Anda di halaman 1dari 26

Tajuk 3

MEMAHAMI ASAS DAKWAH


RUKUN DAKWAH
• Rukun-rukun dakwah
• Isi kandungan atau silibus dakwah (maudhu’ al-Dakwah),
• Pendakwah(Da’ie),
• Individu/Kumpulan yang disampaikan dakwah kepadanya (mad’u),
• pendekatan-pendekatan dakwah (wasail al-Dakwah).
Dai (Pendakwah)
• Da’i berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud orang yang menyeru atau
mengajak.
• Orang/Kumpulan yang menjalankan aktiviti dakwah sama ada secara lisan,
tulisan, mahupun contoh teladan atau perbuatan yang dilakukan sama ada
secara individu, kelompok atau melalui organisasi atau lembaga.
• Da’i (dalam makna istilahi) = pelaku kegiatan dakwah Islam.
• orang yang melakukan ajakan, seruan, panggilan, undangan, tawaran, anjuran untuk
hidup dengan syariat Islam.
Tugas dan peranan Dai
• Dasarnya tugas utama seorang dai adalah meneruskan tugas Rasulullah s.a.w.
sebagai pewaris Nabi iaitu menyampaikan ajaran Allah s.w.t. seperti yang
termuat di dalam al-Quran, begitu juga menyampaikan ajaran Rasulullah
s.a.w.
• Amar makruf nahi munkar
• Menurut istilah itu sendiri- Dai adalah orang yang mengajak dan menyeru orang lain
atau masyarakat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, melalui lisan, tulisan
mahupun perbuatan ke arah keadaan yang lebih baik menurut ajaran Islam.
• Menjadi ikutan dan teladan.
• seorang dai memiliki kedudukan yang sangat penting di tengah-tengah masyarakat, dia
menjadi contoh teladan bagi masyarakat
• Konsisten dalam tugas.
• Seorang dai harus memiliki sikap konsisten dalam melaksanakan tugasnya sebagai
penyeru kepada jalan yang benar dengan cara-cara yang sesuai dengan al-Quran
• Membentuk perwatakan dan akhlak manusia yang sesuai dengan ajaran agama Islam.
• Dai menghadapi tugas yang besar; kerana manusia harus berinteraksi dengan alam dan lingkungan
persekitarannya.
• Dai juga berfungsi sebagai pemberi motivasi, iaitu orang yang mampu menggerakkan dan
membangkitkan semangat dan ghairah mad’u untuk bersemangat dalam hidup sehingga dapat
melaksanakan perintah Allah s.w.t.
• Memiliki sikap sebagaimana yang dianjurkan Islam
• sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang kafir, sehingga mereka mahu dan
bersedia untuk masuk Islam.
• faktor sikap dai sangat mempengaruhi terhadap kejayaan dan keberhasilan suatu proses dakwah
AL MAD’U

• Mad’u – berasal daripada perkataan Da’aa (isim maf ’ul) yang bemaksud
“yang diseru”.
• Menurut istilah pula, Mad’u merupakan manusia iaitu sesiapa pun sama ada
lelaki ataupun perempuan, kaya atau miskin, berilmu atau tidak yang diseur
kepada jalan Allah iaitu syariat Islam.
• Hak Mad’u
• Mendapat kunjungan atau didatangi oleh da’i untuk diberi dakwah.
• Tidak boleh direndahkan martabat mereka. Tidak boleh timbul prasangka terhadap
mad’u oleh para Dai
• Berdasarkan ayat di atas, dijelaskan bahawa sasaran dakwah adalah seluruh
umat manusai tanpa ada yang terkecuali. Seluruh manusia dituntut supaya
menerimanya selama mana ianya berakal.
• Pembahagian Mad’ u dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut focus
dakwah iaitu,
1. Dakwah kepada kalangan umat Islam sendiri.
2. Dakwah kepada kalangan non -muslim (kafir)

• Menurut Said Ramadhan al-Buti, keutamaan dakwah kepada orang Islam krn
apabila orang Islam mempraktikkan sesuatu yang benar, maka nescaya umat
lain akan tertarik dengan sendirinya terhadap Islam.
Pembahagian golongan mad’u

Al Jumhur-
orang awam
Al Malak/ al Golongan
Mala’- Gol munafik
pemimpin Golongan yang
melakukan
maksiat
1. Al-Malak
• Merupakan orang yang terkemuka dalam masyarakat- mempunyai kekuasaan
dan di anggap masyarakat sebagai pemimpin atau penguasa.
• Golongan yang mempunyai kelebihan dari segi kebendaaan, kuasa pangkat
dan sebagainya.
2. Al-Jumhur
• Orang awam yang menjadi pengikut para pemimpin dan penguasa. Rakyat
jelata yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari segi pekerjaan dalam
menyara kehidupan mereka
• golongan yang tidak mempunyai sifat-sifat seperti cinta kepada keduniaan
dan kekuasaan
• Kebiasaannya golongan ini lebih mudah untuk disampaikan dakwah.
3. Golongan munafik (Almunafikun) :
• berpura-pura menyatakan keimanan tetapi bersikap
memusuhi islam.

4. Orang-orang yang melakukan maksiat:


• golongan yang beriman dan bersyahadah namun tidak
menunaikan isi dan jiwa syahadah, mengerjakan sebahagian
perintah agama dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Dakwah Non Muslim
• Al Bayanuni dalam kitab Al Madkhal Ila Ilmi Dakwah membahagikan
golongan sasaran dakwah non muslim kepada tiga golongan.
• Gol yang ingkar, menolak dan menafikan kebenaran agama yang di bawa dari langit
• Golongan musyrik pemuja berhala dan menyekutukan Allah
• Golongan ahli kitab iaitu golongan yang menjadi pengikut agama Yahudi dan Kristian
skrg.
Maudhu’ al-Dakwah
• Kandungan dakwah iaitu isi (content) pesan yang disampaikan oleh dai
kepada mad’u atau sasaran dakwah.
• Kandungan dakwah adalah seluruh ajaran Islam secara menyeluruh (kaffah)
dan bukannya sebahagian sahaja.
• Meliputi ajaran Islam yang telah tertulis dalam al-Quran dan Sunah
Rasulullah s.a.w
• Kandungan Dakwah adalah pesanan/seruan atau segala sesuatu yang harus
disampaikan oleh dai kepada sasaran dakwah, iaitu seluruh ajaran Islam yang
terkandung di dalam al-Quran dan Sunah Rasul-Nya.
• Meliputi keseluruhan aspek seperti Akidah, Ibadah, Muamalah Akhlak,
Sejarah, Prinsip-prinsip pengetahuan dan teknologi, iaitu petunjuk-petunjuk
umum yang memberikan dorongan kepada manusia untuk mengadakan
analisis dan mempelajari isi alam dan perubahan-perubahannya dsb…
Uslub Dakwah
• Uslub secara mudah difahami jika menyamakannya dengan metod dan wasail
(wasilah)
• Ini kerana metod bermaksud cara merancang segala yang berkaitan dengan
dakwah
• wasail pula cara menggunakan alat untuk menyalurkan uslub melaluinya
supaya sampai kepada sasaran.
• Sekiranya difahami dengan lebih telilti Uslub adalah berbeza maksudnya dari
metode dan wasail, kerana uslub lebih menjurus kepada kebolehan dan
kepandaian menyampaian Islam kepada sasaran melalui pengolahan bahasa.
• Hal ini dapat difahami dengan jelas apabila kita meneliti definisi Uslub dari
sudut bahasa dan istilah
• Dari sudut bahasa Uslub diertikan dengan jalan, arah tuju, aliran pemikiran
dan berbagai bentuk kepandaian, beberapa gaya kebolehan serta kepandaian
bercakap.
• Dari segi istilah para penulis telah menjuruskan pengertian uslub kepada
penggunaan bahasa dalam berbagai gaya dan bentuk bagi memudah
danmendekatkan kefahaman yang hendak disampaikan kepada sasaran agar
dapat difahami dan diterima dengan mudah.
• Dari pengertian bahasa dan istilah dapat difahami bahawa uslub ialah suatu
kepandaian dan kebolehan datam mengolah dan menjelaskan sesuatu fikrah yang
disampaikan kepada sasaran dengan matlamat ianya difahami dengan mudah dan
diterima.
• la merupakan satu kebolehan atau bakat yang dapat diasah dan dikembangkan
melalui latihan, penelitian, pengataman dan kajian.
• Uslub dakwah ialah kebijaksanaan di dalam mengolah dan membentangkan isi
dakwah sesuai dengan keadaan sasaran dalam usaha menarik mereka menerima
dakwah tersebut- pengolahan bahasa.
• Dua pengertian iaitu uslub dakwah dengan makna khusus dan umum.
• Uslub dakwah dengan makna khusus seperti yang dijelaskan oleh al-Sayyid
Nawfal ialah menyampaikan pengertian, pemikiran dan asas hukum-hukum
(mesej dakwah) dengan bentuk yang tertentu.
• Manakala uslub dakwah dengan makna umum ialah cara dakwah yang
melibatkan pemilihan isi untuk disesuaikan dengan sasaran, pemilihan saluran
dan media untuk disesuaikan dengan sasaran dan pemilihan bentuk
penyampaian yang lebih menarik sasaran.
Asas Uslub Dakwah
"Serulah kejalan tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; "Al-Nahl; 125
Antara contoh uslub dakwah
• targhib dan tarhib.
• penceritaan,
• membawa perumpamaan,
• menunjuk kepada perkara yang lebih penting,
• gurau senda,
• dailog
• soal jawab,
• mengambil peluang dari berbagai keadaan,
• mengajar melalui contoh tauladan DLL
• Contoh uslub-uslub yang tersebut berpaksi di atas tiga uslub utama yang
disebut dalam ayat di atas yang menuntut pendakwah memilih uslub-uslub itu
sesuai dengan keadaan tempat, pemikiran, bahasa dan lain-lain dalam
menyalurkan isi dakwah kepada sasaran sehingga penyaluran itu lahir dalam
beberapa bentuk iaitu
• Hikmah
• Mauizah Hasanah (Nasihat Yang Baik)
• Mujadalah Bil Lati Hia Ahsan (Berdailog Dengan Cara Yang Lebih Baik).
Kesimpulan
• Dakwah perlu dilakukan secara terancang dan mengambil kira golongan
sasaran dakwah bagi memastikan dakwah berhasil.
• Gol sasaran dakwah diklasifikasikan dalam kalangan islam dan bukan islam
bertujuan memudahkan para da’I mendekati mereka dan merangka strategi
dakwah yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai