Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan
Mengkaji mengenai sejarah di Rantau Asia Timur membawa kita melihat satu proses yang
begitu kompleks, namun ia begitu istimewa apabila melihat kepelbagaian budaya dan
agama dalam skala yang lebih besar muncul dalam kerajaan awal di Asia Timur itu sendiri.
Kerajaan-kerajaan seperti Jepun, Tibet, Mongolia, Korea dan Asia Tenggara menjadikan
China yang sejak sekian lama telah mendominasi kawasan di Asia Timur sebagai model
kepada perkembangan agama dan budaya dalam kerajaan mereka. Hal ini kerana China
bukan sahaja gah dengan saiz dan pertumbuhan penduduk malah kerana budaya dan
agama China itu sendiri yang ulung pada masa itu.

Justeru, penulisan ini akan mengupas dengan lebih terperinci mengenai pengaruh
agama dan budaya China yang telah mempengaruhi sejarah keagamaan di negara matahari
terbit iaitu Jepun.

Gambar 1: Peta negara Jepun

(Sumber: http://roytravelog.blogspot.com/2011/11/nasihat-perjalanan-ke-jepun-
oleh.html, diakses pada 29 Mei 20140

2.0 Sejarah keagamaan Jepun


Peradaban awal Jepun dapat dibahagikan kepada 3 zaman iaitu zaman Jomon (10 000 S.M),
Yayoi (300 S.M hingga 300 M) dan Kofun ( 3M-6M).i Secara umumnya, masyarakat pada
zaman Jomon dan Yayoi berpegang dan percaya kepada kepercayaan menyembah alam
semesta dan semangat. Kepercayaan ini dapat dibuktikan melalui artifak yang ditemui di
perkuburan dan juga tulang-tulang yang membuktikan bahawa mereka amat takut kepada
sihir dan hantu.

AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 1


Agama Shinto merupakan agama asal masyarakat Jepun yang mengandungi ajaran
yang paling mudah dan berkisar kepada pemujaan roh. Bangsa Jepun purba percaya
bahawa segala apa yang ada di alam ini sama ada benda yang mati ataupun yang hidup
semuanya bernyawa. Menurut Wardan Amir (1976), Roh-roh ini disebut kami yang dianggap
sebagai kekuatan ghaib yang berada di alam nyata.ii Pada zaman Jomon iaitu pada zaman
awal peradaban Jepun didapati masyarakat pada zaman itu sudah mempunyai kemahiran
dan teknik dalam membuat tembikar serta mempunyai peraturan-peraturan sosial dan
tingkah laku dapat berkembang dengan lebih cepat.iii

Elemen utama dalam ketinggian budaya dan agama masyarakat Jepun


kebanyakannya berasal dari China. Kenyataan ini berpaksikan kepada kenyataan M.
Rajendran (1988) di mana zaman peradaban awal Jepun menyaksikan hubungan erat yang
antara kerajaan Jepun dengan China yang kaya dengan pemikiran dan falsafah kepercayaan
menyebabkan elemen-elemen kepercayaan yang penting dari negara China meresap masuk
ke dalam agama Jepun.iv Sejarah keagamaan Jepun memperlihatkan bahawa agama Shinto
merupakan agama asal masyarakat Jepun. Kemasukan agama dan budaya Buddha,
Konfucian dan Taoisme ke Jepun pada abad ke 6 S.M telah mempengaruhi sejarah
keagamaan masyarakat Jepun.

3.0 Buddha
Pengasas Buddha ialah Siddarta Gautama (563-438 SM). Agama Buddha berkembang pada
abad ke 6 SM. Berdasarkan kenyataan Joesoef Sou ‘yb, panggilan Buddha berasal daripada
perkataan Bodhi (hikmat) yang di dalam deklensi (tadhrif) selanjutnya menjadi buddhi
(nurani) dan menjadi Buddha (yang beroleh Nur).v Ajaran buddha wujud melalui ilham yang
diterima oleh pencipta agama tersebut melalui pengalaman yang dialami oleh beliau
mengenai penderitaan kerana nafsu, penyakit dan kematian yang merupakan sebab dan
akibat daripada sesuatu.

Justeru, asas kepada ajaran Buddha ialah untuk melawan nafsu yang membawa
kepada penderitaan tersebut. Terdapat tiga jenis kitab yang digunakan dalam ajaran
Buddha iaitu Sutta-Pitaka, Vinaya-Pitaka dan Abidhamma-Pitaka. Ringkasnya, agama
Buddha berasal daripada India dan dibawa masuk ke Jepun melalui China pada abad ke-6
Masihi. Ajarannya boleh disimpulkan melalui ucapan syahadahnya yang berbunyi “Aku
Berlindung kepada Buddha, aku berlindung kepada Dhamma, aku berlindung kepada
Sangha”vi

AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 2


3.1 Pengaruh Agama Buddha terhadap keagamaan Jepun
Agama Buddha berasal daripada India dan dibawa masuk ke Jepun melalui China sekitar
538 hingga 552 Masihi. Raja Pakche iaitu salah sebuah daripada tiga kerajaan di Korea telah
mempersembahkan beberapa buah buku mengenai doktrin agama Buddha dan sebuah
patung Buddha kepada kerajaan Jepun. Namun, beberapa pegawai menentang tindakan
Perdana Menteri Soga yang diarahkan oleh Maharaja Jepun untuk mendirikan sebuah kuil
untuk patung Buddha tersebut kerana membawa satu penyakit yang dahsyat dan merebak
ke seluruh Jepun.vii

Gambar 2: Patung Agama Buddha

(Sumber: http://talipati.blogspot.com/2011/05/04-buddha-563-sm-483-sm.html, diakses


pada 29 Mei 2014)

Zaman pemerintahan Putera Shitoku Taishi pada tahun 593 Masihi telah memberi
sinar baru kepada agama Buddha di mana agama Buddha telah berkembang dan mendapat
tempat dengan baik di Jepun. Ini selaras dengan kenyataan oleh Anesaki Maseharu yang
menyifatkan ajaran Buddha telah dijadikan asas kesatuan jiwa dan pemberi semangat moral
oleh Putera Shitoku Taishi bagi membina semangat Kebangsaan Jepun viii

Kemasukan ajaran Buddha ke Jepun membawa kepada pertembungan dengan


agama asal masyarakat Jepun iaitu agama Shinto yang dianuti sejak zaman peradaban awal
Jepun lagi. Namun begitu, pertembungan tersebut tidak menenggelamkan agama Shinto,
tetapi membawa kepada penyesuaian agama Buddha dan Shinto.ix Hasil daripada
penyesuaian tersebut menyaksikan Kami dianggap sebagai penjaga masyarakat. Selain itu,
upacara ibadat dan pemujaan dilakukan di dalam kuil Buddha. Sementara itu, sistem doktrin
yang terdapat pada agama Shinto telah dimasukkan ke dalam manifestasi Buddha dan

AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 3


Bodhisattra. Oleh itu, penyesuaian yang dilakukan ini membolehkan ajaran Buddha dan
Shinto dipraktikkan secara serentak.

Perkembangan agama Buddha di Jepun membawa kepada timbulnya beberapa


mazhab di Jepun. Mazhab Tendai bermula pada 805 Masihi dan Mazhab Shigon pula
bermula pada 806 Masihi yang mana ia telah disesuaikan dengan budaya dan masyarakat
Jepun. Mazhab Jodo pula diasaskan pada diasaskan pada 1175 Masihi dan penganutnya
terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Mazhab Zen daripada negara China
diperkenalkan pada 1191 Masihi. Mazhab Zen banyak mengajar cara bermeditasi dan disiplin
diri dan amat popular dikalangan tentera.x

Ringkasnya, Buddha memainkan peranan yang penting setelah diisytiharkan sebagai


agama ke-2 Jepun oleh pemerintah Meiji pada 1868. Agama Buddha mempunyai kedudukan
yang terkuat antara kepercayaan di Jepun dan membawa pengaruh yang besar dalam
sejarah keagamaan di Jepun.

4.0 Konfucian
Berdasarkan Kondansha Encylopedia of Japan, Konfucian bukan merupakan sebuah agama
tetapi lebih kepada aspek falsafah, etika dan pembelajaran politik.xi Ajaran Konfucian yang
lain adalah mementingkan hubungan yang baik. Terdapat 5 hubungan yang telah ditetapkan
dalam ajaran Konfucius iaitu hubungan antara pemerintah dengan rakyat, hubungan bapa
dengan anak, hubungan suami dengan isteri, hubungan abang dengan adik serta hubungan
kawan dengan kawan. Seseorang yang berjaya menganuti ajaran ini tidak akan
mementingkan kebendaan dan sebaliknya akan rajin berusaha dalam tugasnya, cermat
percakapan dan lain-lain. Konfucian juga merupakan penggalak kebebasan individu dan
segala perlakuan mestilah sederhana.

4.1 Pengaruh Konfucian terhadap keagamaan Jepun


Terdapat banyak sumber yang menyatakan kedatangan ajaran Konfucian oleh para sarjana.
Namun, walau dari mana datangnya ajaran Konfucian ke Jepun, namun asal-usulnya tetap
daripada China yang mana pengasasnya adalah bernama Kung-Fu-Tze yang berasal dari
wilayah Shantung. Perkembangan ajaran Konfucian di Jepun bukan suatu agama tetapi
Cuma suatu ajaran nilai-nilai (etika) kerana pengasas Konfucian iaitu Kung Fu Tze sendiri
menghindarkan diri untuk berbicara tentang alam ghaib.xii Hal ini dapat dijelaskan melalui

AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 4


penulisan Eiichiro Ishida yang menyatakan tidak terdapat pemujaan dalam ajaran Konfucian
tetapi berlandaskan kehidupan dan pemikiran yang benar.

Menurut Eiichiro Ishida lagi, ajaran Konfucianisme mula tertubuh di Jepun pada
zaman Asuka (593-710M). Ajarannya telah berkembang di Jepun bukan sebagai satu agama
yang berasingan tetapi satu falsafah politik dan sosial yang telah diterima apabila model
pemerintahan dari peradaban China diikuti.xiii Apabila Konfucian dibawa ke Jepun, ajarannya
telah memberikan lebih penekanan kepada kerukunan rumah tangga, ketaatan anak kepada
orang tua dan lain-lain. Menurut Edwin O. Reischauer dan Albert M. Craig, pembahagian
susun tingkat telah dibuat untuk melahirkan masyarakat berharmoni xiv

Ajaran atau falsafah Konfucian ini telah diubah dan ditambah supaya ia lebih sesuai
dengan situasi masyarakat dan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat setempat di Jepun.
Ajaran ini telah mencapai kegemilangan menjelang era 1900an dimana pengaruhnya
semakin berkembang dan upacara-upacaranya mula diamalkan semula pada 1907. Justeru,
perkembangan ajaran Konfucian di Jepun berkembang sebagai suatu kepercayaan berkaitan
dengan etika dan falsafah yang mementingkan hubungan baik dalam masyarakat sekaligus
manusia saling menghormati antara satu sama lain dan keamanan dapat diwujudkan.

Gambar 3: Pengasas ajaran Konfucian iaitu Kung Fu Tze

(Sumber: http://dezzaitha.blogspot.com/2011/10/peradaban-china-modern-
konfusianisme.html, diakses pada 29 Mei 2014)

AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 5


5.0 Taoisme
Ajaran Taoisme dibawa oleh Lao Tze (604-517 SM) yang hidup pada abad ke-6 SM.xv “Tao”
bermaksud “jalan” atau “Undang-Undang” atau “akal fikiran” atau dengan kata lain Tao
adalah suatu yang wujud tetapi tidak diketahui secara lahir dan tidak dapat digambarkan
oleh fikiran manusia secara nyata. Taoisme wujud melalui 2 unsur iaitu Tao dan Ki. Ki pula
adalah bermaksud jiwa iaitu elemen yang harus dipadani dengan Tao. Mengikut
kepercayaan Taoisme, pencantuman 2 unsur ini membawa kepada kejadian pelbagai benda.

Gambar 4: Ajaran Taoisme

(Sumber: http://allabout-buddhist.blogspot.com/2012/04/ajaran-taoisme.html, diakses


pada 29 Mei 2014)

5.1 Pengaruh Taoisme dalam keagamaan Jepun


William L. Bunce (1955) menyatakan pengaruh kebudayaan di China pada abad ke-3 hingga
ke-6 menyaksikan falsafah Taoisme telah diperkenalkan di Jepun oleh seorang sarjana
Korea yang bernama Wani. Pada masa yang sama, Taoisme juga dibawa dari China kerana
amat berpengaruh dalam adat-adat dan lagenda-lagenda.xvi. Akhirnya ajaran Taoisme yang
lebih menumpukan kepada kombinasi kekuatan mausia iaitu antara Naturalisme dan
supernaturalisme dirasakan sesuai dengan Shinto dan mula diserasikan dengan agama
ajaran Shinto dalam beberapa aspek kepercayaan.

AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 6


6.0 Analisis
Elemen utama dalam ketinggian budaya dan agama masyarakat jepun ialah budaya dan
agama Jepun kebanyakannya berasal dari China. Namun, W. Scott Morton menyatakan
bahawa kemampuan orang Jepun untuk meminjam dan mengamalkan kebudayaan luar
sambil mengekalkan jati diri dan cara masyarakat Jepun merupakan keistimewaan negara
Jepun berbanding negara-negara lain seperti Korea dan Asia Tenggara.xvii Secara
keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa aspek-aspek sejarah keagamaan Jepun
terbentuk melalui agama dan budaya asli Jepun yang digabungkan dengan agama dan
budaya dari China. Akhirnya, gabungan agama-agama tersebut telah membentuk peradaban
dan tanmadun Jepun dengan agama dan kepercayaan yang baru. Apa yang menarik untuk
diperhatikan ialah kemampuan masyarakat Jepun. Azhar Mad Aros menyatakan perkara
yang menarik untuk diperhatikan dalam perbincangan mengenai sejarah keagamaan Jepun
ialah kemampuan masyarakat Jepun dalam mengasimilasikan kebudayaan luar dengan
menerima peradaban luar dan kemudian dicantumkan dengan tamadun asal mereka.xviii
Percantuman tersebut telah membentuk jati diri dan inti kepercayaan dalam masyarakat
Jepun sekaligus melahirkan peradaban Jepun yang unik.

Percampuran ataupun asimilasi agama asal masyarakat Jepun iaitu Shinto dengan
Buddha, Konfucian dan Taoisme telah membawa kepada identiti masyarakat Jepun pada
masa kini. Keadaan seperti inilah yang telah membawa kepada orang-orang Jepun pada
masa kini yang menganuti dan mengamalkan kepercayaan agama tersebut secata serentak.
Hal ini ditegaskan oleh W. Scoot Morton sekali lagi bahawa sikap masyarakat Jepun itu
sendiri yang mudah menerima kemasukan elemen-elemen dari luar asalkan tidak
bercanggah dengan masyarakat mereka dan dapat membangunkan peradaban mereka.

7.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, sejarah keagamaan Jepun yang begitu kompleks dengan agama
dan budaya telah membentuk identiti bangsa Jepun sehingga kini. Pembentukan identiti
masyarakat Jepun dipraktikkan mengikut kesesuaian masyarakat Jepun pada masa dahulu
terus diamalkan secara turun-temurun membolehkan bangsa Jepun bangkit membentuk
peradaban Jepun yang disegani.

AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 7


i Kondansha Encylopedia of Japan, Vol. 4, Japan: Kondansha Ltd, 1983, hlm. 72.

ii Wardan Amir B.A, Perbandingan agama, Jakarta: Penerbit Toha Putra, 1976, hlm. 17-18

iii
Abbas Mahmoud al-Akkad, Hubungan Arabia Dengan British Pada Masa Pe Ketuhanan: Sepanjang Ajaran
Agama-Agama dan Pemikiran, Jebat 25 (1995): 97-105, hlm. 99.

iv M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd, 1988, hlm. 6.

v Joesoef Sou’ yb, Agama-agama Besar Di Dunia, Jakarta: Penerbit PT Al Husna Zikran, Cetakan Pertama, 1983,
hlm. 209.

vi
Wardan Amir B.A, Perbandingan agama, Jakarta: Penerbit Toha Putra, 1976, hlm. 59.

vii M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd, 1988, hlm. 6.

viii Anesaki Maseharu, History of Japanese Religion, Tokyo: Charles B. Tuttle Company, 1963, hlm. 57.

ix
M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd, 1988, hlm. 8.

x Edwin O. Reischauer, Manusia Jepang, Jakarta: Penerbit Sinar Harapan, 1982, hlm. 190.

xi Kondansha Encylopedia of Japan, Vol. 4, Japan: Kondansha Ltd, 1983, hlm. 352.

xii Joesoef Sou’ yb, Agama-agama Besar Di Dunia, Jakarta: Penerbit PT Al Husna Zikran, Cetakan Pertama, 1983,
hlm. 167.

xiii Eiichiro Ishida (Terjemahan Makhtar Ahmad), Budaya Jepun: Kajian Tentang Asal Usul dan Ciri-Ciri, Kuala
Lumpur: Pustaka Cipta Sdn. Bhd, 1986, hlm. 81.

xiv Edwin O. Reischauer dan Albert M. Craig, Japan Tradition and Transformation, London: Houghton Mifflin
Company of East Asia, 1978, hlm. 26.

xv Joesoef Sou’ yb, Agama-agama Besar Di Dunia, Jakarta: Penerbit PT Al Husna Zikran, Cetakan Pertama, 1983,
hlm. 167.

xvi William L. Bunce, Religion In Japan, Tokyo: Charles e. Turttle Company, 1955, hlm. 3.

xvii
W. Scoot Morton (Terjemahan Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah dan Budaya, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2006, hlm. 1.

xviii
Azhar Mad Aros. et.al, Siri Sejarah Fajar Bakti: TITAS Kertas 2, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd,
Cetakan Pertama, 2000. Hlm. 265.

AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 8


AJ 20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR Page 9

Anda mungkin juga menyukai