Anda di halaman 1dari 69

ADAT ISTIADAT MASYARAKAT MELAYU

ADAT KELAHIRAN

PENGENALAN Anak merupakan suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Masyarakat Melayu mempercayai bahawa setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing. Banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun-temurun. Merangkumi peringkat mengandung, bersalin dan selepas lahir.

SEWAKTU MENGANDUNG
MELENGGANG PERUT Juga dipanggil Kirim Perut atau Mandi Tian. Dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia tujuh atau lapan bulan. Dijalankan oleh seorang bidan. Untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin. Juga untuk membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

PERALATAN UPACARA
Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan Segantang beras Sebiji kelapa Beberapa urat benang mentah Damar Minyak kelapa atau minyak urut Lilin Tepak sirih yang lengkap isinya Pengeras sebanyak RM 1.25

PROSES UPACARA

Bidan baca jampi mantera dan mengandam

Ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain.

Ibu hamil dibaringkan di atas lapisan kain dan bidan akan mengurutnya dengan minyak

Tepung tawar dicalit ke muka dan beras kunyit ditabur.

Wanita itu bersihkan badan dan bercermin muka.

Buah kelapa digulingkan perlahanlahan di atas perut sebanyak tujuh kali.

Adat mandi sintuk limau dan air buyung.

Air buyung dijurus ke badan dan telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan

Bidan melenggangkan setiap helai kain pada perut wanita hamil.

Sebiji telur diselitkan di kain basahan di bahagian perut.

Wanita itu duduk di atas kerusi yang kaki kerusi ditambat

Kenduri doa selamat diadakan dan ibu hamil tersebut dipakaikan dengan pakaian baru.

SEWAKTU BERSALIN
Kandungan sudah cukup 9 bulan 10 hari. Daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah. Kapur dipangkah pada tempat-tempat di rumah wanita yang hendak bersalin.

ADAT DIJALANKAN SEMASA MENYAMBUT KELAHIRAN


Potong tali pusat Azan/Qamat Membelah mulut Berpantang (untuk wanita yang bersalin)

SELEPAS LAHIR
Tanggal Pusat/ Cuci Lantai Memberi Nama Cukur Rambut/ Potong Jambul Naik Buai Jejak Tanah/Turun Tanah Bersunat/Berkhatan

ADAT PERKAHWINAN

PERINGKAT-PERINGKAT PENTING ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT Melayu Merisik Meminang Bertunang Akad nikah Berinai Perkahwinan

MERISIK
Juga dipanggil meninjau atau menengok. Dilakukan untuk memastikan gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Juga untuk menyelidik latar belakang gadis. Dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki. Sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan akan diberi. Jika pihak gadis bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh peminangan.

MEMINANG
Pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua pihak akan berunding tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang. Perbincangan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang.

BERTUNANG
Majlis kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran: Tepak sirih atau sirih junjung Bunga rampai Buah-buahan Kuih-muih Pakaian Hantaran juga perlu diberi untuk kakak pihak perempuan yang belum berkahwin yang dipanggil langkah bendul.

Bilangan hantaran mestilah dalam jumlah ganjil. Pihak perempuan akan memberi hantaran yang lebih daripada pihak lelaki. Adat menghantar belanja juga diadakan.

AKAD NIKAH
Acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Dijalankan selepas segala perjanjian pihak lelaki telah dilaksanakan. Boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan. Dijalankan oleh tok kadi atau imam. Bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya.

Biasanya dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan. Majlis berzanji atau pukulan kompang dijalankan sementara menunggu kedatangan rombongan pengantin lelaki. Wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan sebelum upacara dijalankan.

Pengantin lelaki duduk di atas tikar di tengahtengah majlis dan Tok imam akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi melafazkan nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki harus mengulanginya. Doa selamat akan dibaca selepas itu.

SELEPAS AKAD NIKAH


Pengantin lelaki membatalkan air sembahyang. Si suami menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya. Adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar.

PERALATAN UPACARA
Semangkuk bertih Semangkuk beras kunyit Sepiring inai Beberapa tangkai daun seribu yang diikat Semangkuk air tepung tawar

Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

ADAT BERINAI
BERINAI CURI Diadakan 3 malam sebelum hari langsung Untuk saudara-mara terdekat sahaja BERINAI KECIL Diadakan 2 malam sebelum hari langsung Untuk saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

BERINAI BESAR Diadakan satu malam sebelum hari langsung Juga boleh diadakan selepas akad nikah Untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.
Selepas adat berinai besar, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan.

MAJLIS PERKAHWINAN
Merupakan kemuncak istiadat perkahwinan Pengantin digelar raja sehari. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket yang telah dihias. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan.

Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut. Majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN


Dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Dijalankan sebagai satu simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau.

Adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan selepas seminggu. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suamiisteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.

ADAT KEMATIAN

SEMASA KEMATIAN
Keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Mayat akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada.

Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci AlQuran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.

Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung.

Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan sama ada di rumah atau di masjid.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali di bawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati.

SEMASA PENGEBUMIAN
Jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.

Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.

Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .

SELEPAS KEMATIAN
Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh.

Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

ADAT DAN KEPERCAYAAN TRADISIONAL MELAYU

DISEDIAKAN OLEH : AGNES ANAK BARNABAS ESTHER SIOW SHUEN SHIN MUHAMMAD AKMAL BIN SABRAN MOHD. SYAFIQ BIN CHE MANSOR

KEPERCAYAAN ANIMISME

AGAMA ISLAM

AGAMA HINDUBUDDHA

ANIMISME

Berhubung kait dengan alam semula jadi. Percaya semua benda mempunyai roh/semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik/buruk. roh/semangat perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambah rezeki. (pantai/semangat padi)

Kesan : Timbul konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan, dsb. Lahirlah tarian, nyanyian, drama, muzik, unsur mainan, mentera, adat menanam, adat kematian dsb. Lahirlah upacara jampi serapah bertujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau jin & hantu daripada mengganggu persembahan.

Wujud golongan masyaratkat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan : dukun, tabib, pawang, nenek kebayan dsb. (bertanggungjawab memulihkan diri seseorang yang dipercayai disampuk/hilang semangat) Kepercayaan memuja roh orang yang sudah mati. (hidup mempunyai kuasa hebat, mati akan tetap memberi perlindungan)

AGAMA HINDUBUDDHA

Tersebar sejak abad ke-6 dibawa oleh pedagang india. Menjadi pesat apabila kedatangan gol. Brahmin dan penerimaan agama ini oleh gol. Pemerintah. Konsep Dewaraja : raja adalah Tuhan di bumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah.

Kerajaan Hindu di Tanah Melayu : Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Kedah Tua. Penyembahan dewa Siva dan vishnu : Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah.

Agama Buddha diasaskan oleh Sidharta Gautama di India. Melarang manusia melakukan kekejaman kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Mudah diterima kerana beranggapan pengasas agama ini merupakan penjelmaan kembali salah satu daripada Dewa Hindu.

Agama Hindu dan Buddha meninggalkan kesan yang besar terhadap masyarakat tempatan dari aspek keagamaan, pemerintahan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa. Konsep raja mula digunakan. Pertabalan raja yang ada unsur Hindu-Buddha disempurnakan oleh gol. Brahmin. Lahir konsep Dewaraja, unsur kesaktian, mitos dan lagenda untuk memperkukuhkan kedudukan raja.

Kesusasteraan : Epic Ramayana dan Mahabharata. Lahirlah bentuk penceritaan lisan, mitos dan teater seperti wayang kulit

AGAMA ISLAM

Abad ke-7, menghakis sebahagian amalan kepercayaan Hindu Buddha di T.Melayu. Disebarkan oleh gol. pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Menekankan dua aspek penting : Akidah dan Syariah.

Akidah : kepercayaan seluruh jiwa raga terhadap keEsaan Allah. Syariah : perundangan dan hukum islam berdasarkan Al Quran dan Hadis. Berlandaskan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman yang wajib diketahui penganutnya. Kedatangan agama ini telah membawa perubahan yang besar dalam politik, perundangan, ekonomi dan budaya masyarakat Melayu.

Politik : penggunaan gelaran RAJA digantikan kepada gelaran SULTAN. Sultan dianggap sebagai ketua agama Islam. Segala upacara rasmi didahului dengan doa. Pemimpin agama merupakan penasihat sultan dalan hal-hal mengenai hukum syarak/yang berkenaan dengan agama Islam. Hukum syarak digunakan berpandukan alQuran dan al-Hadis.

Perniagaan : Islam mengharamkan riba dan menggalakkan umatnya mencari rezeki yang halal. Amalan zakat dan fitrah sedikit sebanyak membantu gol. yang kurang mampu untuk menjalani hidup. Sosial : wujud semangat jihad bagi memelihara kesucian agama Islam daripada penjajahan Barat. Sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah.

Adat : perkahwinan, adat turun temurun, melenggang perut berkhatan, dsb. Adat bercukur dimulakan dengan berzanji dan marhaban iaitu bacaan mengenai kisah kelahiran dan kebesaran nadi Muhammad. Diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebagai mengucap syukur kepada Allah.

PANTANG LARANG WANITA HAMIL

Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin terjerut tali pusat. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

PANTANG LARANG KE ATAS LELAKI

Dilarang bersiul dalam rumah, nanti lar masuk. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

PANTANG LARANG BAYI

Tak boleh meletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap. Bayi tidak boleh ditegur jika gemuk, Cuma katakan semangat kerana ditakuti menjadi kurus.

PANTANG LARANG KETIKA BERDIRI

Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

PANTANG LARANG KETIKA MAKAN

Makan sisa anak, anak akan degil. Tidur selepas makan, nanti perut buncit. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. Makan pisang kembar, anak beranak kembar. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

PANTANG LARANG SEWAKTU TIDUR

Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir. Tidur di atas sejadah, nanti dihinggap kurap. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu. Tidur melekatr nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

PANTANG LARANG KE ATAS PEREMPUAN

Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap. Dilarang makan kerak nasi, nanti mendapat anak bodoh. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai