Anda di halaman 1dari 59

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.0 Pendahuluan
Latihan industri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh

setiap pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum diperakukan untuk

penganugerahan Diploma Politeknik (KPTM). Tempoh latihan industri

politeknik adalah selama satu semester (20 minggu). Sepanjang tempoh

tersebut para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman dan

kemahiran daripada pelbagai bentuk kerja yang dilakukan. Para pelajar juga

dapat mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari kepada bentuk

praktikal. Disamping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar

untuk mengaitkan teori-teori yang dipelajari semasa berada di politeknik

dengan cara kerja yang sebenar. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran

1
berkomunikasi disamping menyemai semangat kerja dengan produktif dan

perhubungan yang baik sesama pekerja.

Latihan Industri bukan sahaja mata pelajaran yang wajib, bahkan bertujuan

untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajar tentang pelbagai

aspek dalam bidang kejuruteraan awam serta peranannya dalam masyarakat.

Kejuruteraan awam bukanlah satu bidang yang mengambil kira segala teori

yang dipelajari secara formal seperti dalam kuliah sahaja, malah ia juga

merupakan perancangan kerja yang teratur merangkumi kerja – kerja di

lapangan, pemprosesan data dan pengurusan. Pelajar juga boleh mengetahui

konsep – konsep perancangan, rekabentuk, perbincangan, keputusan dan

pentadbiran projek – projek ukur.

Pelajar dkehendaki memilih sendiri tempat Latihan Industri sama ada di

sektor Jabatan Kerajaan atau firma – firma swasta yang terdapat di Malaysia.

Pelajar juga dikehendaki memenuhi syarat menjalani Latihan Industri selama

lima (5) bulan bermula 28 NOVEMBER 2016 sehingga 14 APRIL 2017 bagi

mendedahkan diri kea rah suasana sebenar alam pekerjaan. Saya telah

memilih dan ditempatkan di firma berlesen, iaitu Asmawi Construction untuk

menjalani Latihan Industri. Semasa menjalani Latihan Industri, saya telah

diberi tunjuk ajar dan layanan yang baik seperti yang diharapkan.

Saya berharap dengan pendedahan yang diberikan ini, saya dapat menempuh

keadaan sebenar alam pekerjaan serta mempunyai keyakinan diri untuk

memenuhi keperluan kehidupan masa akan datang.

2
1.1 Objektif latihan industri

Objektif latihan industri adalah seperti berikut:

a) Membina personaliti individu

- Latihan industri dapat membina keyakinan diri pelajar. Pelbagai

situasi dan ragam manusia perlu dihadapi dan skopnya adalah lebih

luas jika dibandingkan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.

Sedikit sebanyak pola pemikiran pelajar dapat digubal dan perasaan

malu untuk berkomunikasi dengan massyarakat dapat diatasi, secara

tidak langsung dapat membina personality individu yang berjaya.

b) Berkomunikasi dengan berkesan

- Komunikasi yang berkesan dapat dipupuk semasa menjalani latihan

industri. Komunikasi dua hala yang berlaku bukan sahaja antara

pelajar dengan pekerja tetapi dari pelbagai pihak iaitu antara pelajar

dengan majikan, pelanggan, pembekal, konsultan, arkitek dan pihak

lain. Pelajar perrlu bersedia menghadapi pelbagai situasi dan

berkomunikasi dengan baik supaya maklumat yang tepat dapat

disampaikan dan diterima dengan jelas.

c) Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik

- Setiap organisasi mempunyai etika dan peraturan. Pelajar harus

melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna dan mengikut

masa yang telah ditetapkan berdasarkan peraturan kerja yang telah

3
ditetapkan. Pelajar mestilah bersedia menerima arahan dari semasa ke

semasa.

d) Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan

- Melalui latihan industri, para pelajar secara tidak langsung dapat

merasai dan memahami situasi alam pekerjaan yang sebenar. Pelbagai

pengalaman dapat ditimba untuk manfaat pekerjaan di masa hadapan.

e) Menghasilkan laporan harian latihan industri

- Penyediaan laporan latihan industri ini dapat melatih pelajar menulis

laporan teknikal yang lengkap dan teratur.

4
1.2 Objektif laporan latihan industri

Objektif laporan latihan industri adalah untuk:

a) Pelajar dapat menyiapkan laporan sebelum tarikh tamat tempoh.

b) Dapat menyediakan pengetahuan mengenai kedua-dua pihak sama ada

dengan cara mempelajari dan mengetahui tentang apa yang mereka telah

pelajari semasa latihan industri.

c) Dapat menghasilkan dan menyediakan laporan yang baik.

d) Merujuk kepada apa yang dipelajari dalam latihan industri.

e) Memupuk pelajar dengan sifat amanah dalam menjalankan tugas.

1.3 Kepentingan latihan industri

Latihan industri adalah bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar

untuk lebih memahami alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar diberikan

peluang untuk mempraktikkan ilmu yang diperoleh semasa sesi pembelajaran

iaitu teori kepada praktikal. Teori dan praktikal merupakan dua perkara yang

berbeza tetapi sama penting untuk diadaptasi. Para pelajar dapat berfikir

diluar kotak pemikiran bahawa teori tidak semestinya sama dengan praktikal.

Dalam kata lain, apa yang kita pelajari tidak semestinya sama dengan situasi

yang sebenar. Antara kepentingan latihan industri adalah:

a) Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar.

b) Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam

industri.

5
c) Dapat mengetahui masalah-masalah yang timbul dan cara mengatasinya

serta mencari penyelesaian yang terbaik.

d) Dapat meenambahkan lagi pengalaman dalam bidang yang diceburi.

e) Dapat memperluaskan pergaulan dengan pekerja di organisasi tidak

mengira pangkat atau taraf.

f) Dapat memupuk semangat inkuiri dalam semua hal untuk mendalami

setiap perkara dalam sesuatu projek.

6
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan organisasi


Organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal

dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah

ditetapkan. Struktur organisasi adalah susunan komponen atau unit-unit

dalam organisasi. Struktur organisasi menunjukkan adanya pembahagian

kerja dan meninjaukan bagaimana fungsi atau kegiatan yang berbeza-beza

tersebut diintegrasikan.

7
2.2 Latarbelakang penubuhan organisasi

Asmawi Construction ditubuhkan pada tahun 2006 dan diasaskan oleh dua orang

rakan kongsi iaitu Asmawi bin Harun dan Norazlin binti Abdullah. Pada

permulaannya mereka memulakan perniagaan dengan membuka sebuah “hardware”

iaitu BTS HARDWARE TRADING. Syarikat ini mula didaftarkan di Suruhanjaya.

Syarikat Malaysia (SSM) pada 22.02.1998. Bentuk perniagaannya ialah milikan

tunggal. Jenis perniagaan yang dijalankan ialah kontraktor binaan am, perkhidmatan

mencuci bangunan dan kawasan, landskap, kerja-kerja tanah, lading bangunan,

pemasangan paip, infrastruktur & syarikat ini berdaftar dengan PKK CIDB TNB

FELDA dan KKLW. Manakala perniagaan hardware yang dijalankan adalah dengan

menjual barang baranng binaan, kontraktor am termasuk kontraktor awam,

pembinaan, pemborong keperluan binaan, pemjual barang-barang keperluan

bangunan dan penjual barang-barang besi. Bermula dengan lessen gred 1 iaitu kelas

F, syarikat telah berkembang pesat dan kini telah memiliki lessen gred 6 iaitu kelas

B. Asmawi Construction memiliki beberapa bahagian iaitu bahagian “welding”,

bahagian hardware, bahagian pejabat dan pembinaan. Syarikat ini memiliki empat

(4) orang pekerja am, empat (4) orang pekerja welding, empat (4) orang pemandu

lori, dua (2) orang pemandu jentera berat dan 50 orang pekerja asing yang berdaftar

dengan 6P dan CLAB di bahagian pembinaan. Setiap pekerja asing memiliki

8
kemahiran tersendiri seperrti dalam bahagian mengikat besi, bahagian paip, bahagian

ikatan bata, bahagian mengecat, bahagian plaster dan sebagainya. Antara asset

jentera berat yang dimiliki ialah excavator, backhoe, lori, fortlift dan juga kenderaan

sendiri.

9
2.3 Aktiviti organisasi

TAJUK PROJEK KLIEN


1. MEMBINA BARU MASJID JKR TEMERLOH
KG GAJAH MATI, BATU
KAPOR, DAERAH
MENTAKAB 1-
TEMERLOH
2. MEMBINA DAN KPM
MENYIAPKAN 4 BLOK
BANGUNAN
TAMBAHAN, 2 BLOK
BANGUNAN ASRAMA 2
TINGKAT, 1 BLOK
DEWAN MAKAN 1
TINGKAT DAN 1 BLOK
RUMAH PAM 1 TINGKAT
DI SEKOLAH RENDAH
BUKIT GEMURUH
3. KERJA-KERJA MEMBINA RISDA BINA
DAN MENYIAPKAN 1
UNIT RUMAH SESEBUAH
1 TINGKAT (RUMAH
BINA NEGARA) DI ATAS
LOT 99360, MUKIM
BERA, PAHANG
4. KERJA-KERJA MEMBINA RISDA BINA
DAN MENYIAPKAN 1
UNIT RUMAH SESEBUAH
1 TINGKAT (RUMAH
BINA NEGARA) DI ATAS
LOT PT 19257, MUKIM
TRIANG, DAERAH BERA,
PAHANG
5. KERJA-KERJA MEMBINA RISDA BINA
DAN MENYIAPKAN 1
UNIT RUMAH SESEBUAH
1 TINGKAT (RUMAH
BINA NEGARA) DI ATAS
LOT 1818, MUKIM BERA,
DAERAH BERA, PAHANG
6. NAIKTARAF DAN PLB
BAIKPULIH LONGKANG
DI FELDA SEBERTAK

10
7. SELENGGARA JALAN MDB
DAN LONGKANG DI
TAMAN TRIANG MAJU
DAN TAMAN SRI
BUNTAR UNTUK MAJLIS
DAERAH BERA, PAHANG
8. MEMBAIKPULIH MDB
STRUKTUR SEDIADA
DAN MERAWAT CERUN
DI RUMAH REHAT BERA
UNTUK MAJLIS DAERAH
BERA
9. MEMBINA SEBUAH JKR TEMERLOH
DEWAN ORANG RAMAI
BAGI KAWASAN
PARLIMEN KUALA
KRAU, PAHANG
10. BAIKPULIH KKLW
KEMUDAHAN DAN
KERJA-KERJA
BERKAITAN DI
GELANGGANG FUTSAL
KEMAYAN, BERA,
PAHANG
11. BANTUAN FELCRA
MEMBAIKPULIH RUMAH
RAKYAT MISKIN (CSR)
KG PAYA PAGAR DAN
PAYA TATEH DI
KAWASAN PARLIMEN
BERA
12. NAIKTARAF DAN PLB
BAIKPULIH BALAIRAYA
FELDA KUMAI
13. NAIKTARAF DAN KKLW
BAIKPULIH BALAIRAYA
KG JELAM
14. MENAIKTARAF MASJID MDB
DARUL FIKRI, BANDAR
BERA, UNTUK MAJLIS
DAERAH BERA, PAHANG
JADUAL 1 MENUNJUKKAN AKTIVITI ORGANISASI

11
2.4 Halatuju organisasi

Asmawi Construction sentiasa komited dalam menyediakan kualiti dan

perkhidmatan yang baik.

Visi

Menjadikan syarikat Asmawi Construction yang terunggul di Negeri Pahang

dan di antara yang terbaik di Malaysia dengan kehendak dasar kerajaan dan

wawasan 2020.

Misi

Berusaha untuk berkhidmat sebaik mungkin sehingga mencapai kejayaan.

Untuk mencapai matlamat ini, Asmawi Construction akan meneruskan:

a) Mematuhi segala keperluan agensi.

b) Mengikut segala prosedur dan membuat semua aktiviti.

c) Perlaksanaan dokumentasi sehingga selesai sesuatu projek

bagi menjamin kualiti yang terbaik.

d) Sentiasa menggunakan prosedur dan peralatan yang disahkan

mengikut standard kerja.

e) Semua kakitangan yang terlibat dengan sesuatu projek

hendaklah membiasakan diri dengan dokumentasi dan

melaksanakan dasar-dasar serta mengikut prosedur dalam

sesuatu kerja.

f) Menyediakan landasan dan suasana bagi mengukuhkan lagi

perpaduan rakyat.

12
g) Menyempurnakan asas persediaan sebagai sebuah negeri maju

yang berasaskan pembangunan industry menjelang tahun

2020.

h) Mewujudkan budaya yang mengutamakan disiplin, ilmu,

kerajinan, ketekunan, berusaha, kecergasan fizikal dan mental.

i) Memastikan setiap anggota masyarakat dapat menikmati

peningkatan nilai hidup yang dicapai dari masa ke semasa.

j) Membentuk masyarakat penyayang.

Pengurusan Asmawi Construction sentiasa komited dalam memastikan

syarikat ini sentiasa berkembang maju.

13
2.5 Carta organisasi

PENGURUS
Asmawi bin
Harun

PENGURUS
JURUTERA
TAPAK
Raimy Shahirah
binti Rohim Azahari bin
Harun
PENYELIA KERANI
TAPAK TAPAK
Zumratul Halim
Fatimah binti Khushairi bin
Abdul Wahab Hasan Baseri

JURUTEKNIK AKAUNTAN
Fatrah
Hamizah binti NurAzlin binti
Mohd Abdullah
Hamdan

PEKERJA AM PEKERJA AM
Haslina binti Mohd
Bador Shahrizan bin
Mat Noor

PEKERJA AM
Hamizan
bin Senen

14
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan
Program latihan industri (LI) merupakan suatu komponen penting kurikulum

program Diploma yang ditawarkan oleh Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,

Kuantan (POLISAS). Program ini diwajibkan kepada semua pelajar bagi

mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal serta berupaya

menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang bakal diceburi. Program LI

ini juga merupakan suatu syarat yang diwajibkan kepada semua pelajar

program Diploma Kejuruteraan Awam untuk menjadi graduan sebelum

menamatkan sesi pembelajaran di Polisas.

Matlamat utama program LI ini adalah untuk memberi peluang kepada para

pelajar menjalani latihan praktikal di sektor pekerjaan dalam bidang

kejuruteraan, teknologi dan pengurusan bagi meningkatkan kemahiran

professional dan kemahiran

15
interpersonal sebagai seorang professional. Program Latihan Industri ini dirancang

untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut:

a) Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi

dalam bidang masing-masing.

b) Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para

professional dari pelbagai bidang.

c) Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi professional.

d) Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan

komunikasi.

e) Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli professional di luar

kampus.

16
3.2 Ringkasan aktiviti latihan industri

Minggu Pertama (28/11/2016 – 3/12/2016)

1. Melapor diri di Pejabat Asmawi Construction.

2. Melapor diri kepada Pengurus, En. Asmawi bin Harun, beliau

menerangkan serba sedikit tentang kerja – kerja dan skop kerja yang

dilaksanakan oleh syarikat ini.

3. Sesi berkenalan bersama pekerja-pekerja.

4. Mengemaskini fail.

5. Bersama sama Cik Fatrah Hamizah melawat tapak projek di Masjid

Daerah Bera.

6. Membuat injection pada beam yang berlaku kebocoran di MDB, injection

itu dilakukan untuk memasstikan tiada lagi kebocoran.

7. Bersama sama Cik Zumratul Fatimah melawat tapak projek di Sk Bukit

Gemuruh.

8. Meletakkan konkrit pada bumbung di Sk Bukit Gemuruh.

9. Menaiktaraf dan baikpulih balairaya Kg.Jelam.

Minggu Kedua (5/12/2016 – 10/12/2016)

1. Membina longkang pencegah malaria di Masjid Felda Sebertak.

2. Membaiki kebocoran dengan melakukan waterproofing di MDB.

3. Mengikat bata, membuat pemasangan atap di SK Bukit Gemuruh.

4. Memasang atap, plaster, waterproofing bumbung di SK Bukit Gemuruh.

17
Minggu Ketiga (12/12/2016 – 17/12/2016)

1. Mengikat bata di SK Bukit Gemuruh.

2. Membuat ujian coring di SMA Kg Guai, Jalan Belengu, dan Felda

Sebertak untuk memastikan wearing course dan binder course menepati

kriteria seperti yang telah ditetapkan.

3. Membuat waterproofing, menggantikan syiling, menyapu silikon di

MDB.

4. Membuat penanaman cerucuk di Kg Gajah Mati.

5. Membuat setting out di Masjid Kg Gajah Mati.

Minggu Keempat (19/12/2016 – 24/12/2016)

1. Menjalankan kerja penanaman cerucucuk spun di Masjid Kg Gajah Mati,

Mentakab.

2. Memasang kekuda di Masjid Daerah Bera, Bandar Bera.

Minggu Kelima (26/12/2016 – 31/12/2016)

1. Mengikat bata di Rasuk T, mengikat tetulang rasuk di Asrama Kg Bukit

Gemuruh.

2. Membuat table top di Asrama Kg Bukit Gemuruh.

3. Meletakkan konkrit di rasuk T di Asrama Kg Bukit Gemuruh.

4. Meletakkan konkrit di table top.

5. Membuat ujian kiub di GTL MIX SDN.BHD.

6. Mengikat bata di tapak projek Dewan Kuala Krau, Temerloh.

18
7. Mengikat bata pada rasuk.

Minggu Keenam (2/1/2017 – 7/1/2017)

1. Penjualan barang dan penghantaran barang.

2. Melaraskan dan persediaan tapak untuk Load Test di Tapak projek Kg

Gajah Mati, Mentakab.

3. Meletakkan konkrit di table top.

4. Memasang paip saluran di dewan makan.

5. Mengikat bata di Asrama dan tangga.

Minggu Ketujuh (9/1/2017 – 14/1/2017)

1. Meletakkan konkrit di table top Asrama.

2. Pemasangan paip ABS di Dewan Makan Asrama.

3. Menjalankan kerja penanaman cerucuk.

4. Meletakkan konkrit pada lantai.

5. Mengikat bata di kawasan Asrama B.

Minggu Kelapan (16/1/2017 – 21/1/2017)

1. Menjalankan kerja penanaman cerucuk.

2. Menurunkan cerucuk spun di tapak projek.

3. Memasang longkang, penghantaran batu bercorak rambang (Rubble

Pitching).

4. Memasang longkang (box drain).

19
5. Memasang tembok batu bercorak rambang (rubble pitching).

Minggu Kesembilan (23/1/2017 – 28/1/2017)

1. Pemasangan mozek di Masjid Daerah Bera.

2. Penurunan cerucuk spun.

3. Kemaskini borang pemeriksaan kerja cerucuk (SPB)

4. Pemasangan batu bercorak rambang (Rubble Pitching) di kawasan cerun

Taman Permainan di Sri Buntar, Triang.

5. Pemasangan longkang di Taman Triang Maju.

6. Membuat kemasan pada tembok batu bercorak rambang.

7. Cuti Hari Raya Cina.

20
Minggu Kesepuluh (30/1/2017 – 4/2/2017)

1. Pemasangan longkang (U-Drain)

2. Pemasangan mozek.

3. Melepa, memasang ceiling (duravent ceiling), memsang gutter.

4. Memasang paip ABS.

Minggu Kesebelas (6/2/2017 – 11/2/2017)

1. Melepa dinding dewan makan.

2. Memasang jubin.

3. Menanda kawasan menara di tapak projek Kg Gajah Mati.

4. Mengisi dokumen sebutharga.

5. Membuat rataan tanah, pembersihan tapak.

Minggu Kedua belas (13/2/2017 – 18/2/2017)

1. Mengisi dokumen sebutharga.

2. Melepa dinding Asrama.

3. Mengikat bata di rumah pam Asrama Kg Bukit Gemuruh.

4. Meratakan dan menyapu ceiling menggunakan skim coat.

Minggu Ketiga belas (20/2/2017 – 25/2/2017)

1. Membuat kerja penanaman cerucuk.

2. Mengikat bata.

3. Meletakkan konkrit pada lantai.

21
4. Mengisi dokumen sebutharga (JPS)

5. Penjualan barang, penghantaran barang serta proses penerimaan barang.

Minggu Keempat belas (27/2/2017 – 4/3/2017)

1. Membuat kerangka bumbung.

2. Mengikat bata.

3. Melepa dan konkrit lantai longkang.

4. Membuat kerja penanaman cerucuk.

5. Mengira jumlah besi link (R10) di dalam pelan bagi memastikan berapa

banyak besi link R10 yang akan digunakan.

22
Minggu Kelima belas (6/3/2017 – 11/3/2017)

1. Mengisi borang pemeriksaan kerja cerucuk (SPB) iaitu dengan

memasstikan mutu cerucuk, kekuatan cerucuk.

2. Membuat kerja penanaman cerucuk.

3. Membuat kotak bentuk.

4. Menanda setiap kawasan yang telah ditanam cerucuk spun untuk

memudahkan pekerja melihat kawasan yang telah ditanam cerucuk.

5. Memotong besi, membengkokkan besi bagi membuat tetopi cerucuk di

tapak projek Masjid Kg Gajah Mati, Mentakab.

6. Mengikat besi untuk membuat tetopi cerucuk.

Minggu Keenam belas (13/3/2017 – 18/3/2017)

1. Mengikat besi untuk membuat tetopi cerucuk.

2. Membuat dan mengikat ties.

3. Memotong dan membengkokkan besi.

4. Membuat tiang stump.

5. Merekod barang pengeluaran serta kemasukan barang di tapak bina

supaya barang yang dihantar ke tapak bina adalah sama seperti yang

telah diminta.

23
Minggu Ketujuh belas (20/3/2017 – 25/3/2017)

1. Mengikat bata di laluan longkang Asrama Kg Bukit Gemuruh.

2. Melepa dan mengecat dinding Asrama.

3. Kerja kerja mengalihkan pili bomba di Jalan Triang kerana pili bomba

sedia ada berada di tengahi jalan yang menghalang laluan kenderaan

4. Membuat kerangka rasuk.

5. Mesyuarat tapak projek di Sk Bukit Gemuruh, membincangkan tentang

kerja – kerja yang dijalankan semasa di tapak. Membincangkan progress

kerja di tapak yang berlaku sedikit kelewatan.

6. Proses pengeluaran serta penghantaran barang.

Minggu Kelapan belas (27/3/2017 – 1/4/2017)

1. Merekodkan pengeluaran barang ke tapak bina serta kemasukan barang

dari pembekal. Saya haruslah memastikan barang yang telah dipesan

adalah sama dengan barang yang telah dihantar ke tapak bina.

2. Membuat penanaman cerucuk bakau di Resthouse Bandar Bera, Pahang.

Penanaman cerucuk itu dijalankan untuk menguatkan struktur tanah pada

apron.

3. Membuat setting out dan membuat stump di tapak projek Masjid Kg

Gajah Mati, Mentakab. Ukur aras dijalankan bertujuan untuk menentukan

aras ketinggian bangunan tersebut bagi menjalankan proses cut and fill.

4. Membuat turapan jalan di Jalan Triang. Turapan jalan ini dijalankan bagi

membaiki jalan yang rosak iaitu dengan menyapu minyak pada jalan yang

hendak diturapkan. Kemudian, tuangkan bitumen di atasnya. Padatkan

24
dan ratakan menggunakan mesin tapper dan akhir sekali licinkan

menggunakan mesin compacter.

Minggu Kesembilan Belas (3/4/2017 – 8/4/2017)

1. Mengecat dinding asrama A dan dewan makan Asrama Sk Bukit

Gemuruh, Bandar Bera, Pahang.

2. Konkrit lantai pada longkang di Asrama A Sk Bukit Gemuruh.

3. Melepa dinding Asrama B sebanyak 2 lapisan dan disertakan minyak 1

lapisan.

4. Mengikat bata pada lantai longkang bagi membina tembok di sekeliling

kawasan longkang Asrama A Sk Bukit Gemuruh.

5. Pemasangan jubin di Asrama A Sk Bukit Gemuruh.

6. Membersihkan kawasan di tapak bina bagi memastikan kawasan di

tapak bina sentiasa kemas dan selamat digunakan di kawasan Asrama Sk

Bukit Gemuruh.

7. Merender kawasan lantai luar kawasan Dewan Makan Asrama Sk Bukit

Gemuruh dengan menggunakan simen, pasir dan air.

25
Minggu Kedua Puluh (10/4/2017 – 14/4/2017)

1. Mengisi dokumen sebutharga bagi projek dari PLB Bera dan juga

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bera. Pihak PLB Bera telah

mengeluarkan sebanyak 6 kerja manakala pihak JPS Bera mengeluarkan

2 kerja. Dokumen sebutharga ini diisi bertujuan untuk mendapatkan

projek dan bersaing di antara kontraktor lain.

2. Membuat pemotongan cerucuk dengan menggunakan diamond cutter 6

inch dan diamond cutter bersaiz 9 inch.

3. Penuangan konkrit 9m pada footing rumah pam Dewan Kuala Krau.

26
BAB 4

PENANAMAN CERUCUK (PILLING)

4.1 Pengenalan

Pembinaan bangunan semakin hari semakin pesat dijalankan atas dasar

keperluaan di zaman yang semakin membangun.Pelbagai jentera serta alat

yang telah direka untuk tujuan pembangunan.Antara perkara asas bagi

sesebuah bangunan ialah cerucuk.Oleh hal yang demikian pelbagai jenis

cerucuk telah dicipta bermula dengan penggunaan unsur kayu yang

kemudiaannya diperluas dengan penggunaan konkrit dan

keluli.Perkembangan ini selaras dengan rekabentuk dan struktur bangunan

yang lebih besar dan tinggi.Penggunaan pad, rakit dan jalur tidak lagi

bersesuaian dan tidak efektif bagi kawasan yang mempunyai lapisan stratum

kukuh yang terlalu dalam. Semasa saya menjalani latihan industri saya telah

diajar dan telah menimba pelbagai ilmu dalam proses penanaman cerucuk.

27
Cerucuk berasal daripada perkataan ‘Pil’ yang bermaksud anak panah atau tiang

yang tajam daripada bahasa ‘Anglo-Saxon’ da nada juga yang menamakan sebagai

pancang. Cerucuk memainkan peranan yang penting sebagai komponen yang utama

dalam memindahkan beban asas melalui strata tanah yang mempunyai keupayaan

galas yang rendah kepada strata atau batu – batuan yang mempunyai keupayaan

galas yang tinggi. Asas cerucuk digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau

lapisan tanah atas di tapak binaan berkeupayaan galas rendah. Oleh itu beban

bangunan terpaksa dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di

dalam tanah. Asas cerucuk boleh dibahagi kepada dua jenis, bergantung kepada cara

beban dipindahkan dari bangunan ke lapisan tanah.

28
Dalam keadaan tanah yang normal, asas cerucuk digunakan untuk menahan daya

angkat naik seperti struktur pelantar lur pantai, asas di bawah paras air bumi atau

menara penghantaran asas. Asas cerucuk juga digunakan di dalam tanah lembut

untuk menahan beban ufuk seperti daya angina dan daya gempa bumi secara

lenturan. Tanah yang senang mengembang dan mengecut iaitu tanah sensitif

kepada perubahan peratusan kelembapan tanah juga memerlukan asas cerucuk.

Selain itu, bagi kerja pembinaan di atas sir seperti jeti dan tembangan jambatan

juga memerlukan asas cerucuk. Cerucuk geseran bergantung sepenuhnya pada

geseran yang terjadi antara cerucuk dan tanah di sekelilingnya. Oleh itu cerucuk

geseran perlu mempunyai permukaan yang kasar dan tanah pula daripada jenis

yang bergeseran tinggi. Contohnya cerucuk konkrit di dalam tanah pasir padat.

Cerucuk galas hujung pula memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan

kukuh yang terdapat di dalam tanah. Oleh itu, cerucuk jenis ini perlu ditanam

atau dibina hingga ke lapisan tanah kukuh dibawahnya. Bahan yang selalu

digunakan sebagai cerucuk ialah konkrit, keluli dan kayu. Cerucuk boleh

bertindak secara bersendirian atau secara berkumpulan. Biasanya kumpulan

cerucuk digunakan dan tukup cerucuk dibina.

29
Cerucuk ialah sejenis asas dimana beban dari bangunan dibawah dan disebarkan

kearas yang sesuai di dalam tanah melalui tiang. Asas ini diadakan khusus untuk

bangunan bertingkat dan mempunyai sifat tanah yang tidak stabil. Jenis - jenis

cerucuk yang digunakan adalah bergantung kepada kesesuaian tanah, keadaan

muka bumi dan struktur bangunan itu sendiri. Asas cerucuk digunakan apabila

tanah bawah tidak sesuai menanggung beban disebabkan:

1. Keupayaan galas tanah yang rendah

2. Keadaan aras air bawah tanah yang tidak menentu

3. Beban mengufuk

4. Mendapan yang berlebihan

4.2 Spesifikasi/jenis peralatan yang digunakan

Dalam kerja penanaman cerucuk (pilling), peralatan yang digunakan adalah

seperti berikut:

1. Cerucuk konkrit spun

Cerucuk konkrit spun merupakan komponen utama dalam melakukan

penanaman cerucuk. Cerucuk konkrit spun ini sesuai untuk semua keadaan

30
tapak. Cerucuk konkrit spun ini sesuai untuk gred konkrit yang lebih tinggi

iaitu di antara (gred 60 – gred 80). Saiz bagi cerucuk ini ialah di antara

250mm diameter sehingga 1000mm diameter. Beban galas struktur ialah

lebih tinggi iaitu 400 KN hingga 4000 KN. Dalam projek yang telah

dilakukan oleh syarikat kami, keupayaan galas yang dibenarkan ialah 450

KN/ cerucuk. Walau bagaimanapun, mengikut spesifikasi dan permintaan

pihak Jabatan Kerja Raya Temerloh (JKR), keupayaan galas telah dinaikkan

sebanyak 900 KN/cerucuk dan saiz ialah 300mm diameter. Semua konkrit

yang digunakan hendaklah dari gred 30 dengan saiz maksimum batu baur

20mm. Kekuatan kiub konkrit gred 30 hendaklah 20 N/mm2 pada hari

ketujuh dan 30 N/mm2 pada hari ke 28.

Pemeriksaan bagi cerucuk konnkrit spun

- Sijil pengilang: semak dengan senarai terkini IKRAM untuk

pengilang – pengilang yang diluluskan.

- Tiada kecacatan pada badan cerucuk

- Tanda di atas cerucuk iaitu:

a) Logo syarikat

b) Kelas cerucuk iaitu kelas B

c) Tarikh dikonkrit

d) Nombor siri/rujukan

e) Panjang yang dihantar di tapak adalah sama seperti yang telah

ditempah

f) Bukan cerucuk komersial iaitu (MS plate merah dan nipis)

g) Tidak bengkok melebihi 6mm di antara panjang 3mm

h) Katalog pembekal (keperluan ISO 9001)

31
Mutu cerucuk

Simen yang digunakan mestilah Ordinary Portland Cement (OPC). Pengacuan

mestilah dibuat di dalam satu proses sahaja. Ujian – ujian penurunan, faktor

mampatan dan juga ujian kiub perlu dibuat seperti biasa. Cercucuk boleh

dikeluarkan dari kotak acuan selepas 3 hari. Pengacuan boleh diteruskan

sehingga 10 hari dan selepas 14 hari. Cerucuk boleh diangkat menggunakan

‘liftingholes’ atau ‘togglees’ yang disediakan dan disusun dengan cara betul agar

cerucuk tidak mengalami kerosakkan semasa dalam perjalanan ke tapak bina.

Cerucuk hanya boleh ditanam selepas 28 hari bagi tujuan menjaga

kematangannya.

2. Cerucuk bakau

Cerucuk bakau tidak boleh digunakan lagi dalam projek JKR. Saiz cerucuk

bakau yang dibenarkan ialah 75mm diameter hingga 100mm diameter.

Keupayaan galas ialah 5 KN hingga 10 KN iaitu (0.5 tan – 1.0 tan). Beban

maksima ialah 10 KN iaitu 1 tan. Jarak minima ialah 300mm.

32
Pemeriksaan bagi cerucuk bakau

a) 100mm diameter pada bahagian pangkal

b) 600mm diameter pada bahagian hujung

c) Tidak bengkok melebihi 25mm di antara hujung dan pangkal.

d) Tiada kerosakan pada kulit disebabkan kekeringan atau kerosakan

serangga perosak.

e) Di simpan di tempat yang lembap.

3. Sistem cerucuk jacked in

Sistem cerucuk jacked in sangat popular dan mudah digunakan pada zaman

ini. Sistem ini sangat mudah digunakan serta tidak mengeluarkan bunyi yang

bising dan tidak mempunyai gegaran. Sistem ini sangat sesuai digunakan

pada kawasan yang sempit. Kebaikan menggunakan mesin ini adalah setiap

cerucuk tersebut telah diuji kemampuanya semasa ditanam. Mesin ini agak

perlahan dan tidak ekonomi pada keadaan biasa. Mesin cerucuk jacked in ini

menggunakan system hydraulic. Mesin yang menggunakan sistem ini

mempunyai dua fungsi iaitu sebagai crane bagi mengangkat cerucuk serta

berfungsi sebagai mesin untuk penanaman cerucuk.

4. Alat penimbang air

Alat penimbang air digunakan untuk memastikan cerucuk itu berada tepat

dan tegak tanpa senget. Alat penimbang air digunakan semasa penanaman

cerucuk dijalankan. Apabila cerucuk itu ditanam, alat penimbang air akan

digunakan untuk memastikan kelurusan cerucuk konkrit spun. Kegunaan alat

penimbang air adalah untuk memastikan kedudukan binaan rata.

33
5. Alat pemotong cerucuk (cutter) / diamond cutter

Apabila cerucuk telah ditanam / dilantak sehingga ke set atau mengikut

kedalaman yang dikehendaki, lebihan cerucuk itu perlulah dipotong

menggunakan alat pemotong cerucuk mengikut aras yang ditentukan.

Pemotongan menggunakan diamond cutter lebih selamat dan kurang risiko.

Ia juga boleh mengelakkan kerosakan pada cerucuk.

6. Sapuan anti karat (Anti-rust)

Sapuan anti karat akan digunakan bagi menahan karat atau kerosakan pada

cerucuk tersebut. Sapuan cat mestilah rata untuk memastikan mendapatkan

perlindungan anti – karat yang terbaik.

4.2.1 Proses Perkilangan Dan Penghasilan Cerucuk Spun

1. Pembuatan sangkar / tetapan acuan

f) Bar pc dalam bentuk gegelung diluruskan dan potong untuk

membetulkan kepanjangan. Hujung kawasan tersebut sedang

34
dihangatkan untuk membentuk kepala butang. Bar akan melalui sangkar

membentuk mesin di mana wayar lingkaran secara automatic spot akan

dikimpal pada jarak tanaman yang betul. Keseluruhan sangkar akan

ditempatkan ke separuh acuan bahagian bawah.

2. Perletakkan konkrit / penuangan konkrit

g) Konkrit dari loji pencampur berkomputer dilepaskan ke dalam corong

konkrit dituang. Konkrit kemudian dimasukkan ke dalam separuh acuan

bahagian bawah. Acuan separuh bahagian atas akan diperketatkan untuk

separuh bahagian bawah.

35
3. Proses tekanan

h) Bar pc akan ditekankan terhadap acuan melalui titik pusat dan plat

tekanan. Proses tekanan sedang dijalankan dalam satu operasi.

Memastikan keseragaman tekanan dalam semua bar pc dan kelurusan

dan ketepatan cerucuk.

36
4. Pusingan cerucuk

i) Cerucuk kemudiannya dipadatkan dengan menggunakan mesin pemutar.

Proses pusingan akan memerahkan air yang berlebihan itu keluar, ia

akan meningkatkan kekuatan konkrit.

5. Pengawetan stim

37
j) Cerucuk dihantar ke tangki stim untuk proses pengawetan yang cepat

untuk mencapai kekuatan pemindahan yang diperlukan untuk proses

pembukaan acuan.

6. Pembukaan acuan

k) Selepas acuan itu dibuka, pemeriksaan qc yang terakhir akan dijalankan

mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

38
4.3 Tatacara Penggunaan Peralatan

1. Mesin jacked in pile

Mesin jacked in pile in digunakan untuk melakukan penanaman cerucuk.

Mempunyai dua (2) komponen utama iaitu berfungsi sebagai krane bagi

mengangkat cerucuk dan juga sebagai mesin penanaman cerucuk. Mesin ini

dikendalikan oleh dua orang operator mesin iaitu yang akan mengangkat dan

mengawal pergerakan cerucuk serta mengawal sistem mesin jacked in pile.

Mula – mula, mengangkat cerucuk spun menggunakan mesin tersebut dan

letakkan pada tempat nya. Kemudian, kawal pergerakan cerucuk spun dan

pastikan bar yang tertera pada meter mesin ini sentiasa dilihat. 18Mpa adalah

kadar maksimum bagi cerucuk itu perlu ditanam.

39
2. Mesin kimpalan

Cerucuk spun 9m akan digunakan sebagai ‘starter’ dan kemudian disusuli

dengan cerucuk 6m sebagai ‘extension’. Penyambung di antara cerucuk

tersebut mestilah dikimpal terlebih dahulu sebelum ditanam sehingga set.

Kimpalan pada cerucuk spun mestilah dilakukan pada sekeliling cerucuk

spun tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa cerucuk tersebut

tidak jatuh dan kuat.

3. Sapuan anti karat

Selepas proses kimpalan dilakukan, sapuan anti karat mestilah disapu pada

sekeliling cerucuk itu. Bertujuan untuk mengelakkan pengaratan pada

cerucuk tersebut. Selepas disapu di sekelilingnya, mestilah menunggu selama

10 minit bagi memastikan sapuan anti karat itu sejuk sebelum dilantak.

40
4. Diamond cutter

Diamond cutter iaitu alat pemotong bagi lebihan cerucuk spun akan

digunakan untuk memotong lebihan cerucuk spun tersebut.

41
4.4 Proses Kerja Yang Dilakukan

1. Penanaman Cerucuk

Setiap penanaman cerucuk perlu dikendalikan oleh orang yang telah

berpengalaman dan berpengetahuan yang cukup untuk mengelakkan

berlakunya kesilapan semasa kerja – kerja penanaman dijalankan. Ia juga perlu

mengikut prosedur yang teratur dan telah ditetapkan agar kemalangan tidak

berlaku serta kerja – kerja penanaman cerucuk berjalan dengan lancar.

Kerja – kerja menentukan lokasi penanaman cerucuk akan dilakukan oleh

juruukur tanah daripada Kuantan dengan menggunakan alat EDM. Kawasan –

kawasan yang hendak ditanamkan cerucuk akan ditandakan dengan besi yang

diletakkan tanda merah di atasnya supaya jelas kelihatan dari jauh.

Antara proses yang dilakukan bagi membuat penanaman cerucuk ialah:

a) Menentukan kepala di beban yang sama saiz dengan cerucuk dan

melapik beban dengan lapisan kayu untuk mengurangkan daya ke

atas cerucuk dan mencegah pencemaran bunyi.

b) Menanda ketinggian cerucuk menggunakan cat dan berus untuk

memudahkan kerja menulis rekod penanaman cerucuk.

c) Mengikat kabel besi pada cerucuk tanggung hujung untuk diangkat

dan dimasukkan kedalam kepala yang telah dipasang.

d) Membetulkan kedudukan cerucuk pada titik yang betul dan

meluruskan kedudukan cerucuk menggunakan timbang air.

42
e) Masukkan cerucuk ke dalam lubang tersebut dan rekodkan berapa

mpa yang telah masuk dan setiap 0.3m penanaman haruslah

direkodkan.

4.4.1 contoh rekod penanaman cerucuk

f) Sambungkan cerucuk tersebut menggunakan cerucuk 6m extension

dan ulanginya sehingga set.

g) Kerja memateri cerucuk hendaklah dilakukan dengan teliti.

Sambungan yang tidak baik akan menyebabkan kedudukan cerucuk

senget dan mungkin patah.

h) Setelah cerucuk menemui kawasan tanah yang kukuh, maka graf set

haruslah diambil.

43
4.4.2 contoh graf set

2. Penggalian Lubang Dan Pemotongan Cerucuk

Penggalian lubang adalah perlu dilakukan bagi menjalankan kerja pile cap

(tetopi cerucuk). Penggalian dan pengorekan lubang sedalam 2200mm telah

dilakukan berikutan kerana tinggi pile cap 1000mm, 600mm tinggi beam dan

600mm tinggi stump. Aras lantai bagi bangunan ini ialah 36.75m. Penggalian

lubang dilakukan dengan menggunakan mesin excavator.

44
Pemotongan cerucuk dilakukan bagi membuat tetopi cerucuk. Pemotongan

cerucuk akan dilaksanakan dengan menggunakan diamond cutter. Pemotongan

menggunakan diamond cutter lebih selamat digunakan dan lebih kurang risiko

untuk rosak. Penggalian lubang sedalam 2.2m dilakukan dan pemotongan

cerucuk sedalam lubang itu digali akan dipotong.

45
46
4. Ujian Beban

Bertujuan adalah untuk:

i) Memeriksa keupayaan tanggung muktamad cerucuk

ii) Memeriksa ketahanan struktur asas contohnya kecekapan sambungan

cerucuk.

iii) Memeriksa ciri-ciri lengkungan ‘Load-setllement’ cerucuk

pada beban kerja.

a) Maintain Load Test

Penerangan Ujian Cerucuk

Jenis cerucuk Precast reinforced concrete spun

pile

Saiz cerucuk / ukur lilit 300mm diameter cerucuk spun

Beban keupayaan 450 KN

Maksimum ujian beban 900 KN

Jadual 2 menunjukkan penerangan ujian cerucuk

Percubaan Cerucuk Dan Ujian Cerucuk

Selepas operasi cerucuk utama selesai, nos yang dipilih oleh S.O akan memilih

cerucuk untuk dibuat ujian beban. Lokasi pemilihan cerucuk yang hendak di

tanam mestilah ditunjukkan dalam pelan. Biasanya, setiap blok itu mempunyai

satu beban yang pegun. Ujian beban adalah diperlukan untk mendapatkan

beban. Ujian PDA atau pegun akan disuruh oleh S.O.


47
Persediaan Kepala Cerucuk

Plat keluli yang lembut dengan ketebalan tidak kurang daripada 10mm akan

dipasang d atas kepala cerucuk untuk menampung beban dan mendapan alat

pengukuran dan untuk mencegah kerosakan kerana kepekatan beban daripada

pembebanan peralatan.permukaan satah plat keluli yang lembut mestilah dalam

keadaan yang normal / sesuai ke paksi cerucuk menegak, jadi, ujian beban akan

diagihkan kepada ujian cerucuk.

Proses Untuk Ujian Beban

Ujian beban dijalankan dalam 2 kitaran, kitaran pertama iaitu cerucuk mestilah

dimuatkan ke beban kerja manakala kitaran kedua, cerucuk itu mestilah

dimuatkan dengan dua kali beban kerja.

1. Kitaran pertama

Beban itu mestilah meningkat dengan sela 25% daripada beban kerja

meningkat kepada beban kerja. Pada setiap kenaikan, beban mestilah

dikekalkan selama 60 minit semasa pembacaan mendapan dijalankan dan

diambil dengan setiap sela 15 minit.

Semasa beban kerja dijalankan, beban yang dikenakan mestilah dikekalkan

selama enam (6) jam, bacaan mendapan pada jam yang pertama hendaklah

diambil setiap 15 minit dan pada jam yang seterusnya setiap 60 minit.

Beban hendaklah dikurangkan dengan urutan yang sama. Pada setiap

pengurangan, beban yang dikenakan mestilah dikekalkan selama 60 minit

dimana bacaan mendapan akan diambil pada setiap sela 15 minit.

48
2. Kitaran kedua

Beban hendaklah ditingkatkan dalam lima (5) sela yang sama sehingga dua kali

beban kerja. Pada setiap kenaikan, beban yang dikenakan mestilah dikekalkan

selama 60 minit. Bacaan akan diambil pada setiap sela 15 minit.

Semasa beban kerja dijalankan, beban yang dikenakan mestilah dikekalkan

selama 24 jam. Bacaan mendapan pada dua jam pertama hendaklah diambil

setiap 15 minit dan pada jam yang seterusnya setiap 60 minit.

Beban hendaklah dikurangkan dengan 5 urutan sela yang sama. Pada setiap

beban pengurangan, beban yang dikenakan mestilah dikekalkan selama 60

minit. Bacaan mendapan akan diambil setiap sela 15 minit.

Pengukuran Mendapan

Tolok empat dail akan disamakan jarak pada sekeliling kepala cerucuk

dipegang oleh asas magnet. Asas magnet akan dilampirkan kepada jack

hidraulik.

Pembentangan Keputusan Ujian Beban

Pembentangan keputusan ujian beban mestilah mengandungi graf iaitu:

a) Beban melawan mendapan

b) Beban melawan masa

c) Mendapan melawan masa

Daripada graf yang telah dibuat, dapatkan:

a) Mendapan maksimum dibawah beban kerja

b) Mendapan maksimum dibawah 2 ganda beban kerja

c) Sisa atau mendapan tetap selepas beban kedua kitaran.

49
Kriteria Untuk Ujian Beban

Ujian beban mestilah dikira sebagai lulus jika mendapan kurang daripada

pekara di bawah (atau daripada kriteria jurutera):

a) Mendapan beban kerja mestilah kurang daripada 12.5mm

b) Mendapan pada beban kerja ganda mestilah kurang daripada 35mm (10%

daripada cerucuk diameter. 350mm)

c) Sisa mendapan selepas pembuangan mestilah kurang daripada 6.25mm

Urutan Beban

Saiz cerucuk : 300mm diameter cerucuk spun

Beban kerja : 450 KN

Ujian beban : 900 KN

PERATUS URUTAN BEBAN (TAN) MASA (JAM)

BEBAN % BEBAN

25 Kitaran beban 11.25 1 jam

50 pertama 22.50 1 jam

75 33.75 1 jam

100 45.00 Kekalkan 6 jam

75 Kitaran 33.75 1 jam

50 memunggah 22.50 1 jam

25 11.25 1 jam

0 0.00 1 jam

50 Kitaran beban 22.50 1 jam

100 kedua 45.00 1 jam

50
125 56.25 1 jam

150 67.50 1 jam

175 78.75 1 jam

200 90.00 Kekalkan 24 jam

150 Kitaran beban 67.50 1 jam

100 memunggah 45.00 1 jam

50 kedua 22.50 1 jam

0 0.00 1 jam

JADUAL 3 MENUNJUKKAN URUTAN BEBAN

51
4.5 Cara Mengambil Set

‘Set’ adalah jarak terakhir penetrasi cerucuk kedalam tanah bagi setiap pukulan

penukul yang biasanya diambil semasa penetrasi yang terakhir. Set diambil

untuk mengetahui keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing capacity)

cerucuk.

i) ‘Set’ diambil dengan meletakkan kertas graf pada cerucuk dan pensel

diletakkan secara melintang pada kayu lurus dan rata yang disokong

oleh dua penahan.

ii) Setiap kali mesin itu ditekan, satu garisan akan dilakukan pada kertas

graf, dan akan mendapatkan bacan penetrasi yang terakhir.

iii) Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk hendaklah direkod samada

pada kadar ketelusan dalam unit mm iaitu mengikut spesifikasi JKR

Temerloh iaitu 3mm atau kurang.

52
4.6 Kesimpulan
Cerucuk merupakan struktur asas penting dalam pembinaan iaitu menjaga

kestabilan dan menagih beban pada struktur pembinaan. Ia mampu menjaga

kestabilan struktur bangunan pada pemukaan tanah yang lembut seperti tanah

laterit dan batu kapur. Pemilihan jenis cerucuk dan saiznya juga mestilah

bersesuaian mengikut beban yang akan dikenakan.

Setiap kerja menanam cerucuk haruslah direkod sambil mengambil graf set

untuk mengetahui kedalam dan kekerasan cerucuk yang telah ditanam ke

dalam tanah. Di samping itu juga, beberapa ujian akan dilakukan ke atas

cerucuk yang telah selesai ditanam untuk menguji ketahanan cerucuk dan

kekuatan cerucuk menahan beban yang akan dikenakan atau dibina di atasnya

nanti.

Kerja menanam cerucuk memerlukan mesin penanaman cerucuk yang selamat.

Tetapi kerja pembinaan menggunakan elemen cerucuk memerlukan kos yang

tinggi disamping pekerjaan di dalam kawasan yang berbahaya. Perkara

sebegini tidak dapat di jarak dari sektor industri di Malaysia ini.

53
BAB 5
KESIMPULAN

Program latihan industri (LI) merupakan suatu komponen penting kurikulum

program diploma yang ditawarkan oleh Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

(POLISAS). Program LI diwajibkan kepada semua pelajar bagi meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran teknikal serta berupaya menyesuaikan diri dengan alam

pekerjaan yang bakal diceburi. Program LI juga merupakan suatu syarat yang wajib

dilalui semua pelajar untuk menjadi graduan dan menamatkan sesi pembelajaran di

semua Politeknik di Malaysia.

Sebagai kesimpulan, di akhir program LI ini, pelajar dapat menggunakan ilmu dan

kemahiran yang dipelajari untuk:

1. Mempraktikkan pengetahuan teori ke dalam kerja-kerja amali.

2. Meningkatkan kemahiran teknikal di dalam bidang amali kejuruteraan

awam.

54
3. Membentuk peribadi sebagai seorang pekerja yang berdisiplin seperti

menghormati anggota kerja yang lain berdasarkan pengalaman dan usia

bukan dari segi pangkat.

4. Memantapkan ilmu, teknik dan kemahiran menggunakan peralatan dalam

bidang kejuruteraan awam.

5. Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran

bekerja.

6. Meningkatkan kebolehan komunikasi dengan berkesan seperti membuat

laporan kepada penyelia dan juruteknik-juruteknik yang berada di dalam

Unit Teknikal.

7. Menyediakan diri terhadap pelbagai persekitaran dan cabaran alam

pekerjaan.

Selain itu, ianya dapat menjadikan pelajar lebih berdikari dan mengetahui bagaimana

untuk bertoleransi apabila berada di alam pekerjaan kelak. Di samping itu, Latihan

Industri telah menguji sejauh mana pelajar boleh mematuhi segala arahan yang

diberikan, mematuhi segala tatacara di pejabat, semangat kerjasama dan

meningkatkan lagi hubungan baik antara pekerja sama ada pada peringkat bawahan

atau atasan mahupun pekerja asing. Keyakinan diri juga perlu ada semasa membuat

kerja untuk mendapatkan hasil yang cukup berkualiti dan sempurna.

Saya berharap agar Latihan Industri seperti ini akan diteruskan pada masa akan

datang.

55
BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

Demi menghasilkan graduan yang berpendidikan dan mempunyai daya kepimpinan,

program Latihan Industri adalah perlu dan wajar dilaksanakan. Ini kerana, program

ini dapat mendedahkan graduan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan graduan

dapat menimba ilmu teori dan praktikal.

Disiplin dan tanggungjawab merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan.

Segala urusan perlu dipelajari untuk menguruskan tugas apabila mula bekerja kelak.

Sikap ingin tahu perlu ada semasa menjalani latihan industri. Cara bergaul dengan

semua golongan pekerja adalah sangat penting supaya semua graduan tidak kekok

apabila hidup bermasyarakat.

Pengetahuan dalam keselamatan tapak bina dapat mengelakkan kejadian yang tidak

diingini daripada berlaku. Semoga latihan industri ini dapat memberikan manfaat

kepada pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan.

56
Latihan Industri ini juga merupakan satu langkah yang positif yang amat berkesan

bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu

pekerjaan. Dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak politeknik, saya

berpuas hati dengan cara penyusunan dan pengendalian latihan ini. Namun di sini,

saya ingin memberi sedikit cadangan kepada pihak politeknik supaya dapat

menetapkan kepada pihak syarikat untuk pelajar kejuruteraan yang menjalani LI

supaya lebih menitikberatkan kerja teknikal berbanding dengan urusan pentadbiran

agar ia seiring dengan apa yang dipelajari di politeknik.

Di samping itu, penyemakan terhadap Buku Laporan Harian oleh pihak politeknik

kepada para pelajar yang menjalani Latihan Industri sekurang-kurangnya dua bulan

sekali bagi memastikan para pelajar sentiasa membuat laporan harian dengan kemas,

betul dan tepat. Dengan ini sekaligus dapat mengelakkan pelajar dari menangguh

kerja.

Dari segi pengurusan masa, saya berpendapat bahawa Latihan industri ini wajar

dilaksanakan pada semester akhir kerana pelajar akan lebih terbuka dengan peluang

pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak syarikat terutamanya syarikat yang berstatus

swasta. Tawaran yang ditawarkan kepada pelajar untuk menjadi pekerja tetap di

syarikat tersebut adalah kerana semasa menjalani sesi Latihan Industri, pelajar telah

menunjukkan prestasi yang sangat baik dari pelbagai aspek bidang pekerjaan yang

ingin diceburi.

57
Selain itu, saya juga menyarankan agar pihak politeknik dapat memberi pendedahan

kepada para pelajar dengan mengadakan sesi lawatan sambil belajar ke kawasan

kerja yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dengan ini,

para pelajar akan dapat melengkapkan diri sebelum menjalani latihan industri dan

secara tidak langsung ini akan membantu para pelajar dalam mengurus dan

mengendalikan latihan dengan lebih baik lagi kerana telah mendapat gambaran awal

melalui pendedahan tersebut.

58
59

Anda mungkin juga menyukai