Anda di halaman 1dari 19

KOLEJ VOKASIONAL KUDAT

PETI SURAT 141, 89057 KUDAT, SABAH.

KERTAS PENERANGAN
KOD NAMA DAN
WTP TEKNOLOGI PEMBINAAN (DIPLOMA)
PROGRAM

TAHUN/SEMESTER TAHUN 2 / SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


WTP 7013 MANAGEMENT OF CIVIL ENGINEERING WORKS
MODUL

1.PERFORM PROJECT CONTROL


2. CONDUCT EARTHWORK MANAGEMENT
3. CONDUCT DRAINAGE WORKS MONITORING

NOMBOR 4. CONDUCT ROADWORK MONITORING


KOMPETENSI 5. CONDUCT TRAFFIC MANAGEMENT MONITORING
6. CONDUCT WATER RETICULATION WORKS MONITORING
7. CONDUCT WASTE WATER WORKS MONITORING
8. CONDUCT RIVER PROTECTION WORKS MONITORING

2.1 PREPARE WORK SCHEDULE BASED ON CONTRACT


DOCUMENT.
2.2 OBTAIN ACTUAL WORK PROGRESS
2.3 EXECUTE SITE EVALUATION OF WORK DONE
OBJEKTIF PENCAPAIAN
2.4 PRODUCE PROGRESS ASSESSMENT DOCUMENT IN
MONITORING EARTHWORKS
2.5 ARRANGE PROGRESS ASSESSMENT TO SUPERIOR

BIL. MUKA SURAT 19

1
TAJUK:

TUJUAN:

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh MELAKSANA URUSAN


KERJA TANAH menepati spesifikasi yang ditetapkan.

PENERANGAN
1.0 PENGENALAN -
Kerja tanah dilakukan untuk menghasilkan kawasan bertanah aras yang boleh
digunakan untuk kediaman, perniagaan dan rekreasi . ia juga bagi memastikan
kecuraman yang diperlukan untuk laluan atau jalanraya bersesuaian supaya pengguna
dapat bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan selesa. Kerjatanah
berkait rapat dengan pembinaan asas dan bangunan dan merupakan sebahagian dari
kebanyakan projek pembangunan yang dilaksanakan samada berskala kecil atau
besar. Oleh itu bagi memastikan proses dan pelaksanaan kerja tanah berjalan
mengikut prosedur dan kesan yang terhasil dari kerjatanah dapat ditangani,
pengurusan kerjatanah perlu dilakukan sebaik mungkin. Pengurusan kerjatanah pula
akan menumpukan kepada perancangan, cara mengendalikan pelaksanaan kerja
tanah dan kesan dari kerja-kerja tanah yang dijalankan

2.0 PENGERTIAN
Kerja tanah bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level) iaitu
aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menambun tapak seperti
yang dikehendaki dalam lukisan tapak. bagi menempatkan bangunan yang
dicadangkan
Pengurusan kerja tanah mengandungi kerja-kerja mengatur,menyelaras,
mengendali ,menanggani kesan dari kerja-kerja tanah yang dijalankan,
menyelesai masalah dan menentu cara kerja tanah dapat dilaksanakan mengikut
prosedur yang betul

3.0 MENGURUS KERJA TANAH


Mengurus kerja tanah adalah merancang dan mengatur kerja bagi memastikan
aktiviti-aktiviti kerja tanah dapat dijalankan dengan lancar mengikut program kerja.
Lazimnya dalam industri pembinaan berskala besar Jawatankuasa pengurusan
dibentuk untuk membolehkan perbincangan dan komunikasi dalam membuat keputusan
dilakukan bagi setiap peringkat supaya masalah dan halangan yang mengganggu dapat
dikurangkan.

2
Jawatankuasa ini diketuai oleh Pengurus Projek sebagai Pengerusi. Berfungsi untuk
membincangkan hal-hal berkaitan polisi dan membuat keputusan berhubung
perlaksanaan kerja tanah. Juga berfungsi sebagai orang tengah bagi komunikasi diantara
ibu pejabat dengan pejabat tapak..
Pelaksanaan dalam urusan kerja tanah ini adalah satu isu yang komplek. Ini
disebabkan oleh aktiviti kerja tanah yang cukup luas sepertimana juga kesan impak
pada persekitaran yang cukup besar yang terhasil dari kerja tanah yang dijalankan.
Bagimanana pun isu-isu yang berbangkit ini perlu diurus dan dirancang
penyelesaiannya . Jawatankuasa yang dibentuk ini juga bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin wujud semasa perlaksanaan projek kerja
tanah.
Urusannya perlu diteliti dan segala tindakan perlulah mengambilkira kehendak-
kehendak kontrak (Buat penelitian dan tafsiran kontrak dengan jelas bagi memasti
pematuhannya)
Melalui pengurusan kerja tanah dan perancangan yang baik, impak persekitaran
boleh dikurangkan .

3.1 Tujuan
mengendali sebarang kemusnahan yang berkaitan dengan kerja tanah dapat
dikurangkan, pembangunan tapak bina selamat dan stabil serta landskap dapat
dipelihara.
menyediakan dan mengatur kegunaan, pembangunan , perlindungan tanah serta
sumber-sumber fizikal dan dalam waktu yang sama menghindar,memulih atau
mengurangkan kesan negatif kerja tanah seperti kehilangan tanah dan mendapan
Menyediakan satu rekabentuk kerja tanah bagi meminimum risiko ketidakstabilan,
meminimum hakisan dan pergerakan mendapan diluar kawasan kerja terutama
terusan,sungai, dan kawasan berpaya
Merancang dan menganjurkan satu rekabentuk kerja tanah dan landskap dimana
yang perlu.bagi Mereflek rupabumi yang semulajadi
Mengendali pengangkutan tanah atau bahan bahan timbusan pembinaan
dikeluarkan daripada tapak bina, dkendalikan dengan cara selamat dan meminimum
kesan negatif .

4.0 MENYEDIAKAN JADUAL KERJA TANAH


Apabila Kenyataan Kaedah dihasilkan, ia hendaklah terjemahkan dalam bentuk program
kerja yang menunjukkan task yang perlu dilakukan, bila ia mula dan siap , tempoh dan
urutan kerja . Laluan kritikal yang perlu diberi perhatian. Perlu diingat laluan kritikal
menyebabkan aktiviti tidak dapat dimulakan sehingga aktiviti sebelumnya disiapkan . Jika
3
berlaku kelewatan, aktiviti akan terjejas dan keseluruhan projek akan lewat kecuali aktiviti
yang mengikuti aktiviti yang lewati, disiapkan lebih awal.

4.1 Aktiviti aktiviti Untuk Penjadualan Kerja


Penyediaan Jadual kerja Tanah perlu melibatkan aktiviti Kerja tanah yang ditetapkan .
Perkara yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti apakah aktiviti yang
dimaksudkan dengan mengambilkira keadaan tapak samada berbukit, landai,
bercerun rata dan sebagainya. Oleh itu Aktiviti Kerja tanah akan terdiri daripada
kerja-kerja berikut :
Penyiasatan tapak Kerja penambakan
Pembersihan Tapak Kerja Penggalian
Mengaras formasi profil Tapak bina Kerja Pemadatan tanah
Mengaras garisan dasar datum Pengawasan kerja tanah
Kerja pemotongan

5.0 ANALISA KAEDAH PEMBINAAN


Kaedah pembinaan projek mestilah merujuk dan mematuhi Program Kerja dimana
ianya menjadi sebahagian daripada dokumen kontrak. kaedah-kaedah
pembinaannya bolehlah dirangka berdasarkan skop kerja berkaitan yang telah
ditetap dalam progam kerja.

5.1 Keperluan Bagi Pembinaan Kerja tanah


a) Spesifikasi bagi kerja pembersihan, menyingkir, mengumpul/menempat,
benching, kawalan air tanah dan penyiasatan
b) Saliran sementara dan kawalan hakisan untuk pembinaan
c) Penyiasatan dan Keperluan kawalan kualiti serta kaedah

5.2 Kaedah Pembinaan Kerja Tanah


Kaedah Pembinaan dalam kerja tanah ditentukan mengikut peringkat kerja tanah
yang dijalankan. Peringkat kerja tanah biasanya tercatat pada program kerja .
Kontraktor hendaklah merujuk dan mengkaji apakah keperluan yang perlu dipenuhi.

5.2.1 Peringkat Penyiasatan Tapak


Kaedah Pembinaan dalam penyiasatan terbahagi kepada 3 peringkat.
i. Penyiasatan Awalan
ii. Penyiasatan komprehensif
iii. Penyiasatan tambahan
i) Penyiasatan Awalan
a) Tujuannya
bagi menentukan kerumitan yang mungkin beraku dalam pembinaan,
membolehkan persediaan laporan konsep dan perancangan awal
menentukan keperluan untuk penyiasatan geoteknikal yang komprehensif.
b) Urusan dalam pelaksanaannya hendaklah mencakupi faktor berikut:
4
Pemilik Tanah
Geologi Wilayah
Topografi dan sifat-sifat utama
Sistem Saliran dan air bawah tanah
Keadaan subsoil tempatan
Kestabilan
c) Penyiasatannya hendaklah berasaskan kepada:
Penyiasatan n visual tapak
Semakan maklumat sedia ada:
Peta geoteknikal
Laporan sedia ada
Foto/gambar
pengetahuan tempatan
ii) Penyiasatan Komprehensif
a) Tujuannya
Membolehkan penyediaan laporan penyiasatan geoteknikal dibuat
Mengenalpasti bahaya dan cadangan kaedah bagi mengurangkan bahaya
Membolehkan pembangunan kaedah pembinaan projek dilaksanakan.
Menyediakan rekabentuk terperinci kerja tanah.

b) Laporan Penyiasatan Geoteknikal hendaklah mencakupi faktor berikut:


Faktor-faktor bagi penilaian persediaan meliputi perkara yang digaris pada (b)
bahagian Penyiasatan Awalan tetapi lebih terperinci
Rekabentuk khas atau keperluan pembinaan.
Keperluan khas untuk asas .
Servis
Akses
Aliran keluar bahan buangan
c) Penyiasatan komprehensif dan laporan Penyiasatan geoteknikal hendaklah
berasaskan kepada perkara berikut:
Keperluan untuk laporan persediaan hendaklah meliputi perkara yang digaris pada
(b) bahagian Penyiasatan Awalan tetapi lebih terperinci .
Penyiasatan subsoil
Analisa kestabilan Cerun
Pengalaman dari projek-projek yang sama sebelumnya

iii) Penyiasatan tambahan


a) Tujuan
Mendapatkan butiran lanjut rekabentuk yang spesifik cth: CBR test
Menganalisa keperluan pembinaan
Membuat perubahan pada laporan penyiasatan

b) Laporan tambahan hendaklah mencakupi factor-faktor berikut:


Hubungannya dengan laporan komprehensif
Rekabentuk dan keperluan pembinaan bagi item-item khusus seperti subgred
jalanraya dan tembok penahan.

5.2.2 Peringkat Kerja pemotongan


Adalah kerja pengorekan tanah di tapak untuk mendapatkan aras pembentukan.
Kaedah

5
Kaedah Pemotongan tanah dilakukan dengan menggunakan jentolak dan jengkaut,
tali seret dan pengorek-kaut. Pengorek. Jentolak dilengkapi dengan bilah pada
bahagian depannya.
Aktiviti pemunggahan dan pengangkutan diperlukan sekiranya tanah yang dikorek
perlu dikeluarkan daripada tapak. Tanah tersebut mungkin dipindahkan ke tapak lain
yang perlu ditambun atau dibuang di tempat buangan yang ditentukan. Jentera untuk
memunggah adalah jengkaut, jentera untuk mengangkut adalah lori dan trak .
Pemilihan loji pengangkut ditentukan berdasarkan muatan yang dapat diangkut dan
kelajuan bergerak di tapak.

5.2.3 Peringkat Kerja penambakan


Penambakan dilakukan dalam pelbagai kaedah dan bahan
Penambakan dilereng bukit dan cerun
Sebelum penambakan dilakukan diatas tanah semulajadi bercerun atau tanah timbus
bercerun yang curamnya melebihi nisbah 4:1, buat benches pada lebar min 100 ka.
Sebelum menempatkan tambakan tanah di atas tanah semulajadi bercerun 4:1 atau
rata,permukaan tanah sedia ada hendaklah di bajak terlebih dahulu.
Penambakan tanah liat dan batu lembut
Jika timbusan batu menggunakan batu yang yang terkakis lebih cepat, batu-batunya
akan bertukar menjadi tanah yang akan memenuhi lompang-lompang antara batu.
Pemendapan pada tambakan akan berlaku yang beoleh menyebabkan kegagalan.
Tanah liat adalah satu contoh yang boleh menyebabkan kegagalan dimana kepingan
besar tanah liat mudah berpecah dalam tanah dan boleh menyebabkan
ketidakstabilan. Penambakan menggunakan bahan ini perlu dipantau dan dihadkan

Tambakan Batu
Bahan ini mengandungi batu berisipadu -3 yd atau lebih.Pada tambakan batu,
lompang-lompang antara batu terbentuk besar. Walaupun lompang diisi dengan batu
kecil pada atas atau sisi tambakan, lompang dalam tambakan masih kekal. Oleh
kerana batu-batu tambakan biasanya utuh, hanya sedikit gerakan kecil akan berlaku
dalam tambakan terzebut kerana geseran dan kekunci yang wujud antara butir batu,

5.2.4 Kerja Penggalian


Kerja penggalian tanah dilakukan bagi penyedian tapak untuk sesuatu struktur
yang dibina seperti, penempatan culvert,pembinaan Headwall dan wingwall ,
pemasangan paip-paip saluran sanitasi serta pembinaan parit-parit longkang
sementara.

6
Lubang-lubang pula dibuat untuk pembinaan asas pad, tangki najis, ruang
penapis kerja-kerja cerucuk, kepala cerucuk ,penahan peparit penyemburan
racun anti serangga dan sebagainya.
Sebelum kerja-kerja penggalian dimulakan, batasan penggalian dirancang tanda
seperti dinyatakan dalam pelan. Dan disahkan oleh Jurutera.
Dalam kerja penggalian, bahagian tanah berlebihan dan bahan-bahan lain seperti
log,tunggul,akar-akar akan disingkirkan dri tapak dan dilupus dilokasi yang
diluluskan.
Kaedah penggalian dan cara ia dilakukan telah dibincang dalam modul WTP 105
(Kompetensi 2 Setting Out and excavating trenches for shallow trenches)

5.2.5 Peringkat Kerja Pemadatan tanah


Kawasan yang ditambun perlu dipadatkan. Tujuan untuk meningkatkan ketumpatan
tanah yang longgar. Proses pemadatan dapat memaksa butiran tanah menjadi rapat
seterusnya mengeluarkan udara dan air daripada tanah tersebut. Seterusnya dapat
meningkatkan keupayaan galas tanah, mengurangkan kebolehmampatan,
mengurangkan kebolehtelapan dan hakisan.
Kaedah:
Kaedah pemadatan dilakukan secara berperingkat mengikut lapisan demi lapisan.
Tanah yang longgar akan dituang dan direbakkan dalam lapisan setebal 150-
250mm.. Sebelum dipadatkan, tanah perlu diberi kelembapan yang optimum
sebagai bahan pelincir dalam proses pemadatan. Sambungan . Jentera yang
digunakan : - Penghentak atau pemadat getar - Penggelek getar - Penggelek
roda keluli licin
Urusan pemadatan hendaklah mengikut standard yang ditetapkan ( Section
205.5 of NZS 4404:1981- New Zealand Standard) yang menghuraikan
pemadatan,lompang udara,kekuatan ricih,ketumpatan dan ujian pemadatan
lapangan yang perlu dijalankan pada bahan timbus semasa penyiasatan dan fasa
pembinaan projek

6.0 KEMAJUAN KERJA TANAH MENGIKUT KONTRAK


Kontraktor hendaklah menjalankan kerja tanah mengikut lukisan dan keperluan
spesifik kontrak yang dipersetujui.Sebelum memulakan kerja, program kerja
hendaklah difahami dan ditafsir dengan tepat supayakerja berjalan mengikut progress
dan kerja-kerja tanah dapat disiapkan mengikut jadual .

6.1 Program Kerja Tanah:


Sekiranya pembinaan dilakukan dalam skala yang besar dan dalam operasi kerja tanah
yang berulang-ulang, adalah penting mendapatkan satu permulaan perancangan yang
berkesan darpada peringkat awal operasi. Bagi mendapatkan perancangan kerja tanah
yang berkesan,pengurangan jarak untuk pergerakan tanah dan mengoptimum peralatan
7
yang diperlukan menjadi asas utama. Untuk merealisasinya , ia perlu dirangka dalam
program kerja tanah.
Program kerja tanah dilakukan oleh pekerja yang berpengalaman dalam kerja-kerja
pembinaan untuk membuat perancangan yang sesuai.
Antara program pembinaan yang digunakan adalah program carta bar, lengkung s,
CPM, Microsoft project dsb.
Kaedah program kerja yang lazim diguna dalam industri pembinaan adalah Carta
Gantt.
Untuk membolehkan sesuatu kemajuan selari dengan program pembinaan yang
dirancang, pengawasan yang baik diperlukan oleh Jurutera Tapak.
Program pembinaan mestilah merangkumi perancangan masa, kos, bahan, pekerja
dan loji.

6.2 Memastikan Kemajuan kerja sebenar mengikut Program kerja


Penetapan dan pengurusan kerja kerja tanah perlu diatur sebaiknya mengikut
program kerja dan kehendak.kontrak secara kseluruhannya.Ia adalah perlu supaya
progress kerja berlaku seperti yang dirancang.
Kontraktor juga perlu menyedia dan melaksanakan pelan pengurusan kerja tanah
yang mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Kajian Tanah perlu dilakukan bagi menentukan kekuatan tanah
ii. Seboleh-bolennya kerja kerat/menambung tanah diminimumkan
iii. Saliran dan pembetung perlu dirancang dan ditempatkan

6.3 Merangka Program Kerja


Kerangka program kerja tanah hendaklah memenuhi perkara perkara berikut :
Memenuhi semua kriteria pelan
Tidak semestinya mengubah aras bumi pada kontor tanah
Menyediakan asas yang cukup untuk jalan raya dan perkhidmatan
Tidak semestinya mengubah bentuk bumi semulajadi atau keadaan asal kecuali
dibenarkan mengikut pelan.
Dapat menampung aliran air permukaan dan bawah tanah

6.4 Perbandingan antara kemajuan kerja sebenar dan kemajuan yang dirancang.
Carta gantt di bawah menunjukkan perbandingan antara kemajuan kerja yang
dirancang dan kemajuan sebenar yang dicapai.
Sebahagian besar tempoh yang dirancang bertepatan dengan kemajuan sebenar

8
CONTOH PROGRAM PERLAKSANAAN KERJA TANAH

SEBENAR

PERANCANGAN

Catatan ; Pengisian Jadual Perlaksanaan Kerja Tanah boleh dinyatakan mengikut


minggu
atau bulan. Sebarang penambahanpada jadual dibenarkan

7.0 PENILAIAN PROGRES KERJA TANAH


Penilaian tapak binaan dan kerja tanah melibatkan pengumpulan maklumat tentang lot
tanah dan kawasan sekelilingnya. Maklumat ini hendaklah mengandungi sifiat-sifat

9
fizikal tanah, bagaimana air sedia ada diagih dan mengalir dalam tanah, kedalaman
sehingga lapisan limit bawah tanah dan sebagainya. Penilaian dibuat melalui
pemantauan dan operasi pembinaan kerja tanah yang dijalankan.Pemantauan
dilakukan dalam dua situasi iaitu Pemantauan Sebelum dan semasa pembinaan
Projek :
Berikut adalah elemen-elemen yang memerlukan pemantauan
Pemantauan Sebelum pembinaan Projek :
Tanah dan kandungan batu baur, atterberg Limit, pemadatan CBR, pengecutan
Linear, kebolehtelapan
Mekanik batu batan, Ujian Beban Tumpu (Point Load Test), Unconfined
Compression test, Triaxial, Direct Shear Test
Kekuatan ricihan tanah
Pemantauan gegaran dan kebisingan

Pemantauan Semasa pembinaan Projek


Kerja Tanah, pemotongan dan timbunan dibawah ujian aras 1
Pemasangan kemudahan/servis
Pemotongan terbuka dan penggalian dalam.
Teknologi tanpa peparit
Impak Air tanah dan air permukaan
Penyiasatan kapasiti dan kedalaman asas yang sesuai, asas cetek dan asas
dalam

7.1 Melaksanakan Penilaian Tapak


Penilaian dilakukan terhadap elemen-elemen berikut:
7.1.1 Penyiasatan tapak
i) Penaksiran/Penilaian Tapak Awalan
Sebelum sebarang perancangan atau rekabentuk, jurutera akan melaksanakan
penaksiran awalan bagi melihat karekter dan sifat semulajadi tapak bina dengan lebih
terperinci . Ia bagi menentukan kemungkinan keperluan untuk kerja tanah dan /atau
keperluan untuk penyiasatan lanjut untuk kesesuaian dari segi kaedaan asas dan
kestabilan tanah semulajadi. Penaksiran awalan perlu dilakukan pada keseluruhan
persekitaran tapak dan tidak dipengaruhi oleh sewaan tanah, politikal atau perkara-
perkara sempadan lain
ii) Kestabilan Cerun
Tanda-tanda ketidakstabilan cerun memperlihatkan keretakan atau bonjolan pada
permukaan, bengkokan pada pagar, pokok atau tiang letrik yang membongkok,
10
permukaan jalan yang tidak sekata, air bertakung /lopakan , resapan air .Keadaan ini
memberi gambaran dan tafsiran yang jelas untuk diambil tindakan susulan supaya
pemulihan cerun dapat dilakukan.
iii) Kestabilan Asas
Kajian berkaitan topografi tapak dan persekitaran kawasan boleh menjelaskan
kawasan berkenaan mungkin telah dibangunkan sebelumnya disebabkan adanya
pergerakan tanah semulajadi atau oleh penempatan bahan-bahan timbus . Bahan-
bahan timbus perlu juga dipastikan samada telah dimampat dengan kawalan yang
baik atau tidak. Mendapan dalam jangka panjang yang berbeza boleh juga berlaku,
keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada struktur superimpose, jalan
raya,perkhidmatan atau kerja-kerja pembangunan yang lain
iv) Perkhidmatan pakar
Setelah Jurutera dilantik, ia perlu menyerahkan laporan bertulis kepada
Jawatankuasa tentang butir-butir rancang tanda sebarang penyiasatan yang
dilakukan termasuk butir-butir lanjut kontor,sifat semulajadi dan cadangan ubahsuai.
Satu kenyataan pandangan profesional perlu dibekalkan kepada Majlis Berkuasa .
Kenyataan yang dimaksudkan berkaitan dengan kesesuaian tanah untuk kegunaan
yang dicadangakan atau subdivision dengan butir-butir lanjut sebarang syarat-syarat
khusus yang akan dikenakan. Kenyataan hendaklah ditulis dalam format seperti
mana dalam lampiran apendik 1 :

7.1.2 Kawalan Air Ribut


Dengan peningkatan kadar aliran air permukaan/air hujan atau air larian yang
menghakis tanah, perhatian perlu diberikan bagi mengawal air rebut dan memastikan
air dialirkan ke culvert pada setiap masa. Kontraktor atau pemaju bertanggungjawab
bagi memastikan grid yang mencukupi untuk menerima aliran air larian dan
diselenggara dengan baik dalam tempoh kerja-kerja pembinaan dijalankan atau
sehingga satu masa dimana tanah menjadi lebih stabil memenuhi standard
kejuruteraan. Kontraktor diingatkan juga tentang hakisan tanah dan keperluan
melindungi keseluruhan kerjatanah dari hakisan disebabkan air permukaan dalam
tempoh berkenaan.
Contoh Grid yang diguna di permukaan jalan/kaki lima

7.1.3 Prosedur Pembinaan

11
Sebelum sebarang kerja tanah dimulakan, kawasan pemotongan tanah dan tambunan
perlu di tanda dengan jelas. Pada bahagian bahagian yang perlu, pagar atau sekatan
secukupnya perlu dibina disekeliling pokok atau lain-lain objek yang mahu dipelihara
atau dilindungi. Semua aktiviti tapak termasuk pembersihan, penyimpanan,pemotongan
dan tambunan mestilah dijauhkan dari zon yang dilindungi tersebut.
Kerja tanah yang dijalankan hendaklah mematuhi keperluan STANDARD
SPECIFICATION FOR ROAD WORK JKR/SPJ/2013-S2: SECTION 2- EARTHWORK

7.1.4 Perlindungan hartanah dari banjir


Mengikut seksyen 106 -Resource Management Act 1991 and Section 36 of the
Buiding Act 1991, Majlis Berkuasa tidak akan memberi kebenaran Pembinaan
sekiranya tanah atau bangunan terlibat dengan masalah banjir kecuali langkah
menghindari yang memuaskan , pemulihan atau penyiasatan dilakukan .

7.1.5 Tapak Arkeologi dan Bersejarah


Sekiranya tapak arkeologi atau sejarah ditemui,semasa operasi kerjatanah, semua
operasi yang sedang dijalankan perlu dehentikan serta merta dan tidak lagi boleh
diubahsuai atau diganggu dalam apa cara kecuali arahan baru dikeluarkan oleh
Jabatan Warisan Negara atau pihak berkuasa yang berkaitan

7.1.6 Pelan Pengurusan


10 hari sebelum kerja tanah dimulakan di tapak, Pelan pengurusan hendaklah
menghuraikan prosedur yang perlu digunapakai bagi mengurangkan habuk/debu,
sumber-sumber air yang dikehendaki dan nama personel yang perlu dihubungi jika
berlaku gangguan habuk/.debu . Kerja tanah tidak harus diteruskan sehingga pihak
pihak terbabit mampu mengawal gangguan habuk dengan berkesan

7.1.7. Kawalan Kebisingan


Operasi semua peralatan pergerakan tanah hendaklah dihadkan antara jam 6.30 pagi
hingga 7.00 petang (Ahad-Khamis atau Isnin Jumaat dan 7.30- 6.00 petang setiap
sabtu). Tiada jentera pergerakan tanah dioperasi pada hari Jumaat /Ahad dan cuti
umum.
Jentera pembinaan ditapak boleh dioperasi dalam cara kebisingan boleh dikawal pada
aras yang betul (berasaskan pengukuran L10 )

7.2 Verifikasi Peringkat Kerja Dalam Kerja Tanah


Peringkat Kerja Dalam Kerja Tanah seperti disenaraikan dalam jadual diatas
adalah tidak tetap dan boleh berubah mengikut keadaan tapak .. Program kerja tanah
mengandungi pelbagai skop kerja sebagai sebahagian daripada jadual kerja seperti
disenaraikan dalam jadual kerja di atas dan beberapa tambahan peringkat kerja yang
difikirkan perlu dalam situasi yang lain.

12
Penyiasatan tapak Kerja Penggalian
Pemasangan saliran sementara Berm drain & Toe Drain
Penempatan Silt Trap/ Takungan/kolam Kerja Pemadatan tanah
tadahan kelodak
Membina struktur pengukuhan cerun
Pembersihan tapak Menanam rumput
Kerja Pemotongan Pengawasan kerja tanah
penambakan tanah

Jadual dibawah adalah contoh dimana verifikasi dan pemeriksaan dilakukan


mengandungi maklumat Kerja Tanah yang didirekodkan

VERIFIKASI DAN PEMERIKSAAN TANAH


BIL VERIFIKASI DAN PEMERIKSAAN TASK BERTERUSAN BERJADUAL
1 Verifikasi bahan dibawah asas cetek adalah
mencukupi untuk mencapai kapasiti galas yang --- X
direka
2 Verifikasi penggalian diperluaskan kepada
--- X
dalam yang sesuai
3 Melakukan pengelasan dan ujian bahan timbus
--- X
yang dimampat
4 Verifikasi penggunaan bahan yang sesuai,
---
ketumpatan dan ketebalan
5 Sebelum penempatan timbusan termampat,
periksa subgred dan verifikasi tapak adakah --- X
disediakan dengan baik.

7.3 Perubahan
Semua perubahan kepada skop projek perlu direkod. Bagi mengawal sebarang
perubahan, Helaian Kawalan Perubahan (Change Control sheet) hendaklah disiapkan
dan sedia untuk merekod perubahan dan implikasi.

7.3.1 Perubahan Masa, Kos dan Kualiti dalam kerja tanah


Sebaik sahaja perlaksanaan bermula, kos projek, tempoh sebenar dan dirancang dan
kualiti tidak lagi statik. Kos boleh meningkat disebabkan beberapa perkara dan yang
paling ketara adalah kelewatan atau penangguhan. Masa dan kos mempunyai implikasi
terhadap sebilangan projek yang dibiayai dalam tempoh pembinaan , skala output dan
impak yang terhasil. Banyak projek mengalami masalah masa, kos dan mendatkan
kualiti yang ditetapkan
Diantara faktor yang menyebabkan perubahan dari segi kos, masa dan kualiti dalam
kerja tanah.

i) Keadaan Tanah Diluar Jangka

13
Keadaan sebenar tapak untuk perlaksanaan projek tidak ditentukan sehingga
pembinaan bermula. Keadaan bermasalah boleh juga dikesan diawal penyiasatan
tapak. Keadaan tanah boleh dinilai dengan cara desk-based review iaitu semakan
dokumentasi berkaitan dan sampel ujian trial pits and borehole. Bagaimamapun
terdapat juga perubahan sub permukaan diluar jangka.
Masalah yang berlaku ini boleh disebabkan keadaan cuaca atau perubahan dalam
keadaan tanah. Apabila ini berlaku , beberapa prosedur akan berubah , diantaranya
Rekabentuk
Rekabentuk semula projek diperlukan dan ini memerlukan perbelanjaan yang
besar
Pergerakan jentera
Perubahan pada keadaan permukaan tanah boleh mendatangkan masalah bagi
menggerakkan jentera dan perbekalan disekitar tapak,
Kerja penggalian dan pembinaan asas..
Melibat kaedah penahanan peparit dan tupang. Keadaan ini boleh menyebabkan
peningkatan kos dan pertambahan masa

7.4 Memantau Kos


Semasa pembinaan , tanggungjawab keseluruhan bagi menanggani kawalan kos
adalah Pengurus Projek, yang berkerja bersama klien bagi memantau perbelanjaan.
a cash flow spreadsheet perlu disediakan yang mana ia boleh dipantau menerusi
projek bagi memastikan sasaran dicapai. Mesyuarat Kawalan kos secara berkala
diadakan bagi memantau perkara berikut:
Komitmen
Perbelanjaan/Pembayaran
Bajet yang masih ada
Perubahan/Variation

8.0 MENGHASILKAN LAPORAN PENILAIAN PEMANTAUAN KERJA


TANAH
Maklumat yang diperolehi hendaklah tepat berdasarkan pemantauan,
pemeriksaan peninjauan tapak dan verifikasi.
Dapatan dari verifikasi boleh hendaklah dijadi asas kepada penghasilan laporan
kemajuan kerja struktur kayu.
Laporan bagi setiap aktiviti dalam program kerja perlu menjadi bahan laporan
o Penyiasatan tapak
o Pembersihan Tapak
o Mengaras formasi Profil Tapak Bina
o Menagaras garisan dasar datum
o Kerja pemotongan
o Kerja Penambakan
14
o Kerja Penggalian
o Kerja Pemadatan tanah
o Pengawasan kerja tanah
8.1 Tujuan laporan
a) Mengesah dan menghurai penemuan dalam laporan penyiasatan
b) Menjelaskan semua aktiviti kerja tanah
c) Menyediakan kenyataan professional berkaitan pematuhan
d) Mengesah dan menjelaskan keperluan tapak secara spesifik

8.2 Kandungan Laporan


Laporan kerja tanah yang lengkap mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:
a) Deskripsi aktiviti pembinaan
b) Deskripsi ujian kawalan yang dijalankan
c) Identifikasi dan penilaian semula siituasi yang berbangkit semasa pembinaan
d) Deskripsi tapak asas yang spesifik
e) Carta Organisasi
Contoh LAPORAN PENILAIAN PEMANTAUAN dilampirkan dalam Apendik 1

8.3 Mengenalpasti Struktur organisasi

Struktur organisasi adalah suatu susunan atau hubungan antara kemponen bahagian-
bahagian dan posisi dalam sebuah organisasi, komponen-komponen yang ada dalam
organisasi mempunyai kebergantungan antara satu sama lain.Sesuatu carta organisasi
meliputi pengagihan tugas dan juga bilanagan kaitangan tapak yang diperlukan untuk
melaksanakan projek pembinaan .Melalui carta organisasi setiap pihak dapat memahami
tanggungjawab,kuasa serta kedudukan tiap-tiap individu bagi membantu pemantauan
berkesan.

15
8.4 Senarai semakan pemantauan
Senarai semakan pemantauan untuk tindakan pembaikan dan pelindungan alam sekitar
semasa peringkat pembinaan projek ada dsediakan oleh JKR dan ia perlu diamalkan
sebagai prosedur kawalan dan pemantauan.Sebahagian prosedur kawalan dan
pemantauan dilampirkan dalam Apendik 2

RUJUKAN

1. Earthworks - Introduction, Policies & Objectives - Wellington ...


wellington.govt.nz/~/...and.../v1chap29.pdf
2. Chapter 5 - Earthworks (pdf, 3 MB) - Tasman District Council
www.tasman.govt.nz/.../serve/Chapter5Earthworks16122013.pdf?...
3. Earthworks
https://at.govt.nz/media/166882/section-2-earthworks.pdf
4. CHAPTER 3 - EARTHWORKS AND LAND STABILITY
www.rdc.govt.nz/our.../LandStability[1].pdf

16
5. Managing Earthworks - Quality Planning
www.qualityplanning.org.nz/index.php/planning.../managing-earthwork...
6. Guidelines for Earthworks - Taranaki Regional Council
www.trc.govt.nz/assets/taranaki/publications/regional.../earthwork.pdf
7. site/earthworks management plan - Proposed Parkins Bay
www.parkinsbay.com/Images/Pdfs/PBGC_APP.10(1of2).pdf
8. Soil management and earthworks - Department of Primary ...
dpipwe.tas.gov.a...
9. Earthworks - Introduction, Policies & Objectives -
Wellington .wellington.govt.nz/~/...and.../v1chap29.pdf
10. Jadual Perlaksanaan Kerja Tanah
www.mps.gov.my/.../a9f56a78-d9c6-497f-9583-1f43.
11. Code of Practice - Subdivision and Development - Opotiki ...
www.odc.govt.nz/
12. prosedur kawalan dan pemantauan kepada pematuhan ..
www.unitjkrkesedar.gov.my/.../JKR.PKO_.04E-8-Tin...
13. Understanding and Monitoring the Cost-Determining Factors
ec.europa.eu/regional_policy/sources/.../evaluation/..

CONTOH Apendik1

17
apendik2

18
19

Anda mungkin juga menyukai