Anda di halaman 1dari 7

SUBJEK:

KOMUNIKASI ANTARABANGSA (MBKP 4273)

TAJUK:

KESAN GLOBALISASI KE ATAS IDENTITI BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

PENSYARAH:

PUAN NURAINA NABILA DUNDAI ABDULLAH

NAMA PELAJAR:

NURFARZANA ANIS BINTI FAZNEE ANIFF (17BI02036)

ARISSA NADIAH BINTI AZHAR (17BI02037)

NUR AINA BINTI ZULKIFLI (17BI02040)

NUR ADRIANA SYAMILAH BINTI AHMAD ZAINORI (17BI02042)

SITI NUR AFIQAH BINTI ADNAN (17BI02049)

IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

SESI II 2020/2021
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.........................................................................................................................3

KESAN GLOBALISASI KE ATAS IDENTITI BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA..3

BUDAYA PERKAHWINAN....................................................................................................4

BUDAYA KEKELUARGAAN.................................................................................................4

BUDAYA PENDIDIKAN.........................................................................................................5

BUDAYA MATERIALISTIK...................................................................................................5

BUDAYA BAHASA DAN TULISAN.....................................................................................6

KESIMPULAN..........................................................................................................................6

RUJUKAN.................................................................................................................................7

1
PENGENALAN

Globalisasi bukanlah suatu perkara yang baru, tetapi globalisasi ini wujud sejak dulu
lagi. Ia memberikan kesan positif dan negatif terhadap sesebuah negara. Proses globalisasi ini
menjadikan dunia semakin kecil sepertimana metafora Marshall McLuhan (1964) yang
mengatakan dunia sudah menjadi sebagai “Kampung Sejagat”. Globalisasi adalah sebahagian
daripada bentuk jaringan dan perhubungan yang merentasi ruang lingkup sempadan ideologi,
budaya, ekonomi dan sosial. Prinsip asas kepada globalisasi ini adalah untuk menyebarkan
kemajuan dari segi politik, ekonomi, kebudayaan atau sosial serta agama. Oleh itu, apa itu
globalisasi dari perspektif Islam? 

Globalisasi ini sinonim dengan istilah agama iaitu “syumul”. Globalisasi atau syumul
ini merujuk kepada jaringan hubungan yang membabitkan manusia sejagat melampaui
batasan bukan sahaja sempadan fizikal seperti politik, ekonomi dan sebagainya tetapi juga
yang bukan fizikal seperti idea atau seni. Globalisasi ini banyak memberi impak yang sangat
dahsyat kepada masyarakat di Malaysia kerana wujudnya multikulturisme di negara ini.
Globalisasi moden barat kelihatan mempunyai agenda tersendiri bagi kuasa barat.
Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ianya bukan sahaja menyentuh tentang
hubungan antara pelbagai pelusuk dunia tetapi ia juga berkaitan dengan penyebaran budaya.
Walaupun kita tetap kekal di tempat tinggal tetapi dengan globalisasi ini merupakan simbol
budaya luar akan datang kepada kita melalui pengantara media. Hakikat ini diakui oleh
Pieterse (1995) bahawa kita dapat lihat proses globalisasi ini budaya tempatan yang telah
wujud begitu lama dan seterusnya membayangi budaya luar secara perlahan-lahan dan terus
menonjol ke hadapan.

KESAN GLOBALISASI KE ATAS IDENTITI BUDAYA MASYARAKAT


MALAYSIA

Fenomena langit terbuka di alam Melayu telah meninggalkan impak yang besar sama
ada positif mahupun negatif ke atas identiti budaya masyarakat Malaysia pada abad ke-21 ini.
Konsep perkampungan global yang pantas menerima maklumat dari dunia luar ini merupakan
faktor utama dalam perubahan peradaban rakyat Malaysia. Antara perubahan ketara dari

2
aspek budaya yang dapat ditelusuri ialah berkaitan dengan budaya perkahwinan,
kekeluargaan, pendidikan, materialistik dan bahasa serta tulisan.

BUDAYA PERKAHWINAN

Institusi keluarga hari ini dihimpit oleh ciri-ciri negara moden seperti kahwin lewat.
Elemen ini bukanlah sesuatu yang janggal di negara-negara Barat tetapi ia telah menyerap
masuk ke dalam komuniti kita. Jika dilihat semula pada zaman dahulukala, perkahwinan
sejak usia belasan tahun merupakan adat biasa (Shuhairimi Abdullah et.al, 2019). Namun,
menjadi normalisasi untuk wanita kini mengutamakan karier berbanding perkahwinan.
Mengikut kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang yang dilakukan terhadap responden
berumur 30 tahun ke atas pada tahun 2010, wanita bujang yang terdapat di Selangor sahaja
adalah seramai 1,014,327. Manakala di Johor mencatat seramai 636,537 orang. Bagi kategori
lelaki bujang pula, di Selangor pula telah mencecah seramai 148,803 orang. Diikuti dengan
Johor yang merekodkan seramai 104,416 orang (Sinar Harian, 2020). Antara punca besar
kahwin lewat adalah atas sebab pengaruh pekerjaan dan pembinaan karier. Contohnya,
wanita yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap majikan, mereka akan berhadapan
dengan konflik untuk berkahwin lewat kerana perlu fokus kepada kerjaya. Kesan kahwin
lewat ini akan menyebabkan kebarangkalian berlakunya maksiat atas alasan tidak cukup
persediaan untuk berkahwin. Wanita yang mengandung pada usia tua juga mempunyai risiko
bayi terkena penyakit Sindrom Down dan austisme (Shuhairimi Abdullah et.al, 2019).

BUDAYA KEKELUARGAAN

Antara budaya kekeluargaan yang berubah kesan daripada globalisasi yang kita dapat
lihat adalah saiz keluarga yang semakin mengecil (Shuhairimi Abdullah et.al, 2019). Jika
diimbau lebih kurang 70 tahun ke belakang, tidak pelik jika sesebuah keluarga itu
mempunyai anak sehingga dua belas orang. Namun, pada era modenisasi ini dua atau tiga
orang anak merupakan bilangan yang biasa bagi sesebuah keluarga. Hal ini kerana, mereka
berpegang dengan konsep kualiti berbanding kuantiti. Mereka percaya bahawa anak yang
ramai menyukarkan mereka untuk memberi keperluan dan kasih sayang yang mencukupi
(Shuhairimi Abdullah et.al, 2019). Contohnya, anak zaman moden memerlukan kelas
tambahan, kelas agama, keperluan perubatan dan sebagainya. Sebenarnya, budaya ini dapat

3
memberi impak yang baik jika dilihat dari sudut kewangan kerana ibu bapa dapat merancang
kewangan keluarga mengikut pendapatan isi rumah. Tetapi ia juga boleh mendorong kepada
kesan negatif iaitu keturunan yang dilahirkan tidak akan begitu berkembang.

BUDAYA PENDIDIKAN

Perubahan corak pendidikan juga adalah satu hal yang boleh kita ambil kira di dalam
kesan perkembangan teknologi maklumat. Jika diimbas semula pada masa lampau,
pendidikan hanya didominasi oleh golongan kaya dan penduduk bandar sahaja. Rata-rata
golongan miskin dan penduduk kampung tidak begitu terdedah dengan kepentingan untuk
belajar. Meskipun begitu, selepas wujudnya perkambungan global orang ramai mula faham
bahawa ilmu itu perlu ditimba tanpa mengira jantina, umur dan latar belakang sehingga
mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memberi peluang kepada anak-anak mereka
untuk mendapatkan pendidikan. Dalam era pandemik COVID-19 ini, keterbatasan
pergerakan tidak menghalang masyarakat untuk meneruskan belajar. Univerisiti, sekolah
menengah, sekolah rendah mahupun peringkat tadika masih meneruskan belajar secara dalam
talian. Selain itu, kerajaan juga telah mengubah sistem pendidikan sekolah yang dahulunya
hanya memfokuskan kepada hafalan teori dan menjawab peperiksaan semata, tetapi kini
sudah ditambah dengan penilaian oleh guru, ibu bapa dan masyarakat. Peralihan corak
pendidikan ini sebenarnya memainkan watak penting dalam meningkatkan lagi kualiti
sahsiah diri sekaligus membantu negara mencapai kemajuan. Maka tidak hairan jika kita lihat
kerajaan banyak memberi bantuan internet percuma dan biasiswa pendidikan pada pelajar-
pelajar di Malaysia (Halim Tamuri et.al, 2017).

BUDAYA MATERIALISTIK

Sikap materialistik kian meresap ke dalam diri anak muda di era millennium ini.
Kewujudan internet dan rangkaian media sosial telah membuka mata generasi kini terhadap
gaya hidup Barat yang dianggap moden. Gaya hidup sebegitu cuba ditiru oleh belia biarpun
ia terkadang tidak bertepatan dengan syariat Islam dan di luar kemampuan sesetengah
daripada mereka dari segi kewangan. Misalnya, penggunaan produk Apple dan amalan
meminum air Starbucks dahulu hanya terdapat dalam gaya hidup orang yang berkemampuan
sahaja. Tetapi sekarang ia bukanlah sesuatu yang asing jika produk-produk ini mampu dibeli

4
oleh orang golongan biasa. Hal ini boleh memudaratkan kesihatan mental kerana golongan
muda terlalu tertekan untuk mengikuti trend semasa walaupun ia di luar kemampuan mereka.
Secara tidak langsung, kewangan mereka juga boleh terganggu jika mereka tidak pandai
menguruskannya dengan baik (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, 2015).

BUDAYA BAHASA DAN TULISAN

Tulisan Jawi dilupakan, Bahasa Melayu diabaikan. Kata-kata inilah yang paling
sesuai untuk menggambarkan kerapuhan identiti negara Malaysia dan jati diri rakyatnya kini.
Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, tulisan rasmi Tanah Melayu
merupakan tulisan jawi kerana kesan daripada kedatangan pedagang Arab ke pelabuhan
Melaka (Shakila, 2011). Bahasa Melayu pula merupakan lingua franca pada masa itu. Akan
tetapi, sejak Malaysia dimasuki unsur-unsur asing dalam globalisasi ini, tulisan Jawi semakin
pudar di ingatan dan Bahasa Melayu juga semakin kurang dijadikan sebagai bahasa utama
walaupun ia merupakan bahasa ibunda (Hanis Izrin Mohd Hassan, 2017). Tulisan Jawi tidak
lagi dianggap penting kerana tidak dijadikan sebagai mata pelajaran teras dan tulisan tersebut
semakin hilang dari pandangan anak muda apatah lagi yang bersekolah di sekolah
antarabangsa dan yang tidak pergi ke sekolah agama. Begitu juga bagi Bahasa Melayu. Bagi
ibu bapa moden, mereka lebih mengutamakan komunikasi dengan anak mereka dalam
Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu kerana mereka menganggap peluang pekerjaan
lebih luas jika menguasai Bahasa Inggeris. Jika generasi kini tidak lagi memartabatkan nilai
tulisan Jawi dan Bahasa Melayu, maka tidak mustahil ia akan lesap suatu hari nanti.

KESIMPULAN

Globalisasi kontemporari yang sedang melanda dunia hari ini ibarat gelombang besar
dan kuat yang mana tiada seorang pun dapat menghalang gelombang ini daripada terus
melanda dunia. Namun apa yang boleh dilakukan untuk menghadapi gelombang ini adalah
dengan mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya agar kita tidak hanyut dek kerana
perubahan yang berlaku. Pengaruh globalisasi ini memberi impak yang sangat besar kepada
masyarakat Malaysia bukan sahaja dari aspek ekonomi, politik bahkan ia juga mempengaruhi
budaya masyarakat Malaysia itu sendiri. Perubahan budaya yang berlaku dapat dilihat dari

5
sudut perkahwinan iaitu kahwin lewat. Selain itu, ia juga turut memberi kesan kepada budaya
kekeluargaan yang mana ibu bapa memilih untuk merancang dalam mendapatkan zuriat
dalam sesebuah keluarga. Seterusnya perubahan positif dapat dilihat dari segi pendidikan. Ibu
bapa telah membuka mata bahawa pendidikan adalah penting untuk anak-anak pada masa ini.
Kesan globalisasi lain lagi adalah dari sudut materialistik dan yang terakhir adalah dari segi
budaya bahasa dan tulisan. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa, budaya adalah
bersifat dinamis dan boleh berubah mengikut zaman, jadi tidak hairanlah ianya termasuk
sebahagian daripada perubahan ketara yang berlaku akibat era globalisasi.

RUJUKAN

Bakar, O. (2017). Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban. Jurnal Peradaban, 75-97.

Hanafiah, M. Y. (2015). Impak Media Baharu Terhadap Sistem Nilai Masyarakat Melayu di
Malaysia. Jurnal Komunikasi, 33-46.

Hanis Izrin Mohd Hassan, S. M. (2017). Kegemilangan Bahasa Melayu Sebagai Lingua
Franca. Jurnal Kesidang, 18-30.

Harian, W. S. (2020, Mac 1). Laporan Khas. Retrieved from Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/72031/LAPORAN-KHAS/Lebih-1-juta-
wanita-Selangor-30-tahun-ke-atas-masih-bujang

Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, Dr. Nur Hanani Hussin. 2017. "Pembelajaran Abad Ke 21
Dalam Kepelbagaian Budaya: Harapan dan Cabaran ." 1-12.

Rahim, S. A. (2007). Globalisasi dan Media Global.

Shakila Ahmad, O. H. (2011). Tulisan Jawi Sebagai Warisan Peradaban Bangsa: Analisa dari
Aspek Cabaran Semasa. Conference: World Congress For Islamic History and
Civilation (pp. 81-88). Kuala Lumpur: Academy Studies, University Malaya.

Shuhairimi bin Abdullah, M. M. (2019). Implikasi Globalisasi Terhadap Nilai-Nilai Murni


Kekeluargaan Melayu. Satu AnalisisDari Perspektif Islam.

Anda mungkin juga menyukai