Anda di halaman 1dari 6

2.

0 ADAT MERISIK
2.1. Adat Merisik Melayu Pada Asalnya.
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.
Pertama sekali adalah peringkat merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok.
Secara lazimnya, dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap pertama menjodohkan teruna
dan dara atau bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan, dan ia melibatkan
pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan orang tua pihak perempuan. Pertemuan tersebut
dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak perempuan, sebagaimana ungkapan dalam
adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu.
Ungkapan tersebut menjelaskan bahawa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih
dahulu sebelum membuat keputusan yang besar seperti perkawinan.
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dikenan oleh
seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar
belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki
seperti ibu atau bapa saudaranya. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk
menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar
belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Apabila wakil pihak lelaki sampai di
rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan,
pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan

sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki
berkesempatan untuk melihat wajah si dara.
Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan maksud
kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap
mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk memetik bunga yang
sedang menguntum apabila si dara belum memiliki pasangan. Pantun merisik ini diawali oleh
pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak keluarga dara yang menanyakan
maksud kedatangan keluarga teruna.
Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi
kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk
cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan
tarikh untuk peminangan.

2.2 Adat Merisik Pada Zaman Sekarang


Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi pada zaman sekarang
berbanding zaman dahulu kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu
mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Jikalau
terdapat bakal pasangan pengantin yang masih mengamalkan adat merisik ini ianya hanya
dilakukan untuk mengetahui status gadis yang dikenan berpunya atau belum.
Disebabkan pada zaman sekarang kebanyakkan bakal pasangan pengantin sudah
berkenalan antara satu sama lain terlebih dahulu, perbincangan latar belakang gadis juga jarang
dilakukan dan hanya lebih berbincang berkenaan menentukan tarikh untuk menghantar
rombongan meminang bagi mengikat tali pertunangan dan proses sarung cincin tanda juga
dilakukan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya daripada keseluruhan kajian yang telah dilaksanakan oleh kumpulan
kami, kami telah mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam perkahwinan adat Melayu yang
diamalkan pada waktu dahulu dengan waktu sekarang. Terutamanya dari segi sesi pengenalan
antara pengantin lelaki dan perempuan. Pada zaman dahulu, kebanyakkan perkahwinan diatur
keluarga ataupun bakal pengantin hanya mengenali pasangan mereka setelah berkahwin.
Berbanding pada zaman sekarang di mana kebanyakkan pasangan sudah mengenali hati
budi masing-masing sebelum bernikah dan adalah 100% pilihan sendiri. Ini menyebabkan adat
seperti merisik semakin berkurang atau diringankan prosedurnya dalam kalangan masyarakat
Melayu.
Selain itu, pada zaman dahulunya juga adat yang diamalkan dalam prosedur dari merisik
hinggalah ke walimatul urus adalah lebih banyak berbanding dengan zaman sekarang.
Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir pihak dalam masyarakat Melayu yang berusaha
dalam mengekalkan dan memelihara adat perkahwinan Melayu secara keseluruhan dalam proses
perkahwinan.
Dalam keadaa masyarakat Melayu yang semakin dihanyut permodenan zaman, masih
terdapat usaha dalam mengekalkan tradisi adat Melayu terutamanya yang memberikan manfaat
dan tidak menyalahi konsep syariah Islam. Namun begitu, sepertinya ramai sekarang yang
berpendapat bahawa pengamalan adat Melayu adalah menyusahkan ataupun sukar dilaksanakan
pada zaman sekarang, oleh itu cara pelaksanaan proses yang paling mudah menjadi pilihan
kebanyakan masyarakat Melayu sekarang.

Contohnya, kebanyakkan pasangan memilih dewan untuk mengadakan walimatul urus


kerana dapat diuruskan dengan baik dan kurang memenatkan. Malah, konsep rewang juga
makin hilang dalam masyarakat kerana servis katering yang lebih mudah untuk menghidangkan
makanan kepada para tetamu majlis. Faktor kewangan ataupun kos yang tinggi dalam
pelaksanaan adat juga menyebabkan sesetengah pihak untuk memilih bagi tidak mengikut adat
Melayu.
Setelah kumpulan kami melakukan kajian ini, kami berharap pengetahuan kami dan juga
orang ramai terutamanya orang ramai terutamanya orang muda supaya lebih arif dan peka
tentang adat tradisi Melayu yang semakin dilupakan. Kami juga berharap melalui kajian ini ia
dapat memupuk semangat menghargai adat tradisi Melayu dalam perkahwinan kepada
masyarakat. Oleh itu, kami berharap legasi tradisi Melayu dapat diteruskan untuk memastikan
adat Melayu tidak ditelan zaman, bak kata peribahasa, biar mati anak, jangan mati adat.

RUJUKAN
Mohd.Fuad Abdullah. (1989). Melangkah Ke Jinjang Pelamin. Kota Kinabalu: Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah
Yassin dan Abd.Aziz. (1960). Adat Resam dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur:Sinaran
Bross United

Anda mungkin juga menyukai