor (penolong jurutera bangunan) ke Universiti Teknologi


Malaysia (UTM) bagi melihat ujian tensile besi keluli bagi projek pembinaan
Masjid Taman Banang Jaya Batu Pahat, Johor.
Mengisi borang- borang dan menghantar faks ke jabatan- jabatan yang terlibat
bagi lawatan audit di projek pembinaan Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja,
Batu Pahat Johor.
Menyertai lawatan audit bersama Puan Norlela Binti Abu Bakar, Arkitek dan
wakil kontraktor bagi projek pembinaan Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja,
Batu Pahat Johor.
Diberikan taklimat mengenai perkembangan projek oleh wakil
kontraktor.
Melakukan lawatan tapak di seluruh kawasan projek bagi melihat kualiti
kerja yang telah dilakukan oleh kontraktor.
Beberapa cadangan pembaikan yang diberikan kepada wakil pihak
kontraktor.
Membincangkan status cooker hood di dewan makan kolej.

MINGGU 13 (27 NOVEMBER 2016 1 DISEMBER 2016)

Menyertai mesyuarat pemantauan bagi projek pembinaan Kolej Jururawat


Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat Johor.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Jurutera Daerah Tn. Hj. Ir Alias Bin
Mohd Zain.
Mesyuarat turut disertai oleh Pn. Norlela, Pn. Rahmahtunisa, pelajar
praktikal, wakil kontraktor utama dan wakil- wakil sub- kontraktor.
Membincangkan tentang perkembangan terkini kerja- kerja pembinaan.
44

Kesemua sub- kontraktor dikerahkan untuk mempercepatkan kerja- kerja


pembinaan di tapak projek.
Antara kerja- kerja yang masih kritikal termasuklah kerja- kerja turapan
jalan, kerja- kerja saluran paip dan kerja- kerja penyamanan udara.
Jurutera daerah mengingatkan kontraktor utama mengenai nilai denda
LAD yang mencecah rm7648.00 sehari.
Mengikut En. Mansor ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi
menyaksikan proses ujian mampatan yang dilakukan kepada kiub konkrit 28 hari
bagi projek pembinaan Masjid Taman Banang Jaya Batu Pahat Johor.
Sebanyak 12 biji kiub konkrit yang dilakukan ujian mampatan, iaitu 6 biji
bagi trial mix di Hanson Mix Sdn. Bhd. dan 6 biji lagi bagi trial mix di
Beton Mix Sdn. Bhd.
Ujian tersebut dilakukan bagi melihat samada kiub- kiub konkrit tersebut
mencapai kekuatan minimum bagi gred konkrit 35.
Kesemua kiub yang diuji melepasi kekuatan minimum gred konkrit
tersebut.
Mengemaskini buku log latihan industri. Menyusun gambar- gambar aktiviti
mingguan di dalam microsoft word bagi dicetak dan ditampal di dalam buku log
latihan industri.
Mengikut Pn. Rahmahtunisa ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading bagi
membuat pemeriksaan terakhir (final inspection) di bengkel IBS Kolej tersebut.

MINGGU 14 (4 DISEMBER 2016 8 DISEMBER 2016)

Mengemaskini buku log latihan industri.


Membuat laporan akhir latihan industri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Membantu puan hidayah untuk mengisi borang- borang faks bagi mesyuarat
tapak ketiga projek pembinaan Masjid Taman Banang Jaya Batu Pahat, Johor.
Menghantar faks bagi mesyuarat tapak ketiga projek pembinaan Masjid Taman
Banang Jaya, Batu Pahat Johor.
Mengikut Puan Norlela Binti Abu Bakar ke projek pembinaan Klinik Kesihatan 3
Yong Peng, Batu Pahat Johor bagi lawatan tapak dan perbincangan mengenai
lawatan tapak yang akan dihadiri oleh rombongan dari JKR Besut Terengganu.
Menyertai bacaan Al- Quran secara beramai- ramai di bilik mesyuarat Jabatan
Kerja Raya Batu Pahat.
45

MINGGU 15 (11 DISEMBER 2016 15 DISEMBER 2016)

Menyertai lawatan tapak di projek pembinaan Klinik Kesihatan 3 Yong Peng,


Batu Pahat, Johor.
Lawatan tapak diketuai oleh Jurutera Daerah JKR Batu Pahat Tuan Hj. Ir.
Alias Bin Mohd Zain.
Lawatan turut disertai oleh rombongan dari JKR Besut Terengganu iaitu
diketuai oleh Jurutera Daerah Besut Terengganu.
Taklimat ringkas mengenai projek pembinaan diberikan oleh wakil
kontraktor.
Lawatan tapak di sekitar tapak projek disertai oleh wakil JKR Batu Pahat,
wakil JKR Besut, pihak kontraktor dan beberapa orang pelajar yang
sedang menjalani latihan industri di JKR Batu Pahat.
Beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan dan akan dilakukan
oleh pihak kontraktor.
46

Mengemaskini buku log latihan industri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM).
Menyusun gambar- gambar aktiviti mingguan di dalam microsoft word bagi
dicetak dan ditampalkan di dalam buku log latihan industri.
Mengikut Puan Rahmahtunisa penolong jurutera ke Projek Pembinaan Kolej
Jururawat Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat Johor bagi melakukan pemeriksaan
inventori bagi bangunan/ blok pejabat pentadbiran.
Menyertai bacaan Al- Quran secara beramai- ramai di bilik mesyuarat Jabatan
Kerja Raya Batu Pahat.

MINGGU 16 (18 DISEMBER 2016 22 DISEMBER 2016)

Mengemaskini buku log latihan industri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM).
Menyusun gambar- gambar aktiviti mingguan di dalam microsoft word bagi
dicetak dan ditampalkan di dalam buku log latihan industri.
Membuat laporan akhir latihan industri UTHM.
Mengikut Puan Rahmahtunisa penolong jurutera ke projek pembinaan Kolej
Jururawat Masyarakat bagi melakukan pemeriksaan inventori di bangunan/ blok
dewan tertutup KJM.
Melakukan pemeriksaan samada perabot, peralatan, dan kelengkapan
seperti yang dinyatakan di dalam pelan telah diletakkan di kawasan
tersebut.
Memeriksa samada perabot, peralatan dan kelengkapan seperti yang
dinyatakan di dalam pelan berada di dalam keadaan yang sempurna dan
baik.
47

Membuat senarai inventori bagi Projek Pembinaan Kolej Jururawat Masyarakat


Parit Raja, Batu Pahat Johor bagi blok pejabat pentadbiran dan dewan tertutup.
Mengikut Puan Rahmahtunisa penolong jurutera bangunan ke projek pembinaan
Kolej Jururawat Masyarakat Parit Raja, Batu Pahat Johor bagi melakukan
pemeriksaan inventori bagi bangunan/ blok asrama dan dewan makan.

BAB 5:
CADANGAN
48

&
KESIMPULAN

BAB 5

CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan pembaikan yang ingin diutarakan. Antaranya ialah seperti:

1. Jabatan Kerja Raya Batu Pahat:


a. Menempatkan pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri di
dalam pelbagai bahagian secara berperingkat, agar pelajar tersebut dapat
pengalaman dalam pelbagai bahagian di dalam JKR seperti di bahagian
bangunan dan bahagian jalan.
b. Jurutera- jurutera seharusnya lebih kerap membawa dan mendedahkan
pelajar- pelajar tentang keadaan di tapak pembinaan seperti lawatan
tapak, mesyuarat- mesyuarat tapak dan teknikal serta audit fizikal
bangunan.
49

c. Pegawai-pegawai JKR seharusnya lebih kerap memberikan penerangan


kepada pelajar tentang kerja- kerja teknikal yang sedang dilakukan di
tapak projek.

2. Kontraktor:
a. Kontraktor seharusnya bersedia untuk menerima kunjungan daripada
pelajar- pelajar yang menjalani latihan industri di tapak projek mereka
pada bila- bila masa.
b. Pihak kontraktor seharusnya memberikan penerangan dengan lebih lanjut
kepada pelajar- pelajar tentang kerja- kerja yang sedang dilakukan di
tapak projek.
c. Pihak kontraktor seharusnya menyediakan PPE yang lengkap kepada
pelajar- pelajar seperti kasut keselamatan, topi keselamatan dan vest
keselamatan.

KESIMPULAN

Saya berasa bersyukur kepada hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya,
saya dapat menjalani latihan industri ini dengan selamat selama lebih kurang 4 bulan.
Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya telah mempelajari banyak ilmu yang
belum pernah saya pelajari dan lakukan, tidak kira dari segi praktikal, teori, pengalaman
mahupun pengetahuan. Antaranya ialah pendedahan mengenai kaedah yang digunakan
oleh seseorang penyelia tapak di dalam menguruskan sesuatu projek pembinaan supaya
ianya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik. Selain itu, setiap masalah yang
dihadapi bagi projek tersebut perlu diatasi dengan segera supaya tidak berlaku
kelewatan. Cara berkomunikasi dengan pekerja juga adalah amat penting. Ini kerana
mereka perlu mendapat arahan yang sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja
tersebut dengan berkesan.

Sepanjang saya menjalani latihan industri selama 16 minggu di sini, saya banyak
didedahkan kepada situasi bekerja yang sebenar. Saya telah diajar untuk berdikari dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga diberi kepercayaan untuk menjaga
50

sesuatu projek mengikut jadual dan spesifikasi yang dikehendaki. Pihak JKR juga
membantu saya berkomunikasi dengan kakitangan sekerja, orang atasan dan juga
masyarakat sekeliling.

Selain itu, saya juga belajar untuk menguruskan sesuatu projek dari peringkat
awal hingga akhir, iaitu dari peringkat lawatan tapak, sebut harga dan seterusnya
peringkat pembinaan dan peringkat penyerahan projek. Saya juga diberi tunjuk ajar
menyediakan dokumen-dokumen untuk penyerahan sesuatu projek.

Di samping itu, saya menjadi seorang yang berani untuk menanggung sebarang
risiko dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja. Saya juga diajar untuk
mengetahui spesifikasi dan keperluan bahan yang perlu di gunakan dalam sesuatu projek
untuk memastikan bahan yang digunakan adalah mengikut piawaian yang telah di
tetapkan oleh pihak JKR.
Selain pengurusan di tapak projek, saya juga mendapat pendedahan di pejabat.
Saya diajar tentang cara- cara untuk mengisi borang sebut harga, membuat perancangan
projek, menguruskan dokumen pembayaran projek dan sebagainya.

Selama saya berada di JKR Batu Pahat, saya telah menimba banyak ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang pengurusan pembinaan dan
kejuruteraan. Saya berharap dengan ilmu yang saya peroleh sepanjang latihan industri
akan dapat membantu saya untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berdisiplin demi
menaikkan lagi nama UTHM di dalam dunia pekerjaan.

Selain itu, saya juga dapat membentuk sahsiah diri dengan baik dan dapat
mematangkan lagi pemikiran saya dalam berurusan dengan kakitangan syarikat yang
lain. Saya dengan sedaya upaya akan segera menyiapkan kerja tersebut seperti yang
telah dijanjikan oleh pihak terbabit mengikut kecekapan dan kemampuan saya sendiri.

Oleh itu, peluang untuk menjalani latihan Industri adalah menjadi satu kemestian
bagi setiap pelajar kerana ianya akan membawa pelajar untuk menjalani sendiri situasi
51

pekerjaan yang sebenar seterusnya ianya sedikit sebanyak akan membuka pemikiran
pelajar itu sendiri untuk berhadapan dengan sesuatu masalah.

Sikap yang paling penting sekali bagi setiap pelajar semasa menjalani latihan
industri ini ialah perasaan tanggungjawab terhadap sesuatu tugasan yang telah
diamanahkan. Sikap ini sangat penting bagi menjaga imej diri dan juga pihak universiti.
Jika sikap ini diabaikan, maka hilanglah kepercayaan pihak syarikat terhadap
kemampuan seseorang pelajar yang menjalani latihan industri tersebut.

Akhir sekali, dapatlah di simpulkan bahawa sesungguhnya latihan industri ini


adalah satu program latihan yang wajib dan bermanfaat bagi setiap pelajar kerana ia
dapat melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengalaman walaupun belum menamatkan
pengajian. Saya juga berharap laporan yang telah saya hasilkan ini dapat memberi
panduan kepada semua.

LAMPIRAN
52

Menyaksikan Ujian Terhadap Sampel Air Yang Dilakukan Di Dalam Makmal UTHM
53

Gambar Lokasi Tapak Pembinaan Masjid Di Pekan Sri Medan, Batu Pahat, Johor
54

Gambar Ujian Slump Test Yang Dilakukan Bagi Kerja- Kerja Konkrit Ground Beam
55

Gambar Ujian Cube Test Yang Dilakukan Bagi Kerja- Kerja Konkrit Ground Beam
56
57

Mesyuarat Teknikal Bagi Projek Pembinaan Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat,
Johor
58

Gambar Lokasi Tapak Pembinaan Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat, Johor
59

Mesyuarat Bagi Program Hari Sukan Peringkat JKR Batu Pahat Bersempena Program
Hari Sukan Negara 2016
60

Program Mingguan Bacaan Al- Quran Dan Yassin Secara Beramai- Ramai
61

Lawatan Tapak Bagi Pembinaan Dewan Terbuka Di Pejabat Pertanian Ayer Hitam, Batu
Pahat, Johor
62

Anda mungkin juga menyukai