Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Tamadun mula berkembang selepas kewujudan bahasa dan tulisan. Menurut


Hj. Nasir Hj. Sulaiman dan Mary Tan (2000) tamadun berasal daripad bahasa
Latin iaitu civis yang bermaksud penduduk sesuatu bandar. Prof.M.A.J. Beg,
dalam Sivachandralingam Sundra Raja Ayaduarai Letchumanan (2005)
merujuk tamadun sebagai pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip,
kesenian, seni bina, agama, undang-undang, dan politik. Edward L.Farmer
dalam Sivachandralingam Sundra Raja dan Ayaduarai Letchumanan (2005)
pula

mengtakrifkan

tamadun

sebagai

unit

budaya

terbesar

dalam

corganisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial,


tradisi, dan institusi-institusi yag berterusan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Beatty dan Johnson (1971) dalam Mahayudin Hj. Yahaya,
J.Ratnam dan Ragunathan (2002) berpendapat bahawa tamadun mempunyai
kaitan dengan dengan kebudayaan kota dan tulisan.
Mustafa Hj Daud (1999) Dari pandangan islam, Tamadun berasal dari perkataan
Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau
masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah.
Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat
yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan
tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah Perkembangan tamadun
berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang
dialami oleh manusia. Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula
dengan

pengutusan

bertamadun

menurut

para

nabi

acuan

dan

Pencipta

rasul.

Pembentukan

manusia

adalah

masyarakat

tujuan

utama

perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan
kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun.
Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh
tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material.
Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap
untuk manusia membina tamadun.
1

Tidak

dinafikan

perkembangan

tamadun

mempunyai

peranan

dan

sumbangan yang besar dalam peradapan manusia. Perkembangan tamadun


merangkumi beberapa aspek yang penting sebagai contohnya ialah revolusi
pertanian, mempunyai pertempatan yang kekal, wujudnya sistem organisasi
yang kukuh, mempunyai sistem pentadbiran, berkembangnya agama dan
kepercayaan, wujudnya sistem pembandaran yang sistematik, kemajuan
sains dan teknologi dan wujudnya sistem tulisan yang efisien. Antara
Tamadun yang boleh dijadikan contoh ialah Tamadun Jepun dan India.

SEJARAH KETAMADUNAN JEPUN


Menurut S.N.Eisenstadt (1923). orang Jepun pada mulanya menduduki
kepulauaan Jepun adalah dari Selatan melalui Pulau Farmosa dan Ryukyu,
ada juga yang berpendapat bahawa mereka berasal daripada

Korea dan

juga mungkin berasal dari daerah yang lebih jauh di timur laut Asia, dan lainlainnya mungkin berasal dari kawasan pantai China Selatan.

Jepun atau

Nihon atau Nippon dalam bahasa jepun dikenali secara meluas sebagai
Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu
matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato.
Tamadun

jepun

perkembangan

boleh

zaman

dibahagikan

iaituYayoi,Nara

kepada
,Heain,

beberapa
Kamakura,

peringkat
Kesyogunan

Ashikaga, Sengoku Jedai, Kesyogunan Tokugawa , Meiji dan akhirnya Zaman


jepun moden. Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-alat logam
dari benua asia terutamanya dari negara China. Suatu bentuk ekonomi
pertanian telah juga diperkenalkan. Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi
dan berakhir pada tahun 749 Masihi. Pada zaman Nara, Jepun banyak menjalin
hubungan dengan Korea dan China sehingga membawa kepada Jepun dipengaruhi
2

oleh sistem pemerintahan di China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang (618906Masihi). Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman yang penuh tradisi
Jepun dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan
dilafazkan dengtan indah damlam kehidupan serta kesenian. Zaman Heian merupakan
kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang gaya terutama untuk mencapai
kesempurnaan dalam bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan, ukiran dan seni bina.
Kerajaan Kamakura pula ini ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192M , beliau dilantik
sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami telah menjadi ibu negara
dan pusat kegiatan politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan
keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah negara
Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan Khemah atau Bakufu dalam bahasa
Jepun. Walaupun begitu, ianya berjaya mengekalkan pemerintahan selama hampir 150
tahun iaitu dari 1192M-1333M dan menangani pelbagai masalah dan ancaman yang
menjatuhkan kerajaannya.
Zaman Kesyogunan Ashikaga merupakan zaman kejatuhan sistem beraja dalam
tamadun jepun. Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan Kesyogunan
Ashikaga, Jepun berada di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah pada
zaman kesyogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah
pentadbiran Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan Kesyogunan Ashikaga
adalah di sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaingo menjaga
kepentingan komander tentera di bawah pentadbirannya. Perkembangan tamadun
jepun memberikan kesan yang begitu mendalam dalam perkembangan
tamadun manusia.
SUMBANGAN TAMADUN JEPUN
Dari aspek agama dan kepercayaan, Zaman Nara dan Heian dilihat sebagai
pencetus atau merupakan zaman yang penting disebabkan pada masa ini
berlakunya penyerapan kepercayaan dan budaya dari tanah besar khasnya
China dan Korea ke dalam Tamadun Jepun yang dirujuk oleh penganalisis
sebagai proses asimilasi. Masyarakat Jepun mempunyai kepercayaan mereka
3

sendiri

yang

dikenali

sebagai

agama

Shinto.

Kemasukan

pelbagai

kepercayaan dan amalan ritual keagamaan khasnya dari Tamadun China


seperti agama Buddha, Konfucious dan Taoisme ke dalam Tamadun Jepun
menjadi suatu perkara yang penting dan berlakunya proses akulturasi dan
penyesuaian dalam kepelbagaian kepercayaan agama tersebut hingga
mewujudkan keunikan. Agama Shinto merupakan agama asal masyarakat
Jepun yang mengandungi ajaran yang paling mudah dan berkisar kepada
pemujaan roh.
Tamadun jepun telah memperkenalkan pandangan atau falsafah. Bushido
secara langsung menggambarkan kaedah hulubalang atau Samurai. Ia
merupakan kod prinsip moral yang mana golongan Samurai harus ikut dan ia
diwarisi secara lisan dari pahlawan yang terkenal. Samurai memainkan
peranan yang penting dalam sistem-politik, ekonomi dan sosial Jepun hingga
pembubaran zaman Samurai tahun 1871. Bushido bersumberkan kepada
gabungan tiga kepercayaan utama Jepun iaitu Shinto, Buddha dan Confucian.
Tempoh perkembangan awal Bushido ini, seperti yang digambarkan dalam
pelbagai penulisan dan kod-kod keluarga ini, telah pun membabitkan konsepkonsep kesetiaan sepenuhnya terhadap ketua, ketaatan terhadap ibu bapa
dan penghormatan terhadap maharaja. Ia menunjukkan keperluan terhadap
belas kasihan bagi mereka yang berada di lapisan bawahan, dan terhadap
pemeliharaan nama baik.
Aspek

kesusateraan juga berkembang dalam tamadun Jepun.

Lahirnya

beberapa karya sastera yang mengambarkan dan bercirikan falsafah


Bushido.

Ditulis

pada

tahun

1371,

Heike

Monogatari

mencatatkan

pertarungan antara suku Minamoto dengan suku Taira untuk menguasai


Jepun pada akhir kurun ke-12. Anatara karya-karya sastera yang berasaskan
Bushido

anataranya

ialah

Chikubasho,

Kesusasteraan

awal

Bushido

selanjutnya menekankan keperluan untuk mengendali diri sendiri dengan


tenang, sama rata, adil dan sopan. Hubungan antara pembelajaran dan jalan
pahlawan dinyatakan dengan jelas, seseorang adalah pasangan semulajadi
4

kepada seseorang yang lain. Mencari kematian yang sewajarnya dalam


pertempuran, demi ketua mereka, juga adalah ciri kuat dalam sejarah awal
ini.
Andrew Robinson (2009) Tamadun Jepun juga telah memperkenalkan
beberapa tulisan sebagai contohnya tulisan Kana. Kana adalah salah satu
jenis tulisan yang digunakan dalam Bahasa Jepun. Selain itu, bahasa Jepun
juga mengunakan tulisan Hiragana dan Katakana serta sistem tulisan lama
yang

dikenali

sebagai

man'ygana.

Semua

tulisan

ini

berasal

dan

dikembangkan daripada logografik tulisan Cina yang dikenali sebagai tulisan


Kanji (Bahasa Jepun) atau disebut sebagai "hnz" . Semasa pendudukan
Jepun di Taiwan, tulisan Kana digunakan dalam Bahasa Taiwan untuk
memaparkan sebutan karakter Cina seperti furigana.
Dari aspek bahasa pula, tamadun Jepun telah memperkenalkan bahasa
Jepun. Bahasa Jepun adalah bahasa rasmi negara Jepun dan dituturi 125 juta
orang. Bahasa Jepun juga digunakan oleh sebilangan rakyat dari negara yang
pernah ditaklukinya seperti Korea dan Taiwan. Ia juga dituturi di Amerika
Syarikat. Bahasa Jepun terbahagi kepada dua bentuk iaitu Hyoujungo.
Pertuturan standard dan Kyoutsugo.

pertuturan umum. Hyoujungo adalah

bentuk yang diajar di sekolah dan digunakan di televisyen dan segala


perhubungan rasmi. Tatabahasa Jepun amat berbeza dengan kebanyakan
bahasa lain, kerana ia adalah bahsaa Subjek-Objek-Kata kerja iaitu kata kerja
selalunya berada diakhir suatu ayat.
Dari aspek kesenian pula, tamadun Jepun telah memperkenalkan seni
landskap taman dan seni minum teh. Seni berkebun dan membuat perkakasperkakas tembaga dan besi serta jenis periuk-belanga tembikar yang telah
direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun sehingga hampir
abad ke14M. Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-garisan
inrus dan corak-corak ibi mudah dan kemas. Pertukangan tembikar Jomon
telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak
5

yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa pendudukasli Jepun telah


mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM.
Dalam tamadun Jepun terdapat lapan zaman seperti di bawah. Seni
mempertahankan diri seperti Judo, Kendo dan Sumo. Seni lukis mula
diperkenalkan tahun 1780 sampai dengan tahun 1800 dan

merupakan

zaman keemasan kesenian Ukiyo-e dimana banyak seniman terkenal seperti


Hokusai, Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan
seni aliran ini. Seni lukisan Ukiyo-e

adalah lukisan berdasarkan kejadian

sehari-hari.

Perkembangan dalam bidang pertanian telah menghasilkan kepelbagaian


terhadap hasil pengeluaran pertanian tetapi tanaman padi yang merupakan
makanan utama telah diberikan perhatian khas. Sistem penanaman dan
penuaian padi telah diperbaharui dengan sistem yang lebih berkesan dengan
memperkenalkan baka padi jenis baru yang diimport dari Indochina. Tanahtanah baharu telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik
pengairan telah digunakan dengan meluas. Keadaan ini telah menyumbang
kepada lebihan pengeluaran padi.

Apabila amalan menyimpan beras dan

tanaman lain berkembang, maka wujud jurang perbezaan di antara orang


kaya yang banyak menyimpan hasil-hasil pertanian dengan orang orang
miskin.
Di bidang ekonomi pula, kemasukan alat-alat logam dari benua Asia
terutamanya dari negara China telah melahirkan suatu bentuk ekonomi
berbentuk pertanian di negara Jepun. Kemasukan teknologi pertanian di
zaman Yayoi ini telah berkembang sehingga ke zaman Kamakura di mana
6

terdapatnya pertumbuhan pesat dalam pengeluaran hasil-hasil pertanian


dan pembuatan alat-alat pertanian. Akibat daripada pertumbuhan ini telah
muncul banyak pasar-pasar dan kedai-kedai untuk memasarkan hasil-hasil
dan

alat-alat

pertanian.

Situasi

ini

memberi

laluan

kepada

proses

perbandaran yang meluas. Keadaan ini telah menggalakkan kegiatan


perekonomian yang pesat lalu melahirkan pertumbuhan ekonomi kewangan.
Pertukaran wang dalam perniagaan dengan menggunakan wang syiling
tembaga telah merancakkan lagi ekonomi Jepun pada ketika itu. Wang
syiling tembaga ini juga digunakan untuk membayar cukai dan dalam urusan
jual beli yang lain. Pada kurun ke 14 M, wang logam diperkenalkan untuk
menyenangkan

kegiatan

perdagangan.

Ekoran

daripada

pertumbuhan

perekonomian ini telah menggalakkan juga permintaan terhadap hasil


pertukangan dan hasil-hasil lain seperti barang-barang perak dan tembaga,
barang-barang tembikar, hasil laker (lacquered produce), lukisan-lukisan dan
ukiran dan lain-lain. Pertumbuhan pelbagai kegiatan ekonomi ini telah
mendorong kepada kemunculan kelas masyarakat yang baharu iaitu
golongan pedagang kepada kelas perwira (samurai), petani dan petukang

SEJARAH KETAMADUNAN INDIA


Bagi tamadun India pula, Sailendra Nath Sen (1999) Tamadun india atau
indus bermula sekitar tahun 3500 sebelum masihi dikawasan Sungai Indus.
Ekoran interaksi dengan kawasan luar, muncul masyarakat urban

sekitar

tahun 3000 sebelum masihi. Peralihan ini dinamakan sebagai Zaman


Kebudayaan Harappa Awal. Bandar terancang yang tertua wujud pada era
Tamadun Indus ialah bandar Mohenjo Daro dan Harappa. Pada zaman ini
terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat
dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada
atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya,

kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir
empayar yang pertama di India.
Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India
uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada
ketika pemerintahan Asoka. Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahan Dinasti
Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan ini
adalah disebabkan pasukan tenteranya yang besar, iaitu 600 ekor gajah,1000 orang
tentera berkuda dan 10000 orang infanti. Beliau berjaya menguasai seluruh India
Utara .
Anaknya, Bindusara, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.
Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka berkuasa. Asoka telah tidak
menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk memperluas kuasa dan
menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan
kedudukan Maurya. Hal ini dilakukannya dengan memberikanpenekanan kepada
agama Buddha. Pda zaman pemerintahan Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan
takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut berlaku akibat daripada kemenangan Asoka
ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

SUMBANGAN TAMADUN INDIA


Tamadun India memberikan banyak sumbangan kepada ketamadunan manusia.
Sumbangan tamadun india boleh dilihat sehingga kini. Antara sumbangan yang boleh
dilihat adalah dari aspek perancangan bandarnya. Keupayaan untuk mewujudkan
sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa memerlukan gabungan
kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
8

Susunan grid segi empat dalam penyusunan setiap rumah-rumah dalam kawasan
bandar kini boleh dilihat dalam ketamadunan manusia sehingga kini. Susunan rekaan
setiap rumah yang dibina memberikan kesenangan dalam kehidupan seharian
manusia.
pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan untuk
masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar.
Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun
Mesopotamia dan Mesir Purba, bandarnya disusun berasaskan bentuk segi empat,
diikuti oleh jalan raya yang lurus. bandar Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan
perancangan bandar town planning Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bandar Benar city proper dan pusat benteng
atau kubu citadel di Timur yang lebih kecil dan tinggi. Terdapat juga sebuah citadel
yang didiami oleh golongan pemerintah. Kesimpulannya, Tamadun Mohenjo-Daro dan
Harappa memperlihatkan perancangan bandar yang sempurna.
Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan
tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Tamadun Indus
telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai
kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
Hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah
membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk
pertukaran teknologi atau seumpamanya. Dalam konteks hubungan antara tamadun
Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan
keadaan dan suasana tempatan.
Sistem kepercayaan yang diamalkan pada zaman ketamadunan indus ialah Animisme.
Menurut sumber arkeologi, masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan animisme.
Oleh itu, penduduknya menyembah binatang, pokok dan batu. Berdasarkan
kepercayaan ini juga, lembu jantan dianggap sebagai binatang suci. Masyarakat Indus
juga menyembah Dewa Siva dan Dewi Shakti yang bermuka tiga. Namun demikian,
kuil-kuil tidak dibina untuk tuhan-tuhan ini. Masyarakat rakyat Indus mengamalkan
upacara pengebumian dan pembakaran mayat.Habuk mayat biasanya dibuang ke
9

dalam sungai. Kira-kira pada tahun 1500 SM, orang Aryan menyebarkan agama
polytheistic, hasilnya mereka mula menyembah tuhan matahari, langit, petir dan api.
Walaupun begitu, orang Aryan ini sebenarnya menyembah kepada satu tuhan sahaja
(monotheistic) dan percaya kepada konsep hidup semula dalam jasad lain.
Kesinambungan daripada itu, kepercayaan yang di amalkan tamadun indus kini telah
meluas pengaruhnya dalam tamadun manusia sehingga kini. Kepercayaan ini telah
berkembang sehingga wujudnya beberapa candi dan kuil. Perkembangan agama hindu
menjadi titik tolak kepada perkembangan dan penyebaran agama hindu dalam
ketamadun manusia kini.
Sivachandralingam Sundra Raja & Ayaduarai Letchumanan (2005). Tamadun India juga
menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi. Jyotisa atau astronomi adalah
cabang kepada pengetahuan Vedik yang digunakan dalam menetapkan upacara
keagamaan. Pengetahuan astronomi Zaman Vedik tergandung dalam teks-teks Vedik
seperti Rig Veda. Ilmu astronomi india amat berpengaruh pada Zaman Siddhanta
dan karya Varamahira berjudul Pancasidhannta amat berpengaruh pada zama
sekarang. Aryabhata ialah astronomi India yang sangat terkenal dalam karyanya iaitu
Aryabhatiyabnasha. Karya ini menerangkan tentang gerhana, teori epikitaran, bentuk
bumi yang bulat dan bumi berputar
dihasilkan pada abad ke-5 masihi

pada paksinya. Buku Surya Siddhanta yang


merupakan buku astronomi orang Hindu yang

berpengaruh dan mempunyai unsur pengaruh Yunani. Orang india juga mencipta alatalat astronomi seperti gnomon, sfera gegelang dan jam air untuk menjalankan kajian
astronomi.

Perkembangan ilmu matematik dalam tamadun India juga sangat berkembang dan
membangun

pada zaman Gupta dan akhirnya berkembang sehingga ke hari ini.

Perbezaan antara nombor abstrak dan kuantiti berangka bagi suatu objek

atau

keluasan ruangan diperkenalkan oleh ahli-ahli matematik india. Konsep geometri dan
ilmu mengukur luas dan kawasan juga diperkenalkan oleh ahli matematik india lebih
awal berbanding masyarakat yunani. Ilmu pengiraan yang kompleks dengan
menggunakan sistem penomboran yang mudah juga berja diperkenalkan oleh
10

masyarakat tamadun india sebagai contohnya sistem angka 9 digit dan sifar yang
terkandung dalam inskripsi awal dan telah tersebar ke Syria dan Vietnam. Ahli
matematik india juga telah berjaya mencipta sistem perpuluhan dan membuat
penemuan

dalam

bidang

trigonometri.

Di

samping

itu

mereka

juga

telah

memperkenalkan kaedah separuh perentas untuk mengira sudut.

Dari aspek perubatan pula tamadun India mencapai kemajuan yang lebih pesat
berbanding

perubatan

tamadun

Yunani.

Mereka

mengetahui

kaedah

untuk

menghasilkan ubat-ubatan dan peralatan untuk memudahkan rawatan. Dalam tamadun


India, teks-teks asas ilmu perubatan telah wujud sejak abad 1 Masihi. Peningkatan
minat dalam bidang fisiologi Yoga, pengalaman mistik dan ajaran Buddhisme
merupakan faktor yang mengalakan perkembangan bidang perubatan. Konsep 5 angin
diperkenalkan fungsi badan diselenggarakan oleh lima angin yang berperanan dalam
pernafasan, penghadaman, pengkumuhan, pembiakan dan peredaran darah . Era
perubatan tamadun India telah memperkenalkan chandu dan sarsaparilla. Pembedahan
plastik bagi memulihkan kecederaan dan kecacatan diperkenalkan pada zaman era
Gupta. Kecederaan dan kecacatan pada hidung, telinga dan bibir dipulihkan denga
menggunakan kaedah pembedahan. Sumber-sumber ubatan juga diperkenalkan.
Ubat-ubatan diambil daripada produk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bahan mineral.
Kitab Susrata menyenaraikan 760 jenis tumbuhan yang menjadi bahan ubat. Tumbuhtumbuhan dibahagikan mengikut kegunaan sama ada penawar, racun atau ubat.

Dari aspek perundangan pula , tamadun India telah memperkenalkan undang-undang


Hindu terawal iaitu Dharma Sutra

atau undang-undang suci. Undang-undang

Tamadun India banyak berdasarkan kitab Dharma Sutra iaitu undang-undang tua Hindu
yang diwujudkan sekitar 6 atau 2 sebelum masihi. Penekanan undang-undang ini ialah
raja bertanggungjawab jaga kesucian undang-undang. Selain itu, brahmin yang mahir
kerana ada kaitan dengan agama. Pada Zaman Maurya undang-undang melalui titah
11

raja dianggap penting. Undang-undang ni diukir pada batu seperti Tiang Asoka.
Undang-undang ini menekankan konsep keadilan dan kesejahteraan rakyat. Wujud
sistem perundangan bercirikan penggunaan mahkamah. Mahkamah di peringat daerah
dan provinsi diketuai oleh ketua hakim yang dikenali sebagai Adhikaranika.
KESIMPULAN
Tuntasnya, perkembangan ketamadunan sesuatu tamadun itu banyak memberikan
impak kepada ketamadunan moden pada masa kini. Kemajuan dalam pelbagai aspek
dilihat sebagai satu penanda aras kepada kemajuan sesebuah tamadun. Interaksi
antara tamadun-tamadun secara logiknya menyebabkan berlakunya pertukaran
budaya, bahasa, teknologi dan sebagainya. Petukaran ideologi dan ilmu pengetahuan
ini banyak membawa kepada berkembangnya sesebuah tamadun sebagai contohnya
tamadun jepun itu sendiri. Tamadun jepun berkembang sejajar dengan hubungan
mereka dengan tamadun-tamadun luar seperti tamadun China. Beberapa pengaruh
daripada tamadun China dilihat sinonim dalam ketamadunan Jepun. Peradaban negara
Jepun di peringkat awal ini dibantu oleh perhubungannya dengan negara China dan
Korea. Menerusi kedua-dua negara inilah Jepun mengimport banyak elemen-elemen
yang penting untuk kemajuan dan seterusnya meningkatkan lagi peradabannya.
Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, pada zaman dahulu negara Jepun telah
memenuhi ciri-ciri untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai peradaban yang
hebat. Sumbagan tamadun India dan jepun banyak memberikan impak positif dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang matematik, kesenian dan sains dan
teknologi.

RUJUKAN DAN BIBILIOGRAFI

Hj. Nasir Hj.Sulaiman & Mary Tan. (2000). SPM Sejarah Peradapan Dunia.
Selangor Darul Ehsan: Sasbadi SDN BHD.
12

Mahayudin Hj. Yahaya & J. Ratnam & Ragunathan. (2002). Sejarah Kertas 1
Tamadun Dunia dan Tamadun Islam. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Fajar Bakti.

Mustafa, D. H. (1999). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication SDN


BHD.

Robinson, A. (2009). Writing Script . Britain: Ashford Colour PTd .

S.N.Eisenstadt. (1923). Japanese Civilization: A Comparative View. London,


United Stated: The University Of Chicago Press.

Sen, S. N. (1999). Anchient Indian History and Civilization. Mumbai: New Age
International Limited Publisher.

Sivachandralingam Sundra Raja & Ayadurai letchumana. (2005). Tamadun


Dunia HinggaTahun 1800. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Fajar
Bakti.

13

Anda mungkin juga menyukai