Anda di halaman 1dari 3

WARISAN DAN BUDAYA DI MUZIUM BABA NYONYA

PENGENALAN

Muzium baba nyonya terletak di Melaka dan merupakan tapak UNESCO dunia. Muzium Baba
Nyonya merupakan banggunan rumah teres yang digabungkan dan dimiliki oleh keluarga Chan pada
tahun 1861. Rumah tersebut telah diduduki oleh 4 generasi sebelum dibuka menjadi sebuah muzium
pada Mac 1985. Muzium baba nyonya merupakan sebuah muzium yang memperkenalkan
kebudayaan dan kemewahan Cina Peranakan melalui rumah Baba Chan Cheng Siew sebelum Perang
Dunia II yang diuruskan oleh generasi beliau. Tujuan muzium baba nyonya ini ditubuhkan bagi
mendekatkan masyarakat dengan budaya dan identity kaum Peranakan di Malaysia dan mengekalkan
warisan dan budaya untuk generasi yang akan datang

ISI

Warisan dan Budaya di Muzium Baba dan Nyonya

 Ruang Tamu
o Utama (Thia Besar)
Perhiasan di ruang tamu ini merupakan perhiasan yang biasa dilihat diruang tamu rumah
masyarakat peranakan. Susunan perabot mereka mencerminkan gaya susunan kedaman
pegawai-pegawai dinasti Qong di negara cina pada suatu masa dahulu. Malah kesemua
perabot yang berada di ruang tamu utama sentiasa berpasangan dan seimbang.
o Ruang Gelap (Thia Gelap)

Anak-anak gadis hanya dibenarkan keluar sejauh ruang ini di rumah tanpa diiringi
sesiapa. Mereka tidak dibenarkan keluar ke ruang tamu ataupun meninggalkan rumah
seorang diri. Ruangan ini diasingkan dengan ruangan besar bagi mengelakkan anak anak
gadis dilihat oleh pengunjung yang datang kerumah. Namun jika mereka ingin melihat
tetamu yang hadir mereka boleh mengintai dilubang kecil pada pembahagi ruang tamu

o Ruang udara (Chim Che)

Disebabkan kawasan perumahan disini telah wujud semenjak zaman pemerintahan British
membuatkan tiada sebarang jendela yang ada pada rumah. Oleh sebab itu, terdapat empat
ruang udara yang direka khas untuk tujuan pengudaraan dan pencahayaan. Air hujan yang
mengalir kedalam rumah akan menyejukkan suasana rumah dan ianya suatu lambang
kekayaan yang melimpah masuk kedalam rumah kerana menurut kepercayaan orang cina,
air melambangkan wang.

 Ruang pemujaan nenek moyang (Thia Abu)

Bagi masyarakat peranakan mereka menganuti agama masyarakat Cina iaitu campuran ajaran Tao,
Buddha dan pemujaan nenek moyang. Ruangan pemujaan nenek moyang didirikan khas untuk
memuja mendiang ahli keluarga Chan dan upacara sembahyang diadakan sebanyak 7 kali setahun
seperti ulang tahun tarikh kematian, Cheng Beng, Tahun Baru Cina dan Perayaan Hantu Lapar.

 Ruang makan
o Tok Panjang

Tok panjang merupakan kombinasi perkataan Hokkien dimana Tok bermaksud meja
manakala panjang ialah perkataan Melayu. Disebabkan keluarga Chan mempunyai 8
orang anak meja panjang diperlukan. Ahli keluarga yang tua lebih gemar memakai tangan
untuk makan dan golongan muda lebih suka memakai garfu dan sudu akibat pengaruh
Inggeris. Masa makan malam biasanya ditetapkan pada 7 petang dan semua ahli wajib
berada di meja makan.

o Porselin nyonya

Masyarakat peranakan terkenal dengan set pinggan mangkuk porselin mereka yang akan
digunakan berlainan mengikut perayaan dan sambutan yang berbeza.

 Perkahwinan
Dalam aspek perkahwinan masyarakat baba dan nyonya ianya akan berlangsung sepanjang
12hari yang dipenuhi dengan keraian dan ritual. Namun begitu, perhiasan kamar pengantin
biasanya disempurnakan oleh kaum wanita sebelum upacara perkahwinan berlangsung.

o Upacara penyucian tempat tidur

Terdapat beberapa budaya dalam perkahwinan masyarakat ini, iaitu upacara penyucian tempat
tidur. Upacara ini akan berlangsung sebaik sahaha tempat tidur siap dihias dan dibersihkan
dengan asap setanggi. Pada hari kejadiam, seorang budak lelaki akan dipilih untuk bergolek di
atas tempat tidur ini bagi menyempurnakan ritual penyucian tempat tidur bagi pasangan
pengantin. Ritual ini dilakukan dengan harapan agar pasanagan pengantin akan mendaat
ramai keturunan hingga ke anak cucu.
o Pakaian

Pakaian pasangan pengantin ini dipakai oleh chan seng kee dan ho joo suan semasa
perkahwinan mereka pada bulan disember 1917. Pada awal tahun 1900an, pakaian
perkahwinan melaka diperbuat khas oleh tukang sulam shanghai yang menetap singapura.
Pakaian ini direka berdasarkan gayta pakaian dinasti qing untuk pengantin perempuan
manakala pengantin lelaki memakau pakaian gaya dinasti ming.

o Makan Chun Tok

Seterusnya, dalam budaya perkahwinan masyarakat mereka juga terdapat makan chun
tok. Upacara makan chun tok merupaka kali pertama pasangan pengantin lelaki dan
perempuan berjumpa dan makan bersama sebagai suami dan isteri. Ketika ini, pasangan
pengantin akan bermain kaki dan menurut kepercayaan mereka, sesiapa yang berjaya
memijak kaki pasangannya, maka dia akan lebih berkuasa.

 UPACARA PENGEBUMIAN

Majlis pengembumian. Warna biru merupakan sinonim dengan upacara kematian orang-orang
peranakan. kuih muih yang dihidangkan juga disediakan khas dengan warna biru dan putih. Upacara
kematian orang-orang peranakaan selalunya berlangsung dalam jangka hari yang berangka ganjil.
Bermula dengan 5 atau7 hingga 31 hari.
 SENI UKIRAN

selain itu, salah satu keunikan rumah ini merupakan tangga yang dipenuhi ukiran kilauan emas. Tiada
sebarang paku yang digunakan dalam pembinaan tangga tersebut kerana mereka percaya bahawa paku
hanya digunakan untuk memaku keranda. Justeru itu, simbol yang terdapat pada ukiran tangga ini
melambangkan dewa-dewi dalam mitos cina yang melambangkan 8 cara hidup yang berlainan seperti
kemiskinan, kekayaan, bangsawan, golongan pekerja, warga tua, remaja, maskulin dan kewanitaan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, komuniti cina peranakan merupakan antara masyarakat yang unik di Malaysia.
Masyarakat ini dapat ditemui hampir di setiap negeri di seluruh negara, malah mereka juga hidup
dalam keadaan yang harmoni dengan masyarakat setempat. Proses asimilasi ini berjaya mewujudkan
sebuah komuniti yang mempunyai budaya dan warisan yang begitu istimewa. Oleh itu, sebagai rakyat
Malaysia, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan warisan dan budaya yang terdapat di
negara ini bagi mengelakkan warisan kebudayaan daripada hilang ditelan arus kemodenan.

CABARAN DALAM MENGEKALKAN WARISAN DAN BUDAYA BABA NYONYA

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu diatasi bagi mengekalkan warisan budaya baba dan nyonya.
Budaya yang begitu sinonim dengan negeri Melaka ini dilihat semakin kurang dihayati oleh generasi
muda. Sebahagian besar masyarakat sudah meninggalkan adat dan tidak lagi mengamalkan tradisi
keluarga. Hal ini kerana mereka berpendapat bahawa adat tidak lagi bersesuaian dengan gaya hidup
moden. Contohnya, adat perkahwinan masyarakat baba dan nyonya. Kebiasaannya majlis ini
dilangsungkan selama 12 hari, tetapi masyarakat sudah mula meninggalkan amalan ini kerana tempoh
masa majlis yang terlalu lama dan memerlukan kos yang tinggi.

CADANGAN MEMPERKENALKAN MUZIUM BABA NYONYA KEPADA ORANG RAMAI

Saya mempunyai beberapa cadangan bagi membantu memperkenalkan muzium baba nyonya kepada
orang ramai. Antaranya termasuklah mencadangkan pihak muzium untuk mengadakan festival
kebudayaan. Pada pendapat saya festival sebegini amat sesuai dilaksanakan pada musim cuti
persekolahan. Melalui pengadaan festival kebudayaan, kita dapat memperkenalkan warisan dan
budaya cina peranakan baba dan nyonya kepada masyarakat setempat. Selain itu pihak muzium boleh
menjadikan festival ini sebagai medium untuk menjana pendapatan, di mana hasil keuntungan boleh
digunakan untuk menambah baik muzium.

*Mengadakan promosi video yang menarik melalui vlog. Menarik minat pelancong untuk melawati
muzium?

Anda mungkin juga menyukai