Anda di halaman 1dari 1

Skrip Agama Shamanisme

Shamanisme merupakan sebuah agama yang datang sebelum agama Buddha dari China ke Korea,
masyarakat Korea kuno sudah menganut fahaman Shamanisme. Shamanisme mengajarkan bahawa
diri manusia memiliki dua entity utama, iaitu jasad dan roh.

Dalam bahasa Korea ia disebut sebagai ‘Mu’, manakala pengamal kepada Shaman pula dikenali
sebagai ‘Mudang’. Fahaman Shamanisme ini juga memiliki persamaan dengan kepercayaan
masyarakat Yi yang dikenali sebagai Bimoisme. Ini kerana asas mereka adalah berdiri diatas
kepercayaan roh-roh yang berkeliaran.

Shamanisme sangat sinonim dengan amalan yang berkait rapat dengan pemujaan terhadap
semangat atau roh. Ritual dalam Shamanisme juga berkait rapat dengan roh dan dewa. Shamanisme
juga memiliki tarian dan pakaian khusus yang berwarna-warni dalam ritual persembahan mereka.

Perbuatan ini hampir dilakukan oleh semua agama penyembahan dewa. Ritual ‘pemujaan’ roh yang
mereka lakukan itu juga berlainan di antara setiap daerah di Korea. Ini kerana mereka memuja
semangat dan roh setempat yang berlainan.

Dalam kronologi perkembangan Shamanisme di Korea, ia juga telah terbentuk suatu fahaman yang
kompleks dikenali sebagai ‘Daejongyo’ atau ‘Taejongkyo’, malah dianggap agama tertua di Korea.

Selain itu, mereka juga percaya terdapat satu mitos mengenai Tuhan Tertinggi bernama Hanul, yang
menjelma dalam bentuk manusia dan melahirkan Dangun yang dianggap sebagai bapa orang Korea.
Dangun telah menubuhkan suatu undang undang dan pemerintahan kepada suku-suku yang hidup
di Semenanjung Korea.

Dalam usaha untuk menyebarkan penyembahan kepada Tuhan Hanul, Dangun membuat ritual untuk
bersembahyang kepada Tuhan. Ritual keagamaan Daejongyo boleh dikatakan bertapak kukuh di
Korea sebelum kedatangan agama Buddha dari China. Setelah kemasukan agama Buddha dan
fahaman China ke Korea, fahaman Daejoingyo mulai merosot. Menjelang abad ke-15, agama ini
hampir hilang dalam peta masyarakat Korea.

Di samping itu, tentera Jepun turut memainkan peranan membanteras fahaman ini ketika mereka
menjajah Korea. Ini kerana Jepun yang membawa agama Shinto turut memiliki penyebaran fahaman
kemuliaan Dewa Matahari mereka ke Negara-negara yang dijajah .

Walaubagaimanapun, pada abad ke 18 dan awal abad ke -19, kepercayaan Daejonggyo mula
dibangkitkan semula. Dalam konteks semangat kebangsaan rakyat Korea yang memperjuangkan
kemerdekaan daripada dijajah oleh Jepun, maka bermulalah slogan nasionalisme yang memilki
unsur kepercayaan agama Daejonggyo yang diubah kedalam bentuk agama baru (kalta).

Ini kerana menurut mereka, unsur-unsur keagamaan Dangun itu merupakan hak ekslusif untuk
orang Korea sahaja. Mitos Dangun dan Hanul itu bertepatan dengan nilai nasionalisme untuk
memperjuangkan hak kemerdekaan dan jati diri masyarakat Korea ketika mereka melawan penjajah.

Sekiranya perbincangan ini berkisar mengenai fahaman Shamanisme di Korea, hakikatnya ia


ditujukan kepada agama Deajon atau Taejongkyo yang merupakan asas kepercayaan di Korea.
Kebanyakkan gerakan agama baru di Korea turut mencedok daripada fahaman ini.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini, terima kasih assalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai