Anda di halaman 1dari 77

LAPORAN AKHIR

LATIHAN INDUSTRI

ORGANISASI :

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

MENARA MPAJ, JALAN PANDAN UTAMA,

PANDAN INDAH,

SELANGOR 55100 KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : KHAIRUL HAJID BIN KHAIRULAZMI

NO. PENDAFTARAN : 06DSB19F1026

PROGRAM : DIPLOMA SENI BINA

JABATAN : KEJURUTERAAN AWAM


LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

KHAIRUL HAJID BIN KHAIRULAZMI

( 06DSB19F1026 )

DI

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

MENARA MPAJ, JALAN PANDAN UTAMA,

PANDAN INDAH,

SELANGOR 55100 KUALA LUMPUR

Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukakan kepada

Jabatan Kejuruteraan Awam bagi memenuhi

Sebahagian dari syarat penilaian Latihan industri dan

Penganugerahan Diploma Seni Bina

POLITEKNIK PORT DICKSON

7 MAC 2022 HINGGA 22 JULAI 2022

1
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan akhir latihan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Pelajar : KHAIRUL HAJID BIN KHAIRULAZMI

No. Pendaftaran : 06DSB19F1026

Tarikh : 18/7/2022

DISAHKAN OLEH :

Tandatangan :

Nama Pelajar : AHMAD ALHAIRI BIN MOHAMED YUSUF

Nama Organisasi : MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Tarikh : 18/7/2022

Cap organisasi :

2
PENGHARGAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan segala limpah dan kurnia yang
di berikan kepada saya, akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri
yang saya jalankan selama hampir 5 bulan bermula 7 Mac 2022 hingga 22 Julai 2022
seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terlebih dahulu, saya Khairul Hajid Bin Khairulazmi, ( 06DSB19F1026 ) dari jurusan
Diploma Seni Bina ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis
Perbandaran Ampang Jaya kerana dengan murah hatinya mengizinkan saya mengambil
kesempatan yang amat berharga ini untuk menjalani program Latihan Industri di
organisasi tersebut. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Majlis Perbandaran
Ampang Jaya begitu banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam
tempoh 20 minggu.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada penyelia saya semasa menjalani
Latihan Industri iaitu Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ En. Ahmad Alhairi
Bin Mohamed Yusuf, Arkitek En. Yazid Bin Omar,dan Arkitek Pn. Nurnaemah Binti
Rosli kerana mereka banyak memberi nasihat, dorongan dan kata-kata peransang kepada
saya. Tidak lupa juga kepada kakitangan sokongan dan kakitangan Jabatan Bangunan dan
Senibina yang sudi memberi tunjuk ajar, nasihat, bekerjasama dalam urusan kerja
seharian dan kata-kata peransang yang tidak mungkin akan saya lupakan. Tidak lupa juga,
kepada keluarga tercinta ibu ayah, dan juga adik beradik tanpa sokongan mereka, saya
tidak mungkin berjaya dalam menjalankan Latihan Industri ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah di Politeknik Port Dickson,
Negeri Sembilan di atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh mereka dalam
menyediakan buku Laporan Industri ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua
pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Akhir kata,
saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
penghasilan buku laporan saya ini.

3
ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKA


SURAT
Judul 0-1
Pengesahan Pelajar 2
Penghargaan 3
Isi Kandungan 4
Senarai Jadual 6
Senarai Rajah 6-8
1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 9

1.1 Pengenalan 9
1.2 Pendahuluan 10
1.3 Objektif Latihan Industri 11
1.4 Objektif Laporan 12
1.5 Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar 13
2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 14

2.1 Pengenalan MPAJ 14-17


2.1.1 Asal-Usul Nama ‘Ampang’ 14
2.1.2 Keluasan 15
2.1.3 Ampang Pra Merdeka 15
2.1.4 Visi, Misi, Moto dan Objektif MPAJ 16
2.1.5 Fungsi MPAJ 17
2.2 Logo MPAJ 18
2.2.1 Bunga Rasmi MPAJ 19-20
2.2.2 Lokasi Bangunan MPAJ 20
2.3 Aktviti Organisasi 21
2.3.1 Aktiviti Organisasi Jabatan Bangunan dan 22-26
Senibina
2.4 Carta Organisasi 27-28

4
3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN 29-33
INDUSTRI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Ringkasan mingguan 29-33
4 LAPORAN TEKNIKAL 34-65
4.1 Pengenalan 34
4.2 Lawatan Tapak Medan Selera dan ‘Anaerobic 35-53
Digester’
4.3 Membuat Semakan Pelan Pembangunan dan 54-55
Ubahsuai Bangunan
4.4 Projek Rekabentuk Garaj Kapal Yang Ringkas 56
4.5 Projek Rekabentuk Pasar moden Taman Muda 56-57
4.6 Projek Rekabentuk Dalaman Bilik Mesyuarat 58-59
Tingkat 17
4.7 Projek Kaunter Mudah Alih MPAJ 59-61
4.8 Projek Rekabentuk Dalaman Perpustakaan 62
MPAJ
4.9 Pemantauan Ubahsuai Bangunan 63-65
5 DAPATAN DAN CADANGAN 66-67
5.1 Dapatan 66
5.2 Cadangan Untuk Pelajar 67
5.3 Cadangan Untuk Syarikat 67
6 KESIMPULAN 68-69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN 71-76

5
SENARAI JADUAL

Jadual 2.1 Laporan Mingguan Selama 20 minggu

SENARAI GAMBAR

Rajah 2.1 pandangan hadapan bangunan MPAJ

Rajah 2.2 Logo Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Rajah 3.3 Bunga Tanjung

Rajah 2.4 Pelan lokasi Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Rajah 2.5 Hiasan dalam Jabatan Bangunan Dan Senibina

Rajah 2.6 Carta Organisasi Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Rajah 2.7 Carta Organisasi Jabatan Bangunan dan Senibina

Rajah 4.1 Gambar Tapak Cadangan

Rajah 4.2 Gambar Lokasi Tapak


Rajah 4.3 Gambar tapak semasa
Rajah 4.4

Rajah 4.5

Rajah 4.6

Rajah 4.7

Rajah 4.8

Rajah 4.9

Rajah 4.10

Rajah 4.11

Rajah 4.12

Rajah 4.13

Rajah 4.14

Rajah 4.15

6
Rajah 4.16

Rakaj 4.17

Rajah 4.18 Pelan lantai bagi Cadangan Membina Medan Selera

Rajah 4.19 Pelan lantai bagi Cadangan Membina Anaerobic Digester

Rajah 4.20

Rajah 4.21

Rajah 4.22

Rajah 4.23 Pandangan dari laluan pejalan kaki

Rajah 4.24 Pandangan dari arah Jalan Kerja Ayer Lama

Rajah 4.25 Kawasan tempat dudu utama

Rajah 4.26 Kawasan tempat duduk teres

Rajah 4.27 Pandangan dari atas

Rajah 4.28 Pandangan dari atas

Rajah 4.29 Pandangan dari atas

Rajah 4.30 Pandangan dari tempat letak kereta

Rajah 4.31 Pandangan dari arah jalan kerja Ayer Lama

Rajah 4.32 Pandangan dari atas

Rajah 4.33 Pandangan dari atas

Rajah 4.34 Pandangan dari atas

Rajah 4.35 Pandangan ke pejabat projek medan selera

Rajah 4.36 Pandangan ke bangunan medan selera yang sedang dijalankan.

Rajah 4.37 Pemantauan tapak bersama kakitangan projek. di dalam medan selsera

Rajah 4.38 Pemantauan tapak bersama kakitangan projek di tapak Anaerobic Digester.

Rajah 4.39 mesyuarat tapak di pejabat medan selera.

7
Rajah 4.40 mesyuarat tapak di pejabat medan selera.

Rajah 4.41 menyemak pelan Ubahsuai bangunan rumah teres berkembar

Rajah 4.42 Fail-fail yang perlu disemak pelan

Rajah 4.43 Menyemak pelan pembangunan baharu tanah lot persendirian.

Rajah 4.44 Rekabentuk garaj kapal yang ringkas setelah siap dilukis.

Rajah 4.45 lukisan yang diconteng oleh arkitek tentang idea yang dikongsi

Rajah 4.46 lukisan 3D site context untuk konsep pasar moden Taman Muda.

Rajah 4.47 Kertas lukisan pelan tingkat 17.

Rajah 4.48 lukisan di dalam perisian Autocad.

Rajah 4.49 lukisan 3d ubahsuai dalaman bilik mesyuarat tingkat 17 di perisian


Sketchup

Rajah 4.50 hardcopy lukisan pelan kaunter mudah alih MPAJ.

Rajah 4.51 lukisan 3d di dalam perisian sketchup.

Rajah 4.52 Gambar yang telah di render dalam perisian Lumion 11

Rajah 4.53 proses menyusun bahan-bahan kedalam powerpoint

Rajah 4.54 lukisan teknikal perisian Autocad ruang.

Rajah 4.55 lukisan 3D perpustakaan mpaj di perisian sketchup..

Rajah 4.56 pemantaun kerja ubahsuai mempunyai kelulusan atau tidak

Rajah 4.57 penutupan tapak tidak mempunyai kelulusan

Rajah 4.58 kompaun Jabatan Bangunan dan Senibina.

Rajah 4.59 kertas notis Jabatan Bangunan dan Senibina.

8
BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pengenalan

Kursus Diploma Seni Bina merupakan salah satu daripada kursus pengajian yang
ditawarkan di Politeknik Port Dickson di mana ianya mengambil masa selama tiga tahun.
Semasa berada di semester ke-6 pelajar diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri (LI)
ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Latihan Industri Politeknik
dan tempoh Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan. Semua pelajar akan
diberi tempoh ini untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka pilih
atau yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan Politeknik.

Pada keseluruhannya Latihan Industri ( LI ) adalah satu pembelajaran dari segi teori dan
amali yang dijalankan di luar kampus. Latihan dari segi amali lebih dipraktikkan dalam
tempoh Latihan yang mengambil masa selama 6 bulan. Latihan ini juga merupakan pra-
syarat dalam penganugerahan sijil atau diploma politeknik kepada pelajar yang tamat
pelajaran dari tempat pengajian tersebut. Setiap pelajar diwajibkan lulus Latihan Industri
sebelum layak untuk menyambung pelajaran atau melanjutkan pekerjaan. Dengan ini para
penuntut Politeknik semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri ini dan
pelajar tidak boleh memandang rememh. Melalu Latihan Industri inilah pelajar akan
dapat mengetahui alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.

9
1.2 Pendahuluan

Latihan Industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu diambil oleh
pelajar Politeknik Port Dickson, sebelum memperoleh segulung ijazah. Latihan Industri
ini akan dilakukan dalam masa enam bulan di firma yang telah dipilih sendiri oleh pelajar
atau yang telah ditetapkan.

Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk mendedahkan kepada para graduan
terutamanya dari Politeknik Port Dickson agar lebih bersedia dengan situasi sebenar
dunia pekerjaan disamping menambah kemahiran sendiri seperti berkomunikasi

Pendedahan yang selalu ditekankan sewaktu latihan industri adalah untuk meningkatkan
lagi pengetahuan pelajar dalam bidang-bidang kemahiran dan juga teknikal yang
berkaitan dengan bidang yang telah dipelajari sewaktu di politeknik. Justeru itu, latihan
industry juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sendiri perbezaan
antara teori dan latihan praktikal yang dijalankan sendiri oleh pelajar ketika berada di
firma. Segala cabaran yang diterima semasa latihan industri akan mengukuhkan lagi
keyakinan pelajar terhadap suasana pekerjaan.

Selain itu, latihan industri ini juga membuatkan pelajar agar lebih bersedia terutamanya
dari segi akademik dan bukan akdemik dengan semangat ingin tahu yang tinggi.
Walaupun pelajar tidak diberi melakukan sesuatu tugas itu, pelajar akan diberi
penerangan secara terperinci dan berguna untuk pengetahuan am. Pelajar telah menjalani
latihan industri di sebuah syarikat yang Bernama Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang
terletak di Ampang. Kemudian dibawa ke Jabatan Bangunan dan Senibina berdasarkan
bidang yang dipelajari oleh pelajar iaitu Diploma Seni Bina. Sepanjang tempoh Latihan,
pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dalam bidang kerja-kerja inventori
walupun bidang tugas ini tidak dilakukan sepenuhnya oleh pelajar dan masih di bawah
pengawasan staf-staf senior.

Pelajar telah diberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup berguna sebagai
pengetahuan am dalam bidang pembangunan. Bukan itu sahaja, pelajar juga telah
didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dan dapat mempelajari kemahiran
sosial seperti komunikasi dan hubungan sosial.

10
1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Untuk mencapai
kehendak yang disarankan, maka latihan industri diwujudkan berdasarkan beberapa
objektif. Antara objektifnya adalah seperti berikut :

I. Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.

II. Memupuk semangat kerja berpasukan.

III. Membentuk disiplin pelajar melalui peraturan keselamatan

IV. Menanamkan sifat Amanah dan tanggungjawab dalam diri pelajar.

V. Meningkatkan kebolehan pelajar dengan lebih baik.

11
1.4 OBJEKTIF LAPORAN

Laporan latihan industri adaalah dokumen yang disediakan berdasarkan buku laporan
harian yang telah dicatatkan mengikut pengalaman yang diperolehi sepanjang latihan
industri dijalankan. Laporan industri yang telah lengkap akan diserahkan kepada pihak
politeknik selepas tamat latihan industri untuk dinilai. Terdapat beberapa objektif laporan
latihan industri ini perlu dihasilkan oleh setiap pelajar.

Objektif penulisan laporan latihan industri ini adalah untuk menilai sejauh mana
keberkesanan latihan industri yang telah dijalani oleh pelajar sepanjang sesi tersebut.
Laporan ini adalah penting kerana ia merupakan dokumen yang menjadi bahan bukti
kepada latihan yang diikuti oleh pelajar. Ia juga digunakan sebagai satu cara
mendokumentasikan segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan di firma tersebut sepanjang
latihan dijalankan.

Laporan latihan industri ini perlu disediakan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan. Laporan yang ditulis mestilah kemas dan menggunakan bahasa yang mudah
difahami oleh orang yang membacanya. Oleh itu, pelajar dapat mendisiplinkan diri
dengan menulis laporan mengikut format yang telah diberi. Sehubungan dengan itu,
pelajar akan bekerja keras untuk mengumpul maklumat dan menyiapkan laporan dalam
masa yang telah ditetapkan.

Antara objektif lainnya adalah untuk menguji sejauh mana pemahaman pelajar terhadap
apa yang telah diperolehi dengan menterjemahkan dalam bentuk pnulisan. Jika para
pelajar begitu memahami tugasan yang dilakukannya semasa menjalani latihan industri,
meraka akan dapat menyediakan laporan dengan maklumat yang lengkap dan padat.
Secara tidak langsung pelajar dapat memperbaiki kemahiran komunikasi semasa
berinteraksi dengan pekerja dalam bidang tertentu untuk mendapatkan maklumat yang
lebih terperinci.

Secara kesimpulannya, laporan yang baik dan bermutu mampu memberi pemahaman
yang baik kepada pelajar dan dapat menjadikan rujukan kepada pensyarah untuk menilai
tahap pemahaman pelajar tentang kursus yang diambil. Oleh itu, sesuatu tugasan yang
cemerlang tidak memberi makna jika tidak dapat dilaporkan dalam sesebuah laporan yang
baik. Oleh yang demikian, penulisan laporan memerlukan perhatian khusus dari penulis.

12
1.5 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Latihan industri adalah penting kepada para pelajar untuk mengikutinya kerana ia akan memberi
pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperolehi semasa di poletiknik. Selain
itu, ianya juga merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk layak mendapat penganugerahan diploma.

Program yang berlangsung selama 20 minggu atau satu semester ini memberi peluang kepada
pelajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang sebenar bagi melahirkan pelajar
yang bermutu dalam usaha menambahkan tenaga kerja yang berketerampilan serta berkreativiti
tinggi untuk sama-sama memajukan negara.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemampuan dan semangat pelajar dalam menghadapi
situasi yang lebih mencabar disamping mambantu mendisiplinkan pelajar agar mematuhi
peraturan-peraturan yang telah disediakan oleh pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri
(UPLI) dan juga firma.

Sepanjang menjalani latihan industri, pelajar juga akan dapat mengenali kelebihan diri mereka.
Tidak kira dari segi kemampuan, kebolehan mahupun kesanggupan mereka dalam menyelesaikan
sesuatu pekerjaa. Dari situ pelajar akan dapat mengkaji kelemahan yang ada pada diri mereka dan
mengubahnya demi masa depan yang lebih cemerlang. Pelajar juga akan lebih berkeyakinan
untuk berkomunikai tanpa mengira peringkat umur mahupun jawatan setelah diberi peluang untuk
bergaul dan bekerjasama dengan masyarakat.

13
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN MPAJ

Rajah 2.1 Pandangan Hadapan Menara MPAJ

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ialah sebuah majlis perbandaran di negeri
Selangor, Malaysia. Majlis Perbandaran Ampang Jaya berpusat di Menara MPAJ yang
terletak di Pandan Indah dan mempunyai 17 tingkat untuk setiap jabatan dan bahagian di
dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah
ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16
Ogos 1993. Ia terletak di dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Daerah Hulu
Langat dan Daerah Gombak. Ia meliputi seluruh Mukim Ampang, Selangor, seluruh
Mukim Hulu Kelang, Selangor dan sebahagian Mukim Setapak. Ia juga terletak di pinggir
Kuala Lumpur, bersempadan dengan wilayah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Keluasan
pentadbiran MPAJ: 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar. Pecahan guna tanah ialah hutan -
50.7%, perumahan - 36.4%, kemudahan awam - 5.2%, pertanian - 3.1%, perniagaan -
2.7% Industri - 0.9%. Jumlah penduduk di seluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai
574,300 orang pada tahun 2007 (sumber Jabatan Perangkaan Malaysia) dan merangkumi
12.7% daripada jumlah penduduk di Negeri Selangor.

14
2.1.1 ASAL-USUL NAMA ‘AMPANG’

• Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit
Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai
Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan
bijih timah.
• Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan'
menjadi 'ampang'.
• Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana di bangunkan oleh
orang yang sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina).
Penduduk asal orang Melayu di kawasan Ampang adalah keturunan Bugis dari
Sumatera.

2.1.2 KELUASAN

Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya
ialah 3,859 hektar. Terdapat 12 kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -

1. Kampung Melayu Ampang


2. Kampung Tasik Permai
3. Kampung Tasik Tambahan
4. Kampung Ampang Campuran
5. Kampung Ampang Indah
6. Kampung Pandan
7. Kampung Cheras Baru

2.1.3 AMPANG PRA MERDEKA

• Raja Abdullah merupakan Raja pertama Daerah Kelang telah membuka lombong
bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur.
• Raja Abdullah telah membawa seramai 87 orang pekerja Cina dari Lukut dan
tinggal di Sungai Kelang. Semasa beliau dan pengikut-pengikutnya sampai ke
persimpangan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak beliau telah menamakan
tempat tersebut sebagai ‘Lumpor’.

15
• Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara
kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu
telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh
empat belas hari komunis memerintah Malaya).
• Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan
Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh
pihak komunis.
• Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam
sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan
kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan
para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.

2.1.4 MISI, VISI, MOTO DAN OBJEKTIF MPAJ

Misi : Memperkasakan perkhidmatan perbandaran yang mesra digital


bagi memastikan warga Ampang Jaya menikmati peningkatan
kualiti hidup yang inklusif, makmur dan harmoni.

Visi : Menjadikan Perbandaran Ampang Jaya kea rah bandar digital dan
berdaya huni menjelang 2025

Moto : Berbakti, Bersih dan Berbudaya.

BERBAKTI kepada masyarakat

BERSIH kepada alam sekitar dan pemikiran

BERBUDAYA pekerja yang cekap, amanah, cergas

Objektif : MPAJ sentiasa berusaha dan komited dalam memberikan


perkhidmatan terbaik, mesra dan berkualiti kepada pelanggan.

16
2.1.5 FUNGSI MPAJ

Memberi perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat di bawah pentadbiran Majlis


Perbandaran Ampang Jaya merangkumi perkara-perkara berikut :-

1 Kawalan Pembangunan
2 Kawalan Perniagaan
3 Pengurusan Cukai Taksiran
4 Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur serta Kemudahan Awam
5 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan
6 Program Kemasyarakatan

17
2.2 LOGO MPAJ

Rajah 2.2 Logo Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Sinopsis Logo Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dibentuk


bagi melambangkan komitmen MPAJ ke arah kemajuan
dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan
menitikberatkan kecemerlangan budaya kerja di samping
memenuhi kehendak penduduk Ampang Jaya secara
keseluruhannya.
Rekabentuk Huruf Huruf MPAJ pada logo tersebut direka bagi melambangkan
M.P.A.J segala pembangunan yang dirancang dengan teliti bagi
melahirkan persekitaran yang bersih dan indah. Juga
mempamerkan keberkesanan serta kecekapan MPAJ dalam
melaksanakan tugas dan peranan MPAJ sebagai pemberi
perkhidmatan.
Perkataan Majlis Perkataan MPAJ mengelilingi logo tersebut menunjukkan
Perbandaran Ampang ia bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran.
Jaya
Elemen Pokok Elemen pokok yang terdapat dalam logo MPAJ
melambangkan ke arah bumi yang hijau dan sentiasa
mementingkan kebersihan.
Elemen Perindustrian Perindustrian Perumahan dan Perkilangan adalah simbolik
dan Perumahan kepada kesempurnaan perancangan ke arah kepesatan
pembangunan dan persekitaran Ampang Jaya.

18
2.2.1 BUNGA RASMI MPAJ

Rajah 2.3 Bunga Tanjung

Bunga Tanjung terpilih sebagai Bunga Rasmi lambang Majlis Perbandaran Ampang Jaya
kerana menurut sejarah, kawasan Ampang Jaya dahulunya dipenuhi dengan pokok Bunga
Tanjung. Justeru itu, dengan pemilihan ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan
berusaha untuk memulihkan semula bilangan pokok Bunga Tanjung di kawasan Ampang
Jaya sekaligus dapat menghijaukan dan mengindahkan kawasan bandar.

CIRI-CIRI KETERANGAN
Nama Saintifik Mimusops Elengi
Nama Tempatan Bunga Tanjung, Tanjung, Mengkulah
Asal/Habitat India, Burma dan Sri Lanka
Ketinggian & Diameter Boleh mencapai sehingga 25 meter tinggi apabila tua.
Ukurlilit batang lebih kurang 0.45 meter.
Pembiakan Dibiak daripada biji benih
Saiz Pokok Sederhana besar
Daun Daunnya padat berwarna hijau tua dengan daun muda
hijau muda
Silara Berbentuk bulat, kemas dan rendang seperti payung.
Pokok Tanjung berbunga biasanya mempunyai dahan-
dahan yang tumbuh rendah.Pemangkasan awal dapat
menentukan ketinggian dahan yang sesuai serta dapat
mengawal Pembentukan Silira.

19
Bunga Bunganya kecil (kira-kira ½ inci lebar), berwarna
kuning susu, berbentuk seperti bintang (mempunyai 6
petal) serta berbau wangi (terutama di waktu malam)
Buah Buahnya berbentuk seperti jantung, berwarna merah
coklat apabila masak. Saiz buahnya kira-kira 1-1/3 x ½
-2/3. Pada Pangkal buah terdapat 8 sepal
Kegunaan Pokok Bunga Tanjung popular ditanam sebagai pokok
teduhan dan hiasan. Sesuai ditanam dipinggiran jalan
tempat letak kereta dan menghiasi perkarangan
bangunan
Keterangan Am Pokok bunga tanjung adalah sejenis pokok malar hijau
yang mempunyai pertumbuhan yang lambat. Bunganya
digunakan secara meluas oleh kaum India untuk upacara
keagamaan.
Jadual 2.1

2.2.2 LOKASI MPAJ

Menara MPAJ terletak di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Selangor 55100 Kuala
Lumpur.

Rajah 2.4 Pelan lokasi Majlis Perbandaran Ampang Jaya

20
2.3 AKTIVITI ORGANISASI

Kawasan bandar MPAJ meliputi bandar Ampang, dan bandar bersebelahan Ulu Klang
dan Pandan Indah, serta bahagian Cheras yang kesemuanya berjumlah 24 zon. Terdapat
14 jabatan dan 6 bahagian di MPAJ iaitu:-

1. Jabatan Perancangan Korporat


2. Jabatan Undang-Undang
3. Jabatan Hasil
4. Jabatan Kejuruteraan
5. Jabatan Perancang Bandar
6. Jabatan Khidmat Pengurusan
7. Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Usahawan
8. Jabatan Penguatkuasa
9. Jabatan Bangunan dan Senibina
10. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
11. Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar
12. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
13. Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap
14. Jabatan Pebendaharaan
15. Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat
16. Bahagian Audit Dalam
17. Bahagian OSC Pembangunan
18. Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB)
19. Bahagian Ukur Bahan
20. Bahagian Integriti

Bagi pelajar Diploma Seni Bina, MPAJ telah memberi penempatan untuk pelajar
praktikal di jabatan bangunan dan senibina yang memberi tumpuan kepada kawalan
bangunan, semakan pelan bangunan dan mereka bentuk bangunan. Terdapat 3 unit dalam
bidang senibina di dalam jabatan yang berkait dengan seni bina. 3 unit ini ialah bahagian
projek, bahagian kawalan ubahsuai bangunan dan bahagian kawalan pembangunan.

21
2.3.1 AKTIVITI ORGANISASI JABATAN BANGUNAN DAN SENIBINA

Rajah 2.5 Hiasan dalam Jabatan Bangunan Dan Senibina

Jabatan Bangunan dan Senibina menjalankan aktiviti mengikut bahagian unit yang ada
seperti bahagian kawalan pembangunan, bahagian kawalan ubahsuai bangunan, bahagian
telco dan billboard, bahagian projek dan bahagian pentadbiran.

Bahagian Kawalan Pembangunan

- Menerima dan memproses permohonan kelulusan projek pembangunan bagi


perumahan, perniagaan, kilang, banglo dan lain-lain pembangunan serta permit
bangunan sementara.
- Membuat pemantauan ke atas projek dalam pembinaan.
- Membuat lawatan tapak selepas boring G1-G21 diterima sebelum penerimaan
Borang CCC dari OSC.
- Memproses permohonan SKM
- Mengeluarkan ulasan bagi Permohonan Kebenaran Merancang ke OSC
- Membawa permohonan Pelan Bangunan ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk
pertimbangan kelulusan.
- Membuat tindakan Penguatkuasaan dan Mengeluarkan Notis, & Kompaun.
- Mengambil tindakan ke atas aduan bagi projek pembangunan yang diluluskan dan
pemantauan kelulusan pembangunan.
- Menyediakan statistic bagi projek pembangunan.

22
Bahagian Kawalan Ubahsuai Bangunan

- Pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan pelan tambahan dan ubahsuai ke


atas bangunan kediaman sedia ada, jenis Teres, Banglo, Semi-D dan sebagainya.
- Menyemak dan pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan tambahan dan
ubahsuai bagi pelan kedai, kilang, stesyen minyak, bangunan perniagaan,
masjid/surau dan kemudahan awam.
- Menyemak dan mengesahkan bagi proses tuntutan permohonan pemulangan
wang cagaran.
- Pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan permit ubahsuai dalaman bagi
rumah teres, rumah bertingkat, kedai/pejabat dan restoran.
- -Menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas aduan tambahan & ubahsuai
bangunan bagi pengeluarkan Notis, Kompaun, Menyediakan kertas siasatan untuk
pendakwaan serta mengetuai tindakan perobohan dengan bantuan Jabatan
Penguatkuasa, MPAJ.

Bahagian Telco Dan Billboard

- Menerima & menyemak permohonan struktur telekomunikasi yang dikemukakan


oleh syarikat telekomunikasi melalui Bahagian OSC, MPAJ.
- Mengeluarkan ulasan permohonan struktur telekomunikasi dalam tempoh yang
ditetapkan dan dikemukakan ke Bahagian OSC.
- Menyediakan kertas kerja mesyuarat untuk dibentangkan ke Mesyuarat
Jawatankuasa OSC.
- Menerima dan memproses dan meluluskan pelan-pelan struktur menara dan alat
pemancar telekomunikasi dan billboard.
- Membuat pemeriksaan berkala berkaitan dengan pembinaan menara dan
pemancar telekomunikasi dan billboard.
- Mengurus permohonan pembaharuan permit tahunan struktur menara
telekomunikasi setiap tahun selaras dengan pembinaan di tapak.
- Mengurus permohonan pembaharuan permit tahunan struktur billboard
berdasarkan kelulusan lessen billboard diperbaharui.
- Menyediakan data induk statistic permohonan struktur Menara telekomunikasi
dan billboard.

23
- Mengurus tindakan pegnuatkuasaan ke atas pembinaan struktur telekomunikasi
dan billboard yang tidak mendapat kebenaran serta yang tidak diperbaharui
kelulusan.
- Pengurusan aduan struktur telekomunikasi & billboard.

Bahagian Projek

Unit Pengurusan Projek

- Menerima dan melaksanakan projek Majlis dari Pengurusan Tertinggi MPAJ.


(Sebagai wakil Pegawai Penguasa).
- Menyediakan Brief projek, Schematic design berdasarkan anggaran kos serta
kerja untuk pelantikan perunding.
- Menyemak pelan rekabentuk akhir dan pelan bangunan serta menyediakan kertas
untuk mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk kelulusan.
- Mengendalikan Mesyuarat Klien/Perunding, Mesyuarat Tapak dan lain-lain
mesyuarat yang berkaitan.
- Membuat pemantauan kerja-kerja ditapak pembinaan sehingga penerimaan CCC.
- Membuat penyerahan penyelenggaraan kepada jabatan yang berkenaan.

Unit Rekabentuk Senibina

- Memberi khidmat nasihat berkaitan Rekabentuk Senibina bagi projek Majlis.


- Menyediakan Rekabentuk Senibina bagi Projek Majlis iaitu Schematic Design
Phase- Brif Rekabentuk dan Cadangan Awalan Rekabentuk Senibina.
- Design Development Phase iaitu menyediakan Lukisan Cadangan Rekabentuk
bagi Lukisan Tender dan Lukisan Pembinaan.
- Menyediakan Jadual Perlaksanaan Rekabentuk dan Projek.
- Memantau kerja-kerja pembinaan di tapak untuk memastikan pembinaan tersebut
selaras dengan lukisan rekabentuk yang dikeluarkan.

Unit Rekabentuk Dalaman

- Memberi khidmat nasihat berkaitan rekabentuk dalaman bagi projek Majlis.

24
- Menyediakan Lukisan Rekabentuk Dalaman (Lukisan Awalan, Lukisan Tender
dan Lukisan Pembinaan).

Unit R&D

- Membuat Penyelidikan dan Pembangunan bagi Rekabentuk Senibina yang telah


dilaksanakan.
- Membuat Penyelidikan dan Pembangunan bagi Inovasi Jabatan sama ada produk
dan operasi jabatan.

Unit OKU

- Menyediakan garispanduan keperluan OKU.


- Memastikan kelulusan pelan bangunan yang diluluskan mematuhi garispanduan
OKU dan perlaksanaannya.

Unit GiS

- Menguruskan maklumat terperinci pemilik bangunan dalam Bahagian Kawalan


Ubahsuai Bangunan dan merekodkan maklumat tersebut didalam system GiS
MPAJ.

Bahagian Pentadbiran

- Melaksanakan urusan pentadbiran Jabatan Bangunan dan Senibina berkaitan


dengan urusan kakitangan (cuti kakitangan, kenderaan Jabatan, elaun dan yang
berkaitan).
- Mengawal semua rekod-rekod fail Jabatan.
- Merekod dan menyimpan semua keputusan Mesyuarat berkaitan dengan Jabatan
Bangunan dan Senibina.
- Merekod dan mengawal semua peralatan pejabat yang di terima dari Jabatan
Khidmat Pengurusan.
- Menyediakan surat-menyurat kelulusan permohonan untuk dalaman dan luaran.

25
Jadual Waktu Bekerja

HARI WAKTU MULA REHAT WAKTU TAMAT


BEKERJA BEKERJA
ISNIN – JUMAAT 8.00 am – 1.00 pm 1.00 pm – 2.00 pm 2.00 pm – 5.00 pm
SABTU - AHAD CUTI

2.1 Jadual Waktu bekerja

26
2.4 CARTA ORGANISASI

Di bawah ini ialah Carta Organisasi dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya:-

Rajah 2.6 Carta Organisasi Majlis Perbandaran Ampang Jaya

27
Di bawah ialah Carta Organisasi di Jabatan Bangunan dan Senibina:-

Rajah 2.7 Carta Organisasi Jabatan Bangunan dan Senibina

28
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Bab ini merangkumi sepanjang aktiviti yang pelatih lakukan semasa dalam tempoh
Latihan Industri. Tarikh permulaan adalah 7 Mac 2022 sehingga 22 Julai 2022 bersamaan
20 minggu. Setiap laporan Latihan Industri yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi
adalah merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan
perjalanan Latihan Industri.

Selain itu, penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap tugasan mengikut
keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta laporan disesuaikan dengan perhubungan
semasa agar peningkatan diri di dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah dapat
membangun dengan seiringan.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

MINGGUAN AKTIVITI
Minggu ke 1 - Melaporkan diri di Majlis Perbandaran Ampang
(7/3/2022 – 11/3/2022) Jaya.
- Dibawa lapor diri ke Jabatan Bangunan dan
Senibina.
- Mengenal suasana alam pekerjaan dengan
menemui kerja-kerja di pejabat.
- Melawat dan melihat persekitaran tempat
pekerjaan.
- Membuat Rondaan Bahagian Kawalan Ubahsuai
Bangunan (BKUB)
- Pemantauan bangunan di lokasi kejadian tanah
runtuh di Taman Bukit Permai.

Minggu ke 2 - Membuat rondaan Rondaan Bahagian Kawalan


(14/3/2022 – 18/3/2022) Ubah suai (BKUB)

29
- Mesyuarat pengurusan bersama pengarah dan
kakitangan Jabatan Bangunan dan Senibina
- Mesyuarat CCCM (Consultant, Contractor, Client
Meeting) di dewan komuniti Taman Melawati
- Membuat simple design Garaj kapal keselamatan
mudah alih
Minggu ke 3 - Melawat dan pemantauan tapak bersama Unit
(21/3/2022 – 25/3/2022) Bahagian Kawalan Pembangunan (BKP)
- Mesyuarat CCCM (Consultant, Contractor, Client
Meeting) di medan selera Ampang Jaya.
- Sesi crit reka bentuk garaj kapal keselamatan
mudah alih bersama arkitek.
Minggu ke 4 - Menyusun fail cagaran mengikut kategori denda
(28/3/2022 – 1/4/2022) dan cagaran
- Membuat lukisan pelan semula bagi tingkat 17 di
dalam perisian Autocad
- Sesi penerangan jenis borang untuk Submission.
Minggu ke 5 - Membuat rondaan Bahagian Kawalan Ubahsuai
(4/4/2022 – 8/4/2022) Bangunan (BKUB)
- Lawatan tapak dan mesyuarat CCCM (Consultant,
Contractor, Client Meeting) di dewan komuniti
Taman Melewati.
- Membuat rondaan Bahagian Kawalan
Pembangunan (BKP)
- Ringkasan projek Pasar Moden di Taman Muda.
Minggu ke 6 - Lawatan tapak dan mesyuarat CCCM (Consultant,
(11/4/2022 – 15/4/2022) Contractor, Client Meeting) di dewan komuniti
Taman Melewati.
- Menyemak lukisan pelan sanitari pemasangan
manhole dan bedding bersama pekerja.
- Sambung membuat lukisan 3D untuk pasar moden
Taman Muda.

30
Minggu ke 7 - Sambung membuat lukisan 3D untuk pasar moden
(18/4/2022 – 22/4/2022) Taman Muda.
- Lawatan tapak dan mesyuarat CCCM (Consultant,
Contractor, Client Meeting) di medan selera
Ampang Jaya.
- Membuat semakan pelan pembangunan dan
ubahsuai bersama pekerja.
Minggu ke 8 - Membuat pemantaun di bangunan yang telah siap
(25/4/2022 – 29/4/2022) di bina dan ubah suai bersama unit BKP.
- Membuat laporan borang F pemantauan.
- Membuat salinan fail dan dokumen menggunakan
mesin cetak ofis.
Minggu ke 9 - Cuti Raya Aidilfitri
(2/5/2022 – 6/5/2022)
Minggu ke 10 - Mesyuarat CCM (Consultant and Client Meeting)
(9/5/2022 – 13/5/2022) berkenaan projek dewan komuniti MPAJ di ofis
Jabatan Bangunan dan Senibina.
- Mesyuarat CCCM (Consultant, Contractor, Client
Meeting) di dewan komuniti MPAJ.
- Membuat persiapan jamuan raya Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
Minggu ke 11 - Mesyuarat CCM (Consultant and Client Meeting)
(16/5/2022 – 20/5/2022) berkenaan projek medan selera Ampang Jaya di
ofis Jabatan Bangunan dan Senibina.
- Membuat persiapan jamuan raya Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Jamuan Raya Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ).
Minggu ke 12 - Lawatan tapak dan mesyuarat CCCM (Consultant,
(23/5/2022 – 27/5/2022) Contractor and Client Meeting) di stadium Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Persiapan jamuan raya ofis Jabatan Bangunan dan
Senibina.

31
- Jamuan raya Jabatan Bangunan dan Senibina
- Membuat lukisan 3D ubahsuai dalaman untuk
bilik mesyuarat tingkat 17 bangunan Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
- Meraikan persaraan Pn, Zainoh Bt. Ahmad.
Minggu ke 13 - Membuat rondaan unit Bahagian Kawalan
(30/5/2022 – 3/6/2022) Ubahsuai Bangunan.
- Membuat laporan taskforce cagaran
- Sambung lukisan 3D ubahsuai dalaman untuk
bilik mesyuarat tingkat 17 bangunan Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Minggu ke 14 - Membuat rondaan unit Bahagian Kawalan
(6/6/2022 – 10/6/2022) Ubahsuai Bangunan.
- Membuat laporan rondaan, pemantaun dan aduan
BKUB.
- Menyemak pelan Ubahsuai Bangunan bersama
pekerja.
Minggu ke 15 - Membuat rekabentuk kaunter mudah alih untuk
(13/6/2022 – 17/6/2022) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
- Lawatan tapak dan mesyuarat CCCM (Consultant,
Contractor dan Client Meeting) di dewan
komuniti Taman Melewati.
- Membuat pemantauan bangunan di lokasi tanah
runtuh Taman Bukit Permai.
- Operasi roboh rumah usang di Kampung Sri
Taman Baru.
- Membuat rondaan unit Bahagian Kawalan
Ubahsuai Bangunan.
Minggu ke 16 - Lawatan tapak dan mesyuarat CCCM (Consultant,
(20/6/2022 – 24/6/2022) Contractor dan Client Meeting) di medan selera
Ampang Jaya.
- Menyemak pelan ubahsuai bersama pekerja.

32
- Membuat rondaan unit Bahagian Kawalan
Ubahsuai Bangunan.
Minggu ke 17 - Taklimat Ketua Tempat Mengundi SPR
(27/6/2022 – 1/7/2022) (Suruhanjaya Pilihan Raya)
- Menyemak pelan ubahsuai bangunan bersama
pekerja.
- Operasi roboh bangunan yang sedah ubahsuai di
AU3 Keramat.
Minggu ke 18 - Ringkasan projek reka bentuk dalaman untuk
(4/7/2022 – 8/7/2022) perpustakaan MPAJ.
- Membuat lukisan 3D reka bentuk dalaman untuk
perpustakaan MPAJ.
- Menyemak pelan bangunan baharu bersama
pekerja.
- Mesyuarat perbincangan video untuk ubahsuai,
pemutihan dan aduan Jabatan Bangunan dan
Senibina MPAJ.
Minggu ke 19 - Cuti raya Haji
(11/7/2022 – 15/7/2022) - Majlis Qurban dan Aqiqah MPAJ
- Membuat rondaan unit Bahagian Kawalan
Pembangunan.
- Mesyuarat Jawatankuasa (OSC)
- Mesyuarat perbincangan storyboard video scene.
- Membuat lukisan 3D rekabentuk dalaman
perpustakaan MPAJ.
Minggu ke 20 - Semakan pelan bangunan baharu bersama pekerja.
(18/7/2022 – 22/7/2022) - Perbincangan video ( prosedur permohonan
ubahsuai)
- Membuat Rekabentuk perpustakaan.
- Pemantauan banguan setelah ubahsuai.
- Mendapatkan tandatangan Pengarah Jabatan
Bangunan dan Senibina.

33
BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Sepanjang tempoh latihan industri di Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ, pelatih
berpeluang untuk mempelajari hampir kesemua bahagian yang terdapat di dalam jabatan
milik organisasi MPAJ ini. Perkara ini meliputi bagaimana Gudang ini menguruskan satu-
satu bahagian dengan baik, cara berkesan untuk menangani pelbagai masalah yang
berlaku dan bagaimana untuk menggunakan tenaga kerja yang banyak untuk
menghasilkan pengeluaran yang optimum. Masalah yang berlaku bergantung pada situasi
dan biasanya akan ada masalah-masalah baru yang timbul bergantung pada masa dan
keadaan.

4.1.1 Spesifikasi / Jenis peralatan yang digunakan

1. Komputer riba

Kegunaan computer riba untuk melakukan laporan, gambar, penggunaan


perisian architecture seperti Sketchup, Autocad, Lumion, Powerpoint dan words.

2. Telefon Pintar

Untuk membuat satu rakaman atau menangkap gambar sewaktu pergi ke tapak,
pemantauan tapak atau menghadiri majlis yang dianjurkan.

34
4.2 Lawatan Tapak Medan Selera dan ‘Anaerobic Digester’

A. Pengenalan

Rajah 4.1 Gambar Tapak Cadangan

B. Lokasi Tapak

Rajah 4.2 Gambar Lokasi Tapak


PANDANGAN SATELIT TAPAK CADANGAN
Tapak yang dicadangkan bagi pembangunan Medan Selera dan ‘Anaerobic Digester’ ini
terletak berhadapan Bangunan MARDEC dan sesuai di bangunankan sebagai Medan
Selera dan Pusat Anaerobic Digester.

35
C. Gambar Tapak Semasa

Keadaan semasa tapak merupakan kawasan tempat letak kereta dan mudah diakses
dari Jalan Utama (Jalan Kerja Ayer Lama) dan telah mempunyai kemudahan
infrastruktur sedia ada di tapak.

Rajah 4.3 Gambar tapak semasa

Rajah 4.4

36
Rajah 4.5

Rajah 4.6

37
Keadaan semasa tapak tidak mempunyai struktur bangunan dan merupakan laluan utama
ke tapak Perkuburan Hindu. Tapak cadangan ini juga mempunyai aras platform yang agak
tinggi daripada aras Jalan Utama (Jalan Kerja Ayer Lama).

Rajah 4.7

Rajah 4.8

38
Rajah 4.9

Rajah 4.10

39
D. Perancangan Tapak
- Terdiri daripada 2 Bahagian Cadangan Pembinaan Baru iaitu Medan Selera dan
‘Anaerobic Digester’

Rajah 4.11

- Sirkulasi jalan luar dan dalam bagi kenderaan di tapak cadangan.

Rajah 4.12

Petunjuk :

1 - Cadangan Membina Medan Selera

2 - Cadangan Membina Anaerobic Digester.

40
E. Konsep Rekabentuk

Konsep rekabentuk Cadangan Membina Medan Selera ini adalah Less is More dengan
gaya Senibina Brutalist (Brutalist Architecture)

Menonjolkan binaan bahan mentah, penggunaan konkrit dan bata, ringkas dan nyata
menerapkan minimalist construction.

Umbrella Structure digunakan pada rekaan bumbung untuk mendapatkan Structure


Expressed bagi memberikan impak bentuk iconic padan medan selera ini.

KEHENDAK PASSIVE DESIGN

Pada bahagian struktur bumbung direka dengan ketinggian yang tertentu bagi
memberikan rekabentuk yang lebih dinamik serta :

• Dapat memberikan Cross Ventilation yang lebih baik pada ruang dalam dan
dapat mengurangkan haba pada waktu yang panas.
• Dapat membenarkan Natural Lighting memasuki ruang dalaman.
• Colour Scheme pada bahagian dinding luaran bangunan akan menggunakan
bahan asal (Raw Material)

Pengudaraan dan pencahayaan yang


baik;

Rajah 4.13

41
Rajah 4.14

Rajah 4.15

42
F. Orientasi Matahari (Shadow Study)

Rajah 4.16

G. Pelan Tapak

Rajah 4.17

43
H. Pelan Lantai

Rajah 4.18 Pelan lantai bagi Cadangan Membina Medan Selera

Rajah 4.19 Pelan lantai bagi Cadangan Membina Anaerobic Digester

44
I. Pandangan Tegak

Rajah 4.20

Rajah 4.21

45
Rajah 4.22

J. Pandangan Perspektif (Medan Selera)

Rajah 4.23 Pandangan dari laluan pejalan kaki

46
Rajah 4.24 Pandangan dari arah Jalan Kerja Ayer Lama

Rajah 4.25 Kawasan tempat dudu utama

Rajah 4.26 Kawasan tempat duduk teres

47
Rajah 4.27 Pandangan dari atas

Rajah 4.28 Pandangan dari atas

Rajah 4.29 Pandangan dari atas

48
K. Pandangan Perspektif (Anaerobic Digester)

Rajah 4.30 Pandangan dari tempat letak kereta

Rajah 4.31 Pandangan dari arah jalan kerja Ayer Lama

Rajah 4.32 Pandangan dari atas

49
Rajah 4.33 Pandangan dari atas

Rajah 4.34 Pandangan dari atas

50
4.2.1 Proses kerja yang dilakukan

A. Pelajar telah dibawa oleh pegawai ke tapak Projek medan selera dan Anaerobic
Digester yang terletak di Ampang Jaya untuk membuat lawatan tapak dan
mesyuarat tapak.

Rajah 4.35 Pandangan ke pejabat projek medan selera

Rajah 4.36 Pandangan ke bangunan medan selera yang sedang dijalankan.

51
Rajah 4.37 Pemantauan tapak bersama kakitangan projek. di dalam medan selsera

Rajah 4.38 Pemantauan tapak bersama kakitangan projek di tapak Anaerobic Digester.

52
Rajah 4.39 mesyuarat tapak di pejabat medan selera.

Rajah 4.40 mesyuarat tapak di pejabat medan selera.

53
4.3 Membuat Semakan Pelan Pembangunan dan Ubahsuai Bangunan

Penolong pegawai Senibina memberi penerangan kepada pelajar sebab-sebab perlu


menyemak pelan yang telah diserahkan ke majlis oleh PSP (Principle Submitting Person).

4.3.1 Proses Kerja yang dilakukan

A. Pelajar di ajar cara-cara bagaimana untuk menyemak pelan mengikut kehendak


atau peraturan yang ditetapkan oleh majlis. Kesalahan yang ada di lukisan pelan
perlu di tanda dan labelkan kesalahan. Lalu, membuat ulasan di atas kertas ulasan
ditulis kesalahan-kesalahan yang ada di dalam lukisan pelan.

Rajah 4.41 menyemak pelan Ubahsuai bangunan rumah teres berkembar.

54
Rajah 4.42 Fail-fail yang perlu disemak pelan

Rajah 4.43 Menyemak pelan pembangunan baharu tanah lot persendirian.

55
4.4 Projek Rekabentuk Garaj Kapal yang Ringkas

Arkitek memberi penerangan tentang projek Rekabentuk Garaj Kapal untuk Jabatan
Penguatkuasa sebagai tempat simpanan kapal kecemasan yang menggunakan konsep
yang ringkas, kos rendah dan mengikuti ciri-ciri yang Majlis Perbandaraan Ampang Jaya
mahu.

4.4.1 Proses Kerja Yang Dilakukan

A. Pelajar memulakan kerja dengan melukis rekabentuk menggunakan perisian


Sketchup. Dan menghantar softcopy kepada arkitek untuk semakan.

Rajah 4.44 Rekabentuk garaj kapal yang ringkas setelah siap dilukis.

4.5 Projek Rekabentuk Pasar Moden Taman Muda

Arkitek memberi penerangan tentang projek Rekabentuk Pasar Moden di Taman Muda
di tapak yang bangunan akan di roboh dan dibina semula sebagai pasar moden. Pasar ini
akan menjadi pusat tumpuan untuk rakyat-rakyat yang menduduki di Taman Muda.
Selain itu, berkongsi idea bersama arkitek cara penyelesaian sirkulasi kenderaan dan pintu
utama untuk Pasar Moden ini. Arkitek memberi softcopy fail Autocad dan sketchup untuk
di naikkan 3d context site.

56
Rajah 4.45 lukisan yang diconteng oleh arkitek tentang idea yang dikongsi

4.5.1 Proses Kerja Yang Dilakukan

A. Memulakan kerja dengan meanikkan 3D site context untuk pasar moden dengan
menggunakan perisian Sketchup.

Rajah 4.46 lukisan 3D site context untuk konsep pasar moden Taman Muda.

57
4.6 Projek Rekabentuk Dalaman Bilik Mesyuarat Tingkat 17

Arkitek memberi tugasan untuk menekap semula lukisan pelan bilik mesyuarat tingkat
17 kedalam perisian Autocad. Kemudian, menaikkan 3D lalu membuat konsep ubahsuai
dalaman untuk bilik mesyuarat tingkat 17.

4.6.1 Proses Kerja Yang Dilakukan

A. Setelah menerima Hardcopy lukisan pelan tingkat 17 membuat scan document


dengan menggunakan mesin cetak di ofis.

Rajah 4.47 Kertas lukisan pelan tingkat 17.

B. Memindahkan fail gambar kedalam perisian Autocad dan memulakan lukisan


teknikal mengikut skala yang sebenar dan tepat.

Rajah 4.48 lukisan di dalam perisian Autocad.


58
C. Setelah siap melukis di perisian Autocad. Memindahkan lukisan itu ke perisian
Sketchup dan memulakan lukisan 3d ubahsuai dalaman mengikut idea dan
kreativiti pelajar

Rajah 4.49 lukisan 3d ubahsuai dalaman bilik mesyuarat tingkat 17 di perisian


Sketchup

4.7 Projek Kaunter Muda Alih MPAJ.

Pelajar diberi tugasan untuk sambung menyiapkan lukisan kaunter mudah alih MPAJ oleh
arkitek En.Yazid. En.Yazid memberi penerangan kepada pelajar apa yang perlu
dilakukan untuk projek kaunter mudah alih MPAJ dalam tempoh masa yang suntuk.
Setelah itu, En.Yazid memberi softcopy fail sketchup dan powerpoint untuk pelajar
memulakan bekerja.

4.7.1 Proses Kerja Yang Dilakukan

A. Arkitek memberi penerangan tentang kaunter mudah alih MPAJ kepada pelajar
secara di atas kertas.

59
Rajah 4.50 hardcopy lukisan pelan kaunter mudah alih MPAJ.

B. Menggunakan sketchup pelajar diminta untuk mengubah suai rekabentuk sedia


ada kaunter mudah alih mengikut kehendak arkitek.

Rajah 4.51 lukisan 3d di dalam perisian sketchup.

60
C. Pelajar memulakan proses render menggunakan perisian Lumion 11 untuk
dijadikan gambar dan video.

Rajah 4.52 Gambar yang telah di render dalam perisian Lumion 11

D. Pelajar dikehendaki memasukkan bahan-bahan yang telah siap kedalam


powerpoint untuk dibentangkan kepada Pengarah Jabatan Bangunan dan
Senibina.

Rajah 4.53 proses menyusun bahan-bahan kedalam powerpoint..

61
4.8 Projek Rekabentuk Dalaman Perpustakaan MPAJ.

Arkitek En.Yazid memberi penerangan tentang projek Rekabentuk Dalaman


Perpustakaan MPAJ yang diberi khas oleh arkitek bangunan tersebut sebagai perjanjian
MPAJ persetujuan untuk membina bangunan tersebut.

4.8.1 Proses Kerja Yang Dilakukan

A. En.Yazid memberi softcopy Autocad kepada pelajar untuk membuat


pembahagian ruang yang perlu dibuat ubahsuai dalaman.

Rajah 4.54 lukisan teknikal perisian Autocad ruang.

B. Memulakan kerja dengan menaikkan 3D lukisan 2D ruang Perpustakaan MPAJ.

Rajah 4.55 lukisan 3D perpustakaan mpaj di perisian sketchup..

62
4.9 Pemantauan Ubahsuai Bangunan

Tugasan ini dilakukan oleh pelajar bersama pegawai untuk membuat pemantauan,
rondaan atau aduan di zon-zon yang telah ditugaskan kepada pegawai. Pemantauan ini
untuk memastikan samaada pemilik bangunan mempunyai kelulusan ubahsuai atau
menjalankan kerja ditapak. Sekiranya yang diterima oleh pegawai ialah aduan oleh
kejiranan pemilik rumah pegawai mesti datang ke tapak dan cuba menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh mereka mengikut kemampuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

4.9.1 Proses Kerja

A. Pelajar menaiki kenderaan bersama pegawai pemandu yang telah dilantik oleh
Jabatan Bangunan dan Senibina.
B. Pemantaun di tapak menyemak kerja yang dijalankan mempunyai kelulusan
Jabatan Bangunan dan Senibina atau tidak. Sekiranya tiada perlu dikompaun atau
diberi notis dan menutup tapak.

Rajah 4.56 pemantaun kerja ubahsuai mempunyai kelulusan atau tidak

63
Rajah 4.57 penutupan tapak tidak mempunyai kelulusan

Rajah 4.58 kompaun Jabatan Bangunan dan Senibina.

64
Rajah 4.59 kertas notis Jabatan Bangunan dan Senibina.

65
BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan
Setelah menjalani latihan industri selama 20 minggu, terdapat banyak perkara yang telah
saya pelajari sepanjang ditempatkan di Jabatan Bangunan dan Senibina ini. Seperti biasa
setiap perkara yang berlaku ada buruk dan ada baiknya, begitu juga dengan latihan
industri ini. Semasa berada di jabatan tersebut, pelajar dapat mempraktikkan segala yang
telah di pelajari semasa di politeknik iaitu dengan mengikuti kerja-kerja yang berkaitan
di tapak, reka bentuk dan di pejabat. Selain itu, pelajar dapat melihat perkembangan
semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembinaan bangunan.

Kesimpulannya, latihan industri yang ini memberi pelajar banyak pengalaman dan ilmu.
Banyak yang pelajar perolehi sepanjang tempoh pelajar berada di Jabatan Bangunan dan
Senibina MPAJ. Sepanjang menjalani latihan industri di Jabatan Bangunan dan Senibina
MPAJ, pelajar bukan sahaja mempelajari satu bidang tertentu, pelajar berpeluang belajar
tentang beberapa unit yang terdapat di dalam bahagian ini iaitu unit bangunan yang
menguruskan hal-hal projek berkaitan bangunan dan penyelenggaran bangunan,
ubahsuai, kawalan pembangunan, projek, telco dan billboard dan pentadbiran.
Seterusnya, pelajar dapat merasai persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar.
Dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang pelajar belajar di
politeknik. Dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang pelajar
belajar di politeknik. Dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan
dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul. Dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan di pejabat bersama dengan staff-staff dengan baik. Dapat menyelesaikan
sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.

Selain itu, pergaulan dan komunikasi di JBS sangat terbuka kerana dapat bergaul dengan
rakan yang bukan sebaya. Dalam masa yang sama, mereka sangat membantu pelajar
dalam segala hal berkenaan dengan pejabat dan berkongsi ilmu tentang perkara yang
pelajar tidak mengetahu sebelumnya. Tambahan lagi, pelajar dapat melatih diri supaya
lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi dengan orang awam tentang sesuatu perkara.
Segala ilmu yang telah diperolehi akan pelajar gunapakai dengan sebaik mungkin pada
masa hadapan dan tidak akan pelajar sia-siakan.

66
5.2 Cadangan Untuk Pelajar

Latihan Industri adalah salah satu dari pembelajaran yang harus pelajar ikuti untuk lulus sem akhir
bagi diploma. Sebelum menjalani latihan industri dimana-mana syarikat yang dipilih, pelajar
hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa tempat latihan industri yang akan dijalani adalah
bersesuaian dengan pembelajaran yang dipelajari dan bidang yang diambil agar dapat
memudahkan pelajar mempelajarinya Pelajar perlu bersedia dalam menjalankan tugas yang
diberikan dan melengkapkan diri dengan sedikit pengetahuan mengenai syarikat tersebut dan
akan memudahkan pelajar untuk menyesuaikan diri dalam menghadapi alam pekerjaan. Pelajar
juga harus bersifat terbuka dalam menghadapi alam pekerjaan dan mempunyai sifat yang rajin
membuat tugasan yang diberikan. Para pelajar perlu mengambil berat tentang masa dan kehadiran
ke tempat latihan industri supaya tidak ada pandangan yang buruk terhadap institusi politeknik
itu sendiri. Akhir sekali, pelajar hendaklah bersiap sedia sekiranya mendapat teguran daripada
pihak organisasi. Pelajar hendaklah menerima teguran itu dengan baik dan tidak merungut,
dengan cara ini pelajar dapat memperbaiki kelemahannya, dapat belajar perkara baru dan dapat
menambah ilmu yang sedia ada.

5.3 Cadangan Untuk Syarikat

Pihak organisasi perlu memberi pendedahan dan penerangan yang lebih terperinci kepada pelajar
praktikal tentang tugas dan kerja-kerja di setiap bahagian yang terdapat di organisasi ini. Sebelum
pihak organisasi mengambil pelajar praktikal, mereka seharusnya menyediakan tugasan-tugasan
yang perlu dilakukan sepanjang latihan dengan lebih tersusun agar memudahkan pelajar praktikal
mempelajarinya. Pihak organisasi perlu melaksanakan perancangan yang tersusun kepada pelajar
praktikal iaitu dengan menyediakan jadual latihan yang lebih teratur agar pelajar praktikal dapat
belajar banyak perkara dan mengelakkan daripada tertumpu pada satu tugas sahaja dalam suatu
masa. Saya berharap organisasi ini dapat menyediakan komputer yang secukupnya dan
kemudahan internet untuk pelajar praktikal bagi memudahkan pelajar melakukan tugasan yang
diberikan oleh pihak organisasi itu, dengan ini pelajar dapat menjalankan kerja praktikal dengan
lebih cepat dan selesa. Dengan ini, saya berharap pihak syarikat dapat pertimbangkan cadangan
saya ini untuk kebaikan syarikat dan kita bersama pada masa yang akan datang, terima kasih.

67
BAB 6 : KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, latihan industri yang dilaksanakan oleh pelajar semester akhir
adalah amat berguna terutamanya bagi diri pelajar. Dengan adanya latihan industri
menjadi satu landasan bagi saya untuk mengenali bidang kerja yang sebenar serta lebih
luas. Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian di politeknik di aplikasikan
sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaan semasa pengajian politeknik dan
menjalani latihan praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya cara berkomunikasi
dengan orang luar. Gaya komunikasi yang lebih matang merupakan satu kelebihan yang
pelajar peroleh untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi pelajar. Justeru, latihan
ini amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan graduan yang lebih berkualiti selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan professional yang dinamik.

Dalam tempoh menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Ampang Jaya banyak
pengetahuan dan pengalaman baru yang pelajar terima ketika melakukan kerja di dalam
pejabat. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna untuk memajukan diri dan
membantu untuk kemudahan di masa hadapan terutama sekali dalam bidang pengurusan.
Pelajar juga telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas di Jabatan
Bangunan dan Senibina secara tidak langsung pelajar juga telah mengetahui setiap
tanggungjawab peranan setiap kakitangan di dalam jabatan. Pendedahan kepada alam
pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada para pelajar terutamanya untuk membuka
minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga
dapat mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi
pekerjaan yang sebenar.

Selain itu, kerajinan dan keprihatinan dalam setiap masalah yang timbul
mencenderungkan diri pelajar untuk menjadikan mereka sebagai contoh. Di samping itu,
latihan industri melatih diri pelajar untuk sentiasa menepati masa. Secara tidak langsung
latihan industri mendidik diri pelajar supaya menjadi seorang yang berdisiplin dengan
masa. Selain itu, latihan industri juga telah mendedahkan kepada pelajar mengenai
semangat kerja berpasukan dan bertukar-tukar pendapat serta idea yang bernas dengan
kakitangan yang lain.

Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh setiap pelajar sepanjang menjalani
latihan industri berbeza antara satu sama lain, namun apa yang penting ialah setiap

68
individu mestilah bersikap lebih positif dalam menghadapi setiap situasi supaya
pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Melalui latihan, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai sepanjang dua puluh
minggu bermula 7 Mac 2022 sehingga 22 Julai 2022. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
pendedahan yang telah diberikan kepada pelajar sepanjang latihan industri ini sangat
berguna dan perlu dimanfaatkan dengan betul pada masa hadapan. Latihan industri juga
dapat merealisasikan wawasan negara menjelang tahun 2023 dengan melahirkan graduan
yang berpengetahuan dan berkeperibadian tinggi serta taat dalam menjalankan perintah
agama.

Di kesempatan ini pelajar ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah memberi ilmu dan
tunjuk ajar yang berguna. Jasa dan bantuan mereka tidak dapat saya lupakan. Pelajar juga
ingin memohon maaf kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Unit
Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, atas
sebarang kesilapan dan kekhilafan yang terkandung di dalam laporan ini serta ikhlas dan
sedia menerima teguran yang membina.

69
RUJUKAN

A. Internet
• https://www.mpaj.gov.my/ms/mpaj/sumber/muat-turun-borang/jabatan-
bangunan-dan-senibina
• https://www.google.com/maps/

B. Buku
• Panduan Penulisan Laporan Akhir, Unit Perhubungan dan LatihanIndustri,
Politeknik Port Dickson. Panduan Penulisan Laporan Akhir, Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Port Dickson.
• Buku Jurnal Refleksi Latihan Industri Edisi 2020

70
LAMPIRAN

JAMUAN RAYA MPAJ

71
JAMUAN RAYA JABATAN BANGUNAN DAN SENIBINA

72
TANAH RUNTUH DI TAMAN BUKIT PERMAI

73
MERAIKAN PERSARAAN PELUKIS PELAN

SHOOTING VIDEO PEMUTIHAN, UBAHSUAI DAN ADUAN

74
OPERASI ROBOH DI KG SRI TAMAN BARU

75
MAJLIS QURBAN DAN AQIQAH

MEETING OSC

76

Anda mungkin juga menyukai