Anda di halaman 1dari 2

Konsep konservatif

Konservatif bermaksud ingin atau cenderung untuk mengekalkan sesuatu


keadaan yang wujud atau yang menjadi kebiasaan. Selain itu, konservatif juga
didefiniskan sikap yang mempertahankan adat , nilai dan lain-lain yang telah
menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan, usul supaya

Pertama sekali bagi golongan yang menerimanya, sebagai aliran konservatif,


kemunculannya boleh dikatakan bermula dengan kemunculan kesedaran
tentang sejarah itu sendiri. Dan dalam hal ini, Herodotus sendiri dikatakan
telah merintis jalan melakukannya, dengan cara memuji kemenangan Greek
dalam pertempuran di Marathon dan Salamis, serta menganggap Athens
sebagai penyelamat negara-negara Greek. Sebaliknya dia menuduh raja-raja
Parsi sebagai angkuh, kejam dan ganas kerana tindakan mereka menakiuki
Greek. Bagaimanapun ada juga ketikanya dia menyesali tindakan Athens yang
menyokong pemberontakan Jonia, serta memuji keberanian askar-askar Parsi
sekalipun tewas dalam pertempuran Salamis. Dalam hal ini Herodotus
didakwa sebagai dipengaruhi oleh tradisi epik sejak Homer, dengan
menjadikan karya sejarahnya untuk memaparkan keberanian dan keperwiraan
orang-orang Greek yang berjaya mempertahankan maruah dan kedaulatau
mereka daripada serangan musuh yang lebih besar.
Tentang Thucydides, memang beliau dikatakan menekankan soal objektiviti
dalam kajiannya, bahkan tidak pula melakukan pengadilan moral dalam
karyanya itu. Bagaimanapun pendiriannya yang menyalahkan jeneral-jeneral
Athens itu menimbulkan tuduhan di kalangan penulis Athens sendiri bahawa
beliau adalah seorang pengkhianat negara.
Dengan kebangkitan pensejarahan Rom, unsur pengadilan moral telah
dipergunakan dengan seluas-luasnya. Livy umpamanya, telah memuji zaman
Rumawi kuno kerana masyarakatnya memuliakan nilalnilal utama Rumawi
(virtus Romana), sebaliknya mengutuk zaman kerana masyarakatnya
mengabaikan kod etika itu. Demikian juga dia memuji zaman lama yang
mengamalkan sistem republik yang menjaga hak asasi rakyat. Sebaliknya
Tacitus mengutuk sistem diktator yang diamalkan oleh maharajamaharajanya. B aginya, fungsi terpenting sejarah ialah mengenang jasa-jasa
daripada dilupakan, serta mengelak daripada celaan dan kutukan anak-cucu.
Demikian juga Plutarch, turut menekankan persoalan moral dalam karyanya
Parallel Lives, bahkan berjaya pula dalam usahanya itu. Memang jika diamati,
terdapat sifat kebangsaan di kalangan sejarawan Rom itu, oleh kerana mereka
gemar memuji bangsa Rom sebagai bangsa yang terbaik, dan sebaliknya
mengeji atau mengecilkan bangsa-bangsa lain. Tetapi pada umumnya
tindakan ini lebih merupakan cara untuk membimbing masyarakat Rom ke
arah suatu keadaan atau sifat yang mulia.
Adapun tentang sejarawan Krtstian pada Zaman Pertengahan, tidak syak lagi
merekalah yang paling banyak mengamalkan pengadilan moral, sejajar den
gan peranan mereka sebagai tokoh-tokoh agama yang bertanggungjawab
mengajarkan moral kepada para penganutnya.
Bagaimanakah situasinya pada Zaman Moden ini? Sebenarnya pada zaman
inilah pengaruh pengadilan moral mulai dipertikaikan, walaupun kelihataunya
aliran konservatif masih kuat pengaruhnya. Misalnya, tokoh-tokoh Sejarawan
be sar abad ke- 18 seumpama Gibbon, Hume, Rollin, Robertson, Raynal dan
Voltaire, semuanya menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah ialah
pengajaran falsafah melalui teladan philosophy teaching by example), dan

golongan sejarawan bertanggungjawab mengajarkannya. Malah pada abad


ke-19 juga, terutama di England pada zaman Queen Victoria (1837 - 1901), ia
merupakan zaman moraliti, atau moraliti merupakan semangat zamannya
(zeitgeist), hingga pengaruhnya meliputi setiap bidang kehidupan dan ilmu
pengetahuan. Pada zaman inilah terkenalnya gaya Victoria (Victorian style),
dengan tokoh-tokoh sejarawan yang juga merupakan pemimpin moral, yakni
memainkan dua peranan sekaligus.

Antara tokoh sejarawan lnggeris pada zaman Victoria itu ialah Thomas
Carlyle, yang mana seperti John L. Motley, menganggap bahawa pengadilan
moral bukan sahaja merupakan kecenderungan setiap orang, bahkan
merupakan kewajipan yang tertinggi. Namun tokoh yang paling jelas
komitmennya kepada fungsi moral dalam sejarah ialah Lord Acton, yang pada
tahun 1895 dilantik sebagai Regius Professor di Universiti Cambridge.
Baginya, walaupun pendapatpendapat berubah, tabiat-tabiat berubah,
kepercayaan-kepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hukum moral telah
diukirkan di atas kepingan logam yang abadi (Opinions alter, manners
change, creeds rise and fall, but the moral law is written on the tablets of
eternity). Bukan sahaja tokoh-tokoh tersebut, bahkan tokoh-tokoh
kontemporari seumpama Isaiah Berlin, Veronica Wedgwood, dan Arnold
Toynbee, semuanya menekankan kepentingan dan kewajipan moral dalam
sejarah. Tentang Arnold Toynbee misalnya, baginya pengusiran orang-orang
Arab dari Palestin oleh orang-orang Yahudi itu sama besar jenayahnya dengan
pembunuhan enam juta orang-orang Yahudi oleh Hitler. Dan sama seperti
semangat Isaiah Berlin dalam syarahannya yang berjudul "Historical
Inevitability", Adrian Oldfield juga dalam rencananya yang bertajuk "Moral
Judgements in Histoty" menganggap bahawa masalah pengadilan moral tidak
dapat dielakkan (inevitable) dalam penulisan sejarah.
KONSEP KONSERVATIF MENURUT TOKOH SEJARAWAN
1.
SEBAB-SEBAB PENGADILAN MORAL WAJAR DALAM PENULISAN SEJARAH
1. Dapat memudahkan pembaca atau masyarakat memahami sejarah atau
peristiwa yang berlaku dengan lebih tepat.
2. Penting bagi menunjukkan perlakuan ataupun peristiwa dalam sejarah yang
memuji individu yang berjasa dan memalukan golongan yang berdosa.
3. Dapat menerangi kejahatan seperti feudalisme,kekejaman dan keganasan.
4.

Anda mungkin juga menyukai