Anda di halaman 1dari 68

SOALAN 1

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

CIRI-CIRI TAMADUN

Penempatan Kekal
- Kehidupan secara menetap (corak hidup lebih sistematik)
- Perkembangan yang berlaku memberi peningkatan pengeluaran
- Kemajuan dalam bidang:
i. Pertanian (penanaman & penyimpanan makanan)
ii. Perternakan binatang
iii. Penciptaan peralatan baru (cangkul)
iv. Penggunaam teknologi (sistem pengairan)

Kehidupan Berorganisasi
- Merangkumi aspek sosial, ekonomi & politik
- Mampu atur cara hidup manusia (stabil & makmur)
- Sistem sosial masyarakat awawl berbentuk piramid & bersusun lapis
- Raja, Bangsawa, Rakyat Bebas & Hamba

Sistem Pemerintahan
- Memudahkan menjalankan perntadbiran sebuah masyarakat yang besar dan kompleks
- Raja & pemimpin sering menggunakan unsur magis (dakwa diri sbg wakil tuhan > utk dpt
mengiktirafan sbg ketua pemerintah)
- Sistem perundangan diwujudkan ( panduan pd masarakat > kekal aman dan makmur)
Pengkhususan Pekerjaan
- Pengkhususan Kerja wujud disebabkan peningkatan produktiviti manusia
- Menghasilkan kemakmuran & kestabilan politik yg membawa peningkatan &
perkembangan ekonomi
- Sistem barter digunakan lalu wujud perdagangan
- Aktiviti perdagangan yang berlaku, wujudnya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi &
budaya.

Agama & Kepercayaan


- Percaya ada kuasa ghaib kuasai alam sekeliling
- Amalan kepercayaan Animisme
- Msyk tamadun awal amalkan Politisme (sembah banyak tuhan)
- Penting kepada:
i. golongan pemerintah
ii. pembahagian sosial msyk
iii. kesenian
iv. perkembangan ilmu
v. pembinaan dlm proses pembentukan tamadun awal

Bahasa & Tulisan


- Bahasa tertua: Yunani & Sanskrit
- Tulisan awal: Heiroglif, Cuneifom & Iderogram
- Kepentingan:
i. sebar ilmu pengetahuan
ii. sbg medium perhubungan sesama msyk & antara msyk
iii. Urusan pentadbiran (simpan rekod & tulis undang2)
iv. Menyampai, catat, mengembangkan idea.
Satu konsep yang luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu
masyarakat/negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undang-undang,
kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam.

DEFINISI TAMADUN KONSEP

Bahasa Arab:
- Berasal dari perkataan Arab; Mudun dan Madani
- Tamadun juga dikaitkan dengan perkataan Arab, Madana (tinggi budi bahasa
@ pembukaan bandar).
- bermaksud tinggi budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.

Bahasa Inggeris:
- Tamadun dipanggil Civilization
- Civilization berasal dari perkataan Greek; Civitas (bandar)

Pandangan Barat

- M.A.J Beg – pencapaian manusia – kota, skrip, kesenian, seni bina, agama,
undang-undang dan politik
- Edward L. Farmer – satu unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial,
tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
- Arnold J. Toynbee – suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan
institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.

Pandangan Islam

- Tamadun meliputi perkembangan lahiriah dan rohaniah (unsur penting utk ukur
tahap ketamadunan sebuah msyk.
- Menurut Syed Naquib Al-Attas, tamadun merupakan pencapaian tahap tatasusila
yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
- Pandangan Syed disokong oleh Richard Sullivan bahawa unsur rohaniah sangat
penting dalam konsep tamadun
SOALAN 2

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan
pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.

Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula


dengan nabi Adam a.s dan berakhir dengan nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang
diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan
kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing
mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan
akhirat.

Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam


Islam telah mampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat
manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat.

Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang tiada tolok
bandingnya lantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati
kepada Tamadun Islam. Akhirnya Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan
menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini.

DEFINISI TAMADUN ISLAM – PANDANGAN SARJANA ISLAM

SYED NAQUIB AL-ATTAS - Keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

AL-SYIRAZI - Perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan


kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjurus kepada perbahasan
mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi.
ABU BAKAR HAMZAH - Sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan
kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya sama
ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun yang berupa sekala material.

TEUKU ISKANDAR - Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau


didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yakni
sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM

 Semua perkara adalah halal kecuali yang diharamkan oleh nas (Quran dan
Sunnah).
 Semua perkara yang tidak menyeleweng dan tidak haram, begitu juga dengan
kemajuan yang tidak bertentangan dengan Islam dianggap ‘islamic’ dan diterima
Islam.
 Tamadun Islam dicipta dan dimiliki oleh semua orang. Kemajuan ciptaan orang
bukan Islam boleh diikuti selagi tidak bertentangan dengan Islam. Sebaliknya
pembangunan ciptaan umat Islam sendiri tidak boleh diterima sekiranya ia
bercanggah dengan Islam.

 Tamadun Islam tidak tertakluk pada masa tertentu, bangsa tertentu atau daerah
tertentu. Budaya Arab tidak semestinya menjadi ikutan bangsa-bangsa lain,
orang Melayu masih boleh memakai pakaian bercirikan kemelayuan dan org
Cina yang bercirikan kecinaan selagi menutup aurat dan sesuai dengan akhlak
Islam.

 Kedatangan Islam bukan bererti menghapuskan nilai-nilai lama yang sedia ada
dan menggantikan dengan yang baru. Islam menghapuskan hanya nilai-nilai keji
dan menggantikan dengan yang mulia, memperbaiki kepincangan dan
mempertahan nilai-nilai lama yg baik.
SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

1. AL-QURAN
Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan
oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar
dengan kehendak Allah SWT.
2. HADIS (SUNNAH)
Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah dan larangan Allah
SWT di dalam Al-Quran.
3. AKAL FIKIRAN
4. PENEMUAN BARU
5. PENYEMPURNAAN SEMULA

Al-Quran dan As-Sunnah

 Al-Quran menggariskan prinsip asas kehidupan dan al-Sunnah


memperincikannya.

 Kedua-dua sumber inspirasi umat Islam ini adalah untuk membentuk,


membangun dan mengembangkan tamadun.

 Setiap pembaharuan dalam tamadun mestilah tidak bertentangan dengan kedua-


dua sumber ini.

Kitab Al-Quran

 Merupakan kitab samawi terakhir bagi manusia selepas turunnya Taurat, Zabur
dan Injil.

 Merupakan wahyu dari Allah s.w.t.

 Ajarannya merupakan kesinambungan dengan ajaran terdahulu yang dibawa


oleh para rasul yg berasal dari sumber yang sama (Wahyu dpd Allah). Firman
Allah:
“Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang
Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan
yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang
telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu:
"Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah pada
dasarnya". (Surah As-Syura:13).

 Keaslian Al-Quran terpelihara:

1. Ditulis semenjak diwahyukan; penulis-penulis Wahyu Rasulullah


saw- Zaid bin Thabit, Ubai b. Kaab, Muaz bin Jabal, Muawiyyah b.
Abi Sufyan dan 4 Khulafa’ al-Rasyidin.

2. Dihafaz oleh para sahabat, generasi seterusnya dan hingga kini.

 Al-Quran merupakan mukjizat pada bahasa dan isi kandungannya. Berpahala


membaca teksnya (B.Arab) tetapi tidak terjemahannya.

 Keistimewaan Al-Quran:

1. Mementingkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

2. Melayan tabiat semulajadi (fitrah) manusia.

3. Fleksibel - Al-Quran mengandungi kaedah dan peraturan umum


dan dasar yang boleh ditafsirkan mengikut keadaan disamping
kaedah khusus dan thabit untuk mempermudahkan orang yang
mahu menghayatinya.

4. Praktikal - Islam pada Akidah dan Syariahnya merupakan agama


yang praktikal kerana ia senang difahami, jelas dan selaras dengan
akal dan fitrah manusia.

5. Syumul (Menyeluruh) - Al-Quran menyentuh semua aspek


kehidupan manusia dan meletakkan asas-asasnya. Setiap
perbuatan manusia tidak terkeluar dari hukum agama; Wajib,
Sunat, haram, makruh, harus, sah dan batal.

6. Seimbang - Antara suruhan dan larangan, ruhiah dan jasadiah


serta duniawi dan ukhrawi.

 Kandungan Al-Quran:
1. Akidah; Membebaskan manusia dari kongkongan kebiasaan dan pemujaan
sesama makhluk/berhala kearah pemikiran yang bebas luas dan pemujaan
kepada yg maha agung – 6 prinsip (Rukun Iman): Percaya kepada Allah,
Malaikat, Kitab-Kitab, Rasul-Rasul, Hari Akhirat, Qadha dan Qadar (Untung baik
dan buruk dpd Allah).
2. Ibadah 5 prinsip (Rukun Islam); Syahadatain, Solat, Puasa, Zakat & Haji.
3. Akhlak; membangunkan keperibadian yg membawa kepada keharmonian hidup
sejagat.
4. Syariah (peraturan); memastikan kemaslahatan hidup dan keadilan sesama
makhluk - antaranya; undang-undang kekeluargaan, ekonomi, kemasyarakatan
& kenegaraan.

Ringkasnya, Al-Quran menjadi sumber utama Tamadun Islam kerana mengandungi:

(i) perkara yg disuruh; prasyarat kepada kesejahteraan dunia & akhirat, (ii) Perkara yg
dilarang; menjejaskan kesejahteraan.

As-Sunnah (Hadis)

• Segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan,


perbuatan dan pengakuan(taqrir) serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup
baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Cuma sunnah yg
menjadi sandaran hukum; sesudah menjadi rasul.

• Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran:

1. Menegaskan hukum yang terdapat dalam Quran.

2. Menjelaskan apa yg tidak diperincikan dalam al-Quran.


3. Menetapkan hukum yg tidak terdapat dalam al-Quran tetapi bertepatan dengan
prinsip umum dalam al-Quran.

Akal Fikiran

1. Satu unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang
menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak
menggalas amanah sebagai khalifah di bumi. Islam memandang tinggi akal
fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.
2. Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis
daripada Ibnu Hibban, maksudnya: "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat
setahun.”
3. Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal,
manusia mendapat ilmu. Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah)
membezakan antara manusia dengan makhluk lain.
SOALAN 3

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

DEFINISI

 Ialah hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat


dan negara. Secara realiti, interaksi yg berlaku ialah antara individu dgn
masyarakat yang mewakili tamadun tersebut.
 Interaksi antara tamadun melibatkan perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan
keinsanan.
 Kewujudan interaksi antara tamadun lahir atas sebab wujudnya semangat
toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara tamadun.

KEPENTINGAN

 Bagi menjamin perkembangan dan kemajuan tamadun demi kelangsungan


tamadun manusia.
 Menyedari hakikat interaksi memberi kesan positif dan negatif. Secara damai/
ganas.
 Apapun bentuk interaksi- setiap tamadun menerima dan menyerap unsur-unsur
daripada tamadun asing. Contoh penyerapan, Tamadun Barat moden yg
menyerap tradisi ilmu saintifik drpd Islam dan menimba balik unsur tamadun
klasik Romawi-Yunani sehingga mencetuskan kebangkitan Renaisance dan
Enlightenment di Barat.

JENIS-JENIS INTERAKSI

 Interaksi Fizikal, misalnya kedatangan Islam ke Alam Melayu yg disebarkan oleh


orang Arab melalui perdagangan. Malah terdapat bukti wujudnya beberapa buah
perkampungan atau koloni org Islam berketurunan Arab di kawasan pantai timur
dan barat Sumatera seperti yg tercatat dalam dokumen kerajaan China. Situasi
ini menunjukkan wujudnya interaksi fizikal, iaitu dgn kewujudan bangsa drpd
tamadun asing mendiami sesebuah tamadun.
 Interaksi Teologi atau Agama misalnya,
 Interaksi antara Shinto dan Buddha menerapkan konsep nilai &
moral dlm Shinto
 Interaksi antara agama Hindu dan Buddha sehingga melahirkn
unsur-unsur kesejajaran atau unsur kebersamaan spt konsep
moksha, karma, samsara dan nirvana.
 Interaksi antara Islam dan Hindu sehingga melahirkan agama Sikh.
 Interaksi Sains dan Teknologi misalnya,
 Empat ciptaan Agung Cina yg tersebar ke seluruh dunia.
 Salah satu kesan drpd interaksi tamadun ialah teknologi Cina dibawa dan
diperkenalkan ke dunia Arab yg kemudiannya diperkenalkan ke dunia
Eropah.
 Teknologi membuat kertas – contoh yg paling menonjol kerana tawanan Cina
telah mengajar orang Arab mengenai teknologi ini. Kdn disebarkna dari
Samarkand ke Baghdad dan Damascus, Mesir dan Maghribi dan akhirnya ke
Andalusia kurun ke-10M.
 Interaksi Budaya merupakan interaksi yg paling jelas terlihat drpd mana-mana
tamadun yg meliputi pelbagai aspek kehidupan spt makanan, pakaian, seni ukir,
muzik dsb. Cth interaksi budaya ialah
 Org. Cina di Asia Tenggara, satu proses budaya iaitu amalgamasi
(penyatuan) atau perkahwinan campur dgn penduduk tempatan (komuniti
peranakan).
 Proses akulturasi (pembudayaan) iaitu proses pertembungan yg membwa
proses saling pinjam-meminjam unsur budaya berlaku hasil interaksi
antara dua kumpulan etnik spt antara orang Cina dgn org tempatan yg
melibatkn aspek kebendaan spt makanan, pakain dan tingkah laku.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKU INTERAKSI

 Geografi, misalnya,
 Interaksi yg berlaku di Asia Tenggara. Pengaruh Hindu-buddha serta
kedatangan Islam memberi dampak yg mendalam thdp kebudayaan dan cara
hidup.
 Keluasan dan pemisahan antara msyrkt kerana faktor geografi dpt
mewujudkn interaksi antara dua budaya yg berbeza. Cthnya, tamadun India
yg dibahgikn kpd India Utara dan India Selatan yg berbeza dari segi fizikal,
bahasa, budaya dan amalan keagamaan. Pertembungan budaya yg dikongsi
bersama telah melahirkan tamadun India.
 Perdagangan, biasanya Tamadun yg terlibat dgn perdagangan bersifat lebih
terbuka kerana memperoleh pengalaman berinteraksi dgn tamadun lain.
Misalnya,
 Melaka sbg pusat perdaganan (1400-1511)
 Interaksi antara China dgn negara Eropah melalui saluran perdagangan
‘Jalan Sutera”.
 Kepimpinan, pemimpin yg mendorong berlakunya interaksi positif.
 interaksi tamadun Islam dgn Yahudi dan Kristian pada zmn Nabi Muhammad
s.a.w. berhijrah ke Madinah. Perlembagaan Madinah digubal utk memberi
perlindungan antara orang Islam dan bukan Islam
 Perisitiwa keruntuhan Kesyogunan Tokugawa dan pemulihan Meiji thn 1868
telah mbwa perubahan kpd tamadun Jepun. Maharaja Meiji mperkenalkn
dasar pemodenan dgn menghantar pelajar ke sebarang laut dan mengambil
pakar dari negara barat utk mengajar kemahirkan kpd rakyat Jepun.
 Agama dan Budaya
 Tamadun Islam di Andalusia yg mengekalkn kuasanya selama 700 thn yg
mana kebanyakan penduduknya beragama Yahudi dan Kristian.
 Agama Buddha diperkenalkn di China kurun pertama masehi. Menterjemah
kitab-kitab agama Buddha drod bahasa Sanskrit dan Pali ke bahasa Cina.
INTERAKSI DI M’SIA

 Asimilasi tamadun Cina dan India, misalnya,


 Ramai org Cina biasa dgn makanan org India
 Ramai org Cina menjadi pengikut Satya Sai Baba yg dianggap sebagai dewa.
 Org Cina biasa berjumpa dgn tukang tilik India utk mengetahui tentang masa
depan mrk
 Semakin ramai org Cina memeluk agama Buddha (agama yg berasal dari
India). Di Malaysia terdapat 3 jenis kuil Buddha;
 Kuil yg dipengaruhi oleh Sri Lanka
 Kuil yg dipengaruhi oleh Jepun
 Kuil yg dikendalikan oleh org Cina spt Sam Poh Tong di Ipoh yg
memuja dewa Laksamana Cheng Ho
 Asimilasi Tamadun Melayu dgn India
 Penyebaran agama yg berasaskan konsep ‘Sinkretisme’ iaitu penyerapan
dgn kepercayaan tempatan yang asli utk membentuk satu kepercayaan baru
yg saling melengkapi (penyatuan antara unsurunsur tradisi Hindu-Buddha
dengan tradisi budaya Melayu). Bukti Sinkretisme HinduBuddha di Nusantara
dapat dikesan melalui penemuan arkeologi seperti kitab-kitab suci, karya
sastera dan beberapa amalan yg. dipraktiskan oleh masyarakat Melayu di
Nusantara.
 Kitab suci yg. ditemui seperti kitab agama Sang Hyang
Kamahayanikam.
 Karya Sastera – Kitab Sutasoma
 Amalan Sinkretisme Shiva-Buddha dengan kepercayaan pribumi yg.
memuja Hyang atau nenek-moyang. Contohnya penyatuan ketiga-tiga
kepercayaan ini telah melahirkan pembinaan candi-candi khasnya
candi Borobudur.
 Pengaruh politik kemunculan kerajaankerajaan HinduBuddha di Asia
Tenggara sejak abad pertama Masehi di Kemboja dan di Semenanjung
Tanah Melayu. Misalnya,
 Tanah Besar Kemboja (Kerajaan Funan)
 Semenanjung Tanah Melayu iaitu Langkasuka, Tambralinga, Foloan,
TanTan, Kedah Tua dan Gangga Negara
 Kepulauan Kalimantan/Borneo iaitu kerajaan Kutai dan Poni
 Sumatera (kjaan Srivijaya).
 Penggunaan gelaran Raja; simbol kosmos melalui konsep ‘dewaraja’.
 Dewaraja; raja adalah keturunan atau penitisan Dewa Shiva/Visnu
bahkan juga merupakan inkarnasi Dewa Buddha-Mahayana.
 Kepercayaan konsep Dewaraja melahirkan sistem feudalisme.
 Feudal Hindu difahami melalui ‘Mandala’ (circle of Kings). Raja
berperanan sbg tuhan dan mampu mengarahkan rakyat bila-bila masa.
 Asimilasi Pengaruh India dalam aspek kebudayaan
 Sistem sosial masyasrakat Melayu dipengaruhi oleh sistem kasta Hindu yg.
membahagikan manusia kepada dua kelas iaitu kelas raja dan bangsawan
dan kelas kedua dari kalangan rakyat jelata yg. menjadi hamba abdi kepada
kedua-dua golongan tersebut.
 Misalnya – Di Jawa dan Bali pengaruh kasta dapat dibuktikan melalui
penggunaan istilah ‘Caturvarna’ yg. ditemui dalam rekodrekod awal.
 Asimilasi dari segi ekonomi, kehadiran pengaruh India telah
memperkembangkan lagi kegiatan perdagangan sama ada dalam atau luar
negera. Misalnya dii Bali kemunculan golongan saudagar yg. dikenali sebagai
‘Wanigrama’ dan ‘Wanigrami’.
 Asimilasi dari segi kesenian dan hiburan, misalnya:
 Di Indonesia kesan terpenting pembinaan candi-candi yg bertujuan untuk
memuliakan nenek moyang di Jawa. Antaranya ialah Candi Gunung Wukir,
Candi Badut, kelompok Candi Dieng dsb.
 Hiburan merangkumi kegiatan nyanyian, menari, drama dan muzik seperti
permainan wayang yg. bersumberkan epik Ramayana dan Mahabharata di
Jawa Tengah.
 Asimilasi Pengaruh India dari sudut bahasa ialah mendaulatkan bahasa Sanskrit
sebagai bahasa intelektual (kebangsaan). Terbukti dalam penulisan kitabkitab
agama dan sastera yg. boleh didapati di Kemboja, Champa, Negeri Thai,
Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan/Borneo, Jawa dll.
 Sumbangan bahasa Sanskrit telah memperkayakan perbendaharaan kata
bahasa Melayu kuno yg. digunakan di Sumatera dan bahasa Jawa Kuno
di Jawa Misalnya: Istilah-istilah agama seperti Syurga, neraka , dosa,
pahala, sembahyang dsb.

KESAN INTERAKSI

 Terbahagi kepada dua iaitu kesan positif dan kesan negative


 Kesan positif, misalnya
 Perlembagaan Madinah – menjalinkan hubungan positif antara
masyarakat Islam dengan Kristian dan Yahudi
 Interaksi Tamadun India dan Cina – agama Buddha disebarkan di China
 Interaksi Tamadun Islam dgn Tamadun Melayu – tersebarnya agama
Islam di Kepulauan Melayu dan tulisan jawi menjadi tulisan ilmiah dalam
perkembangan ilmu pengetahuan.
 Interaksi Tamadun Cina dgn Tamadun Melayu – membina kemahiran
dalam perusahaan sutera, tembikar dan pertukangan logam.
 Kesan negatif misalnya,
 Pembunuhan beramai-ramai org Yahudi di Eropah abad ke9 dan ke18.
Di lain-lain tempat (kecuali Belanda dan England) orang-orang Yahudi
terus dianiaya dan kemuncaknya apabila 6 juta Yahudi dibunuh oleh Nazi
dalam Perang Dunia Kedua (Hollocoust). Orang-orang Eropah Kristian
percaya ketika Yahudi berkuasa, kanak-kanak Kristian disembelih,
darahnya disapu pada roti dan dimakan oleh Yahudi. Persepsi Barat
terhadap Yahudi masakini menerima orang Yahudi setaraf dengan
mereka. Orang Yahudi diberi kerakyatan penuh malah ramai di antara
mereka memegang jawatan-jawatan tinggi dan penting. Mereka
memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju Eropah masa
kini. Kini Barat bersekongkol dengan Israel mengecop orang Islam
sebagai teroris.
 Perang Salib antara org Islam dan Kristian. Konfrontasi dengan Islam
di seluruh dunia, Clash of civilization bermaksud permusuhan dengan
Islam. Mereka masih menganggap Islam adalah musuh dan antiKristian.
Ingatan terhadap Perang Salib masih belum hilang .

 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun


 Alam sekitar , Hidup secara harmoni dgn alam sekitar merupakn satu
prinsip yg diterima oleh semua agama. Islam: alam sekitar sbg anugerah
Tuhan dan manusia dipertanggujwbkn sbg khalifah. Hindu :alam sekitar
dilhat sbg ‘Divine Power’
 Keluarga, Kebersamaan tamadun dalam meletakkan keluarga sbg asas
pembentukan masyarakat Cth. Konfusianisme – kesetiaan dan pertalian
yg erat adalah konsep kekeluargaan yg paling penting. Konsep
kekeluargaan dlm Islam mementingkan kasih sayang dan hormat
menghormati.
 Komuniti, komuniti sangat bepengaruh dalam menentukan personaliti dan
identiti seseorg manusia. Komuniti jg dpt memastikn nilai-nilai dan norma-
norma murni dlm msyrkt sentiasa dihormati. Komuniti jg dpt memberi
skokongan moral, material dan psikologikal kpd anggota-anggotanya.
 Kerajaan, Falsafah tamadun tradisional menekankn persoalan moral dan
akhlak sbg dasar sesebuah kerajaan. Raja sbg pemimpin kerajaan
dihormati krn sifat saksama dan adil. Ciri kepimpinan menjadi fokus
penulisan tokoh-tokoh falsafah dlm semua tamadun.
 Kegiatan Ekonomi, Kegiatan ekonomi berlaku dlm konteks ‘moral
semesta’. Islam: prinsip halal dan haram. Menjelaskan kegiatan ekonomi
boleh mempertingkat tahap moral manusia dan boleh merosakkan.
 Pendidikan, Bermatlamat utk membina sifat seseorg. Dimensi inner being
penting dlm konsep pendidikan Islam, Kristian, Hindu dll.
SOALAN 5

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

Jelaskan nilai-nilai universal antara tamadun.

Enam persoalan etika:

i. Alam sekitar

- Hidup secara harmoni dgn alam sekitar merupakn satu prinsip yg diterima oleh
semua agama.

- Islam: alam sekitar sbg anugerah Tuhan dan manusia dipertanggujwbkn sbg
khalifah.
- Hindu :alam sekitar dilhat sbg ‘Divine Power’
ii. Keluarga

- Kebersamaan tamadun dalam meletakkan keluarga sbg asas pembentukan


masyarakat. Cth. Konfusianisme – kesetiaan dan pertalian yg erat adalah konsep
kekeluargaan yg paling penting.
- Konsep kekeluargaan dlm Islam mementingkan kasih sayang dan hormat
menghormati.
iii. Komuniti

- Komuniti sangat bepengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorg


manusia.

- Komuniti jg dpt memastikn nilai-nilai dan norma-norma murni dlm msyrkt


sentiasa dihormati.

- Komuniti jg dpt memberi skokongan moral, material dan psikologikal kpd


anggota-anggotanya.
iv. Kerajaan

- Falsafah tdn tradisional menekankn persoalan moral dan akhlak sbg dasar
sesebuah kerajaan.
- Raja sbg pemimpin kerajaan dihormati krn sifat saksama dan adil.
- Ciri kepimpinan menjadi fokus penulisan tokoh-tokoh falsafah dlm semua
tamadun.

v. Kegiatan ekonomi

- Kegiatan ekonomi berlaku dlm konteks ‘moral semesta’.

- Islam: prinsisp halal dan haram. Menjelaskan kegiatan ekonomi boleh


mempertingkat tahap moral manusia dan boleh merosakkan.
vi. Pendidikan

- Bermatlamat utk membina sifat seseorg.

- dimensi inner being penting dlm konsep pendidikan Islam, Kristian, Hindu dll.
SOALAN 5
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Terdapat 3 teori mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu:

(a) Kedatangan pedagang dari India


(b) Kedatangan pedagang dari China
(c) Kedatangan pedagang dari Semenanjung Tanah Arab.

Sebenarnya berbagai teori kedatangan Islam ke alam Melayu telah dikemukakan


dan dibincangkan secara panjang lebar oleh sarjana tempatan dan sarjana
Barat. Perbezaan antara teori tersebut adalah berkaitan dengan tarikh, daerah
dan faktor kedatangannya.

Secara umumnya terdapat tiga teori utama tentang bagaimana cara kedatangan Islam
dan tarikhnya iaitu sama ada melalui pedagang dan mubaligh Arab atau pedagang
India atau pedagang Cina.

Fatimi S.Q. berpendapat kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah secara


berperingkat-peringkat. Hubungan paling awal ini dianggarkan bermula pada tahun 671
Masihi iaitu pada abad ke-7 Masehi.

Hamka pula menyatakan bahawa ahli sejarah Sir Thomas Arnold mengandaikan
kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad pertama Hijrah berdasarkan
wujud hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Kanton dan
Ceylon.

Sacad Syukri pada tahun 1971 berpendapat bahawa Islam telah bertapak di kepulauan
Melayu sebelum tahun 1188 yang bersamaan tahun 577 Hijrah. Ini berikutan penemuan
wang siling dalam bentuk tulisan al-Mutawakkil dan al-Julus Kelantan pada tahun
tersebut yang menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah wujud di bawah
kepimpinan al-Mutawakkil.
Menurut Wan Husain Azmi, orang Arab telah mengenali Tanah Melayu sejak
zaman kerajaan Bani Umayyah (dari tahun 661 sehingga tahun 679, iaitu pada
zaman pemerintahan Muawiyyah Abi Sufyan). Kerajaan Bani Umayyah
dikatakan telah merancang untuk menghantar armadanya ke Tanah Melayu
pada tahun 674.

Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan apabila mengetahui Tanah Melayu


diperintah oleh raja yang adil. Walau bagaimanapun rombongan perdagangan Arab
telah datang ke Tanah Melayu dan membuat hubungan dengan orang Melayu pada
kurun ke-7 iaitu pada 674 kerana sudah terjalinnya hubungan perniagaan orang Arab
dengan orang China dan orang India. Sehubungan itu terdapat kemungkinan bahawa
perkataan ‘Melaka’ adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Mulq?’ atau ‘Multaq?’
yang bermakna tempat pertemuan.

Ada ahli sejarah lain pula menyatakan pendapat yang paling berasas iaitu melalui
pedagang Arab secara langsung semenjak kurun pertama hijrah lagi iaitu sekitar abad
ke-7 dan ke-8. Pandangan beliau disokong oleh sarjana tempatan yang telah
menetapkan tarikh kedatangannya pada sekitar abad ke-7, 8 dan ke-9.

Namun kebanyakan sarjana Barat lebih cenderung melewatkan tarikh kedatangan


tersebut, iaitu pada abad ke-13 berdasarkan catatan Dinasti Yuan di China dan laporan
pengembaraan Marco Polo. Antara sarjana Barat tersebut ialah D.G. Hall yang
mengandaikan kedatangan tersebut adalah pada abad ke-15.

Dalam konteks Tanah Melayu, seperti halnya dengan peringkat lain alam Melayu,
sarjana tempatan dan sarjana Barat telah memberikan tarikh yang jauh berbeza.
Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat di
Kuala Berang, Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 Hijrah yang bersamaan dengan 22
Februari 1303 menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad ke-
14 atau lebih awal daripada itu.
Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 berpendapat Islam sampai ke Tanah
Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656
Masihi).

Berdasarkan perbincangan di atas, perbezaan pendapat hanyalah berkisar tentang


tarikh, daerah dan faktor kedatangan Islam. Suatu hal yang pasti ialah kedatangan
Islam ke kepulauan Melayu bermakna kedatangan bahasa Arab ke kepulauan Melayu
dan penerimaan Islam oleh orang Melayu bermakna penerimaan istilah-istilah bahasa
Arab telah diterima pakai oleh orang Melayu.

Masyarakat Melayu ketika itu secara umumnya mudah menerima istilah-istilah Arab
dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu kita berasa yakin untuk
menggunakan faktor ini sebagai asas kukuh dalam pembelajaran bahasa Arab di
Malaysia.

Secara teorinya, jika perbendaharaan kata dan istilah Arab mudah diterima, diguna
pakai dan dijadikan sebagai sebahagian daripada bahasa Melayu sejak berzaman
maka sudah tentu masyarakat Melayu sekarang ini mudah untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran bahasa Arab
SOALAN 6

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KESAN PENGARUH TAMADUN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Politik dan pemerintahan.

 Sistem pemerintahan Uthmaniyyah telah diperkenalkan dengan meletakkan


’sultan’ sebagai ketua negara dan ketua agama Islam.
 Sultan adalah merupakan khalifan Allah di bumi yang dibantu oleh golongan
penasihat yang terdiri daripada alim ulama dan mufti.
 Undang-undang juga turut diperkenalkan walaupun tidak secara menyeluruh:

 Hukum kanun Melaka.


 Batu bersurat Terengganu 1303.

Pendidikan.

 Istana adalah merupakan pusat kegiatan dan penyebaran agama dan ilmu
pengetahuan.
 Semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat
dan mempelajari ilmu pengetahuan, terutamanya ajaran agama Islam.
 Munculnya golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat
tamadun Islam dengan karya-karya utama mereka seperti sastera kitab.
 Institusi pendidikan yang ditubuhkan adalah seperti:-

 Madrasah.
 Pondok.
 Masjid-masjid.
 Surau-surau.
 Pesantren.
Kehidupan.

 Sultan akan menerima nasihat daripada golongan alim ulama dan mufti
termasuk dalam melaksanakan undang-undang syariah terhadap masyarakat.
 Bagi institut pendidikan, sultan adalah dikenali sebagai ’Khalifah Allah di bumi”
atau Khalifaftullah fil- Ardhi bagi menggantikan sistem beraja berteraskan
kepada pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.
 cara makan. Iaitu menggunakan tangan ketika makan.
 cara perpakaian. Contohnya pakaian Melayu.
 cara bergaul. Contohnya menghormati orang yamg lebih tua ketika bercakap.
SOALAN 7

TOKOH-TOKOH ISLAM DAN TAMADUN ISLAM

Pilih beberapa orang tokoh tamadun Islam dan nyatakan sumbangan mereka
kepada tamadun Islam.

1. Ibnu Sina
 Avicenna (barat) – ahli falsafah & tokoh perubatan.

 Hasil karya – al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan Perubatan) 14 jilid. Sumbangannya


dalam, penggunaan ubat, diagnosis & pembedahan .

 Karyanya diterjemahkan dlm bhs Latin oleh Gerard Cremona kurun ke-12.
Menjadi rujukan utama universiti di Eropah kurun ke-17. Karyanya dicetak 16x (15
Latin & 1 Hebrew).

 Diiktiraf sbg. ‘bapa doktor’ krn. menyatupadukan teori perubatan Yunani


Hippocrates & Galen serta pengalaman ahli perubatan India & Parsi + pengalaman
beliau sendiri.

 Aspek Tauhid (ketuhanan) t’pengaruh oleh Aristotle & Plato “Tahafatu al-
Falasifah”.

 Hasil penemuan beliau dlm bidang perubatan antaranya :

 Mengembangkan ilmu psikologi dalam perubatan

seperti perubatan psikosomatiks.

 diagnosis melalui denyutan jantung.

 Penyakit paru-paru suatu penyakit berjangkit.


 Tanda-tanda kencing manis
 M’hasilkan 250 buah buku & 116 dlm bidang perubatan.

 Karnyanya: Al- Shafa (buku ensiklopedia besar, bidang ilmu falsafah


sahaja sebanyak 18 jilid.

: Najat – buku ringkasan daripada buku Al- Shafa.

: Qanun – buku ilmu perubatan dan kedoktoran. Ia menjadi

rujukan di universiti-universiti Perancis dan di negara-negara

Eropah lainnya.

: Sadidiyya – buku tentang ilmu kedoktoran sebanyak 5 jilid.

: Al- Mantiq – buku tentang ilmu logik.

: Al- Musiqa – buku tentang ilmu muzik.

: Qamus al- Arabi – buku tentang kamus bahasa Arab. Terdiri

daripada lima jilid.

: Danesh Nameh – buku ilmu mantik.

: Uyun al- Hikmah – buku ilmu falsafah yang mengandungi

sepuluh jilid.

: Mujiz Kabir Wa Saghir – buku ilmu logik dan falsafah yang

lengkap.

2. Ibn Khaldun

 Menuntut ilmu agama & akli serta bhs Arab. Mengajar & memegang jawatan
penting di Tunis, Algeria, Maghribi & Mesir. Antara jawatannya :
i. Ahli Persuratan di Istana fas

ii. Hajib (menyamai perdana menteri ) di Bougie

iii. Kadi & khatib

iv. Hakim Mahkamah Raja di Mesir

 Karyanya :

i. Al-Muqaddimah - teragung dalam bidang sejarah

ii.Al-Ibar wa Diwan.

 ketokohannya sebagai ahli sejarah. Kaedah penyelidikan mirip kaedah

sosiologi

3. Imam al-Ghazali

 Berketurunan Parsi & hidup di sekitar Perang salib- t’kenal dalam bidang

falsafah akhlak.

 Dasar budi pekerti manusia terbahagi kepada 3 sebab asas iaitu akal, hawa

nafsu & marah.

 Bidang pendidikan kanak-kanak hendaklah dibentuk ke arah satu matlamat.

 Menulis beberapa buah buku falsafah yang antaranya dalam bidang ’logika’,

’fizik’ dan ’metafizik’.

 Karyanya: Al-Muniqzh Min al-Dholalah (penyelamat kesesatan).

: Tahafut al-Falasifat (pengahancuran falsafah).

: Mizan al- Amal (timbangan amal).

: Ihya’ ulum al- Dien (penghidup pengetahuan).


: Al- Wajiz (mengenai ilmu fiqah).

: Mahkun Nazar (ilmu logik).

: Mi’yar al- Ilmi (ilmu logik).

: Maqasid al-Falasifa (tujuan ilmu falsafah).

4. Al-Biruni

 Sarjana agung kurn ke-10 M & pakar dalam astronomi, sejarah & bahasa.

 Karyanya : Rasa’il al-Biruni – ensiklopedia astronomi & matematik.

5. Al-Khawarizmi

 Ahli matematik, astronomi & sejarah.

 Penterjemah karya Greek dan menulis beberapa buku seperti. Hisab al-Jabr

wa al-Muqabalah

 Sumbangannya :

i. Nombor

ii. Al-jabar

iii. Geometri

iv. Trigonometri

v. Astronomi

vi. Kaedah berangka.


SOALAN 8

Apakah ciri-ciri permodenan yang berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji di zaman
pemerintahannya (1897-1912).

ERA PEMERINTAHAN MEIJI DAN PENCAPAIANNYA (1868 - 1912)

Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di


pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu
masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas
jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 – 1867). Sewaktu awal
kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud
“pemerintah yang menerima pencahayaan”, struktur pemerintahan hanya terdiri
daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan
penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu
menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. Namun begitu, atas semangat “Jepun
Baru”, banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji.
Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di
bawah:

1. Penghapusan sistem feudalisme


2. Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut
3. Komunikasi dan perhubungan
4. Pendidikan
5. Undang-undang
6. Kesusasteraan
7. Ideologi dan agama
8. Ekonomi
9. Perindustrian
10. Dasar kewangan
11. Politik
12. Media cetak
13. Kebudayaan.

ERA PEMERINTAHAN MEIJI : PENCAPAIAN – PENCAPAIAN

Pemansuhan Sistem Feudalisme.

Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa.


Era ini juga di gelar Zaman Pemulihan Meiji. Maharaja Tokugawa telah membuat
keputusan untuk memansuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme.
Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang hebat oleh Jeneral Saigo yang
bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera Shogun. Jeneral Saigo telah
menentang Maharaja Tokugawa tetapi telah di tentang oleh pasukan tentera Maharaja
Tokugawa yang terdiri daripada petani yang sebelum ini tidak mempunyai hak untuk
menggunakan senjata. Penentangan Jeneral Saigo menemui kegagalan dan beliau
telah menamatkan riwayatnya sendiri mengikut ritual seorang samurai yang sejati.
Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru dengan slogan Tamadunisasi
dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment).

Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut

Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk
memodenkan angkatan tentera darat dan laut.

Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan
Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut.
Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan
lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di
ambil sebagai jurulatih Tentera Laut.

Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan


memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru.
Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28
buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan juga torpedo. Atas usaha ini, Jepun
telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan Sino-Jepun.
Peperangan yang bermula di sebabkan oleh permintaan Jepun untuk mengambil alih
Korea telah di menangi dengan mudah oleh pihak Jepun.

Bukan itu sahaja. 10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905, tentera Jepun
telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. Keadaan ini mengejutkan
pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang
amat singkat. Ini semua adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. Negara Jepun
telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan
moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berajaya menjadi sebuah negara
kuasa besar di rantau Asia ketika itu.

Komunikasi dan Perhubungan

Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima


hadiah berupa mesin telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan
telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun
sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu
dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880,
hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya,
sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di
Jepun.

Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di
perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872.
Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan
untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Pada tahun 1872, landasan telah di
bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya
telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu
untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di
bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah
mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu.

Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja


Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja
Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan
kepada pelajar-pelajar di sekolah.

Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan


sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Mereka bersependapat mengatakan
“pendidikan adalah kunci kecemerlangan”. Walaupun begitu, mereka masih perlu
membayar yuran pengajian untuk anak-anak yang bersekolah. Namun, hal itu tidak
menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya kepada pulangan
pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka, demi masa depan
mereka. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat memberi sumbangan ke arah
membangunkan negara Jepun.

Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan


menyeragamkan sistem pendidikan. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di
pecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti, 32
buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke
sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan.

Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada
8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi
yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian,
perdagangan dan perikanan.

Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar
dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka di bayar gaji oleh
kerajaan Jepun.
Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini
merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini
menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan
pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan
pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Pelajar-
pelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan
moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze.

Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar
ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat.

Undang – undang

Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk menyemak semula


perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat
yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang
peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat
keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih
moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat
sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di
kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah
moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888.

Kesusasteraan

Bidang kesusateraan telah berkembang pesat dengan adanya penterjemahan


buku-buku sastera dari barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di
terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah
meningakatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di antara
karya mereka yang telah di terjemah kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan
The Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrim’s Progreess dan The Bible(Old
Testament). Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah
mendapat pendidikan dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Hasil penterjemahan
beliau, telah wujud bentuk keusasteraan baru yang yang di namakan gembun itchi dan
telah di gunakan dengan meluas oleh penulis-penulis novel Jepun. Melalui
penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah
kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Ideologi dan Agama

Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat


untuk meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi ini berhubung kait dengan
kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan
ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci.

Seterusnya, dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto


Negara. Dalam konsep Shintoisme purba, shinto di bahagikan kepada empat bahagian,
iaitu Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto), Shinto tempat-tempat suci (Jinja Shinto),
Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Namun, setelah
konsep Shinto Negara di perkenalkan, Shinto Istana DiRaja dan Shinto Tempat-tempat
Suci telah di satukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme (Kung Fu Tze).

Sebaliknya, agama Buddha telah di asingkan daripada agama Shinto. Sewaktu


penghapusan agama Buddha, kesemua harta-harta institusi Buddha telah di ambil dan
kitab-kitab suci telah di bakar dan di hanyutkan ke sungai-sungai. Patung-patung
Buddha juga tidak terkecuali.

Selain itu, jika sebelum ini di zaman Tokugawa, agama Kristian telah di
haramkan. Tetapi, di zaman Meiji, sebalikya pula yang berlaku. Agama Kristian telah di
terima masuk semula. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-
pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan
Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an. Selain itu, mubaligh-mubaligh Kristian
yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan
menerbitkan risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima
kemasukan semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang
berfahaman nasionalis seperti Nippon – sin (The Japanese) dan Persatuan Cara
Agung, Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha). Peratuan-persatuan ini
beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun.
Tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. Matlamat persatuan-
persatuan ini adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan
negara dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat. Walaupun begitu, Jepun
kini telah mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan Jepun.

Ekonomi

Maharaj Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada


keselamatan dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas
dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat
menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk
menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang
600,000.

Perindustrian

Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan


kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat). Industri ini berperanan dalam
industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka.

Kilang-kilang itu juga telah di bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan


bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan. Kerajaan Jepun
juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapan di
Tokyo dan Osaka. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk
membuat peluru.

Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina
kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca.

Dasar Kewangan

Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai.


Namun, setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan sistem matawang telah di
selaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat. Pada tahun 1868,
matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. Wang kertas
telah di tukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama
dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di
serapkan barasakan konsep perbankan Amerika Syarikat.

Politik

Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di
perkenalkan. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan
dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan
bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan
dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan
menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam
negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga
mendapat sambutan yang baik.

Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja


pada 11 Febuari 1889. Di antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan
ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud parlimen dwidewan (Dewan
Bangsawan dan Dewan Rakyat). Sementara itu, pilihanaraya pertama telah di adakan
pada tahun 1890 yang di sertai oleh berbagai parti politik. Di antara parti yang
bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah
Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882. Namun,
kebebasan parti ini di sekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan di
ganti dengan sistem demokrasi.

Media Cetak

Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil
daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping
itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan
risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai.
Kebudayaan

Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni
lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional
Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari
kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi
kebudayaan Jepun. Banyak pring – piring hitam boleh di dapati dan muncul pula
konsep tarian barat. Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang
tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah
persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman
Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan
masyarakat.
SOALAN 9

Huraikan peranan agama Islam dalam membantu pembinaan Tamadun Cina.

 Thn 1997, bil penduduk China b'agama Islam 17 juta di daerah Xin Jiang. Islam
pernah mengalami zaman kegemilangan dan kegelapan.

Sejarah Kedatangan Islam di China

 Telah disebarkn pd abad ke-7M. Hubungan Arab-China b'mula abad ke-4


(sblm Islam) & b'kembng pesat abad ke-8 ant China-Parsi-Arab. Hubungn
b'laku zmn Dinasti Tang.
 Ramalan Islam ditunjukkan oleh masy Hui-Hui diiktiraf pemerintah sehingga
m'dorong kpd p'binaan penempatan di China. Agama Islam digelar sbg
Huijiao/Qingzhenjiao (The Religion of Purity & Truth).

Teori Kedatangan Islam ke China

 3 teori iaitu :
I. Rekod sejarah Dinasti Tang - dibawa oleh pendakwah Islam yg diketuai ole
Saad Abi Waqas semasa pemerinthn Maharaja Yung-Wei. Tidak ditentang krn selari
dgn ajaran Konfusius. Buktinya masjid dibina di Ch'ang-an.

II. Islam dibawa pd zmn Thai Sung – org Islam pertama tiba di China ialah Abu
Hamzah Ibn Hamzah (sepupu nabi). Bersama 3000 org 7 menetap di kwsn San Gan
Foo.

III. Dakwah Islam mula disebarkn oleh Saad ibn Lubayd yg tiba di Canton thn
630M. m’bina Masjid Kwang Tah Se.

 Pada dasarnya, Islam b’kembang ke China melalui 2 jalan iaitu


I. Jalan Laut (Teluk Parsi – Lautan Hindi – bandar-bandar di Tenggara
China).
II. Jalan Darat/Silk Road (Timur Mediteranean – Asia Tengah melalui Bukhara &
Samarkand - Changan (Xian) & Peking).

Sumbangan Islam Kepada Peradaban China

 Antara sumbangan tersebut ialah:


I. Astronomi & Matematik

 P’binaan makmal kaji bintang semasa Dinasti Yuan. Salah seorg tokoh
astronomi ialah Tcha-ma-Lou-Tin (Jamaludin) dr Parsi. M’cipta 7 alat astronomi
& m’terjemahkn nama bintang dr bhs Arab ke bhs China.
 Dinasti Tang & Sung, kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu) d’perkenalkn.
II. Kesusasteraan

 Wang dai Zing – m’harmonikn sastera China dgn niali-nilai Islam. Antara
karyanya ialah ‘Penjelasan Benar Mengenai Agama Sebenar (Islam) &
Pengajian Tinggi (Qing Zhen)’.
 Yusuf Ma Zhu – karyanya ‘Arah Islam’.

III. Sistem Ekonomi & Kewangan

 Baitul Mal (Pusat Perbendaharaan Negara) utk m’yelenggarakn harta awam.


IV. Ketenteraan

 M’wujudkn sistem pentadbiran ketenteraan b’asaskn Islam oleh Ahnan Da. Mahir
dlm m’buat meriam dan gun-powder.
 Laksamana Cheng Ho (Muhammad Ma Ho) - m’getuai armada laut China
belayar ke Selatan dan Barat utk m’nunjukkan kekuatan tentera China.
SOALAN 10

TUGASAN ISL

Tamadun India mempunyai hubungan yang kuat dengan agama. Dengan contoh-
contoh yang jelas, bincangkan kenyataan ini.

Tamadun India wujud antara tahun 2500-1800 S.M. Selepas tempoh ini
tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan
orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat
Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan
permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah
lahirnya agama Hindu.

Agama Hindu mempercayai wujudnya beberapa tuhan dan tuhan mereka juga
mempunyai 3 fungsi iaitu mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan membina
(Siva). Di samping itu, agama Hindu juga mempercayai hukum karma di mana ianya
berhubungkait dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas
mati. Agama Hindu ini pernah mencapai zaman kegemilangan di zaman Gupta 320-520
M. Agama ini percaya bahawa tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme,
Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar
Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi
golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya
semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu
muncul pada masa empayar Gupta.

Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan
kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula
adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak,
iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan
dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah berbuat
baik semasa hidupnya agar Moksyak dapat dicapai.
Semasa tamadun India, mereka juga menganut agama Buddha. Agama Buddha
dikatakan lahir dari akar kata bodhi yang bermakna hikmat yang dalam takrif
selanjutnya menjadi buddhi atau bermaksud nurani. Pendekatan Buddha juga dikenali
sebagai 'yang beroleh Nur' Selain daripada itu, terdapat sesetengah pendapat yang
menyatakan bahawa Buddha bermakna 'Yang Sedar' atau 'Yang Cemerlang'. Kesemua
panggilan ini diperoleh daripada pengasas agama ini iaitu Siddhartha Gautama
Buddha, juga dikenali sebagai Sakyamuni Buddha atau Tathagata yang bermakna
‘telah memperoleh kebenaran’. Sewaktu berusia 35 tahun beliau telah memulakan
pertapaan di bawah pokok pipal di pinggir bandar Gaya yang diperintah Magadha
bernama Bribisava dalam usaha beliau untuk mencari kebenaran. Atas usaha ini beliau
telah memperoleh kesedaran kerohanian yang sempurna dan menyampaikan
ajarannya.

Kemunculan agama ini sering dianggap sebagai satu penentangan kaum Ksytria
terhadap pengaruh golongan Brahman. Kawalan yang kian bertambah dan dominasi
golongan Brahman dalam kehidupan masyarakat serta pegangan terhadap sistem
kasta yang rigid telah dijadikan asas kepada kemunculan Buddha. Kemunculan ajaran
Buddha telah mengetengahkan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap agama
Hindu. Ini kerana secara jelas Buddha tidak menolak keseluruhan falsafah Brahanisme.
Ia hanya menolak beberapa upacara agama yang dilakukan oleh Brahmin, tidak
bersetuju dengan sistem kasta dan melihat penyembahan sebagai bertentangan
dengan falsafah asas agama Hindu seperti konsep karma dan samsara diterima oleh
Buddha.

Buddha tidak mengajar hal-hal tentang ketuhanan metafizika (falsafah mengenai


segala yang luar biasa) atau suatu falsafah. Ini kerana ajaran Buddha merupakan
ajaran-ajaran psikologi, etika yang berkaitan dengan kehidupan. Antara kitab-kitab suci
agama ini adalah Tripitaka yang bermaksud "Tiga Himpunan Hikmat" dan mengandungi
tiga Pitaka iaitu Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka. Sutta Pitaka
merupakan himpunan ajaran dan khutbah Gautama Buddha dengan murid-muridnya.
Selain itu, kitab ini mengandungi ajaran-ajaran mengenai meditasi dan keperibadatan,
himpunan kata-kata hikmat, kisah-kisah tauladan dan sebagainya. Kitab ini mempunyai
beberapa lapis. Lapis pertama dikenali sebagai Nikaya. Setiap Nikaya terbahagi kepada
Sutta dan setiap Sutta terbahagi kepada vagga. Kitab Vinaya Pitaka pula berisikan
peraturan-peraturan hidup yang harus dilakukan oleh anggota Sangha dan ia
mengandungi 227 buah peraturan. Kitab Abhidhamma Pitaka bermakna 'lanjutan
khusus' yang mengandungi berbagai-bagai pemikiran dan proses mencapai kesucian
seperti yang terdapat dalam kisah Visuddhi Maga atau Jalan Menuju Kesucian.
Berbanding agama Hindu yang menggunakan bahasa sanskrit sebagai bahasa utama,
kitab-kitab Buddha menggunakan bahasa Pali sebagai medium utama. Pada masa
yang sama ajaran agama ini turut mementingkan tiga perkara iaitu Buddha, Dhamma
dan Sangha.

Ajaran Dhamma merangkumi empat kebenaran mulia dan lapan jalan betul.
Empat kebenaran mulia iaitu Dukka, Samudaya, Niradha dan Marga. Dukka ialah
penderitaan, kesengsaraan. Samudaya pula adalah punca kepada penderitaannya di
mana keinginan, nafsu dan sebagainya. Niradha pula ialah penghapusan penderitaan
dengan memadamkan api keinginan di hati sementara Marga pula ialah cara
memadamkan api keinginan termasuklah melalui kepercayaan yang betul, tujuan yang
betul dan sebagainya.

Ajaran Buddha turut menekankan keperibadian mulia dan moral yang tinggi bagi
membebaskan diri dari keburukan. Antara kemuliaan yang dituntut termasuklah tidak
menjalankan upacara pengorbanan yang melibatkan darah, tidak memuja Brahma
(Phra Prom) dan sebagainya. Ini diikuti dengan renungan (samadhi) kesedaran (Prajna)
dan mencapai Samabodhi atau mengetahui kebenaran sepenuhnya dan terakhirnya
akan mencapai nirvana. Nirvana merupakan suatu keadaan di mana sesuatu makhluk
melepasi segala ikatan dengan duniawi. Oleh kerana agama Buddha tidak
mementingkan konsep ketuhanan maka seseorang Buddha itu akan hanya mencapai
nirvana dengan menggunakan Buddha sebagai teladan atau mencapai peringkat
Buddha atau keagamaan.

Ajaran Buddha juga didapati telah menyerap dan digunakan oleh agama Hindu.
Ini dirujuk secara khusus kepada alhimsa atau menolak penyeksaan serta pembunuhan
semua makhluk hingga kemudiannya melahirkan apa yang dikenali sebagai Vegetarian.
Konsep ini menjadi satu konsep yang penting dalam agama Hindu dan dilihat sebagai
sumbangan Buddha kepada dunia kerohanian.

Ajaran Buddha telah berkembang luas dan mencapai zaman kegemilangannya


di dalam Tamadun India sewaktu pemerintahan Asoka. Pada 100 S.M. agama ini telah
berpecah kepada dua mazhab iaitu Hinayana dan Mahayana. Pengikut yang mengakui
ajaran yang mereka amalkan adalah ajaran asal menggelarkan diri mereka mazhab
Hinayana dan berkembang ke Burma, Ceylon, Thailand dan Asia Tenggara. Mazhab ini
menekankan pentingnya usaha individu dan tafakur sebagai cara untuk mencapai tahap
pembebasan diri. Mazhab Mahayana pula berkembang ke Tibet, China dan Jepun.
Menurut mazhab ini, pembebasan diri hanya boleh dicapai melalui orang perantaraan
yang dikenali sebagai Bodhisatvas. Sejak 500 S.M. pengaruh ajaran Buddha telah
semakin pudar di tanah kelahirannya apabila agama Hindu berjaya mendominasi dan
muncul sebagai agama yang ramai penganutnya.

Sepanjang sejarah perkembangan agama ini dalam Tamadun India, terdapat


empat konsul atau pertemuan antara penganut-penganut agama ini. Konsul pertama
berlaku pada pertengahan abad ke 3 S.M. di mana sejumlah 900 orang murid Gautama
Buddha telah berkumpul di Rajagriha. Pertemuan ini telah merumuskan ajaran
Sakyamuni terutama tentang intipati ajaran atau Dhamma dan tatatertib atau Vinaya
yang harus diikuti oleh golongan bikkhu dan bhikkuni. Konsul kedua berlaku satu abad
dari konsul pertama iaitu sekitar pertengahan abad ke 4 S. M. di Vaisali. Konsul ini
membicarakan tentang tatatertib yang harus diikuti oleh masyarakat Sangha. Perkara
penting yang berlaku dalam pertemuan ini adalah pemecahan agama Buddha kepada
dua aliran iaitu kalangan konservatif yang dikenali sebagai Sthaviravadis bersikap
mempertahankan ajaran sederhana dan dikenali sebagai Theravada sementara
kalangan liberal atau dikenali sebagai Mahasangikas memberikan satu pentafsiran
yang lebih bebas. Ketika itu masih belum jelas kewujudan dua mazhab dalam agama
Buddha. Ia hanya menjadi semakin ketara dan jelas semasa konsul keempat diadakan.
Konsul ketiga berlaku pada tahun 244 S.M. di Pataliputra atas anjuran Asoka dan
semasa inilah berlakunya proses penyusunan kitab-kitab agama Buddha iaitu Tripitaka.
Konsul keempat berlangsung di kota Jalandra di Wilayah Punjab. Pertemuan ini
menyebabkan kitab Pritaka disalin dalam bahasa Sanskrit. Selain itu kesan daripada
pemisahan yang telah kelihatan di mana kedua-duanya mula membezakan beberapa
ajaran pokok agama Buddha. Kedua ajaran tersebut dikenali sebagai mazhab Hinayana
atau kereta kecil dan Mahayana atau kereta besar. Mazhab kedua atau Mahayana ini
dilihat memusatkan pemujaan terhadap peribadi Buddha dan mengembangkan ajaran
Buddha terutama berkaitan dengan hal-hal ghaib yang dikenali sebagai Bhodisatvas
SOALAN 12

Tamadun Islam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta
cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-
Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia.
Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada
Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya
melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah
mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur
Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan,
astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti
Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi
Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah
membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi
sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap
tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam
lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap
bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih
tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan
adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan
tamadun Islam.
[Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu

Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun
Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13
lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal
pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal
daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan
kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.

Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti
yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam
berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai
"akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.

Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam
di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad
ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-
kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.

A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and
Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal
kejatuhan ini:

"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan


Masyarakat Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang
tertimbul daripada perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta
pengikut-pengikutnya, semangat mubaligh sufi, dan asas popular pergerakan itu.
Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin dan
sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas." (dipetik oleh A H Johns 1993,
39).

Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul
dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka
ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan
pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada
penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan
mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka
bertambah luaslah kegiatan pengislaman.

Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain
daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah
Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah
dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).

Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula
dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur
dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini
berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan
untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini
tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-
14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat
penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha
luas itu.

Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan
mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan
mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi
yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu
jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat
jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan
masyarakat. (1993, xi)

Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan
menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan.
Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-
lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah
dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan
mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995,
17). Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan
kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa,
ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan
semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.

Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat
pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan
Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf
berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani,
Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah
Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.Suasana yang serupa lahir
di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan
agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan
banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang
yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang
menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.

Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk


mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin,
tasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar,
Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh
tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan perkembangan
pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran,
falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama
dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan
kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati
kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu
yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh
contohnya bangsa-bangsa Barat.

Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi
sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama
di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan
kebolehan umat Melayu di daerah ini.Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa
citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah
lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti
yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang
mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti
falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan
muzik.

Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian
tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan
ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258,
maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari
Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya
dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam
dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta
kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.

Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan
saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-
perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam
bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.

Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke
daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah
menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!
SOALAN 13

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai
teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah
(perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan
pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang
berkualiti dan negara yang cemerlang

KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar
masing-masing. Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit,
bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Amanah pula bermaksud
menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini
bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT
berfirman. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance)
dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap,
adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik,
maju, dan dirahmati Allah.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang
berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif.
Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan
positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi
memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Jiwa merdeka harus mampu
melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari
luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan
sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan
kita sendiri.

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita


memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan
intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan
jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan
harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.
Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif,
kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber
tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga
memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara,
bangsa dan manusia sejagat.

PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan
oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu
pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang
berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai
dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa.
KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian


kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam
kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut
semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam
kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu
melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek
kerohanian, fizikal dan material.

PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada
setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti.
Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi
nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam
matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku
penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina.
Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-
undang.

KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya
keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka
meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu
dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur.
Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan,
keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan
bangsa itu terhormat dan disegani
PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi
juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh
manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia
dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan
untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan
menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak
dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan,
hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan
sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan
oleh aktiviti manusia.

KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan
ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan
spiritualBangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan
negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang
terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan
menguasai bangsa dan negara lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan,
keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan
dilakukan secara berterusan.
SOALAN 14

HURAIKAN 5 PRINSIP HADHARI

KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai
teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah
(perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan
pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang
berkualiti dan negara yang cemerlang.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Dari segi konsepnya, Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif yang
memberi penekanan menyeluruh terutama kepada pembangunan masyarakat masa
kini. Secara khususnya, Islam Hadhari akan menjadi penggerak dan garis panduan
kepada rakyat dengan memperlihatkan warisan dan ketamadunan Islam yang sedia
wujud sebagai pemacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sesuatu bangsa itu.
Di bawah prinsip rakyat berjiwa merdeka, penekanan dan pendekatan yang hendak
digunakan haruslah dihalusi secara mendalam bagi mengelakkan timbulnya salah
faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sesebuah negara yang
komposisi rakyatnya berbilang agama dan bangsa seperti Malaysia tercinta ini.
Tambahan pula, majoriti rakyat di negara ini terdiri daripada bangsa melayu yang
beragama Islam. Seiring dengan perlancaran konsep Islam Hadhari pada tahun 2005
yang lalu, pelbagai persediaan dan langkah telah dan sedang dilaksanakan.
KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian


kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam
kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut
semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam
kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu
melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek
kerohanian, fizikal dan material. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan
negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama,
kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak
memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita


memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan
intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan
jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan
harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.
Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan
berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun
Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu menyumbang
ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.Dalam menghadapi cabaran
globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi
sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja
mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya
menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Melalui
pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah,
hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui system pendidikan yang
melengkapi dwi pengkhususan dan double Major, kita boleh melahirkan sumber tenaga
yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah.
KEKUATAN PERTAHANAN

Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari
dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi
tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai
bangsa dan negara lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan
dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara
berterusan.Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta
penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai
kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu
diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai
rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara.
Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka
berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.
TUGASAN SEMASA PENSYARAH MENJALANI AKTIVITI RASMI

SOALAN 1

HURAIKAN KONSEP DAN PRINSIP TAMADUN ISLAM

Konsep Tamadun Islam

MANUSIAKONSEP
ASAS TAMADUN
FAHAM AGAMA
ISLAM FAHAM MANUSIA
FAHAM TUHAN FAHAM ALAM

FAHAM AGAMA

 Dari sudut bahasa-kepercayaan dan keyakinan terhadap


ajaran/fahaman tertentu.
 Hubungan antara manusia dgn satu kuasa yg besar, hebat &
ghaib yg biasanya dianggap sebagai Tuhan yg wajar disembah.
 Dari sudut istilah – tidak mempunyai definisi yg jelas.
 Ahli Sosiologi Barat – agama adalah sebahagian drpd
kebudayaan yg sifatnya sentiasa berubah, berkembang dan
merosot.

MENURUT PERSPEKTIF AGAMA – BERSIFAT AD’DIN


 keadaan manusia yang berhutang diri, budi dan daya kepada Pencipta
iatu Allah s.w.t.

 manusia menyerah dirinya dan mematuhi kehendak perintah hukum dan


undang-undang kerana telah dipinjamkan diri, budi dan daya.

 Manusia yang lebih perikemanusiaan kerana ad’din telah menaikkan


manusia ke taraf beradab, menghaluskan budi pekerti dan menimbulkan
sifat keinsanan.
FAHAM TUHAN

Asas ajaran Islam;


* Kepercayaan kepada Tuhan yang maha Esa (tiada baginya sekutu
dan bandingan samada pada dhatNya, sifatNya atau perbuatanNya)
* Dasar Tauhid ini membina nilai dan tatacara hidup seorang Muslim
yg berpegang kepada prinsip dari Tuhan berasalnya segala sesuatu
dan kepadaNya dikembalikan.

FAHAM MANUSIA

 Dalam konteks Islam, manusia ialah hamba kepada Pencipta yg


tidak mempunyai apa-apa kerana semua adalah milik Tuannya.

 Gelaran Hamba Allah- bukan satu penghinaan malahan gelaran


yang paling tinggi kepada manusia kerana diberikan kemuliaan,
kekuatan, keutamaan dan kelebihan berbanding makhluk lain.

FAHAM ALAM

 Dalam konteks Islam, alam merupakan makhluk yang


diciptakan oleh Allah s.w.t. dan manusia digesa supaya
mengkaji, memikir, merenung kejadiannya dan
memanfaatkannya untuk kehidupan.

 Di dalam al- Qura’an Allah s.w.t menyebut bahawa ciptaan


muka bumi ini adalah salah satu daripada manifestasi sifat
IradahNya dan diciptakan alam ini untuk manusia kerana
bersesuaian dengan fitrah manusia sebagai sebaik-baik
makhluk.
Prinsip Tamadun Islam

Untuk memastikan keharmonian hidup manusia dan alam, Allah telah menggariskan
hubungan yang sepatutnya wujud antara manusia, alam dan Allah.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH

 Ia juga bermaksud hubungan yang dicipta dengan penciptaNya.

 Hubungan manusia dengan penciptanya merupakan matlamat terpenting dan


terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Hubungan paling tinggi melebihi hubungan
keluarga, bangsa, harta dan sebagainya.

 Hubungan manusia dengan para nabi sekadar untuk mengambil petunjuk dan
teladan daripada aktiviti dan tingkahlaku mereka iaitu sunnah, mematuhi ajaran
mereka dan mencintai sifat-sifat mereka yang unggul dan bukannya hubungan
perhambaan dan penyembahan.

 Hubungan manusia dengan Allah berasaskan konsep Tauhid. Konsep tauhid.

Implikasi hubungan manusia dengan Allah

* Pengiktirafan manusia yang dicipta, terhadap penciptanya. Pencipta manusia


dan alam semesta.

* Pengiktirafan manusia terhadap keagungan pemerintahan Allah dan kebesaran


kekuasaanNya.

* Mengiktiraf semua nikmat datang dari Allah dengan bersyukur kepadaNya.


Nikmat Allah kepada manusia amat banyak dan tidak terhingga. Manusia perlu
ungkapkan syukur dengan perkataan dan perbuatan.

* Mengharapkan rahmat dari Allah.

* Wujud perasaan bertanggungjawab .

* Permohonan dan doa hanya kepada Allah kerana makhluk tidak berkuasa dan
lemah kerana ia juga makhluk yang dicipta seperti manusia.

* Menjadikan rasa kecintaan dan rindu kepada Allah sebagai matlamat kehidupan
dan sumber kenikmatan.
HUBUNGAN MANUSIA SESAMA

 Masyarakat Islam: tidak bersifat perkauman, kebangsaan dan tidak dibataskan


dengan sempadan geografi; berbentuk ‘Wahdatul Ummah ‫”وحدة األمة‬.

 Ukuran dalam masyarakat Islam merupakan taqwa disamping berbuat baik sesama
manusia.

 Islam menentang idea dikriminasi perkauman dan ras.

 Hubungan masyarakat muslim dengan non-muslim merangkumi kemanusiaan,


hubungan baik, hormat menghormati, toleransi dan disiplin sesama masyarakat.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

 Manusia merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada pada kedudukan
yang istimewa.
 Manusia mempunyai akal dan pancaindera yang sempurna.
 Manusia boleh mengambil manfaat daripada makhluk lain di alam ini.
 Manusia wajib memelihara alam semesta ini.
 Manusia bertanggungjawab terhadap haiwan:
• Beri makanan dan minuman, khususnya haiwan yang dipelihara. Sabda Rasulullah:
“sesiapa yg tidak mengasihani tidak akan dikasihani”.
• Mengasihani haiwan. Rasulullah marah apabila melihat orang menjadikan burung
sebagai sasaran panah mereka (untuk tujuan permainan bukan utk dimakan), katanya:
“Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai
sasaran”. (Bukhari&Muslim).
• Tidak menyiksa binatang. Sabda Rasulullah: “Seorang wanita dimasukkan ke dalam
neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, wanita itu akan
dimasukkan ke neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan
tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah”.(Bukhari).
 Islam membenarkan membunuh haiwan sebagai ganti makanan dengan syarat pisau
penyembelihan benar-benar tajam, atau membunuh kerana haiwan itu menimbulkan
bahaya kepada manusia. Pembunuhan itu mesti dengan cara yang tidak menyeksakan.
TUJUAN ALAM SEMESTA

Tujuan alam semesta;


 Alam semesta dicipta untuk faedah, masalah dan kepentingan manusia. Contoh:Firman
Allah:
“Dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan
daripadanya daging yang segar dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang
kamu pakai, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnianya dan supaya kamu
bersyukur” (Surah an Nahl: ayat 14)
 Alam semesta merupakan pentas renungan
Firman Allah:
“Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya kami (Allah) menghalau
(awan yang mengandungi air) ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air
hujan itu tanam-tanaman.’ (Surah al-Sajdah: ayat 27)

Kesimpulannya manusia dengan fitrah dan tabii semulajadi akan tunduk serta
akur kepada Allah sebagai pencipta sekalian alam, termasuk diri manusia sendiri.
SOALAN 2

Huraikan bagaimana teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu

 Perkahwinan
 Perdagangan
 Pembesar tempatan
 Bahasa

o Berbagai teori tentang kedatangan Islam ke tanah Melayu;

- masa bermula I ; 8M atau 9M?

-sumber; arab / india / china?

o Mahayuddin Hj. Yahya menegaskan Islam bertapak di tanah Melayu pada abad
1H/7M. Daerah Islam pertama; utara Sumatera, kerajaan Islam pertama;
Thomas Arnold; Aceh terawal iaitu 674M

o Islam dari arab: Peniaga arab melalui;

- JeddahLaut Merah Gujerat Tanah Melayu.

- Syria/Iraq Khurasan Afghan China Tanah Melayu.

- Saudagar arab berjaya menguasai beberapa pusat perdagangan di Timur sejak


abad ke 8; Malabar (selatan India), Kadarang/Phan Rang (selatan Vietnam) &
Canton (China)

-Apabila mereka sampai di tanah melayu banyak pedagang arab ketika itu
berkahwin dengan rakyat tempatan.Ini juga antara cara bagaimana islam
berkembang di tanah melayu.

-Selain itu, banyak juga pembesar-pembesar yang memeluk agama Islam


terlebih dahulu
o Islam dari China;

o pedagang Islam melarikan diri ke Kedah & Palembang akibat


pemberontakan Hwang Ho (878) di Canton .

o Akhir zaman Dinasti Tang (618-905), pemberontakan di wilayah Yang


Chow membunuh rakyat asing, ramai yang lari ke tanah melayu.

o Banyak juga pedagang seperti pedagang tembikar berdagang ke tanah


melayu dan pedagang-perdagang ini sudah lama memeluk agama islam
dan menyebarkan ketika berada di tanah melayu.

o Islam juga datang dari India (Gujerat, Benggala, India Selatan)

- Islam juga dipercayai datang dari india.


- Ini mungkin hasil dari perkahwinan dan perniagaan.
- Banyak pembesar yang memeluk agama islam dulu kemudian menyebarkan
kepada rakyak tempatan.

o Kedah merupakan negeri pertama menerima Islam di Tanah Melayu.


SOALAN 4

Lukiskan peta yang menunjukkan teori kedatangan Islam ke tanah Melayu

Peta 1 : Teori kedatangan Islam ke tanah Melayu


SOALAN 7

HURAIKAN LIMA TOKOH BERBANGSA CINA DAN SUMBANGAN TERHADAP


TAMADUN DUNIA

LAKSAMANA CHENG HO

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao.


Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga
Latar belakang Etnik Hui yang menganut agama Islam
di Yunnan, barat daya China. Datuk dan
bapanya telah menunaikan fardu haji ke
Mekah. Mereka mengetahui keadaan di
luar negara dan suka menjelajah.

Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao


dirampas oleh pasukan pengawal
maharaja lalu dibawa ke Nanjing,
lantaran itu beliau telah dilantik sebagai
sida dalam istana maharaja

Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan
dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.

Sumbangan - Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil

keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan

pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika

untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara

di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin

pelayaran besar-besaran itu.

- Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi tersebut, maka

kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah


mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di

dunia pada masa itu.

- Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang

berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang

dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang.

Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain

dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu

berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho

akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak

dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara

yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah

Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-

negara tersebut menghantar utusan melawat China agar

meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran

seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho

dalam tempoh 28 tahun.

- Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60

tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa

kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut

Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah

negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu.

- Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan

Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan


meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China.

- Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman

dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai

negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih

awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di


dunia.

- Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan

warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak

sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain

untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara

besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat

oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia

serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara

China dan pelbagai negara di dunia.


CAI LUN

LATAR Cai Lun (Hanzi: 蔡倫, Wade-Giles: Ts’ai


BELAKANG
Lun) ialah penemu kertas
berkebangsaan Tionghoa yang hidup di
zaman Dinasti Han, abad ke-1 - abad
ke-2 Masehi. Lahir di Guiyang
(sekarang di wilayah provinsi Hunan),
ia bernama lengkap Cai Jingzhong.

SUMBANGAN - Merupakan pelopor kepada teknologi kertas walaupun sebelumnya

penggunaan kertas sudah berleluasa.

- Ia membuat kertas dari kulit kayu murbei. Bagian dalamnya

direndam di air dan dipukul-pukul sehingga seratnya lepas.

Bersama dengan kulit, direndam juga bahan rami, kain bekas, dan

jala ikan. Setelah menjadi bubur, bahan ini ditekan hingga tipis dan

dijemur. Lalu jadilah kertas yang mutunya masih belum sebagus

sekarang.

- Cai's paper (known as Cai Lun paper) was light and thin, strong

and inexpensive, and could be mass-produced.


- Sumbangan Cai dikatakan merpakan sumbangan yang paling

penting dalam sejarah kerana telah memperkembangkan tamadun

Cina lebih cepat daripada sebelumnya terutamanya dari segi

penggunaan kertas iaitu sebelum ini mereka menggunakan

bambu. Penemuan ini telah diperkenalkan di Eropah pada abad ke

12 dan 13.

- Tak banyak catatan tentang Cai Lun, selain ada yang

menyebutnya orang kasim. Ia adalah seorang pegawai negara

pada pengadilan kekaisaran. Pada tahun 105 M ia

mempersembahkan contoh kertas pada Kaisar Han Hedi. Catatan

tentang penemuan kertas ini terdapat dalam penulisan sejarah

resmi Dinasti Han.

- Konon kaisar amat girang atas penemuan Cai Lun, dan Cai Lun

pun naik pangkat, mendapat gelar kebangsawanan dan menjadi

ketua. Namun belakangan ia terlibat dalam komplotan anti istana

yang membuatnya disepak dari kerajaan. Menurut naskah

Tionghoa, setelah disepak Cai Lun mandi bersih, mengenakan

pakaian terindahnya, lantas meneguk racun.

Anda mungkin juga menyukai