Anda di halaman 1dari 13

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Satu proses sosial yang melibatkan


dua atau lebih individu dan kelompok
yang melibatkan tindakan saling
membalas tingkahlaku iaitu
pengaruh dan saling mempengaruhi
satu sama lain.

KONSEP INTERAKSI
Tamadun sesebuah masyarakat mestilah bersifat
terbuka
Interaksi antara tamadun menghasilkan dua kesan
penting :
- positif
- negatif
Ciri ciri dan elemen tamadun luar yang diterima
akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian
Kesan negatif interaksi akan mewujudkan konflik
antara masyarakat yang memiliki tamadun
berbeza

FAKTOR BERLAKU INTERAKSI


Berlaku keserasian antara budaya tempatan
dengan budaya luar
Penjajahan yang memaksa masyarakat tempatan
menerima budaya penjajah
Perdagangan melalui proses hubungan dua hala
Pendidikan dan ilmu pengetahuan contohnya,
melalui pertukaran pelajar antara dua buah negara
Ibadah dan ziarah contohnya, ke tanah suci Mekah
dan Madinah
Perkahwinan antara pasangan yang berlainan
budaya yang menyebabkan berlakunya asimilasi

INTERAKSI NEGATIF
Iaitu interaksi yang berlaku secara
pertembungan mengejut sukar
diterima oleh masyarakat tempatan
disebabkan terlalu jauh berbeza
dengan budaya tempatan, lebih-lebih
lagi berlainan tuntutan keagamaan
Interaksi seperti ini juga boleh
membawa berlakunya penentangan
dan peperangan secara terbuka

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


NEGATIF

1) Yahudi , kristian dan islam


2) India dan islam
3) India dan China
4) Islam dan China

1) Yahudi , kristian dan islam


) Di Eropah, hubungan antara orangorang kristian dengan yahudi telah
mengalami kemerosotan sejak awal
lagi
) Kesan daripada hubungan tidak baik
ini menyebabkan berlakunya
pembunuhan orang yahudi beramairamai pada abad ke-9 dan ke-18
Masihi
) Perkara ini berlaku akibat daripada
faktor-faktor perbezaan agama

Para pemerintah kristian di Eropah


telah bertindak melancarkan
beberapa siri peperangan ke atas
orang-orang islam yang dikenali
sebagai Perang Salib
Peperangan ini telah mengorbankan
ramai penganut islam dan yahudi
Peperangan ini turut dicetuskan oleh
faktor-faktor perbazaan agama ,
ekonomi dan politik

2) India dan islam


Di India, penganut islam dan hindu
sentiasa berada dalam keadaan tegang
Terdapat peristiwa-peristiwa di mana
orang islam dibunuh dan masjid-masjid
dimusnahkan oleh raja-raja India yang
beragama hindu
Keadaan yang sama juga berlaku
kepada penganut agama hindu dan
kuil-kuil hindu yang dimusnahkan oleh
pemerintah-pemerintah islam

Raja-raja islam dalam Kesultanan


Delhi telah mengharamkan
pembinaan kuil-kuil dan
mengharamkan beberapa upacara
keagamaan hindu
Aurangzeb merupakan raja Moghul
yang bertindak keras terhadap
penganut hindu. Baginda telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil
yang baru, upacara mandi suci di
Sungai Jamuna, upacara sati dan
lain-lain

3) India dan China


Tamadun India dengan tamadun China juga
dapat kita lihat wujudnya konflik terutama
semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke
dalam masyarakat Cina pada zaman
pemerintahan Dinasti Han Timur
Kemasukan agama tersebut telah mendapat
tentangan cendekiawan Konfusianisme yang
amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti
Han
Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil
Buddha dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama tersebut

4) Islam dan China


Kesan negatif turut berlaku dalam
hubungan antara tamadun Islam
dengan tamadun China pada tahun
751 Masihi, tentera Islam di bawah
pimpinan Ziyad bin Salih telah
mengalahkan angkatan perang China
yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih
sedangkan pada masa tersebut
kerajaan islam Abbasiah mempunyai
hubungan diplomatik dengan
kerajaan Tang di negara China

Permusuhan antara orang Islam dengan


orang China juga dicetuskan oleh rasa
tidak puas hati terhadap pencapaian
ekonomi pihak yang bertentangan
Pada abad ke-8 Masihi pendudukan Han di
tenggara negara China telah bermusuh
dengan orang islam kerana iri hati
kemewahan yang dinikmati oleh orang
islam dalam aktiviti perdagangan, pada
876M berlaku pemberontakan di Canton
menyebebkan lebih kurang 120,000
terbunuh

KESAN NEGATIF
KESIMPULAN
Kesan negatif sering mewujudkan
konflik antara masyarakat yang
mempunyai tamadun yang berbeza
Konflik ini dipengaruhi oleh faktorfaktor teologi, ekonomi, sosial dan
politik

Anda mungkin juga menyukai