Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA CADANGAN PEMBUBARAN DAN PENAMBAHAN

BIRO-BIRO LEMBAGA KETUA PELAJAR

Pendahuluan

Majlis Tertinggi Ketua Pelajar sesi 2009/2010 telah membuat post-motem tentang
pergerakan Ketua Pelajar di SMKA SHAMS. MT Ketua Pelajar mendapati bahawa biro-
biro yang terdapat di dalam Lembaga Ketua Pelajar perlu dirombak dan diperkemas bagi
melicinkan pergerakan institusi ini.Oleh itu,MT Ketua Pelajar telah membuat
perbincangan dan menghasilkan beberapa resolusi. Kertas kerja ini akan membentangkan
cadangan untuk membubarkan biro-biro lama dan menggantikan biro-biro yang seperti
dicadangkan.

Matlamat Pembubaran Biro-Biro Lama dan Penggantian Biro yang Dicadangkan

1. Melicinkan pergerakan dan kerja-kerja Ketua Pelajar.


2. Biro-biro yang baru ini dapat memberikan fokus kepada pihak pentadbir kerana
biro-biro yang dicadangkan ini telah dirangka bagi menjaga kebajikan,disiplin,
keselamatan dan kecemerlangan sahsiah warga SMKA SHAMS khususnya para
pelajar.
3. Menjamin kualiti Ketua Pelajar kerana dengan biro yang dicadangkan ini,
pengkhususan kerja lebih sistematik dan ideal sesuai dengan kondisi SMKA
SHAMS.
4. Mengurangkan persilisihan perincian tugas antara biro-biro kerana biro yang lama
membuatkan Ketua Pelajar keliru dengan tugas yang patut dijalankan.
5. Biro-biro yang dicadangkan dapat menjaga disiplin warga SMKA SHAMS secara
total iaitu warga sekolah dan asrama.
6. Setiap biro yang dicadangkan boleh membuat laporan dengan lebih komprehensif
kerana biro-biro yang lama perincian tugasnya kurang menyeluruh dan ada biro
yang bercanggah dengan perician tugas biro yang lain.

Hal-Hal Yang Berkaitan Dengan Cadangan Ini

1. Lampiran A menunjukkan tentang organisasi Ketua Pelajar pada peringkat


Majlis Tertinggi Lembaga Ketua Pelajar yang ada sekarang.Lampiran ini juga
menunjukkan tentang cadangan MT Ketua Pelajar tentang penukaran biro-biro.
2. Lampiran B pula menunjukkan tentang organisasi di dalam biro-biro yang
dicadangkan.
3. Lampiran C menunjukkan maklumat lengkap tentang perincian tugas setiap biro
baru yang dicadangkan.
LAMPIRAN A

Ketua Umum I Ketua Umum II


Lampiran C

Berikut merupakan perincian tugas biro-biro yang baru dicadangkan:

1)Exco Biro Asrama

 Exco ini memegang keseluruhan tugas-tugas yang ada di asrama.


Anda mungkin juga menyukai