Anda di halaman 1dari 113

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.1

Pengenalan

1.1.1

Pendahuluan

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Setiap pelajar disyaratkan supaya lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester. Namun begitu, para pelajar juga dibenarkan untuk memilih sendiri tempat mereka akan menjalani latihan industri atau melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri.

1.1.2

Objektif Latihan Industri

Latihan industri ini bertujuan untuk membina personaliti individu yang unggul dari segi sahsiah dan juga pemikiran. Selain itu, melalui latihan industri ini, para pelajar dapat belajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan berkesan. Di samping itu, ianya dapat melatih para pelajar supaya mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta lebih berdisiplin. Latihan industri ini juga salah satu pendekatan bagi mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar seterusnya para pelajar dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari apabila tamat latihan industri nanti. semasa menjalani latihan industri. Para pelajar akan dapat menghasilkan laporan industri yang baik berdasarkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi

1.1.3

Objektif Laporan

Setiap pelajar yang menjalani latihan industri diwajibkan membuat laporan latihan industri yang akan dihantar kepada pensyarah masing-masing untuk dinilai. Melalui latihan industri ini, para pensyarah dapat menilai kemampuan para pelajar dalam menghasilkan laporan latihan industri yang berkualiti dan padat. Selain itu, para pensyarah penilai juga akan mengetahui prestasi para pelajar semasa latihan industri melalui maklumat yang ditulis oleh para pelajar. Di samping itu, laporan latihan industri ini juga merupakan suatu bahan rujukan yang berguna di masa hadapan samada kepada pelajar itu sendiri atau individu yang lain kerana laporan ditulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi. Laporan latihan industri yang sempurna merupakan syarat bagi melayakkan para pelajar lulus dalam latihan industri.

1.1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan industri mempunyai kepentingannya sendiri antaranya ialah para pelajar akan terdedah dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar dan mengetahui bidang kerja yang berkaitan dengan kursus yang diambil oleh para pelajar. Selain itu, para pelajar akan belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan dan tidak kekok untuk bergaul dengan kakitangan syarikat dan pihak lain. Para pelajar juga akan dapat mengumpul ilmu pengetahuan melalui pengalaman, penglihatan dan pemerhatian kerja seterusnya mampu mengaplikasikan ilmu tersebut kepada kerja yang berkaitan. Melalui latihan industri ini juga, sesetengah syarikat biasanya menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar yang telah menjalani latihan industri di syarikat mereka apabila pelajar tersebut tamat pengajian di politeknik nanti kerana yakin bahawa pelajar tersebut telah menunjukkan komitmen yang tinggi sekaligus pelajar tersebut telah menaikkan nama politeknik itu sendiri.

1.2

Latar Belakang Organisasi

1.2.1

Pengenalan Dan Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perunding Ukur Bahan dan Pengurusan Projek yang berdaftar dengan badan Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Kemanterian Kewangan Malaysia dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.

Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. mula beroperasi pada 3 Mac 2003 dan mempunyai cawangan lain di Selangor. Syarikat ini terletak di Plaza Grand Millennium, Penampang, Sabah. Syarikat ini ditubuhkan untuk membekalkan perkhidmatan perunding dalam bidang Ukur Bahan dan Pengurusan Projek kepada pelanggan dalam industri pembinaan dan harta benda. Syarikat ini adalah syarikat perkongsian seramai 3 orang ahli Lembaga Pengarah dan merupakan 100 % hak milik Bumiputera.

Kinabalu Setia Konsult menyediakan sepenuhnya khidmat Ukur Bahan untuk projek binaan bangunan dan kejuruteraan awam. Kepakaran utama syarikat ini adalah dalam pengurusan kewangan bagi projek-projek pembangunan di samping berpengalaman luas dalam pengurusan projek, pengurusan bangunan dan penilaian kejuruteraan. Bagi keseluruhan perkhidmatan yang disediakan, tujuan utama adalah untuk mengawal kos, mengurangkan risiko dan juga kreatif dan positif dalam memahami kehendak sebenar pelanggan.

1.2.2

Ahli Lembaga Pengarah Dan Pemilik Saham

Nama Kelayakan Pendaftaran

: Puan Jamilah Binti Yusoff : Ijazah Sarjana Muda dalam Ukur Bahan : Member of the Institution of Surveyors Malaysia Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Pengalaman Kerja : 26 tahun

Nama Kelayakan Pendaftaran

: Puan Patmawati Paddong : Ijazah Sarjana Muda dalam Ukur Bahan : Member of the Institution of Surveyors Malaysia Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Pengalaman Kerja : 10 tahun

Nama Kelayakan Pendaftaran

: Encik Tan Geok Kui : Ijazah Sarjana Muda dalam Ukur Bahan : Member of the Institution of Surveyors Malaysia Member of the Society for the Blinds Former JKR Sabah Officer

Pengalaman Kerja : 30 tahun

1.2.3

Struktur Pengurusan Korporat

Nama Jawatan Kelayakan

: Sr Jamilah Binti Yusoff : Pengarah / Senior Ukur Bahan : B.Sc. in Quantity Surveying, MISM, Reg QS.

Pengalaman Kerja : 26 tahun

Nama Jawatan Kelayakan

: Sr Patmawati Paddong : Pengarah / Senior Ukur Bahan : B.Sc. in Quantity Surveying, MISM, Reg QS.

Pengalaman Kerja : 10 tahun

Nama Jawatan Kelayakan

: Sr Goh Min Yung : Pengurus Besar / Senior Ukur Bahan : B.App.Sc. in Const. Mgt & Econs, ICIOB, AAIQS, MISM, Reg QS.

Pengalaman Kerja : 11 tahun

1.2.4

Pengalaman Organisasi

Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. keseluruhannya adalah dimiliki dan ditadbir oleh Juruukur Bahan Profesional Malaysia yang berpengalaman. Kumpulan Juruukur Bahan dan pembantu kakitangan teknikal yang berpengalaman, membekalkan perkhidmatan perundingan dalam bidang pembinaan untuk tempat kediaman (residential), hal perdagangan (commercial), industri dan projek institusi. Di antara pengalaman kerja termasuklah projek berikut :

a.

Tempat Kediaman Proposed Terrace House at Westoun, Beaufort, Sabah for Kuala Menggatal Development Sdn. Bhd. Projek Rumah Kos Rendah di Sibuga, Sandakan, Sabah .

b.

Hal Perdagangan Proposed 24 Units of 2-Storey Shophouses at V-19 Phase 4 at KKIP, KK, Sabah. Projek Penyediaan Premis Anjung Malawa di KKIP. Proposed 8 Unit of 3 Storey Commercial Building at Cl015507203, Damai Plaza Phase 1 (A), Luyang, Sabah. Projek Penyediaan Premis Perniagaan di Pitas, Sabah.

Putih, Tawau, Sabah. Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Projek SK NyarisNyaris, Beaufort, Sabah. Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Projek SMK Sandakan II, Sandakan, Sabah. Projek Pembangunan Kawasan Penyelidikan Paya Gambut, Klias Beaufort, Sabah. Projek Penubuhan Stesen Hutan Sejadi Hutan Simpan Gunung Lumaku, Rayoh, Tenom, Sabah. Projek Pembinaan Bangunan Mahkamah Baru Beaufort, Sabah.

d.

Kesihatan Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Klinik Desa Narandang, Kudat, Sabah.

e.

Keagamaan Projek Pembinaan Bangunan Masjid di Petagas, Sabah.

1.2.5

Perkhidmatan Perundingan Organisasi

Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. menawarkan kemahiran dan kebolehan berharga dari sumber manusia yang berharga. Tanpa mengira saiz operasi, syarikat ini juga mengambil kira tentang khidmat pelanggan, fokus dan memberi perhatian kepada kehendak pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan :

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o.

Penasihat Kos Preliminari dan Anggaran (Preliminary Cost Advice And Estimate) Perancangan Kos (Cost Planning) Menilai Rekabentuk Alternatif (Evaluating Design Options) Penasihat Dalam Prosedur Kontrak (Advising on Contractual Methods) Menyediakan Dokumen Kontrak Dan Tender (Contract And Tender Documentations) Penilaian Tender Dan Perundingan (Tender Evaluation And Negotiations) Pengurusan Kontrak (Contract Administration) Penilaian Kemajuan Dan Tuntutan (Progress And Claims Valuations) Laporan Kewangan Semasa (Periodic Financial Reporting) Penyata Akaun Akhir (Final Account Statements) Penilaian Penggantian Insuran (Insurance Replacement Valuations) Audit Teknikal (Technical Auditing) Pengurusan Projek (Project Management) Penasihat Bagi Perbalahan Keputusan (Advising On Dispute Resolution) Menyediakan / Mempertahankan Tentang Tuntutan Pembinaan (Preparing / Against Constructions Claims)

1.2.6

Halatuju Organisasi

a.

Misi Untuk menjadi pengamal Juruukur Bahan yang terbaik di Kota Kinabalu.

b.

Visi Memberi sumbangan kepada kebaikan kewujudan manusia dan masyarakat melalui amalan Juruukur Bahan.

c.

Nilai Teras Jujur Hasrat yang banyak dalam pencarian ilmu Berdisiplin Fokus kepada perkhidmatan yang cemerlang Rajin dan efektif Inovatif dan kreatif

10

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI DAN LATIHAN INDUSTRI

2.1

Ringkasan Dari Buku Log

Minggu Pertama ( 16 Julai - 20 Julai 2007 )

Pada hari pertama, saya telah diperkenalkan kepada semua kakitangan syarikat oleh penyelia saya, Mr. Goh Min Yung yang menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar di Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. Sepanjang minggu ini, saya telah melaksanakan pelbagai tugasan yang telah diberikan oleh kakitangan syarikat antaranya ialah seperti menyemak dan menyalin semula ukuran saiz (Quantity Bulk Check), terlibat dalam menyediakan dokumen tender, mencop lukisan serta menyemaknya, belajar cara bagaimana untuk menyediakan dokumen kontrak iaitu dengan mengisi dan menukar butiran yang perlu ke dalam dokumen kontrak sedia ada di dalam komputer yang mempunyai projek yang sama atau hampir serupa. Selain itu, saya juga menyemak dan mencop lukisan yang baru diterima iaitu Projek Pembinaan Pekan Muhibah Rancangan Sungai Manila, Sandakan, Sabah. Di samping itu, saya belajar membuat kerja-kerja pentadbiran seperti menaip surat menggunakan mesin taip automatik dan mengira

11

bilangan muka surat bagi dokumen tender. Secara tidak langsung, saya telah menggunakan teknologi seperti mesin taip dan juga komputer. Saya juga beruntung kerana dapat belajar menyediakan dokumen tender dan dokumen kontrak pada minggu pertama ini.

Minggu Kedua ( 23 Julai -27 Julai 2007 )

Pada minggu ini saya telah belajar membuat taking off untuk elemen rasuk bagi projek Pembinaan Wisma Wanita Sabah. Selain itu, saya telah menjilid dokumen tender bagi Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort III. Saya juga telah ditugaskan bersama kerani untuk berurusan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu projek seperti pihak Arkitek untuk meminta cop rasmi serta mengambil lukisan. Melalui kerja-kerja ini, saya belajar cara yang betul apabila berkomunikasi dengan pihak lain.

Minggu Ketiga ( 30 Julai - 03 Ogos 2007 )

Pada minggu ini, saya telah membuat taking off untuk tetulang besi yang terdapat pada rasuk bagi projek Pembinaan Wisma Wanita Sabah. Selain itu, saya juga telah membuat taking off bagi projek Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP). Saya juga telah diajar bagaimana cara untuk memasukkan harga barang ke dalam komputer menggunakan Microsoft Excel. Bagi kerja pentadbiran, saya telah membantu menyelenggara perpustakaan syarikat yang menempatkan segala dokumen kontrak dan juga bahan-bahan rujukan yang lain.

Minggu Keempat ( 06 Ogos - 10 Ogos 2007 )

12

Pada minggu keempat pula, saya banyak belajar kaedah memasukkan harga tender yang dibuat oleh kontraktor ke dalam komputer. Selain itu, kerja-kerja yang lain seperti tugasan pada minggu ketiga disambung.

Minggu Kelima ( 13 Ogos - 17 Ogos 2007 )

Pada minggu ini, saya membuat taking off untuk rasuk bawah bagi projek Pembinaan Kem Batalion, Kubota. Selain itu, saya belajar membuat anggaran kos (cost estimate) bagi Sekolah Menengah Agama Limauan untuk elemen rasuk dan juga tetulang besi. Perkara yang paling menarik ialah apabila saya dipelawa untuk menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dalam projek Pembinaan Pusat Rehat Dan Riadah di Bundu Tuhan, Ranau, Sabah yang bertempat di Sedcovest bersama seorang Juruukur Bahan syarikat. Sepanjang mesyuarat berlangsung, saya dapat mengetahui bagaimana sesuatu pihak mengendalikan mesyuarat di samping meneliti dan memahami segala isu yang dibincangkan dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk sesuatu masalah yang mugkin timbul dalam sesuatu projek pembinaan.

Minggu Keenam ( 20 Ogos - 24 Ogos 2007 )

Pada minggu keenam ini, saya belajar pula cara-cara untuk membuat filling dan mengisi filling index form. Ianya bertujuan untuk mewujudkan satu sistem yang teratur dalam penyusunan fail-fail yang banyak mengikut tajuk projek masing-masing. Selain itu, saya juga dibawa oleh seorang lagi Juruukur Bahan syarikat pergi melawat tapak bina bagi projek Pembinaan Sekolah Ugama Islam (SUIS) dan Masjid Pg. Hj. Rauf, Kampung Pengalat Besar, Papar, Sabah. Semasa kami meninjau tapak projek, ternyata kedua-dua tapak bina terletak berdekatan antara satu sama lain dan masih belum lagi dibuat pembersihan tapak.

13

Minggu Ketujuh ( 27 Ogos - 31 Ogos 2007 )

Pada minggu ini, saya telah membantu menyediakan dokumen tender iaitu membantu menjilid dokumen tender bagi Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort III, yang telah siap dilubangkan. Selain itu, saya juga membungkus dokumen tender tadi untuk dihantar ke Kuala Lumpur. Saya juga diajar cara untuk menyusun lukisan mengikut jilid dan juga menebuk dokumen tender bagi Cadangan Projek Pembinaan Pekan Muhibah. Pada hari Jumaat pula iaitu pada 31 Ogos 2007, saya bercuti sempena cuti kemerdekaan negara Malaysia yang ke 50 tahun.

Minggu Kelapan ( 03 September - 07 September 2007 )

Pada minggu ini, saya telah membungkus dokumen tender bagi Cadangan Projek Pembinaan Kompleks Penyayang, Taman Cahaya, Sandakan, Sabah setelah ianya siap dijilid. Saya juga diajar cara untuk mengganti bahagian helaian dokumen kontrak dengan helaian yang baru, selain menampal tajuk sisi pada dokumen kontrak yang bertujuan untuk memudahkan penyusunan dan pencarian di masa hadapan. Perkara paling menarik ialah saya dapat belajar cara untuk menjilid dokumen menggunakan kertas keras (hard paper). Rupa bentuknya ialah seperti fail. Di samping itu, saya diberi tugas untuk menyemak pesanan yang dihantar dan menyusun ianya mengikut nombor sirinya. Selain itu, saya juga bertugas membuat kerja-kerja pentadbiran antaranya menjadi penyambut tetamu, menghantar faks dan juga mengangkat panggilan telefon. Saya juga berpeluang menimba pengalaman berada di tapak bina apabila saya dibawa melawat tapak projek di KKIP dan juga Anjung Malawa bersama seorang Juruukur Bahan syarikat. Minggu Kesembilan ( 10 September - 14 September 2007 )

14

Pada minggu ini, saya banyak membuat kerja-kerja pentadbiran seperti mengemaskini fail dan juga kerja-kerja memfotostat, melipat dan membuat filling surat. Saya juga pertama kali belajar cara membuat filling index list bagi fail Siaran Khas Jabatan Perangkaan Negeri Sabah. Ianya merupakan dokumen berkenaan maklumat semasa bagi harga-harga barang di pasaran. Selain itu, saya sekali lagi dibawa oleh seorang Juruukur Bahan syarikat melawat tapak bina di Anjung Malawa. Di sana, saya berpeluang belajar cara untuk membuat penilaian tapak bina. Penilaian tapak bina ini penting kepada pihak kontraktor kerana melalui penilaian ini, Juruukur Bahan akan membuat pembayaran (claim) kepada pihak kontraktok berdasarkan kepada peratusan kemajuan kerja. Bayaran ini juga dikenali sebagai bayaran kemajuan kerja (Interim). Saya juga telah pergi ke syarikat lain atas urusan syarikat.

Minggu Kesepuluh ( 17 September - 21 September 2007 )

Pada minggu kesepuluh pula, saya meneruskan kerja melipat lukisan bagi Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis, Papar, Sabah dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort III. sebagainya. Selain itu, saya membuat kerja-kerja pentadbiran seperti melipat surat, memfotostat dokumen, mengangkat panggilan telefon dan

Minggu Kesebelas ( 24 September - 28 September 2007 )

Pada minggu ini, saya menyiapkan kerja-kerja menjilid dokumen tender untuk Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Ugama Islam dan meneruskan proses melipat lukisan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis. Di samping itu, saya membantu menyelenggara perpustakaan syarikat. Tugas yang paling mencabar ialah saya dikehendaki mengira semula harga yang dikemukakan oleh kontraktor dalam dokumen tender. Dengan

15

cara itu, kita boleh menyemak sekiranya terdapat kesilapan pada ruangan penjumlahan. Saya juga ditugaskan pergi ke syarikat-syarikat lain untuk membuat tugas luar. Melalui cara ini, saya dapat mempertingkatkan diri saya untuk berkomunikasi secara berkesan dengan pihak lain.

Minggu Kedua Belas ( 01 Oktober - 05 Oktober 2007 )

Pada minggu ini, saya menjilid pula dokumen tender bagi projek Proposed Development Of Quarters For The Army, Police Ranger, Resting And Toilet At Pulau Sipadan dan meneruskan kerja-kerja melipat lukisan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis. Kerja-kerja ukur bahan pula ialah seperti mengira ukuran (taking off) bagi projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Limauan. Elemen yang dikira ialah seperti pintu, tingkap, dinding dan lain-lain yang terdapat dalam bangunan pentadbiran projek tersebut.

Minggu Ketiga Belas ( 08 Oktober - 12 Oktober 2007 )

Pada minggu ini pula, saya menyambung kerja-kerja pengiraan bagi bangunan Pentadbiran (Administration Building) untuk elemen Detail of Ground Floor Beam, First Floor Beam and Second Floor Beam. Saya juga telah mengetahui kaedah untuk mengganti helaian dokumen yang baru kerana sebelum ini telah diajar oleh kakitangan syarikat. Pada 10 hingga 12 Oktober 2007 pula, syarikat memberikan cuti sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Minggu Keempat Belas ( 15 Oktober - 19 Oktober 2007 )

16

Syarikat bercuti sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula dari 10 hingga 19 Oktober 2007.

Minggu Kelima Belas ( 22 Oktober - 26 Oktober 2007 )

Pada minggu kelima belas, saya kembali meneruskan kerja-kerja pengiraan bagi Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Datu Mustapha. Saya mengira rasuk dan juga tetulang besi selepas bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri. Saya juga diminta untuk menyemak senarai lukisan bagi Cadangan Projek Pembangunan KD Sri Sandakan. Pengalaman paling berharga ialah apabila dapat bekerjasama dengan Pengarah Syarikat, Puan Patmawati Paddong menyediakan Akaun Muktamad (Final Account) bagi Cadangan Projek Pembinaan Premis Perniagaan Di Kinabatangan. Setelah diberi penerangan dan tunjuk ajar, beliau meminta saya membantunya untuk menyediakan Final Account. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui serba sedikit kepentingan Akaun Muktamad iaitu ianya merupakan satu dokumen yang mana kesemua pembayaran interim dan perubahan kerja dijilid bersama untuk diberikan kepada pelanggan.

Minggu Keenam Belas ( 29 Oktober - 02 November 2007 )

Keseluruhannya pada minggu ini, saya hanya melipat lukisan bagi Mechanical and Electrical (M&E) dan Civil and Structure (C&S) untuk Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis, Papar, Sabah kerana lukisan yang siap dilipat menggunakan kaedah yang ditetapkan, akan dihantar ke kedai untuk dijilid dan lukisan yang dilipat tadi adalah merupakan lukisan kontrak (contract drawing). Minggu Ketujuh Belas ( 05 November - 09 November 2007 )

17

Pada minggu ini, saya meneruskan kerja melipat lukisan C&S bagi Cadangan Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis, Papar, Sabah. Saya juga melipat surat-surat dan memasukkannya ke dalam sampul. Melipat surat juga memerlukan tekniknya yang tersendiri iaitu nama dan alamat penerima mestilah kelihatan apabila dilipat. Di samping itu juga, saya ditugaskan untuk mengasingkan dokumen yang tidak berguna untuk dibuang dan dokumen-dokumen kontrak yang dilupuskan akan dijadikan rough paper. Sepanjang minggu ini, saya dibawa menjalankan tugas luar syarikat seperti pergi mengambil lukisan dan sebagainya. Pada 08 November 2007, syarikat bercuti sempena Perayaan Deepavali.

Minggu Kelapan Belas ( 12 November - 16 November 2007 )

Pada minggu ini, saya mengedit Final Account berdasarkan perubahan-perubahan yang telah dibuat oleh Puan Patmawati. Bagi kerja Final Account ini, saya belajar membuat Fax Transmission yang ditujukan kepada pihak yang terlibat dalam projek ini. Antara kandungannya ialah meminta pihak terbabit, membuat pengesahan mengenai pembayaran yang telah diterima. Hal ini penting untuk memastikan tiada kesilapan jumlah pembayaran yang berlaku dan dapat mengenal pasti kos keseluruhan projek sebelum Final Account dihantar kepada pelanggan ( Client). Selain itu juga, saya membantu teman sepraktikal saya yang diberi tugasan untuk menyelenggara stor lukisan. Di sini, saya menetahui jenis-jenis lukisan yang terdapat di stor antaranya seperti table drawing, contract drawing, tender drawing dan lain-lain. Di samping itu, saya juga membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan syarikat.

Minggu Kesembilan Belas ( 19 November - 23November 2007 )

18

Pada minggu kesembilan belas, saya telah mengira rasuk bagi Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan, Tawau, Sabah sebanyak 3 jilid, selain dari memfotokofi dokumen dan menyusun lukisan projek Cadangan Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah. Namun begitu, boleh dikatakan sepanjang minggu ini, saya dibawa untuk membuat tugas luar atas urusan syarikat dan yang paling membuatkan saya rasa terharu apabila diberi kepercayaan mengeluarkan wang tunai sebanyak RM 9,000.00 atas nama akaun syarikat di Hong Leong Bank bagi kegunaan syarikat. Ini bermakna, diri saya dipercayai oleh pihak syarikat untuk mengeluarkan jumlah wang sebanyak itu.

Minggu Kedua Puluh ( 26 November - 30 November 2007 )

Pada minggu ini, saya telah membantu menyediakan dokumen tender bagi Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha dan juga membuat filling bagi fail Wisma Wanita Sabah. Selain itu, saya sekali lagi berpeluang melawat tapak bina mengikuti seorang Juruukur Bahan syarikat yang membuat penilaian tapak bagi Cadangan Projek Pembinaan Wisma Wanita Sabah. Pada minggu ini juga, pihak syarikat telah menjemput 2 orang wakil penjual perisian yang baru dibeli oleh syarikat iaitu perisian BinaLink BQ untuk menerangkan kaedah menggunakan perisian ini. Saya berpeluang mendengar penerangan dari wakil penjual perisian tersebut. BinaLink BQ ini amat berguna kepada seseorang Juruukur Bahan kerana ianya lebih canggih dari Microsoft Excel dan merupakan perisian (software) yang serba serbi lengkap.

Minggu Kedua Puluh Satu ( 03 Disember - 07 Disember 2007 )

19

Pada minggu ini, saya dikehendaki memasukkan harga mengikut elemen bangunan yang sebelum ini telah dihargakan oleh pihak kontraktor ke dalam komputer bagi Cadangan Projek Menaiktaraf Kampus UITM. Di samping itu, sepanjang minggu ini, saya banyak melakukan tugas luar. Pengalaman paling berharga ialah apabila saya dipelawa mengikuti seorang Juruukur Bahan syarikat menghadiri mesyuarat tapak (site meeting) di Keningau, Sabah.

Minggu Kedua Puluh Dua ( 10 Disember - 14 Disember 2007 )

Minggu ini adalah merupakan minggu terakhir saya menjalani latihan industri di Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. Saya masih sempat membuat kerja-kerja pentadbiran seperti yang terbaru, saya belajar membuat kod filling bagi memudahkan proses penyusunan dan pencarian maklumat yang diperlukan pada masa hadapan. ini. Banyak pengalaman dan juga kenangan yang saya perolehi sepanjang berada di firma ukur bahan

20

BAB 3 : ANGGARAN KERJA ( ESTIMATE )

3.1

Pendahuluan

Anggaran kerja atau anggaran kos perlu dilakukan bagi mendapatkan harga bagi sesuatu kontrak. Hanya melalui cara tersebut, dokumen tender dapat dikeluarkan dan mula dijual kepada kontraktor yang berminat untuk menyertai tawaran berdasarkan kepada syaratsyarat tawaran. Anggaran kerja ini juga penting dalam penyediaan Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity. Anggaran kerja (estimate) merupakan salah satu dari tugas yang dilakukan oleh seorang Juruukur Bahan.

3.2

Definisi

Anggaran didefinisikan sebagai kos realiti bagi pembinaan dan penyiapan sesuatu projek yang perlu dimasukkan oleh kontraktor bagi tujuan menyertai tawaran atau tender.

21

3.3

Tujuan

Terdapat beberapa tujuan yang menyebabkan anggaran kerja perlu dilakukan antaranya ialah :

a. b. c. d. e.

Untuk mendapatkan kos yang realistik dan kompetatif Untuk memastikan kemampuan sesuatu pihak dalam melaksanakan projek Untuk mengawal kos semasa pembinaan Sebagai perancangan kos pembinaan Sebagai persediaan untuk menyertai tawaran

3.4

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Harga

a.

Upah buruh Tenaga buruh amat diperlukan di tapak bina samada buruh tetap pada sesuatu tempat atau buruh bergerak iaitu buruh yang akan bekerja di lain tempat pada satu tempoh masa. Oleh yang demikian, upah buruh menjadi semakin tinggi apabila buruh dibawa keluar ke tempat lain.

b.

Harga bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran Mengetahui bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan samada ianya mudah atau sukar untuk didapati dan kos bagi setiap bahan. Sekiranya terdapat bahan binaan yang sukar didapati, ianya akan menyulitkan pihak kontraktor untuk mencarinya. Jika harga bahan mahal, maka ianya akan mempengaruhi harga.

22

c.

Insuran Insuran penting dalam sesuatu projek pembinaan kerana pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi sebelum, semasa, atau selepas pembinaan dijalankan. Di antara insuran yang diperlukan ialah insuran nyawa, jentera dan sebagainya. Oleh itu, semakin ramai tenaga buruh, semakin banyak juga insuran yang diperlukan.

d.

Keuntungan Pihak kontraktor biasanya menginginkan keuntungan dari projek yang dilaksanakan. Sekiranya projek tersebut kurang menguntungkan, maka pihak kontraktor mungkin tidak akan menjalankan projek mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan.

e.

Keempunyaan jentera peralatan atau sewaan Sekiranya pihak kontraktor memiliki jentera sendiri, maka itu lebih baik dari menyewa. Namun, jika tidak memiliki jentera yang diperlukan untuk sesuatu pembinaan, maka jentera tersebut boleh disewa.

23

3.5

Komponen Harga

Kebiasaannya, harga bagi sesuatu bangunan itu bergantung kepada beberapa faktor iaitu :

a. b. c. d. e. f.

Harga buruh Harga bahan-bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran Harga alat dan perkakas Insuran Harga pengurusan oleh kontraktor Keuntungan oleh kontraktor

Walaupun terdapat bangunan yang sama dari segi rupa, rajah dan bentuk bangunan, namun faktor-faktor tadi akan menjadikan harga bagi sesebuah bangunan itu berbeza. Selain itu, faktor seperti perbezaan tempat kerja, kenaikan harga dan lain-lain juga akan menyebabkan tiada terdapat dua buah bangunan yang serupa mempunyai harga pembinaan yang serupa.

24

3.5.1 Anggaran Kerja Bangunan

a. b. c. d. e. f. g. h.

Kerja-kerja awalan ( Preliminaries) termasuk pejabat tapak, faksimili, telefon, komputer, perkakasan keselamatan, penanda arah sementara (temporary signboard) Kerja cerucuk Kerja-kerja di bawah permukaan Kerja konkrit Kerja mengikat dinding Kerja kemasan Kerja bumbung Kerja mengecat

3.6

Kaedah Membuat Anggaran

Terdapat lima (5) cara atau kaedah yang masih digunakan untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan iaitu :

a. b. c. d. e.

Isipadu (Cubic Content) Luas lantai (Floor Area) Penilaian Unit (Unit Valuation) Kuantiti Nilaian Paling Hampir (Approximate Quantity) Senarai Kuantiti (Bill of Quantity)

25

a.

Isipadu (Cubic Content)

Ini adalah cara yang paling kasar untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan itu bagi mendapatkan jumlah harga bangunan tersebut. Cara untuk mendapatkan isipadu bangunan itu ialah dengan mendarabkan panjang, lebar dan tinggi bangunan tersebut. Namun begitu, faktor-faktor tersebut harus diambil kira terlebih dahulu iaitu :

Ukuran panjang dan lebar sesebuah bangunan itu hendaklah diukur di antara permukaan luar seperti di rajah 3.6.1, panjang bangunan itu = AB = X, lebar bangunan itu = CD = Y.

Panjang = X

Lebar =Y

C Rajah 3.6.1

Jika sesebuah bangunan tersebut mempunyai bumbung curam (pitch roof) seperti di rajah 3.6.2, maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras pemukaan asas (top of

26

foundation) hingga ke paras siling dan ditambah separuh (setengah) tinggi tegak bumbung (vertical height). Lihat rajah 3.6.2 tinggi bangunan itu ialah dari M ke N.

N ------------------------

Tinggi

Rajah 3.6.2

Jika sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung atau atap rata (flat roof), seperti di rajah 3.6.3. Maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas hingga ke paras permukaan bumbung. Lihat rajah 3.6.3, tinggi bangunan itu ialah dari P hingga Q.

27

Q -------------------------------------610 mm

Tinggi

P Rajah 3.6.3

Contoh pengiraan : Panjang bangunan = 38 meter Lebar bangunan = 18 meter

28

Tinggi bangunan = 20 meter Jadi, isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi = 38 x 18 x 20 = 13,680 meter padu

Katakan harga bagi 1 meter padu sebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk adalah RM 150.00, maka harga bagi bangunan tersebut adalah : RM 150.00 x 13, 680 = RM 2,052,000.00

b.

Luas Lantai (Floor Area)

Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Seperti yang diketahui, luas ialah panjang darab lebar. Oleh yang demikian, caranya juga sama untuk mendapatkan luas sesebuah bangunan itu iaitu dengan mendarabkan luas sesebuah bangunan tersebut dengan lebarnya. Rujuk rajah 3.6.4, ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya.

29

Y Rajah 3.6.4 Contoh pengiraan : Panjang = 20 meter Lebar = 15 meter

Jadi, jumlah luas lantai bangunan = panjang x lebar = 20 x 15 = 300 meter persegi Katakan harga bagi satu meter persegi sebuah bangunan yang sama dari segi rekabentuk ialah RM 150.00, maka harga anggaran adalah : RM 150.00 x 300 = RM 45, 000.00 Selain dari harga luas lantai bangunan itu , harga beberapa perkara lain juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara yang dimaksudkan mestilah ada kaitannya dengan pembinaan bangunan tersebut seperti paritparit, jalan, pagar, tanaman-tanaman rumput dan lain-lain kerja luar. Jadi, harga bagi tiaptiap perkara yang disebutkan itu hendaklah dijumlahkan dengan harga luas lantai bangunan tersebut. Maka jumlah ini ialah harga anggaran luas lantai bangunan yang dimaksudkan. c. Penilaian Unit (unit valuation)

Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapankelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah

30

bangunan itu. Kelengkapan-kelengkapan ini memberi makna yang besar kepada sesebuah bangunan itu, sebagai contoh :

Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilaikan sebanyak RM 1,000.000.00 dan boleh menampung 1000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid bagi sekolah tersebut ialah sebanyak RM 1,000, 000.00. Maka nilaian ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan sekolah yang lain di mana segi pembinaan dan rekabentuk sekolah itu sama. Misalnya :

Sebuah bangunan sekolah hendak dibina dan bangunan itu boleh menampung 2000 orang murid. Maka dengan menggunakan harga bagi satu meja murid yang telah diterangkan tadi, iaitu sebanyak RM 1,000.00, maka harga anggaran bagi bangunan sekolah tersebut keseluruhannya ialah RM 1,000.00 x 2000 murid = RM 2,000,000.00.

Secara ringkasnya, penilaian unit ini menggunakan kelengkapan atau perkakas yang terdapat di dalam sesebuah bangunan. Contohnya :

Sekolah - bilangan meja murid yang digunakan Hospital - bilangan katil yang digunakan Hotel d. - bilangan bilik Kuantiti Nilaian Hampir (Approximate Quantities)

Cara ini adalah merupakan cara yang paling baik atau yang hampir tepat dari caracara yang telah disebutkan dahulu untuk mencari nilaian anggaran secara kasar. Dengan cara ini, bahan-bahan kerja dikeluarkan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilaikan

31

harga-harganya mengikut bahan-bahan yang tertentu. Cara-cara untuk mengeluarkan bahanbahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut :

Kerja perparitan kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 meter dalam dihargakan bagi satu meter padu. Asas bangunan konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan penyokong serta keluli penguat dihargakan bagi satu meter padu. Lapisan tanah konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finishes) dihargakan bagi satu meter persegi. Lantai atas konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan penyokong, keluli dan hiasan lantai dihargakan bagi satu meter persegi. Dinding dinding bata termasuk plaster dan cat pada kedua-dua permukaan dihargakan bagi satu meter persegi. Rangka bumbung kayu-kayu untuk bumbung dan siling dihargakan bagi satu meter padu. Penutup bumbung penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti (battens) dihargakan bagi satu meter persegi. Tingkap dan pintu tingkap dan pintu termasuk barang besi (ironmongery), gelas kaca, bingkai (frames) dan cat dihargakan bagi setiap satu mengikut saiznya. Perabot kayu pertukangan kayu (joinery fittings) seperti almari, papan rak (shelves) dan lain-lain dihargakan di tiap-tiap satu point. Kerja elektrikal pemasangan alat-alat elektrik dihargakan bagi tiap-tiap satu kabel (point). Pepasang kebersihan pengaliran najis (soil drainage) termasuk harga paip, penggalian parit dan lapisan konkrit dihargakan bagi satu meter panjang. Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing) dan lain-lain. Pemasangan paip (sanitary fittings) termasuk harga paip pada tiap-tiap perkakas.

32

e.

Senarai Kuantiti (Bill Of Quantity)

Membuat anggaran dengan cara ini adalah paling baik dan tepat. Senarai-senarai bahan ini disediakan oleh Juruukur Bahan yang mahir dan mengeluarkan segala bahanbahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan tersebut di bawah pecahan-pecahan tajuk tertentu. Kontraktor hanya dikehendaki mengisi ruangan harga-harga yang disediakan pada tiap-tiap senarai bahan yang telah dikumpulkan jumlah ukurannya. Kemudian, didarabkan bilangan bahan-bahan dengan harga-harga yang telah diisi untuk mendapatkan jumlah harga tawaran yang sebenar.

3.7 Asas Membina Kadar Harga

Untuk membina kadar harga bagi setiap item kerja, terdapat tiga faktor yang penting iaitu :

a.

Bahan Kos bahan yang diperolehi daripada pembekal bahan-bahan binaan merangkumi segala perbelanjaan seperti cukai, pengangkutan, penyimpanan dan pembaziran.

b.

Buruh

Upah atau gaji harian akan dibayar mengikut kemahiran atau kepakaran buruh tersebut. Terdapat tiga kategori buruh iaitu mahir, tidak mahir dan penyelia. Menurut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Jabatan Buruh, jumlah masa bekerja untuk seorang buruh ialah 8 jam sehari. Sekiranya buruh tersebut bekerja lebih masa, maka buruh tersebut perlu dibayar mengikut kadar yang berbeza dari kadar biasa. Angkatap buruh pula bermaksud jumlah masa yang diperlukan oleh seorang pekerja untuk menyiapkan sesuatu projek. Formula bagi mendapatkan kos buruh adalah seperti berikut :

33

Angkatap Buruh x Upah Buruh 8 Jam

c.

Overhead Dan Keuntungan Meliputi segala bentuk kos pengurusan dan pentadbiran. Overhead dan keuntungan dikira dan ditetapkan dalam bentuk peratusan.

3.8 Komen Dan Cadangan

Saya mencadangkan agar setiap pelajar yang menjalani latihan industri pada masa hadapan akan berpeluang membuat anggaran kerja ini kerana ianya merupakan satu kerja yang sangat berguna dan merupakan tugas seorang Juruukur Bahan.

Melalui kerja ini, pelajar akan dapat memahirkan dan mempersiapkan diri sebelum menempuh realiti dunia pekerjaan yang sebenar. Selain itu, para pelajar dapat menimba ilmu berkenaan anggaran kos ini dan mengaplikasikannya apabila kembali semula di pengajian. 3.9 Kesimpulan

Di dalam bab ini, saya telah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan cara untuk membuat anggaran kos bangunan. Juruukur Bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan anggaran kerja ini. Sepanjang menjalani latihan industri di Kinabalu Setia Konsult, saya telah diberi tugasan untuk membuat anggaran kos misalnya seperti Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Limauan dan juga Cadangan Projek Pembinaan Wisma Wanita Sabah.

34

Anggaran kos ini penting untuk kita mengetahui kos secara kasar bagi sesuatu projek pembinaan yang akan dilaksanakan. Melalui anggaran kos ini juga, pihak pemaju dapat menyediakan bajet yang secukupnya bagi menampung perbelanjaan projek. Saya amat beruntung kerana dapat membantu dan mempelajari serba sedikit berkenaan anggaran kos. Semua ini adalah hasil tunjuk ajar kesemua Juruukur Bahan di Kinabalu Setia Konsult.

35

BAB 4 : SEBUTHARGA

4.1

Definisi

Sebutharga

merupakan

proses

memanggil

dan

memilih

kontraktor

yang

berkelayakan membuat dan menyiapkan kerja-kerja yang bernilai antara RM 1.00 hingga RM 50,000.00. Sebutharga diamalkan bagi memenuhi kerja segera, kerja undi dan kerja inden. Kerja-kerja melalui sebut harga diberikan kepada kontraktor Bumiputera sahaja.

4.1.1

Kerja-kerja Segera

Kerja yang perlu dibuat dengan segera, biasanya kontraktor yang dipilih adalah kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan kemampuannya membuat kerja. bocor dan membaiki tandas awam. Contohcontoh kerja yang terlibat seperti membaiki kerosakan saluran paip atau membaiki atap

36

4.1.2

Kerja-kerja Undi

Kerja undi biasanya berdasarkan jadual kadar harga.

Kerja-kerja yang terlibat

adalah kerja-kerja penyenggaraan biasa dan penyenggaraan bangunan kerajaan. Penyertaan kerja undi dibuat seminggu oleh Jabatan Kerja Raya atau badan-badan kerajaan yang lain. Melalui cara ini, kerja yang dilakukan oleh kontraktor, harganya menjadi tetap.

4.1.3

Kerja-kerja Inden

Kerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu kepada kontraktor setelah mereka mengemukakan sebutharga masing-masing. Hanya kontraktor yang berjaya dikehendaki melaksanakan kerja tersebut. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah kerja ubah suai ruang pejabat, membersih bangunan dan mengecat bangunan.

4.2

Hak Kerajaan Untuk Menerima Atau Menolak Sebutharga

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau manamana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga. Keputusan jawatankuasa sebutharga adalah muktamad.

4.3

Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga

37

4.3.1

Penyediaan Sebutharga

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan lengkap iaitu :

a. b. c. d.

Harga dan tandatangan kontraktor dan saksi di borang sebutharga. Harga, tempoh dan tandatangan dalam borang sebutharga. Borang maklumat pretender dan senarai kerja. Tandatangan kontraktor dan saksi pada perakuan persetujuan syarat-syarat am sebutharga.

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

4.3.2

Penyerahan Dokumen Sebutharga

Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan nombor sebutharga serta tajuk sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam kenyataan sebutharga.

Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. Kegagalan kontraktor mengembalikan dokumen

38

sebutharga pada tarikh tutup sebutharga membolehkan kerajaan mengambil tindakan tatatertib terhadap kontraktor tersebut.

4.3.3

Perbelanjaan Penyediaan Dokumen Sebutharga

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh kontraktor itu sendiri.

4.3.4

Tempoh Sah Laku Sebutharga

Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup sebutharga. Kontraktor tidak boleh menarik balik sebutharga sebelum tamat tempoh sah sebutharga melainkan dengan persetujuan pihak pengurusan.

Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya kontraktor menarik balik mana-mana sebutharga sebelum tamat tempoh sah dengan sewenang-wenangnya. Tempoh sah ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan kontraktor jika dan apabila perlu.

4.3.5

Dokumen Diperlukan

39

Pihak kontraktor hendaklah melampirkan bersama-sama dokumen sebutharga ini iaitu:

a.

Salinan sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Kemajuan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) atau Perbendaharaan Malaysia ( Sabah) yang berdaftar.

b.

Profil syarikat.

4.4

Syarat-Syarat Sebutharga Untuk Kerja

4.4.1

Pemeriksaan Tapak Bina

Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebutharga. Segala tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

4.4.2

Insuran

40

Kontraktor hendaklah atas nama bersama kerajaan dan kontraktor mengambil insuran seperti berikut :

a. b. c.

Nombor pendaftaran PERKESO bagi kesemua pekerjanya. Insuran liabiliti awam Insuran kerja (sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir ringkasan sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan.

Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa semua Polisi Insuran dan Nombor Pendaftaran PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk memulakan kerja sahaja, nota-nota lipatan (perlindungan) dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.

Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua Polisi Insuran selepas tempoh sah nota-nota lipatan (perlindungan), tanpa sebarang sebab yang munasabah.

4.4.3

Peraturan Pelaksanaan Kerja

Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi pelan-pelan, butirbutir kerja dalam ringkasan sebutharga dan arahan pegawai penguasa. Pegawai penguasa di sini adalah pegawai yang mengeluarkan surat setuju terima.

4.4.4

Kegagalan Kontraktor Memulakan Kerja

41

Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang ditetapkan dalam surat setuju terima sebutharga, tanpa sebarang alasan yang munasabah, surat setuju terima boleh dibatalkan oleh pegawai penguasa seperti dibutirkan di Fasal 9 dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.

4.4.5

Sub-Sewa Dan Menyerah Hak Kerja

Kontraktor tidak dibenarkan mensub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada pegawai penguasa.

4.4.6

Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai Penguasa

Pegawai penguasa atau wakilnya berhak menolak kerja-kerja yang tidak menepati spesifikasi. Kerja yang ditolak hendaklah dibuat semula dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri tanpa apa-apa tuntutan tambahan.

4.4.7

Ringkasan Sebutharga

42

Ringkasan sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada borang sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga sebutharga.

Harga-harga dalam ringkasan sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi menyiapkan kerja dengan sempurna.

Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, samada dalam tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh kerja.

Harga-harga dalam ringkasan sebutharga yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada pegawai penguasa tentang kemunasabahannya. harga dikeluarkan. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam ringkasan sebutharga hendaklah dibuat sebelum dokumen senarai

Apa-apa pelarasan harga dalam ringkasan sebutharga menurut perenggan di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam ringkasan sebutharga hendaklah dilaraskan sama dengan amaun jumlah harga seperti yang tercatat di borang sebutharga. Amaun harga dalam borang sebutharga hendaklah tidak berubah.

4.4.8

Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga

43

Jika kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam dokumen sebutharga, kontraktor hendaklah merujuk kepada pegawai penguasa untuk mendapatkan keputusan.

4.4.9

Kegagalan Kontraktor Menyiapkan Kerja Dan Penamatan Kontraktor

Pegawai penguasa berhak membatalkan surat setuju terima sekiranya kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada pegawai penguasa iaitu :

a. b. c. d. e.

Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah Tidak mematuhi arahan pagawai penguasa tanpa apa-apa alasan yang munasabah Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

4.4.10 Pematuhan Kepada Undang-Undang Oleh Kontraktor

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak undang-undang kecil dan undangundang berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos atau bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat sebutharga. 4.4.11 Kawalan Keselamatan

44

Semua personal, pekerja di bawah kontraktor termasuk dirinya sendiri mendapat kebenaran masuk Bahagian Kawalan Keselamatan Pihak Yang Berwajib bagi semua kawasan-kawasan Undang-Undang Kecil tempat berkenaan. Biarpun terdapat kebenaran masuk ini, kerajaan mempunyai hak untuk menolak sebarang personal atau pekerja daripada tapak bina pada bila-bila masa dan kontraktor dengan langsung hendaklah mematuhi arahanarahan yang dikeluarkan.

4.4.12 Peraturan Bayaran Selepas Siap

Bayaran dibuat secara berperingkat bersama dengan bayaran kontraktor utama.

4.4.13 Pembersihan Tapak

Apabila kerja disiapkan, segala sampah sarap, serpihan dan lebihan hendaklah dibersihkan mengikut arahan pegawai penguasa. Pembakaran sampah secara terbuka di tapak adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4.5

Komen Dan Cadangan

45

Saya mencadangkan agar para pelajar dapat mempelajari serba sedikit berkenaan dengan dokumen sebutharga ini kerana walaupun ianya jarang digunakan dalam tawaran namun ianya masih mempunyai kepentingannya yang sendiri. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui maklumat penting berkenaan sebutharga. Sebutharga hanya terhad dan terbuka kepada golongan Bumiputera sahaja. telah melihat seorang Juruukur Bahan menyediakan dokumen sebutharga ini. Ianya merupakan satu proses memanggil kerja yang lebih cepat dan teratur. Bagi tajuk ini, saya

4.6

Kesimpulan

Di dalam bab ini, saya dapat merumuskan bahawa sebutharga merupakan suatu kerja yang cepat dalam memanggil dan memilih kontraktor yang berkelayakan. Namun begitu, kontraktor tidak sekadar dipilih berdasarkan harga tawaran yang terendah semata-mata, tetapi berdasarkan keupayaan untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebutharga ini hanya diberikan kepada kontraktor Bumiputera sahaja dan merupakan kerja-kerja seperti membaiki atap bocor, membaiki kerosakan tandas, penyelenggaraan bangunan, mencat bangunan dan sebagainya.

46

BAB 5 : KONTRAK

5.1

Pengenalan

Di dalam industri binaan, tanpa tawaran maka tidak akan wujud kontrak. Di sini menunjukkan kontrak amat penting bagi memastikan peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat. Kontraktor juga hendaklah menyiapkan kerjanya dengan sempurna tanpa menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta rekabentuk seperti yang dikehendaki oleh pemilik. Ia juga mestilah menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak pemilik pula hendaklah memberikan segala butiran beserta keterangan yang jelas bagi memudahkan pihak kontraktor memahami apakah yang dikehendaki serta harga tawarannya.

47

5.1.1

Definisi

Kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. Di dalam konteks pembinaan, kontrak merupakan satu perjanjian bertulis yang mengikat kedua-dua belah pihak yang terlibat iaitu majikan dan kontraktor.

Bagi pihak kontraktor pula, ianya berkewajiban untuk menyiapkan kerjanya seperti yang diarahkan sehingga sempurna serta mencapai tahap minimum mutu kerja yang dikehendaki. Bagi majikan pula, ianya harus bertanggungjawab untuk menunaikan bayaran kepada kontraktor apabila semua tugas yang diarahkan kepadanya dijalankan dengan baik lagi sempurna.

Apabila kontraktor memasuki tawaran berasaskan segala butir dan syarat yang terkandung dalam dokumen tawaran dan kerajaan, kemudiannya bersetuju menerima tawaran majikan tersebut, maka terjalinlah satu ikatan kontrak. Dokumen kontrak mengandungi segala butiran dan syarat yang sama dengan dokumen tawaran dan kedua-dua belah pihak terikat untuk mematuhinya.

5.2

Tujuan Kontrak

Untuk menjalin perhubungan antara majikan dan kontraktor supaya lebih jelas lagi dalam bentuk kenyataan dan syarat serta dinyatakan had-hadnya. Oleh yang demikian, pihak kontraktor hendaklah memastikan bahawa pihaknya :

48

a. b.

Menyiapkan kerjanya dengan sempurna tanpa menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta rekabentuk seperti yang dikehendaki oleh pihak majikan. Menyelesaikan segala jenis kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.

5.3

Keperluan Kontrak

Untuk membuat sesuatu ikatan kontrak yang baik iaitu dengan menjalinkan perhubungan antara kedua pihak dalam bentuk kenyataan dan syarat serta dinyatakan had dengan sejelas-jelasnya. Segala butiran hendaklah dinyatakan bersamaan dengan keterangan-keterangan yang jelas bagi memudahkan pihak kontraktor memahami apakah yang dikehendaki oleh pihak majikan serta harga tawarannya.

5.4

Prinsip-Prinsip Kontrak

Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) terdapat beberapa prinsip kontrak yang perlu diketahui dalam pengertian kontrak yang sebenarnya termasuklah :

5.4.1

Tawaran

Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) Seksyen 2 (A), tawaran ialah seseorang itu membuat cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu dengan tujuan mendapat persetujuan dari pihak yang tersebut.

49

5.4.2

Penerimaan

Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) Seksyen 2 (B), penerimaan ialah apabila cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang diterima dan diperkenankan oleh pihak yang menerima cadangan itu dengan tidak dikenakan syarat-syarat yang tertentu. Penerimaan bersyarat tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang kontrak. Sesuatu cadangan apabila diterima, menjadi janji.

5.4.3 Balasan

Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak yang menerima tawaran. Tindakan penerimaan tawaran biasanya dilakukan sama ada secara lisan, bertulis ataupun secara perbuatan.

5.4.4 Niat

Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara kedua-dua belah pihak yang berkenaan secara jujur, ikhlas serta amanah dan tidak melanggari serta mematuhi segala syarat yang dikenakan dalam perjanjian kontrak.

50

5..4.5 Persetujuan Yang Sah Dari Segi Undang-Undang

Segala perjanjian di antara pihak pencadang dan pihak penerima hendaklah tidak menyalahi undang-undang kerajaan, di mana kontrak dijalinkan. Perjanjian yang menyalahi undang-undang kerajaan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974).

5.4.6 Ikatan Kontrak Boleh Dilaksanakan

Sebelum sesuatu kontrak boleh dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak yang terlibat hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa ikatan perjanjian nanti, tidak terlalu membebankan mana-mana pihak sehingga boleh membawa masalah kepada sebahagian atau kedua-dua belah pihak.

5.4.7

Tiada Kecacatan Bagi Kedua-dua Belah Pihak

Kecacatan bermaksud rekod atau prestasi pada masa lalu. Kelalaian kerja, tidak menepati perjanjian, melebihi tempoh had masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi adalah sebahagian daripada kecacatan yang dimaksudkan itu.

51

5.5

Perhubungan Kontrak Dan Tawaran

Tawaran adalah merupakan satu atur cara untuk menjemput kontraktor-kontraktor bagi menghargakan tawaran yang dikemukakan oleh pihak pemilik. Dokumen yang digunakan dipanggil sebagai Dokumen Tawaran.

Apabila harga tawaran tersebut telah dipersetujui di antara pihak pemilik dan kontraktor maka ikatan kontrak akan dijalinkan dengan menandatangani satu dokumen lengkap yang dipanggil sebagai Dokumen Kontrak. Dokumen ini bertujuan untuk menerangkan tanggungjawab setiap pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut.

5.6

Syarat-Syarat Kontrak

Syarat-syarat kontrak yang digunakan berpandukan borang JKR 203 (Semakan 10/83). Di antara syarat-syarat umum yang penting adalah seperti berikut :

a.

Tugas Pegawai Penguasa (Fasal 2) Pegawai Penguasa iaitu pegawai yang bertanggungjawab ke atas penyeliaan dan arahan keseluruhan kerja. Wakil Pegawai Penguasa hendaklah bertanggungjawab kepada Pegawai Penguasa dan tugasnya ialah menjaga dan menyelia kerja serta untuk menguji dan memeriksa, mana-mana bahan atau barang-barang yang akan digunakan atau mutu hasil kerja yang digunakan berhubung dengan kerja.

52

b.

Pengambilan Pekerja (Fasal 16) Pekerja hendaklah warganegara Malaysia kecuali di dalam sesuatu bidang tertentu iaitu warganegara Malaysia tidak boleh didapati, maka pekerjapekerja bukan warganegara boleh diambil tertakluk kepada kelulusan Kementerian Sumber Manusia. Nisbah pekerja hendaklah mencerminkan nisbah perkauman sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

c.

Hari Dan Waktu Bekerja (Fasal 18) Kerja tidak boleh dijalankan pada hari minggu, hari kelepasan am dan antara pukul 6.00 petang dan 6.00 pagi keesokan harinya kecuali dengan kebenaran bertulis dari Pegawai Penguasa.

d.

Kemungkiran Membayar Gaji (Fasal 21) Sekiranya kontraktor gagal membayar gaji kepada pekerja, Pegawai Penguasa boleh membuat bayaran bagi tuntutan itu kepada Ketua Pengarah Buruh dan atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (yang mana berkenaan) daripada mana-mana wang yang ada dan pembayaran itu hendaklah disifatkan sebagai pembayaran yang dibuat kepada kontraktor oleh kerajaan.

e.

Perubahan (Fasal 24) Pegawai Penguasa boleh mengeluarkan arahan-arahan yang memerlukan sesuatu perubahan. Perubahan ini termasuklah rekabentuk, kualiti dan kuantiti kerja serta tambahan, peninggalan atau penggantian apa-apa kerja.

f.

Subkontraktor Dinamakan Dan Atau Pembekal Dinamakan (Fasal 28)

53

Subkontraktor atau pembekal dinamakan ialah kontraktor kecil yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pakar atau membekal barang-barang yang termasuk di dalam wang kos prima (Prime Cost Item) atau perbelanjaan wang peruntukan sementara (Provisional Sum).

g.

Wang Kos Prima Dan Wang Peruntukan Sementara (Fasal 30) Wang kos prima ialah jumlah wang yang diperuntukan bagi kerja atau perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh sub-kontraktor dinamakan atau bagi bahan atau barang-barang yang akan didapatkan daripada pembekal dinamakan. Wang peruntukan sementara ialah sejumlah wang yang diperuntukan bagi kerja atau bagi bekalan barang-barang atau bahan yang sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen tender dikeluarkan dan jumlah wang itu boleh dibayar dan dibelanjakan pada bilabila masa dan sebanyak apa-apa amaun bagi faedah mana-mana orang sebagaimana diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

h.

Insuran (Fasal 33,34,35,36) Antara insuran yang perlu diambil oleh kontraktor ialah : i. Polisi tanggungan awam (Public Liabiliti Policy) ii. Polisi insuran kerja (Insurance Policy Of Work) iii. Polisi pampasan pekerja (Workmens Compensation Policy) Kontraktor juga perlu mencarum kepada PERKESO (Skim Keselamatan Sosial)

i.

Bon Pelaksanaan (Fasal 37)

54

Bon pelaksanaan ialah deposit berupa wang tunai, deposit perbendaharaan, draf bank atau gerenti insuran yang perlu dibayar oleh kontraktor sebelum memulakan kerja. Nilainya adalah 5 % dari jumlah harga kontrak dan hanya boleh dituntut semula selepas semua kerja siap termasuk selepas masa tempoh liabiliti kecacatan.

j.

Penyiapan Kerja Dan Kelewatan (Fasal 39 dan 40) Kerja mestilah siap pada atau sebelum tarikh siap yang dinyatakan atau suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan. Tarikh siap ini adalah bermulanya tempoh liabiliti kecacatan. Perakuan yang dikeluarkan disebut Perakuan Siap Kerja. Sekiranya kontraktor tidak menyiapkan pada tarikh siap tersebut, kontraktor akan dikenakan denda mengikut kadar yang dinyatakan. Perakuan yang dikeluarkan disebut Perakuan Kerja Tidak Siap.

k.

Kelambatan Dan Lanjutan Masa (Fasal 43) Sekiranya kontraktor terlambat untuk menyiapkan kerja, maka lanjutan masa perlulah dipohon bagi mengelakkan dikenakan denda. Antara sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan bagi lanjutan masa ialah : i. ii. iii. iv. Oleh kerana force majeure Keburukan cuaca yang luar biasa Arahan-arahan yang diberi oleh Pegawai Penguasa berbangkit dari pertikaian dengan tuan-tuan tanah Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar dari Pegawai Penguasa, arahan, pelan, aras yang diperlukan atau arahan berkenaan dengan penamaan sub-kontraktor. v. vi. Kelambatan memberi milik tapak bina Disebabkan pergaduhan umum atau mogok awam oleh pekerja-pekerja

55

vii. Kelambatan di pihak artisan, tukang-tukang atau orang-orang lain yang ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak viii. Sebab-sebab yang tidak dapat dikawal atau diramal oleh kontraktor terutama tentang bahan-bahan yang diperlukan ix. Kelambatan oleh sub-kontraktor atau pembekal dinamakan

l.

Kecacatan Selepas Siap (Fasal 45)

Selepas tarikh penyiapan kerja yang praktikal, terdapat tempoh liabiliti kecacatan selama yang dinyatakan (jika tidak dinyatakan, tempohnya ialah 6 bulan). Semua kecacatan, kerosakan dan ketidaksempurnaan yang disebabkan oleh bahan atau hasil mutu kerja hendaklah dibaiki oleh kontraktor atau Pegawai Penguasa mengarahkan orang lain membaikinya, atas kos kontraktor tersebut.

m.

Pembayaran Kepada Kontraktor (Fasal 47)

Apabila sesuatu kerja yang dijalankan oleh kontraktor mencapai suatu nilai yang tertentu, maka bayaran kemajuan (progress payment) akan dibuat kepada kontraktor. Bayaran kemajuan ini dibuat berdasarkan peratus anggaran nilai kerja yang telah dilaksanakan dan 75 % dari nilai bahan-bahan yang berada di tapak bina.

n.

Penamatan Kontrak (Fasal 51) Kerajaan boleh menamatkan kontrak sekiranya kontraktor melakukan kemungkiran seperti berikut :

56

i. ii. iii. iv. v. vi.

Menggantung perjalanan seluruh atau mana-mana bahagian kerja Gagal meneruskan kerja dengan mengikut aturan dan tekunnya Gagal melaksanakan kerja mengikut kontrak Mungkir atau cuai mematuhi arahan dan notis Pegawai Penguasa untuk menukar dan mengganti apa-apa kerja yang cacat Muflis Syarikat kontraktor dibubarkan pihak lain tanpa pengetahuan Pegawai Penguasa

vii. Kontraktor menyerahkan sebahagian atau keseluruhan kerjanya kepada

o.

Timbangtara (Fasal 54) Timbangtara adalah cara menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin timbul hasil pertelingkahan atau perselisihan pendapat di antara kedua-dua pihak yang terlibat dalam perjanjian kontrak dengan merujuk kepada pihak yang berkecuali.

5.7

Jenis-Jenis Kontrak

57

5.7.1

Kontrak Lump Sum (Gumpalan)

Boleh dilaksanakan dalam tiga cara :

a.

Kontrak Lump Sum yang berdasarkan kepada lukisan dan penentuan. Penender dibekalkan dengan lukisan dan penetuan yang lengkap. Rekabentuk sebenar perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum kontrak ditandatangani. Senarai kuantiti tidak akan dibekalkan kepada penender dan penender sendiri akan menyediakan kuantiti dari lukisan-lukisan yang dibekalkan. Biasanya digunakan untuk kerja-kerja yang kecil dan cepat siap seperti kerjakerja sub kontrak. Masa yang diperlukan untuk menyediakan dokumen tender dapat dikurangkan kerana proses penyediaan senarai kuantiti telah dimansuhkan.

b.

Kontrak Lump Sum yang berdasarkan kepada lukisan dan senarai bahan. Digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih satu juta. Dengan menggunakan kaedah pengukuran (ukur kuantiti) yang tepat, keadilan dapat dirasai oleh kedua-dua pihak yang terlibat berdasarkan kepada pelan yang telah pun disediakan. Jenis kontrak seperti ini akan memudahkan pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja perubahan serta ubah suai.

c.

Kontrak Lump Sum yang berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga. Digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumendokumen lain dan kebanyakan projek ini mengikut harga kontrak. 58

Kontrak jenis ini juga digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. Boleh dikelaskan kepada kontrak fixed price dan kontrak firm price. Kontrak fixed price merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di dalam kontrak tersebut. Harganya tidak boleh diubah setelah kontrak tersebut ditandatangani.

Kontrak firm price boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut.

5.7.2

Kontrak Measure And Value (Ukuran Dan Nilai)

a. b. c. d. e. f. g.

Digunakan untuk bangunan-bangunan yang besar serta perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum akan kedudukan sebenar bangunan tersebut. Contohnya seperti bangunan penjara, bangunan-bangunan kewangan atau bank. Masalah utama dalam kontrak ini adalah dari segi menentukan harga perbelanjaan sebenar terutama pada peringkat permulaan kerja. Faktor yang perlu dititikberatkan ialah faktor keselamatan di mana sebahagian bangunan yang hendak dibina itu adalah rahsia. Pembinaan dilakukan dengan cepat di mana tiada penyediaan lukisan-lukisan yang setara dan senarai bahan untuk tujuan pelaksanaan. Tawaran projek adalah sementara. Bayaran hanya dibuat setelah kerja-kerja mula dijalankan berpandukan kepada pengukuran dan kerja-kerja yang telah siap seperti :

Lukisan, penentuan kerja dan jadual kadar harga pembayaran mestilah dibuat mengikut jadual-jadual yang telah pun dipersetujui terlebih dahulu.

59

Lukisan, analisa kos dan penentuan kerja pembayaran bagi projek yang berkenaan adalah berdasarkan kepada projek-projek lain yang mempunyai bentuk dan fungsi yang sama.

h.

Kadang-kadang berlaku juga pengubahsuaian kontrak.

5.7.3 Kontrak Cost Reimbursment (Kos pembayaran ganti)

a. Lebih dikenali dengan kontrak cost plus. b. c. d. Boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu wang kos prima + yuran tetap, wang kos prima + peratus yuran dan wang kos prima + yuran sasaran. Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan. Wang kos prima merupakan kos-kos yang melibatkan perkara-perkara seperti kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan atau jentera dan juga alat-alat sampingan di dalam pembinaan. e. f. Kos pengurusan dan keuntungan selalunya telah dipersetujui terlebih dahulu dalam bentuk sejumlah peratus tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan. Sistem pengurusan ini amat sesuai untuk projek yang rumit, sulit dan perlu disiapkan cepat. Oleh yang demikian, pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang paling minimum. g. h. Yuran sasaran adalah yuran tambahan yang telah dipersetujui oleh pihak kontraktor dengan Juruukur Bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak ditandatangani. Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor tersebut dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang ditetapkan dengan memuaskan. i. Sebelum kadar tambahan bayaran dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, ada beberapa perkara penting perlu diberi perhatian seperti :

60

Angka atau jumlah harga bayaran Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih tinggi daripada harga anggaran Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak majikan dan kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran

5.7.3

Kontrak Turnkey

a. b.

Pihak majikan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek raksasa seperti hospital, jambatan, empangan dan lebuh raya diserahkan kepada suatu organisasi atau para perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta kemahuan pihak kerajaan sebagai majikan.

5.8

Komen Dan Cadangan

Saya mencadangkan agar setiap pelajar yang menjalani latihan industri akan berpeluang menyediakan dokumen kontrak yang merupakan simbolik perjanjian di antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak majikan dan pihak kontraktor. Pelajar juga hendaklah mengetahui isi kandungan kontrak supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan di dalam bidang ini.

5.9

Kesimpulan

61

Di dalam bab ini, saya mendapati bahawa kontrak merupakan satu dokumen penting yang mengikat kedua-dua belah pihak iaitu pihak majikan atau pemaju dengan pihak kontraktor. Dokumen kontrak mengandungi perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai dan terdapat peraturan-peraturan serta syarat-syarat kontrak di dalamnya. Semua pihak yang terlibat di dalam kontrak akan mengikuti segala arahan yang diberikan supaya projek pembinaan berjalan dengan lancar tanpa berlakunya salah faham antara mana-mana pihak. Kontrak disediakan oleh Juruukur Bahan dan akan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam kontak.

62

BAB 6 : ASAS CERUCUK

6.1

Pengenalan Asas Binaan

Tujuan utama asas binaan ialah untuk memindahkan beban struktur ke bumi. Semua struktur di bumi adalah ditupang oleh tanah. Ini termasuklah bangunan, tembok, jalan jambatan, empangan dan sebagainya.

Secara ringkasnya, asas binaan merupakan sebahagian daripada struktur di bawah permukaan tanah yang digunakan untuk menerima keseluruhan beban binaan di atasnya. Dalam istilah binaan, ianya disebut substruktur (substructure) atau struktur bawah. Struktur di atas permukaan tanah pula disebut superstructureatau struktur atas.

Oleh kerana kekuatan tanah berbeza-beza bergantung kepada isi kandungan tanah atau komposisi dan lokasi tapak, maka secara umumnya, asas binaan boleh dibahagikan kepada dua kategori :

63

a.

Asas Cetek (Shallow Foundation)

Di antara jenis-jenis asas cetek ialah seperti asas alas tapak, asas tumpu (pad footing), asas jalur (strip footing), asas hampar, asas rakit (raft footing) dan sebagainya.

b.

Asas Dalam (Deep Foundation)

Juga disebut sebagai asas panjang yang memerlukan kekuatan tambah kepada tanah untuk menupang beban struktur atas yang ditanggungnya. Kekuatan tambah ini biasanya diperkuatkan oleh cerucuk.

6.2

Cerucuk

Cerucuk adalah elemen struktur bawah binaan yang berbentuk tiang-tiang panjang yang berfungsi dalam mengagihkan beban superstruktur melalui strata atau lapisan tanah yang kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang lebih kuat dan mampat.

6.3

Jenis Cerucuk

Cerucuk yang sesuai digunakan pada binaan bergantung kepada beberapa dasar seperti berikut :

6.3.1

Cara Beban Dipindahkan

64

a.

Cerucuk Tanggung-Hujung (End-Bearing Pile) Cerucuk ini merupakan tiang-tiang panjang ditanam ke paras lapisan tanah yang keras, menanggung beban dengan menahannya di hujung cerucuk melalui lapaisan atau strata tanah keras ataupun batu batan.

a.

Cerucuk Geseran (Frictional Pile) Cerucuk jenis ini menanggung beban melalui kekuatan daya geseran yang diperolehi daripada geseran kulit keseluruhan permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan lapisan-lapisan tanah.

Oleh kerana banyak faktor yang disebut di atas seperti kekuatan sedia ada tanah adalah perkara relatif dan berhubungkait dengan keadaan setempat, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung-hujung dan geseran kulit, tetapi dalam keadaan yang berbeza-beza.

6.3.2

Kesan Yang Dibawa Oleh Cerucuk Kepada Tanah

a.

Cerucuk Tanpa Anjakan (Non-Displacement Pile) Cerucuk ini juga dikenali sebagai replacement pile yang ditanam dengan pengorekan seperti bored pile dan micro pile, yang mana proses penanamannya ialah dengan mengorek keluar tanah cerucuk dan menggantikan dengan konkrit tetulang tanpa mengakibatkan kesan anjakan pada cerucuk dan persekitaran.

b.

Cerucuk Anjakan Kecil (Small Displacement Pile)

65

Cerucuk ini dilakukan dengan hentakan permukaan cerucuk yang kecil ke dalam tanah seperti H-Pile,sheet-pile, piped-pile dan spun-pile.

c.

Cerucuk Anjakan Besar (Large Displacement Pile) Cerucuk ini biasanya dilakukan dengan hentakan di permukaan yang besar ke dalam tanah seperti R.C pile, Timber-pile dan bakau pile.

6.3.3

Bahan-Bahan Cerucuk

a.

Kayu Bakau Ukuran bulat garis pusat di antara 3 (75 mm) hingga 5 (125 mm) dengan beban dibenarkan di antara tan hingga 1 tan dan sesuai untuk tanah basah dan sentiasa berada di bawah paras air bawah tanah.

b.

Kayu Berawet (Tanalised Timber Pile) Kayu dari jenis kempas dan keruing adalah bahan kayu yang biasa digunakan. Ukuran biasa 5 x 5 (125 mm x 125 mm) atau 6 x 6 (150 mm x 150 mm) dengan beban dibenarkan di antara 8 hingga 15 tan sesuai untuk tanah biasa dan berpasir.

c.

Konkrit Bertetulang Pratuang (Precast Reinforced Concrete Pile) Konkrit pra-tuang dengan nisbah bancuhan bahan yang tinggi dan campuran admixtures biasanya berukuran 6 x 6, 12 x 12, 14 x 14 atau 15 x 15, dengan beban dibenarkan di antara 42 hingga 65 tan sesuai untuk tanah sederhana-biasa dan berpasir.

d.

Konkrit Pra-Tegas (Prestressed Concrete Pile)

66

Konkrit pra-tegas dengan nisbah bancuhan bahan yang tinggi dan campuran penambah atau admixtures biasanya berukuran 10 x 10, 12 x 12, 14 x 14 atau 16 x 16, dengan beban dibenarkan di antara 45 hingga 110 tan sesuai untuk tanah sederhana-biasa dan berpasir.

e.

Keluli H (Steel H-Pile) Cerucuk dari bahan keluli berbentuk H, berukuran biasa 8 x 8, 10 x 10 atau 12 x 12 dengan beban dibenarkan di antara 50 hingga 150 tan sesuai untuk tanah biasa berbukit, keras dan mampat.

f.

Konkrit Tuang Setempat (Cast Insitu Bored-Pile) Cerucuk konkrit tuang setempat bertetulang, berukuran bulat garis pusat di antara 18 hingga 60 dengan beban dibenarkan di antara 60 hingga 1000 tan sesuai untuk tanah biasa berbukit, keras lagi mampat.

Terdapat juga cerucuk bejenama di pasaran yang diusahakan oleh kontraktor atau pembekal cerucuk dalam industri binaan dewasa ini. Semua itu boleh didapati dari senarai pembekal cerucuk di Yellow Pages atau Builders Dairy.

6.4

Kerja Cerucuk Di Tapak Bina

Penanaman cerucuk adalah merupakan satu bidang kerja dijalankan pada permulaan sesuatu projek pembinaan dan selalunya dikendalikan oleh Nominated Sub Contractor atau Sub Kontraktor Dinamakan. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap, asas akan ditimbus dan kerja-kerja pembaikan sukar dilakukan sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan akan lebih menyulitkan sekiranya kesilapan dan kerosakan disebabkan kerja-kerja cerucuk, disedari pada struktur asas setelah bangunan didirikan.

67

a.

Walaupun daripada laporan kajian dan penyelidikan tapak telah mencadangkan pemilihan sesuatu jenis cerucuk untuk suatu projek binaan, ianya mestilah diterima dengan hemat dan cermat, kerana tidak semua ketentuan itu adalah muktamad.

b.

Oleh itu, kerja-kerja struktur bawah tanah seperti cerucuk dikategorikan sebagai kerja Provisional Sum di mana sejumlah wang diperuntukkan sementara untuk kerja-kerja tersebut. Pelarasan bayaran akan dibuat apabila kerja-kerja sebenar selesai dengan Walaupun begitu, kerja-kerja sebenar melakukan pengiraan dan pengukuran semula.

mestilah diselia, diawasi dan diperakukan oleh semua pihak yang terlibat seperti Perunding, Pengurus Projek, Sub-Kontraktor dan Kontraktor Utama.

c.

Berdasarkan kepada keadaan dan situasi yang dinyatakan di atas, rekod-rekod dan laporan penyeliaan di tapak bina sebelum, sewaktu dan selepas penanaman cerucuk perlu disahkan, diperakui dan diperkemaskan oleh semua pihak terlibat dan semua rekod tersebut disimpan sebagai bukti sekiranya terdapat perbalahan dan penyiasatan di masa akan datang.

d.

Penanaman cerucuk konkrit-tetulang, keluli dan kayu akan disentuh lebih terperinci sedikit memandangkan teknik penanamannya ada kaitan dan persamaan.

6.5

Cerucuk Konkrit Bertetulang Pratuang (Precast Reinforced Concrete Pile)

68

Cerucuk semestinya mengikut sepertimana acuannya. Jika diacu di tapak bina, semua piawaian tatacara dan kawalan mutu penghasilan konkrit mestilah dipatuhi. Pengacuan konkrit tetulang di lain tempat mestilah mendapat keizinan daripada Superintending Officer (SO) atau Pegawai Penguasa (PP).

6.5.1

Cerucuk Acu-Siap Atau Pratuang (Precast Reinforced Concrete)

Jika pihak kontraktor bercadang untuk menggunakan cerucuk yang sudah siap diacu sepertimana yang dibekalkan oleh syarikat pembekal seperti HUME, West Pile atau lainlain pembekal, pihak kontraktor hendaklah memastikan contoh bahan cerucuk tersebut diterima dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Selain dari itu, pihak kontraktor juga hendaklah memastikan tapak binaan mempunyai kawasan yang cukup untuk menempatkan bahan cerucuk termasuk kenderaan masuk dan keluar serta menyediakan peralatan mengangkut dan memunggah.

a.

Sijil mutu dan kelulusan piawaian daripada pihak berwajib hendaklah diperolehi oleh pihak pembekal dengan menunjukkan mutu dan kawalan bahan. Dokumen tersebut hendaklah dimajukan kepada pihak Pegawai Penguasa untuk kelulusan dan jika perlu lawatan bersama ke kilang pembekal berkenaan hendaklah dilakukan.

6.5.2

Kawalan Mutu Konkrit

69

Simen dan tetulang keluli utama mestilah terdiri dari jenis high tensile dan mild steel sebagai pengikat dan penguat sepertimana yang lukisan rekabentuknya. Bahan simennya pula mestilah sekurang-kurangnya Ordinary Portland Cement (OPC). Acuan mestilah digunakan untuk satu proses sahaja. Semua ujian kawalan mutu seperti Ujian Slump, Compacting Factor dan Cube Test mestilah dilakukan seperti kawalan mutu untuk konkrit yang lain.

a.

Acuan hanya boleh dibuka selepas minima 3 hari dan curing atau pematangan mestilah diteruskan selama 10 hari dan hanya selepas 14 hari, baru boleh cerucuk diangkat dengan menggunakan lifting holes atau toggles dan disusun sebaik mungkin untuk mengumpul kekuatan.

b.

Cerucuk jenis ini hanya boleh digunakan selepas satu bulan daripada tarikh acuan dibuka. Setiap cerucuk hendaklah ditanda pada setiap jarak 300 mm panjang, sebelum dilantak. Bentuk dan ukuran geometrinya hendaklah baik, lurus dan tepat dari segala sudut dengan sudut potongan tepat 90.

6.5.3

Simen Cepat Keras Dan Penambah Konkrit (Rapid Hardening Cement (RHC) & Admixtures)

RHC hanya boleh digunakan setelah mendapat kebenaran daripada Pegawai Penguasa atas sebab-sebab yang munasabah dan boleh diterima seperti kelewatan masa atau menambah baik mutu konkrit. Walaupun begitu, Kontraktor Binaan diminta memajukan kepada Pegawai Penguasa , spesifikasi dan katalog bahan penambah konkrit termasuk pembekal dengan jaminan mutu dan tiada kesan sampingan kepada konkrit. Jenis-jenis additives tersebut termasuklah plasticisers, set accelerators, water-reducers dan lain-lain lagi.

70

Penyambungan Cerucuk

Kerja-kerja penyambungan cerucuk konkrit jenis ini dilakukan dengan kaedahkaedah berikut :

a.

Sambungan Sambat Dan Kimpalan Tumpu (Bar Splicing & Butt-Welding) Diukur daripada kepala cerucuk, sepanjang jarak yang sama, 30 kali garis pusat (diameter) besi tetulang utama dengan sekelilingnya dipecahkan dan semua besi pengikat atau links dikeluarkan. Besi tetulang penyambungan yang baru kemudiannya diikat sambung bertindih kepada yang lama dengan splicing dan jajaran 60 kali garis pusat (diameter) besi tetulang utama, links yang baru diikat dengan jarak separuh dari jarak links yang asal. Sekiranya penyambung dilakukan dengan cara butt welding, jarak panjang konkrit yang perlu dipecahkan boleh dihadkan kepada 300 mm atau 12 sahaja. i. Kotak acuan yang baru dipasang dan dikonkritkan dengan nisbah bancuhan yang sama sepertimana konkrit yang asal. Proses yang serupa juga dilakukan untuk pile cap atau tetopi cerucuk pada asas tapak.

b.

Dowel Bar Joint & Plate Welding Dalam kaedah ini, penghujung atau sepatu cerucuk konkrit kedua (extension pile) disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam lubang paip dan kepingan besi (plate) yang disediakan pada kepala cerucuk permulaan (initial pile). i. Kepingan besi dari kedua-dua batang cerucuk tersebut dicantumkan dengan kimpalan kambi atau fillet welding di sekelilingnya. Sesetengah cerucuk sekarang telah menggunakan beberapa teknik baru dalam kaedah

71

penyambungan seperti menggunakan clip untuk mencantumkan kedua-dua cerucuk.

6.5.4

Kepala Cerucuk

Kepala cerucuk yang rosak hendaklah dipotong tepat di bahagian konkrit yang kukuh dan dibersihkan dengan berus dawai dan air. Kepala cerucuk yang baru hendaklah dituangkan konkrit sejajar dengan yang cerucuk yang asal. Langkah-langkah hendaklah diambil bagi mengelakkan sebarang keretakan yang boleh merosakkan cerucuk. Cerucuk yang cacat dan rosak hendaklah dibaiki seperti asal atau kemungkinan dicabut dengan kos yang ditanggung oleh kontraktor sendiri dan hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Pegawai Penguasa.

a.

Untuk memudahkan penanaman cerucuk dan mengelakkan kepala cerucuk daripada pecah semasa penanaman, penghujung atau sepatu cerucuk hendaklah diperkuatkan dengan besi tuangan melalui proses penyejukan segera mematuhi Piawaian British BS 1452 atau keluli sederhana mematuhi BS 4360 Gred 50B atau keluli tuangan mengikut BS 3100 Gred A seperti berikut :

Flat-ended Shoe - untuk tanah yang lembut Cast-iron Shoe - untuk tanah yang sederhana dan keras Rock-Shoe - untuk tanah yang keras dan berbatu

6.5.5

Ukuran Set

72

Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk hendaklah direkodkan bagi setiap 300 mm ketelusan cerucuk bumi. Rekod boleh dilakukan sama ada mengikut kadar ketelusan dalam unit mm bagi setiap 10 kali lantakan atau hentakan untuk menghasilkan ketelusan setakat 25 mm. Apabila ukuran set terakhir dijalankan, perhatian dan peraturan berikut hendaklah dipatuhi :

a. b. c.

Bahagian cerucuk yang terdedah hendaklah berkeadaan baik, tidak cacat atau berubah geometrinya. Penukul dan pelapik kepala (dolly) cerucuk dalam keadaan baik. Hentakan penukul hendaklah sejajar dengan paksi cerucuk dan permukaan hentakan hendaklah rata, paras, bersudut tepat dengan cerucuk dan paksi penukul.

6.6

Ceruck Keluli-H

Mengikut piawaian, semua cerucuk galas keluli mestilah mematuhi Piawaian British BS 4 dari segi dimensinya dan BS 4360 untuk mutu bahannya. Walau bagaimanapun, seperti spesifikasi, semua kerja keluli mesti mengikut piawaian kawalan mutu dan sijil sah pengeluaran hendaklah dimajukan bersama katalog kepada Pegawai Penguasa untuk kelulusan. Sekiranya perlu, lawatan ke kilang pembekal hendaklah dilakukan untuk pengesahan pihak piawaian dan makmal.

a.

Kawalan Mutu Keadaan cerucuk mestilah baik, lurus, tidak berkarat dan mengikut hendak kawalan mutu piawaian keluli. Setiap cerucuk hendaklah ditanda pada setiap

73

jarak 300 mm sepanjangnya sebelum dilantak. Semua pengendalian dan operasi menegak dan melantak cerucuk adalah sama seperti precast reinforced concrete.

b.

Sambungan Cerucuk Penyambungan cerucuk jenis ini ialah dengan mengimpal kambi kepingan besi disekelilingnya di semua keempat-empat permukaan cerucuk. Semua kimpalan hendaklah berterusan. Sebelum kerja-kerja kimpalan dilakukan.

c.

Kepala Cerucuk Apabila penanaman dibuat di dalam tanah yang keras, hujung sepatu cerucuk boleh diperkuatkan dengan mengimpal kepingan-kepingan besi dari gred besi yang sama di keempat-empat permukaan cerucuk dan bucunya dipotong sedikit. i. Oslo Point Apabila penanaman dibuat di tapak yang keras seperti batu kapur, elakkan lantakan yang terlalu kuat atau overdriving. Oslo point adalah petunjuk pada kerja cerucuk dengan mengimpalkan 12 mm tebal steel plate disekeliling penghujung sepatu cerucuk dan 75 mm garis pusat hardened steel atau besi keras. Oslo point memberi sifat petunjuk standoff kepada cerucuk di mana lapisan batu kapur dapat dirasakan atau dikesan sebelum cerucuk sampai kepadanya.

6.7

Cerucuk Kayu Dan Bakau

74

Semua cerucuk kayu dan bakau mestilah bebas dari jangkitan kulat, reput, serangan serangga dan bebas daripada segala jenis penyakit. Dibekalkan dalam keadaan lurus dan tepat geometrinya. Kayu hendaklah mengikut Kod Amalan CP112 atau Peraturan Mengred Kayu Keras Bergergaji 1968. Bagi kayu bakau, semua cabang-cabang kayu hendaklah dibuang tanpa merosakkan kulit kayu tersebut.

a.

Sijil Bekalan Kontraktor mestilah memberi salinan sijil asal pengesahan pembekalan kepada Pegawai Penguasa. Dimana, mungkin cerucuk bakau hendaklah dibekalkan dalam satu ukuran 6 m panjang dengan purata garis pusat 100 mm, dimana-mana bahagian bakau tersebut. Sijil bekalan cerucuk kayu pula hendaklah menyatakan jenis gred kayu yang digunakan dan proses pengawetan yang dilakukan.

b.

Simpanan Di Tapak Bina Cerucuk bakau mestilah disimpan dalam keadaan sentiasa basah dan lembab sebelum digunakan.

c.

Penyediaan Cerucuk Kepala cerucuk hendaklah dipotong rata, bersudut tepat pada paksi dan tepinya untuk mengurangkan rekahan sewaktu melantak. Cerucuk bakau hendaklah ditanam dengan menggunakan pemukul seberat 250 kg. Sekiranya perlu, hanya satu penyambungan dibenarkan dengan menggunakan satu simpai besi paip bulat bergalvani.

6.8

Cerucuk Kayu Berawet (Tanalised Treated Timber Piles)

75

Kebiasaannya, hanya kayu dari jenis kempas dan keruing sahaja dibenarkan. Cerucuk tersebut mestilah dibekalkan oleh pembekal-pembekal yang berdaftar dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa. fungus. Pengeluar juga mestilah memberi jaminan atau warranty selama 10 tahun yang cerucuk tersebut adalah bebas dari serangan serangga dan

a.

Toleransi Geometri Dimensi cerucuk mestilah tidak terkeluar dari -2 mm +6 mm daripada dimensi kerat lintang dan geometri asalnya. Cerucuk hendaklah dibekalkan dalam satu ukuran 6 m panjang minima. Setiap cerucuk hendaklah ditanda pada setiap jarak 300 mm panjangnya sebelum dilantak.

b.

Rawatan Dan Pengawetan Rawatan hendaklah secara sel penuh sepertimana kehendak Piawaian Malaysia MS 388. Bahan pengawetan hendaklah meresap sedalam 25 mm. Keupayaan simpanan bersih garam kering atau dry salt di dalam bahagian kayu yang diawet hendaklah 16kg/m3 minima. Cerucuk yang diawet hendaklah ditanda kekal dengan pengenalan yang menunjukkan telah mematuhi spesifikasi, tanda niaga pembekal, nombor caj, tarikh pengawetan dan panjang cerucuk. Rekod-rekod jadual rawatan yang sebenar hendaklah disimpan oleh kontraktor dan dimajukan kepada Pegawai Penguasa apabila diperlukan.

c.

Penghantaran Dan Simpanan Di Tapak Bina Cerucuk kayu yang dihantar ke tapak bina setelah diterima hendaklah disusun bertingkat-tingkat supaya mempunyai kelegaan daripada

76

kelembapan air di permukaan tanah dan memberikan ruang pengudaraan di sekelilingnya. Setiap cerucuk mestilah dikawal supaya sentiasa lurus, direnggang dengan menggunakan ketulan kayu penahan atau sebagainya yang bersesuaian.

d.

Kepala Cerucuk Kepala cerucuk hendaklah dilindungi semasa melantak dengan memasang topi logam bergigi untuk megelakkan daripada mengembang dan pecah (brooming) semasa penanaman. Jika brooming berlaku dengan banyaknya, bahagian yang rosak itu hendaklah dipotong. perbelanjaan kontraktor sendiri. i. Setelah cerucuk mencapai set atau had kedalaman yang diperlukan, kepala cerucuk hendaklah dipotong rata, tepat paras dan disapu dengan bahan pengawet dan lapisan kalis air. Kepala cerucuk hendaklah diliputi dengan tetopi cerucuk (pile cap) daripada konkrit sedalam tidak kurang 150 mm tebal sekeliling. Sekiranya rekahan terjadi semasa lantakan, cerucuk tersebut hendaklah dicabut dan diganti atas

e.

Sambungan Cerucuk Penyambungan cerucuk hendaklah menggunakan kotak kimpal keluli sederhana 450 mm panjang dibentuk dari keluli logam lembut 5 mm tebal. 5 mm thick m.s welded boxes 450 mm long. Dimensi dalaman kotak tersebut hendaklah 3 mm kurang dari dimensi keratan lintang cerucuk. Penyambungan dan hujung cerucuk hendaklah ketat, kuat dan kukuh. Tiga atau empat penyambungan sahaja dibenarkan pada satu-satu paksi cerucuk. 6.9 Kawalan Mutu Peralatan

77

Peralatan untuk kerja-kerja penanaman cerucuk adalah penting dari mesin cerucuk (piling frame), penukul (hammer) dan kren. Jenis-jenis yang akan digunakan mestilah persetujui oleh Pegawai Penguasa setelah kaedah operasinya.

6.10

Tukul Jatuh Bebas (Drop Hammer)

Drop Hammer sesuai untuk projek-projek kecil cerucuk kayu dan untuk kerja-kerja penanaman di kawasan tanah yang bermasalah seperti batu kapur dan juga kawasan yang ada bangunan-bangunan lain berhampiran dengannya. Ianya adalah cara yang lambat tetapi tepat memandangkan ketinggian penukul boleh dikawal untuk setiap lantakan. Perkaraperkara yang perlu diberi penekanan untuk pemeriksaan tukul ini ialah :

a. b. c.

Berat penukul yang sesuai untuk cerucuk. Ketinggian penukul diangkat adalah seragam atau consistant. Penukul mestilah tepat dan tidak terkena di bahagian tepi cerucuk sahaja.

6.11

Tukul Diesel

Tukul diesel, samada single acting atau double acting adalah sesuai untuk penanaman cerucuk konkrit dan keluli oleh kerana tukulnya yang berat. Walau bagaimanapun, masalah mungkin timbul di tapak binaan dalam mengawal ketinggian penukulnya, oleh kerana pada permulaannya, ia tidak seragam. Perkara-perkara berikut perlu diambil kira dan diberi penekanan dan diperiksa : a. b. c. Jenis, buatan dan bilangan serial tukul contohnya Kobelko K25 Berat penukul dan ramnya Jarak-jarak ketinggian tukul

78

d.

Set-value Curve yang dibekalkan adalah berkaitan.

6.12

Tetopi Penukul (Driving Cap)

Kepala cerucuk mestilah dilindungi semasa penanaman dengan tetopi pemukul (driving cap) untuk menyerap sebahagian dari pukulan ke atasnya. Permukaan atau ruang antara tetopi dan kepala cerucuk perlu disendal dengan bahan yang serap-hentakan seperti plywood, asbestos fibre. pemeriksaan : Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam

a. b.

Rekabentuk dan pemasangan mestilah boleh memuati bahagian atas kepala cerucuk. Ia mestilah tidak terlalu longgar atau terlalu berat. Bahagian serap-hentak yang digunakan mestilah diganti sebaik sahaja ianya sudah rosak atau sudah tidak berkesan lagi.

6.13

Menegak Dan Melantak (Pitching And Driving)

Cerucuk hendaklah ditegakkan dengan tepat mengikut paksi kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam pelan lukisan. Ketegakan cerucuk semasa penanaman mestilah diperiksa dari dua arah dengan menggunakan plum bob atau spirit level(timbang aras), supaya segala sendengan yang condong, boleh dikesan dari awal, dilurus dan diperbetulkan. Setiap cerucuk hendaklah dilantak mengikut paksinya terus menerus sehingga mencapai set atau had paras ketelusan yang ditentukan. 6.14 Pelapik Kepala Cerucuk (Dolly)

79

Dolly digunakan apabila cerucuk yang ditanam sudah terlalu hampir dengan permukaan tanah sehingga tukul tidak boleh sampai kepadanya. Ia merupakan satu cerucuk tambahan seperti driving cap tetapi lebih besar dan panjang.

6.15

Kawalan Penanaman Cerucuk

Cerucuk yang terkeluar dari jajaran atau kedudukan paksi melebihi daripada ukuran cerucuk hendaklah dicabut dan diganti semula dengan perbelanjaan kontraktor sendiri. Penyimpangan maksimum yang dibenarkan daripada garisan pugak untuk cerucuk yang siap ialah dalam nisbah 1: 75. Oleh itu, setiap kedudukan cerucuk hendaklah ditandakan dengan pancangan tanda yang boleh dikesan.

a.

Carta Program Kerja Cerucuk Kontraktor dikehendaki menyediakan satu rangka program kerja-kerja penanaman cerucuk dan memajukannya kepada Pegawai Penguasa untuk kelulusan dalam masa 7 hari sebelum kerja dimulakan. Kontraktor hendaklah sentiasa berhubung dan melaporkan setiap perkembangan kerja yang telah, sedang dan yang akan dijalankan termasuk penyeliaan dan tindakan pihak-pihak yang terlibat terutama sekiranya skop kerja yang besar dan terdapat berbagai jenis cerucuk.

b.

Garisan Tanda Setiap cerucuk yang ditanam hendaklah ditanda pada jarak setiap 300 mm atau setiap kaki panjang dari hujung supaya pihak Pegawai Penguasa boleh dikira penembusan atau ketelusan tanaman secara visual jauh.

c.

Pemancangan Tanda (Setting Out) Pemancangan tanda hendaklah mengikut sistem grid sepertimana dimensi dalam pelan lukisan dan dilakukan supaya status dan paksi setiap cerucuk boleh dikesan dan ditentukan perkembangannya.

80

d.

Perubahan Kedudukan (Deviation) Toleransi maksima yang dibenarkan dari perubahan kedudukan asal ialah 75 mm (3) dari mana-mana arah di paras pemotongan atau cut-off level. Sekiranya paras cut-off di paras bawah tanah, kelonggaran tersebut bergantung pada sendengnya dan boleh dibenarkan dan atas pertimbangan Pegawai Penguasa. Kedudukan cerucuk yang berubah pada awal-awal lagi hendaklah diperbetulkan dan jika perlu, cerucuk hendaklah dicabut dan ditanam semula atas perbelanjaan kontraktor sendiri. Penyimpangan maksima yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari ketentuan kecondongan (specified rake) hendaklah mengikut nisbah 1: 25.

6.16

Rekod Penanaman

Semua butir penanaman hendaklah direkodkan dalam penyata buku log sepertimana Jadual 6.16.1 dan dimaklumkan kepada Pegawai Penguasa, pihak perunding dan semua pihak yang terlibat.

a.

Rekod tersebut hendaklah disahkan dan diperakui untuk pelarasan pengiraan bayaran dan akan digunakan sebagai bukti sekiranya ada perbalahan di masa akan datang. penanaman ini hendaklah disimpan dengan baik untuk sekian lama. Rekod

a. b. c. d. e. f. g.

Butiran kontrak (Contract particulars). Jenis cerucuk (Pile type). Contoh : ** Bilangan rujukan cerucuk atau lokasi cerucuk (Pile Ref. No). Dimensi muka keratan nominal atau diameter. Kepanjangan ketelusan cerucuk (Length of Performed pile). Tarikh dan masa mula, siap dan melantak semula cerucuk. Aras tanah di permulaan penanaman cerucuk.

81

h. j. k. l. * m. * n. * p. * q. *

Aras pemotongan (Cut-off level). Jenis, berat, jarak jatuh dan keadaan mekanikal penukul dan maklumat untuk peralatan lain. Bilangan dan jenis pengalas yang digunakan dan keadaan pelapik (dolly) digunakan semasa melantak cerucuk. Log melantak cerucuk (Pile driving log). Set cerucuk dalam mm setiap lantakan atau bilangan lantakan setiap 25 mm ketelusan (penetration). Jika perlu, set diambil pada tempoh-tempoh semasa lantakan. Jika perlu, mampatan sementara pada tanah dan cerucuk daripada masa pertambahan rintangan yang nyata sehingga cerucuk mencapai aras muktamad. Semua maklumat berkenaan halangan, kelewatan dan gangguan pada perjalanan kerja. ** Contoh : Konkrit tetulang pratuang, kayu berawet, bakau; Tegak atau condong; mampan atau tegangan; Cerucuk tanggung hujung atau geseran atau kedua-duanya. * Tidak dipakai untuk cerucuk bakau. Jadual 6.16.1 : Butiran Rekod Untuk Cerucuk (Spesifikasi Piawaian Untuk Kerja-Kerja Bangunan)

6.17

Kepugakan Cerucuk (Pile Verticality)

Penyimpangan maksima yang boleh dibenarkan dari garis pugak ialah 1 : 75 dan cerucuk yang sendeng berlebihan tidak harus ditegakkan dengan paksaan dan perlu ditambah cerucuk gentian dengan perbelanjaan ditanggung oleh kontraktor sendiri.

a.

Penembusan Tanaman Yang Tidak Dalam

82

Jika penanaman gagal melebihi paras cut-off, itu berkemungkinan tanah di situ adalah cukup kuat untuk menampung asas tumpu biasa. Penanaman boleh dihentikan dan dirujuk kepada Pegawai Penguasa atau perunding dan makmal kajibumi. Sekiranya pihak Pegawai Penguasa berpuas hati dengan kemampuan asas tumpu, maka rujukan akan dimajukan kepada pihak perunding untuk direkabentuk semula.

6.18

Kegagalan Cerucuk (Redesign Pile Cap)

Jika satu cerucuk dalam sekumpulan asas gagal sama ada dari sudut sendeng ataupun berubah kedudukan, tetopi cerucuk (pile cap) harus direkabentuk semula untuk menampung cerucuk yang bertambah, atas tanggungan kontraktor sendiri. Jika cerucuk itu bersendirian, cerucuk tambahan boleh ditanam bersebelahan dengannya mengikut arahan Pegawai Penguasa.

6.19

Paras Cerucuk

Sebaik sahaja cerucuk habis ditanam dalam satu hari, paras cerucuk harus diambil. Ini adalah untuk mengambil-kira kemungkinan penolakan tanah ke atas cerucuk (heaving). Sekiranya itu berlaku, penanaman semula perlu dilakukan sehingga set.

6.20

Pengujian Cerucuk

83

6.20.1 Tujuan Pengujian Cerucuk

a. b. c. d.

Untuk menentukan keupayaan tanggungan beban yang maksima Untuk memastikan cerucuk yang ditanam boleh diterima dari segi struktur Untuk menentukan kaitan antara pemendapan (settlement) cerucuk dengan beban (load) yang akan dibawa-tanggung. Dalam projek Jabatan Kerja Raya (JKR), ujian beban yang selalunya dilakukan untuk cerucuk konkrit dan keluli-H ialah maintained load test (ujian beban dipertahankan).

6.21

Pengukuran Kuantiti Dan Anggaran Kerja Cerucuk

Semua kerja kontrak tertakluk kepada peruntukan khas, syarat-syarat kontrak, spesifikasi dan jadual kadar harga sepertimana senarai kuantiti (BQ) hendaklah dipatuhi. Kadar harga yang diletakkan dalam senarai kuantiti merupakan kos yang meliputi keseluruhan butiran kerja termasuk tanggungjawab dan kewajiban yang dinyatakan di dalam dokumen tender, yang merupakan asas kepada kontrak. Kos bagi kadar harga tersebut terdiri daripada beberapa butiran seperti berikut : a. b. c. d. e. Tenaga kerja buruh yang berkaitan. Pembekalan bahan cerucuk ke tapak bina termasuk pengangkutan. Penggunaan mesin peralatan dan jentera dalam membina, memasang atau meletakkan bahan di tempatnya. Semua kerja-kerja sementara kecuali jika diukur berasingan dalam BQ. Semua tanggungjawab dan risiko dalam melaksanakan kerja.

Harga untuk mengendali, mengangkut, menegak dan malantak cerucuk di tapak bina termasuklah :

84

a. b. c. d. e. f. g. h.

Mengangkut dan menggerakkan kerangka cerucuk (piling frame) ke tapak bina. Menggali, menimbun dan memadatkan tanah sekiranya perlu, semasa menggerakkan atau meletakkan kerangka cerucuk dan selepas penanaman cerucuk. Mengendali, mengangkut, menegak dan melantak cerucuk pemulaan dan sambungan sehingga set. Menyediakan sepatu dan kepala cerucuk untuk penanaman dan lantakan di mana perlu. Membaiki atau menanam semula cerucuk yang silap. Menyediakan bahan dan membuat penyambungan cerucuk. Menyedia dan menyimpan semua rekod penanaman cerucuk. Menyediakan kelengkapan dan pengujian cerucuk.

Kerja penanaman cerucuk memerlukan sepasukan tenaga kerja yang terdiri daripada beberapa orang pekerja seperti berikut :

a. b. c. d. e.

1 x Operator mesin cerucuk 3 x Pekerja separuh mahir 1 x Penyelia tapak 2 x Juruteknik / Kerani tapak (Perunding Dan Kontraktor Utama) 1 x Operator kren (sekiranya perlu)

6.22

Komen Dan Cadangan

85

Saya mencadangkan agar semua pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam berpeluang untuk meninjau lokasi penanaman cerucuk yang mana mereka akan mempelajari bagaimana cerucuk tersebut ditanam.

Selain itu juga, para pelajar dapat mengetahui rupa sebenar cerucuk dan proses kerja dan individu yang terlibat dalam mengendalikan kerja pembinaan. Namun begitu, faktor keselamatan mestilah dititikberatkan agar tiada sebarang kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan

86

6.23

Kesimpulan

Di dalam bab ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa cerucuk merupakan asas binaan yang penting dalam sesuatu projek pembinaan bangunan. Ini kerana, cerucuk akan memindahkan beban yang ditanggung kepada tanah di bawahnya dan dalam masa yang sama menyokong bangunan itu sendiri.

Biasanya, cerucuk ditanam bagi bangunan yang besar dan akan menanggung beban yang banyak. Zaman sekarang, cerucuk sudah boleh didapati dalam pelbagai jenis samaada cerucuk siap atau cerucuk tuang. Cerucuk amat berguna dan penting serta merupakan salah satu langkah keselamatan bagi sesuatu projek pembinaan.

87

BAB 7 : ARAHAN PERUBAHAN KERJA (UNTUK KONTRAK KERJA)

7.1

Pengenalan

Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) berharap jabatan-jabatan dan agensi mematuhi segala peraturan dan prinsip-prinsip berkaitan dengan Arahan Perubahan Kerja berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan (AP) 202 dan 203 seperti butir-butir berikut :

a. b. c.

Kriteria Arahan Perubahan Kerja Had Nilai Perubahan dan Pihak Berkuasa Melulus Asas Perkiraan Nilai Arahan Perubahan Kerja

88

Bagi semua Arahan Perubahan Kerja, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengawai Penguasa dan kerja-kerja asal masih dalam tempoh siap yang dibenarkan. Semua nilai kontrak dengan syarat jumlah kerja perubahan terkumpul tidak melebihi 20% dari nilai asal kontrak. Sekiranya jumlah kerja perubahan terkumpul melebihi 20% dari nilai asal kontrak, kuasa meluluskan jumlah kerja perubahan tersebut adalah di bawah kuasa Lembaga Pengarah.

Bagi semua Arahan Perubahan Kontrak Perkhidmatan dan Bekalan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa yang meluluskan sebut harga atau tender asal berkenaan dan tempoh penghantaran perkhidmatan dan bekalan masih dalam masa dibenarkan. Semua nilai kontrak dengan syarat jumlah perubahan kontrak atau perlanjutan tempoh kontrak bekalan dan perkhidmatan tidak melebihi 50% dari nilai asal kontrak. Sekiranya jumlah kontrak bekalan dan perkhidmatan terkumpul melebihi 50% dari nilai asal kontrak, kuasa meluluskan jumlah perubahan kontrak atau perlanjutan tempoh kontrak bekalan dan perkhidmatan adalah di bawah kuasa Lembaga Pengarah.

PMS berharap semua jabatan atau agensi akan mematuhi segala peraturan dan prinsip berkaitan dengan Arahan Perubahan Kerja dan tidak membuat kesilapan di dalam melaksanakan Arahan Perubahan Kerja itu.

89

7.1.1

Definisi Arahan Perubahan Kerja (Variation Order)

Sesuatu perubahan kontrak kerja adalah sebarang penyimpangan daripada apa-apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, penentuan dan atau senarai kuantiti samada dipinda, ditambah atau dikurangkan.

7.2

Cara Pelaksanaan Arahan Perubahan Kerja

a.

Kerja tambahan hendaklah seboleh-bolehnya dilaksanakan secara tender atau sebutharga berasingan mengikut kehendak Arahan Perbendaharaan yang berkenaan dengannya. Pelaksanaan secara Arahan Perubahan Kerja hanya dibenarkan sekiranya pelaksanaan secara tender atau sebutharga berasingan akan mengganggu atau menjejaskan kontrak yang sedang berjalan.

b.

Sebelum

mengeluarkan

apa-apa

Arahan

Perubahan

Kerja,

pegawai

yang

bertanggungjawab hendaklah memastikan yang kerja tersebut benar-benar perlu dan ada peruntukan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan tambahan serta kelulusan telah diperolehi terlebih dahulu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharaan.

c.

Amalan untuk mengeluarkan kerja yang terkandung di dalam sesuatu kontrak bagi dilaksanakan oleh pihak lain atau pihak jabatan sendiri adalah tidak dibenarkan.

90

7.3

Kriteria Arahan Perubahan Kerja

Setiap perubahan kerja di dalam kontrak kerja hendaklah memenuhi kriteria berikut :

a. b. c. d.

Tempoh kontrak masih berjalan semasa Arahan Perubahan Kerja dikeluarkan atau tempoh lain jika dibenarkan di bawah syarat-syarat kontrak. Perubahan tidak menukarkan sebahagian besar skop kerja asal. Bagi kerja tambahan, pelaksanaannya hendaklah di tapak bina kontrak sahaja. Bagi kerja gantian, perubahan adalah di dalam skop kontrak asal dan kerja yang ditentukan dalam kontrak asal hendaklah dapat dikenalpasti dalam kerja-kerja gantian itu.

7.4

Asas Perkiraan Nilai Arahan Perubahan Kerja dan Pihak Berkuasa Melulus

Asas perkiraan nilai Arahan Perubahan Kerja dan pihak berkuasa yang boleh meluluskan hendaklah berpandukan serta mematuhi Arahan Perbendaharaan yang berkaitan iaitu Arahan Perbendaharaan (AP) 202 dan 203.

7.5

Implikasi Arahan Perubahan Kerja (V.O)

91

Kementerian Kewangan memandang serius terhadap kerja-kerja tambahan yang dituntut oleh kontraktor melalui Arahan Perubahan Kerja (VO) yang tidak terkandung dalam tawaran spesifikasi awal. Arahan Perubahan Kerja boleh mengakibatkan kelewatan dalam penyiapan projek dan perbelanjaan tambahan kepada Kerajaan atau pemaju.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan telah menetapkan supaya peraturan Arahan Perubahan Kerja diperketat dan seterusnya dikemas kini supaya agensi lebih teliti dalam perancangan projek sebelum ianya di tender serta dilaksanakan.

92

Kategori perubahan dan pihak yang diberi kuasa meluluskan Arahan Perubahan Kerja adalah seperti berikut :

JADUAL 7.5.1 PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI JABATAN TEKNIK YANG MELIBATKAN KONTRAK PERSEKUTUAN NILAI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA MELULUS a. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak atau jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta. b. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% atau jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM2 juta. Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan. Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

c. Jika harga asal kontrak tidak

Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan 93

melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 30% atau jika harga asal kontrak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6 juta. d. Dalam semua hal lain.

oleh Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

JADUAL 7.5.2

94

PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI SEMUA AGENSI SELAIN JABATAN TEKNIK YANG MELIBATKAN KONTRAK PERSEKUTUAN, KONTRAK BADAN-BADAN BERKANUN DAN KONTRAK NEGERI NILAI PERUBAHAN a. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak atau jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta. b. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% atau jika harga asal kontrak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM4 juta. c. Dalam semua hal lain. Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan. Lembaga Perolehan Agensi. PIHAK BERKUASA MELULUS Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

JADUAL 7.5.3 PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA UNTUK KES-KES KHAS BAGI 95

SEMUA AGENSI NILAI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA MELULUS a. Arahan-arahan Perubahan Kerja atau pengukuran semula kuantiti sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal yang menyebabkan pengurangan harga kontrak. b. Perubahan harga seperti mana yang Pegawai Penguasa yang dinamakan diluluskan oleh Perbendaharaan. c. Pengubahsuaian Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara dan Pengukuran Semula Kuantiti Sementara mengikut syarat-syarat kontrak. d. Pengukuran semula kuantiti sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal: Pegawai Penguasa yang dinamakan dalam kontrak. dalam kontrak. Pegawai Penguasa yang dinamakan dalam kontrak.

i. Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti

Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan

96

tidak melebihi RM3 juta. ii. Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti melebihi RM3 juta tetapi tidak melebihi RM6 juta.

di dalam kontrak. Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan bagi Jabatan Teknik dan Lembaga Perolehan Agensi selain Jabatan Teknik.

iii.

Dalam semua hal lain.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.

e. kontrak:

Tuntutan yang

dibenarkan dalam syarat-syarat Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan i. Kerugian dan perbelanjaan disebabkan oleh kelambatan Kerajaan dan atau kerana mematuhi perubahan keperluan Berkanun (Statutory requirement). Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan ii. Percanggahan dalam atau antara dokumen-dokumen kontrak. oleh Ketua Jabatan yang berkenaan dan hendaklah dianggotai juga oleh Penasihat Undang-Undang. oleh Ketua Jabatan yang berkenaan dan hendaklah dianggotai juga oleh Penasihat Undang-Undang.

iii. Tuntutan lain yang nyatanya dibenarkan dalam syarat-syarat

Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan yang berkenaan.

97

kontrak iv. Apa-apa kos yang ditanggung berhubung dengan fee dan caj pemindahan pembetungan bekalan air, bekalan elektrik dan lain-lain yang berkenaan. Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan yang berkenaan.

7.6

Komen Dan Cadangan

Saya mencadangkan agar para pelajar mengetahui maklumat berkaitan Arahan Perubahan Kerja kerana ia adalah sebahagian daripada proses kerja yang mungkin terlibat di dalam sesuatu projek pembinaan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam kontrak.

Bagi saya, Arahan Perubahan Kerja (Variation Order) ini akan memberikan kesan kepada kontrak dan pihak yang terlibat. Misalnya, jika terdapat sebarang perubahan pada pelan, penetuan atau senarai kuantiti, dan ianya merupakan perubahan pertambahan, maka pihak majikan akan menambah bajet, pihak Arkitek dan Jurutera pula akan mengubah dan merekabentuk pelan lukisan masing-masing, manakala Juruukur Bahan akan membuat pengukuran dan pengiraan semula berdasarkan perubahan yang dibuat. Oleh itu, ianya mungkin melambatkan proses penyiapan projek binaan.

7.7

Kesimpulan

98

Di dalam bab ini, saya mendapati bahawa Arahan Perubahan Kerja merupakan sebarang penyimpangan daripada apa-apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, penentuan dan atau senarai kuantiti samaada dipinda, ditambah atau dikurangkan.

Oleh yang demikian, sebaik-baiknya Arahan Perubahan Kerja tidak berlaku melainkan sekiranya perlu kerana ianya akan menyebabkan kelewatan penyiapan projek. Oleh itu, sebelum kontrak dibuat, pastikan tiada sebarang peubahan kerja yang akan dibuat. Namun begitu, ada juga kebaikannya iaitu untuk mengurangkan bajet pembinaan, iaitu dengan mengubah apa-apa yang patut pada pelan, penentuan atau senarai kuantiti.

99

BAB 8 : KESIMPULAN

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kinabalu Setia Konsult kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di sini. Saya memperolehi banyak pengalaman yang mana bukan sahaja melibatkan jurusan yang diambil tetapi juga dari bidang skop kerja yang lain seperti pengurusan, perhubungan awam dan seumpamanya dalam menjalani realiti dunia pekerjaan yang sebenar.

Melalui latihan praktikal ini, saya banyak mengetahui dan mempelajari pelbagai maklumat yang baru seperti cara mengendalikan urusan syarikat oleh kakitangan syarikat dan bagaimana sesebuah syarikat itu berfungsi. Secara tidak langsung, saya dapat memantapkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan pihak lain dan lebih bertanggungjawab kepada setiap arahan yang diberikan dan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin.

100

Keseluruhannya, sepanjang tempoh latihan industri , saya telah belajar menyediakan dokumen tender, dokumen kontrak, Akaun Muktamad (Final Account) dan juga membuat measurement. Dari segi pengurusan pula, saya belajar untuk mengendalikan setiap dokumen atau lukisan yang keluar masuk dengan cara dokumen tersebut mestilah difailkan. Saya banyak berkomunikasi dengan pihak luar, yang mana memerlukan kesabaran serta tanggungjawab, di mana kita perlu menjaga hati semua pihak seperti pelanggan dan juga kakitangan syarikat itu sendiri.

Selain itu, pengalaman berada di tapak bina memberikan suatu pengalaman yang berharga. Di sana, saya dapat melihat sendiri perjalanan proses pembinaan sesuatu projek binaan contohnya seperti projek pembinaan Wisma Wanita, Anjung Malawa dan Kota Kinabalu Industrial Park serta melihat Juruukur Bahan membuat penilaian tapak bina (site valuation). Saya juga meninjau lokasi tapak bina yang akan dibangunkan sebuah Masjid Pengalat Besar dan Sekolah Ugama Islam (SUIS) Pengalat Besar, Papar, Sabah. Saya juga menghadiri mesyuarat tapak bina bagi projek pembinaan Perumahan Rakyat, bertempat di Keningau, Sabah dan juga projek pembinaan pusat Rehat Dan Riadah, Bundu Tuhan, Ranau, Sabah, yang bertempat di Sedcovest. Di sana, saya dapat mengenali dengan lebih dekat pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan seperti Pemaju, Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan, Kontraktor, Sub-Kontraktor dan juga Pembekal (Supplier).

Saya juga berpeluang membuat taking off bagi beberapa projek seperti Wisma Wanita, IPD Lahad Datu, Sekolah Menengah Agama Limauan, Kota Kinabalu Industrial Park dan sebagainya. Keseluruhannya, saya banyak membuat pengukuran untuk elemen rasuk.

101

Secara kesimpulannya, saya mendapat banyak pengalaman dan semakin matang dalam membuat sebarang keputusan. Saya dapat merasai dunia pekerjaan yang sebenar dan berkenalan dengan banyak pihak dalam bidang pembinaan.

102

BAB 9 : KOMEN DAN CADANGAN

Saya mencadangkan agar pihak syarikat perl menyediakan jadual latihan industri kepada pelatih supaya pelatih mengetahui tugas-tugas yang bakal dilakukan dan dapat melaksanakan tugas yang diberikan dalam waktu yang sepatutnya. Pihak syarikat juga mestilah menyediakan seorang penyelia yang akan memantau dan memberi arahan kerja kepada pelatih. Sekiranya penyelia tidak memantau keseluruhan kerja yang dilakukan pelatih, maka beliau harus bertanya kepada kakitangan syarikat yang memberikan tugasan samaada pelatih tersebut membuat kerja dengan baik atau tidak, kemudian barulah boleh membuat penilaian prestasi.

Selain itu, saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik Kota Kinabalu dapat menetapkan tempoh waktu untuk latihan industri bagi pejabat ialah selama empat (4) bulan, manakala sebulan pula di tapak pembinaan supaya semua pelajar berpeluang merasai pengalaman berada di tapak bina terutamanya bagi aliran kejuruteraan. Para pelajar juga perlu didedahkan dengan budaya kerja yang sebenar di samping mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan berkesan semasa berurusan dengan pelenggan.

103

BAB 10 : LAMPIRAN

104

10.1

Lawatan Ke Tapak Projek Cadangan Pembinaan Wisma Wanita Sabah.

Petunjuk :

Gambar 1 : Jalan keluar masuk utama ke tapak projek Gambar 2 : Pejabat tapak (site office) Gambar 3 : Salah satu jentera yang digunakan dalam projek pembinaan. Gambar 4 : Mesin penggaul simen Gambar 5 : Pembinaan rumah sampah (Bin Centre) Gambar 6 : Pembinaan sistem perparitan dan saliran Gambar 7 : Jalan masuk ke dalam kawasan bangunan yang dibina. Gambar 8 : Sebahagian kawasan tangga yang sedang dalam pembinaan. Tangga ini menghubungkan 2 aras yang berlainan. Gambar 9 : Proses pembinaan gerbang. Kerangka dipasang untuk membuat acuan gerbang. Gambar 10: Rasuk yang telah dibuka kerangkanya. Gambar 11: Tangki-tangki air disediakan untuk tujuan pembinaan. Gambar 12: Sebahagian dari bahan pembinaan seperti besi tetulang, batu baur, paip sisa sebagainya. Gambar 13: Pembinaan elemen dinding gerbang. Gambar 14: Projek pembinaan sedang dijalankan. Terdapat bahan pembinaan seperti bata. Peranca juga digunakan untuk tujuan keselamatan serta kelihatan sebahagian bangunan yang hampir siap.

105

Gambar 1

Gambar 2

106

107

108

109

110

111

112

Bibliografi / Rujukan

1. Muhammad Amin Din, Binaan Bangunan (Lanjutan Untuk Kontraktor), MARA, 1999. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Richard Jimmy,Buku Panduan Kursus Pemborong Binaan Asas, MARA,1999. Noor Lida Dan Khadijah Murni, Aturcara Kontrak Dan Ukur Bahan, POLISAS. Tuan Puan Rakiza, Tender Dan Sebut Harga, POLIKK. Bahagian Teknikal, Sebutharga, Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu (JPPS KK). http://www.jkr.gov.my Kakitangan Kinabalu Setia Konsult Sdn.Bhd

113

Anda mungkin juga menyukai