Anda di halaman 1dari 30

Tajuk 2:

Hukum Berdakwah
Pengenalan
• Dakwah adalah satu persoalan yang penting dalam konteks perkembangan
Islam semenjak dahulu.
• Ini kerana manusia diciptakan dengan tujuan untuk menjadi hamba kepada
Allah dan melalui proses dakwah, hati manusia dapat dijinakkan kepada
tujuan penciptaannya
Hukum Berdakwah
• Terdapat banyak dalil-dalil daripada Al-Qur’an dan Al-Sunnah tentang
kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah kepada manusia sejagat sama ada
kepada masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam.
• Dalil-dalil yang menunjukkan bahawa menyampaikan dakwah terutamannya
kepada masyarakat bukan Islam adalah wajib sangatlah banyak.
Pertama : Dalil-dalil dari Al-Qur’an Al-Karim

• Firman Allah S.W.T (Al-Qur’an, Surah Al-Syura, 42: 15)


• Maksudnya: Oleh Yang demikian itu, maka serulah (Mereka - Wahai Muhammad
(kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah Engkau menjalankannya
sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan janganlah Engkau menurut kehendak
hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada Segala Kitab Yang
diturunkan oleh Allah, dan Aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah
jualah Tuhan Kami dan Tuhan kamu. bagi Kami amalan Kami dan bagi kamu amalan
kamu. tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara Kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari
kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi
balasan.
Kedua: Dalil-dalil dari Hadis Nabi S.A.W

• Selain dari penegasan dari Allah S.W.T di dalam Al-Qur’an, terdapat juga
Hadis-Hadis daripada Rasulullah S.A.W yang menjelaskan hukum berdakwah
khususnya kepada masyarakat bukan Islam
• Sabda Rasulullah S.A.W
‫بلغوا عني ولو آية‬
• Maksudnya: Sabda Rasulullah S.A.W, hendaklah kamu menyampaikan Islam
ini walaupun sepotong ayat sahaja.
• Sabdanya lagi:
‫ فاليبلغ الشاهد منكم الغائب‬:‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
Maksudnya:
• Bersabda Rasulullah S.A.W: hendaklah kamu yang hadir mendengar ucapan
ku ini menyampaikannya pula kepeda orang yang tidak hadir
Adakah dakwah wajib?
• Ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum berdakwah sama ada
fardhu ain ataupun fardhu kifayah.
Penegasan tentang tuntutan berdakwah
• Di antara ayat-ayat dakwah yang menyatakan kewajiban dakwah secara tegas
adalah surat An-Nahl ayat 125, surat Ali-Imran ayat 104, dan surat Al-Maidah
ayat 78-79.
• Cthnya dalam Ali-Imran 104:
‫عروف َويَن َهونَ َع ِن ال ُمن َك ِر َوأ ُ ئ‬
َ‫ولِِ ََ ُُ ُم ال ُمل ِلوون‬ ِ ِ ‫َولتَ ُكن ِمن ُكم أ ُ َّمةٌ يَدعونَ ِإلَى الخ‬
‫َير َويَأ ُمرونَ ِبال َم‬
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang
yang beruntung.
ِ ‫اَّللِ َولَ ْو َءا َمنَ أ َ ُْ ُل ْال ِكتَا‬
َ‫ب لَ َكان‬ َّ ‫ع ِن ْال ُم ْن َك ِر َوتُؤْ ِمنُونَ ِب‬ ِ ‫اس تَأ ْ ُم ُرونَ ِب ْال َم ْع ُر‬
َ َ‫وف َوت َ ْن َه ْون‬ ْ ‫ُك ْنت ُ ْم َخي َْر أ ُ َّم ٍة أ ُ ْخ ِر َج‬
ِ َّ‫ت ِللن‬
“ )110( َ‫َخي ًْرا لَ ُه ْم ِم ْن ُه ُم ْال ُمؤْ ِمنُونَ َوأ َ ْكث َ ُر ُُ ُم ْاللَا ِسقُون‬

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya
Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang
beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik” (QS. Ali Imran 110).
• Ada tiga sifat yang dimiliki oleh umat Islam untuk menjadi umat yang terbaik,
(1) Menyuruh kepada yang ma’ruf,
(2) Mencegah dari yang munkar,
(3) Beriman kepada Allah SWT

• menunjukkan bahwa kaum muslimin bukan dibangkitkan untuk umat Islam sahaja, tetapi
untuk seluruh umat manusia
• Ayat dalam surah Ali Imran 110 menjelaskan umat Muhammad s.a.w
merupakan sebaik-baik umat dan ditugaskan menyuruh ma’ruf dan menegah
kemungkaran.
• Ini ditegaskan oleh Abu ‘Ala al-Maududi yang menyatakan perlaksanaan amar
makruf nahi munkar ini merupakan tugas manusia di muka bumi sesuai
dengan perlantikan mereka sebagai khalifah.
• Begitu juga dengan ayat dalam surah An-Nahl 125:
َ ‫س ُن ِإ َّن َرب َََّ ُُ َو أَ ْعلَ ُم ِب َم ْن‬
‫ض َّل‬ َ ُِ ‫سنَ ِة ۖ َو َجاد ِْل ُه ْم ِبالَّتِي‬
َ ‫ي أَ ْح‬ َ ‫ظ ِة ْال َو‬َ ‫س ِبي ِل َر ِب ََ ِب ْال ِو ْك َم ِة َو ْال َم ْو ِع‬
َ ‫ع ِإلَ ئى‬
ُ ْ‫اد‬
َ‫س ِبي ِل ِه ۖ َو ُُ َو أَ ْعلَ ُم ِب ْال ُم ْهتَدِين‬
َ ‫َع ْن‬
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.
• Surah di atas juga menurut Sayyid Qutb menunjukkan Islam mengambil berat
kewajiban menunaikan dakwah dan mengenakan hukuman ke atas masyarakat
apabila mereka mengambil sikap berdiam diri dan menutup mulut terhadap
kemungkaran. Disebabkan itulah Bani Israel dilaknat kerana mereka tidak
mencegah kemungkaran yang berlaku dihadapan mereka.
• Ayat-ayat di atas secara tegas memerintahkan kita untuk melaksanakan
dakwah Islam.
• Perintah tersebut ditunjukkan dalam bentuk kata perintah dakwah.
• Kata perintah (Fi’il amr) disebut dalam dalam surat An-Nahl ayat 125 dengan
kata “serulah”. sedangkan dalam surat Ali Imran ayat 104 kata perintahnya
berupa “Dan hendaklah ada di antara kamu sekelompok orang yang
menyeru…”
• Pada dasarnya, perintah itu menunjukkan - telah jelas bahawa perintah berdakwah adalah
wajib.
• Terdapat juga hadis yang dibahaskan dalam menyatakan tentang kewajipan berdakwah.
• Sabda Rasululah SAW:
Barang siapa melihat kemungkaran di antara kalian maka hendaklah mengubahnya dengan tangannya. Jika
tidak bias maka dengan lisannya, dan jika tidak bias juga maka dengan hatinya. Demikian itulah selemah-
lemahnya iman. (HR. Muslim)
• Perkataan ‘barangsiapa’ dalam hadis ini merupakan lafal umum sehingga hukum yang
dikandungnya juga bersifat umum (ditujukan kepada semua kaum muslimin).
• Dalam mentafsir hadis tersebut, al-Qurtubi menjelaskan bahawa menyuruh
ma’ruf dengan menggunakan tangan (kuasa) mesti dilakukan oleh
pemerintah, lidah oleh ulama dan hati oleh orang awam awam yang bersikap
lemah.
• Sebahagian ulama juga berpendapat, pada masa kini tidak ada kerajaan yang
melaksanakan syariat Islam yang syumul dalam system pemerintahan.
• Pada hakikatnya untuk melaksanakan syariat Islam memerlukan sebuah
kerajaan atau kuasa pemerintahan.
• Disinilah terletaknya kepentingan untuk berusaha menubuhkan kerajaan
Islam demi tertegaknya syariat Islam.
• Wlbgmnpun, menegah kemungkaran perlu dilakukan oleh setiap orang
mengikut kemampuan masing-masing walaupun dengan hati sahaja.
Sekurang-kurangnya meolak kemungkaran itu dengan hatinya –menunjukkan
seseorang itu masih mempunyai iman walaupun iman yang paling lemah.
Pendapat yang menyatakan dakwah fardhu
kifayah.
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang
ma’ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.
(QS. Ali-Imran: 104)
• Menurut Imam Ghazali, “Hendaklah ada di antara kamu sekelompok orang yang menyeru…..(QS.
Ali Imran: 104)”, merupakan sebuah perintah. Pada dasarnya perintah adalah kewajiban. Dalam ayat
itu ada penjelasan bahawa kebahagiaan terkait dengan kewajiban apabila ia dilaksanakan. Firman
Allah, “Mereka adalah orang-orang yang berbahagia”, merupakan penjelasan bahawa kewajiban itu
adalah fardhu kifayah, bukan fardhu ‘ain. Karenanya, jika dakwah telah dilaksanakan oleh suatu
kelompok, maka kewajiban umat yang lain menjadi gugur.
• Al-Ghazali adalah salah satu ulama yang berpendapat bahwa kewajiban
dakwah adalah fardhu kifayah. Sebagai fardhu kifayah, dakwah hanya
dibebankan atas orang-orang yang memiliki keahlian dan kemampuan di
bidang agama Islam.
• Ada juga ulama yang berpendapat kata minkum pada ayat tersebut -
“sebahagian dari kamu” tanpa menafikan kewajiban setiap muslim untuk
saling mengingati. Maksud ayat ini adalah agar ada kelompok dari umat ini
yang bersedia untuk berdakwah, meskipun perintah itu wajib bagi setiap
individu dari umat Islam sesuai dengan kemampuannya.
At-Taubah ayat 122:
ْ ‫كل فِ ْرقَ ٍة م ْنه ْم طائِلةٌ ليتلقَّ ُه ْوا في الدي ِْن و ِلي ْنذ ُِر ْوا‬
‫قو َم ُه ْم‬ ِ ‫من‬ ْ ً‫َوما كانَ ال ُمؤْ ِمنُ ْونَ ِلينِ ِل ُر ْوا كافة‬
ْ ‫فلو الَ نَلَ َر‬
ْ ‫عوا ِإليْه ْم لعلَّ ُه ْم‬
َ‫يوذَ ُر ْون‬ ْ ‫إذا َر َج‬
• Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). mengapa tidak
pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam
pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya
apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
• Dalam menghuraikan ayat diatas, al Qurtubi menjelaskan bahawa Jihad
adalah fardhu kifayah bukan fardhu ain kerana ada orang yang dimestikan
keluar berjihad dan ada orang yang dimestikan belajar mendalami ilmu.
• Jika diteliti kepada ayat tersebut, berjihad merupakan sebahagian daripada
kerja-kerja Islam dan laluan dakwah. Jihad merupakan satu cara dakwah
dengan bersandarkan kepada sejarah kenabian- khususnya dalam Perang
Badar, Perang Ahzab, Pembukaan Mekah yang bermotifkan dakwah.
Pendapat yang menggabungkan kedua-dua
hukum
• Bagi Sayyid Nawfal, dakwah menjadi fardhu ain bermakna setiap indivudu
muslim diwajibkan mengajar dan menjelaskan Islam kepada orang yang
masih jahil tentang perkara asas dan menjadi kewajipan kepada setiap
individu yang mengetahuinya.
• Manakala menjadi fardhu kifayah jika telah ada para pendakwah dan
dipertanggungjawabkan kepada mereka sepenuhnya untuk mengendalika
urusan dakwah.
• Muhammad Abu Zahrah. Seorang ilmuan Islam berpendapat-
• Fardhu ‘ain melakukan dakwah secara individual dan fardhu
kifayah melakukan dakwah dalam dakwah kolektif (al-jama’at).
• Setiap orang berkewajiban untuk melakukan dakwah individu. Walaupun
begitu, dalam kalangan umat Islam harus ada satu kelompok yang mahir dan
benar-benar menjalankan dakwah Islam
• Pendapat yang menyatakan fardhu kifayah menekankan keharusan ada di antara umat
yang memikul kewajiban tersebut.
• Umat yang dimaksud adalah para ulama yang memang memiliki kemampuan untuk
berdakwah.
• Jika ada orang yang melakukannya, maka terlepaslah kewajiban berdakwah bagi
orang lain. Dengan demikian, tidak wajib dakwah bagi orang yang tidak mampu.
• Kemampuan utama bagi seorang pendakwah adalah keilmuan agama. Seorang
Muslim yang tidak memiliki pengetahuan Islam yang cukup tidak terbebani
kewajiban dakwah.
• Meskipun kewajiban dakwah dikatakan gugur dengan adanya pelaksanaan oleh
sebagian yang memenuhi syarat (kifayah),
• Masih ada hukum sunah (anjuran) dalam situasi ini. Oleh sebab itu, semua orang
muslim dianjurkan (sunah) untuk melaksanakan dakwah berdasarkan Firman Allah
SWT:
َ‫عم َل صال ًوا وقا َل إنن ْي منَ ْالمسلميْن‬ َ ‫َو َم ْن أ َ ْح‬
َ ‫سن قَ ْوالُ مم ْن د‬
َ ‫عا إل ْي هللا و‬
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan
amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku Termasuk orang-orang yang menyerah
diri?”(QS. Fushilat: 33)
• Pada pandangan Muhammad Abduh, beliau telah membahagikan dakwah
kepada dua bahagian.
• Pertama : Seruan kepada seluruh manusia
• Kedua : berdakwah dalam kalangan masyarakat Islam sahaja.
• Oleh itu semua masyarakat Islam berperanan untuk saling menasihati saling
membantu dalam menegakkan syariat Allah.
• Tahap pertama adalah tabligh, yakni memperkenalkan Islam kepada non-
msulim atau kepada masyarakat awam, agar tertarik masuk agama Islam atau
menjadi muslim yang taat.
• Tahapan kedua adalah pembinaan umat Islam. Tahapan ini terbahagi kepada
dua.
• Pertama, membersihkan kebiasaan lama yang buruk dan menyucikannya dengan
kebiasaan yang baik.
• Kedua, mengajarkan kandungan kitab suci Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.
• Ada dua tahap urusan dakwah disini, yang difokuskan kepada tiga kategori
pendakwah.
• Pertama :- harus dipikul oleh setiap prang muslim atau Pendakwah Muttabi’ (1) atau
mungkin Pendakwah Muqallid (2)-
• Kedua:-disebabkan sifat yang mendalam, urusan dakwah menjadi tanggung jawab para
ulama atau Pendakwah Mujtahid (3) .
• Muttabi’ : orang-orang yang mengajak orang lain dengan menampilkan dalil yang
diketahuinya. Umumnya kelompok ini ramai. Para pendakwah kita secara umumnya
masih dalam golongan ini, mereka membaca karya ulama lalu menyampaikannya
kepada khalayak masyarakat.
• Muqallid- Pendakwah yang memiliki pengetahuan yang amat terbatas, kelompok ini
terkena kewajiban fardhu kifayah.
• Mujtahid - Para ulama termasuk kelompok ini. Mereka mampu membuat
penafsiran ayat dan hadis secara benar, lalu menyampaikannya kepada masyarakat.
Kesimpulan
• Kewajiban berdakwah adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam
menurut kemampuan masing-masing. Tugas suci ini menjadi tanggungjawab
bagi semua umat Islam.
• Tujuannya untuk menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai