Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Menurut Abu Talib Ahmad dalam karyanya Tamadun Jepun, kemasukan atau pengaliran

pengaruh China ke Jepun bermula sejak kurun ke-6 S.M lagi. Malahan kemasukan ketamadunan

China ke negara Jepun boleh dilihat dari tradisi masyarakat tempatan yang berusaha untuk

memulakan satu budaya yang baharu. Faktor kemasukan pengaruh China ke negara Jepun sukar

untuk dinyatakan namun bagi Reischauer, Edwin O (Edwin Oldfather) mungkin pada waktu

tersebut Jepun telah mencapai tahap kebudayaan dan pengurusan organisasi yang pertama kali di

samping kekuatan kebudayaan China telah membantu proses pembelajaran terhadap pengaruh

tersebut.1

Hubungan Jepun dengan China sememangnya bermula dari dulu lagi melalui peristiwa perutusan

ahli perniagaan yang berulang-alik antara Jepun dan China sekitar kurun ke-4 S.M hingga 1

Masihi. Pendapat lain juga mengatakan bahawa imigran Korea juga memainkan peranan dalam

membawa masuk pengaruh China ke negara Jepun terutama dari aspek kesenian seiring dengan

kemasukan pengaruh agama Buddha pada tahun 552 S.M.2 Pengaruh budaya atau corak China

turut meluas kepada aspek politik, ekonomi, masyarakat, kesusasteraan dan sebagainya.

Penerimaan dan reaksi Jepun terhadap pengaruh China boleh dilihat sekitar kurun ke-6 hingga

ke-12 S.M. Hal ini didorong oleh kesedaran masyarakat Jepun terutama pihak pemerintah untuk

mempelajari peradaban dari sesebuah benua atau negara yang hebat di dunia. Namun begitu,

Jepun dikatakan tidak menerima dan meniru sepenuhnya corak atau budaya dari China. Jepun

1
Reischauer, E. O. (terj) Azhar Mad Aros & Md. Sidin Ahmad Isha, Jepun: Sejarah Sebuah Negara,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm 12
2
Morton, W. Scott, Japan: Its History and Culture, 3rd ed, Whitehouse Station: McGraw-Hill, 1994,
hlm 17
telah melakukan perubahan demi perubahan untuk mewujudkan sebuah budaya atau

ketamadunan Jepun sendiri. Hal ini sememangnya terbukti apabila Jepun telah melaksanakan

konsep Menggunapakai (Adoption) dan Pengubahsuaian (Modification) terhadap budaya atau

corak China.3

2.0 Sejarah Jepun

Secara ringkasnya, sejarah Jepun bermula ribuan tahun yang dahulu namun perbincangan dalam

penulisan ini berfokus sekitar kurun ke-6 S.M hingga kurun ke-12 S.M. Ini bermakna

penerangan tentang sejarah Jepun berfokus kepada Zaman Kufon atau Yamato (tahun 300-550 ),

diikuti Zaman Asuka (tahun 593-710), kemudian Zaman Nara (tahun 710-794) dan akhir sekali

Zaman Heian (tahun 794-1185).4

Dari segi kebudayaan zaman Yamato sememangnya menjalinkan hubungan dengan China

melalui beberapa buah kerajaan di Semenanjung Korea. Malah catatan Abu Talib dalam buku

Tamadun Jepun menyatakan bahawa Yamato pernah menerima pengiktirafan daripadan Wangsa

Sung Selatan. Setelah berlaku perpecahan dalam zaman Yamato muncul zaman Asuka

menggantikannya. Kebudayaan China yang diterima oleh zaman ini bermula apabila Jepun

menggunakan Buddhisme sebagai alat yang digunakan untuk menyatukan dan mengawal negara.

Manakala, zaman yang seterusnya iaitu zaman Nara juga telah menerima pengaruh China.

Zaman Nara dikatakan zaman yang paling banyak memperoleh ilmu dari negara China. Banyak

perubahan berlaku pada zaman tersebut. Akhir sekali zaman Heian dalam sejarah Jepun

merupakan zaman yang menerima pengaruh rentetan daripada pembaharuan yang wujud pada

zaman Nara.
3
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation. Boston:
Houghton Mifflin, 1973, hlm 334-353
4
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm 14
Pengaruh China terhadap beberapa zaman ini akan diulas lebih lanjut dalam penulisan ini.

Sememangnya penekanan terhadap pengaruh budaya China yang dibawa masuk ke Jepun banyak

memberi kesan kepada aspek pentadbirana atau politik, ekonomi, sosial (masyarakat) dan

sebagainya di Jepun.

3.0 Pengaruh China dalam Perkembangan Sejarah Jepun

3.1 Zaman Kufon atau Yamato

Semasa kemunculan zaman Kufon atau Yamato ini, pengaruh China teserlah pada aspek

kenegaraan dan cara mengawal sumber manusia. Zaman Yamato dikategorikan kepada

tiga peringkat utama, peringkat terakhir dikatakan bermula pada kurun ke-6 yang

dicirikan sebagai pepecahan politik dan keghairahan terhadap pengaruh China. Ilmu

pengetahuan dari China termasuklah cara menulis, membaca, akaun serta pendaftaran isi

rumah telah diberi perhatian. Di samping itu, pengaruh China dari segi falsafah dan ilmu

sejarah serta kesusasteraan turut diberi tumpuan oleh kerajaan Jepun untuk memperkukuh

pentadbiran.5 Malah, kerajaan turut melantik pegawai-pegawai yang “berpengetahuan

China” untuk memegang jawatan yang lebih tinggi sebagai alat atau medium Jepun untuk

membawa masuk pengaruh China atas tajaan pemerintah.

3.2 Zaman Asuka

Zaman ini memperlihat bahawa kemasukan pengaruh China dibuat secara perlahan

beriringan dengan penyerapan Buddhisme. Semasa pemerintahan Putera Shotoku,

pentadbiran baharu diperkenalkan iaitu melalui perlembagaan 17 fasal yang

5
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm 26
menampakkan pengaruh Buddhisme (dibawa oleh imagran Korea)6 dan Konfucianisme

di Jepun. Penulisan buku Jepun: Sejarah Sebuah Negara menunjukkan bahawa pelajar

Jepun, rahib dan mubaligh luar kerap ke tanah besar (China) untuk menjadi printis

kepada perkembangan kesenian, idea dan institusi.

3.3 Zaman Nara

Sekitar tahun 708-712, zaman Nara dikategorikan kepada dua perkembangan utama iaitu

yang pertama perpindahan ibu kota ke Heijo. Perkembangan ibu kota ini digambarkan

bermodelkan kepada Chang An iaitu ibu kota bagi wangsa Tang di China. Hal ini jelas

menunjukkan pengaruh corak atau budaya China di Jepun yang dilengkapi dengan

bangunan kerajaan, biara dan jalan raya sebagai tanda kekayaan Nara. Sistem politik

Nara menunjukkan pengaruh China yang tebal tetapi masih mengekalkan ciri-ciri Jepun

seperti wujudnya jabatan kami yang bertanggungjawap dalam upacara ritual Shinto untuk

maharaja dan majlis negara. Berdasarkan catatan Abu Talib Ahmad dalam karyanya

Tamadun Jepun, beliau menyatakan bahawa zaman Nara sangat terkenal dengan

pencapaian budayanya yang dipengaruhi oleh China. Pengaruh wujud dalam aspek seni

bina, pembinaan biara dan patung Buddha, penulisan sejarah, perubatan, matematik dan

kesusasteraan.7 Pencapaian Nara dalam bidang pentadbiran telah memberi kesan kepada

perkembangan zaman selepasnya.

6
Reischauer, E. O. (terj) Azhar Mad Aros & Md. Sidin Ahmad Isha, Jepun: Sejarah Sebuah Negara,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm 13
7
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm 31
3.4 Zaman Heian

Zaman Heian telah mencatatkan pelbagai perubahan yang berlaku terutama dalam sistem

pentadbiran. Semasa zaman ini, terdapat seorang cendekiawan yang prolifik iaitu

Sugawara no Michizane mahir dalam puisi China. Jelas bahawa, pengaruh China di Jepun

turut mempengaruhi golongan cendekiawan. Selain itu, Jepun telah mewujudkan atau

membina sebuah Shishiden dan Dewan Phoenix yang menampakkan percampuran antara

pengaruh China dengan tempatan. Pengaruh China di Jepun semasa zaman Heian turut

berlaku kepada hasil kesusasteraan (lelaki menulis dalam bahasa China)8 dan agama

Buddha. Dikatakan pada zaman ini, beberapa aspek kepercayaan dalam agama Buddha

telah mempengaruhi masyarakat Jepun di samping kesudian mereka menerimanya.

4.0 Penerimaan dan Reaksi Jepun Terhadap Pengaruh China

Pengaruh China di Jepun menunjukkan aliran budaya berlaku secara perlahan-lahan dan tanpa

disedari. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Reischauer, Edwin O (Edwin Oldfather)

dalam bukunya berkaitan sebab perubahan secara mendadak proses penyebaran pengaruh

tersebut berlaku.9 Hal ini menyebabkan Jepun melihat faktor tersebut sebagai panduan untuk

mencapai tahap pembelajaran budaya secara berperingkat. Lebih-lebih lagi dalam sistem uji yang

wujud pada zaman Jepun Kuno yang semata-mata berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan

dan mitos terbukti tidak cukup untuk keperluan semasa. Semasa Jepun berada di bawah sistem

uji, kerajaan pusat sering kali terganggu dan peperangan turut berlaku kerana sistem warisan

yang tidak jelas. Oleh yang demikian, setelah kemasukan pengaruh China yang dibawa oleh

8
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm 34-35
9
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 334
pedagang-pedagang serta imagran yang datang ke Jepun berlaku proses Menggunapakai

(Adoptation) dan Pengubahsuaian (Modification) oleh masyarakat terutama golongan pemerintah

Jepun.

4.1 Menggunapakai (Adoption)

Penggunaan pengaruh budaya atau corak China boleh dilihat melalui kejayaan Soga pada

587 S.M yang telah menjadikan kedudukan mereka paling tinggi di Mahkamah Yamato.

Perlantikan Putera Shotoku sebagai pemangku maharaja telah membawa beberapa siri

dan proses inovasi dalam membentuk masyarakat dan kerajaan Jepun lebih kepada corak

atau pola China. Pada tahun 604 S.M, Shotoku telah mewujudkan satu ajaran yang

dikenali sebagai “Perlembagaan 17 Fasal” sebagai tanda menyokong China sebagai

negara yang memiliki keagungan pemerintahan, kerajaan berpusat dan merit birokrasi

yang sempurna. Malah Shotoku turut menggunakan sistem kalendar China dan telah

memilih tahun 660 S.M sebagai pembukaan negara Jepun.10 Dalam tahun 603 S.M,

Shotoku telah menggunapakai peraturan dalam sistem birokrasi berpusat China. Sebagai

contoh dalam sistem mahkamah persendirian, pangkat untuk pegawai-pegawai akan

diberi selaras dengan jawatan yang dipegang oleh mereka. Ini dikatakan beransur-ansur

mengantikan sistem uji11 yang diamalkan sejak turun-temurun. Shotoku telah menghantar

tiga kali perutusan ke China iaitu pada tahun 607 S.M, 608 S.M, dan akhir sekali pada

614 S.M.12 Perutusan tersebut penting kepada Jepun untuk menunjukkan bahawa Jepun

10
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 335
11
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 330
12
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 336
dapat dinilai berdasarkan kepada saiz dan keberanian mereka. Pada kurun ke-8 pula,

tradisi membina kapal baru dilaksanakan untuk misi ke China untuk mempelajari budaya

atau corak China. Antara yang dihantar adalah sami-sami Buddha, cendekiawan sejarah

dan kesusasteraan, pelukis, pemuzik dan sebagainya. Pelayaran tersebut telah memberi

pengetahuan dan kemahiran yang tinggi kepada mereka yang menyertai misi tersebut dan

pembelajaran tersebut telah diterima oleh sistem Mahkamah Jepun serta turut

menyumbang kepada transformasi budaya di negara Jepun.

Selain kejayaan Putera Shotoku, wujudnya pembaharuan baharu yang digelar

Pembaharuan Taika. Pemerintahan secara kejam oleh Soga akhirnya musnah pada tahu

645 S.M dalam peristiwa rampasan perang. Hal ini telah membuka peluang kepada

Tenchi untuk menjadi maharaja beberapa tahun kemudian. Tenchi dan Kamatari telah

memulakan gelombang pembaharuan yang kedua berdasarkan kepada China sebagai

model kerajaan berpusat. Taika bermaksud “Great Change” yang diterimapakai sebagai

“Chinese-type” pada tahun 645 S.M.13 Sebagai contoh, model bangunan dari “Chinese-

type” telah didirikan di Naviwa (Osaka) manakala di hujung pedalaman Timur Laut

kementerian kerajaan pusat telah ditubuhkan sebagai usaha untuk mewujudkan peraturan

yang seragam di setiap wilayah serta sistem cukai China secara berpusat turut dilakukan

di samping undang-undang kod lama China disediakan. Undang-undang telah

diwujudkan namun hanya atas kertas tetapi secara perlahan Jepun mula membentuk

semula imej negara sebagaimana wangsa Tang. Tahun 710-784 S.M adalah model yang

dianggap sebagai titik tertinggi dalam corak politik China yang terdapat di Jepun.

13
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 336
Pengambilan budaya China terhadap Jepun juga boleh dilihat melalui struktur masyarakat

Jepun sendiri. Berdasarkan kepada kod undang-undang, Jepun telah mengambil secara

keseluruhan corak kerajaan birokrasi berpusat Tang iaitu sangat komplek terutama dalam

sistem pemilikan tanah dan percukaian. Dalam daftar kurun ke-8 jelas bahawa usaha

untuk menjalankan sistem persamaan pembahagian sawah padi serta aliran cukai yang

besar tanah di ibu kota berlanjutan melalui pengurangan secara perlahan untuk beberapa

abad. Bentuk politik dan gelaran rasmi telah diperkenal pada kali ini terselamat hingga

kurun ke-19. Walaupun mengambil dari China, Nara di Jepun masih mundur dari aspek

ekonomi. Sebagai contoh, pengeluaran wang tembaga oleh kerajaan pada tahun 708 S.M

dan sesetengah kerajaan seterusnya telah meniru kerajaan China. Sistem mahkamah lama

dalam kalangan masyarakat Jepun telah diubah kepada mahkamah bangsawan yang luar

(Kuge)14 dengan mengekalkan barisan kelas dan konsep merit birokrasi pendidikan merit

China telah diabaikan sama sekali. Jawatan keluarga bangsawan uji di wilayah-wilayah

telah ditukar kepada jawatan di peringkat daerah. Kebanyakkan bahagian diturunkan

untuk siri pengasingan pangkat “luaran” manakala di bawah bangsawan terdapat

golongan petani yang pada mulanya mendapat tempat dan hak dalam transformasi yang

berlaku. Namun begitu, mereka perlu tunduk kepada uji tempatan dengan membayar

cukai secara langsung kepada kerajaan pusat dan hak mereka terhadap tanah dijamin oleh

kerajaan. Sebagaimana yang diguna dalam sistem wangsa Tang, pangkat tertinggi iaitu

golongan bangsawan mengekalkan pendapatan darai tanah mereka semata-mata.

Pinjaman atau pengambilan yang dilakukan oleh Jepun nasionalisasinya kebanyakkan

tanah pertanian dan cukai terhadap petani tidak dijalankan sebagaimana kod undang-

14
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 340-341
undang yang telah diaplikasikan. Pengambilan corak atau budaya China perlahan-lahan

diubahsuai mengikut gaya dan kehendak Jepun. Sebagai contoh, penyusunan semula

negara Jepun oleh Putera Shotoku pada zaman Nara telah mengurangkan secara drastik

kekayaan dan kekuasaan autonomi wilayah uji di Jepun. Hal ini jelas dalam rekod

arkeologi dan sejarah Jepun.

Kemasukan agama Buddha ke Jepun telah diterangkan sebelum ini maka dalam bahagian

ini adalah untuk menunjukkan penggunaan dan pinjaman yang dilakukan oleh Jepun

terhadap pengaruh Buddhisme. Transformasi politik Jepun turut disertai dengan

perubahan dalam bidang teknologi dan budaya (kesenian dan kesusasteraan). Catatan

bahawa Jepun telah menguasai seni bina dan teknologi membina jambatan serta

kemahiran yang lain dari China.15 Jelas terbukti apabila kuil yang dibina di Jepun semasa

kurun ke-7 dan ke-8 telah mengingat kembali seni bina yang wujud semasa wangsa Tang.

Dari segi seni bina, Shokotu telah mengasaskan “The Golden Hall”16, pagoda Horyuji

dan biara di pinggir Barat Nara. Seni bina ini merupakan bangunan yang diperbuat dari

kayu dan direkodkan sebagai bangunan kayu tertua di dunia. Pengaruh agama Buddha

dalam kesenian Jepun amnya tersebar luas dalam kalangan bangsawan dan keluarga

diraja. Contohnya di Todaiji (Nara) maharaja telah dibina dan dikurniakan biara sekitar

tahun 770 S.M di samping pihak mahkamah telah melakukan pencetakan sebanyak sejuta

azimat Buddha sehingga dikekalkan untuk gambaran yang paling awal di dunia. Semasa

pemerintahan Maharaja Shomu (724 S.M – 749 S.M) objek ritual telah digunakan dalam

majlis dedikasi milik bersama di Shosoin, malah pembentukan harta yang unik seperti

15
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 341-342
16
Seni bina “The Golden Hall” penuh dengan imej-imej cantik dan dinding diliputi lukisan (hancur akibat
kebakaran pada tahun 1949) yang mengingatkan lukisan di gua kecil Buddha di India.
instrumen muzik, lukisan, tekstil, permaidani serta senjata turut dicipta dan kebanyakkan

adalah hasil import dari China dan negara Asia yang lain.

Proses penerimaan Jepun terhadap pengaruh corak China juga dalam dilihat melalui

kaedah gunapakai tulisan dan kesusasteraan China. Penggunaan corak China biasanya

termasuk meminjam sistem tulisan China. Namun, fiktografi dan ideografik huruf China

susah untuk disesuaikan dalam sistem tulisan bahasa lain terutama dalam suku kata dan

fleksi bahasa Jepun yang banyak. Jepun awalnya selari dengan Korea yang

menyelesaikan masalah dalam sistem tulisan China ini dengan mempelajari, mengejap

nama dan perkataan Jepun mengikut suku kata demi suku kata China berdasarkan

fonetik. Hal ini menunjukkan keupayaan dan kesungguhan Jepun untuk membawa keluar

perubahan yang besar dalam aspek politik dan budaya mereka sekitar kurun ke-7 dan ke-

8. Kemasukan sistem tulisan China telah mempengaruhi hasil penulisan di Jepun untuk

merekod masa lalu dan telah membantu kerajaan menghasilkan dua buah karya iaitu

Record of Ancient Matters’ (712 S.M) dan History of Japan (720 S.M). Jepun turut

mengambilkira seni sastera dan tangan iaitu kaligarafi China kemudian disesuaikan

mengikut gaya Jepun. Dalam kesusasteraan Jepun mengekalkan penggunaan Antologi

120 Puisi China dan telah mewujudkan sendiri antologi sedemikian dengan saiz dan

kualiti yang ringkas serta hebat iaitu 4516 puisi dalam Jepun atau digelar Collection of

Myriad Leaves (Man’yoshu).17

17
Reischauer, E. O. (terj) Azhar Mad Aros & Md. Sidin Ahmad Isha, Jepun: Sejarah Sebuah Negara,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm 19
4.2 Penggubahsuaian (Modification)

Penggubahsuaian yang dilakukan oleh Jepun ke atas pengaruh budaya dan corak China

boleh dilihat dari beberapa aspek, antaranya iaitu sistem estet dan institusi politik Jepun.

4.2.1 Sistem Estet

Pada permulaan, keluarga bangsawan menuntut atau menerima pendapatan dari

pegangan yang meluas atas dasar pangkat, pejabat dan perkhimatan. Hakikatnya

tanah-tanah diberikan kepada biara-biara Buddha dan kesucian Shinto. Hal ini

mengalakkan mahkamah melakukan pemulihan ke atas tanah, membenarkan

pembekal-pembekal bidang tambakan pada tahun 723 S.M untuk generasi di

samping membuat pemilihanan tetap pada 743 S.M. Nilai pegangan persendirian

sememangnya bergantung kepada tahap pengecualian dan kebebasan cukai

daripada pihak kerajaan. Awalnya, tanah-tanah persendirian ini menikmati

pengecualian cukai dan cenderung untuk dikembangkan namun pelindungan

daripada bidang kuasa sivil dan jenayah serta imuniti daripada kemasukan akan

diperiksa oleh pegawai-pegawai kerajaan.18 Harapan pemilik untuk bebas dari

sebarnag cukai nampaknya tidak menemui jalan. Walau bagaimanapun terdapat

satu cara untuk mencapai harapan tersebut iaitu perlu patuh pada kuasa tertinggi

di mahkamah atau institusi keagamaan yang berpretij untuk memastikan

perlindungan daripada pegawai-pegawai kerajaan.

18
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 348-349
Pada kurun ke-4 estet atau Shoen mula dibentuk hingga mewujudkan ribun estet.

Namun begitu, estet ini tidak seperti rumah mewah Eropah kerana estet ini tidak

bersatu dan bidang tanah hanya tertumpu kepada sebuah rumah besar. Manakala

tanah pertanian pula bertaburan dan ditakbir sebagai satu unit. Tokoh atau

pegawai yang terlibat dalam sistem estet ini terdiri daripada Patron di peringkat

tertinggi diikuti oleh Proprietor atau pemilik tanah, Pengurus estet, pekebun atau

petani kecil dan akhir sekali pekerja-pekerja (hamba berhutang).19 Pekerja-pekerja

ini tidak mempunyai hak sama sekali dalam bahagian pendapatan atau tiada gaji

mahupun ganjaran yang diperoleh.

Peningkatan yang berlaku pada kurun ke-9 iaitu adat bahawa gabenor perlu

menghantar timbalannya ke tempat atau estet. Hal ini bertujuan untuk

mengambilkira sumber pendapatan atas dasar pelantikan jawatan semata-mata.

Hakikatnya, hak untuk memilih gabenor bagi wilayah-wilayah tertentu telah

menjadikannya pemilik utama dalam masa yang singkat sebagaimana sistem

“patron-age” ke atas harta pusaka. Selain itu, mahkamah bangsawan yang kecil

akan keluar dari wilayah untuk mencuba nasib sebagai timbulan atau pegawai-

pegawai kecil yang menjadikan mereka memilik tanggungjawap ke atas tanah

awam sebagaimana pemilik tanah atau pengurus estet.

Di ladang-ladang atau estet, bagi petani yang tidak mempunyai tanah akan

dikerahkan untuk bekerja dengan pekebun kecil yang dikawal oleh pengurus estet

yang bekerja untuk pemilik tanah yang kemudianya terhutang budi dengan patron.

19
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 348
Dikatakan produk tempatan Jepun telah mengalir ke ibu negara telah meningkat

namun penguasaan adalah di tangan institusi keagamaan dan ahli-ahli mahkamah

yang memegang jawatan sebagai pemilik tanah atau juga patron estet yang

menjalankan pemerintahan terhadap naungan kerajaan wilayah.

Penekanan terhadap penggubahsuaian corak atau budaya China yang

mempengaruhi Jepun dalam pengubahsuaian sistem estet jelas telah membawa

Jepun kepada pembentukkan sebuah negara yang memiliki ketamadunan yang

unggul seperti China sekitar kurun ke-6 hingan kurun ke-12.

4.2.2 Institusi Politik

Pembentukkan semula masyarakat dan perkembangan ekonomi melalui sistem

estet merupakan proses yang perlahan dan panjang sekitar kurun ke-8 hingga ke-

13, namun begitu kemajuannya teserlah pada kurun ke-9 yang telah memberi

kesan kepada bentuk-bentuk kerajaan luar pusat. Kemerosotan hasil cukai serta

peralihan kuasa ke tangan persendirian menyebabkan kerajaan perlahan-lahan

mengalami kegagalan untuk menjalankan tanggungjawap dan fungsinya. Bahan

pentadbiran yang merosot dari pejabat kerajaan, ritual dan upacara menjulang

mereka dititikberatkan di samping pengekalan oleh pihak istana lebih kepada

undang-undang secara teliti. Akhirnya fungsi kerajaan sebenar bertukar kepada

keturunan kehormat hanyalah gelaran semata-mata dianugerahkan tanpa mengira

usia penyandang dan keupayaan. Malah gelaran tersebut hanya dianggap sebagai

nama keluarga (surname) atau nama persendirian semata-mata pada kurun ke-8

S.M.
Bagi menggantikan perbadanan negara yang rumit, pekembangan politik akhirnya

menemui kemudahan pada kurun ke-9 bagi menguruskan tugasan dalam

pentadbiran kerajaan pusat. Terdapat banyak jawatan diwujudkan bagi

menjayakan hal ini. Antara jawatan tersebut adalah Pegawai Audit yang mula

dilantik pada tahun 790 S.M untuk mengaudit akaun pentadbir tempatan yang

bersara. Penggantian kepelbagaian jawatan kepada ketua penyelia terhadap

pendapatan cukai kerajaan dan kewujudan saluran yang berkesan untuk mengawal

kuasa ibu kota dengan wilayah kerajaan turut dilaksanakan. Di samping itu, biro

arkib juga telah ditubuhkan pada tahun 816 S.M dan memainkan peranan

merangka dikri empayar atau negara Jepun. Malahan pelantikan Pesuruhjaya Polis

turut dilakukan di ibu kota sekitar tahun 820 S.M untuk mengawal undang-

undang dan peraturan sekali gus membawa pentadbiran undang-undang adat yang

berkembang dalam Undang-undang Kuno China.20

Proses mengubahsuaian dalam institusi politik Jepun sememangnya

menampakkan bahawa Jepun berjaya mempelajari sekali gus menggubahnya

mengikut kesesuaian negara dan keadaan masyarakat di Jepun. Oleh itu, jelas

bahawa pengaruh China yang menular di Jepun telah mengalami proses

pengubahsuaian dan hal ini menunjukkan bagaimana reaksi Jepun terhadap

pengaruh tersebut.

20
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation.
Boston: Houghton Mifflin, 1973, hlm 350-351
5.0 Kesimpulan

Sebelum dari zaman Jepun Kuno hinggalah berjaya membentuk sebuah tamadun sendiri, Jepun

sememangnya layak mendapat tumpuan dalam proses pensejarahannya. Kemasukan pengaruh

budaya atau corak China yang disebabkan oleh beberapa faktor sama ada dari luar mahupun

usaha masyarakat Jepun sendiri yang memiliki kegigihan untuk mempelajari ketamadunan dari

negara-negara laur terutama China.

Sebagaimana yang telah diterangkan iaitu pengaruh China boleh dilihat melalui zaman-zaman

yang terdapat dalam sejarah pemerintahan Jepun. Pengaruh-pengaruh budaya atau corak China di

Jepun sememangnya mendapat sambutan daripada masyarakat golongan pemerintah di Jepun

yang berusaha untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran mewujudkan sebuah negara yang

boleh berdiri setanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Eropah dana negara Asia

yang lain.

Perlu diingatkan bahawa sejarah negera Jepun mengalami lebih banyak perubahan selepas kurun

ke-12. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Maharaja Meiji wujud banyak perubahan sama ada

dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Keunikan Jepun yang dapat menggunapakai

dan mengubahsuaikan budaya atau corak China telah membawa Jepun ke arah ketamadunan

yang tinggi nilainya.

Oleh yang demikian berdasarkan kepada penerangan terhadap penerimaan dan reaksi Jepun

dapat dilihat bahawa Jepun tidaklah menerima atau meniru secara keseluruhan budaya dan corak

yang dibawa masuk dan dipelajari untuk mewujudkan sebuah negara dan tamadun Jepun yang

ada selepas kurun ke-12 seterusnya pada masa kini.


6.0 Rujukan

Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005

Abdul Rahman Haji Ismail. China Tradisional: Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan

Proses Pencinaan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiann. Universiti

Sains Malaysia, 1983

Abdul Rahman Haji Ismail. China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka, 2001

Beasley, W. G. & E. G. Pulleybank. Historians of China and Japan. London: Oxford

University Press, 1961

Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A. M. Craig. East Asia: Tradition and

Transformation. Boston: Houghton Mifflin, 1973

Morton, W. Scott. Japan: Its History and Culture. 3rd ed. Whitehouse Station : McGraw-

Hill, 1994

Rajendran, M. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku, 1988

Reischauer, E. O. Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya, 2006

Reischauer, Edwin O. Jepun: Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1970

Suffian Mansor. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

Watson, B. Ssu-ma Ch’ien: Grand Historian of China. New York & London: Columbia

University Press, 1958

Anda mungkin juga menyukai