Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan Kerja menampal pothole di jalan merupakan salah satu program yang terdapat dalam kerja-kerja penyenggaraan jalan.

Kerja menampal pothole melibatkan aktiviti membersihkan pothole, menyembur (tack coat), menampal dan memadatkan tampalan pada pothole tesebut. Manual ini dihasilkan oleh kumpulan HCM sebagai satu Prosedur Operasi Piawai untuk dijadikan panduan oleh mereka yang terlibat dalam kerja menampal pothole di jalan raya. Manual ini menerangkan secara ringkas semua aspek yang perlu diambil kira dalam proses menampal pothole bagi menjaga kualitinya. Faktor-faktor keselamatan turut dititikberatkan bagi menjalankan kerja-kerja tersebut. Manual ini turut mengandungi maklumat-maklumat tambahan yang berguna kepada para pekerja.

Objektif 1. Memberikan panduan tentang kaedah yang bersesuaian untuk menampal pelbagai jenis pothole yang terdapat di jalan raya. 2. Menyeragamkan cara kerja supaya lebih sisitematik dan berkesan 3. Memberikan lebih kesefahaman kepada semua individu yang terlibat dengan kerja-kerja menampal pothole di jalan raya. 4. Memberikan keutamaan kepada faktor-faktor keselamatan

Definisi pothole Pothole adalah salah satu kerosakan yang terjadi apabila sebahagian bahan turapan pecah atau tertanggal dan membentuk lubang di permukaan jalan.

Punca-punca 1) Campuran premix yang tidak sempurna a) Kadar peratus bitumen yang digunakan rendah b) Aggregate yang digunakan kotor menyebabkan ikatan di antara aggregate dan asphalt menjadi lemah dan mudah tertanggal. 2) Kualiti semasa proses turapan dijalankan a) Proses pemadatan (compaction) yang tidak sempurna dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. b) Suhu semasa proses pemadatan juga tidak mengikut spesifikasi. 3) Perubahan cuaca terutamanya ketika musim hujan mampu melemahkan struktur pavemen.

4) Sistem saliran longkang yang teruk boleh menyebabkan air bertakung dan meresap ke dalam turapan pavemen. Ia akan menyebabkan berhasilnya lubang-lubang kecil seterusnya membentuk pothole yang besar sekiranya dibiarkan dan tidak dirawat dengan segera. Tahap-tahap kerosakan Jenis-jenis pothole perlu dikenal pasti supaya kerosakan tersebut dapat dirawat dengan kaedah yang betul dan sesuai. 1) Tahap rendah:kawasan kurang daripada 0.3 m dengan kedalaman kurang 25 mm. 2) Tahap sederhana:kawasan kurang 0.3 m dengan kedalaman diantara 25 mm-50 mm. 3) Tahap serius:kawasan melebihi 0.1 m dengan kedalaman 50 mm

Peralatan, kelengkapan dan bahan Pekerja perlu membawa tiga keperluan utama ke tapak iaitu peralatan, kelengkapan dan bahanbahan mengikut kesesuaian semasa. Peralatan Peralatan yang selalu dibawa bagi kerja-kerja menampal pothole di jalan terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pemotongan, pembersihan dan pemadatan. 1) Pemotongan a) Hand cutter Pemotong jenis ini dikendalikan dengan menggunakan tangan. Ianya lebih ringan dan lebih mudah untuk dibawa ke tapak. b) Pavement culter Pemotongan jenis ini dikendalikan dengan menolak mesin ini di atas permukaan paveman. Ianya lebih berat dan memerlukan lebih daripada seorang tenaga kerja. 2) Pembersihan a) Penyapu Membersihkan permukaan paveman sebelum dan selepas kerja-kerja menampal pothole dijalankan. b) Pencakar Meratakan aggregate dan bitumen c) Blower Membersihkan sisa di permukaan pothole d) Kereta sorong Mengangkut peralatan kerja dan digunakan untuk mengisi dan membuang sisa-sisa pavement yang tidak digunakan di tempat yang sesuai.

3) Pemadatan a) Pemadat plat Memadatkan dan meratakan lapisan premix. Ia mudah dibawa dan tidak memerlukan tenaga yang ramai untuk mengendalikannya. b) Hand compactor machine Memadatkan premix yang telah diturap ke lubang kawah dengan menggunakan tenaga elektrik. c) Hand tamper Memadatkan premix yang telah diturap secara manual dengan menggunakan tenaga manusia.

Kelengkapan 1) Pita pengukur Mengukur lebar kawasan lubang kawah serta kedalamannya 2) Bekas penyiram Bekas ini digunakan ketika proses menyiram tack coat 3) Penyembur cat Digunakan untuk menandakan lubang kawah yang perlu ditampal dan juga menandakan pothole yang telah siap diturap. 4) Thermometer Membaca suhu pada hot mix yang dibawa sebelum proses penampalan.

Bahan-bahan 1) Hot mix / cold mix Bahan ini digunakan untuk menurap pothole yang telah dibersihkan. 2) Tack coat Bahan ini digunakan untuk melekatkan premix ke permukaan jalan. 3) Petrol Bahan ini digunakan sebagai sumber tenaga kepada mesin-mesin yang menggunakan sumber petrol sebagai tenaga.

Pengangkutan Peralatan, kelengkapan dan bahan yang dibawa perlu disusun di dalam lori mengikut jenis dan kategori bagi memudahkan pengendalian serta melicinkan perjalanan ke tapak.

Perkara-perkara berikut juga perlu diberi perhatian sebelum bertolak ke tapak kerja: 1) Pemilihan kenderaan bergantung kepada faktor-faktor keadaan tapak kerja, jarak lokasi, peralatan dan jumlah pekerja. 2) Kenderaan perlulah berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. 3) Kenderaan tersebut perlulah mempunyai tempat duduk yang mencukupi dan tertutup untuk melindungi pekerja daripada panas dan hujan. 4) Selain daripada itu, tangga mudah alih perlu ada bagi memudahkan pekerja untuk turun dan naik dari kenderaan. 5) Walau apa jua jenis kenderaan yang digunakan, aspek keselamatan perlulah diutamakan.

Keselamatan di tapak kerja Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan demi keselamatan pekerja dan pengguna jalan raya ketika kerja-kerja menampal pothole dijalankan adalah seperti berikut: 1) Peralatan pengurusan trafik perlulah dipasang mengikut Pelan Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan) mengikut keadaan semasa yang telah diluluskan. 2) Pekerja adalah disarankan untuk melakukan kerja menampal pothole bertentangan dengan arah aliran trafik 3) Pekerja perlu sentiasa peka terhadap perubahan cuaca kerana kerja-kerja menampal pothole tidak sesuai dilakukan semasa cuaca buruk. 4) Elakkan merokok semasa melakukan melakukan kerja. 5) Peralatan dan kelengkapan yang boleh memantulkan cahaya perlu digunakan dan pastikan pencahayaan mencukupi semasa kerja-kerja menampal pothole pada waktu malam. 6) Peralatan dan mesin yang berat perlu diangkat dan dikendalikan dengan cara yang betul supaya tidak mencederakan pekerja.

Langkah-langkah menampal pothole Sebelum menjalankan kerja-kerja menampal pothole, pekerja perlu melakukan langkah-langkah berikut : 1. Meletakkan kenderaan di tempat yang selamat. 2. Memakai pakaian seperti yang disarankan. 3. Memasang peralatan pengurusan trafik berdasarkan pelan pengurusan trafik di sepanjang tapak kerja 4. Mengambil gambar keadaan tapak kerja sebelum kerja penampalan dilakukan.

Semasa 1. Keluasan pothole diukur dengan menggunakan pita pengukur / kayu pengukur. 2. Mengukur tahap kedalaman pothole pada jalan tersebut bagi memastikan pothole tersebut diklasifikasikan sebagai pothole yang perlu ditampal. 3. Memotong lapisan pavemen menggunakan mesin pemotongan yang sesuai sehingga ke lapisan yang dikehendaki. 4. Lapisan yang telah dipotong akan dipecahkan dengan menggunakan pemecah chop atau hacker bagi membuang sisa-sisa premix yang tidak dikehendaki. 5. Membersihkan pothole tersebut dan membuang benda-benda asing seperti rumput, batuan, sisa pavemen, kayu dan sebagainya dan dibuang ke tempat yang dibenarkan. 6. Suhu premix (hot mix) diambil bagi memastikan premix tersebut berada pada suhu minimum 110c. 7. Sekiranya pothole ditampal menggunakan cold mix, suhu premix tersebut tidak perlu diambil. 8. Tack coat (RS 1 K) disembur dengan rata ke dalam pothole yang telah dibersihkan supaya premix yang diturap akan melekat dengan kuat pada permukaan jalan. 9. Pothole tersebut akan diturap dengan menggunakan hot mix / cold mix. 10. Premix akan dipadat dan diratakan dengan menggunakan alat pemadatan yang sesuai.

Selepas 1. Mengambil gambar keadaan tapak kerja setelah kerja penampalan pothole sesuai. 2. Mengumpul semua peralatan pengurusan trafik dan memastikan tiada lagi halangan pada lalu lintas. 3. Membersihkan peralatan dan kelengkapan kerja penampalan pothole dan menyimpan semula dalam keadaan yang baik. 4. Mengemaskini buku laporan harian. Kawasan potholes ditandakan dan dibersihkan. Kawasan sekeliling pothole dipotong sebanyak 150 mm daripada sisi pothole dan membentuk segiempat menggunakan pemotong pavemen .Lebihan tack coat hendaklah dikeringkan untuk mengelakkan lelehan / bleeding. Bahan korekandibuang dari kawasan pembinaan. Semburan tack coat rata dan seragamdalam julat 0.25hingga 0.55 liter/m2. Selalunyamenggunakanhot mix.90-100%Marshall density.

Dimampat secukupnya. Pemadatan tidak mencukupi menyebabkan tampalan tidak searas dengan permukaan pavemen sedia ada. RO 1.2

Anda mungkin juga menyukai